P. 1
logam ferus

logam ferus

|Views: 5,931|Likes:

More info:

Published by: mohd hakimee bin md nasir on Sep 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $1.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

04/19/2013

$1.00

USD

PENGENALAN LOGAM

Dalam bidang kimia, logam adalah sejenis unsur yang bersedia untuk membentuk ion (kation) dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion positif (kation) yang dikelilingi awanawan elektron tak setempat. Logam adalah satu daripada tiga kumpulan unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang lainnya adalah metaloid dan bukan logam. Di dalam jadual berkala, satu garis pepenjuru yang dilukir daripada boron (B) kepada polonium (Po) membezakan logam dan bukan logam. Unsur-unsur pada garis ini adalah metaloid, kadang kala dipanggil ala logam; unsur-unsur ke sebelah bawah kiri merupakan logam-logam, manakala sebelah atas kanan adalah bukan logam. Sebuah takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut kepada polimer-polimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciri-ciri kepantulan kelabu keperakan yan terdapat pada unsur logam. Unsur bukan logam adalah lebih berlimpah dalam alam semula jadi berbanding dengan unsur logam, tetapi terdapat lebih banyak jenis unsur logam dalam jadual berkala. Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, dan zink. Alotrop-alotrop logam cenderung untuk bersifat berkilat, mulur, mudah ditempa, dan pengalir yang baik, sementara bukan logam secara amnya adalah rapuh (bagi bukan logam pepejal), kurang berkilau, dan merupakan penebat. Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar

1

(elektron valens); maka, elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat rapat. Kebanyakan logam adalah secara kimianya kurang stabil, dan bertindak balas dengan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam Alkali bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi, kedua-dua kumpulan didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi, tembaga, zink, nikel). Yang lainnya, seperti paladium, platinum dan emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium, sesetengah keluli, dan titanium). Oksida-oksida logam adalah bersifat bes (berlawan dengan bukan logam, yang bersifat asid). Mengecat dan menganodkan logam adalah cara baik untuk mencegah kakisan. Logam merupakan bahan kejuruteraan yang terpenting dalam bidang pembuatan dan perusahaan. Kebanyakan barang keperluan harian diperbuat daripada logam. Terdapat tiga jenis logam, iaitu logam ferus, logam bukan ferus dan aloi. Ketiga-tiga bahan logam ini menjadi pilihan dalam pembuatan disebabkan beberapa factor seperti berikut : i. ii. iii. mempunyai sifat ketahanan yang tinggi dapat merintangi lelasan dan kakisan bahan logam ekonomik dan boleh dibentuk mengikut kesesuaian

2

Bahan Logam Logam Ferus Logam bukan Ferus -Timah -Aluminium .Loyang -Gangsa Keluli Besi Tuang -Besi Kelabu -Besi Putih Besi Tempawan Berkarbon -Rendah -Lembut -Sederhana -Tinggi Aloi -Tahan Karat -Kelajuan Tinggi 3 .Kuprum Aloi .

Sulfur. Cara mengeluarkan besi daripada bijihnya dengan membakar dalam api arang telah ditemui secara tidak sengaja lebih kurang pada tahun 1400 S. besi tuang dan besi waja (keluli) adalah di antara bahan-bahan kejuruteraan yang paling banyak digunakan kerana bahan ini senang diperoleh. bijih besi yang utama digunakan ialah hematite (Fe2O3) . yang pada zaman dahulu digunakan untuk membuat pedang. maka proses mendapatkan besi hendaklah merupakan suatu proses yang dapat 4 .PENGENALAN LOGAM FERUS Logam-logam ferus yang terdiri daripada besi tempa.M. Untuk mengilang besi tuang. silica dan tanah liat adalah bendasing-bendasing utama yang mungkin terdapat di dalam bijih-bijih ini. Dalam tahun 1728. besi waja gulung telah dibuat dan dalam 1783 rod dan bar digulung pula dihasilkan. Apabila besi tempa yang dihasilkan dipanaskan lagi dengan bahan berkarbon (carbonaceous) akan menghasilkan suatu bahan yang lebih kuat dan keras. iaitu keluli. mempunyai kekuatan yang tinggi. lasak dan senang dikerjakan. siderite (Fe2O3) dan limonit (Fe2O3 + nH2O) ada juga digunakan. Oleh sebab bijih-bijih yang mustahak ini wujud dalam bentuk oksida. suhu yang tinggi diperlukan dan ini hanya dapat dilakukan setelah penukar Bessemer yang dicipta dalam tahun 1855. tetapi Magnetit (Fe2O4). fosforus. Dalam proses pengeluaran besi dan keluli.

Jumlah unsur sebatian yang berbeza dan bentuk kehadirannya dalam keluli (unsur solute. dan kekenyalan keluli yang terhasil.8. Sebatian besi dengan kandungan karbon lebih tinggi dari ini dikenali sebagai besi tuang kerana kadar 5 .67Fe). fasa precipitated) mengawal kualiti seperti kekerasan.04% mengikut berat (C:1000– 10. Maksima kelarutan karbon dalam besi (di kawasan austenite) adalah 2. Hasil keluaran yang terjadi daripada pembakaran bijih besi dengan karbon dinamakan besi jongkong KELULI Keluli Kabel keluli yang digunakan di menara lombong batu arang Keluli ialah sejenis aloi yang bahan utamanya ialah besi. kandungan karbon yang lebih tinggi atau suhu yang lebih rendah akan menghasilkan cementite. tetapi pelbagai unsur sebatian lain yang turut digunakan seperti manganese dan tungsten. tetapi ia juga lebih rapuh.7 atau 2. kelenturan. menghalang kerawang kristal (crystal lattice) dalam atom besi berpisah dengan tergelincir sesama sendiri.mengurangkan atau mengasingkan oksigen. berlaku pada 1149 °C. dengan sedikit kandungan karbon di antara 0. Karbon adalah bahan sebatian paling murah dan berkesan bagi besi.02% dan 1. bergantung kepada gred. Karbon dan unsur lain bertindak sebagai agen pengeras.14% menurut berat. Besi dengan peningkatan kandungan karbon mampu menjadi lebih kukuh dan kuat berbanding besi .

tetapi dalam sejarah ia merupakan keluaran yang berbeza. memberikan ciri-ciri urat besi. kegunaannya lebih biasa selepas kaedah lebih efisen dicipta pada abad ke-17. besi menjadi barangan keluaran pukal yang murah dari segi perbandingan. Peningkatan lanjut dalam proses tersebut. Sungguhpun besi telah dihasilkan melalui pelbagai kaedah tidak efisen lama sebelum Renaissance. pembuatan keluli melibatkan proses mengeluarkan bahan asing atau lebihan karbon daripada logam ferus dan menambahkan sedikit dengan unsur yang lain.  Secara umumnya. Tetapi pada masa kini istilah ini jarang digunakan dalam industri keluli. kereta.leburnya yang lebih rendah. tetapi mengandungi 1–3% slag menurut berat dalam bentuk partikel memanjang pada satu arah. menurunkan lagi kos penghasilan sementara pada masa yang sama meningkatkan kualiti logam. Keluli moden biasanya dikenali menurut gred keluli yang ditakrifkan oleh pelbagai organisasi piawaian. perkakasan. Ia lebih tahan karat berbanding keluli dan lebih mudah dipetri.  Terdapat dua jenis keluli: keluli aloi keluli berkarbon 6 . dan peralatan utama. Ia merupakan perkara biasa pada masa kini bagi merujuk 'industri besi keluli' seolah-olah ianya satu entiti.[1] Keluli juga dibezakan dari besi tempa (wrought iron) dari segi kandungan yang mengandungi hanya sejumlah kecil unsur lain. Hari ini.  Kadar campuran bahan.bahan ini bergantung pada jenis keluli yang hendak dihasilkan. KELULI  Satu contoh logam ferus  Bahan mentah utama yang digunakan dalam penghasilan keluli ialah besi jongkong dan bahan besi. Dengan ciptaan proses Bessemer pada pertengahan abad ke-19. seperti penghasilan besi asas oksijen. keluli merupakan salah satu bahan yang biasa didapati di dunia dan merupakan komponen utama dalam pembinaan bangunan.

sebagaimana kebanyakan logam. pensimenan.  Kegunaan keluli adalah mengikut peratus kandungan karbon. Biasanya galian mengandungi besi termasuk Fe2O3—bentuk iron oxida yang terdapat dalam galian hematite. peleburan atau relau elektrik juga boleh digunakan. Proses ini yang dikenali sebagai peleburan. melaraskan kandungan karbon dan mencampurkan unsure-unsur aloi untuk mengubah sifatnya.  Keluli digunakan untuk membuat mata alat dan komponen mesin.1. Bagi pengeluaran yang sedikit untuk memenuhi keperluan khusus. dan FeS2—pyrite (emas dungu). Walaubagaimanapun. besi dan karbon adalah bahan utama dalam kandungan keluli. Besi tuang —besi sebatian dengan lebih dari 1. Tembaga cair pada suhu lebih sedikit pada 1000 °C.7% karbon—cair sekitar 1370 °C. proses lantai perapian terbuka. Pengeluaran keluli Pengeluaran keluli daripada besi jongkong melibatkan proses pembuangan sebanyak mungkin bendasing yang terkandung di dalam jongkong. Kesemua suhu ini mampu dicapai dengan kesemua kaedah kuno yang telah digunakan sekurang- 7 . yang kandungan pkandugan karbonnya sedikit. biasanya tidak dijumpai dalam kerak Bumi dalam bentuk unsur.15% . Bagi pengeluaran secara besar-besaran ‘ keluli muatan’. seperti keluli berkarbon banyak. pada awalnya digunakan dengan logam yang mempunyai tahap lebur rendah. Besi hanya boleh didapati dalam kerak Bumi dalam bentuk sebatian dengan oksigen dan belerang. Besi dikeluarkan dari bijih dengan menyingkir oksigen dengan mengabungkannya dengan pasangan kimia yang lebih digemari seperti karbon. Ciri-ciri bahan Templat:Steels Besi. proses Dupleks dan Bessemer boleh juga digunakan.5%. sementara timah cair sekitar 250 °C. biasanya digunakan proses lantai perapian. iaitu 0.

memahami ini amat penting bagi menghasilkan keluli berkualiti. meninggalkan besi yang cukup tulin bagi membentuk ferrite. Tidak seperti tembaga dan timah. 8 . menunjukkan keadaan yang diperlukan bagi membentuk fasa berlainan.03 wt% karbon pada 1154 °C). dengan ciri-ciri yang amat berbeza. campuran karbon dan besi boleh membentuk beberapa struktur berlainan. besi cair menyerap karbon dengan mudah. Walaupun dalam julat kepekatan sempit yang menghasilkan keluli. menyebabkan lebihan karbon. Cementite terbentuk dalam kawasan kaya kandungan karbon sementara kawasan lain kembali kepada ferrite sekitarnya.33Fe) disebabkan rupanya seperti mutiara. Satu cara bagi karbon meninggalkan austenite adalah bagi cementite untuk terpelowap (precipitate) keluar dari campuran.000 tahun (semenjak Zaman Gangsa). menghasilkan campuran cementite-ferrite. bahan logam yang agak lembut yang hanya mampu melarutkan sedikit kepekatan karbon (tidak melebihi 0. bentuk besi paling stabil adalah kubik pusat badan . Cementite adalah fasa stoichiometri dengan formula kimia Fe3C. Disebabkan kadar pengoksidaan itu sendiri meningkat pada suhu melebihi 800 °C. oleh itu hasir peleburan menghasilkan sebatian yang mengandungi terlalu banyak karbon untuk dipanggil keluli. campuran itu cuba kembali kepada fasa ferrite. ianya penting bahawa peleburan dilakukan dikawasan rendah oksigen. atau bainite yang serupa tetapi kurang cantik. Pada suhu bilik.BCC) struktur besi ferrite atau besi-α. Melebihi 910 °C ferrite melalui fasa perantaraan dari kubik pusat badan kepada struktur kubik pusat muka . mendorong kepada lapisan pola yang dikenali sebagai pearlite (Fe3C:6.(face-centered cubic . dikenali sebagai austenite atau besi-γ. Pola pengukuhan dir seringkali muncul dalam proses ini. Ketika austenite yang kaya dengan karbon menyejuk. yang sama logam dan lembut tetapi mampu melatutkan lebih banyak karbon (sehingga 2.(body-centered cubic .021 wt% pada 910 °C).kurangnya lebih 6. Diagram fasa besi-karbon.FCC).

ia menyebabkan pengerasan kerja (work hardening) dalaman dan kecacatan mikroskopik yang lain.Kemungkinan allotrope yang paling penting adalah martensite. Atom karbon adalah terlalu besar untuk muat kedalam kekosongan interstitial dan dengan itu mengherotkan struktur sel menmbentuk struktur tetragonal pusat badan (BCT). Kandungan minima Karbon 0. bahan yang metastabil secara kimia dengan empat hingga lima kali kekuatan ferrite. Dalam kes ini. karbon di "kakukan" apabila struktur sel bertukar dari FCC kepada BCC. menyejukkannya dengan pantas sehinggakan penukaran kepada ferrite atau pearlite tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berlaku. pengembangan berlaku. Penukaran kepada martensite. dengan itu penukaran antara mereka menyebabkan isipadu merosot. sekurang-kurangnya. kemudian merendam logam merah membara kedalam air atau minyak. Proses rawatan haba bagi kebanyakan keluli membabitkan memanaskan sebatian sehingga austenite terbentuk.4 wt% (C:50Fe) diperlukan bagi membentuk martensite. Tekanan dalaman dari pengembangan ini mengambil bentuk pemampatan fizikal pada kristal martensite dan ketegangan pada baki ferrite. sungguhpun ia tidak selalunya kelihatan. Dengan itu. ketegangan dalaman ini mampu menyebabkan ia berkecai ketika menyejuk. Apabila austenite disejukkan bagi membentuk martensite. dengan sejumlah besar pengasingan (shear) pada kedua konstituent. sebaliknya berlaku hampir serta merta. Martensite adalah kurang tumpat berbanding austenite. 9 . Adalah perkara biasa bagi retakan rendaman berlaku apabila air digunakan. ia memerlukan amat sedikit tenaga pengaktif haba bagi terbentuk. Sekiranya rendaman tidak dilakukan dengan betul. disebabkan tenaga pengaktif yang lebih rendah. Martensite dan austenite mempunyai komposisi kimia yang serupa.

Nickel dan manganum dalam keluli menambah ketahanan kelenturan (tensile strength) dan menjadikan austenite lebih stabil dari segi kimia.) dan membantu mengimbangi ketegangan dalaman dan menghapuskan kecacatan. Bahan lain sering kali ditambah kepada campuran karbon-besi bagi mengawal ciri-ciri akhir. Proses ini melembutkan keluli. Pada titik ini.Pelet bijih besi bagi penghasilan keluli. sekiranya kandungan karbon cukup tinggi untuk menghasilkan ketumpatan martensite yang banyak. ia menghasilkan bahan yang amat keras tetapi rapuh. proses ini dikenali sebagai baja (tempering). chromium meningkatkan kekerasan dan tahap lebur. dan vanadium turut meningkatkan kekerasan disamping mengurangkan kesan kelesuan logam. menghasilkan logam yang lebih kenyal (ductile) dan tidak mudah patah. KATEGORI KELULI ALOI 10 . Seringkali keluli melalui rawatan haba berikut pada suhu lebih rendah untuk memusnahkan sebahagian dari martensite (dengan membenarkan cukup masa bagi pembentukan cementite. yang membentuk keluli baja. Disebabkan masa amat penting kepada hasil akhir.

mulur teguh.CIRI  keras. tangki dan paip. KEGUNAAN  Dawai. Keluli lembut  0. dan boleh ditempa.15% karbon. kelengkapan dapur.  Boleh dikeras dan dibaja.  Dapat mengekalkan kekerasan pada suhu tinggi. teguh.  Mudah dimesin. CIRI.  Disebabkan kandungan karbon yang rendah. kepingan nipis . nat. tiub bar.0. dan boleh ditempa. keluli lembut tidak boleh dirawat haba.30% karbon  kekuatan regangan yang tinggi teguh. tungsten. KEGUNAAN  Sinki. NAMA KELULI Keluli berkarbon rendah  Kurang daripada 0. 11  Keluli pelbagai kegunaan. rivet. KATEGORI KELULI BERKARBON. CIRI. KELULI KELAJUAN TINGGI  Keluli karbon sederhana. tahan hentaman dan tahan karat. kromium dan vanadium. kepingan bolt.CIRI  Bersifat lembut.  Lembut berbanding dengan keluli berkarbon rendah dan tinggi.NAMA KELULI KELULI TAHAN KARAT  keluli dicampur dengan 18% kromium dan 8% nikel.15% . bersifat rapuh.  Mata alat untuk mesin larik dan mata gerudi.

 Engkol.0% . 0.8% . mata paling keras..  Bersifat keras dan teguh.7% karbon  lebih kuat dan lebih keras daripada keluli lembut tetapi kurang mulur.1.3% .4% karbon  kategori keluli berkarbon yang  Pahat sejuk. plat ricih. pegas berlapis.  Kurang kebolehtempaan dan juga kurang teguh. pahat. kapak.  Sukar diproses. pisau.0% karbon 1. pegas.1. pengumpar. Keluli berkarbon sederhana  0. mata alat pelarik.4% karbon keluli berkarbon tinggi terdapat dalam 3 gred.  Boleh ditambah kekerasan dan keteguhannya dengan tindakan haba.0.  Galas bebola kikir.1.alat tangan.2% karbon 1. Keluli berkarbon tinggi  0.25 – 1. bongkol tukul. Tidak sesuai untuk pembajaan dan pengerasan. HASIL DARIPADA BAHAN KELULI Landasan roller coaster menara pilon 12 .  Bersifat lebih keras.7.  Gerudi dan acuan alat.  Bersifat sangat keras.

Pita keluli alat dapur 13 .

 Kegunaan: membuat alatan yang memerlukan sifat tahan kakis dan kekuatan mampatan yang tinggi. mangan. adalah sifatnya yang rapuh.4% karbon. silikon.  Besi tuang diperoleh dengan melebur semula besi jongkong bersamasama bahan mentah yang lain seperti besi sekerap dan keluli.  Objek yang dibuat menggunakan bahan ini pula tidak boleh ditukul atau terjatuh.  Kelemahannya pula.  Antara kebaikan besi tuang adalah mudah mengisi acuan yang berbentuk rumit. karbon.  Besi jongkong diperoleh dengan meleburkan bijih besi di dalam relau bagas. 14 . sulfur dan fosforus. kok dan batu kapur di dalam relau cupola.BESI TUANG  Besi tuang terdiri daripada ferus. besi tuang adalah keras dan kuat tetapi rapuh.  Besi jongkong merupakan bahan utama yang digunakan untuk membuat besi tuang.  Besi tuang mengandungi 2% . dapat menyerap tenaga getaran dan bersifat tegar.  Secara umumnya.

Jongkong besi dicairkan semula untuk mengurangkan bendasing yang terdapat di dalamnya. iaitu relau kupola dan relau udara. Prinsip kendaliannya adalah sama seperti relau bagas. 15 . Sekerap besi tuang yang lama boleh juga dicampurkan sehingga ¼ daripada jumlah logamnya. Relau kupola berupa suatu cerobong yang dindingnya dibina dengan bata api. Untuk mengurangkan kandungan sulfur dan bendasing yang lain. sedikit batu juga boleh dicampurkan. Dengan menggunakan relau jenis ini. dan juga untuk mendapatkan hasil besi tuang yang segaya dan tahan. bahan-bahan mentah yang digunakan (ramuan) ialah kok atau bahan api karbon yang lain (20%) dan besi (80%). Ukuran garis pusatnya ialah 6 kaki dan tingginya lebih kurang 20 kaki. Terdapat beberapa jenis besi tuang yang berlainan sifat dan mutunya disebabkan kandungan karbon yang berbeza PENGELUARAN BESI TUANG Besi tuang dihasilkan dengan mencairkan semula jongkong besi dan cairan itu dituang masuk ke dalam acuan-acuan mengikut bentuk yang dikehendaki. Terdapat dua jenis relau yang boleh digunakan untuk mencairkan semula besi jongkong.

cuma sedikit sahaja daripada besi itu dioksidakan dan mungkin sedikit sulfur diserap daripada bahan bakarnya. Udara panas daripada pembakaran bahan api dialirkan ke dalam ruang lantai perapian dan pemanasan adalah secara sentuhan langsung (udara panas dengan bahan yang digunakan) dan juga melalui pembalikan haba daripada bata api di bahagian bumbung relau. Kandungan karbon di dalam hasil akhirnya ( besi tuang) ialah antara 1 ½ % hingga 4 %. Di dalam relau kupola tidak terjadi perubahan kimia kepada besi. dikenali sebagai lantai perapian. Fungsi utama kupola ialah untuk menghasilkan suatu keluaran yang lebih segaya dan untuk membuangkan setengah-setengah bendasing. Relau udara merupakan satu contoh daripada jenis relau yang dikenali sebagai relau bergema. 16 . dan satu ruang lain berdekatan dengannya berisi kekisi tempat bahan api dibakar. Binaanya terdiri daripada satu ruang (compartment) yang lebar dan rata.Proses yang berlaku dalam relau kupola adalah berbeza dengan apa yang berlaku dalam relau bagas.

7% . Dengan demikian. Walaubagaimanapun. Di bawah tindakan haba. bahan-bahan itu akan cair. kerangka . Proses permulaan dijalankan di dalam relau kupola dan kemudian hasilnya dipindahkan ke dalam relau elektrik bagi mengeluarkan besi tuang yang lebih tinggi mutunya.JENIS BESI TUANG NAMA BESI Besi tuang kelabu  1. JENIS.5% karbon CIRI.Campuran besi jongkong dan sekerapnya diletakkan di atas hamparan pasir silika di atas lantai perapiannya. dan batu kapur boleh dicampurkan jika perlu. Lapisan ini akan mencegah pengoksidaan besi dan mengelakkan penyerapan sulfur daripada bahan api. Sebahagian daripada bendasing membentuk sanga dan timbul terapung di atas besi dan menjadi seperti suatu lapisan pelindung.4. penyokong. Teknik ini dinamakan proses dupleks.CIRI  kekuatan mampatan yang tinggi. besi tuang itu lebih mahal berbanding dengan besi tuang yang dihasilkan daripada relau kupola. satu teknik baru yang banyak diamalkan ialah dengan menggunakan gabungan penggunaan relau kupola dan relau elektrik. 17 KEGUNAAN  Paip besar.

roda.5% karbon  sangat keras dan kekuatan mampatannya sangat tinggi berbanding besi tuang kelabu.  Mudah dimesin dan mudah dituang.  Lambat teroksida. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0. mesin. Besi ini terdiri daripada zarah-zarah besi logam yang halus berpadu dengan suatu kuantiti sanga yang halus dan teragig segaya. Besi tuang tempawan  Besi tuang putih yang disepuh lindap  Lebih mulur  Lebih mudah dimesin  Kekuatan regangan yang lebih tinggi  Kotak engkol. Besi tempawan Lebih mulur Lebih mudah 18 Kotak engkol. Hampirhampir tidak boleh dimesin. dan kandungann sanga adalah di antara 0.  Cepat berkarat dalam keadaan lembab. kepala silinder BESI TEMPAWAN Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenis-jenis besi yang lain. kepala silinder.  Rapuh. Besi tuang putih  2% . takal. andas   . contohnya roda kereta api.6% hingga 3%.3. roda.  Komponen mesin yang memerlukan sifat ketahanan daripada geseran dan haus. Kekuatan regangan yang rendah.12%. kotak gear dan pendakap. takal.

disusun. iaitu takat cair besi tulen. Ramuan ini akan cair pada suhu 1200 °C. dan digulung menjadi bentuk-bentuk perdagangan. 19 . Bebola ini ditolak bergolek meninggalkan cecair sanga. dipanaskan. Selepasa bendasingbendasing itu dikeluarkan. Ketulan-ketulan besi beku ini dipungut daripada relau dalam bentuk bebola-bebola yang setiap satunya seberat 90 kg hingga 135 kg. dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak atau proses Aston.dimesin  Kekuatan regangan yang lebih tinggi Pengeluaran Besi Tempawan dan penyangkuk tren. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon. oksigen di dalam besi jongkong menghasilkan karbon monoksida. Bahan api yang biasa digunakan ialah arang batu lembut. takat cair besi akan meningkat dan jika suhu relau ditetapkan pada suhu kurang sedikit daripada 1535 °C. Apabila kandungan karbon menjadi kurang. Bahan-bahan yang digunakan ialah jongkong yang baik kualitinya denagn sedikit besi oksida atau sanga bagi menolong pembentukan suatu lapisan berlindung sanga di atas cairan besi yang akan dihasilkan. Ini akan menyingkirkan silicon. cairan ini kan membeku membentuk besi tempa yang mempunyai kandugan karbon yang sedikit. mangan dan sebahagian daripada fosforus lalu membentuk sanga. di atasnya dan kemudian menjadi bar besi yang boleh dipotong pendek. sebuah relau bergema kecil dengan muatan lebih kurang 270 kg digunakan. dan besi oksida kemudiannya dicampurkan ke dalam logam cair itu. Dalam proses melopak. dengan menggunakan suatu rod panjang.

Perubahan suhu yang mengejut ini menyebabkan gas itu meletup keluar menghancurkan besi itu menjadi bebolabebola kecil yang turun mendak ke dasar kawah dalam bentuk jasad seperti mampung (span). suatu penukar Bessemer yang boleh berputar terhadap paksi ufuk dengan muatan sebesar 15 tan digunakan. dan seterusnya digulung menjadi Penukar Bessemer Contoh alat dari besi tempa: 20 . Udara ini mulanya akan bergabung dengan bendasing-bendasing. Besi itu kemudiannya ditolak keluar meninggalkan sanga. dan dengan itu mengeluarkannya daripada besi. yang berada dalam kedudukan tegak. Bagi menyingkirkan gas-gas ini. Selepas itu.Dalam proses Aston. udara akan bersebati pula dengan karbon dan meninggalkan besi tulen cairyang mengandungi gas-gas terserap. dan udara ditiup melalui cairan tersebut. Besi jongkong cair dimasukkan ke dalam penukar ini. besi cair itu dicurahkan ke dalam suatu kawah sanga acair pada suhu yang jauh lebih rendah daripada suhu besi cair itu.

Kesan Operasi Membentuk ke Atas Sifat-sifat Logam Ferus Terdekat banyak operasi yang telah dikemukakan untuk membuat bentuk bahan-bahan logam ferus dan tiap-tiap operasi ini akan mempengaruhi sifat-sifat 21 .

Pensintesisan : Dua atau lebih bentuk yang serupa diikat bersama untuk menghasilkan bentuk terakhir. iaitu: Penuangan : kaedah melibatkan pencurahan cairan bahan itu ke dalam suatu acuan dengan bentuk yang dikehendaki dan dibiarkan beku dan mengeras. kimpalan dan kimpaloyang (pematerian) dan sistem besi karbon. Kemasan : Beberapa proses dilakukan untuk membentuk keluarannya mengikut dimensi yang diperlukan bagi memperbaiki rupanya dan meningkatkan kelasakannya. Keempat-empat kumpulan di atas boleh dibahagikan lagi kepada beberapa proses yang berbeza seperti proses penuangan. pemasangan ribet dan bolt. Teknik pengeluaran boleh dikelaskan kepada empat kumpulan.keluaran terakhirnya. Kerjaan : Bahan yang sudah beku tetapi masih lagi dalam keadaan plastic diketuk atau ditekan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki. 22 .

Bahan Binaan Tingkatan 4 dan 5.BIBLIOGRAFI Anuar bin Mat lela. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Razin Ong bin Abdullah. (2005). Nawawi bin Mohd Jan. Bahan dan Binaan. Kaharuddin bin Ismail. Ramli bin Asun. Abdul Samad bin hanif. Amran bin Hussein. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Internet: http://www. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (2003).wikipedia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.org/wiki/keluli 23 . Azmi bin Mohd Yasir. (2004). Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4.org/wiki/logam http://www. Teknologi Kejuruteraan Tingkatan 5.wikipedia.(2005). Maimunah binti Hussein. Mohd Seraya bin Mohd Adris. Mat Lazim Zakaria.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->