P. 1
TUANGAN

TUANGAN

|Views: 6,059|Likes:

More info:

Published by: mohd hakimee bin md nasir on Sep 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $1.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

08/15/2013

$1.00

USD

PENGENALAN LOGAM Dalam bidang kimia, logam adalah sejenis unsur yang bersedia untuk membentuk ion (kation

) dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion positif (kation) yang dikelilingi awanawan elektron tak setempat. Logam adalah satu daripada tiga kumpulan unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang lainnya adalah metaloid dan bukan logam. Di dalam jadual berkala, satu garis pepenjuru yang dilukir daripada boron (B) kepada polonium (Po) membezakan logam dan bukan logam. Unsur-unsur pada garis ini adalah metaloid, kadang kala dipanggil ala logam; unsur-unsur ke sebelah bawah kiri merupakan logam-logam, manakala sebelah atas kanan adalah bukan logam. Sebuah takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut kepada polimer-polimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciri-ciri kepantulan kelabu keperakan yan terdapat pada unsur logam. Unsur bukan logam adalah lebih berlimpah dalam alam semula jadi berbanding dengan unsur logam, tetapi terdapat lebih banyak jenis unsur logam dalam jadual berkala. Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, dan zink. Alotrop-alotrop logam cenderung untuk bersifat berkilat, mulur, mudah ditempa, dan pengalir yang baik, sementara bukan logam secara amnya adalah rapuh (bagi bukan logam pepejal), kurang berkilau, dan merupakan penebat. Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar (elektron valens); maka, elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat rapat.

Yang lainnya. Oksida-oksida logam adalah bersifat bes (berlawan dengan bukan logam. sesetengah keluli. dan titanium). Mengecat dan menganodkan logam adalah cara baik untuk mencegah kakisan. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi. Logam Alkali bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi. yang bersifat asid). seperti paladium. kedua-dua kumpulan didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. . dan bertindak balas dengan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). zink. langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium.Kebanyakan logam adalah secara kimianya kurang stabil. platinum dan emas. Sesetengah logam membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen. tembaga. nikel).

. Kemasan  Beberapa proses dilakukan untuk membentuk keluarannya mengikut dimensi yang diperlukan bagi memperbaiki rupanya dan meningkatkan kelasakannya. Dalam kerja khusus kali ini saya akan menerangkan mengenai proses penuangan.Terdapat banyak operasi yang telah dilakukan untuk membentuk bahan-bahan logam ferus dan tiap-tiap operasi ini akan mempengaruhi sifat-sifat keluaran terakhirnya. Penuangan  Kaedah melibatkan pencurahan cairan bahan itu ke dalam suatu acuan dengan bentuk yang dikehendaki dan dibiarkan beku dan mengeras 2. Teknik pengeluaran boleh dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu : 1. Kerjaan  Bahan yang sudah beku tetapi masih lagi dalam keadaan plastik diketuk atau ditekan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki 3. Pensintesisan  Dua atau lebih bentuk yang serupa diikat bersama untuk menghasilkan bentuk terakhir 4.

perak. keluli laju tinggi. keluli aloi.PENUANGAN 1. Produk tuangan biasanya dihasilkan daripada leburan besi tuang.1 PENGENALAN Tuangan ialah satu proses bagi menghasilkan produk atau komponen dengan kaedah meleburkan logam dan kemudiannya dituangkan ke dalam acuan. enjin dan omboh Cenderamata. rantai dan gelang Perhiasan. Contoh logam dan produk tuangan yang dihasilkan adalah seperti dalam rajah berikut : Logam Emas. aci sesondol dan ragum meja Rim aloi kereta. Produk yang dihasilkan melalui proses ini diesebut produk tuangan. besi tuang Aloi aluminium Aloi timah (piute) Contoh produk tuangan Contoh produk tuangan Cincin. tembaga. kaki lilin dan tepak sireh Permainan kanak-kanak seperti model kereta dan motosikal Blok enjin. magnesium dan zink. perak Tembaga Aluminium Aloi keluli. subang. pingat dan piala Rim kereta Omboh Cincin 1. terdapat 7 jenis proses tuangan yang utama iaitu : .2 JENIS-JENIS TUANGAN Dalam industri pembuatan. aluminium.

a) Tuangan pasir b) Tuangan die c) Tuangan lilin d) Tuangan acuan kulit e) Tuangan acuan kekal f) Tuangan kapur g) Tuangan empar/ berpusing a)Tuangan pasir .

Tuangan pasir ialah salah satu kaedah menghasilkan produk tuangan logam menggunakan acuan pasir. Proses tuangan pasir bermula dengan penyediaan acuan yang diperbuat daripada pasir sebagai bahan utamanya. Corak : Model atau replika berbentuk produk yang dihasilkan Lubang Spru : Logam lebur dituangkan melalui lubang ini Penahan : Digunakan untuk menahan teras di dalam acuan. Logam biasanya digunakan dalam proses tuangan pasir ialah besi tuang. andas dan blok persegi. Fungsi-fungsi acuan tuangan pasir Teras : Digunakan untuk membentuk acuan yang berongga. Liang udara Penahan Rongga penaik . Logam lebur akan dituang ke dalam acuan dan dibiarkan sejuk dan mengeras. aluminium. Akhirnya produk tuangan akan dikeluarkan daripada bekas acuan tersebut. gangsa dan aloi zink.Produk tuangan pasir selalunya memerlukan proses penyudahan dengan pemesinan kerana ia menghasilkan permukaan penyudahan yang kasar. tembaga. Kaedah ini digunakan untuk menghasilkan produk berbentuk mudah seperti gear kosong.

Kotak acuan atas Teras Lubang spru Garis pemisah Pin pengikat Kotak acuan bawah Papan acuan Rongga acuan Rajah menunjukkan acuan tuangan pasir Contoh produk tuangan pasir Gear kosong Blok persegi Ragum meja b) Tuangan lilin .

Proses tuangan lilin. patung permainan kanak-kanak dan cenderamata.Campuran pasir silica dang am khas dituangkan ke dalam bekas sehingga penuh. Tuangan lilin sesuai untuk produk bersaiz kecil seperti alat perhiasan wanita. Corak acuan untuk tuangan lilin diperbuat daripada bahan lilin dan disalutkan dengan bahan penyalut tahan panas contohnya tembikar. 1).Bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang rumit dan sukar. kaedah tuangan lilin digunakan. Bekas tersebut menjadi acuan . Rajah di bawah menunjukkan urutan proses bagi menghasilkan produk perhiasan menggunakan kaedah tuangan lilin.Corak yang telah dibentuk atau diukir diletakkan di dalam satu bekas 2).

Bekas acuan ini akan ke dalam ketuhar dan dipanaskan pada suhu lebih kurang 150˚C. Apabila lilin cair dan mengalir keluar.Akhir sekali acuan dipecahkan untuk mengeluarkan produk .3). ia akan meninggalkan bentuk lilin tadi di dalam acuan 4).Acuan diterbalikkan dan logam lebur dituangkan ke dalam acuan dan dibiarkan keras dan sejuk 5).

Produk atau komponen yang dihasilkan melalui proses tuangan die ini kukuh dan mempunyai daya regangan yang tinggi. Permukaan produk yang terhasil juga licin dan kemas. aloi magnesium. Logam yang digunakan untuk proses tuangan die adalah seperti aloi aluminium.c) Tuangan Die Tuangan die ialah satu proses tuangan acuan tetap menggunakan logam lebur yang disuntik ke dalam acuan dengan tekanan tinggi. Dalam proses tuangan die ini. aloi keluli dan aloi zink. Mesin tuangan die boleh menghasilkan produk yang kemas kerana kerana menggunakan penekan yang mempunyai kuasa tekanan yang tinggi. tembaga. Mesin tuangan die . leburan logam disuntikkan ke dalam die dengan tekanan tinggi untuk menghasilkan produk tuangan yang mampat dan kemas.

Kotak peranti elektronik Proses tuangan die.Contoh produk yang dihasilkan melalui proses ini adalah seperti rod.Logam dileburkan dalam bekas . Sepana gabung Rod penyambung 1). penyambung. sepana gabung dan kotak peranti elektronik.

Setelah leburan logam keras. die dibuka dan menolak produk keluar dari rongga acuan 4).2).Produk yang terhasil .Pelocok ditolak bagi menyuntik logam lebur ke dalam acuan 3).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->