P. 1
kerja kursus bimbingan dan kaunseling

kerja kursus bimbingan dan kaunseling

|Views: 4,287|Likes:

More info:

Published by: mohd zulkepli zakaria on Sep 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2013

pdf

text

original

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Soalan Tugasan Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan

pandangan daripada tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sasuatu kejadian atau sesuatu fenomena.Kepada Seseorang kaunseling, kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi memudahkan proses menyelesaikan masalah.Dalam erti kata lain teori dapat memberi maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang kaunseling (a) Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian, bincangkan kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling.

(b)

Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri.Berdasar behaviorisme. pernyataan ini jelaskan komponenkomponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling

(c) Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme,nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku maladatif dipelajari ? Seterusnya terangkan bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori kaunseling behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku maladatif ini.

OUM

1

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Soalan Tugasan Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sasuatu kejadian atau sesuatu fenomena.Kepada Seseorang kaunseling, kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi memudahkan proses menyelesaikan masalah.Dalam erti kata lain teori dapat memberi maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang kaunseling (a) Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian, bincangkan kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling. Pengenalan Teori adalah suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya yang berbentuk saintifik sifatnya, maka perlu diuji, diselidik dan diramalkan. Kaunseling pula merupakan perhubungan menolong yang diberikan oleh individu yang terlatih dalam bidang kaunseling dalam hubungan menolong ini kaunselor tidak memberikan sebarang jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbangkan kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Nasihat juga tidak diberi kerana ingin memberikan peluang dan ruang kepada klien bertanggungjawab dengan keputusan dan tindakan yang diambil. Proses kaunseling mengelakkan unsur pergantungan klien kepada kaunselor. Kaunseling juga menggalakkan peningkatan kemahiran dan kematangan diri klien. Unsur nasihat tercetus dalam bentuk celikakal yang merupakan salah satu strategi yang dipilih. 1. Teori-teori Kaunseling Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, banyak yang boleh digunakan untuk memberi kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luas

OUM

2

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien agar bidang masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan berkesan. Daripada banyaknya teori, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategori yang utama iaitu: 1. Teori Kaunseling Behaviorisme. 2. Teori Pemusatan Insan. 3. Teori Psikoanalisis. 4. Teori Kaunseling Kognitif. 1.1 Teori Kaunseling Behaviorisme. B.F Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan Teori Kaunseling Behaviorismeatau lebih dikenali sebagai pelaziman operan. Beliau dilahirkan di Pensylvania, Amerika Syarikat. Kebanyakan teori yang dibentuk oleh Skinner berpunca daripada kajian ke atas binatang, contohnya tikus. Skinner percaya pembelajaran merupakan penentuan paling asas berhubung dengan tingkah laku manusia. Ahli teori dengan menggunakan pendekatan tingkah laku memberikan tumpuan kepada pelbagai bentuk tingkah laku klien. Ahli-ahli dalam pendekatan ini percaya manusia mempunyai masalah disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah tingkah laku sesuai dengan kehendak persekitaran. Kaunselor yang menggunakan kaedah tingkah laku berusaha untuk menolong kliennya sama ada menpelajari sesuatu yang baru, bertingkah laku secara diterima atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku yang keterlaluan. Pendekatan tingkah laku selalu digunakan ke atas individu yang mempunyai masalah yang spesifik seperti kecelaruan makan, penyalahgunaan dadah, ketidakfungsian seksual dan beberapa kecelaruan lain termasuklah masalah ketakutan, tekanan, assertif, keibubapaan dan interaksi sosial. Ahli kaunseling dengan pendekatan tingkah laku percaya bahawa semua tingkah laku yang diperhatikan oleh individu sama ada yang sesuai atau tidak adalah dipelajari. Peranan kaunselor dalam pendekatan tingkah laku adalah aktif sepanjang sesi kaunseling.

OUM

3

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Klien akan belajar, kadang kala tidak belajar atau belajar semula tatacara yang khusus untuk tingkah laku. 1.2 Teori Pemusatan Insan. Teori kaunseling pemusatan-insan diperkenalkan oleh Carl Rogers yang dibesarkan di Illinois, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian. Ahli dalam pendekatan ini mempercayai bahawa manusia adalah untuk yang baik. Manusia mempunyai ciri-ciri peribadi positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan, realistik dan boleh dipercayai. Setiap insan sedar dan mempunyai daya gerakan untuk mencapai kendiri idaman (ideal self). Pada pendapat Rogers, kendiri idaman merupakan arah motivasi yang mengarahkan tingkahlaku manusia yang mempengaruhi dirinya sebagai manusia keseluruhannya. Setiap insan mempunyai kecenderungan asas untuk berusaha mencapai kendiri idaman yang sebenar. Ahli teori pemusatan-insan percaya setiap insan berupaya untuk mencari makna peribadi diri dan tujuan kehidupan di muka bumi ini. Peranan kaunselor dalam pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau keseluruhan. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya. Kaunseling dalam pendekatan ini memberikan tumpuan kepada hubungan kaunselor dan klien. Kaunselor sentiasa berhatihati dan sedar dengan bahasa, perkataan dan gerakbalas klien. Pendekatan pemusatan-insan ini berjaya untuk mengatasi pelbagai masalah upaya umpamanya masalah kepimpinan. Penyesuaian psikologikal, masalah pembelajaran, frustrasi dan berjaya menolong mengurangi sifat-sifat defensif. 1.3 Teori Psikoanalisis. Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan Yahudi. Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnotisa (hypnosis). Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalitiknya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar yang dipunyai.

OUM

4

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Pada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu terdapat perpindahan atau transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan personaliti manusia. Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh Freud terbukti secara saintifik kini. Kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akan menggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang dalam ingatan, terutama sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di tahap kanakkanak. Melalui pendekatan ini kaunselor cuma membentuk persekitaran atau atmosfera di mana klien akan merasai bebas untuk melahirkan isi hatinya. Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Teori psikoanalisis berjaya digunakan untuk mengatasi mereka yang mempunyai pelbagai kecelaruan termasuklah gangguan histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif, kecelaruan peribadi, ketakutan, phobia dan kecelaruan seksual. 1.4 Teori Kaunseling Kognitif . Ahli kaunseling menggunakan pendekatan kognitif dengan memberikan tumpuan kepada pemikiran manusia. Ahli teori kognitif percaya bahawa pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku manusia. Jika individu mengubah cara berfikir, perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Salah satu pendekatan kognitif yang popular telah dikembangkan oleh Albert Ellis (1962) yang dikenali sebagai Terapi Emotif-Rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy). Albert membesar dalam keluarga Yahudi di Pittsburg, Amerika Syarikat. Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah adalah rasional dan tidak rasional, logikal dan gila. Albert Ellis juga percaya bahawa sifat duaan (duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus dipunyai andainya tiada apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah cara pemikiran baru pada individu. Ellis telah menggariskan sebelas kepercayaan tidak rasional yang seringkali dipunyai oleh manusia yang menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.

OUM

5

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan terus. Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan kognisi klien. Albert Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik, berpengetahuan luas, empathetik, tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET. Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi masalah kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. 2. Kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling Teori dalam kaunseling penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan halatuju kepada seseorang kaunselor. Teori juga memberi fokus kepada kaunselor apa yang hendak dilakukannya terhadap kliennyaMengkaji masalahnya dan berusah mencari jalan penyelesaiannya. Teori juga boleh dijadikan panduan untuk membuat rancangan dan persediaan sebelum menjalankan proses kaunseling. Tiga fungsi teori adalah:(i) untuk menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa Pemerhatian. Contohnya, jika diambil satu teori yang mengatakan bahawa “setiap tingkah laku yang mendapat peneguhan akan berulang”, kita boleh gunakan teori ini untuk memberi penjelasan, menguasai keadaan dan membuat ramalan. Misalnya, untuk membuat penjelasan mengapa seorang remaja itu suka membaca? Kita boleh menjelaskan bahawa remaja itu mungkin telah mendapat pujian daripada ibu bapanya atau gurunya kerana suka membaca (penjelasan). (ii) untuk menguasai keadaan tertentu. Sekiranya kita hendak gunakan teori ini, kita akan cuba memberi sebanyak mungkin peneguhan kepada remaja yang menunjukkan keinginan membaca apa sahaja, sama ada novel, majalah atau surat khabar (menguasai atau menggalak).

OUM

6

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling (iii) untuk membuat sesuatu ramalan. Seorang guru yang selalu memberi pujian atau komen positif terhadap muridnya yang suka membaca selepas habis kerja kelas mengamalkan perlakuan yang baik. Kita boleh membuat ramalan bahawa murid yang mendapat komen peneguhan yang positif dari gurunya akan meneruskan tabiat suka membaca (ramalan). (b) Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri.Berdasar kaunseling behaviorisme. Pengenalan Teori kaunseling behaviorisme merupakan teori pendekatan ketingkahlakuan atau “ behavioral approach”.Teori ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Teori behaviorisme ini terbentuk dari tiga komponen yang utama. 1.1 Komponen Pertama Komponen ini dipetik dari pelaziman klasikal ia juga dikenali sebagai pelaziman responden yang diasaskan oleh Ivan P. Pavlov (1960) dan Hull( 1943) .Pavlov dalam percubaanya telah menemui satu proses yang dikenali sebagai pengkondisian atau pensyaratan klasik melalui percubaannya terhadap seekor anjing. Dimana peransang asli dan neutral dipasangkan dengan stimulus bersyarat secara berulang-ulang sehingga memunculkan reaksi yang diinginkan. Eksperimen-eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov sangat terpengaruh dengan pandangan behaviorisme di mana gejala-gejala kejiwaan seseorang dapat dilihat dari perilakunya. John B.Watson (1920) telah menggunakan prinsip pelaziman klasikal yang diasaskan oleh Pavlov dalam eksperimennya. Dalam eksperimen tersebut Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng) yang digandingkan dengan ransangan dilazimkan (tikus putih) ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat dan rasa takut).Watson berpendapat tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur.beliau juga pernyataan ini jelaskan komponen-komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori

OUM

7

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling berpendapat tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Eksperimen ini menjadi perkara asas kefahaman teori behaviorisme eksperimen ini juga menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan prinsip pembelajaran.Menurut pendekatan ini tingkah laku adalah satu gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya ransangan. Semua perkara inilah menjadi komponen pertama yang mengembangkan pendekatan behaviorisme. 1.2 Komponen kedua. Komponen kedua adalah pelaziman operan yang diasaskan oleh B.F.Skiner (1953).Menurut kajian beliau peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang.Skiner menyatakan peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.Peneguhan positif merupakan ganjaran berbentuk wang atau pujian,manakala peneguhan negatif pula ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif sebagai contoh mengenakan kejutan elektrik.Menurut Skiner penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku individu dinamakan teknik modifikasi tingkah laku. Skiner menegaskan peneguhan adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Sekiranya peneguhan bagi sesuatu tingkah laku operan tidak diberikan dalam satu jangka masa yang panjang, besar kemungkinan tingkah laku operan tidak akan berlaku. Fenomena ini disebut sebagai penghapusan. Unsur ini merupakan elemen negatif yang boleh menamatkan sesuatu tingkah laku operan. Oleh yang demikian dalam sesuatu proses pembelajaran peneguhan perlu disampai dari masa ke semasa dan secara kekal untuk menjamin berlakunya tingkah laku tersebut secara berterusan.Pendekatan ketingkahlakuan yang dinyatakan oleh Skiner ini merupakan salah satu komponen yang menyumbang kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme. 1.3 Komponen ketiga. Komponen ketiga yang menyumbang kepada terbentuknya teori behaviorisme adalah dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif “ Cognitive behavior therapy”.Terapi ini merupakan gabungan dari dua aliran pemikiran berbeza, iaitu pendekatan yang

OUM

8

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling berasaskan tingkah laku sahaja dan satu lagi berasaskan kognitif sahaja.Istilah kognitif ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir,menaakul,menganalisis,membentuk konsep,menyelesaikan masalah dan sebagainya.Menurut ahli psikologi dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya.Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,menyusun,menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang disimpan untuk membolehkan ia menghubungkait pengalaman tersebut dengan masalah yang dihadapinya.Semua perkara-perkara yang dinyatakan oleh ahli psikologi di atas merupakan komponen-komponen yang memungkinkan wujudnya terapi behaviorisme.

(d) Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme,nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku maladatif dipelajari ? Seterusnya terangkan bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori kaunseling behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku maladatif ini. Pengenalan Tingkah laku bermasalah atau maladatif ialah segala perbuatan yang menyekat seseorang individu menyesuaikan diri dalam masyarakatnya dan dengan itu segala pelakuannya tidak produktif bagi dirinya. Mengikut penjelasan teori kaunseling behaviorisme, semua tingkah laku yang dianggap maladaptif atau tingkah laku masalah adalah dipelajari, demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkan kesakitan. Ahli kaunseling behaviorisme percaya bahawa semua pembelajaran adalah melalui pengalaman responden atau operasi. Tingkah laku maladatif ini dipelajari untuk mendapatkan pengukuhan yang positif atau untuk mengurangkan perasaan kurang selesa. Mengikut pembelajaran responden jika ransangan yang menyakitkan digabungkan dengan ransangan yang neutral lama kelamaaan ransangan yang neutral ini akan menjadi maladatif. Sebagai contoh, jika seseorang itu akan mendapat saki perut apabila minum secawan milo

OUM

9

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling apabila ia berlaku beberapa kali individu tersebut akan merasa takut untuk minum milo pada hal meminum milo itu hanyalah ransangan neutral. Begitu juga sebaliknya,apabila seseorang rasa gembira apabila mencuri kerana memperolehi wang yang banyak sekiranya ianya dilakukan berulang ulang kali individu tersebut akan merasa, sekiranya dia ingin memperolehi tidak sedar. Tingkah laku maladatif ini merupakan sesuatu tingkah laku yang dipelajari,apabila ia dipelajari bermakna ia juga boleh diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang sesuai dengan kehendak masyarakat.Terdapat beberapa strategi atau kaeadah-kaedah yang sesuai bagi membantu klien bagi membentuk tingkah laku yang positif 1. Strategi main peranan atau “role-play”. Kaedah ini sesuai bagi menyelesaikan masalah klien yang sukar untuk meluahkkan perasaan atau klien yang pemalu.Kaunselor boleh memainkan peranan bagi orang lain manakala klien akan meluahkan perasaan atau menyatakann sesuatu, Klien dan kaunselor sebenarnya berlakon seolah-olah berada di keadaan atau di situasi yang sebenar. Kaedah main peranan ini merupakan satu teknik yang baik untuk meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan bahawa ada banyak alternatif untuk melakukan tingkah laku lain yang terdapat dalm diri klien.Walaubagaimana pun untuk menjayakan kaedah main peranan ini, ia amat bergantung kepada kesungguhan kaunselor dan juga kesedian klien itu sendiri. 2. Strategi latihan asertif. Ini juga boleh digunakan untuk membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku maladatif ini. Teknik ini dapat memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, strategi ini juga dapat mengajar klien yang lemah serta tidak bermotivasi supaya dapat bertindak dengan lebih produktif. Latihan asertif ini merupakan satu teknik untuk menambah keyakinan diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman kepada dirinya. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam kaedah asertif ini diantaranya dengan melalui penerokaan masalah, menaarif masalah,melakonkan situasi-situasi pasif,agresif dan asetif yang biasa dihadapi oleh klien. wang yang banyak dia perlu mencuri. Keadaan-keadaan inilah yang dimaksudkan dengan tingkah laku maladatif ini dipelajari dan bukanya hasil dorongan

OUM

10

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Bagi menjalankan latihan “role-revesal” iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan tingkah laku asertif haruslah dilakukan sedikit demi sedikit.Apabila klien sudah ada keyakinan dan sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini, baarulah klien cuba melakukannya diluar bilik kaunselor iaitu pada keadaan sebenar atau di alam dan bukan sekadar lakonan. 3. Kaedah token ekonomi atau pemberian hadiah. Hadiah yang dimaksudkan merupakan token yang akan diberi kepada seseorang sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang baik dan bersesuaian.Token yang diberi adalah dalam bentuk benda seperti bintang,gelang,kad dan sebagainya.Semuanya ini boleh ditebus dengan hadiah atau mendapat kemudahn-kemudahan tertentu.Kaedah ini didapati amat berkesan dalam membantu klien yang menghadapi masalah perlakuan yang biasa atau perlakuan yang kompleks dan amat sesuai untuk menghapuskan tingkah laku maladatif dan menukarkannya kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian dengan kehendak persekitaran dan masyarakat. Walaupun terdapat sedikit masalah turutamanya untuk memastikan perlakuan positif ini berterusan dan berkekalan,ia masih boleh diteruskan dengan cara kaunselor membuat perancangan rapi dan meminta bantuan dari orang sekeliling klien untuk membuat pemerhatian seperti ibu bapa,guru,keluarga atau jiran klien. 4. Kaedah pengurusan kendiri,pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri. Tatacara kaedah ini adalah klien memberi kerjasama sepenuhnya dan aktif dalam kaunseling.Apa yang difikirkan oleh klien diambil kira oleh kaunselor dan diberi perhatian, klien berusaha sendiri untuk mencapai perubahan yang dikehendaki, klien belajar cara memberi peneguhan kendiri. Klien diminta membuat interpretasi data tingkah laku yang telah mereka catitkan.Dalam kaedah ini kaaunselor hanya sebagai mentor atau pemudah cara dan bukan sebagai seorang pakar. Bagi memastikan kaedah kendiri ini berjalan dengan lancar dan mencapai beberapa langkah perlaksanaanynya perlu dituruti.Langkah pertama adalah mengkonsepsi dan mentakrif masalah dan memilih matlamat dalam bentuk behavioral,perkara yang perlu diambil berat adalah memastikan matlamat mudah difahami,mempunyai nilai kepada klien,

OUM

11

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling realistik dan boleh dicapai. Matlamat atau sasaran yang hendak dicapai itu harus ditulis tarikh-tarikhnya supaya ia menjadi satu target atau mengukur tahap pencapaian sesuatu perubahan tingkah laku. Langkah seterusnya adalah mengurus dan memantau tingkah laku sasaran. Langkah ini klien perlu mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku.Klien bebas menggunakan sebarang alat yang sesuai sebagai contoh klien boleh menggunakan pita rakaman,jam,kertas,komputer dan sebagainya. Klien perlu elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon yang tidak dikehendaki atau perlakuan maladatf. Klien juga perlu menjana peneguhan yang sesuai dan menentukan kesan yang bermakna serta berkesan kepada klien. Perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh klien adalah meneruskan kejayaan dan mengira apa yang telah dicapai. Kesimpulan Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran kearah mencapai kesempurnaan kendiri. Untuk mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan beberapa teori atau kaedah yang bersesuaian dengan klien .Walaubagaimanapun, semua itu bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan klien untuk melakukan perubahan dan keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.

Rujukan OUM 12

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Zainal Abidin Ahmad (2009) Bimbingan dan Kaunseling, Meteor Doc : Kuala Lumpur http://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%203%203G.doc http://www.csub.edu/extension/Theory_and_Practice_of_Coun.pdf http://www.minddisorders.com/Py-Z/Rational-emotive-therapy.html http://www.answers.com/topic/behavioral-therapy http://webspace.ship.edu/tosato/therapy.htm

OUM

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->