You are on page 1of 6

Arca
Definisi:

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta
dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu
sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat – tempat yang
menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis – Jenis Arca

•Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami
kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat
konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan
betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam
merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam
bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca
berfungsi.

Arca Asemblaj

•Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik
ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya
aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh
dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
- Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang )
adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina
menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Arca Timbulan
Imej arca timbul ‘ Still Life With Musical Instruments ’

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang
kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-
ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong,
memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang
akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse
(1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang
menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

•Arca Mobail
.
•Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali
sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
•Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar
atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang
digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk
membolehkannya bebas bergerak.
Arca mobail " Horizontal Spines " oleh Alexander Calder
tabail " Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art "

Arca Stabail

•Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang
kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum
dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai
sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-
awang.
•Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap ,
atau pintu siling.

•Arca Gabungan

Diorama

•Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di
dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat
Contoh diorama
Antara contoh boneka kain

dari hadapan atau pun sisi.


•Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan
dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak
kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema
diorama.

Boneka

• Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk
macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka
bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi
ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan
pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang.
.

Origami

• Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun
kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan.
Contoh origami

• Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak
kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang
Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
• Kertas yang diperbuat dari hancuran
tumbuhan dan kain buruk
membolehkan kertas dihasilkan
dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-
contoh awal origami yang berasal
daripada Cina adalah tongkang Cina
dan kotak.
• Pada abad ke enam, cara pembuatan
kertas kemudiannya dibawa ke
Sepanyol oleh orang- orang Arab; dan
juga ke Jepun (610 A.D.) oleh
seorang sami Buddha bernama Dokyo
yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
• Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-
temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.
Topeng

• Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk
mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk
menghormati sesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk
topeng bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang
menggambarkan lembut, dan adapula yang menggambarkan kebijaksanaan.
Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk
karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya, tetapi sisi
misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan
magis yang sulit dijelaskan.

You might also like