Professional Documents
Culture Documents
Latihan 1 m/s 10
Setelah membaca kandungan di atas, senaraikan lima feadah yang diperolehi
melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Huraikan bagaimana lima faedah itu mempengaruhi kehidupan seharian anda.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada
hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan
warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat
mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.
Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi
keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan
kemahiran yang kita pelajari.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk
membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat
mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan
potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara
pemikiran dengan perlakuan kita.
Anda dikehendaki membaca artikel, journal atau buku mengenai seni dalam
pendidikan.
Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,
berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif
dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan
lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih
menyeronokkan murid-murid tersebut.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses
pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant
Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang
terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang
keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan menggembirakan;
Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera
Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya;
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni;
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat;
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab
Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya
dengan keselesaan hidup;
Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang berfaedah; dan
Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah air.
Latihan m/s 14
Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang
penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan
diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai
pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau
melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan
markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat dicarinya.
Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain sudah bersembunyi dan
bersedia untuk dicari olehnya. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh
dibawa.
Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai
penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama
yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada permainan yang
seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah
bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli yang bermain pada
permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan
menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya.
Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan itu, anda dikehendaki memberi
contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak.
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam
masyarakat.
Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh
orang lain.
Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh
rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima,
disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi
permainan dan mereka dianggap tidak kedekut.
3.2 WARNA
Latihan m/s 24
Sila buat catatan
(i) PERHATI dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah.
BAYANGKAN suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya.
Warna
Bilik Darjah Tepi Pantai
Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di
dalam bilik darjah.
Daripada pemerhatian saya, warna yang terdapat dalam bilik darjah dan tepi pantai
adalah hampir-hampir sama.
Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan plastic di
atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.
Sekarang, cuba anda meneroka campuran Warna Sekunder dengan Warna Asas
untuk menghasilkan Warna Tertier pula.
(iii) Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna
dengan objek, emosi, muzik dan pergerakan.
Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan tindakbalas anda pada
tempat kosong yang disediakan.
Selepas anda menerokai warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, buat satu
refleksi pendek tentang peranan warna dalam kehidupan harian anda.
Warna boleh mempengaruhi kehidupan kita. Warna yang agak lembut akan memberi
ketenangan. Warna yang terang akan menaikkan semangat untuk bergerak atau
melakukan tugas. Di antara peranan-peranan warna adalah seperti berikut:
Warna boleh memperngaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau
garang atau terang.
Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.
Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.
Warna memberi ketenangan dalam kehidupan.
Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.
3.3 RUANG
DUDUK BERDIRI
1. Ruang untuk bergerak agak terhad 1. Ruang agak luas dan senang untuk
dan sempit serta kurang selesa bila bergerak.
membuat aktiviti senaman. 2. pergerakan bebas
2. Pergerakan agak sukar kerana
saling bersentuh bila membuat
pergerakan atau senaman.
Tulis satu refleksi ringkas tentang pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti
ini.
melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang luas dan
mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan merasa lebih
selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Kita
akan merasa tenang dan segar dan puas.
• Susunan peralatan
Suasana Waktu
Rehat
Berjalan
Bunyi bersiul Meja teratur Hijau
Tong sampah
Bunyi tepukan Berlari anak coklat
rebah
Bunyi benda
Berpusing badan Biru tua
terjatuh
Memegang
Bunyi menyanyi
sesuatu
Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah.
Dalam bilik darjah yang boleh diaplikasikan ialah tarian tradisional. Tarian
memerlukan ruang yang sederhana luasnya kerana ianya pergerakannya tidak bebas
dan langkahnya tidak laju. Tarian akan menjadi menarik apabila pergerakan adalah
sama atau serentak. Melihat dari segi warna pakaian, tarian tradisional akan menjadi
lebih menarik apabila warna pada pakaian adalah terang dan bewarna-warni. Dari segi
irama pula, tarian tradisional mempunyai irama yang lembut dan perlahan.
Pergerakannya adalah mengikut irama yang dimainkan. Pergerakannya adalah
menggambarkan motif yang hndak disampaikan dalam tarian tersebut.
Soalan m/s 32
Berdasarkan contoh yang diberikan dalam petak di bawah (rujuk deria Lihat), cuba
jalankan satu aktiviti di dalam kelas menggunakan deria lain pula. Ini
membolehkan anda mengetahui, memahami dan mengenalpasti kepentingan deria
anda apabila berinteraksi dengan persekitaran. Untuk pengetahuan anda,
tindakbalas deria boleh diluahkan melalui aktiviti-aktiviti Seni.
EKSPRESI MASA
Subuh Tengah hari Malam
DERIA melalui SENI
1. Lihat
(apa/bagaimana kabur jelas Tidak nampak
anda melihat) dalam gelap
Seni Visual
(lukis ekspresi
muka)
Muzik
(jenis mud perlahan Pantas/kuat lembut
muzik)
Pergerakan laju pantas perlahan
(jenis langkah)
Seni Visual
(lukis ekspresi
muka)
Muzik Emm…Aaahh.. ee…grr.. Waaahh…
(cipta bunyi)
Pergerakan
(bergerak Berjalan-jalan berlari Berlari-lari anak
setempat)
Sedarkah anda bahawa ada di antara deria kita lebih peka berbanding deria-deria
kita yang lain? Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, bolehlah anda
mengenalpasti deria mana yang lebih menghasilkan tindak balas. Senaraikan
mengikut susunan kekuatan tindak balas.
• Dengar
• Lihat
• Hidu
• Sentuh
• Rasa
(i) Tulis satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah
pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria, terutamanya dalam
konteks anda sebagai seorang pelajar serta guru.
(ii) Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan
kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti
pelakuan di sekeliling kehidupan harian anda.
(iii) Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang
disediakan.
Latihan m/s 44
‘Sound Story’
Bayangkan anda dan rakan-rakan sedang berada di sebuah pasar malam. Anda
dikehendaki membuat latihan-latihan berikut:
• Tuliskan lima ayat perihal apa yang anda lihat di pasar malam itu.
1. Terdapat banyak gerai perniagaan yang menjual pelbagai jenis barangan.
2. Terdapat banyak jenis makanan, minuman, pakaian, buahan dan sebagainya.
3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh rendah dengan orang ramai.
4. Keadaan sesak dan menjadi sempit dengan pembeli dan barangan jualan.
• Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sahaja, cuba tiru tiga daripada
aksi yang dilakukan oleh penjaja itu secara berterusan.
1. Aksi memicit adunan tepung menjadi bulat.
2. Aksi melemparkan tepung menjadi leper yang besar.
3. Aksi menggoreng roti canai dan membalik-balikkannya.
(Watak yang diperlukan ialah seorang peniaga dan dua orang pelanggan. Penjual
tersenyum gembira apabila pelanggan menghampiri gerainya dan memilih buah yang
hendak dibeli)
BIBLIOGRAFI
1. Wee Eng Hoe (2002), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Shah Alam, Karisma
Publications Sdn. Bhd.
2. Kamarudin Hj. Husin (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Jaya Selangor, Logman
Malaysia Sdn. Bhd.