You are on page 1of 7

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

PERANAN SENI DALAM MASYARAKAT

KEPENTINGAN SENI SASTERA

Sastera dalam bahasa Sanskrit bererti “sesuatu yang indah”. Kesusasteraan membawa maksud
“khazanah atau tulisan-tulisan yang indah”. Novel, cerpen, drama dan puisi merupakan contoh
kesusasteraan. Kesusasteraan penting dalam pembangunan negara.

1. Mewujudkan satu identiti kebangsaan


• Merupakan wadah pembentukan budaya nasional
• Sastera menyalurkan fikiran dan idea budaya bangsa
• Kesusasteraan akan melambangkan masyarakat Malaysia
• Nilai-nilai budaya Malaysia akan tersebar luas

2. Kesusasteraan mencerminkan kehidupan


• Kesusasteraan memberi pedoman dan iktibar
• Kelemahan masyarakat dapat diketengahkan
• Unsur didaktik dapat memajukan masyarakat

3. Kesusasteraan membantu menyebarkan semangat nasionalisme


• Kesusasteraan memaparkan kezaliman penjajah dan penderitaan hidup kita
• Terdapat banyak karya kreatif bernada patriotik dan anti penjajah.
• Memupuk semangat nasionalisme dan mendorong usaha mencapai kemerdekaan

4. Meningkatkan imej negara


• Karya-karya Sasterawan Negara kita popular dan mendapat pengiktirafan antarabangsa
• Mereka dijemput untuk memberi ceramah di luar negara
• Banyak karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa asing

5. Sajian mental
• Sumber hiburan dan ilmu
• Sastera hiburan yang sihat dan murah
• Penghasilan dan penghayatan sastera memberi kepuasan
• Menawarkan ketenangan jiwa

PERANAN SASTERAWAN
• Golongan Sasterawan merupakan sebilangan insan seni yang dapat menyumbangkan idea-idea
mereka dalam bentuk karya yang kreatif seperti novel, puisi dan esei
• Mereka lebih peka terhadap perubahan alam sekeliling dan dapat menyampaikannya dalam
bentik kreatif
• Mempunyai peranan tersendiri dalam penyatuan dan pembangunan sosioekonomi negara
Malaysia.
• Lebih sensitif dengan masalah dalam masyarakat seperti masalah kemiskinan, setinggan dan
penindasan
• Dicetuskan melalui hasil karya untuk menyedarkan masyarakat supaya mencari jalan
penyelesaian
• Rimba Harapan (Jungle Of Hope) oleh Kamaluddin Mohammad @ Keris Masyarakat
memaparkan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh orang miskin serta penindasan
golongan atasan ke atas golongan marhaen ini
• Pada zaman penjajahan, golongan Sasterawan memainkan peranan pentind dalam meniupkan
semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat untuk menentang penjajah melalui hasil
penulisan. Contoh: Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj Muhammad mengisahkan tentang
penjajah yang ingin menakluk puncak GunungTahan
• Peranan dalam memperkembangkan dan memperkayakan hasil seni dan budaya di negara
• Anugerah dan penghormatan yang diberikan oleh badan tertentu. Shahnon Ahmad telah
diberi penghormatan untuk ke Afro Asian Writers Conference di Alam Ata, Rusia
• Satu penghormatan yang tidak ternilai terhadap golongan Sasterawan kerana hasil mereka
dihargai
• Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, cintakan tanah air serta berusaha
mencapai kemajuan dalam segenap lapangan
• Hasil-hasil karya yang bersifat patriotik

1 www.pam900.blogspot.com
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

• Hasil-hasil karya untuk diteladani dan memberi bentuk hiburan, pengetahuan serta
pendidikan kepada pembaca
• Membentuk sebuah masyarakat terpelajar
SOALAN PERBINCANGAN

Kata Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad, sastera ialah seismograf


kehidupan. Apa itu seismograf? Menurut Kamus Dewan, seismograf ialah alat bagi
mengukur kekuatan gempa bumi. Jadi, mengapa perkataan seismograf dipilih? Itu
makna yang bersifat literal ataupun harafiah. Seismograf dalam erti kata lain ialah
kayu ukur ataupun penyukat kepada kehidupan.
Cuba lihat kehidupan hari ini. Seni dan sastera wujud daripada
persekitaran yang ada. Perhatikan bahawa satu masa dahulu, lagu dangdut
kedengaran di mana-mana. Pada ketika itu, Indonesia melalui zaman hedonisme
yang melampau hinggakan Presidennya pun tumbang. Kini lagu-lagu dari Indonesia
sudah berubah. Seiring dengan perubahan pola dan cara hidup masyarakatnya.
Cuba lihat pula lambakan pasaran buku hari ini. Penerbit buku kini lebih ghairah menerbitkan
buku-buku yang bertemakan cinta dengan nafsu murahan. Mengapa? Kerana ada pasarannya.
Perhatikan bagaimanakah bangsa Melayu hari ini? Secara kasarnya sudah berani hanyut dengan
hiburan-hiburan yang sia-sia. Anak-anak muda menangis meraung jika gagal menyertai program-
program realiti. Penonton pun sama meraung-raung apabila ada peserta yang gagal ke peringkat yang
selanjutnya. Ibu bapa juga mengucapkan “Alhamdulillah, anak saya terpilih dalam program realiti tv
ini.”
Jadi, tidak cukupkah kita hanya berhibur, berhibur dan berhibur hingga tiada suatu pun yang
kita tinggalkan untuk ruang berfikir ataupun ruang ta’akul – ruang penafsiran.
Sastera pula bukan sekadar buku cerita, bukan sekadar puisi. Bagi saya, sastera ialah suatu
seni kata-kata bagi menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk tamadun, mengajak pembacanya
berfikir dan mendorong pembaca melakukan kebaikan serta menimbulkan rasa insaf.
Membaca puisi-puisi A. Samad Said, misalnya, menemukan saya dengan banyak perkara.
Kecintaannya terhadap bahasa, kritikan sosialnya yang lembut tetapi dalam makna dan juga rakaman
peristiwa yang diabadikan dalam karyanya. Begitu juga dengan karya-karya Usman Awang yang banyak
berbicara tentang kedamaian dan keseimbangan masyarakat.
Cuba-cubalah membaca karya Siti Zainon Ismail, sama ada cerpennya ataupun puisi-puisinya
yang penuh kewanitaan tanpa meninggalkan akarnya yang gemilang. Sebagai penyair dan ahli
akademik, Siti Zainon telah merantau ke seluruh dunia, namun karya-karyanya masih segar
mempertahankan jati dirinya sebagai wanita Melayu Islam yang sejati.
Di kalangan penulis yang lebih muda, bacalah karya-karya SM Zakir, Faisal Tehrani, Siti
Jasmina Ibrahim dan Nisah Haji Haron. Pendek kata, mereka ini bukan penulis yang hanya menggarap
kisah cinta yang selapis, terlalu polos ataupun bersifat superficial. Penulis-penulis ini telah berjaya
menyampaikan suatu mesej yang jauh lebih dalam berbanding usia mereka.
Dari aspek kelulusan dan kerjaya, penulis-penulis muda hari ini bukan sekadar berkelulusan
sastera. Terdapat ramai penulis muda (berusia bawah 40-an) yang mempunyai latar belakang disiplin
yang berbeza tetapi dapat menjadi penulis yang baik.
Mengapa mereka ini boleh menulis? Satu perkara penting yang ada dalam diri penulis-penulis
ini ialah jati diri yang disebutkan tadi. Para penulis ini tahu akan identiti dirinya sebagai bangsa
Melayu dan sedar diri bahawa, jika bukan merekalah yang melangsungkannya. Siapa lagi?
Lantas, apa pula peranan kita sebagai pembaca karya sastera?
Pilihlah bahan bacaan yang boleh menjentik pemikiran yang tinggi. Carilah bahan bacaan
yang diiktiraf sebagai kesusasteraan Melayu tinggi yang boleh membangkitkan rasa kemanusiaan,
kerana itulah peranan sastera yang utama : melahirkan rasa kemanusiaan dalam diri manusia.
Sastera sebagai satu elemen kehidupan bukannya untuk diasing-asingkan. Sastera tidak boleh
bercampur dengan sains, ataupun sastera tidak boleh bercampur dengan ekonomi, perubatan,
kejuruteraan, perakaunan dan sebagainya. Sastera itu boleh wujud dalam mana-mana cabang ilmu
yang ada. Itulah kelebihannya.
Ada pihak yang menyatakan sastera ini berbelit-belit. Satu perkara yang langsung akan
disampaikan dalam bentuk yang berkias-kias. Bagi saya, di situlah seninya penyampaian orang Melayu.
Sebagai contoh, perhatikan tulisan Bapak Tenas Effendy dalam bukunya “Ungkapan Tradisional Melayu
Riau” tentang peranan seorang anak :

SENI FILEM
• Filem merupakan media penghibur dan pendidik
• Filem yang berjaya akan membawa keuntungan dan kemasyhuran kepada pelakon dan
pengarahnya

MASALAH

2 www.pam900.blogspot.com
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

1. Kos pembikinan filem yang tidak cukup akan menyekat mutu sesebuah filem\
• Bayaran rendah tidak dapat memikat penulis skrip yang berwibawa
• Kos yang dikawal ketat tidak dapat mengupah barisan pelakon yang berkaliber
• Latar tempat dan peralatan perfileman juga dijimatkan
• Tempoh filem dipendekkan
• Syarikat filem masih menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan @
bank kerana risiko yang dihadapi terlalu tinggi

2. Skrip yang rendah mutunya dan tema didapati membosankan


• Skrip filem tempatan bersifat stereotype, kisah cinta, perceraian, masalah keluarga
• Menampilkan tema yang sudah basi
• Filem barat didapati cukup kreatif dan menarik - kisah seram, kisah suspens, kisah perang
yang cukup real dan penuh aksi serta sensasi
• Penulis skrip tempatan juga kurang kreatif, inovatif dan matang

3. Kurang sutradara yang berpengalaman


• Arahan filem yang tidak sempurna menjejaskan mutu filem
• Pengarah kurang pengalaman dan tiada pendidikan formal

4. Kurang pelakon berbakat


• Ramai pelakon hanya berbekalkan kecantikan dan gelaran ratu cantik
• Gagal menjiwai watak lakonan dengan berkesan
• Artis kurang berdisiplin

5. Kurang peralatan berteknologi tinggi


• Peralatan canggih meningkatkan mutu filem
• Penggunaan teknologi dapat menghasilkan kesan khas dan teknik suntingan yang baik
• Set yang canggih untuk babak menarik
• Kekurangan studio @ kolej lakonan untuk melatih dan mencungkil bakat-bakat untuk
berkecimpung dalam arena perfileman secara profesional
• Akademi filem yang baru ditubuhkan itu tidak mencukupi untuk meningkatkan profesioalisme
dalam dunia lakonan

6. Sekatan budaya dan penapisan filem-filem tempatan


• Filem barat menikmati kebebasan untuk menayangkan filem secara bebas, penuh dengan
unsur lucah, ganas aksi dan sebagainya.
• Filem tempatan terkongkong oleh budaya timur yang menyekat filem-filem bercorak lucah
dan ganas
• Penapisan filem yang keterlaluan oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia turut menjejaskan
perjalanan cerita dan mutu filem tempatan
• Pemotongan adegan-adegan yang disyaratkan menyekat kreativiti pengarah dan keseluruhan
penggambaran filem.

7. Masalah pasaran yang terhad


• Filem-filem tempatan biasanya menceritakan dan mengisahkan cerita-cerita orang Melayu
• Terhad dan terbatas peminatnya
• Menghadapi persaingan daripada perindustrian perfileman dari luar negara seperti
Hollywood, Hong Kong dan Jepun
• Mampu menerbitkan filem yang bermutu, menarik serta mendapat sambutan hangat
penonton.

SOALAN PERBINCANGAN

Kementerian Penerangan patut gerakkan agensi untuk hasilkan filem, program TV bertema sejarah
negara.
FILEM Negara adalah antara agensi di bawah pentadbiran Kementerian Penerangan yang
peranannya adalah menjadi pusat penyimpanan dokumen atau arkib dalam bentuk visual yang
membabitkan kepentingan kerajaan.Begitupun, Filem Negara juga sebenarnya boleh menjadi agensi
penting untuk menyebar propaganda atau dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Memang sehingga hari

3 www.pam900.blogspot.com
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

ini kita masih boleh melihat peranan Filem Negara dalam menyebarkan atau menghebahkan pelbagai
program kerajaan seperti yang diumumkan dalam pembentangan belanjawan negara bagi tahun 2009.

Dalam erti kata lain, Filem Negara adalah satu lagi alat penting di bawah Kementerian
Penerangan selepas Jabatan Penyiaran untuk menghebahkan program atau propaganda kerajaan.
Jabatan Penyiaran adalah agensi yang mentadbir Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Bagaimanapun, disebabkan terlalu memberi tumpuan terhadap RTM, Kementerian Penerangan agak
terlupa bahawa Filem Negara boleh memainkan peranan besar dalam menyebarkan isu-isu yang
berkaitan dengan kepentingan nasional. Cuma cara dan pendekatannya mungkin agak berbeza sikit.

Peranan dan fungsi Filem Negara sejak dua dekad kebelakangan ini tidaklah begitu menonjol, lebih-
lebih lagi dengan kemunculan stesen TV dan radio swasta. Apabila Kementerian Penerangan menaungi
Filem Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kedua-dua agensi ini pernah dilihat
sebagai bergerak agak seiringan. Ketika Finas berperanan sebagai pentadbir segala aktiviti perfileman
tanah air, Filem Negara pula menjadi institusi yang mampu menerbitkan filemnya sendiri.

Pernah pada satu ketika Kementerian Penerangan memperuntukkan sehingga RM12 juta kepada Finas
untuk menerbitkan filem bercorak sejarah, patriotik dan kenegaraan. Finas kemudian bekerjasama
dengan Filem Negara dan akhirnya terhasillah filem Embun dan Paloh.

Sebenarnya, Kementerian Penerangan masih boleh menyediakan peruntukan khusus kepada Filem
Negara untuk terus menerbitkan filem-filem kenegaraan walaupun Finas sudah berada di bawah
kementerian lain. Walaupun berbeza kementerian, kita berpandangan bukanlah susah sangat untuk
Finas dan Filem Negara berpadu tenaga menerbitkan filem khusus untuk negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menekankan betapa pentingnya sejarah
kepada rakyat Malaysia. Penekanan terhadap aspek sejarah tidak semata-mata disebarkan di sekolah
atau institusi pengajian tinggi iaitu dalam bentuk teks atau bertulis saja, tetapi juga sepatutnya
diiringi dalam medium visual.

Filem atau program TV adalah satu daripada medium yang boleh mempopular mata pelajaran Sejarah,
terutama sejarah membabitkan negara kita.

Bagaimanapun, berapa banyak program TV kita yang memaparkan sejarah kenegaraan? Dalam filem
pula, selepas 1957: Hati Malaya arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, belum ada lagi pengarah yang
sudah menyiapkan filem sejarah negara.

Kekosongan dalam menghasilkan filem, program TV atau dokumentari sejarah negara ini sepatutnya
dimulakan oleh Filem Negara. Ini kerana Filem Negara bukan saja agensi kerajaan tetapi juga
mempunyai banyak bahan yang dapat dieksploitasikan sebagai bahan untuk tatapan umum.

Melihat kepada keadaan semasa, apabila generasi muda semakin lupa dan lalai dengan sejarah
negara, sudah tiba masanya Kementerian Penerangan menggerakkan atau sekurang-kurangnya
mengkaji semula peranan Filem Negara.

Proses ini bukanlah bermakna Kementerian Penerangan perlu mengambil semula Finas seperti yang
dihebahkan sebelum ini, tetapi boleh diadakan satu bentuk kerjasama dengan Kementerian
Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk menghasilkan program TV, dokumentari atau
filem bercorak sejarah, patriotik dan kenegaraan.

Dalam sejarah Filem Negara, agensi ini memang pernah menerbitkan filem cereka yang bertemakan
kemasyarakatan. Harus diingat apabila menyebut filem kenegaraan atau patriotik, ia tidak semestinya
cerita mengenai perjuangan askar, polis atau cerita berkaitan dengan perjuangan politik menuntut
kemerdekaan saja. Cerita seperti itu memang penting, tetapi dalam perspektif sekarang, kita harus
ada cerita dalam filem, TV atau apa saja program TV yang mencerminkan pencapaian negara kita
sehingga hari ini yang patut jadi kebanggaan dan kemegahan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kita juga perlu ada cerita yang memperlihatkan betapa kita sebenarnya boleh berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara luar. Kita juga berasa bangga dan bersyukur dengan apa yang ada
serta yang sudah dicapai oleh negara kita berbanding negara ornag lain.

Pada tahun 1982, Filem Negara menerbitkan filem Gelombang iaitu filem cereka yang mengisahkan
kehidupan nelayan. Filem ini cuba mengangkat cara untuk memperbaiki kehidupan masyarakat
nelayan dengan menubuhkan koperasi supaya hasil jualan ikan dapat dipasarkan dengan sistematik.

4 www.pam900.blogspot.com
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

Filem Bila Hati Telah Retak yang diterbitkan oleh Filem Negara pada tahun 1983 adalah satu contoh
mengenai sebuah filem yang memaparkan kegigihan dan kecekalan jururawat desa menjalankan
tugasnya di kampung dengan penduduknya belum terdedah dengan dunia perubatan moden
sepenuhnya.

Filem Negara mungkin mungkin mempunyai tenaga kreatif yang mencukupi, manakala Finas pula
memiliki kemudahan produksi yang moden. Kita percaya dua agensi kerajaan ini apabila bergabung,
sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan filem-filem cereka yang berlatarkan
sejarah negara.

Kita bukan saja ketandusan, bahkan tidak ada filem atau program TV bercorak sejarah, patriotik dan
kenegaraan. Apa yang kita ada atau tonton adalah filem atau program lama yang asyik di ulang tayang
saja.

SENI MUZIK
• Muzik berasal dari perkataan Latin ‘musica’ bermaksud jenis sastera berlagu dan berirama
• Muzik terbahagi kepada dua jenis iaitu muzik tradisional dan muzik moden

PERANAN MUZIK

1. Muzik bertindak sebagai alat hiburan


• Gabungan pelbagai muzik seperti jazz, rock dan tradisi dan sebagainya menghilangkan
kebosanan dan menenangkan fikiran manusia merentas peringkat umur
• Semakin banyak jenis muzik, moden dan lama dalam bentuk piring hitam, kaset, cakera
padat dan seumpamanya berfungsi sebagai alat hiburan

2. Muzik juga membantu menaikkan semangat patriotisme dan cinta terhadap negara di kalangan
masyarakat
• Semangat nasionalisme dan cinta terhadap negara dapat dibina menerusi lagu patriotik
seperti “Setia”, “Negaraku” dan sebagainya
• Semangat patriotisme yang terbina seterusnya membawa kesejahteraan hidup dalam
masyarakat

3. Muzik mengandungi unsur pengajaran dan nasihat untuk membina akhlak mulia dan moral di
kalangan muda mudi
• Lagu dondang sayang didapati berselang-selikan pantun-pantun bercorak nasihat
• Lagu yang didendangkan oleh kumpulan muzik rock mengingatkan pendengar dengan peminat
muzik tentang bahayanya najis dadah dan pentingnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

4. Muzik sebagai satu kegiatan seni yang menguntungkan dari segi ekonomi
• Negara yang kaya dengan muzik menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan dan
seterusnya menghasilkan sumber pendapatan kepada pelbagai pihak dan kerajaan
• Menyediakan peluang pekerjaan mencipta lagu, pemain alat muzik, juru teknik, juru rakam,
pengedar dan sebagainya. Keadaan ini mengurangkan kadar pengangguran

5. Muzik dan alat muzik tradisional memainkan peranan penting dalam upacara dan adat istiadat
tertentu
• Dalam masyarakat Melayu, kompang dipukul pada kenduri-kenduri perkahwinan dan majlis
perasmian tertentu. Tanpa muzik sedemikian, sesuatu majlis atau upacara dikatakan kurang
sempurna

SOALAN PERBINCANGAN

MUZIK sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan. Kehebatan muzik menerusi iramanya yang
mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Malah tidak salah untuk
dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan menyatupadukan masyarakat
di seluruh dunia.

Memahami muzik berupaya membentuk sahsiah dan membina personaliti, Muzium Negara
menganjurkan Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia untuk dihayati pelbagai lapisan
masyarakat khususnya pencinta muzik.
Menerusi pameran sembilan hari berakhir baru-baru ini, evolusi alat muzik di negara ini
dipersembahkan kepada umum bagi menghayati asal-usul penciptaan alat muzik, matlamat, pengaruh
serta kepada latar adat dan budaya masyarakat berbilang kaum.

5 www.pam900.blogspot.com
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Ibrahim Ismail, berkata pameran yang pertama kali diadakan itu
bukan sekadar memaparkan koleksi alat muzik tempatan, tetapi turut menterjemahkan konsep
1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, muzik merentasi adat dan budaya selain menggambarkan kepelbagaian masyarakat di
negara ini seperti Melayu, Cina, India termasuk etnik orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak.
“Sehubungan itu, sejumlah 96 artifak yang dipamerkan mencerminkan etnik utama negara kita.
Pengunjung bukan saja didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat terperinci mengenai alat
muzik berkenaan tetapi juga melihat secara dekat bagaimana bentuk, saiz dan seni ukiran yang
tertera di badannya.

“Pengunjung juga mendapat ilmu mengenai setiap komponen yang membentuk alat muzik itu.
Misalnya, jenis dan rupa tali dalam peralatan muzik yang dimainkan sama ada secara digesek atau
dipetik selain reka bentuk gendang tabuh, gambus serta tabla” katanya.

Semua peralatan muzik dipamerkan sememangnya ada dalam koleksi muzium. Biarpun pamerannya
cuma sembilan hari, tetapi tugasan seperti kerja penyelidikan dan persiapannya memakan masa kira-
kira tiga bulan.

Umumnya, kata Ibrahim, penciptaan alat muzik


diilhamkan melalui pemerhatian terhadap alam
sebelum ia dieksploitasi menjadi alat muzik. Bahan
semula jadi seperti buluh, batu, tumbuh-tumbuhan dan
anggota haiwan, misalnya tanduk dan tulang dibentuk
menjadi peralatan bunyi-bunyian.
Bermula daripada gerakan mudah seperti tepukan
tangan, hentakan kaki, siulan, ketukan kayu dan sebagainya, alat muzik mengalami evolusi sehingga
ke tahap kompleks dan kompetitif.

Namun, kebanyakan alat muzik tradisional negara ini dikatakan menerima banyak pengaruh luar kesan
pertembungan budaya era zaman perdagangan dan penjajahan lampau. Maka, tidak hairan wujud
selingan nada dan unsur Asia Barat, India, China dan Eropah setiap kali instrumen muzik dimainkan.

Fenomena ini selanjutnya melahirkan alat muzik sinkretik, hasil kepintaran menjalinkan unsur luar
yang difikirkan sesuai selain menjadikan merdu kelompok muzik istana dan rakyat. Proses asimilasi
budaya ini kemudian sebati dan diterima sebahagian kebudayaan tempatan.

Alat muzik gendang dan serunai yang mengutarakan unsur pengaruh Hindu, manakala gambus yang
menyelitkan bunyian Timur Tengah antara contoh berlakunya penyusupan budaya.

Kepelbagaian alat muzik tradisional daripada asal-usul berbeza menggambarkan kemeriahan khazanah
seni. Kewujudan alat muzik yang diserap masuk dari Timur Tengah, China, India malah rumpun dunia
Melayu sendiri tidak melenyapkan pengasingan identiti serta sempadan budayanya.

Dalam sekian banyak peralatan muzik, hanya gendang bersifat sejagat kerana hampir semua kaum di
dunia menggunakannya dalam persembahan kebudayaan mereka. Ia secara tidak langsung dianggap
simbolik kepada jalinan persahabatan yang utuh di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Selain menjadi halwa telinga, wujud falsafah kepercayaan tertentu yang dikaitkan dengan muzik. Alat
muzik seperti tetawak dan gong mempunyai konotasi yang mengaitkannya boleh membangkitkan
nafsu, roh dan semangat.

Rebab pula dikaitkan dengan gerak hati manusia untuk membetulkan kesilapan berpunca daripada
hati serta niat serong. Canang dan kesi pula menekankan paluan hati dan nadi manusia perlu
digerakkan selaras nafsu serta degup jantung. Gendang pula menekankan denyutan jantung manusia
harus seiring dengan pembuluh darah bagi mewujudkan pengaliran darah yang betul.

Hakikatnya, evolusi dan gabung jalin alat muzik membuka peluang dan ruang masyarakat tempatan
mengalunkan irama melangkaui teras budaya yang didendangkan rebab, sompoton, erh hu dan tabla.
Menerusi jalinan irama inilah, ia tidak hanya menenangkan jiwa, tetapi paling penting dapat
menyatupadukan pelbagai bangsa dan etnik Malaysia seperti yang diteraskan menerusi konsep
1Malaysia.

6 www.pam900.blogspot.com
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

DISEDIAKAN OLEH
Puan Salbiah Mohd Nor

DIUBAHSUAI DAN KEMASKINI OLEH


En. Razali Samad
www.pam900.blogspot.com

7 www.pam900.blogspot.com

You might also like