You are on page 1of 10

Emy Erliana Che Yusuf

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Teknologi Pendidikan

Definisi

Perkataan teknologi berasal dari kata Latin “textera” yang bermaksud mendirikan,
mengayam atau menenun; pengertian ini tidak semestinya menunjukkan kepada bahan-
bahan atau perkakasan atau penggunaan mesin-mesin yang canggih semata-mata.

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang
bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam
keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran
setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

“Mentafsirkan teknologi dalam pendidikan sebagai satu cabang disiplin pendidikan yang
mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan
latihan. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedah-
kaedah lain dan penggunaan persekitaran pelajar untuk menghasilkan pembelajaran.”
(Sharifah Alwiah Alsagoff (1984))

“Menyatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu sistem yang meliputi alat dan
bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara
terancang dan teratur ( proses dan produk ) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses
pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.”
(Jamaludin Badusah et. al. (2000))

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,
organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam
pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Sejarah

Perkembangan teknologi dalam pendidikan di negara kita mempunyai sejarahnya yang


amat menarik. Pada sekitar tahun-tahun selepas kemerdekaan dan tahun-tahun 60’an, kita
bersua dengan apa yang disebut “khutub khanah”. Almari, rak, ruang, sudut atau bilik
khubtub khanah ini hanaya menempatkan koleksi bahan-bahan bacaan yang amat terhad
dan kebanyakannya digunakan untuk urusan pinjam meminjam pada masa-masa tertentu,
senggang atau masa rehat. Ada masa-masanya khutub khanah ini didapati sentiasa
tertutup dan ini menyebabkan orang memanggilnya “Tutup Khanah”.

Mulai tahun 1974, sekolah-sekolah mewujudkan bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang
menempatkan bahan bukan buku seperti carta, gambar, glob, peta, ‘Overhead Projektor
(OHP), projektor slaid, radio kaset dan television. Perkhidmatan perpustakaan dan alat
pandang dengar memjadi penting dalam perlaksanaan sisitem pendidikan ketika ini.

Tahun 90’an merupakan tahun-tahun ledakan teknologi makluamt (IT) yang amat ketara.
Penggunaan komputer dan sistem komputeran yang meluas dalam pelbagai aspek
pengurusan dan komunikasi telah menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan
kaedah-kaedah baru dalam pendidikan. Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan CD-
ROM dan perkhidmatam internet, pusat sumber sekolah menjadi suatu perkhidmatan
yang penting dalam usaha meningkatkan kuaiti pendidikan, menyediakan pelajaran untuk
menghadapi zaman maklumat.
Sejara
h Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia.
1960 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan dibentuk di bawah Bahagian Latihan Guru dan
kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

1965 - Television Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am
yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan Bersama dengan Kementerian
pelajaran

1966 - Penubuhan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan oleh Kementerian


Penerangan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bertujuan penggunaan teknologi
pendidikan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai infrasruktur penting yang
dapat menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah.

1972 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan


( Radio Pendidikan) dan Television disatukan di bawah satu Unit iaitu Unit
Perkhidmatan Media Pendidikan.

1988 - Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Bahagian
Sekolah telah digabungkan dengan Unit Kejuruteraan. Pusat Audio Visual Kebangsaan,
Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan, ( Radio Pendidikan & Television
Pendidikan ) di bawah satu bahagian Kementerian Pendidikan dinamakan Bahagian
Teknologi Pendidikan.

1997 - Unit Teknologi Pendidikan dinaiktaraf kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri.
(Bahan Sumber Teknologi Pendidikan)

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu


yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan
ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan
telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan
teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi
maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya
semakin pesat dan memberangsangkan.
kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian ini telah mengambil langkah
drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan untuk menjana sistem pendidikan
agar selari dengan pemodenan yang banyak dipelopori oleh penggunaan teknologi
terkini seperti penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.

Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi sebahagian
dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah
telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama
dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan
( Sulaiman,1996 ).

Teknologi dalam pendidikan

1.teknologi komputer

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori


kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak
mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia
Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-
luasnya kepada teknologi komputer, yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan
perkembangan komputer yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan
memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

• Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif


terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
• Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan. .
• Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa


aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet.

2.teknologi internet

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan
maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada
semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin
mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ‘alam yang baru
ditemui’ (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan
yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa
pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah
membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian
dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial
ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer
dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap
pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik
kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam
masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej
supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima
dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya
bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat
menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan
proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah
(Zulkifli, 1998):

• Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan
pihak jabatan serta kementerian.
• Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
• Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan
pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan
penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
• Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai
sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan
sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

• Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.


• Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang
negara mengenai berbagai isu semasa.
• Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi
dengan rakan pena di luar negara.
• Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah
pelajaran secara “on-line”.

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar
( Zoraini, 1996):

• Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia


• Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
• Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan pelajar dapat
meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran
berkomunikasi
Selain itu e-learning juga merupakan satu model pembelajaran dengan menggunakan
media teknologi komunikasi dan informasi khususnya internet. E-learning merupakan
satu penggunaan teknologi internet dalam P&P bagi jangkauan luas yang belandaskan
tiga kriteria iaitu:

(1) E-learning merupakan jaringan dengan kemampuan untuk memperbaharui,


menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar,
(2) apa yang ingin disampaikan akan sampai pada semua pengguna dalam masa yang
sama
(3) focus pada pandangan yang lebih luas tentang pembelajaran disebalik pembelajaran
secara tradisional.
(Rosenberg 2001; 28)

Sistem VSAT (Very Small Aperture Terminal) atau Satelit Bukaan Amat Kecil
diperkenalkan di sekolah-sekolah mulai akhir 2002 terutama di sekolah-sekolah kawasan
luar bandar yang tiada perhubungan komunikasi dalam talian. Muller (1998) memberikan
takrifan VSAT sebagai setesen bumi yang yang boleh menghubungkan komunikasi
dengan rangkaian satelit dan menyokong apa juga bentuk komunikasi termasuklah suara,
data, fax, imej atau persidangan video secara digital. Tujuan VSAT diperkenalkan adalah
untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan ICT, membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran, perhubungan internet tanpa wayar, merapatkan jurang
pemikiran (mind gap) antara pelajar-pelajar di kawasan bandar dan kawasan-kawasan
pedalaman serta kumpulan di luar jangkau (underserved communtiy), memenuhi aspirasi
Pelan Jalur Lebar Negara serta memastikan jurang digital antara sekolah di luar bandar
dengan bandar tidak terlalu jauh.

Integrasi internet dalam pendidikan


Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung
dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat
digunakan dengan berkesan.

Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru
akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,
khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap
menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan
murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan
sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam
menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang
akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian
sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para
ibubapa.

3.teknologi multimedia

Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang
memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia
merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk
menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses
pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.
Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Manakala proses pembelajaran adalah berkesan.

Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh
mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat,
keperluan, pengetahuan dan emosinya.

Komputer adalah sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi
kandungan multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu
sendiri terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video.

Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus
keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan
lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus
daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam
persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan
kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan
keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian
maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan
P&P Dalam Bilik Darjah.

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu perisian pendidikan


dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Latih tubi, Tutorial, Demontrasi, Simulasi,
Permainan pendidikan,

Kelebihan multimedia berbanding media pengajaran yang lain

a) Tahap interaktif yang tinggi

b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya


d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran

4.web 2.0

Web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet
dalam menyampaikan informasi serta menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui
internet .

Didalam penididikan aplikasi yang dijalankan secara online tersebut membolehkan


pengguna samada pelajar dan guru untuk bersama-sama berkongsi maklumat serta
membina konten di dalam aplikasi yang digunakan.

Contoh- contoh web 2.0 ialahChat, Discussionboard, VLEs, Blog, Wikis, Sosial
Networking Sosial sharing, M-learning, Podcasting, Virtual worlds, Digital Storytelling,
VoIP, Vodcasting, Folksonomies

Kesimpulan

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan


warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan
pembelajaran. Teknologi ini dengan mudah akan menghilangkan kekangan-kekangan
yang wujud, terutamanya kekangan masa didalam dunia pendidikan.

You might also like