You are on page 1of 7

BOLA TAMPAR

SEJARAH

Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaaan
net dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah
diperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. pada awalnya, permainan ini
dikenali sebagai “minonette” sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred
Halstead pada tahun 1896.

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang
dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan
lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tiga
kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan
melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan


memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan
dalam permainan ini.

Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan


bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang
tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang
berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan
sesebuah pasukan.

Sejarah Bola Tampar Antarabangsa.

Pada tahun 1895, William C.Morgan, Pengarah YMCA di Holyoke, Massachusettes,


telah mencipta satu permainan yang digelar sebagai usaha untuk memenuhu keperluan
ahli perniagaan setempat yang mendapati bahawa permainan bola keranjang terlalu
memenatkan. Nama asal permainan ini ialah ‘minoneete’ dan kemudian
digantikan dengan nama “Volleyball” oleh Dr.A.Halstead pada tahun 1896.
Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus menjadi satu permainan
rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya
diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan
yang penting yang berlaku dalam permainan bola tampar adalah seperti berikut:-

• 1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.

• 1912 - Sistem ‘bergilir’ (rotation) diperkenalkan.

• 1916 - Undang-undang pemainan diterbitkan.

• 1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.

• 1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi tiang jaring

ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter.

• 1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.

• 1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.

• 1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal

sehingga masa kini.

• 1947 -

• IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola

Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal

permainan bola tampar.

• 1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama

diadakan di Prague.

• 1964 -Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu
acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Semasa
perkembangan permainan ini, banyak perubahan telah berlaku. Status
permainan ini telah bertukar daripada bercirikan rekreasi kepada bentuk
pertandingan yang memenatkan.

Sejarah Bola Tampar Malaysia

Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari


Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak
perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar Utama
seperti Pulau Pinang, Kuala Lempeu dan Singapura atas usaha persatuan dan
kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan
bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (Malaysia
Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun
1927, Kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga
Selangor telah dianjurkan.

Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau


dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Peralatan Bola Tampar

Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen
atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola
tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.
Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m,
dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang
bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari
permukaan permainan.

Jaring, Tiang dan Antena


Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas
paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan
tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai
sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah
2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang
bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan
tepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm
daripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin,
dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang
pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang
antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi
gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

Bola

Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit
fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut.
Baham ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.
Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari
ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian
aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65-
67cm. Manakala warnanya seragam dan cerah.

Undang-undang dan Peraturan

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan


Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola
tampar adalah seperti berikut:

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil
pertama dan pengadil kedua.
2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang
pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.

4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.

5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.

6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh


menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.

7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga
sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini
tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.

8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.

9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar


kawasan serangan.

10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki


kawasan pihak lawan.

11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set
permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar
perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

12. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set
permainan dengan kebenaran pengadil.

13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong.
Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk
menentukan kemenangan.

14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua
mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan
permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor.

17.Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang


ditetapkan oleh ‘International Volley Ball Association’.

SUKAN DAN REKREASI

Ford (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputi


penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan
pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Hammerman et.at (1985) telah mendefinisikan sukan rekreasi sebagai


landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan
dalam situasi seharian.

Knapp (1981) menyatakan bahawa sukan rekreasi sebagai alat untuk


mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Sukan rekreasi telah diubahsuai selaras dengan matlamat ”humanization og education”


iaitu eprkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan
yang sama dengan aspek jasmani. Sukan rekreasi adalah untuk membina dan
mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan
warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.
Peralatan dan Keperluan

Alatan perkhemahan

-Khemah-khemah dan tali-temali

-Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lain-lain

-Lampu

-Wisel

-Kompas

Alatan dapur dan memasak

-Periuk belanga

-Pinggan mangkuk, sudu, cawan

-Besen-besen, bekas air dan lain-lain

-Pisau, parang dan sebagainya

-Bekalan makanan (beras, roti, biskut, garam, gula dan lain-lain)

You might also like