P. 1
Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Islam

|Views: 9,028|Likes:
Published by Zamzam
Falsafah Pendidikan Islam
penuh
Falsafah Pendidikan Islam
penuh

More info:

Published by: Zamzam on Sep 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2013

pdf

text

original

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al Quran

dan As Sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

16

Falsafah Pendidikan Islam ialah suatu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As Sunnah sepanjang hayat. Ia bermatlamat melahirkan insane yang berilmu, berkepribadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk mencapai kebaiakn di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Matlamat utama Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al Quran dan As Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa. Matlamat ini sesuai dengan kehendak Bahagian Pendidikan Guru yang ingin melahirkan guru yang berakhlak mulia, berpandangan progresif, saintifik, menguasai penggunaan alat teknologi , bersedia menjunjung aspirasi Negara serta warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu yang sihat dan seterusnya menjadi masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Bidang pendiidikan adalah satu lapangan yang amat luas kajian falsafah. Falsafah pendidikan membawa maksud satu kajian dan amalan yang menjadi dasar ilmu kependidikan. Ia juga membahaskan masalahmasalah seperti berikut : • • • Insan dan keilmuannya Insan ilmu dan alamiah Insan, ilmu, alamiah dan ketuhanan

17

Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai Al Din

maka secara tidak

langsung ia mencakupi di akhirat keseluruhan ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan islam. Manakala Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insane soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Pendidkan Isalm dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu system hidup yang syumul ( sempurna dan lengkap ) tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan

sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Pendidikan Islam yang telah ditentukan falsafahnya bukan sekadar satu “ism“ dan “teoritikal“ semata-mata tetapi ia telah dizahirkan secara waqie melalui system pendidikan yang unggul pada Zaman Rasulullah SAW dan tabiin yang lalu. Kurikulum Pendidikan Islam yang telah dirancang dan diubahsuai dari semasa ke semasa untuk memantapkan lagi kesan dalaman dan luaran kepada para pelajar yang menjadi sasaran utama. Isi kandungan Pendidikan Islam digubal adalah berorientasikan kepada amalan dan penghayatan Islam. Begitu juga strategi penyampaian dan pembelajaran , bukan sekadar menyampaiakan maklumat atau pengetahuan , metodologi serta pedagoginya menujunke arah amalan dan penghayatan Islam yang sebenar. Guru Pendidikan Islam tidak sahaja berperanan sebagai mualim (pengajar dan penyampai) tetapi harus juga menjadi seorang naqib, murajjik, contoh teladan diri dan mursyid dalam usaha ke arah

18

pembentukan “insane kamil” maka segala perubahan sama ada terhadap kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta guru itu sendiri hendaklah berlandaskan kepada asas-asas falsafah dan cita-cita Pendidikan Islam. Tujuan reformasi dalam Pendidikan Islam mestilah untuk mencapai falsafah Pendididkan Islam. Dasar utma yang menjadi asas Pendidikan Islam ialah landasan Al Quran dan As Sunnah untuk mempotensikan

seorang insane menjadi muslim yang berilmu pengetahuan, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia ke arah melengkapkan diri serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Kesimpulannya Falsafah Pendidikan Islam haruslah dilaksanakan secara berterusan, dalam erti kata lain pengajaran serta pendidikan islam harus bermula daripada “buaian hingga ke liang lahad”. Ia tidak terhentii sekadar menyampaikan maklumat yang berbentuk ilmu semata-mata tetapi ia harus diseiringkan dengan arahan yang betul dan pernyataan yang berterusan. Kesinambungan tradisi ilmu dalam bentuk spirall (kitaran) ini tiada hentinya dan tiada infitinya.

19

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->