You are on page 1of 12

FATAMORGANA - ERTI SEBUAH KEHIDUPAN SEORANG

REMAJA

PENDAHULUAN

Keruntuhan moral dan akhlak remaja Islam pada hari ini sudah
sampai ke satu tahap yang amat membimbangkan . Di merata
tempat khususnya di bandar-bandar besar kita dapat saksikan
gelagat dan aksi mereka yang boleh dikatakan keterlaluan dan
tidak pernah kita fikirkan sebelum ini seperti minum minuman
keras, pergaulan bebas, memukul guru dan sebagainya . Suatu
perkara yang mengkhuatirkan kita adalah remaja Islam hari ini
sudah berani meninggalkan kewajipan mereka yang seharusnya
dilaksanakan oleh setiap muslim yang akil baligh . Kejadian-
kejadian seperti ini mengajak kita berfikir di mana salahnya
sehingga fenomena sebegini boleh terjadi .

PUNCA KEKELIRUAN REMAJA

Berbagai-bagai tindakan negatif remaja Islam pada hari ini


sehingga meruntuhkan nilai-nilai akhlak mereka boleh dikatakan
berpunca daripada kekeliruan mereka dalam memahami dan
menyingkapi masa muda. Majoriti daripada mereka beranggapan
bahawa masa muda adalah masa untuk bersuka ria, bebas tanpa
sebarang ikatan peraturan dan bersenang-lenang. Justeru belum
puas mengecapi nikmat kebebasan hidup, ada di kalangan
mereka yang sanggup mengetepikan soal akidah dan syari’at
kerana dikatakan belum sampai waktu untuk beramal ibadat atau
pun ia bukan gaya hidup remaja moden.

Sebenarnya, masa muda merupakan titik mula yang paling sesuai


seseorang itu memupuk dan memperbanyak amal kebajikan,
beramal soleh dan menabur bakti sebanyak mungkin. Apabila
seseorang itu sudah dibiasakan dengan perkara-perkara
mahmudah sejak kecil, sudah pasti masa dewasanya adalah
dicorakkan dengan perkara-perkara mahmudah atau amalan-
amalan kebaikan juga. Keadaan ini amat bersesuaian dengan
hadith Rasululllah SAW yang bermaksud :

“Setiap anak itu dilahirkan secara fitrah , maka ibu


bapanyalah yang sama ada menjadikannya Yahudi atau
Nasrani atau Majusi”.
Berikut dikemukakan beberapa bentuk kebejatan moral di
kalangan remaja Islam dan pandangan Islam mengenainya :

1. MEREMEHKAN KEWAJIPAN

Golongan remaja yang meremehkan kewajipan-kewajipan yang


telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. adalah mereka yang alpa dan
tidak sedar bahawa tujuan Allah S.W.T. mencipta manusia ialah
semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Kealpaan ini telah
menyebabkan mereka gagal melaksanakan segala tuntutan dan
kewajipan dirinya sebagai hamba Allah S.W.T, dan kewajipan
terhadap hak dirinya serta terhadap masyarakat sekeliling.

Kewajipan yang paling ketara dilupakan atau diremehkan oleh


kebanyakan remaja Islam adalah solat fardhu lima waktu yang
merupakan ibadat paling agung setelah syahadatain. Bahkan
terdapat juga kalangan mereka yang tidak mendirikan solat itu
memberikan alasan tidak tahu mengerjakan solat . Jika ditinjau
dari sudut syariat , sepatutnya mereka telah dididik dan dibimbing
oleh ibu bapa mereka bagaimana cara mendirikan solat sejak
umur tujuh tahun lagi selaras dengan hadis Nabi S.A.W.:

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat


ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia apabila
mencapai usia sepuluh tahun ( jika dia enggan
melakukannya )” .

Apabila seseorang itu telah mengabaikan kewajipan solat maka


kita akan dapati ia juga akan mengabaikan tanggungjawabnya
yang lain dan akhlak dalam kehidupan sehariannya juga
menggambarkan akhlak yang mazmumah . Ini adalah kerana
solat merupakan benteng kepada seseorang itu daripada
melakukan perbuatan keji dan mungkar . Ia berdasarkan firman
Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada


perbuatan keji dan mungkar…”
Surah Al-Ankabut : 45
Kita juga dapat melihat remaja Islam sering mengabaikan
kewajipan dalam hal menuntut ilmu . Oleh sebab inginkan
keseronokan dalam kehidupan , mereka tidak menghiraukan
masa depannya sendiri . Ilmu yang sepatutnya ditimba dan dicari
sebanyak mungkin dalam masa usia muda dibiarkan walaupun
peluang untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya amat luas .
Justeru itu , kita dapati timbul masalah-masalah disiplin di sekolah
seperti ponteng kelas atau sekolah , tidak membuat kerjarumah
yang diarahkan oleh guru jauh sekali membuat kajian sendiri atau
ulangkaji .

2. MENSIA-SIAKAN WAKTU MUDA

Perkara ini berlaku disebabkan oleh tiada kesedaran mengenai


hakikat usia muda dan hakikat realiti kehidupan manusia .
Sekiranya remaja mengetahui hakikat masa muda itu adalah
kehidupan sebenar manusia, maka mereka tidak akan
membiarkan zaman remaja berlalu begitu sahaja. Masa muda
adalah masa yang paling produktif dan medan yang subur untuk
memperbanyak amal kebajikan, masa yang penuh semangat dan
keinginan yang membara.
Cuba remaja perhatikan dan renungkan bagaimana seorang yang
telah uzur menunaikan solat. Betapa kepayahan dan kesukaran
untuk duduk dan bangkit semasa menunaikan kewajipan
tersebut. Bayangkanlah sekiranya anda berada dalam situasi itu.
Sebahagian ulamak salaf berkata:
“Wahai anak Adam! Kamu adalah hari-hari yang berputar,
apabila berlalu satu hari, maka umur kamu telah
berkurangan”.

3. TABIAT MEROKOK

Fenomena merokok di kalangan remaja terutama pelajar sekolah


amat membimbangkan . Ini berdasarkan kepada sikap remaja
hari ini yang tidak merasakan segan dan silu terhadap
masyarakat sekitarnya semasa membeli rokok di kedai secara
terbuka. Walaupun amaran tidak boleh menjual rokok kepada
remaja di bawah umur 18 tahun terpampang di mana-mana,
namun keghairahan remaja untuk mendapatkannya
menggambarkan kepada kita betapa seriusnya masalah ini dan
betapa remaja tidak dapat menahan dan mengekang rasa ketagih
terhadap rokok.

Keburukan tabiat merokok sudah diketahui umum, sama ada


dilihat dari aspek kesihatan, kejiwaan, sosial malah ekonomi.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah banyak ulamak yang menyatakan
hukum merokok adalah haram berdasarkan dalil yang berkaitan
dengan bahaya-bahaya tersebut.

4. SUKA MENIRU BUDAYA ORANG KAFIR

Naluri remaja yang belum mencapai tahap kematangan yang


memadai mudah terikut dengan arus perdana sama ada positif
atau negatif. Ini ditambah dengan keinginan mencuba perkara
baru dalam kehidupan tanpa memikirkan kesan, risiko serta
akibat daripada percubaan tersebut. Sementara dari aspek
kesihatan pula, budaya mewarnakan rambut menurut kajian
klinikal oleh doktor boleh menyebabkan penyakit barah otak atau
barah kulit yang serius. Manakala dari aspek keagamaan, Islam
melarang umatnya mewarnakan rambut kerana ia menjadi punca
sesuatu amalan yang dilakukan tidak diterima.
Remaja lebih bangga apabila menjadikan seseorang artis sebagai
idola mereka. Tidak cukup hanya membeli kaset atau cakera
padat artis yang dipuja, malah sanggup menampal gambar artis
tersebut di dinding bilik mereka. Lebih membanggakan lagi
apabila remaja tersebut dapat menyanyikan lagu-lagu artis pujaan
mereka seperti nyanyian dalam kaset.

Remaja kini merasa amat malu untuk menghiasi diri mereka


dengan ketinggian akhlak yang dianjurkan oleh Islam sehingga
mereka lupa sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia


termasuk dalam golongan itu”.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

5. MENGGUNAKAN KATA-KATA KESAT DAN LUCAH

Fenomena ini amat ketara dalam masyarakat terutama di


kalangan remaja. Sikap ini telah diberi penekanan oleh al-Qur’an
di dalam surah al-hujurat ayat 11-12. Sikap suka
memperlekehkan orang lain berpunca daripada keegoan yang
tinggi dan sikap dengki yang tidak terkawal. Suka memandang
orang lain dengan penuh rasa curiga dan syak wasangka.
Bermula dari sinilah lahir sikap suka menggelar seseorang
dengan gelaran yang tidak baik yang boleh menjatuhkan
maruahnya.

Pengaruh media massa terutama media elektronik seperti


televisyen, komputer dan radio menyajikan maklumat lucah dan
kata-kata yang kesat menggalakkan penggunaan kata-kata
tersebut di kalangan remaja. Dalam hal ini, marilah kita
mengimbas sebuah hadith Rasulullah S.A.W. yang mengingatkan
kita bahaya mencaci dan menghina orang lain :
“Di antara dosa besar adalah seseorang mencaci kedua ibu
bapanya ?” Para sahabat bertanya:“Bagaimana seseorang
mencaci orang tuanya?” Nabi bersabda: “Dia mencaci bapa
seseorang maka orang itu mencaci bapanya”.

6. DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA


Ibu bapa adalah orang yang istimewa dalam kehidupan seorang
insan. Tanpa mereka berdua , siapalah kita sebagai anak. Namun
pada hari ini anak-anak kurang menghormati dan menghargai ibu
bapa mereka, terutama anak-anak remaja.

Mereka sanggup menengking dan mengherdik ibu bapa mereka


bagaikan orang gaji di rumah apabila permintaan mereka tidak
dipenuhi . Lebih malang lagi terdapat di kalangan remaja yang
berani mengugut ibu bapa dengan ugutan yang boleh
mengancam keselamatan ibu bapa.

Kekadang anak remaja yang sedang meningkat dewasa , dilamun


cinta dengan pasangan yang berlainan jantina. Mereka sanggup
berkorban apa sahaja demi memenuhi permintaan pasangan
mereka , walaupun terpaksa menggunakan wang saku yang
diberikan oleh ibu bapa mereka . Malah mereka tergamak
mengenepikan harapan ibu bapa mereka demi menjaga hati
pasangan mereka.

Adakah wajar tindakan anak remaja yang telah dididik dan


dibesarkan dalam suasana kasih sayang sekian lama oleh ibu
bapa , dengan tidak semena-mena mereka lebih mengutamakan
orang lain yang baru dikenali dan tidak diketahui hati budi
mereka?

Cukuplah maksud hadis Nabi S.A.W. sebagai amaran keras


kepada remaja yang belum sedar dan insaf tentang keterlanjuran
mereka menderhaka ibu bapa :
“ Terlaknatlah siapa saja yang menderhakai kedua ibu
bapanya ”.

KESIMPULAN

Remaja adalah manusia muda yang sedang mengalami alam


pancaroba secara biologikal dan psikologikal . Mereka
memerlukan pendekatan tersendiri dalam membentuk tingkah
laku dan pertumbuhan jiwa agar tidak terkeluar dari garis
panduan yang ditetapkan oleh syariat . Di sinilah letaknya
peranan golongan dewasa khususnya ibu bapa, para pendidik
dan ahli cendekiawan yang bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perkembangan diri remaja . Mereka perlu memainkan
peranan secara kolektif termasuklah mendidik , membimbing ,
melindungi dan mempersiap anak remaja untuk menjadi anggota
masyarakat yang berkualiti . Mereka juga seharusnya bertindak
sebagai penghubung antara kehidupan remaja dengan kehidupan
sosial sehingga mereka dapat memahami matlamat kehidupan
yang sebenar .

You might also like