You are on page 1of 52

ETIKA KEJURUTERAAN

PROF. IR. DR. HJ. WAN RAMLI WAN DAUD


PROF. MADYA DR. MOHD. JAILANI MOHD. NOR
IR. AHMAD JAIS ALIAS
FAKULTI KEJURUTERAAN
http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah/index.html
PENGENALAN
• Objektif kursus ialah menggunakan falsafah etika untuk
menyelesaikan masalah moral yang timbul daripada
amalan kejuruteraan
• Kursus ini membincangkan
– falsafah etika Barat dan Timur
– isu moral dalam amalan kejuruteraan seperti
– keselamatan, pencemaran sekitaran,
– kebenaran termaklum, ketaatan korporat, profesionalisme,
– kerahsiaan, konflik kepentingan, rasuah,
– hak pengaduan, hak moral jurutera, etika sekitaran, dan
– etika komputer
PENGENALAN
• Etika kejuruteraan:
– Tragedi Challenger,
– proses reka bentuk dari konsep ke produk,
– sebab timbulnya kepincangan produk,
– beberapa makna etika kejuruteraan,
– contoh masalah moral, penyelesaian dilema moral melalui
penjelasan konsepsi, kajian fakta dan penyelesaian antara individu,
– profesion kejuruteraan, peranan dan hambatan kod etika
kejuruteraan,
– tanggung jawab korporat, tanggung jawab moral, penyebab dan
undang-undang
PENGENALAN
• Teori-teori moral
– etika akhlak,
– etika berdasarkan ajaran agama Islam, Kristian, Hindu, Budha, dan
Konfucius,
– akhlak profesional,
– kewajipan moral,
– etika utiliti
– etika tugas,
– etika hak dan etika agama,
– etika kepentingan diri,
– etika dan adat,
– kegunaan teori etika
PENGENALAN
• Kejuruteraan sebagai uji kaji sosial
– Tradegi kapal Titanic,
– pelajaran dari pengalaman lampau,
– ketidakpastian akibat akhir produk,
– ketiadaan kawalan uji kaji,
– izin termaklum
• Jurutera sebagai penguji kaji yang bertanggungjawab
– tugas utama melindungi keselamatan manusia dan menghormati
hak mereka memberi izin,
– berautonomi moral,
– bertanggung jawab
• Piawai industri dan kajian kes Challenger
PENGENALAN
• Iltizam terhadap keselamatan
– tradegi kes kapal terbang Lockheed L-1011,
– konsep keselamatan,
– risiko,
– kebolehterimaan risiko,
– kerelaan dan kawalan,
– risiko yang berkaitan dengan kerja,
– penaksiran dan pengurangan risiko
– ketidakpastian reka bentuk,
– analisis risiko-manfaat,
– risiko peribadi dan risiko awam
• Kajian kes;
– Loji nukleus Three Miles Island,
– loji nukleus Chernobyl
PENGENALAN
• Kajian kes;
– Bhopal dan
– menara Citicorp
• Tanggung jawab dan hak di tempat kerja
– Kerahsian,
– pertembungan kepentingan,
– hadiah, habuan dan rasuah,
– kepentingan dalam syarikat lain,
– maklumat dalaman,
– status moral pertembungan kepentingan
• Hak profesional;
– hak suara hati profesional, hak enggan suara hati,
– hak pengkiktirafan,
– hak pekerja, hak persendirian, peluang yang sama,
PENGENALAN
• Pengaduan
– Pengaduan dan kesetiaan,
– panduan moral,
– perlindungan pengadu
• Pemindahan teknologi oleh korporat multi-nasional
– Hak asasi manusia sah antara bangsa,
– kes Bhopal,
– hujan asid,
– PCB,
– kajian kesan alam sekitar,
– etika alam sekitar manusia-sentrik, alam tabii-sentrik, makhluk
berperasaan-sentrik, bio-sentrik dan eko-sentrik
TRAGEDI CHALLENGER

• Pada awal pagi 17 januari 1986, kapal angkasa Challenger bersedia


untuk berlepas
• Sejenak selepas enjin Challenger dihidupkan, sebuah kedap mudah
yg menyambung 2 bahagian roket penggalak gagal menyekat gas
panas.
• Getaran pelancaran menyebabkan sebuah kedap sokongan
terpesong yg. menyebabkan api terkeluar & mengena tangki bahan
api
• Dalam masa kurang daripada 1.5 minit, Challenger meletup dan
membunuh semua anak kapalnya
TRAGEDI CHALLENGER
• Pada malam sebelumnya, 14 orang jurutera di
Morton Thiokol, syarikat pembuat penggalak roket,
telah membantah pelancaran ini kerana khuatir
suhu rendah di tapak boleh menyebabkan
kegagalan kedap.
• Pengurus syarikat dan pegawai NASA menolak
bantahan itu dan tidak memberitahu pegawai
atasan NASA atas alasan syarikat akan rugi jika
ditangguhkan
• Beretikakah pengurus Morton Thiokol dan pegawai
NASA meneruskan pelancaran Challenger?
• Beretikakah para jurutera Morton thiokol
membantah pelancaran tersebut berdasarkan
keraguan mereka tentang prestasi kedap?
KAEDAH KEJURUTERAAN
Daripada Konsep ke Produk
• Isu moral & etika berada di dalam kaedah kejuruteraan itu
sendiri bukan dikenakan dari luar
• Jurutera menemui masalah moral & teknikal dlm perbezaan
kualiti bahan, kualiti kerja rakan sekerja, tekanan masa,
kehendak pasaran dan hubungan dengan pengurusan
• Jurutera terlibat dalam penentuan konsep produk, reka
bentuk, pembuatan, jualan, penggunaan dan penyingkiran
akhir produk itu
• Produk mungkin berupa alat rumah kecil yg dihasil secara
besar-besaran, atau suatu sistem komunikasi atau sebuah
loji penapisan minyak
• Pembuatan mungkin di dalam kilang atau di tapak
• Jurutera yg terlibat mungkin secara individu atau kumpulan
• Syarikat pula boleh digantikan oleh JKR atau sebagainya
Permulaan

Idea permeintaan tertentu


atau permintaan pasaran
KAEDAH KEJURUTERAAN
Reka bentuk

Konsep, tujuan, reka bentuk awal,


• Idea produk baru dilunaskan oleh
Spesifikasi prestasi
Analisis awal reka bentuk konsep yg menghasilkan
Analisis terperinci, simulasi/contoh sulong spesifikasi prestasi & melakukan
Spesifikasi bahan & komponen
Lukisan bengkel terperinci analisis berasaskan hubungan antara
Pembuatan pembolehubah reka bentuk
Penjadualan kerja
Pembelian bahan & komponen
• Ini diikuti oleh analisis terperinci
Fabrikasi bahagian
menggunakan simulais komputer
Pemasangan / pembinaan
atau contoh sulong yg akhirnya
Kawalan kualiti / ujian menhasilkan lukisan bengkel
Perlaksanaan
• Pembuatan pula melibatkan
Iklan, penjualan dan pembiayaan
Manual pengendalian dan bahagian penjadualan & penjalanan kerja
Penghantaran & pemasangan, latihan pengendali membeli bahan & komponen,
Alat keselamatan
memfabrikasi komponen, memasang
Peggunaan produk
dan menguji prestasi produk
• Seterusnya produk harus dijual &
Perkhidmatan di medan/tapak : baik pulih & bahagian
tambahan

Pengawasan kesan sosial & sekitaran selepas itu sama ada jurutera
Laporan kepada pihak tertentu tentang risiko pembuat atau tuan punya memasang,
Kerja akhir melatih pengendali, baik pulih dan
Kegiatan akhir hayat teknologi: kitaran semula dan
pembinaan semula Laluan unggul
akhirnya kitaran semula atau
Lelaran lazim
penyingkiran akhir
Penyingkiran bahan dan bahan buangan
Permulaan

Idea permeintaan tertentu


atau permintaan pasaran
KAEDAH KEJURUTERAAN
Reka bentuk

Konsep, tujuan, reka bentuk awal,


• Keputusan pertengahan ketika atau
Spesifikasi prestasi
Analisis awal
setelah sebarang langkah pada lazimnya
memerlukan pengunduran utk
mengubahsuai reka bentuk yg telah
Analisis terperinci, simulasi/contoh sulong
Spesifikasi bahan & komponen

dicapai sebelum itu


Lukisan bengkel terperinci

Pembuatan
• Ralat perlu dikesan & dibetulkan & reka
Penjadualan kerja
Pembelian bahan & komponen bentuk alternatif mungkin diperlukan
Fabrikasi bahagian
untuk memperbaiki prestasi produk atau
Pemasangan / pembinaan
utk memenuhi kekangan masa atau kos
Kawalan kualiti / ujian
• Jurutera sering menemui jalan buntu pada
Perlaksanaan
langkah tertentu dan perlu mengubah
Iklan, penjualan dan pembiayaan
Manual pengendalian dan bahagian
reka bentuk pada langkah sebelumnya
Penghantaran & pemasangan, latihan pengendali
• Sebarang perubahan tidak hanya
Alat keselamatan
mengubah langkah-langkah seterusnya
Peggunaan produk akan tetapi juga langkah-langkah
Perkhidmatan di medan/tapak : baik pulih & bahagian sebelumnya
tambahan
• Perubahan reka bentuk ketika produk
sendang dibuat atau dibina perlu diteliti
Pengawasan kesan sosial & sekitaran

Laporan kepada pihak tertentu tentang risiko


dengan terperinci kerana sering
Kerja akhir
menyebabkan kegagalan
Kegiatan akhir hayat teknologi: kitaran semula dan
pembinaan semula Laluan unggul • Contohnya kes Hyatt Regency di Kansas
Lelaran lazim City
Penyingkiran bahan dan bahan buangan
KAEDAH KEJURUTERAAN
• Beberapa masalah lazim:
• Reka bentuk konsep
– Buta kpd konsep baru, mencabuli hak paten/rahsia perniagaan atau
produk akan diguna secara haram
• Spesifikasi prestasi produk
– Andaian tak munasabah, reka bentuk begantung kpd bahan yg belum
pernah diuji kesesuaiannya
• Analisis awal
– Tidak seragam iaitu terlalu terperinci dlm bidang jurutera itu akan tetapi
terlalu kurang dalam bidang lain
• Analisis terperinci
– Penggunaan data yg kurang berhati-hati dan perisisan komputer
berasaskan kaedah yg tidak dicamkan betul
• Simulasi & contoh sulong
– Ujian contoh sulong pada keadaan yg paling baik
• Spesifikasi reka bentuk
– Terlalu ketat sehingga tak mudah diubah ketika produk dibuat & diguna
– Perubahan reka bentuk tidak disemak dgn teliti
KAEDAH KEJURUTERAAN
• Beberapa masalah lazim:
• Penjadualan kerja
– Masa penyempurnaan yg tak munasabah
• Pembelian
– Spesifikasi tender menyebelahi satu vendor, rasuah dan ujian yang tak
cukup bagi bahagian yg dibeli
• Fabrikasi bahagian
– Kualiti bahan dan pertukangan yg berbeza
• Pemasangan/pembinaan
– Keselamatan di tempat/tapak kerja, tidak endah ketegangan pekerja yg
disebabkan oleh kerja berulang & kawalan buruk bahan buangan bahaya
• Kawalan kualiti dan ujian
– Tidak bebas kerana dikawal oleh pengurus pengeluaran dan oleh itu
ujian dicepatkan atau keputusan dipalsukan
• Iklan & jualan
– Iklan palsu
• Penghantaran,pemasangan & latihan
– Produk terlalu besar utk dihantar
– Pemasangan & latihan dikontrakkan kepada orang luar
KAEDAH KEJURUTERAAN
• Beberapa masalah lazim:
• Keselamatan
– Kebergantungan kepada alat keselamatan yg terlalu kompleks dan amat
senang gagal
– Ketiadaan jalan keluar selamat yg digunaka dengan tidka wajar atau
untuk kerja haram
– Tiada manual pengendalian
• Baik pulih
– Bekalan alat ganti yg tak cukup, keberatan utk menarik balik produk yg
didapati
• Pengawasan kesannya terhadap masyarakat
– Ketiadaan cara lazim untuk mengikuti kitaran hayat ptoduk, kesannya
terhadap alam sekitar dan masyarakat
• Kitaran semuala dan penyingkiran
– Tidak menyedari cara memunggah, mengitar semula alat dan produk
KAEDAH KEJURUTERAAN
• Beberapa sebab masalah yg lazim
• Tiada wawasan iaitu wawasan terowong yang terpengaruh dengan
pendapat lazim dan gagal melihat pendekatan alternatif sehingga
menerima idea lama tanpa kritikan seperti sekumpulan lembu
• Kurang kemahiran jurutera yg menjalankan kerja teknikal
• Kekurangan masa dan bahan yg betul disebabkan pengurusan yg
lemah
• Mentaliti silo yg menyebabkan jurutera tidak bercampur dgn jurutera
lain, menganggap hina kebolehan jurutera lain dan setrusnya
kegagalan menyebar maklumat yg betul di antara jabatan
• Membuat andaian bahawa ada jurutera keselamatn di tempat lain yg
akan menyelesaiakan masalah keselamatan
• Pengunaan produk yg tidak betul oleh pengguna yg kurang prihatin
• Ketidakjujuran dlm semua kegiatan itu
• Prioriti dan kesetian yg berbelah bagi iaitu sama ada kepada
keluarga dahulu atau syarikat?
• Masalah alat dipaksa melakukan lebih banyak fungsi atau melakukan
fungsi tungal dengan lebih pantas lagi
• Kesilapan yg kecil boleh menyebabkan bencana
Hubungan Jurutera dengan Orang Lain
boleh menimbulkan masalah moral
Syarikat
Sekitaran global
Kejuruteaan
(masyarakat & Keluarga
Alam sekitar) Jurutera

Pengurus Rakan

Profesion
Industri Kelayan atau
Kejuruteraan
(syarikat lain) pengguna
(persatuan)

Undang-undang,
Kerajaan &
Agensi awam
ETIKA KEJURUTERAAN
• Kajian tentang nilai, isu dan penentuan moral yang terlibat dalam
amalan kejuruteraan
• Nilai moral termasuklah tanggung jawab, keunggulan, kelakuan, sifat,
dan hubungan moral yang baik di antara individu dan organisasi
korporat yang terlibat dalam kegiatan teknologi
• Makna kedua ialah keyakinan atau sikap terhadap moral yg diterima
oleh sekumpulan orang seperti yg dirumuskan dalam kod etika
kejuruteraan
• Makna ketiga pula ialah kebetulan moral iaitu ia merupakan satu set
tanggung jawab, hak dan keunggulan yang seharusnya dipersetujui
oleh semua orang terutama oleh para jurutera
• Terdapat pembezaan antara penentuan moral dengan penentuan
bukan-moral
• Contohnya cara yg betul utk memulakan enjin ialah dengan
menggunakan kuncinya tetapi ini bukan penentuan moral
TAKRIF MORAL
• Penentuan moral adalah penentuan tentang kebaikan atau
keburukan, kebetulan atau kesalahan, bermanfaat atau tak
bermanfaat dan sepatutnya atau tidak sepatutnya sesuatu dilakukan
di segi moral
• Tindakan moral yg berasaskan sebab moral melibatkan bersikap adil
kepada semua orang, menghormati hak asasi mereka, memenuhi
janji, mengelakkan daripada menimbulkan kemarahan mereka dan
mengelak daripada penipuan dan ketidakjujuran
• Tindakan moral juga melibatkan kasih kepada orang lain sehingga
bersedia membantu mereka terutama ketika ditimpa malang,
menunjukkan kesyukuran bagi sebarang bantuan dan bersimpati
dengan penderitaan mereka
• Sebab moral juga melibatkan keprihatinan mengurangkan
penderitaan haiwan dan kerosakan alam sekitar
CONTOH MASALAH MORAL
• Seorang jurutera tapak mendapati alat pembinaan rosak dan
mengenakan tanda penghalang penggunaannya. Ketuanya tidak
bersetuju dan mengarahkan tanda itu dibuang. Jurutera itu
membantah tetapi diugut dengan tindakan disiplin.
• Sebuah loji kimia membuang bahan buangan dalam sebuah
tambunan tanah. Bahan bahaya menyerap ke dalam air bumi. Para
jurutera loji ini tahu tentang perkara ini akan tetapi tidak melakukan
sesuatu atas alasan loji lain juga melakukannya
• Sebuah syarikat elektronik ABC bersedia untuk pengeluaran sebuah
alat popular. Produk ini belum lagi boleh dijual akan tetapi gambar
dan spesifikasi yang menakjubkan muncul dalam iklan. Pelanggan
diyakini bahawa alat itu boleh dibeli dan ditarik daripada alat lain
• Sebuah syarikat pembekal kuasa elektrik yang memohon lesen untuk
mengendali sebuah loji kuasa nukleus, memperihalkan pelan
tindakan kecemasan yang tidak melibatkan penduduk di sekitarnya
TRAGEDI KAPAL
TERBANG DC-10 TERHEMPAS

• Pada tahun 1974, sebuah kapal terbang DC-10 yg sarat


dengan penumpang terhempas di Paris dan 346 orang
mati
• Kemalangan ini sudah diketahui oleh pembuat badan
kapal terbang ini lambat laun akan berlaku
• Badan kapal terbang ini dikembangkan oleh Convair
untuk McDonnel Douglas
TRAGEDI KAPAL
TERBANG DC-10 TERHEMPAS
• Dua tahun lepas, seorang jurutera kanan Convair, Dan
Applegate telah memberitahu naib presidennya melalui
memo tentang bahaya pintu kargo mudah terbuka ketika
penerbangan yang akan menyebabkan lantai kabin
penumpang runtuh, talian kawalan di dalamnya rosak,
kapal terbang kehilangan kawalan dan akan terhempas
TRAGEDI KAPAL
TERBANG DC-10 TERHEMPAS
• Applegate mencadangkan pintu itu direka bentuk semula
dan lantai kabin diperkukuhkan lagi
• Walaupun pihak pengurusan tidak menyangkal
kebenaran tegurannya, akan tetapi mereka tidak
memberitahu McDonell Douglas atas alasan ini akan
merugikan kedua-dua syarikat
• Sebagai pekerja setia, beliau mempunyai tanggung jawab
terhadap syarikatnya
• Sebagai seorang jurutera beliau bertanggung jawab
melindungi keselamatan pengguna
• Oleh yg demikian beliau menghadapi dilema moral iaitu
pertentangan di antara dua tanggung jawab profesional
DILEMA MORAL
• Contoh Dan Applegate itu menunjukkan sebab moral juga
sering bertentangan menyebabkan timbulnya dilema moral
• Dilema moral timbul apabila dalam sesuatu masalah
terdapat dua atau lebih prinsip moral saling bertentangan
• Dilema moral juga timbul apabila satu prinsip mempunyai
dua atau lebih kegunaannya yang tidak serasi dalam
sesuatu maslah
– Sebagai pekerja yg setia beliau bertanggung jawab mengikut
arahan syarikat tetapi sebagai jurutera belaiu juga mempunyai
tanggung jawab terhadap orang awam dan dalam kes tertentu
kedua-dua prinsip moral ini saling bertentangan
• Memandangkan sebab moral boleh saling bertentangan
maka sukar untuk merumuskan aturan yg mutlak iaitu yg
tidak boleh dikecualikan
DILEMA MORAL
• Semua prinsip moral adalah prima facie iaitu setiap prinsip
boleh mempunyai pengecualian apabila terdapat konflik
dengan prinsip moral lain yg lebih penting
• Penyelesaian dilema moral memerlukan penilaian moral yg
bagus dalam menimbangkan sebab moral yg bertentangan
dan lazimnya melibatkan
• Penjelasan konsepsi iaiatu dlm menjelaskan idea moral dan
pemikiran moral yg relevan
• Kajian fakta saintifik, kejuruteraan, kewangan atau undang-
undang yg relevan kepada isu moral untuk menyelesaikan
dilema moral
• Ketidaksetujuan antara individu merupakan kontroversi di
antara kumpulan atau dalam diri jurutera itu sendiri tentang
bagaimana menyelesai dilema moral itu
• Pada unggulnya, dialog yg rasional antara kumpulan sama
ada melalui perspektif yg menguntungkan atau melalui
kompromi bersama tetapi Dunia tidak semudah itu
LANGKAH DALAM MENGHADAPI DILEMA
MORAL
• Camkan faktor atau hujah moral yang relevan iaitu
apakah tanggung jawab yg bertentangan, hak yg bersaing,
keunggulan yg bertembung dan kebaikan & keburukan yg
terlibat
• Kumpulkan semua fakta yang relevan dengan faktor
moral yg terlibat
• Aturkan faktor moral mengikut kepentingan yg kadang-
kadang tidak boleh dilakukan kerana kepentingan yg
sama
• Pertimbangkan tindakan alternatif untuk menyelesaikan
dilema ini dan ramalkan implikasinya
• Berbincang dengan rakan sekerja untuk mendapatkan
perspektif lain
• Simpulkan hujah moral dengan mempertimbangkan
semua hujah dan fakta dengan teliti
TUJUAN KAJIAN ETIKA
KEJURUTERAAN
• Kajian etika kejuruteraan penting bagi mengelakkan
akibat berat pertimbangan etika yg silap & bagi memberi
makna kpd usaha kejuruteraan
• Kajian ini juga kompleks & tidak dapat diselesaikan
dengan mudah
• Tujuan utama ialah meningkatkan keupayaan untuk
mengendalikan dengan berkesan dilema moral yg rumit
dlm kejuruteraan
• Memberi kuasa kpd jurutera individu utk menggunakan
akal dengan lebih jelas & teliti terhadap masalah moral
iaitu meningkatkan autonomi moral
• Autonomi bermakna kebebasan menentukan nasib
sendiri
• Kebolehan berfikir dan kebiasaan berfikir secara rasional
tentang isu-isu moral berasaskan keprihatinan moral
AUTONOMI MORAL
• Autonomi bermaksud keupayaan menentukan sendiri / merdeka
• Kemahiran mencam masalah & isu moral dlm kejuruteraan
• Kemahiran memahami, menjelaskan, dan menimbangkan secara
kritis hujah daripada 2 belah pihak yg berlawanan
• Kebolehan membentuk pandangan yang konsisten dan lengkap
berdasarkan fakta yang relevan
• Keprihatinan tentang pandangan alternatif terhadap isu dan
penyelesaian kreatif kesukaran praktikal
• Kejituan dalam penggunaan bahasa etika yg lazim supaya boleh
mempertahankan pandangan moral dengan baik
• Kepekaan kepada kesukaran & kehalusan yg benar iaitu
kesediaan menerima ketidakpastian dlm membuat penentuan
moral yg bermasalah
• Peri pentingnya menyepadukan kehidupan profesional dgn
keyakinan peribadi iaitu mengekalkan kesepaduan moral sendiri
• Pemahaman yang meningkat tentang penggunaan dialog yang
rasional dalam menyelesaikan konflik moral dan keperluan
toleransi perbezaan pendapat di kalangan orang bermoral
TUGASAN KELAS
Dalam setiap kes di bawah, nyatakan sebarang dilema moral,
camkan sebarang maklumat yg diperlukan, camkan idea atau konsep
yg dapat menjelaskan masalah itu, camkan sumber pertembungan di
antara kumpulan dan pertahankan cadangan kamu untuk
menyelesaikannya
1. Kebebasan bersuara & kebencian : penggunaan Internet oleh
kumpulan benci untuk menyebar agenda perkauman dan
keganasan
2. Kebebasan bersuara & eksploitasi sekx: ponografi terutama
ponografi kanak-kanak
3. Patutkah tuan laman papan buletin dipertanggungjawabkan atas
kegagalan menghalang serangan maruah orang lain yg tidak
mengikut undang-undang?
4. Perjudian di Internet di kasino ruang siber
5. Nama samaran dan palsu di Internet
6. Seorang pelajar MIT, David LaMacchia dituduh melakukan
penipuan komputer keranamengendali sebuah papan buletin
untuk mendapatkan perisian yg berhak-cipta seara percuma
PROFESION (IKHTISAS)
DAN PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS)
• Profesion (ikhtisas) sebenar melibatkan 3 :
kepakaran termaju, pengaturan sendiri &
perkhidmatan utk kebaikan umum
• Kepakaran termaju :
– Sebarang profesion memerlukan kemahiran yg
canggih & ilmu pengetahuan utk menjalankan budi-
bicara yg tidak lazim & tidak boleh dirumuskan dalam
bentuk peraturan atau tata cara lazim
– Sebarang profesion memerlukan pendidikan yg lama
dan isi pendidikan ini termasuklah kemahiran teknikal
dalam salah satu bidang ilmu ikhtisas dan juga kajian
kemanusian dan kemasyarakatan yang perlu
dikemaskini oleh pendidikan seumur hidup
PROFESION (IKHTISAS)
DAN PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS)
• Pengaturan sendiri :
– Persatuan profesional yg mantap dibenarkan oleh
masyarakat utk menentukan piawai kemasukan ke
dalam profesion, penggubalan kod etika amalan
profesion, penguatkuasaan salah laku dan pewakilan
profesion di medan kerajaan & awam
• Kebaikan umum
– Profesion memberi khidmat pada aspek tertentu
kebaikan umum seperti perubatan pada kesihatan
awam, undang-undang pada perlindungan hak
undang-undang awam dan kejuruteran pada
penyelesaian masalah teknologi untuk keselesaan,
kesihatan & keselamatan awam
PROFESION KEJURUTERAAN DAN
JURUTERA PROFESIONAL
• Dianugerah ijazah sarjanamuda dalam bidang
kejuruteraan tertentu
• Menjalankan tugas yang lazimnya dilakukan oleh jurutera
seperti jurutera perunding, pengurus projek, pengurus
pengenadalian dsb.
• Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai
jurutera profesional setelah
– berpengalaman sebagai jurutera siswazah berdaftar selama
tidak kurang daripada 4 tahun dan
– berjaya dalam temuduga profesional yang dijalankan oleh
Lembaga Jurutera Malaysia dan Institusi Jurutera Malaysia
• Bertindak secara bermoral ketika mengamal
kejuruteraan mengikut kod etika kejuruteraan
PERANAN KOD ETIKA
• Kod etika kejuruteraan terdiri daripada prinsip-prinsip
tanggung jawab yang menggalakkan kebaikan awam
• Kod etika merupakan panduan & sokongan bagi jurutera
yg bertanggung-jawab & menentukan piawai minimum
yang dikongsi bersama
• Piawai yang dikongsi bersama
– Perbezaan pandangan tentang nilai moral kerana perbezaan
tradisi dan agama memerlukan suatu piawai yang dikongsi
bersama yang jelas dalam sesuatu profesion supaya masyarakat
boleh mengharapkan piawai kecermelangan minimum dalam
amalan profesion itu
• Sokongan
– Kod etika memberi sokongan positif kepada jurutera yang ingin
bertindak secara beretika
– Jurutera mendapat sokongan kumpulan jurutera dalam
mempertahankan keputusan bermoral
PERANAN KOD ETIKA
• Panduan
– Kod merupakan panduan tentang tugas dan tanggung
jawab utama jurutera untuk kelakuan beretika
– Kod yang pendek dan padat merupakan panduan umum
dan perlu ditafsirkan dengan betul
• Inspirasi
– Kod menjadi motivasi bagi jurutera untuk bertindak
secara beretika kerana ia merupaan iltizam bersama
profesion terhadap etika
• Pendidikan & kefahaman bersama
– Kod boleh digunakan oleh persatuan profesional di
dalam kelas untuk menggalakkan perbincangan
tentang isu-isu moral
– Kod juga menggalakkan kefahaman bersama di
kalangan profesional, masyarakat & kerajaan tentang
tanggung jawab moral jurutera
PERANAN KOD ETIKA
• Pencegahan drpd bertindak secara tidak beretika
dan disiplin jurutera
– Kod boleh digunakan sebagai asas yg formal dalam
siasatan kelakuan jurutera yang tak beretika oleh
Institusi Jurutera Malaysia dan/atau Lembaga Jurutera
Malaysia yg jika bersabit kesalaan boleh disingkirkan
daripada Institusi dan disingkirkan daripada daftar
jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia
• Peningkatan imej profesion di kalangan org
awam
– Kod boleh menunjukkan imej yg positif profesion yang
beiltizam kepada etika kepada masyarakat dan boleh
memberi lebih banyak pengaturan sendiri bagi
profesion
BATASAN KOD ETIKA
• Penyalahgunaan Kod
– Kadang-kadang kod disalahgunakan oleh pemimpin
institusi kejuruteraan kerana ingin menjaga nama baik dan
maruah profesion dengan mengorbankan kerjaya jurutera
yg benar-benar memperjuangkan kelakuan etika
– Cara yg paling baik untuk mendapat kepercayaan
masyarakat ialah dengan menggalakkan jurutera
mengemukaan pandangan dengan bebas tentang
keselamatan dan keselesaan awam
• Kod terhad kepada pernyataan umum
– Oleh yg demikian, kod ini mungkin tidak boleh digunakan
dalam semua keadaan
– Sebaliknya kod yg umum merupakan cara yg terbaik untuk
menghadapi perkembangan teknologi baru
BATASAN KOD ETIKA
• Klausa kod kadang-kadang bertentangan contohnya
apabila tanggung jawab kepada keselamatan awam
bertembung dengan kesetiaan kepada majikan
– Seseorang Jurutera hendaklah tidak mendedahkan
sebarang maklumat berkenaan perniagaan majikannya
atau majikannya pada masa lampau
– Seseorang Jurutera hendaklah sentiasa memastikan
kerjanya dan hasil kerjanya tidak mengenakan bahaya
kematian, kecederaan atau kesihatan buruk yang boleh
dielakkan kepada sesiapapun
• Kod tidak boleh menjadi penentu moral terakhir
– Kod mungkin salah kerana ia merupakan kompromi
berbagai fahaman yg dirumuskan oleh jawatankuasa
ketika debat yg hangat
– Oleh yg demikian kod tidak boleh dianggap terlalu
sempurna sehingga tidak boleh dikritik dan diubah
mengikut keperluan zaman
KOD ETIKA KEJURUTERAAN
Institusi Jurutera Malaysia
1. Seseorang Jurutera hendaklah sentiasa memastikan kerjanya dan
hasil kerjanya tidak mengenakan bahaya kematian, kecederaan atau
kesihatan buruk yang boleh dielakkan kepada sesiapapun
2. Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang
munasabah untuk mengelakkan pembaziran sumber tabii, kerosakan
alam sekitar, dan kerosakan atau kebinasaan yang membazir hasil
kemahiran manusia dan industri
3. Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang
munasabah untuk mengekalkan dan mengembangkan kelayakan
profesionalnya dengan mengikuti perkembangan baru dalam sains
dan kejuruteraan yang relevan dengan bidang amalan profesionalnya
dan sekiranya beliau adalah majikan, juga menggalakkan pekerja
profesionalnya melakukan perkara yang sama
KOD ETIKA KEJURUTERAAN
Institusi Jurutera Malaysia
1. Seseorang Jurutera tidak seharusnya menanggung tanggung jawab
sebagai Jurutera Profesional yang diyakininya tidak layak
dijalankannya
2. Seseorang Jurutera hendaklah menerima tanggung jawab peribadi
semua kerja yang dilakukan olehnya atau kerja yang di bawah
penyeliaannya atau arahannya, dan hendaklah mengambil semua
langkah yang munasabah untuk memastikan orang yang bekerja di
bawahnya adalah layak menjalankan kerja yang diberikan kepada
mereka dan mereka menerima tanggung jawab peribadi untuk kerja
yang dilakukan dengan kuasa yang diberikan kepada mereka
3. Seseorang Jurutera yang diundang untuk memberi pendapatnya
sebagai seorang profesional hendaklah berusaha sedaya upaya
memberi pendapat yang objektif dan yang boleh diharap
KOD ETIKA KEJURUTERAAN
Institusi Jurutera Malaysia
1. Seseorang Jurutera yang nasihat profesionalnya tidak diterima
hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk
memastikan orang yang menolak nasihatnya tahu tentang sebarang
bahaya yang diyakininya terhasil daripada penolakan nasihat itu
2. Seseorang Jurutera hendaklah tidak membuat sebarang kenyataan
umum sebagai seorang profesional tanpa memastikan bahawa
kelayakannya untuk mengeluarkan kenyataan dan sebarang
hubungan beliau dengan sebarang pihak yang mungkin mendapat
manfaat daripada kenyataannya didedahkan kepada mereka yang
menerima kenyataan itu
3. Seseorang Jurutera hendaklah tidak mengiklan atau menulis makalah
untuk penerbitan, atau mengarahkan iklan atau makalah seperti itu
ditulis atau diterbitkan oleh seseorang lain dalam bahasa yang
memuji diri atau dengan cara lain yang menjatuhkan maruah
profesion kejuruteraan
KOD ETIKA KEJURUTERAAN
Institusi Jurutera Malaysia
1. Seseorang Jurutera hendaklah tidak dengan jahat atau ganas
merosakkan atau cuba merosakkan, sama ada secara langsung atau
tak langsung, kewibawaan, harapan atau perniagaan seorang
Jurutera lain
2. Seseorang Jurutera hendaklah memaklumkan majikannya secara
bertulis sebarang pertembungan antara kepentingan peribadi dan
perkhidmatan setia untuk majikannya
3. Seseorang Jurutera hendaklah tidak mendedahkan sebarang
maklumat berkenaan perniagaan majikannya atau majikannya pada
masa lampau
4. Seseorang Jurutera hendaklah tidak menerima secara sumbang
sebarang imbuhan berhubung dengan perkhidmatan profesionalnya
terhadap majikannya selain daripada majikannya atau dengan
kebenaran majikannya. Beliau juga hendaklah tidak menerima
secara langsung atau tak langsung sebarang royalti, hadiah atau
upah terhadap sebarang barang atau proses yang digunakan dalam
atau untuk tujuan kerja yang beliau lakukan untuk majikan
melainkan atau sehingga royalti, hadiah atau upah itu telah
diluluskan secara bertulis oleh majikannya
KOD ETIKA KEJURUTERAAN
Institusi Jurutera Malaysia
2. Seseorang Jurutera hendaklah tidak secara sumbang meminta kerja
sebagai penasihat bebas atau perunding sama ada secara langsung
atau melalui seorang agen, atau membayar seseorang upah atau
dengan cara lain, untuk memperkenalkan kerjanya
3. Seseorang Jurutera yang bertindak sebagai penasihat bebas atau
perunding hendaklah tidak menjadi saloran pembayaran yang
dilakukan untuk majikannya kecuali jika diminta oleh majikannya
untuk berbuat demikian, atau memesan sesuatu barang berhubung
dengan kerjanya, kecuali dengan kuasa atau untuk majikannya
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Selepas era jurutera besar pada zaman Revolusi
Industri pada akhir abad ke-19 EB, kebanyakan
jurutera bekerja dalam syarikat besar kerana
kejuruteraan moden yg menghasilkan produk yang
rah dan selamat memerlukan input banyak jurutera
dalam berbagai bidang dalam sebuah syarikat
• Profesion tradisi seperti peguam dan doktor yg
merupakan profesion individu kini pun telah berubah
kepada profesion yg terlibat dalam syarikat besar
• Profesional kini berhadapan dengan cabaran antara
perniagaan dengan kepentingan profesional
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Kebanyakan syarikat yg mengabaikan etika pada
lazimnya syarikat besar yg dikuasai oleh
beberapa individu berego besar yg hanya
berminat mengekal imej sendiri & bermain politik
supaya dapat terus berkuasa dalam syarikat
daripada membangunkan produk yg selamat
• Kejuruteraan yang bagus bermakna perniagaan
yang bagus dan etika yang bagus
• Oleh itu syarikat perlu mempunyai suasana etika
yg bagus melalui program etika yg berterusan
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Sifat-sifat program etika yg baik
• Nilai-nilai etika hendaklah diiktiraf dan dihargai
oleh seluruh warga syarikat termasuk pemegang
saham, pengurus dan pekerja biasa
– Ini tidak bermakna keuntungan diabaikan kerana
kebaikan awam boleh diperolehi bersama-sama
dengan kepentingan dan keuntungan syarikat
• Bahasa etika digunakan dengan jujur dan diktiraf
sebagai dialog korporat yang sah
– Perlu suatu kod etika korporat
– Masukkan rtanggung jawab etika dalam perihalan
kerja untuk semua lapisan pengurusan
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Sifat-sifat program etika yg baik
• Pengurus tertinggi hendaklah menunjkkan
contoh etika yang terbaik melalui perkataan,
dasar dan tauladan
– Dasar tentang kelakuan beretika di seluruh syarikat
hendaklah dilunaskan dgn sokongan bagi jurutera yg
mengamal kejuruteraan mengikut kod profesionalnya
• Perlu ada tata cara untuk menyelesaikan
pertentangan moral
– Melantik ombudsman etika yg berbincang dengan
pekerja secara sulit tentang sebarang keprihatinan
moral
– Pengurus juga hendaklah dilatih untuk menyelesaikan
pertentangan moral
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Tanggung Jawab Syarikat Terhadap Masyarakat
• Syarikat bergantung kepada dan mempunyai tanggung
jawab terhadap pekerja, kelayan, penjual, pembekal,
masyarakat setempat dan masyarakat awam
– Syarikat yg bertanggung jawab berusaha menjadi jiran yg baik
dengan menyokong sekolah, kumpulan persatuan bukan kerajaan
dan persatuan kebajikan tempatan
• Meskipun demikian masih ada pendapat seperti
pendapat Milton Friedman bahawa tujuan utama syarikat
ialah memaksimumkan keuntungan untuk manfaat
pemegang saham dan tidak sepatutnya menyokong
kegiatan sosial lain yg akan mengurangkan keuntungan
– Pendapat ini mrugikan
• Etika yg bagus dan perniagaan yg bagus seharusnya
bersama
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Tanggung Jawab Moral Syarikat
• Mengaitkan tanggung jawab moral dengan syarikat &
individu melibatkan budi bicara moral:
– Akhlak, tugas, keupayaan moral umum, pertanggungjawaban
• Apabila seseorang itu dikatakan mempunyai tanggung
jawab moral, yang dimaksudkan ialah beliau sebenarnya
mempunyai sifat akhlak yang baik
– Beliau sentiasa prihatin melakukan perkara yg betul, sentiasa
menjalankan tugas, boleh diharap menjalankan tugas dengan baik
dan sentiasa bertimbang rasa dengan orang lain
– Syarikat juga boleh dikatakan mempunyai “akhlak yg baik” jika ia
beriltizam utk menyempurakan tugas etikanya
• Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab
moral, yg dimaksudkan beliau mempunyai tugas moral
– Tugas utk berlaku adil, bercakap benar dan menggalak keadilan
– Seseorang jurutera keselamatan mempunyai tugas memeriksa
sebuah tapak pembinaan
– Syarikat juga mempunyai tugas umum yg harus dijalankan
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Tanggung Jawab Moral Syarikat
• Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab
moral, yg dimaksudkan ialah beliau mempunyai keupayaan /
pengetahuan utk bertindak secara moral yg sesuai
– Syarikat juga mempunyai keupayaan sebagai agen yang bertanggung
jawab moral
• Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab
moral, yg dimaksudkan ialah beliau diper-tanggung-jawabkan
utk melakukan sesuatu tugas moral
– Seseorang yg mempunyai tanggung jawab moral bermakna beliau
boleh diminta menjelaskan tindakannya, memberikan alasan atau
mewajarkannya, dan terbuka kepada pujian atau cemuhan atau
permintaan pampasan
– Syarikat juga dipertanggungjawabkan kepada masyarakat awam,
pekerja, kelayan dan pemegang saham
• Jika salah laku yg dipertimbangkan,seseorang yg dikatakan
mempunyai tanggung jawab moral, yg dimaksudkan ialah beliau
boleh disalahkan dan sebaliknya jika kelakuan baik yg
dipertimbangkan maka beliau boleh dipuji. Syarikat juga begitu
SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB
• Tanggung Jawab Penyebab dan Undang-Undang
• Dua lagi tanggung jawab yg tidak seharusnya dikelirukan
dengan tanggung jawab moral:
– Tanggung jawab penyebab
– Tanggung jawab undang-undang
• Seseorang kanak-kanak yg menyebabkan kebakaran dengan
bermain api hanya bertanggung jawab menyebabkan kebakaran
akan tetapi ibu-bapanyalah yg bertanggung jawab moral kerana
membiarkan mancis diperolehi oleh kanak-kanak itu dengan mudah
• Seseorang jurutera atau syarikat kejuruteraan masih boleh
dikenakan tanggung jawab undang-undang utk sebarang
kecederaan atau kerosakan walaupun tidak ada langsung masalah
tanggung jawab moral
– Seorang pengguna yg menggunakan tukul tercedera di mata oleh
serpihan tukul walaupun tukul itu tidak mempunyai sebarang
kecacatan sebelum peristiwa ini tetapi mahkamah masih mengenakan
pampasan terhadap pembuat tukul itu atas alasan
pertanggungjawaban undang-undang yang ketat
TUGASAN KELAS
• Milton Freidman menyatakan tanggung jawab tunggal
pengurus hanya terhadap pemegang saham iaitu
memaksimumkan keuntungan mereka dalam batasan
undang-undang tanpa melakukan penipuan manakala
pendapat alternatif ialah pengurus bertanggung jawab
kepada semua orang yg terlibat dgn syarikat termasuk
pekerja, kelayan, pembekal, kerajaan dan masyarakat
setempat.
– Jelaskan pendapat mana yg boleh dipertahankan bagi menentukan
keputusan untuk pindah bagi mengurangkan kos gaji pekerja.
• Tiga orang jurutera menguji bersama suatu produk akan tetapi
gagal memberitahu tentang suatu kecacatan yg tidak akan tampak
sehingga kemudian.
– Bolehkah menuduh kesalahan untuk kesilapan ini secara berbeza bagi
setiap jurutera berkadaran dengan kerja ujian yg mereka lakukan atau
tiada perbezaan kesalahan semua jurutera kerana ketiga-tiga mereka
mendiamkan diri?

You might also like