You are on page 1of 30

SKEMA BERCABANG PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU PURBA

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU INDUK

BAHASA MELAYU KLASIK DIALEK 1 DIALEK 2 DIALEK LAIN

DIALEK JOHOR-RIAU

DIALEK MELAYU MODEN


BAHASA MELAYU PURBA
• Bahasa Melayu Purba merupakan Bahasa Melayu terawal yang
digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami kawasan
Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka
• Kelompok yang menggunakan Bahasa Melayu Purba ini dikatakan
berasal daripada kelompok Melayu-Deutro
• Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti sejarah tentang Bahasa
Melayu Purba, tetapi dipercayai kelompok-kelompok manusia yang
awal ini menggunakannya sebagai bahasa komunikasi
• Bahasa yang digunakan hanya dalam bentuk lisan
• Penggunaan aksara dalam tulisan merupakan perkembangan
dalam bahasa melayu purba tetapi apabila bahasa melayu
menggunakan aksara, bahasa melayu itu sudah tidak dianggap
sebagai bahasa melayu purba tetapi dikenali sebagai bahasa
melayu kuno.
• Bahasa Melayu Purba hanyalah merujuk bahasa melayu yang tidak
mempunyai bukti sejarah.
LATAR BELAKANG

• Dengan Bahasa Melayu Kuno dimaksudkan Bahasa Melayu yang


diketemukan dalam prasasti-prasasti di Sumatera Selatan dan
Pulau Bangka
• Bahasa yang ditilis dalam prasasti ini merupakan bahasa yang
tertua yang pernah dirakam dalam bahasa melayu.
• Kita dapat memahami bahasa abad ke-13 dan ke-17.
• Ini adalah bukti utama bahawa Bahasa Melayu Kuno (Mkn),
berlainan dengan Bahasa Melayu Klasik (MKI) dan Bahasa Melayu
Moden (MM)
BAHASA MELAYU KUNO
• Merupakan keluarga bahasa Nusantara
• Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
• Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
• Bahasa Melayu Kuno menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana :
1-Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
2- Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
3- Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan
bahasa Jawa
4- Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa
Sanskrit dikenalpasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata
dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan Bahasa Melayu)
• Bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit kerana :
 Pengaruh agama Hindu
 Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan , dan dikatakan
mempunyai hierarki yang tinggi.
 Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan
keperluan

• Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang


ditulis dengan huruf pallawa :
 Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang ( 683 M)
 Batu Bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
 Batu Bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
 Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi ( 686
M)
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
• Susunan ayat bersifat Melayu
• Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno ( bulan= wulan)
• Bunyi e pepet tidak wujud (dengan=dngan atau dangan)
• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno ( berlepas=marlapas)
• Awalan di- ialah ni- dalam Melayu Kuno ( diperbuat= niparwuat)
• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh,kh, h
(sukhashitta)
• Huruf h hilang dalam bahasa moden ( semua=samuha,
saya=sahaya)
SISTEM TULISAN
• Keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai adalah
menggunakan tulisan Palava
• Tulisan palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang
digunakan untuk penyebarab agama Hindu
• Mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi
• Tulisan lain yang digunakan ialah tulisan Kawi dan Nagiri
• Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud
penyair
• Pada awalnya ditulis pada batu lontar dan kemudiannya diubah suai
dan diukir pada batu
• Tulisan Nagiri digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli dan ia
berasal dari Utara India
KOSA KATA
• Fonem semivokal w dallam bahasa melayu kuno berubah
menjadi b secara konsisten dalam bahasa melayu moden

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN


KUNO
WUAT BUAT

WUNUH BUNUH

TUWA TUBA
• Ketidakwujudan vokal e pepet dalam Bahasa Melayu Kuno

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU


KUNO MODEN
DANGAN DENGAN
TATHAPI TETAPI

MARWABGUN MEMBANGUN

MANGHIDUPI MENGHIDUPI
• Bahasa Melayu Kuno menunjukkan perubahan fonem yang tidak
konsisten. Contohnya fonem u berubah menjadi o tetapi u tidak
berubah menjadi o dalam lingkungan suku akhir tertutup

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU


MODEN
WUNUH BUNUH
SURUH SURUH

WULUH BULUH
• Awalan mar- dalam bahasa melayu kuno berubah menjadi ber-
dalam bahasa melayu moden

• Contohnya :
marlapas=berlepas
marwuat= berbuat

• Awalan par- berubah menjadi per-


• Contohnya :
parwuat= perbuat

• Awalan maka tidak lagi digunakan dalam bahasa melayu moden


• Contohnya :
makagila = menjadi gila
makasakit = menjadi sakit
• Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa melayu moden
• Contohnya :
datua = tanggungjawab datu
wuata = tindakan

• Akhiran –i sama seperti bahasa melayu moden dan biasanya


bersama-sama dengan imbuhan awalan.
• Contohnya :
Niujari = diujari
• Bunyi n dalam Bahasa Melayu Kuno berubah menjadi ny dalam
Bahasa Melayu Moden
• Contohnya :
wuahna = buahnya
tatkalana = tatkalanya

• Bunyi h yang terdapat dalam Bahasa Melayu Kuno telah


dilenyapkan dalam Bahasa Melayu Moden
• Contohnya :
sahaya = saya
tuha = tua
samuha = semua
• Terdapat juga Bahasa Melayu Kuno yang tidak lagi digunakan pada
masa kini

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU MODEN


TUWI DENGAN
INAN ITU
TLU TIGA
HULUN/ULUN ORANG GAJI
SARAK MEMISAHKAN DIRI
LANGIT/MAKALANGIT MEMPERDAYA
PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE
BAHASA MELAYU KLASIK
• Abad ke-12 dan ke-13 merupakan zaman peralihan daripada
agama Hindu Buddha kepada agama Islam.
• Dari segi perkembangan bahasa, abad ini merupakan zaman
peralihan daripada Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu
Klasik
• Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang
semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13
• Selepas itu, Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari
segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan
• Terdapat tiga batu bersurat yang penting :

7. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minagkabau( 1356)


- Ditulis dalam huruf India
- Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajakan
Sanskrit
BAHASA MELAYU KLASIK
• Menjadi lingua-franca iaitu bahasa yang digunakan
dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi dan
ia juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan.
• Ia digunakan untuk penyebaran agama islam sama ada
melalui tulisan ataupun lisan
• Merupakan bahasa melayu yang telah mempunyai
aksara sendiri.
• Masyarakat melayu pada zaman ini dikatakan telah
mengenali huruf kerana masyarakat melayu pada ketika
itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam
bentuk tulisan.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
KLASIK
• Ayat-ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu Klasik panjang dan
bersifat meleret-leret kerana penulis cerita atau hikayat gemar memasukkan
kata-kata yang tidak bermakna apabila menyatakan sesuatu perkara
• Subjek atau predikat dalam ayat meleret-leret dan sukar difahami oleh
pembaca
• Ayat-ayat Melayu Klasik juga sering ditandai dan sering diulang-ulang
dengan kata adapun, kalakian, arakian, hatta dan sebagainya
• Terdapat predikat dalam ayat yang digunakan menyebabkan
penyongsangan ayat. Pendepanan predikat biasanya terdiri daripada
predikat kata kerja, objek atau pelengkap yang merupakan pengaruh nahu
Arab
• Bentuk pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung yang
banyak
• Terdapat struktur ayat yang luar biasa dan mempunyai ragam yang berbeza
dengan bahasa melayu moden
• Terdapat unsur pengulangan dalam ayat-ayat prosa Melayu Klasik
FAKTOR PERBEZAAN

• Perbezaan antara bahasa melayu kuno dan klasik terdapat pada


3 faktor iaitu:

Perbendaharaan kata
Nahu
Bunyi bahasa
PERBENDAHARAAN

• Bahasa melayu kuno banyak banyak sekali terdapat kata-kata


Sanskrit.

• Merupakan bahasa yang digunakan oleh raja yang memerintah


kerana bahasa yang terukir di prasasti itu adalah bahasa dalam
tatatingkat sosial yang tinggi.

• Bahasa melayu ini juga berbeza dengan prasasti kerana kita dapati
perkataan-perkataan ini sudah asing bagi kita.
NAHU
• Berbeza antara nahu bahasa melayu kuno dan bahasa melayu
klasik.
• Dilihat pada penggunaan awalan dan akhiran , bahasa melayu
klasik dan bahasa melayu moden sudah jauh menyimpang dari
bahasa melayu kuno
• Awalan-awalan yang ada dalam bahasa melayu kuno sudah
digantikan oleh awalan-awalan lain atau digugurkan sama sekali,
baik dalam abad ke-13 mahupun bahasa melayu sekarang ini
BAHASA MELAYU MODEN
• Tahap bahasa melayu moden dikenali pada abad ke-19 dan abad
ke-20
• Terdapat pembaharuan dari segi bahasa yang digunakan hasil
daripada pertembungan kebudayaan Timur dan BArat
• Terdapat karya-karya yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi yang
memisahkan zaman sastera klasik dengan zaman sastera moden.
Di antara karya-karya tersebut ialah Kitab Adab Segala Raja-raja
Melayu Dalam Segala Negeri ( 1837) dan Kisah Pelayaran Abdullah
ke Kelantan ( 1838)
• Bahasa melayu dijadikan bahasa perantaraab di Tabah Melayu
sebelum British bertapak dan memegang teraju peemrintahan
• Digunakan sebagai bahasa pengantar di pusat pemeritahan, pusat
pendidikan Islam dan istitusi-institusi lain
• Bahasa melayu moden terbahagi kepada dua iaitu bahasa melayu
modne pramerdeka dan bahasa melayu moden pascamerdeka
BAHAN BUKTI BAHASA MELAYU
KLASIK
• Dalam bentuk surat dan karya-karya kesusateraan
• Melibatkan surat-surat yang dikirik oleh para raja melayu dengan
raja-raja melayu yang lain
• Surat sultan tarnate kepada raja portugal
(1521, 1522 )
BAHASA MELAYU MODEN
PRAMERDEKA
• Sebelum merdeka, bahasa melayu terpinggir kerana penggunaan
bahasa inggeris lebih diutamakan dalam pentadbiran dan sebagai
bahasa pengantar di sekolah-sekolah
• Tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan kerana penggunaan
yang terhad dalam komunikasi seharian dan penulisan buku-buku
berunsur Islam dan sastera sahaja
• Pada awal abad ke-20 sasterawan, wartawan, budayawan telah
menyedari bahawa bahasa melayu semakin dipinggirkan dan
mereka mahu memperjuangkan kedudukan bahasa melayu di tanah
melayu
• Mereka telah memperjuangkan bahasa melayu ini melalui
perantaraan akhbar dan majalah serta hasil karya mereka
• Penyebaran tersebut dibahagi kepada dua iaitu melalui
perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan
• Perjuangan secara individu dilakukan melaui akhbar tempatan
dengan megemukakan pelbagai isu dan persoalan dari hasil karya
BAHASA MELAYU MODEN
PASCAMERDEKA
• Para nasionalis berusaha gigih untuk menjadikan bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan
• Usul bahasa melayu sebagai bahasa kenagsaan telah termaktub
dalam perlembagaan negara kita .
• Hasilnya , tertubuh Suruhanjaya Reid yang dilantik khas untuk
menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
• Apabila mencapai kemerdekaan Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152v menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan bagi negara yang merdeka.
FUNGSI BAHASA MELAYU
MODEN
• Digunakan sebagai bahasa kebangsaan , bahasa rasmi bahasa perpaduan
dan bahasa ilmu
• Fungsinya sebagai bahasa rasmi negara , bahasa penradbiran, bahasa
perhubungan umum, bahasa pengantar dan bahasa ilmiah
• Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi
* untuk menyampaikan perasaan dan fikira secara lisan ataupun bertulis
*digunakan sebagai bahasa tulisan di akhbar dan majalah
* digunakan dalam pertuturan, penerangan dan penyampaian maklumat
• Bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan
* alat untuk menyatupadukan kaum
*dapat melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama
* memupuk semangai kekitaan dan bersatu-padu
• Bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
* alat untuk menyampaikan dan memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang
* memantapkan sisten ejaan serta meluaskan perbendaharaan kata serta
mempunyai tatabahasa yang lengkap
Perbezaan Bahasa Melayu
Kuno Dengan Moden
1. Perkataan-perkataan itu sudah tidak wujud lagi,bahkan tidak
ditemui lagi dalam bahasa Sejarah Melayu.
2. Ada perkataan-perkataan yang boleh dikesan tetapi hanya
setelah kita faham akan kesejajaran antara bunyi-bunyi yang
terdapat dalam perkataan-perkatan itu dengan yang terdapat
pada bahasa melayu sekarang.
3. Terdapat perkataan –perkataan yang nampaknya biasa bagi kita
tetapi yang sudah mengalami perubahan makna.
RUJUKAN
• SUSUR GALUR BAHASA MELAYU,
PENGARANG ASMAH HAJI OMAR
• KURSUS KOMPREHENSIF FAJAR
BAKTI BAHASA MELAYU STPM
KERTAS 1 DAN 2
• BAHASA MELAYU STPM KERTAS 1
DAN 2 EDISI PELANGI

You might also like