You are on page 1of 20

1.

0Pengenalan

Negara kita kaya dengan tokoh-tokoh pendidik yang telah mewujudkan perbezaan
yang amat ketara dalam sistem pendidikan. Ada juga tokoh yang telah melahirkan
pendapat- pendapat yang baru yang mampu mencungkil idea baru dalam bidang
pendidikan ini. Namun ramai yang tidak begitu terkenal di persada dunia, ditelan zaman
atau dilupai oleh masyarakat disebabkan beberapa perkara yang tertentu.

Mereka merupakan perintis anak muda yang telah membentuk pemimpin atau
anak muda yang berjaya dalam kehidupan mereka. Secara tidak langsungnya, tokoh-
tokoh pendidik ini juga menyumbangkan jasa yang amat bernilai kepada negara dengan
melahirkan idea dan pelajar dimana ia membantu dalam mewujudkan komuniti yang
berpelajaran.

• Maulana Lebai Maadah Bin Layang ( 1895 – 1943) merupakan seorang


ulama yang telah bertungkus lumus demi negara kita dimana beliau pernah
menjadi kontroversi ini dianggap pelopor fahaman 'Kaum Muda' negeri ini.

• Beliau berasal dari Kampung Jeram, Tengkek iaitu sebuah kampung di


pendalaman kira-kira 28 km dari Bandar Kuala Pilah jika melalui Pekan Batu
Kikir.

• Menurut cerita orang-orang tua di kampung itu, beberapa suku keturunan


orang-orang Minangkabau dari sekitar Talang atau Seri Menanti dipercayai
telah meredah hutan belantara untuk membuka kampung baru melalui
kawasan Langkap.

• Tidak dinafikan juga ada penduduk asal kampung dari suku-suku yang mudik
ke hulu Sungai Jempol melalui Kuala Jempol atau Ulu Sungai Muar. Proses
migrasi ini dijangka bermula pada awal abad ke 19.
1.1 Biodata diri

• Nama penuh beliau ialah Muhamad Maadah bin Layang. Beliau lahir dalam
tahun 1895 di Kampung Jeram, Tengkek.

• Bapanya adalah penduduk kampung yang bertugas sebagai pesawah,


pencari damar dan antara pembuka awal kampung.

• Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih menuntut di India. Ibunya pula
bernama Aman.

• Kampung Jeram mempunyai kawasan rekreasi air terjun yang indah dan
menjadi kawasan kunjungan pelancong dari dalam dan luar sekarang ini.

• Rumah kelahiran Maulana ini tidak jauh dari kawasan rekreasi tersebut.

1.2 Pendidikan Awal

Maulana Lebai Maadah mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu


Tengkek tahun 1907 dan kemudiannya meneruskan pengajian agama secara di sekolah
pondok di Pondok Alor Keladi, Kedah selama lebih kurang empat tahun antara tahun
1915 hingga 1919. Allahyarham juga dikatakan bahawa pernah mengaji di Tualang
Sekah di bawah asuhan Tuan Guru Yunus Al Masri dan di sinilah beliau telah belajar
berqasidah dan berlagu.

1.3Berkahwin
Sekembalinya beliau ke kampung, Lebai Maadah bertemu jodoh dengan
gadis yang dinamakan 'Sori' dari Johol dalam Daerah Kuala Pilah. Usia
perkahwinannya tidak lama kerana ramai penduduk mukim tersebut kurang senang
dengan Lebai Maadah yang selalu menegur perilaku atau amalan penduduk yang
dianggapnya bersalahan dengan syariat.
1.4 Meneruskan pelajarannya di rantau

orang

 Apabila diberitakan ada seorang ulama dari India berkunjung ke Kuala Pilah
tetapi beliau menghadapi kesukaran berdakwah kerana masalah bahasa.

 Lebai telah tampil menawarkan diri untuk membantu ulama tersebut sebagai
penterjemah bahasa Arab.

 Beliau mendapat upah lebih kurang RM80.00 berkerja sebagai penterjemah dan
mengikut ulama itu berdakwah hingga ke Perak.

 Ulama India inilah memberi perangsang kepadanya untuk menuntut agama di


Benua India.

 Kemudian beliau belayar ke India mengikut ulama tersebut untuk menimba ilmu
agama lebih mendalam.

 India ketika itu menjadi lokasi pengajian Islam terkenal selain Mekah khasnya di
Karachi ( sebelum ditubuhkan Pakistan) dan Deoband.

 Maulana ini dikatakan terpaksa mendapatkan derma orang ramai untuk


perbelanjaan belayar ketika itu.

 Kerana kesempitan kewangan, beliau terpaksa berjalan kaki dari suatu tempat
ke suatu tempat lain ketika berkelana di sana. Emak penyusun Hajjah Zabidah
Faseh pernah mendengar sendiri perbualan Maulana dengan datuknya Tokki
Omar Bail sekembalinya dari India, Maulana memberitau kesusahannya di
rantau orang dalam mencari ilmu agama dan terpaksa mengikat perut menahan
kelaparan.
 Haji Md Zin @ Lajin Ujang iaitu murid tua dan pangkat bapa saudara kepada
Lebai Maadah, mengatakan Lebai Maadah hanya sempat bersama tiga hari
sahaja dengan ulama itu ketika menjejakkan kaki di sana kerana ulama itu terus
keluar bertabligh.

 Tinggallah Lebai Maadah bersendirian dan beliau menggunakan kebolehannya


berqasidah untuk menarik perhatian orang ramai.

 Sebelum berqasidah, beliau akan membentang kain kendungnya dan para


pengunjung akan melemparkan derma.

 Lebih kurang tiga bulan pula Lebai Maadah berqasidah begitu untuk
mengumpulkan duit bagi menampung perbelanjaannya seharian.

 Beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa Urdhu dalam tempoh


tersebut.

 Lebai Maadah bernasib baik diterima menuntut Kolej Darul Ulum walau pun
beliau tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai yuran pengajian.

 Pengetua Kolej tersebut bersimpati dengannya dan menyarankan Lebai Maadah


membuat kerja sampingan seperti berkhidmat dengan guru-guru dan melakukan
kerja-kerja ringan di kantin.

 Beliau juga tidak lekok membasuh pakaian guru dan kawan-kawan beliau untuk
mendapat pendapatan harian.

 Dia berada India selama lebih kurang 8 hingga ke 13 tahun di Darul Ulum dan di
Alegar, India.

 Haji Abdul Aziz Yunus, anak murid awal di Madrasah Aliah Islamiah Kuala Pilah
pula memaklumkan Tuan Gurunya itu banyak terpengaruh dengan perjuangan
Shah Waliyul'Lah al- Dehlawi dan dalam gerakan pembaharuan ketika menuntut
di India. Di sana juga mungkin telah membentuk kecenderungan beliau kepada
aliran "as sunnah" (Salafiyyah) dan tidak terikat kepada mazhab yang empat.
1.5 Kembali Ke Kampung

• Kepulangan beliau dikatakan mendapat sambutan hangat penduduk kampung


kerana dia adalah sesatunya anak kampung yang mendapat pendidikan tinggi
agama dan dari luar negeri pula ketika itu.

• Maulana Lebai Maadah yang berkulit cerah dan bertubuh gempal amat secocok
apabila memakai tarbus hitam serta berkot.

• Pakaian lain yang kerap dipakainya ialah jubah putih sehingga ke lutut seperti
jubah pakaian kumpulan Tabligh sekarang ini.

• Pakaian beliau yang sentiasa kemas bersih ini juga turut menjadi ikutan murid-
muridnya.

• Lebai Maadah balik ke tanahair selepas merantau mengaji agama pada tahun
1933. Ada pandangan lain iaitu beliau balik tahun 1937 dan dengan perantaraan
saudaranya serta bantuan orang ramai, beliau telah membuka madrasah
pertama di Alor Gajah, di hadapan Balai Polis Daerah Alor Gajah sekarang.

• Terdapat juga dakwaan bahawa beliau ke sana kerana di Alor Gajah telah mula
subur fahaman aliran as sunnah sejak tahun 1920an.

• Dianggarkan lebih 80 pelajar dari berbagai tempat telah menuntut dengan di


Madrasah Alor Gajah ini.

• Haji Md Zin Ujang yang banyak membantu penyusun mengimbas perjalanan


hidup Lebai Maadah ini kerana beliau merupakan murid pertamanya di Alor
Gajah. Mereka juga dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan.

• Keistimewaan ketara pusat pengajian yang ditubuhkan oleh Lebai Maadah ialah
sekolahnya diselia secara formal dan menerima pelajar wanita. Suatu hari dalam
tahun 1938, Lebai mengajak beberapa anak muridnya makan besar kerana
beliau telah menerima ijazah pengajiannya dari Darul Ulum.

• Lebai mensyarahkan bidang pengajiannya sehingga memperolehi sarjana


( master) dalam pengajian Islam. Menurutnya, beliau terpaksa mengaji 35 mata
pelajaran peringkat ijazah pertama dan 47 subjek lagi untuk melayakkannya
menerima sarjana tersebut.

• Beliau tidak meneruskan pengajiannya untuk ke peringkat Phd kerana pelajar


disyaratkan menjadi kerakyatan India dan berkhidmat di kolej tersebut.

• Ijazah sarjana beliau dikirimkan melalui pos oleh Pentadbir Darul Ulum. Tidak
dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya Lebai Maadah telah berbahas
dengan tokoh utama as sunnah di Alor Gajah bernama Haji Muluk.

• Maulana yang dikatakan alim dalam agama itu berada di pihak yang menang.
Mungkin ekoran dari peristiwa itu menyebabkan Lebai Maadah kembali ke Kuala
Pilah untuk mendirikan sekolah baru bagi mengelakkan perbalahan.

• Di kampung halamannya, Maulana membuka sebuah Madrasah Jameah


Islamiah yang mengajar berbagai mata pelajaran di Kampung Bukit Tempurung
kira-kira 3 km dari Kampung Tengkek. Sekolah berdinding kayu ini didirikan di
atas bukit dan mula menerima pelajar-pelajar lelaki dan perempuan.

• Sekolah ini didirikan secara gotong royong penduduk kampung.. Sekolah itu
mampu menampung pelajar lebih 50 orang. Pelajar lelaki dan perempuan di
asingkan. Sebelah malam pula dibuka kelas untuk orang-orang dewasa.

• Sekolah ini turut menerima penuntut luar dari Negeri Sembilan, walaupun jalan
perhubungan untuk sampai ke kampung itu terpaksa berbasikal atau berjalan
kaki lebih 15km dari pekan Batu Kikir.
1.6Perkahwinan

Lebai Maadah dijodohkan dengan gadis kampungnya bernama Salbiah Ibrahim.


Perkahwinan kali keduanya ini berlangsung dalam tahun 1938 ketika itu Lebai masih
mengajar di Alor Gajah. Menurut Haji Md Zin Ujang, emaknya dan emak saudara Lebai
bernama Bayau merundingkan untuk menjodohkan Lebai Maadah dengan Salbiah.
Walau pun mereka tidak pernah bertemu muka tetapi Lebai Maadah ada bertanyakan
rupa paras dan keperibadian bakal isterinya dari Haji Md Zin. Salbiah dikatakan gadis
pingitan kampung yang menarik waktu itu. Pasangan ini dianugerahkan Allah dengan
anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Kassim.

Di Madrasah Bukit Tempurung, beliau telah menjodohkan pula seorang penuntut


beliau bernama Abdul Jalil bin Salim yang berasal dari Pekan Alor Gajah, Melaka
dengan Latifah Omar Bail yang turut menuntut di Madrasah Bukit Tempurung itu. Abdul
Jalil merupakan penuntut awal beliau ketika di Alor Gajah dan turut meneruskan
pengajianya di Bukit Tempurung. Penyusun masih ingat masa hidupnya, Allahyarham
Ustaz Abdul Jalil amat tegas dalam fahaman as sunnahnya dan tidak bertolak ansur
dalam perkara-perkara yang dianggap bidaah dalam amalan ibadah. Contohnya, beliau
hanya berdiam diri ( lelapkan mata) masa majlis ratip tahlil arwah dan tidak
mengangkatkan tangan ketika berdoa. Kehadiran beliau ke majlis-majlis kenduri
kendara sanak saudara di kampung hanyalah untuk mengeratkan siraturrahim sahaja.

1.7 Perubahan yang dibawa oleh Lebai


Maadah

• Mungkin kerana perbezaan kefahaman yang dibawa oleh Lebai Maadah bin
Layang yang dianggap mewakili kaum muda dan bertembung pula dengan kaum
tua yang didakwa golongan Syafiiyah, sedikit sebanyak telah mengocak struktur
amalan ibadah tradisi setempat.

• Sebahagian besar penduduk kampung mulai memandang serong kepada aliran


ini. Maulana Lebai Maadah memahami usaha untuk mengubah fahaman yang
sudah berakar umbi itu bukan suatu kerja yang mudah. Selain berdepan
pertembungan tersebut, Lebai Maadah turut tampil untuk membasmi amalan–
amalan khurafat yang masih mewarnai budaya masyarakat yang jauh di
pendalaman itu.

• Antara amalan yang pernah dilakukan ialah seperti upacara memuja semangat
padi sebelum turun ke sawah, mandi safar, ilmu pembomohan, amalan kebatinan
dan lain-lain lagi.

• Awal tahun 1900an sering berlaku perdebatan antara kaum muda dengan kaum
tua Lebai Maadah dianggap pelopor bagi fahaman ini di Negeri Sembilan. Kesan
dari penubuhan beberapa madrasahnya di Kuala Pilah menyebabkan aliran ini
berkembang di Negeri Sembilan.

• Pengikut fahaman ini telah berkampung di Kuala Pilah dan menubuhkan


Madrasah Ittibaus Sunnah di Jalan Parit, Kuala Pilah yang masih beroperasi
hingga sekarang. Peringkat awalnya, kelompok ini dianggap sering bermasalah
dengan Majlis Agama Negeri tetapi kini dilaporkan telah kendur.

1.8 Cita-cita Menubuhkan Institusi

Pengajian Tinggi
Lebai Maadah melihat dengan ilmu sahaja permasalahan ummah dapat
ditangani. Tanpa ilmu sudah tentu amal tidak akan menepati kehendak agama. Dalam
suasana negeri yang masih dijajah dan perhubungan komunikasi yang sukar waktu itu,
beliau harus memikul amanah untuk membimbing anak bangsanya keluar dari
kegelapan. Bagi merealisasikan wawasannya, beliau menubuhkan pula Madrasah Aliah
Islamiah Harapannya untuk melihat anak bangsanya mendapat pendidikan lebih tinggi,
ini ditegaskan oleh beliau sendiri dalam buku penubuhan Madrasah Aliah Islamiah atau
juga dikenali sebagai Islamic High School.

Difahamkan Maulana Lebai Maadah bercita-cita untuk menjadikan pusat


pengajiannya itu sebagai asas kepada penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam
( Universiti Islam) sebagaimana yang terdapat di Darul Ulum India. Malangnya, cita-cita
murninya ini tidak kesampaian apabila meletus Perang Dunia Kedua. Menurut Haji
Abdul Aziz Yunus, penuntut-penuntut terpaksa meninggalkan pengajian dan balik
kampung bila Jepun mula sampai ke negeri ini. Madrasah ini hanya sempat beroperasi
selama empat tahun sahaja. Maulana sendiri akhirnya balik memberi tumpuan kepada
Madrasahnya di Kampung Bukit Tempurung ketika itu.

Sebelum menubuhkan Madrasah di Pelangai ini, beliau telah menyahut seruan


Dato' Menteri Mohd Idris Abdullah ( Ketua adat ) untuk membuka sekolah di Sungai Dua
Kecil ( kini menjadi kawasan masjid Sg Dua Kechil) dalam Daerah Kuala Pilah. Tanah
ini adalah milik keluarga Dato' Idris tetapi selepas beberapa lama beroperasi, Dato' Idris
telah mendapat persetujuan ahli keluarganya untuk mewakafkan tanah mereka di
Pelangai untuk dijadikan kawasan sekolah. Kawasan baru ini lebih strategik dan di tepi
jalan besar Kuala Pilah ke Batu Kikir/ Bahau bagi menggantikan sekolah di Sungai Dua

1.9 Sekolah yang telah ditubuhkan oleh


beliau

• Beberapa nama disebutkan oleh beliau dalam buku penubuhan Madrasah ini kerana
anak-anak kampung bermuafakat membinanya seperti Dato' Muhamad Idris, Yang
Mulia Dato' Laksamana Sholleh dan Dato' Putih Isa. Madrasah ini siap didirikan
pada 15 Januari 1939.

• Madrasah ini juga dilaporkan dibiayai oleh YTM Tuanku Abdul Rahman Yang
Dipertuan Besar waktu itu. Dua bangunan sekolah didirikan untuk memisahkan
murid-murid lelaki dan perempuan.

• Jadual waktu persekolahan bermula jam lapan pagi sehingga pukul dua belas
tengahari bagi sesi pagi. Penuntut-penuntut diberi rehat sebentar untuk makan
tengahari dan dijadualkan bersolat zuhur secara berjamaah di surau. Sesi kedua
bermula jam dua petang hingga jam empat petang.

• Selepas solat asar mereka di benarkan bermain atau beriadah untuk menjaga
kesihatan. Pelajar lelakinya berpakaian seragam berkot dan bertali leher seperti
sekolah Inggeris waktu itu tetapi bertarbus.

• Sistem persekolahan yang agak sistematik ini membuktikan Lebai Maadah seorang
pendidik atau pemimpin yang berkarisma. Setiap penuntut samada lelaki atau
perempuan mendapat didikan atau tarbiah secara langsung dan sama rata dari
Lebai Maadah.

• Dinyatakan belum sampai dua tahun terdirinya sekolah ini, lebih seratus penuntut
lelaki – perempuan dari beberapa negeri seperti Perak, Selangor, Pahang dan
serata daerah dalam Negeri Sembilan telah belajar di sini.

• Bagi membantu beliau mengendalikan perjalanan sekolah dan asrama, maka


beberapa penuntut yang telah senior dilantik sebagai kerani atau pengelola asrama.
Guru-guru lelaki dan perempuan pula dilantik di kalangan penuntut yang telah
mampu membimbing pelajar-pelajar baru. Penuntut–penuntut lelaki dan perempuan
disediakan asrama yang berasingan.
• Mereka ada memasak sendiri dan ada juga yangmemakan di kantin. Manakala
penuntut perempuan pula ada yang tinggal bersama Lebai Maadah dikenakan
bayaran makan dan belanja persekolahan secara bulanan.

• Tukang masak makanan disediakan. Guru-guru sentiasa ada bersama penuntut


untuk membimbing mereka. Pada waktu petang, kelas pengajian terbuka kepada
penduduk sekitar yang dikatakan mendapat sambutan hangat.

• Antara mata pelajaran yang diajar di Madrasah ini ialah seperti ilmu saraf, ilmu
nahu, tajuid, fiqh, tauhid, akhlak, tafsir dan terjemahan al Quraan, usul hadith dan
kitab-kitab hadith, tasawuf, al mudharabat, ilmu berkhutbah atau bersyarah, bahasa
Inggeris , membaca al Quraan dan banyak lagi.

• Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, Maulana Lebai Maadah agak tegas ketika mengajar.
Beliau selalu membawa rotan semambu bila mengajar. Setiap ayat yang diajar mesti
difahami dengan teliti dan penuntut – penuntut terpaksalah mengulang kaji dan
menghafal pelajaran di asrama sebelah malamnya.

• Esoknya beliau akan menyoal kembali pelajaran yang telah diajar. Sesiapa yang
gagal menjawab dengan tepat atau tergagap – gagap akan dimarahi. Pernah Ustaz
Abdul Jalil dirotan dan peristiwa itu menjadikan penuntut lain kecut perut. Antara
anak murid awal beliau yang dianggap kontroversi dalam negara kita ialah
Shamsiah Fakeh iaitu pemimpin PKM yang diharamkan itu.

• Keistimewaan cara mengajar Maulana ialah ia mengajar menterjemah al Quran


secara harfiah iaitu terjemahan dari ayat ke ayat dalam Bahasa Melayu bersekali
dengan tajuidnya. Haji Abdul Aziz mendakwa penuntut – penuntut mampu
menamatkan terjemahan al Quran dalam tempoh lapan bulan sahaja. Salah seorang
murid beliau, Haji Abdul Malik Husin turut mengakui keistimewaan pengajian tafsir Al
Quran cara Lebai Maadah kerana ia merangkumi dengan ilmu saraf, nahu, maani,
mantik dan bayan. ( Rujukan dari artikel oleh Zaharuddin Pilus, Berita Mnggu 27
Julai 1980).
• Dianggarkan penuntut – penuntut yang belajar ketika itu lebih 280 orang pada hari –
hari akhir sebelum meletusnya perang. Beliau sendiri waktu itu membuat kerja
sampingan selain menuntut iaitu ditugaskan sebagai kerani dan pengelola asrama
lelaki.

• Selain kesibukan Lebai menguruskan sekolahnya di Pelangai dan Bukit Tempurung,


beliau masih sempat memberi pengajian agama kepada orang ramai secara
memberi syarahan kerana beliau begitu mahir berpidato dan lancar pula tutur
katanya. Kebolehannya menguasai banyak bahasa juga berupaya meruntun
pendengar untuk mendekati tokoh istimewa ini.

1.10 Perbahasan agama

Lebai Maadah merupakan tokoh pemidato dan pandai berbahas. Seperti yang
disebut sebelum ini, beliau pernah berbahas masalah agama dengan tokoh assunnah
di Alor Gajah dan seorang ulama terkenal bernama Tuan Haji Muhamad Mustaffa dari
Kuala Jempol ( riwayat hidupnya turut dipaparkan dalam buku Jejak Ulama ini) ulama
ini mendapat didikan dari Mekah Al Mukarramah dan sangat terkenal di kalangan
pembesar negeri termasuk Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
sendiri.

Majlis perbahasan ini telah diadakan di Istana Besar Seri Menanti dengan
dihakimi oleh Tunku Besar Burhanuddin Ibni Tuanku Antah iaitu kerabat raja ketika itu.
Menarik juga dicatitkan di sini iaitu kecenderungan pihak istana dalam bidang agama
agak menonjol ketika itu kerana selain di Negeri Sembilan, Raja Kelantan Tengku Long
Senik yang memerintah tahun 1900 – 1920 turut menjadikan ulama sebagai tempat
rujukan utama ketika dilemma kemasukan amalan tarekat Ahmadiyah ke Kelantan.

Dalam perbahasan tersebut, Lebai Maadah dikatakan sekali lagi menunjukkan


keistimewaannya apabila beliau yang bermodalkan Al Quran berjaya melengkapkan
hujahnya. Apabila beliau ingin merujuk bahasannya, beliau hanya menepuk kitab suci
itu dan nashkah yang terbuka itu tepat menunjukkan ayat-ayat yang beliau kehendaki
dengan izin Allah. Bukan itu sahaja, Maulana ini juga dikatakan pernah berbahas
dengan orang-orang kristian yang diadakan di Sekolah Menengah King George V
Seremban. Kebolehan Maulana menguasai banyak bahasa termasuk Bahasa Inggeris
selain bahasa Urdu dan Arab memudahkan beliau menyampaikan dakwah.

1.11 Hasil Karangan

Selain daripada menubuhkan institusi pendidikan, beliau juga pernah


menghasilkan pelbagai jenis karya yang bagus. Walaupun beliau pernah menulis
banyak karangan dan buku, namun hanya beberapa karya sahaja yang dapat
dikenalpasti dan dapat diterbitkan.Beberapa karya beliau yang diketahui sempat
ditinggalkan ialah seperti berikut:

i. Kitab " Percubaan Tuhan" perbicaraan tentang keimanan setebal 40 muka. Diterbitkan
oleh The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939 dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

ii. "Urujul Akhwam" mengandungi 100 halaman, terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah.
1939.

iii. "Persaudaraan" diterbitkan oleh The Mutbah Al Zainiah, Bukit Mertajam tahun 1939.
iv. " Suluh Tengkek" setebal 80 muka iaitu buku panduan syarahan agama. Terbitan The
Teruna Press, Kuala Pilah. 1939

Malangnya, sebahagian besar kitab – kitab pengajian dan beberapa hasil


tulisan beliau tidak dapat dikesan lagi selepas kematiannya. Ada penduduk kampung
mendakwa Maulana pernah memberi pesanan sebelum ajalnya supaya kitab- kitab
beliau diserahkan kepada muridnya Ustaz Abdul Jalil yang telah menyemenda atau
lebih dikenali sebagai berkahwin dengan penduduk kampung, kerana beliau sahaja
yang dikatakan mampu menguasai dan memahami kitab-kitab Arab tidak berbaris itu.
Walau bagaimanapun, kitab – kitab tersebut telah beralih tangan kepada kerabat
sebelah isterinya iaitu bapa mertuanya Imam Ayin ( Ibrahim).

1.12 Hari – Hari Akhirnya

Dalam musim perang, Lebai Maadah hanya menumpukan masanya di Madrasah


Bukit Tempurung. Kegigihannya untuk mencurahkan ilmu disanjungi oleh penuntut-
penuntut beliau. Adakalanya beliau akan pergi ke rumah anak muridnya untuk mengajar
secara langsung. Ini disahkan sendiri oleh Ustazah Hambiah Md Som ( telah meninggal
dunia beberapa bulan selepas pertemuan dengan penyusun) yang menyatakan Tuan
Gurunya sering datang ke rumah mengajar ketika beliau masih dalam pantang ( baru
bersalin). Lebai ingin menjadikan Hambiah sebagai penghulu atau ketua muslimat yang
mendalami ilmu agamanya.

Antara kata-kata yang masih diingati oleh Hambiah ialah " ..apa nak buat, tiada
rezeki anak-anak untuk belajar.." Ini seolah-olah beliau telah merasakan tempoh
hidupnya begitu singkat. Sudah ditakdir Allah jua, ketika anak lelakinya berusia dua
tahun, isteri beliau telah meninggal dunia. Allahyarhamah Salbiah Ibrahim dikatakan
meninggal kerana mengalami sakit perut. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di
rumah emak saudara Lebai Maadah di Kampung Jeram. Berita sedih itu disampaikan
kepada suaminya di Madrasah, Maulana menyambut berita kesedihan itu dengan kata-
kata lebih kurang begini,

" Biarlah.. dia ( Lebai ) pun akan mati di sana jugak.."

Benar, lebih kurang beberapa hari selepas pemergian isterinya, Maulana yang alim ini
pun turut mengikuti isterinya dalam usia 48 tahun dan dikebumikan di sebelah pusara
isterinya di Tanah Perkuburan Kg Jeram, Tengkek. Kematiannya diibarat kehilangan
permata atau payung ilmu oleh penduduk di negeri ini

Menurut Haji Md Zin Ujang pula, malam sebelum kematiannya, beliau bercakap dengan
rakan sekampungnya bernama Sidek ( dipanggil Sidiadik) supaya diuruskan segera
sebelum zuhur. Rupanya beliau perlu dikebumikan sebelum zuhur itu. Seorang anak
muridnya bernama Md Yassin dari pelangai Kuala Pilah berdiri kaku di kubur ketika
orang ramai sudah mula beredar dari kubur. Apabila ditanya apa yang beliau
perhatikan, katanya dia nampak seorang berpakaian serba putih keluar dari kubur dan
terus menghilang. Allahyarham meninggal dunia di rumah emak saudaranya Puan
Bayau, rumah itu jugalah tempat isteri tersayangnya menghembuskan nafas terakhir.
Menurut penduduk kampung kubur sepasang suami isteri itu adalah berhampiran
bawah pokok kundang yang rendang. Sekolah yang diasaskan beliau di Pelangai,
Kuala Pilah telah diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan Sekolah Menengah Rendah
Agama Pelangai. Malah ada juga perkhabaran bahawa beliau turut mengharapkan
sesatunya anak lelakinya yang masih belajar merangkak waktu itu diberi didikan agama
sehingga sampai ke Darul Ulum juga. Anak lelaki yang yatim piatu itu dibela oleh emak
saudaranya Hajjah Bedah Ibrahim. Anaknya itu kini adalah seorang pakar perubatan
yang pernah bertugas di Hospital Pakar Tawakkal Kuala Lumpur dan kini membuka
klinik sendiri di Taman Tun Dr. Ismail.

Maulana Lebai Maadah bin Layang bolehlah dianggap tokoh pendidik yang ulung
di negara ini kerana terbukti dalam tempoh tidak sampai 15 tahun beliau balik ke
tanahair, beberapa jejak-jejak yang ditinggalkannya telah meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap pendidikan negara kita.

Beliau adalah tokoh pertama yang menubuhkan sekolah agama atau madrasah
berasrama secara formal dan sistematik. Mata pelajaran yang diajar di madrasahnya
merangkumi semua lapangan pengajian agama termasuk memperkenalkan Bahasa
Inggeris sebagai subjek tambahan.

Pengajian terjemahan al Quran secara harfiah terbukti memudahkan penuntut-


penuntut di madrasah ini menguasai ilmu pengajian al Quran dengan cepat. Beliau juga
telah membuka madrasahnya untuk anak-anak bangsa samada lelaki atau perempuan
tanpa membezakan mereka. Pelajar-pelajar yang mendapat tarbiah dari madrasah
secara langsung dari beliau itu datang dari banyak tempat dan negeri. Melalui
pendedahan ini menyebabkan pemikiran dan aliran yang dibawa oleh beliau
berkembang di banyak tempat pula.

Maulana Lebai Maadah Bin Layang juga dianggap tokoh yang berwawasan tinggi.
Ini adalah kerana pernah bercita-cita untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi agama
sama seperti Darul Ulum di Nusantara yang telah beliau belajar.
Terbukti pemikiran dan aliran " as sunnah" atau lebel "Kaum Muda" yang
dicetuskannya telah bertapak di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah adalah
kesinambungan gerakan awal yang dirintis oleh beliau.

Pendek kata, kemunculan beliau di persada dunia pendidikan dalam negeri


pengamal adat perpatih ini benar-benar dirasai dan sebagai pelopor fahaman yang
tidak terikat kepada aliran bermazhab.beliau merupakan antara tokoh-tokoh yang
terdapat dalam negera kita. Namun namanya tidak begitu tersebar dalam kalangan
masyarakat kita. Sumbangan besar beliau dalam dunia pendidikan agama tetap
terakam dalam lipatan sejarah negeri ini.

You might also like