You are on page 1of 4

Refleksi berkenaan dengan implikasi Falsafah

pendidikan Timur, Islam, dan Barat terhadap


perkembangan pendidikan di Malaysia.

Falsafah pendidikan Timur, Islam, dan Barat memainkan peranan yang penting
terhadap perkembangan pendidikan di Malayia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
mempunyai beberapa aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Timur, Islam,
dan Barat.

Falsafah pendidikan Timur ini digubal berkonsepkan pencapaian kebijaksanaan,


mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan juga memenuhi
kehendak-kehendak sosial dan ekonomi. Falsafah pendidikan Islam ini memberikan
keutamaan terhadap aspek keagamaan. Ia juga mempunyai beberapa prinsip yang
menekankan unsure kerohanian.

Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi


semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu
dan seimbang ke arah pembentukan insane soleh yang membawa kebaikan di dunia
dan di akhirat. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan
dimana membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang
berilmu,berimam, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta
melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.

Falsafah Pendidikan Barat pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu


tradisional dan moden. Kedua-dua bahagian ini mempunyai mahzab-mahzab tertentu.
Secara keseluruhannya, tumpuan diberikan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah
mengajar dan peranan murid.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah, Pendidikan di Malaysia adalah


suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

Berapa perkara yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah


daripada Falsafah Pendidikan Timur. Antara aspek-aspek yang diterapkan dari falsafah
pendidikan timur adalah, aspek emosi, intelek dan jasmani dimana kebijaksanaan
dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang
baik, seni, drama dan tarian, dan pendidikan diberi keutamaan. Sama seperti Falsafah
Negara kita dimana para pelajar diajar matapelajaran-matapelajaran yang tidak teras
seperti muzik, seni dan untuk menjadikan para pelajar seimbang dari segi emosi.

Penekanan secara rohani yang terdapat di Negara kita pula jelas terpapar dalam
falsafah pendidikan islam dan timur. Dalam falsafah pendidikan islam, konteks agama
diberikan keutamaan dimana terdapat pendidikan al-immaniah yang bermaksud
pendidikan iman. Abd Halim Hj Mat Diah, 1989 berkata bahawa pendidikan islam ialah
proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja
oleh pendidik untuk mencapai tujuan untuk membentuk manusia Muslim berdasarkan
ajaran Islam. Aspek rohani juga ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam
dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah ,al-immaniah iaitu pendidikan iman terkandung
di dalam bidang pendidikan Islam. Ahli falsafah timur iaitu, Rabindranath Tagore pula
menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha seseorang insan untuk mencapai
nirvana. Ini jelas menunjukkan bahawa aspek rohani yang terdapat di Negara kita
diterapkan dari kedua-dua falsafah ini.

Dalam Falsafah Pendidikan Barat, empat perkara yang diberikan keutamaan


iaitu, kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dalam Falsafah
Pendidikan Barat ini kebanyakan mazhab yang wujud memberikan penumpuan kepada
pembinaan insan yang berkereterampilan. Contohnya, mazhab Progresvisme dimana
mazhab ini bermatlamatkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam
kehidupan seharian. Akpek ini juga terdapat dalam Falsafah Pendidikan kita dimana
falsafah ini digubal untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara. Selain itu, dalam mazhab esensialisme, tumpuan diberikan kepada
kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira di samping matapelajaran
wajib seperti sains, sejarah, seni dan muzik. Ia adalah sama seperti Falsafah
Pendidikan Negara kita dimana 3M iaitu membaca, menulis dan mengira diberikan
penumpuan.

Falsafah pendidikan islam pula menyatakan bahawa pendidikan bermaksud,


satu proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi
intelek, akhlak, rohani dan jasmani serta bersepadu ke arah pembentukan insan soleh
yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Menurut Abdul Halim El-
Muhammady, pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih akal, jasmani,
rohani, emosi manusia berasaskan ilmu wahyu, al-quran dan as-sunnah, pengalaman
Salaf Al-Salih serta ilmu muktabar Ini pula jelas menunjukkan bahawa aspek intelek
yang terdapat di Negara kita ini adalah pengaruh daripada falsafah-falsafah barat dan
juga islam dimana aspek intelek diberikan keutamaan.

Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam dimana menurut
Abdul Halim El- Muhammady, terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing
masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. Selain itu, dalam falsafah
pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada
muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi.

Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam
konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di
dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan
tarian dan drama sebagai satu matapelajaran.

Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Timur, Islam, dan Barat
mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan
daripada ketiga-tiga Falsafah Pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu
keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ketiga-tiga falsafah ini boleh dikatakan sebagai asas untuk Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kita.. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga falsafah ini digabungkan dan
diubahsuai mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di
dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan
pendidikan di Malaysia.

You might also like