You are on page 1of 7

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Konsep Kemahiran Belajar


Terdapat pelbagai pendapat mengenai konsep kemahiran belajar, antaranya:
• Belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan.
• Belajar memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan.
• Belajar adalah hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan.

Pandangan seseorang trhadap konsep belajar ini boleh mempengaruhi tingkah lakunya
contohnya:
• Bagi orang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal
semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal
sesuatu.
• Jika pandangan belajarnya ke arah latih tubi pula maka tindakannya banyak ke
arah membuat latihan, membuat ulangkaji dan seumpanya.

Pengertian Belajar
Belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk
mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan.
Belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses
maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Woolfolk, A. (2001) mendefinasikan belajar itu sebagai apabila berlakunya
perubahan dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan
itu mungkin secara disengajakan ataupun tidak disengajakan.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Mengikut kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992), perkataan belajar diertikan sebagai


memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Manakala proses belajar itu sendiri
berlaku dalam beberapa peringkat antaranya:
• Adanya rangsangan-rangsangan
• Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria
• Pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak
• Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan
• Mengamalkan dalam situasi yang sepadan
• Perubahan tingkah laku.

Belajar adalah merupakan memproses maklumat yang membawa kepada perubahan


pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang.
Pelbagai sifat yang boleh didapati dalam diri manusia.Cara belajar,mahupun
persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan.Walaupun belajar telah
menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada zaman ini,namun masih
terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang
susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar
belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan
pun.Namun,dalam keadaan sedar atau pun tidak,belajar bukan sahaja untuk golongan
bijak pandai,golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan
setiap masa secara formal.Sebenarnya,tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak
belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja
termasuklah belajar dari pengalaman hidup.Ramai menganggap belajar hanya boleh
berlaku di dalam kelas,ada guru yang mengajar,mengambil nota,dan mengulangkaji
untuk peperiksaan hakikatnya,belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah
dengan sesiapa pun.Contohnya,sejak kecil lagi manusia telah mula belajar.Belajar
untuk bertatih,berjalan dan bercakap.proses awal ini berlaku apabila manusia
belajar mendengar suara ibu bapa,mengenal persekitaran dan seterusnya belajar
menggunakan sentuhan,pandangan,pendengaran,bau dan rasa.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Ciri-ciri Proses Belajar

Terdapat beberapa ciri berlakunya proses pembelajaran:

1. Perubahan yang berlaku secara sengaja


Proses berlaku apabila individu sendiri yang berusaha mengubah sesuatu melalui apa
yang telah dipelajari.Contohnya,seorang pelajar yang sedar kelemahannya dalam
pelajaran,lalu ia berazam untuk mendapat markah yang lebih baik dalam peperiksaan
akan datang.Maka,pelajar itu mengambil inisiatif dalam proses belajar nya yang
dahulu kepada yang lebih baik seperti menghafal,membuat latihan,membuat ulangkaji
dan akhirnya ia mendapat markah yang memuaskan.Tanpa disedari,pengetahuan dan
kecekapan pelajar itu turut meningkat.

2. Perubahan secara berterusan dan tetap


Hasil dari belajar,individu akan merasakan peningkatan
pengetahuan,perasaan,tingkah laku dan kemahiran masing-masing.Oleh itu,individu
tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini.Contohnya,individu itu tidak tahu
mengeja sesuatu dan sering salah mengeja perkataan tetapi ia mula tidak mengulangi
kesalahan apabila belajar ejaan perkataan yang betul.

3. Perubahan bersifat aktif dan positif


Hasil dari belajar, berlaku peningkatan dari segi kecekapan dalam diri seseorang.
Peningkatan perubahan berlaku apabila adanya unsur baharu di dalam mendapatkan
maklumat dan kemahiran. Seseorang itu akan lebih yakin dengan diri masing-masing
dan tidak terlalu mengharap kepada orang lain dalam melakukan sesuatu.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

4. Perubahan bermatlamat dan terarah


Proses belajar berlaku apabila terjadi perubahan tingkah laku di dalam diri
seseorang. Untuk memudahkan perubahan tingkah laku terjadi maka seseorang itu
perlulah ada matlamat dan terarah. Sebagai contoh, di dalam sesuatu pembelajaran
seseorang itu menyatakan matlamat yang perlu dicapai di akhir pembelajaran itu.
Apabila berlakunya tingkah laku yang dikehendaki hasil dari matlamat dan arah yang
telah ditentukan maka berlakulah proses pembelajaran yang lebih berkesan.

5. Perubahan tingkah laku secara Holistik


Perubahan tingkah laku secara Holistik bermaksud perubahan yang menyeluruh dalam
diri seseorang.ia terdiri dari semua aspek seperti cara hidup,cara
pemikiran,kepercayaan,matlamat dan lain-lain lagi.Jika individu menanam matlamat
dalam diri untuk mencapai suatu matlamat nya,secara tidak langsung ia akan
mengubah cara pemikiran,strategi dan cara belajar untuk mencapai kejayaan
tersebut.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Jenis-jenis Gaya Pembelajaran

Setiap orang mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Kefahaman tentang gaya
belajar ini penting kerana dengan kefahaman ini seseorang itu dapat merancang
aktiviti, memilih kaedah dan teknik pengajaran.

Gaya belajar terbahagi kepada beberapa bahagian seperti di bawah:

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Ciri-ciri Gaya Pembelajaran


і) Gaya Belajar Visual ( Penglihatan )
Menggunakan bahan-bahan visual seperti gambar-gambar, carta-carta, peta,
graf, gambar rajah, jadual dan seumpanya.
Mendapatkan sudut pandangan terbaik dari guru dengan memerhatikan pergerakan
dan ekspresi wajah guru ketika belajar
Menggunakan warna bagi menandakan perkara-perkara penting dalam bacaan.
Menyediakan nota dalam bentuk yang menarik.
Visualkan idea anda dalam bentuk gambaran dan tuliskannya.
Menullis cerita dan melakarkan gambaran cerita tersebut.
Menggunakan multimedia dalam menggambarkan sesuatu idea.
Membaca buku yang berilustrasi atau bergambar-gambar.
Melakukan gambaran mental terhadap maklumat yang diterima.

іі) Gaya Belajar Audiotori ( Pendengaran )


Libatkan diri di dalam perbincangan.
Bentukkan kumpulan perbincangan kecil.
Dedahkan diri memberi ucapan atau persembahan.
Gunakan pita rakaman semasa kuliah atau semasa perbincangan.
Membaca teks secara kuat agar didengari oleh anda sendiri.
Gunakan irama-irama bagi mengukuhkan ingatan.
Gunakan teknik mnemonik untuk membantu mengingat sesuatu.
Bercakap dan berkongsi idea sementara mereka menulis idea-idea tersebut
Gunakan analogi yang berbentuk lisan, cerita dan penerangan.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

ііі) Gaya Belajar Kinestatik ( Pergerakan )


Berehatlah seketika selepas anda penat belajar dalam jangka masa yang agak
panjang.
Lakukan sedikit gerakan atau aktiviti ketika anda membaca.
Anda juga boleh membaca sambil berdiri, berbaring, berjalan atau seumpanya.
Gunalah pen yang berdakwat terang untuk menandakan perkara-perkara yang
penting.
Hiaskan meja anda belajar dengan poster-poster atau formula-formula.
Anda juga boleh mendengar muzik-muzik yang berentak ringan.
Membaca secara skimming pada awalnya bagi mendapatkan idea sebelum membaca
secara terperinci.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Faktor-faktor Gaya Pembelajaran

Model Cara Belajar Dr Rita Dunn dan Kenneth Dunn.

Dikenali sebagai Model Dunn & Dunn.


Model Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan beberapa faktor yang boleh
mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang:
Persekitaran
Emosi
Sosiologikal
Fizikal
Psokologikal

Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam


pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Antara faktor dan perbezaannya :

Persekitaran
Apa yang dikategorikan sebagai rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur
utama iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka bentuk tempat belajar.
Kadar terangnya cahaya menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran.
Begitu juga dengan unsur bunyi yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran
yang beraneka jenis.
Unsur suhu seperti yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh
mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan
dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
Manakala unsur reka bentuk tempat belajar pula boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa
ataupun tidak.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Emosi
Rangsangan emosi mempunyai perkaitan yang rapat dengan perasaan seseorang. Elemen
yang terkandung dalam rangsangan emosi temasuklah motivasi, keazaman, sikap
tanggungjawab, dan juga struktur.
Elemen motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi intrinsik dann juga motivasi
ekstrinsik.
Motivasi intrinsik merupakan sesuatu yang datang dari dalam diri murid itu
sendiri. Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat boleh belajar
dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Manakala pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik hanya akan belajar
apabila disuruh atau diarahkan oleh orang lain.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Tampalkan poster kata-kata perangsang di dalam bilik anda bagi mendapatkan


suasana dorongan dan menggerakkan emosi anda untuk belajar.

Sosiologikal
Sekiranya anda dalam kategori ini anda sepatutnya mempunyai ramai rakan sokongan
untuk belajar dan anda kurang selesa belajar bersendirian.
Anda juga gemar memberi pendapat dan meminta pendapat dari rakan-rakan
perbincangan anda.
Suasana perbincangan, kerjasama, soal jawab, mengemukakan hujah dan member ulasan
kepada maklumat yang diterima adalah yang terbaik.
Suasana yang sentiasa berbalas-balas idea dapat menambahkan minat dalam sesuatu
proses pembelajaran.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Fizikal
Orang dalam kategori ini biasanya orang yang tidak boleh duduk saja semasa proses
pembelajaran berlangsung.
Mereka akan melukis sesuatu, bangun mengambil air, pen, pensil atau seumpanya
semasa belajar.
Ada juga yang gemar mendengar radio, menonton televisyen atau mundar-mandir. Jika
dilihat perbautan ini memang tidak berdisiplin tetapi hakikatnya itulah cara
suasana seseorang itu belajar.

Psikologikal
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dari pembelajaran seseorang:
Belajar secara keseluruhan dan bersifat global.
Menganalia seseutu dengan tekun dan membuat reflektif.
Menggunakan kemampuan otak kiri dan kanan untuk mendapatkan maklumat.
Membaca dari yang asas kepada yang lebih kompleks.
Mengukuhkan konsep kendiri dan ego semasa membaca dan pada masa yang sama
banyak perkara dan pengalaman yang dapat diperolehi dari bacaan itu.
Hasilnya bukan sahaja dapat mempeerkayakan ilmu pengetahuan malahan dapat
menjadikan seseorang itu lebih yakin dari segi luaran dan dalaman.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

Model Cara Belajar Empat Matriks.


Model ini dibina oleh Dr Bernice McCarthy.
Dibahagikan kepada empat golongan pelajar:
• Imaginatif
Mengamati maklumat secara konkrit dam memproses maklumat secara imaginasi
dan berbentuk visual.
Belajar dengan menggunakan deria rasa, deria dengar.
Mudah melontarkan maklumat dan berkongsi idea dengan orang lain.
Suka mencipta sesuatu yang baru dan banyak soalan-soalan “mengapa” dalam
pemikiran.

• Analitikal
Mengamati maklumat dalam bentuk abstrak dan memproses maklumat secara
reflektif.
Suka kepada teori dan hipotesis.
Suka kepada perkara-perkara yang berbentuk fakta dan mempunyai banyak idea
untuk mengembangkan fakta-fakta tersebut.
Sering menganalisis maklumat yang diperolehi.
Soalan “apakah” sentiasa berada di benak pemikir itu.

• Praktikal
Belajar sesuatu yang dapat memberi manfaat.
Suka melakukan ujikaji untuk melihat hasil yang memberi faedah kepada
manusia.
Gemar kepada maklumat yang praktikal.
Tidak mempercayai kepada sesuatu gagasan sebelum melakukan ujikasi dan
menolak teori dan hipotesis..
Persoalan yang penting dalam pemikiran ialah “bagaimanakah”.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

• Dinamik
Mengamati maklumat yang konkrit dan memprosesnya secara aktif.
Tidak suka kepada perkara yang berulang-ulang dan rutin.
Sifat kepelbagaian dan sifat ingin tahu yang tinggi.
Sanggup menerima risiko dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja.
Cuba jaya merupakan kaedah yang sering digunakan untuk melakukan sesuatu
perkara
Dan persoalan “apa yang dapat saya sumbangkan” selalu difikirkan.

Pandangan Tokoh-tokoh mengenai Gaya Pembelajaran

Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil
daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran. Beliau
berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu
berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit (concrete experience), pemerhatian
reflektif (reflective observation), konseptualisasi abstrak (abstract
conceptualization) dan eksperimentasi aktif (active experimentation).
Keefe (1987) berpendapat bahawa gaya pembelajaran merangkumi tiga aspek,
iaitu kognitif, afektif dan psikologikal. Gaya kognitif melibatkan pememprosesan
maklumat, gaya afektif melibatkan tindak balas yang berasaskan motivasi manakala
gaya psikologikal bersifat tabiat yang berkaitan dengan unsur-unsur seks,
kesihatan dan alam sekitar. Beliau mentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses
dalaman dan berpendapat bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila terdapatnya
perubahan tabiat sama ada secara kekal atau sementara bagi seseorang individu.

You might also like