You are on page 1of 1

FUNGSI BANK PUSAT

- mengeluarkan mata wang


- mengawal kestabilan nilai wang
- jurubank kepada kerajaan
- jurubank kepada pihak perdagangan

1. MENGELUARKAN MATA WANG


- diberi kuasa tunggal oleh kerajaan untuk mengeluarkan mata wang negara
- mengawal jumlah penawaran wang dalam edaran untuk : menjamin kestabilan harga,
memastikan bekalan wang mencukupi supaya aktiviti perniagaan licin
- mencetak wang bergantung kepada keadaan tertentu supaya tidak berlebihan yang
boleh akibatkan inflasi
- mata wang dikeluarkan ada nilai cagaran 80.59% dalam bentuk pertukaran asing

2. MENGAWAL KESTABILAN NILAI MATA WANG


- memastikan kestabilan nilai mata wang melalui cara:
(i). mewujudkan sandaran minimum 80.59% dalam bentuk rizab antarabangsa untuk
semua mata wang
(ii). mengawal dan menyokong nilai RM di pasaran pertukaran asing
* Bila nilai RM jatuh berbanding Yen, Bank pusat akan membeli RM dan menjual Yen
supaya penawaran RM berkurangkan dan nilai RM naik. Sebaliknya bila nilai RM naik
berbanding Yen, bank pusat akan menjual RM dan membeli Yen supaya penawaran RM
bertambah dan nilai RM jatuh.
(iii). mengawal inflasi dalam negara
* Inflasi menyebabkan kuasa beli wang jatuh dan orang ramai hilang keyakinan
terhadap mata wang negara. Bank Pusat mengawal inflasi dnegan alat-alat dasar
kewangan supaya kuasa beli wang tidak jatuh.

3. MENJADI JURUBANK KEPADA KERAJAAN


- sediakan perkhidmatan kepada kerajaan pusat, kerajaan negara dan badan berkanun
- 5 cara iaitu mentadbir akaun kerajaan, mengurus hutang negara, memberi
pendahuluan sementara, mengurus pertukaran asing, memberi nasihat pelaburan
(a) menerima simpanan hasil cukai dan hasil bukan cukai dan membuat bayaran bagi
pihak kerajaan dengan keluarkan cek. Semua jabatan kerajaan ada akaun di BNM.
(b) mengurus hutang negara jika hasil tidak mencukupi dengan mendapat pinjaman
melalui penjualan surat jaminan kerajaan, bil perbendaharaan dan bon.
(c) menyediakan pendahuluan sementara kepada kerajaan bila perbelanjaan melebihi
hasilnya mesti dibayar balik oleh kerajaan tidak lewat 3 bulan setelah berakhir
tahun kewangan kerajaan.
(d) mengurus perniagaan pertukaran asing bagi pihak kerajaan untuk menjamin
kestabilan nilai mata wang negara di pasaran pertukaran asing.
(e) memberi nasihat dan mengkaji peluang pelaburan di luar negara.

You might also like