You are on page 1of 4

Hutang Negara

-pinjaman kerajaan dari sumber dalam negeri dan sumber luar negara

Sumber Pinjaman Kerajaan


Kerajaan memperoleh pinjaman daripada dua sumber iaitu
-sumber dalam negeri
-sumber luar negara

1.Sumber Pinjaman Dalam Negeri


Kerajaan persekutuan mendapatkan pinjaman dalam negeri dengan cara menerbitkan:
a)sekuriti kerajaan(surat jaminan kerajaan)
b)bil perbendaharaan
c)sijil pelaburan
d)pinjaman lain

a)Sekuriti kerajaan(surat jaminan kerajaan)


-perjanjian bertulis antara kerajaan dengan peminjam
-pinjaman jangka panjang(tempoh matang lebih setahun)
-instrumen pinjaman terpenting kerajaan persekutuan
-ditawarkan pada nilai muka
-kadar faedah dibayar kepada pemegang sekuriti(ikut bilangan unit dibeli)
-institusi kewangan terbesar melanggani sekuriti - KWSP
sektor awam yang melabur dalam sekuriti:
kerajaan negeri, badan berkanun, Bank Negara, Bank, Syarikat Insurans, Bank
Simpanan Negara, Kumpulan Wang Simpanan Guru, Petronas

b)Bil perbendaharaan
-pinjaman jangka pendek (tempoh matang kurang setahun)
-dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi pihak kerajaan persekutuan
-ditawarkan pada harga diskaun atas nilai mukanya
-Bank Negara Malaysia akan bayar nilai muka bil perbendaharaan pada tarikh matang.
-dilabur oleh bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar, syarikat
insurans, syarikat diskaun, Lembaga Tabung Haji

c)Sijil pelaburan
-sijil yang dikeluarkan khas untuk institusi kewangan Islam seperti Bank Islam
Malaysia Berhad, Bank Mualamat Malaysia Berhad, Syarikat Takaful, Lembaga Tabung
Haji
-dijual pada nilai muka
-dibayar dividen oleh kerajaan pada tempoh matang iaitu setahun atau lebih

d)Pinjaman dalam negeri lain


-pinjaman bersindiket dari bank-bank asing yang diperbadankan di Malaysia
-pinjaman dari Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
-pinjaman dari bank-bank perdagangan
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Perbezaan jenis-jenis pinjaman kerajaan persekutuan


Sekuriti Kerajaan
-pinjaman jangka panjang
-ditawarkan pada nilai muka
-dibayar kadar faedah

Bil Perbendaharaan
-pinjaman jangka pendek
-ditawarkan pada kadar diskaun
-dibayar pada nilai muka
Sijil Pelaburan
-pinjaman jangka panjang
-ditawarkan pada nilai muka
-dibayar dividen

2.Sumber Pinjaman Luar Negara


Sumber pinjaman kerajaan dari luar negara terdiri daripada:
a)pinjaman pasaran
b)pinjaman projek
c)kredit pembekal

a)Pinjaman pasaran
-pinjaman yang diperolehi dengan menjual surat jaminan kerajaan di pasaran
kewangan antarabangsa seperti Tokyo, London, New York.
-pinjaman bersindiket dari pasaran antarabangsa terutamanya dari negara maju
seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman & United Kingdom

b)Pinjaman projek
-pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa untuk membiayai projek
pembangunan yang memerlukan perbelanjaan besar
cth Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Jerman, United Kingdom, Jepun

c)Kredit pembekal
-pinjaman dalam bentuk barang yang bayarannya ditangguhkan untuk suatu masa
tertentu
-pari negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman
-bertujuan membiayai pembelian peralatan pertahanan

Tujuan Pinjaman Kerajaan


1.Menampung kekurangan hasil kerajaan/defisit belanjawan
Kerajaan persekutuan membuat pinjaman untuk membiayai belanjawan kurangan. Hal ini
terjadi kerana perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah hasil yang dikutip. Oleh itu,
kerajaan perlu membuat pinjaman untuk merangsang ekonomi supaya kadar pertumbuhan
pengeluaran negara akan bertambah dan mengelakkan kemelesetan ekonomi.

2.Membiayai pembangunan ekonomi


Pinjaman oleh kerajaan persekutuan bertujuan membiayai projek pembangunan ekonomi
negara. Hal ini demikian kerana hasil yang diterima oleh kerajaan hanya cukup
untuk menampung perbelanjaan mengurus. Oleh itu untuk melaksanakan pelaburan awam,
kerajaan terpaksa membuat pinjaman sama ada dari dalam negeri atau dari luar
negara.

3.Pengagihan pendapatan melalui projek tertentu


Satu daripada tujuan utama belanjawan negara adalah untuk membiayai aktiviti
kerajaan persekutuan. Pembiayaan ini dapat dijalankan melalui pinjaman. Projek-
projek pembangunan kerajaan adalah untuk manfaat rakyat di samping bersifat
mengagihkan pendapatan serta mengurangkan perbezaan pendapatan. Sebagai contoh,
kerajaan memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan pembangunan
industri kecil dan sederhana serta pembangunan kawasan perindustrian, francais dan
vendor. Oleh itu, pinjaman kerajaan dapat mengagihkan pendapatan yang lebih adil
melalui projek-projek pembangunan negara.

4.Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai


Kerajaan terpaksa membuat pinjaman sekiranya berlaku kelewatan dalam kutipan hasil
cukai. Hal ini demikian kerana perbelanjaan mengurus seperti emolumen dan pencen
serta ganjaran dibayar sepanjang tahun, tetapi kutipan cukai berubah-ubah mengikut
bulan. Kemungkinan dalam bulan-bulan tertentu, kerajaan menghadapi kekurangan dana
untuk membiayai perbelanjaan mengurus semasa.
Kelebihan Meminjam dari Sumber Dalam Negeri Berbanding Sumber Luar Negara
-tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing
-tidak melibatkan pengaliran keluar wang
-lebih mudah dan fleksibel
-kadar faedah lebih rendah
-tidak mendatangkan tekanan inflasi
-tidak mempengaruhi kedudukan imbangan pembayaran

Keburukan Meminjam dari Sumber Luar Negara Berbanding Sumber Dalam Negeri
-dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing
-melibatkan pengaliran keluar wang
-lebih susah dan tidak fleksibel
-kadar faedah lebih tinggi
-mendatangkan tekanan inflasi
-mempengaruhi kedudukan imbangan pembayaran

Kelebihan Pinjaman Dalam Negeri Berbanding Dengan Pinjaman Luar Negara


1.Kadar pertukaran asing
Pinjaman dalam negeri
-tidak menghadapi risiko kenaikan kadar pertukaran asing
-beban hutang tidak berubah
Pinjaman luar negara
-menghadapi risiko kenaikan kadar pertukaran asing
-beban hutang akan berubah

2.Pengaliran keluar wang


Pinjaman dalam negeri
-wang tidak akan mengalir keluar semasa hutang dibayar balik kerana berhutang dari
institusi kewangan tempatan
Pinjaman luar negara
-wang akan mengalir keluar semasa hutang dibayar balik kerana berhutang daripada
institusi kewangan luar negara

3.Syarat pinjaman
Pinjaman dalam negeri
-lebih mudah dan fleksibel tanpa tekanan daripada pihak luar
Pinjaman luar negara
-lebih ketat dan berat sebelah serta banyak syarat perjanjian yang perlu dipenuhi

4.Kadar faedah
Pinjaman dalam negeri
-lebih rendah
Pinjaman luar negara
-lebih tinggi

5.Tekanan inflasi
Pinjaman dalam negeri
-merupakan pemindahan kuasa beli dari pihak swasta kepada pihak kerajaan dan tidak
mendatangkan tekanan inflasi
Pinjaman luar negara
-menambahkan jumlah permintaan dalam pasaran dan mengakibatkan inflasi

6.Imbangan pembayaran
Pinjaman dalam negeri
-tidak mempengaruhi kedudukan imbangan pembayaran negara
Pinjaman luar negara
-melibatkan pemindahan modal ke luar negeri semasa membayar balik pinjaman dan ini
akan menjejaskan imbangan pembayaran negara

You might also like