You are on page 1of 2

Perbelanjaan Kerajaan

-Perbelanjaan mengurus
a)emolumen
b)bayaran khidmat hutang
c)pencen dan ganjaran
d)pembeian dan serahan kepada kerajaan negeri

-Perbelanjaan pembangunan
a)perkhidmatan keselamatan
-peralatan pertahanan
-keselamatan dalam negeri
b)perkhidmatan sosial
-pelajaran
-kesihatan
-perumahan
c)perkhidmatan ekonomi
-pertanian dan pembangunan luar bandar
-kemudahan awam
-perdagangan dan perindustrian
-pengangkutan
-perhubungan
d)perkhidmatan am
-projek pembangunan
-perkhidmatan awam
-pembinaan infrastruktur ICT

1.-Perbelanjaan mengurus kerajaan ialah peruntukan perbelanjaan untuk membayar kos


pengurusan dan pentadbiran kerajaan.
-Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan semasa dan bersifat berulang-ulang
pada setiap tahun.
-Sebahagian besar perbelanjaan kerajaan

2.-Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan pelaburan jangka panjang oleh


kerajaan untuk projek-projek pembangunan ekonomi negara
-perbelanjaan pembangunan akan meningkatkan pembentukan menambahkan modal fizikal
negara dan seterusnya mempengaruhi tingkat guna tenaga dan pendapatan negara
-tidak bersifat berulang-ulang
-lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus

Jenis Perbelanjaan Mengurus

1.emolumen(gaji/upah)
-bayaran gaji kepada kakitangan kerajaan

2.bayaran khidmat hutang


-bayaran balik pokok dan faedah ke atas pinjaman. Sumber pinjaman kerajaan ialah
dari sumber dalam negeri dan sumber luar negara.

3.pencen dan ganjaran


-pencen ialah bayaran bulanan kepada pegawai kerajaan yang telah bersara. Ganjaran
ialah bayaran sekali sahaja kepada pegawai kerajaan ketika mula bersara

4.pemberian dan serahan


-pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri merupakan peruntukan perbelanjaan
kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri
-peruntukan ini berdasarkan jumlah penduduk bagi setiap negeri
5. perbelanjaan lain
(a)pemberian subsidi
-kerajaan memberikan bantuan kewangan (subsidi) kepada pengeluar dengan tujuan
untuk menurunkan kos, pengeluaran dan seterusnya harga barang di pasaran
(b)bekalan dan perkhidmatan
-perbelanjaan kerajaan untuk penyelenggaraan jalan raya, sekolah, hospital dan
harta kerajaan yang lain. Perbelanjaan terhadap pembelian bahan dan bekalan kepada
jabatan kerajaan.
(c)biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran
-kerajaan memberi biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran kepada para pelajar
di sekolah dan universiti. Pembiayaan ini juga termasuk para pelajar yang belajar
di luar negara
(d)bayaran pengurusan kepada sekolah dan menengah
-perbelanjaan di sekolah adalah untuk mempertingkatkan lagi kualiti pelajaran
(e)pemberian kepada badan-badan berkanun
-badan-badan berkanun dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Akta Parlimen.
Contohnya PETRONAS dan MARA.

Jenis Perbelanjaan Pembangunan

Peruntukan perbelanjaan pembangunan oleh kerajaan dapat dikategorikan kepada:


1.Sektor perkhidmatan sosial
-Dalam sektor perkhidmatan sosial, perbelanjaan kerajaan adalah untuk membina
bangunan hospital, sekolah dan rumah kediaman. Perbelanjaan ini termasuk
penyediaan kemudahan dan kelengkapan moden untuk perkhidmatan pelajaran dan
kesihatan.

2.Sektor perkhidmatan ekonomi


-Dalam sektor ekonomi, perbelanjaan kerajaan adalah untuk menyediakan
infrastruktur dan kemudahan awam kepada orang ramai.

3.sektor pentadbiran am
-Dalam sektor pentadbiran am, perbelanjaan kerajaan adalah untuk projek
pembangunan dalam perkhidmatan awam. Perbelanjaan ini adalah untuk meninggikan
mutu perkhidmatan sektor awam.

4.sektor keselamatan
-Dalam sektor keselamatan, perbelanjaan pembangunan kerajaan adalah untuk
menyediakan senjata dan kelengkapan kepada pasukan tentera dan polis negara.
Perbelanjaan untuk sektor ini juga termasuk penyediaan tempat kediaman dan alat
pengangkutan kepada pasukan keselamatan kita.

Perbezaan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan

Perbelanjaan Mengurus
1.merupakan perbelanjaan semasa kerajaan. Membolehkan pentadbiran kerajaan
berjalan dengan lancar.
2.Contohnya, emolumen, pencen dan ganjaran, serta bayaran khidmat hutang.
3.bersifat berulang-ulang setiap tahun
4.sebahagian besar perbelanjaan kerajaan

Perbelanjaan Pembangunan
1.merupakan perbelanjaan pelaburan kerajaan. Dapat menambahkan modal fizikal
negara.
2.Contohnya, membina jambatan, hospital, lapangan terbang dan sekolah.
3.tidak bersifat berulang-ulang setiap tahun
4.lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus

You might also like