You are on page 1of 16

LATAR BELAKANG SAINT AUGUSTINE

(sumber: http://www.crossroadsinitiative.com/pics/Saint_Augustine_of_Hippo.jpg)1

Nama sebenar beliau ialah Aurelius Augustinus, namun di dalam dunia


pensejarahan dan juga agama kristian beliau lebih dikenali sebagai St. Augustine dari
Hippo. Beliau telah dilahirkan pada 354 T.M di Thagaste2 iaitu sebuah bandar di Afrika
Utara yang dikuasai oleh Empayar Rumawi. Kelahiran beliau adalah selepas 9 tahun
kelahiran Saint Jerome dan 14 tahun setelah kelahiran Saint Ambose, Kini bandar
tersebut dikenali sebagai Sauk Aliras dan terletak di Tunisia dan bahagian timur Algeria.
Pada masa kanak-kanak beliau masih belum lagi memeluk agama kristian walaupun
ibunya sememangnya berpegang teguh kepada ajaran kristian. Bapanya pula masih
menganut kepercayaan tradsi dan hakikat ini telah mempengaruhi Augustine pada zaman
kanak-kanak dan zaman remaja. Pendidikan yang terawal diperolehinya ialah di Madura
iaitu dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Yunani dan beliau juga turut mengakui
kelemahannya dalam mengkaji puisi-puisi yang dihasilkan oleh Homer.

Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di Carthage iaitu sebuah bandar


taklukan empayar rumawi yang terkenal di Afrika pada ketika itu. Di sana beliau

1
Saint Augustine of Hippo,
http://www.crossroadsinitiative.com/pics/Saint_Augustine_of_Hippo. (akses pada 6.09.2009)
2
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal 74.
mempelajari bidang retorika dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap drama dan
teater.3 Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Chartage dan mempelajari bidang
Retorika dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap drama dan teater. Pada
penghujung tahun 1370-an, beliau kemudiannya menyambung pengajiannya ke Chartage.
Beliau telah memeluk agama Kristian pada 387 M iaitu kira-kira tiga tahun selepas
menerima jawatannya di Milan. Kira-kira dua tahun kemudian beliau kembali ke Afrika
dan telah dilantik menjadi paderi pada 391 M dan seterusnya menjadi Biskop di Hippo
mulai 396 M. 4 Ketika berumur 19 tahun beliau telah membaca karangan-karangan yang
dihasilkan oleh Cicero iaitu negarawan dan pemidato rumawi yang terkenal. Beliau
sangat tertarik dengan penerangan yang dijelaskan oleh Cicero mengenai kebahagiaan
hidup boleh dicapai dengan mengabdikan diri kepada usaha-usaha mencari ilmu dan
mencapai kebijaksanaan. Pandangan tersebut telah mempengaruhi beliau dan dalam
usaha untuk mencari kebahagiaan, demikian itu Augustine telah menyertai kumpulan
penganut agama Manichees/ Manichea, yakni ajaran yang kononnya mementingkan
ketinggian akhlak. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau telah kembali ke Thagaste
dan menjadi guru retorika di sana. Oleh kerana mempunyai kepakaran yang tinggi dalam
bidang retorika Augustine mengambil keputusan untuk mengajar di Carthage pada
penghujung tahun 1370-an. Pada 384 T.M beliau telah dilantik menjadi pemidato umum
di Milan, Italy iaitu ibu kota empayar rumawi bahagian barat.5

Di Milan beliau telah bertemu dan bergaul dengan paderi-paderi agama kristian
dan beliau kerap menghadiri kuliah-kuliah/ceramah yang disampaikan oleh biskop
Ambose. Beliau juga membaca dan mempelajari aliran pemikiran Neo-Plato dan ini telah
menyebabkan beliau mengetepikan ajaran Manichea. Melalui pengaruh dan penghujahan
Ambose, beliau telah memeluk agama tersebut pada 387 T.M iaitu kira-kira 3 tahun
selepas menjawat jawatan di Milan dan telah di baptiskan oleh Saint Ambose.

3
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal 75.
4
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 92.
5
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal 75.
SUMBANGAN SAINT AUGUSTINE:
MOTIF PENULISAN

Daripada rangkuman kisah hidup Augustine, nyatalah beliau merupakan seorang paderi
kristian yang alim serta taat menjalankan perintah agamanya. Beliau bukanlah boleh
digolongkan sebagai seorang sejarawan yang sebenarnya sama ada diukur daripada sudut
sejarawan tradisi. Apatah lagi daripada sejarawan moden yang sekular.6 Tujuannya
menghasilkan kedua-dua karya yang terbesar iaitu The Cofessions dan juga The City of
God bukanlah untuk menghasilkan pensejarahan yang berwibawa, tetapi adalah untuk
memenuhi maksud-maksud keagamaannya. Manakala The Confessions ditulis pula
adalah untuk mencarikebenaran yang berlandaskan agamanya itu dan The City of God
pula dilaksanakan demi mempertahankannya daripada “cemuhan-cemuhan dan
tohmahan- tohmahan daripada orang yang jahil mengenai agama kristian. Golongan
tersebut telah menuduh bahawa agama kristian dan penganut-penganutnya telah
menyebabkan keruntuhan empayar rumawi di tangan suku kaum Vandal, Alan dan Serev
kerana keengganan mereka menyembah dewa-dewa purba terutamanya dewa-dewa yang
diagung-agungkan dalam zaman Yunani dan Rom sebelum datangnya agama kristian.
Terdapat beberapa perkara dalam kedua-dua penulisannya yang terbesar itu yang
membolehkan beliau dianggap sebagai sejarawan dan kedua-dua karyanya itu sebagai
karya pensejarahan.7

Walaupun karya yang dihasilkan telah ditinjau daripada pelbagai aspek selain
sejarah dan juga keagamaan. Scheville umpamanya menganggap The Confessions
merupakan karya yang pertama yang boleh dijadikan sebagai sebuah panduan hidup bagi
penganut kristian, dimana tarafnya adalah seakan-akan sama dengan kitab Bible dan
karya yang dihasilkan juga dikenali sebagai hasil kesusasteraan, sama ada yang berbentuk

6
Kesemua penulisan beliau adalah demi memenuhi tuntutan keagamaannya. Selain daripada surat-surat
dan khutbah-khutbah yang dianggarkan kira-kira sebanyak 500 buah masih dapat dikekalkan dengan baik,
beliau juga menulis mengenai teologi dan falsafah keagamaannya, serta penentangan terhadap ajaran
Manichea, Donatist dan Pelagian yang dianggap sebagai musuh agamanya.
7
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 95.
keagamaan mahupun sekular, dengan satu tema yang khusus iaitu pemujaan terhadap
tuhan. Sedangkan De Civitas Dei ( The City of God) pula adalah juga dianggap sebagai
tergolong di dalam hasil kesusasteraan Barat yang terbesar, khususnya yang berbentuk
keagamaan.

SUDUT PENSEJARAHAN: THE CONFESSIONS

Jika dilihat dari sudut pensejarahan pula kedua-dua karyanya didapati mempunyai ciri-
ciri pensejarahan. Daripada beberapa segi, karyanya yang berjudul Confessions itu yang
terdir daripada 13 jilid, adalah merupakan riwayat hidupnya sendiri sejak kecil
sehinggalah beliau memeluk agama kristian ketika berumur kira-kira 32 tahun. Bahagian
yang demikian meliputi sebahagian besar daripada Confessions itu, iaitu sebanyak 9 jilid,
manakala empat jilid lagi merupakan perbahasan-perbahasan yang bersifat keagamaan.
Didalam karyanya itu Augustine bukan sahaja menceritakan tentang dirinya tetapi turut
juga bercerita tentang ibunya yang bernama Saint Monica yang merupakan seorang
kristian yang alim dan ayahnya pula bernama Patricius yang masih belum memeluk
agama kristian dan masih berpegang dengan amalan dan kepercayaan nenek moyang.
Nyatalah bahawa isi kandungan yang terkandung di dalam karya tersebut merupakan
kisah sejarah hidup beliau yang menempuh zaman remaja dan kehidupan sebelum
memeluk kristian. Akhirnya beliau menemui kebenaran itu di dalam agama kristian yang
menjadi anutannya. H.E Barnes menganggap karya yang dihasilkan adalah sebagai satu
autobiografi yang agung pada ketika itu dan merupakan salah sebuah karya yang sungguh
berpengaruh diantara karya-karya lain yang pernah dihasilkan.8

SUDUT PENSEJARAHAN: DE CIVITAS DEI (THE CITY OF GOD)

Tujuan penulisan karya ini adalah bertemakan keagamaan, namun unsur-unsur


pensejarahan yang terkandung di dalamnya lebih jelas jika dibandingkan dengan The
Confessions.9 Oleh kerana merupakan sebuah karya pensejarahan yang hebat, isi
8
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 96.
9
Menurut Scheville, selepas 8 kurun karya ini ditulis, karya ini bukan sahaja dianggap sebagai karya
sejarah, tetapi adalah sebagai satu-satunya karya sejarah yang perlu diambil perhatian dan karya ini
kandungannya bukan sahaja memuatkan peristiwa-peristiwa sejarah sahaja tetapi
memaparkan suatu bentuk falsafah sejarah itu sendiri.10 Karya ini mengandungi 22 jilid
dan menceritakan mengenai hal ehwal manusia yang tinggal di 2 buah kota yang berbeza
iaitu “Kota Tuhan” dan juga “Kota Syaitan”. Buku ini juga menerangkan bagaimana dan
mengapa mereka boleh menghuni salah satu kota tersebut. Penerangan yang diberikan
adalah lebih menjurus kearah kefahaman dan agama yang dianutinya yakni agama
kristian.11 Dari segi pengertian istilah De Devitas Dei atau “Kota Tuhan” itu tidaklah
sebenarnya merujuk sesebuah kota yang tertentu dalam erti kata yang sebenarnya. Tidak
ada lingkungan ataupun batasan geografi dalam pengertian tersebut. Malah Kota Tuhan
itu merujuk kepada manusia atau masyarakat yang beriman kepada tuhan serta taat
kepada hukum agama kristian. “Kota Syaitan” pula merujuk kepada perkara yang
sebaliknya. Daripada satu segi Kota Tuhan yang sebenarnya bukanlah terdapat di dunia,
tetapi di akhirat.12

TAHAP-TAHAP SEJARAH

Karya sejarah yang dihasilkan oleh Augustine adalah tertakluk kepada agama yang
anutinya. Dalam penghasilan karya tersebut beliau telah menjadikan Kitab Bible sebagai
rujukan yang paling penting dan bahan kajian sejarah yang paling utama. Berdasarkan
sumber tersebut Augustine melihat sejarah manusia daripada segi tahan-tahap yang
tertentu, terdapat pembahagian 2 tahap, 3 tahap dan juga 4 tahap. Pembahagian 2 tahap
adalah melihat kepada sejarah manusia yang wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s dan
juga selepas kelahiran baginda dengan membawa ajaran kristian serta menyebarkan
agama tersebut sebagai agama yang dianggapnya akan menyelamatkan umat manusia.
Manakala tahap 3 pula membahagikan manusia kepada masa muda, dewasa dan tua.13

telah membentuk sikap orang eropah di sepanjang kurun-kurun tersebut.


10
Karya yang dihasilkan oleh Augstine ini adalah merupakan percubaan yang pertama bagi beliau dalam
menghasilkan falsafah sejarah agama kristian kerana beliau mencuba menganalisis aliran-aliran yang
bergerak dalam kehidupan manusia.
11
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 97.
12
Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 97.
13
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 100.
TAFSIRAN SEJARAH

Dari segi sejarah, menurut beliau sebahagian besar daripada kebenaran telah diturunkan
oleh tuhan melalui Kitab Bible. Oleh itu kebenaran yang terdapat dalam kitab tersebut
tidak perlu dipertikaikan. Sebagai contoh tuhan telah mentakdirkan bahawa empayar
rumawi akan jatuh, maka peristiwa tersebut adalah suatu kebenaran yang tidak perlu
disangsikan lagi. Kebenaran tersebut hanya perlu diterangkan sahaja.14 Augustine boleh
dikatakan bukan sahaja bertindak sebagai seorang sejarawan apologist yang tugas utama
bukanlah melakukan penyelidikan tetapi juga menerangkan kebenaran agama yang
dianutinya itu.15

Karya yang dihasilkan oleh Augustine bukanlah bermaksud untuk mencari


kebenaran sejarah sahaja. Kajian sejarah yang telah dilakukan olehnya bukanlah seperti
yang disarankan oleh Collingwood iaitu untuk sejarah moden, demi mengenal diri
semata-mata, beliau mengkaji sejarah demi kepentingan keagamaannya dan daripada segi
peribadi, penghasilan 2 karya sejarah tersebut adalah untuk mengukuhkan keimanannya.
Jadi penghasilan karya sejarah adalah dilihat lebih menjurus kearah sudut keagamaan.

PENGARUH SAINT AGUSTINE

Augustine telah menghasilkan suatu bentuk falsafah dalam kalangan masyarakatnya, ini
kerana falsafah sejarah yang dihasilka ini amat berbeza daripada apa yang difahami oleh
orang Yunani- Rumawi. Beliau sendiri telah dianggap sebagai tokoh yang terkemuka
dalam menghasilkan falsafah tersebut dan berpegang teguh kepadanya berasaskan
hakikat falsafah sejarah yang melambangkan kekuasaaan dan kebenaran Tuhan Yang
Maha Berkuasa. Dengan landasan-landasan yang demikianlah, maka terdapat pandangan
14
Kebenaran-kebenaran itu merupakan gagasan-gagasan yang sedia wujud pada Tuhan Yang Maha
Berkuasa yang kemudiannya dijelmakanNya menjadi kenyataan di alam fana ini bila dan sebanyak mana
yang dikehendakiNya. Lantas kebenaran-kebenaran seperti hokum-hukum matematik, prinsip akhlak dan
sebagainya bukanlah semata-mata merupakan gagasan-gagasan yang bernas darpada seseorang yang
perlu dicuba dan diuji.
15
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 100.
yang mengatakan bahawa Augustine bukanlah menulis falsafah sejarah tetapi teologi
sejarah.16 Teori dan penulisan beliau itu merupakan senjata pertahanan intelek
keagamaan yang paling berkesan dalam menghadapi serangan dan tohmahan daripada
golongan intelek yang bukan kristian pada ketika itu. Malah karya yang dihasilkan oleh
Augustine juga mengandungi kecaman-kecaman terhadap golongan tersebut dan juga
amalan-amalan kepercayaan mereka.

Penulisan karya iaitu De Civitas Dei yang ditulis selama 13 tahun iaitu bermula
413-426 T.M telah menggariskan falsafah sejarah agama kristian dan seterusnya berjaya
menguasai kesedaran sejarah masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan mereka.
Malahan pengaruh tafsiran sejarah seperti yang dikemukakan dalam penulisan beliau
masih lagi wujud dan diterima oleh penganut kristian. Perubahan sejarah yang dipelopori
oleh Augustine telah berjaya menguasai aliran pemikiran masyarakat Eropah selama lebih
1000 tahun iaitu di sepanjang Zaman Pertengahan. Corak pemikiran sejarah Augustine
hanya tergugat apabila munculnya tokoh-tokoh pada Zaman Pembaharuan yang
mencabar kekuasaan dan pengaruh agama dalam bidang sejarah dan juga kebudayaan.
Seterusnya pemikiran Augustine semakin tersingkir apabila tokoh-tokoh Zaman
Kesedaran berjaya dalam perjuangan mereka untuk menyingkirkan kekuasaan agama
dalam bidang kehidupan manusia dan menggantikannya dengan kekuasaan yang
berbentuk sekular yang berlandaskan kepada taakulan dan juga rasional.17

Tersingkirnya gagasan pembawaan Augustine telah menandakan kemunculan satu


era baru dalam aliran pemikiran sejarah di Eropah, iaitu aliran sekular semata-mata di
mana peredaran dan peristiwa-peristiwa sejarah itu tidak lagi berlandaskan kepada unsur-
unsur ketuhanan. Konsep pensejarahan yang baru telah menguasai dunia pensejarahan
moden di seluruh dunia, sedangkan bentuk pensejarahan yang berlandaskan keagamaan
adalah terbatas kepada penerimaan agama serta penganut-penganutnya yang berkenaan
sahaja.18

16
Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 103.
17
Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 105.
Zaman Pertengahan atau Zaman Gelap adalah tempoh dimana masyarakat Eropah
hidup dalam konkongan pihak gereja yang mendominasi pentadbiran kerajaan
berdasarkan agama dan lebih cenderung untuk percaya daripada memeriksa atau
menyelidiki sesuatu perkara yang berlaku. Terdapat banyak tulisan sejarah berbentuk
teologi yang dihasilkan oleh paderi Kristian yang menganggap sejarah adalah bidang
yang mempunyai kepentingan agama dan rohani. Augustine mempunyai kedudukan yang
kukuh dalam sejarah kerana karya autobiografi perintisnya iaitu the Confessions. Beliau
hidup pada zaman (354-430) iaitu semasa kebangkitan huru-hara di empayar tersebut
iaitu pembahagiannya antara Timur dan Barat selepas Theodosius, perpecahannya
menjadi pelbagai wilayah dan terdiri daripada pelbagai bangsa dan pemusnahan Rom
oleh Visiogoth pada 410. Tempoh tersebut adalah penting untuk menunjukkan ruang
masa antara dunia tua dengan kemunculan tamadun kristian yang terselamat daripada
keruntuhan institusi sistem diraja.19 SaintAugustine juga memainkan peranan penting
dalam mensistemkan corak pemikiran kerajaan kristian, hal ini kerana kebanyakkan
karya yang telah dihasilkan oleh beliau kebanyakkannya berfokuskan kepada psikologi,
Triniti, etika, falsafah sejarah dan sebagainya.

Keseluruhannya buku yang telah ditulis oleh beliau dan corak sistem
penulisannya telah menaikkan martabat dan pengaruhnya pada kemudian hari.20
Augustine juga pernah menjadi pengikut kepada agama Manichea. Perjuangan
dalamannya yang agak murung mendapati dualisme Manichea menarik, tetapi apabila
beliau memeluk agama kristian, beliau telah menolak dan berdebat menentang agama
lamanya21dengan menggunakan caranya yang tersendiri untuk berdebat dengan penganut
agama lamanya. Manichaeaisme mengetengahkan dirinya sebagai suatu jenis pergerakan
dalam pegangan agama kristian, memandangkan Mani adalah seorang Hawari Nabi Isa,
tetapi agama Kristian ortodoks jelas sekali terpisah dan tambahan pula, Augustine

18
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 105.
19
Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.Hal 222.
20
Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.Hal 222.
21
Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.Hal 222.
mendapat faedah nasihat daripada penganut agama Kristian di Milan yang terkenal disana
iaitu Saint Ambose, selepas beliau berpindah ke sana untuk mengajar di universiti disana.
Menurut Augustine, Saint Ambose adalah merupakan individu yang tidak keterlaluan
dalam hal-hal yang berkaitan dengan spiritual. Beliau telah menyatakan bahawa manusia
dicipta daripada percantuman roh dan juga jasad. Sungguhpun tertarik buat seketika
kepada anggapan bahawa roh mendahului jasad, beliau bertegas tentang cirinya dicipta.
Roh adalah berbeza daripada tuhan, meskipun roh bersifat abadi dan tidak berbentuk
kebendaan kerana boleh berubah. Oleh itu ia dipengaruhi oleh dosa dan taubat.22

Pengalamannya sendiri membantu dalam menentukan pandangan Augustine ke


atas dosa dan rahmat. Sebelum menganut agama Kristian beliau telah menghadapi
pelbagai masalah sama ada yang berkaitan dengan intelektual ataupun yang berkaitan
dengan etika. Pengalamannya mengenai pertukaran agama menjelaskan kehidupannya
dan menjauhkan dirinya daripada keinginan badaniah dan kepada pandangan yang salah.
Jadi tidak hairanlah jika beliau menunjukkan tindak balas yang kuat terhadap pemikir-
pemikir seperti Celtik, Pelagius. Pelagius merupakan seorang pejuang moral dan
berhasrat untuk menekankan kebebasan manusia. Beliau mengatakan bahawa manusia
tidak terjejas dengan dosa asal, sebaliknya Nabi Adamlah yang menunjukkan contoh
yang tidak baik, jadi menerusi ajaran moral yang dibawa olehnya dan contoh
kehidupannya Nabi Isa yang menyelamat manusia. Sikap dan pendiriannya ini dibenci
oleh Augustine.23 Ini memusnahkan logik penyelamatan itu sendiri, ini melibatkan
keperluan menyatukan manusia kepada Tuhan menerusi penyelamatan dan akibat upacara
suci Nabi Isa. Manakala gereja adalah penjelmaan berterusan kerja menyelamat Nabi Isa.
Lebih teruk lagi, pandangan yang dikeluarkan oleh Pelagius tidak memberi sedikitpun
peranan utama kepada limpah kurnia Tuhan. Menerusi pertolongan tuhan tuhan kita boleh
berbuat baik, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Augustine sendiri. Kebebasan yang
kita lakukan mengandungi cara tuhan membawa kita kepada kebaikan menerusi
rahmatnya. Tambahan pula manusia mewarisi kecenderungan dosa daripada Nabi Adam.

22
Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.Hal 223.
23
Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.Hal 224.
Manusia tidak berupaya untuk berbuat kebaikan melainkan menerusi Tuhan yang
menghapuskan dosa asal ini

Namun begitu Augustine juga mengatakan kebaikan dan keburukan seseorang


perlu dilihat dalam konteks masyarakat yang luas dan Augustine membuat satu
sumbangan yang luas kepada pemikiran tentang gereja dan kerajaan dalam karyanya
bertajuk The City of God. Dalam membandingkan kota syurga dengan kota dunia, beliau
menggunakan idea yang ideal dan boleh difahami oleh mereka yang membaca karyanya.
Beliau juga menerima tanggapan bahawa kerajaan harus menurut perintah gereja kerana
gereja merupakan sebuah penjelmaan semula kota syurga yang tidak sempurna. Oleh itu
gereja sebagai alat untuk menindas Donatisme. Apabila bercakap mengenai tuhan dengan
dunia ciptaan, beliau mengikut cara umum yang dilakukan oleh Neoplatonik tetapi beliau
membayangkan sesuatu perbezaan antara sebab dan juga akibat yang akan muncul. Hasil
ciptaan yang telah dicipta oleh Augustine menjadi mercu tanda sepanjang zaman
pertengahan dan juga zaman selepasnya. Sebahagian daripada sebabnya ialah kebolehan
dan wawasannya yang luas, disamping kesederhanaan tertentu yang membuatkannya
sehaluan dengan gereja yang berterusan.24

Saint augustine juga tergolong di dalam empat orang ahli falsafah barat yang
menerima gelaran sebagai Doktor Gereja Barat, selain beliau terdapat tiga orang lagi
yang telah menerima gelaran tersebut iaitu Saint Ambrose, Saint Jerome dan juga Pope
Gregory the Great. Kedua-dua orang Saint ini adalah mereka yang hidup sezaman dengan
Augustine kecuali Pope Gregory the Great. Ambrose, Jerome dan juga Augustine
kesemuanya telah maju sewaktu zaman singkat antara kemenangan Gereja Katholik
dalam Empayar Romawi dan juga pelanggaran orang gasar, ketiga-tiga mereka ini masih
muda semasa era pemerintahan Julian Si Murtad (Julian the Apostate).25

Sepanjang zaman gelap dan juga zaman pertengahan kekuasaan dan pengaruh
mereka amat tinggi dan sangat dihormati iaitu lebih daripada sesiapa pun, mereka inilah

24
Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.Hal 225.
25
Bertrand Russell.1993. Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 402.
yang telah menetapkan acuan dalam membentuk gereja, secara umumnya Saint Ambrose
telah menentukan fahaman orang kuat beragama tentang perhubungan gereja dan Negeri,
Saint Jerome memberikan kitab Injil Latin kepada Gereja Barat dan sebahagian besar
dorongan kepada kebiaraan (gereja), sementara Saint Augustine menetapkan teologi
Gereja sehingga Zaman Pemulihan dan kemudiannya, sebahagian besar doktrin Luther
dan juga Calvin.26 Beliau juga merupakan orang yang berada di hadapan di dalam
pertikaian teologi dalam abad ke-16 dan ke-17. pertikaian ini memperlihatkan Orang
Protestan dan Jansenis menyebelahinya manakala orang-orang Katholik Ortodoks bangkit
menentangnya.27

St. Augustine telah menghasilkan banyak karya-karya sepanjang hidupnya namun


karya yang paling mendapat perhatian di maa dunia antaranya ialah The Confession dan
The City of God menjadi panduan terhadap masyarakat pada masa itu. The Confession,
merupakan karya pertama dihasilkannya yang bertujuan untuk mencari sesuatu kebenaran
dengan berlandaskan kepada agama. Bagi Scheville pula, beliau menganggap The
Confession sebagai sebuah panduan hidup bagi kaum Kristian yang sama tarafnya dengan
kitab Bible. The Confession ini mempunyai 13 jilid kesemuanya, sebanyak 9 jilid adalah
menceritakan tentang kehidupannya manakala 4 jilid lagi menceritakan tentang
perbahasannya berkaitan dengan agama. Karya yang dihasilkan oleh beliau ini adalah
bertujuan untuk menceritakan tentang pengalaman yang ditempuhi beliau dalam satu
tahap tertentu dalam kehidupannya, iaitu demi mencari kebenaran dalam sebuah
kehidupan. Mengikut pengakuannya sendiri dalam The Confession, dia tidaklah bermula
sebagai tokoh agama Kristian. Sebaliknya, riwayat yang dihasilkan penuh dengan
gelombang perubahan dalam pegangan dan amalan hidupnya.
Karyanya yang kedua pula adalah De Civitas Dei atau dikenali juga sebagai The
City of God yang merupakan yang dihasilkan sebagai balasan kepada konflik yang
berlaku antara orang Kristian dengan orang Pagan.28 Karya yang dihasilkan ini adalah
lebih jelas tujuannnya kepada agama, dan sekiranya dilihat daripada aspek sejarahnya

26
Bertrand Russell.1993. Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 403.
27
Bertrand Russell.1993. Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 403.
28
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal.75.
adalah lebih jelas berbanding dengan karya pertamanya iaitu The Confession.29 Karya
sejarah yang dihasilkan oleh beliau banyak membentuk sikap atau perilaku orang Eropah
pada masa itu. Orang pagan telah menuduh orang kristian yang menyembah tuhan secara
total telah mengakibatkan keadaan negara menjadi semakin “tenat” dan menjadi punca
kepada keruntuhan empayar rumawi.

Dalam karyanya itu beliau telah menolak dakwaan tersebut dan mengkritik bukan
sahaja institusi kerajaan malah empayar Rom yang berada di bawah pemerintahan
Constantine dan Theodosius. Augustine mengharapkan agar pemerintahan dapat
dijalankan secara adil dan saksama dengan mengabdikan diri kepada tuhan yang agung.
Beliau telah menyelar golongan yang menyembah banyak tuhan yang lain termasuklah
maharajanya. Jadi Augustine telah mencadangkan agar maharaja kristian tidak hanya
menjadi hamba yang setia kepada institusi gereja semata-mata tetapi perlu taat dan setia
kepada suruhan tuhan agar negara Rom bebas daripada segala ancaman. Secara umumnya
matlamat Augustine menulis buku City of God adalah untuk menentang masyarakat
daripada menyembah banyak tuhan berjaya membawa masyarakat kembali kepada
penyembahan tuhan yang satu. Karya penulisan buku ini adalah sebanyak 22 jilid
dikatakan telah merubah sedkit sebanyak pandangan masyarakat eropah sehingga karya
ini telah dianggap sebagai sebuah karya yang mashyur pada ketika itu dan berjaya
mempengaruhi kotak pemikiran ramai sejatawan barat selepasnya seperti Eusibius,
Pamphilus dan Paulus Orosius.

Karya The City of God ini banyak menceritakan tentang hal ehwal manusia yang
tinggal di dua buah kota yang berbeza iaitu Kota Tuhan dan Kota Syaitan.30 Menurut
kepada fahaman kepada buku ini, beliau banyak menceritakan mengapa dan bagaimana
mereka boleh menjadi penghuni kota ini dan bagaimana corak kehidupan mereka. Karya
beliau ini berkonsepkan kepada ajaran agama yang dianuti iaitu Kristian. Di dalam karya
ini juga , konsep Kota Tuhan yang dinyatakan beliau adalah melambangkan manusia atau
masyarakat yang taat kepada rukun dan hukum agama Kristian serta masyarakat yang
29
Muhd. Yusuf ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya,1988.Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal. 96.
30
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal 75.
beriman kepada Tuhan. Manakala Kota Syaitan adalah sebalikanya daripada pernyataan
itu, iaitu penghuninya dalam kalangan masyarakat yang ingkar dengan agamanya.31

Karya berbentuk epik kristian ini berjaya bertahan sehingga abad ke-17.
penghasilan karya seperti ini telah membuktikan bahawa wujudnya penulisan pada zaman
pertengahan dan lebih condong kearah bentuk teologi. Terdapat sedikit perbezaan antara
pensejarahan pada zaman klasik dengan zaman pertengahan terutamanya dari segi kualiti
dan juga tema penulisan sesebuah karya. Disamping itu juga kualiti pensejarahnnya telah
bertambah baik berbanding dengan zaman sebelumnya. Tema sejarah pada Zaman
Pertengahan lebih berbentuk keagamaan kristian atau falsafah keagamaan (teologi). Ini
adalah kerana agama kristian telah diangkat sebagai agama rasmi kerajaan Rom apabila
Maharaja Constantine memeluk agama kristian, selain itu karya-karya yang dihasilkan
oleh paderi-paderi adalah kebanyakkan bersumberkan kitab Bible.32

Skop pengkajian sejarah telah diperkembangkan pada zaman pertengahan telah


menjadi lebih sistematik oleh sejarawan moden yang muncul pada akhir abad ke-17 dan
awal abad ke-18. pada Zaman Kesedaran ataupun dikenali sebagai Aufklarung sejarawan
baru telah cuba untuk menghapuskan sejarah bentuk teologi yang telah dimulai oleh
St.Augustine dan membawa era baru dalam epmikiran sejarah di bumi Eropah. Mereka
telah menggelarkan diri mereka sebagai Philosophes. Tokoh-tokoh falsafah Eropah
mendakwa abad ke-18 sebagai era kemajuan bagi masyarakat selepas menghadapi zaman
kegelapan. Mereka berhasrat untuk menentang golongan yang mempunyai autoriti dalam
bidang agama tradisi kerana berpendapat agama telah mengongkong masyarakat daripada
terus maju ke hadapan. Sesetengah sejarawan beranggapan Zaman Kesedaran merupakan
penerus bagi Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance).33

31
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal 74.
32
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal 76.
33
Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hal 76.
Saint Augustine juga telah menyatakan sejarah adalah suatu proses perjuangan
kosmik iaitu diantara unsur-unsur baik dan unsur-unsur kurang baik. Keadaan ini
menggambarkan konflik yang berlaku antar Kota Tuhan dan Kota Syaitan yang akhirnya
membawa kemenangan kepada Kota Tuhan.34 Kemenangan yang dianggap oleh
Augustine ini adalah sebagai kemenangan yang abadi di dunia dan akhirat. Demikianlah
St. Augustine telah mentafsir sejarah itu menurut kepada ajaran agama yang dianutinya
dan juga turut menyatakan kebenaran adalah sesuatu yang diturunkan atau diwahyukan
oleh Tuhan. Beliau telah menghasilkan satu bentuk falsafah yang berbeza dengan
fahaman orang-orang Yunani-Rumawi dahulu dan dianggap sebagai tokoh yang
terkemuka kerana berjaya menghasilkan falsafah yang berpegang teguh kepada agama.
Oleh itu, teori dan penulisan yang dihasilkan oleh beliau itu merupakan pertahanan
intelek keagamaan yang paling berkesan terutamanya dalam menghadapi serangan dan
tohmahan golongan intelek bukan Kristian pada masa itu serta membuktikan wujudnya
penulisan pensejarahan Zaman Pertengahan walaupun karya tersebut lebih bersifat
Teologi.35

Dari sudut keagamaan Kristian, Saint Augustine adalah diantara paderi yang alim
dan cukup terkenal. Setelah dilantik sebagai paderi di Hippo, beliau telah menumpukan
perhatian dan usahanya untuk mengajar dan memperkembangkan lagi agama
pegangannya itu.36 Jelaslah bahawa beliau bukanlah sejarawan dalam konteks sebenar
pentaksiran sejarah Barat itu sendiri. Beliau juga sendiri tidak berminat untuk menulis
sejarah semata-mata untuk menerangkan sebab-musabab mahupun kepentingan sesuatu
peristiwa yang berlaku dalam masyarakat ataupun zamannya itu, iaitu seperti yang
dilakukan oleh sejarawan-sejarawan Yunanri-Rumawi yang terdahulu.

34
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya,1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 98.
35
Arba’iyah Mohd Nor.2002.Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.Hal. 75.
36
Terdapat banyak penulisan yang menceritakan tentang riwayat hidup beiau. Beliau sendiri telah menulis
riwayat hidupnya dalam buku The Confessions yang terdiri daripada 13 jilid, namun karya ini adalah
menceritakan tentang kisah hidupnya sebelum memeluk agama Kristian. Sembilan bahagian daripadanya
adalah menceritakan tentang kegiatan pada zaman remaja. Sedangkan empat bahagian lagi adalah
menceritakan tentang perkara yang berkait dengan agama yang dianutinya.
Jika beliau berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sejarah sudah pasti
beliau telah menulis tentang keruntuhan empayar Rumawi, dan kemungkinan
menjalinkan pensejarahannya mengikut pola-pola pensejarahan yang telah dibentuk oleh
sejarawan seperti Herodotus, thucydides dan Polybuis. Malah beliau sendiri tidak
menganggap dirinya sebagai penglipur lara, sejarawan, pemidato ataupun ahli politik.
Beliau adalah paderi dan semua pemulisan beliau adalah untuk memenuhi tuntutan
keagamaannya, sama ada untuk menyebarkannya ataupun untuk menentang ajaran
golongan musuh-musuh agamanya seperti Manichea, Donatist dan Pelagian. Disebabkan
itulah beliau telah menghasilkan De Civitas Dei adalah untuk kepentingan keagamaan.

KEMATIAN AUGUSTINE

Saint Augustine telah hidup sehingga kemasukan orang-orang Vandas ke Afrika dan
meninggal dunia sewaktu mereka sedang mengepung Hippo pada 403. Pada masa
tersebut Augustine telah menjadi Biskop Hippo.37 Augustine boleh dianggap sebagai
bentuk falsafah sejarah yang pertama bagi Eropah yang telah mewarisi agama kristian
dan pensejarahannya augustine juga dianggap sebagai tokoh yang paling terkemuka
dalam bidang pensejarahan agama tersebut, malah sebagai ahli fikir yang teragung dalam
kesusasteraan Latin dan merupakan satu-satunya tokoh Rom yang boleh disamakan
dengan Plato. Beliau berpegang teguh kepadanya serta yakin tentang kebenarannya
kerana bagi beliau falsafah sejarah yang demikian adalah melambangkan kekuasaan dan
kebenaran tuhan.38 Setelah tamatnya zaman mereka peradaban secara perlahan-lahan
merosot hampir berabad-abad dan setelah hampir seribu tahun kemudian barulah dunia
kristian melahirkan orang yang setanding dengan mereka dalam ilmu dan kebudayaan.39

37
Gelaran Bishop ini adalah merupakan gelaran yang keempat tertinggi dalam agama Kristian. Bishop ini
berada di bawah arcbishop dalam hierarki. Orang yang memegang gelaran Bishop adalah dilarang untuk
berkahwin dan merupakan seorang yang berada serta mempunyai pengaruh dalam gereja terutamanya
dalam perniagaan. Bishop dianggap sebagai penganti kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang
dipindahkan kepada mereka dengan kekuasaan Tuhan. Bishop mewakili gereja sedunia dalam daerah
masing-masing. Asal usul jawatan Bishop adalah tidak pasti tetapi jelas kemungkinan uskup yang
menubuhkan jawatan Bishop ini.
38
Muhd Yusof Ibrahim.1991. Aspek dan Pensejarahan Falsafah Sejarah Dunia BArat.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal 39.
39
Bertrand Russell.1993.Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 402.

You might also like