You are on page 1of 3

Amali 3

Tajuk Sistem Respirasi

Objektif I. II. Dapat mengetahui sistem respirasi manusia dengan baik . Boleh mengenalpasti organ-organ yang memainkan peranan dalam sistem respirasi . III. Boleh mengetahui pertukaran gas oksigen dan carbon dioxide dalam ssel-sel darah . IV. Dapat mengetahui proses bernafasan dengan jelas .

Laporan Proses Pertukaran Gas Proses pertukaran gas amat penting dalam mengekalkan kehidupan. Ia berlaku antara darah dan alveoli di paru-paru. Perbezaan dalam partial pressure menyebabkan pertukaran gas di antara alveoli dan kapilari darah serta antara tisu kapilari dan sel badan. Apabila kita bernafas, kita akan menyedut oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida dan wap air. Proses ini berlaku bermula dengan menyedut udara yang mengandungi oksigen. Udara yang disedut melalui rongga hidung akan melalui selaput mukosa, dan ditapis dari habuk atau debu, manakala bakteria pula akan terperangkap di mukus. Setelah itu, udara yang disedut akan dibawa ke paru-paru melalui trakea dan seterusnya ke alveoli. Dinding alveoli dibentuk oleh satu lapisan sel skuamous yang nipis. Kapilari darah mengelilingi alveoli juga dibentuk oleh selapisam sel skuamous. Dinding kedua-dua struktur ini amat telap kepada gas.

Pertukaran gas ini berlaku secara resapan. Partial pressure bagi oksigen di dalam kapilari darah adalah lebih rendah berbanding di dalam alveoli kerana darah yang ada dalam kapilari darah adalah daripada tisu badan. Kebanyakan oksigen telah digunakan oleh tisu untuk pernafasan selular. Oleh itu, oksigen yang ada di dalam alveoli ini akan meresap masuk ke dalam kapilari darah lalu bergabung dengan haemoglobin. Partial pressure bagi karbon dioksida dalam kapilari darah pula adalah lebih tinggi berbanding di dalam alveoli kerana ia dihasilkan oleh tisu badan dan dibawa oleh darah ke alveoli. Partial pressure bagi karbon dioksida dalam kapilari darah berbanding alveoli ini menyebabkan karbon dioksida dan air daripada kapilari darah meresap masuk ke dalam alveoli untuk disingkirkan melalui hembusan nafas. Sebahagian karbon dioksida ini juga larut di dalam plasma sebagai asid karbonik dan natrium bikarbonat. Ini adalah bagi merangsang pusat pernafasan di Medula Oblongata di otak.

Darah yang mengandungi oksigen ini dibawa melalui kapilari darah ke sel badan. Darah yang berada di dalam kapilari darah ini mempunyai partial pressure yang lebih tinggi berbanding di dalam sel badan. Oleh itu, oksigen yang ada di dalam kapilari darah akan meresap ke dalam sel badan disebabkan partial pressure dalam sel badan yang lebih rendah. Tambahan pula, perhubungan/afiniti haemoglobin dengan oksigen di dalam sel badan adalah rendah disebabkan partial pressure oksigen yang rendah. Ini menggalakkan oksigen daripada kapilari darah dilepaskan dan meresap ke dalam sel badan.

You might also like