P. 1
Politik Masyarakat Cina Di Malaysia

Politik Masyarakat Cina Di Malaysia

|Views: 1,694|Likes:
Published by siew chang yee
Walaupun negara sudah merdeka 52 tahun masyarakat cina masih berada dalam dilema untuk mencari identiti sendiri di bumi malaysia yang tercinta.
Walaupun negara sudah merdeka 52 tahun masyarakat cina masih berada dalam dilema untuk mencari identiti sendiri di bumi malaysia yang tercinta.

More info:

Published by: siew chang yee on Sep 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/13/2013

pdf

text

original

POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA 1.

0 Pendahuluan

Sejarah kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah bermula sebelum Zaman Kesultanan Melaka lagi. Di mana pada abad ke 6, ada catatan yang menyatakan bahawa orang Cina yang terdiri daripada golongan pedagang telah sampai ke Kerajaan Tun Sun ( Johor ) tetapi bilangannya adalah kecil ( Lim Beng Lee, 1990: 1 ). Pada awal abad ke 15, hubungan perdagangan dan diplomasi yang baik antara Kerajaan China dan Kesultanan Melaka telah membawa kepada pembukaan penempatan orang Cina di Tanah Melayu. Nanum begitu, penempatan ini hanya terhad di Melaka sahaja. Kewujudan penempatan-penempatan ini telah menyaksikan kelahiran golongan Baba Melaka atau Cina Peranakan yang majoritinya berasal dari wilayah Fukien, China( Heng Pek Koon,1988 : 9 ). Sebagai antara imigran Cina yang terawal, golongan Cina Peranakan mendominasi perniagaan di Tanah Melayu khususunya di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Misalnya pada tahun 1819, pembukaan Singapura menyaksikan saudagar-saudagar Baba yang kaya telah berpindah ke Singapura dan menguasai perniagaan lada hitam dan gambir di Singapura dan Johor. Pembukaan Pulau Pinang pada 1 Oktober 1786 dan Singapura pada 1819 merupakan titik tolak kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu dengan lebih ramai lagi. Ia semakin jelas menjelang tahun 1820 di mana pada tahun 1820, terdapat 83000 orang Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di Singapura dan menjelang 1824, pupulasi orang Cina di Singapura berjumlah 31% ( 3,317 orang ) dan ia terus meningkat kepada 46% pada tahun 1860 iaitu berjumlah kira-kira 28,018 orang ( Heng Pek Koon, 1988: 11 ). Mulai pertengahan abad ke-19, orang Cina telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu akibat daripada pembukaan lombong bijih timah. Mereka bertumpu di kawasan-kawasan yang kaya dengan hasil timah seperti Larut, Kinta dan Selangor. Pada tahun 1850, hanya terdapat tiga orang Cina di Larut dan menjelang tahun 1872, ia meningkat kepada 40,000 orang dalam tahun 1901.

1

Manakala di Kinta pula, pada tahun 1882, hanya terdapat kira-kira 4,000 orang Cina sahaja tetapi menjelang tahun 1888 ia menjangkau 38,000 dan pada 1889 orang Cina telah mendominasi Daerah Kinta dengan seramai 44,790 orang berbanding hanya 10,291 orang Melayu, 69 orang Eropah dan 847 lain-lain bangsa ( Desmond Tate dan Chai Hon Chan, 1962: 15 ). Menjelang tahun 1901, orang Cina membentuk 46% daripada populasi di Perak dan 65% populasi di Selangor ( Gordon P Means, 1970: 26). 2.0 Perkembangan Awal Masyarakat Cina di Tanah Melayu

Pada dasarnya sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina dilihat kurang berminat dengan perkembangan politik di Tanah Melayu. Kemasukan golongan imigran itu secara besar-besaran sejak abad ke-18 dilihat bermotifkan ekonomi semata-mata. Kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah membawa bersama-sama mereka warisan kebudayaan dan tradisi yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Mereka lebih bersikap menyendiri dan tidak menjalin hubungan yang rapat dengan masyarakat tempatan. Imigran Cina juga dilihat agak keberatan untuk memberi kesetiaan kepada institusi - institusi tempatan sebaliknya memperkuatkan ikatan dengan negara asal mereka. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi masalah kepada Inggeris dan masyarakat tempatan. Ketiadaan polisi pemerintahan yang berkesan bagi mengawal aktiviti dan kebajikan sosial golongan imigran ini telah membawa kepada kewujudan persatuan-persatuan untuk menjaga kebajikan dan menyelaras kehidupan masyarakat Cina yang rata-rata datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang tanpa kenalan mahupun saudara. Dalam persekitaran yang asing ini, mereka berada dalam satu ‘kejutan budaya’ yang amat memerlukan mereka menyertai pertubuhan atau persatuan yang berfungsi dalam membantu, melindungi serta mempertahankan kepentingan bersama. Pada peringkat awal, konsep persatuan yang dibentuk bertujuan untuk menjaga kebajikan anggotanya dan ia lebih menumpukan kepada usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosial dan ekonomi ahlinya. Persatuan-persatuan ini kemudianya membentuk kelompok-kelompok tertentu dan ia bergiat dalam bidang politik dan terus merosot menjaga kumpulan yang cenderung ke arah jenayah seperti merompak, menganjurkan pemogokan dan rusuhan. Sistem Kapitan Cina diperkenalkan oleh Portugis setelah menawan Melaka pada 1511 ( Heng Pek Koon, 1988: 15 ). Kapitan Cina merupakan ketua masyarakat Cina yang dilantik bagi mengawal aktiviti serta kepentingan masyarakat Cina. Mereka dilihat sebagai perantaraan di antara kerajaan dengan
2

orang Cina. Sistem ini diteruskan selepas pengambil alihan Melaka oleh Belanda pada tahun 1940. Manakala Inggeris pula terus menggunakan sistem Kapitan Cina di Negeri-negeri Selat sehingga tahun 1826. Ia diperlukan bagi menghadapi perkembangan imigran Cina yang semakin pesat menjelang pertengahan abad yang ke 19. Di samping Negeri-negeri Selat, sistem Kapitan Cina turut digunakan di Negeri-negeri Melayu yang masih dibawah kekuasaan Sultan Melayu. Kongsi gelap merupakan satu aspek sosial orang Cina. Ia adalah warisan daripada perkembangan di China. Kongsi-kongsi gelap telah ditubuhkan untuk mengguling Dinasti Manchu dan menghidupkan semula Dinasti Ming. Menurut V. Purcell ( 1967 ) , kongsi gelap di Tanah Melayu berasal dari Tian Ti Hui yang digelar Triad Society. Di Tanah Melayu orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap selepas British menduduki Pulau Pinang ( 1786 ) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi, kongsi-kongsi gelap Cina telah mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Kegiatan kongsi-kongsi gelap ini dikatakan berusaha membentuk ‘empayar dalam empayar’ yang ingin menikmati faedah pemerintahan British dan dalam masa yang sama, mengabaikan undang-undang yang didapati tidak sesuai dengan mereka. Menjelang 1875, terdapat 4 kongsi gelap di Tanah Melayu, iaitu kumpulan Ghee Hin , Ho Seng, Hai San dan Wah Sang ( Purcell,1967: 155-157 ) L.A Mills ( 1966 ) dalam British Malaya !824-1867, menganggap kongsi-kongsi gelap di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Ini kerana sebahagian besar anggota kongsi gelap terdiri daripada penjenayah yang terlibat dalam rusuhan, pergaduhan, kegiatan perjudian, rompakan dan pelacuran. Mereka dilihat sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan sering bersaing dalam menguasai sesuatu kawasan khususnya kawasan bijih timah. Di Larut misalnya, pertelingkahan anatara Ghee Hin dan Hai San telah mencetuskan Perang Larut sebanyak tiga kali iaitu Perang Larut I ( 1861 ), Perang Larut II ( 1865 ) dan Perang Larut III ( 1872 ). 3.0 Perkembangan Politik Masyarakat Cina di Tanah Melayu

Wang Gungwu (1970) dalam kajiannya terhadap politik Cina telah membahagikan orentasi politik masyarakat itu kepada tiga kumpulan utama. Ketiga-tiga golongan tersebut mempunyai variasi perkembangan serta kepentingan yang berbeza. Golongan pertama terdiri daripada mereka yang masih mempunyai ikatan yang kukuh dengan negara China dan menunjukkan minat
3

yang mendalam terhadap perkembagan negara tersebut. Kekalahan Negara China dalam Perang China-Jepun 1894-1895 telah menimbulkan perasaan marah orang Cina di Seberang Laut. Masyarakat Cina berasa malu dan terhina lantaran daripada kekalahan itu. Di mana China terpaksa menandatangani Perjanjian Shimonoseki pada tahun 1895 yang menyaksikan penyerahan Farmosa kepada Jepun( Oong Hak Ching, 2000:26 ). Kekalahan kepada Jepun yang sebelum ini dianggap ‘wojen’ ( kerdil ) menyedarkan masyarakat Cina tentang perlunya usahausaha bagi menyelamatkan kegemilangan Negara China. Pada tahun 1897, seramai lapan belas orang Cina Melaka telah berkumpul di Johor dan menubuhkan Persatuan Lapan Belas Kawan dan ia dipimpin Sim Hong Pak, seorang pedagang kaya dari Melaka ( Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2001 : 398 ). Golongan kedua yang merupakan golongan yang paling dominan dan mereka dilihat mempunyai hubungan yang akrab dengan pertubuhan serta dewan perniagaan. Mereka memperlihatkan impresi non-politik dan menguasai pertubuhan-pertubuhan Cina seperti Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Associated Chinese Chamber Commerce ( ACCC ), Huazhong ( Federation of Chinese Association Malaysia), Persekutuan Persatuan Guru Sekolah China ( Jiao Zong ) dan Pan-Malayan Federation of Chinese Associations ( PMFCA ). Hua Tuan atau persatuan Cina ini telah berperanan dalam menjaga kepentingan sosial dan rekreasi ahli-ahlinya. Antara aktiviti-aktiviti yang sering dianjurkan oleh Hua Tuan adalah upacara penyembahan nenek moyang, penyelarasan kawasam perkuburan, menyelesaikan pertelingkahan yang melibatkan komuniti Cina dan membantu ahlinya yang ditimpa bencana. Hua Tuan yang terawal adalah berasaskan dialek dan wilayah, ia terbentuk di Negeri-negeri Selat seawall 1810 dan Negeri-negeri Melayu yang lain disekitar 1850 ( Sia Keng Yek, 1997: 7). Persatuan dialek dan keluarga merupakan Hua Tuan yang paling popular. Di mana wujudnya persatuan yang ditubuhkan khas untuk orang Cina daripada wilayah yang sama dan mempunyai bahasa serta kebudayaan yang homogen. Misalnya Persatuan Kwangtung yang dianggotai oleh orang Cina yang berasal dari wilayah Kwangtung dan bertutur dialek Kantonis manakala Persatuan Hokien pula dianggotai oleh ahli dari wilayah tersebut dan berkomunikasi dalam dialek Hokien ( Khoo Kay Kim, 1971: 21 ). Manakala Hua Tuan yang berlandaskan nama keluarga ( surname ) hanya disertai oleh mereka yang mewarisi nama keluarga yang sama seperti Kongsi Tan, Kongsi Lim dan Kongsi Wong. Ia dipercayai mereka yang mempunyai nama
4

keluarga yang sama itu, mempunyai ikatan kekeluargaan. Selain daripada itu, wujud juga persatuan-persatuan agama, kebajikan, pendidikan dan hiburan yang terbuka kepada semua orang Cina tanpa mengira suku kaum, keturunan mahupun status individu berkenaan. Saudagar-saudagar Cina pula, membentuk Chinese Chambers Of Commerce ( CCC ) yang bertujuan untuk memperjuangkan serta menjaga kepentingan ekonomi ahlinya. Ia diperkenalkan oleh para pegawai Manchu untuk mempromosikan dagangan serta semangat nasionalisme di kalangan Orang Cina Seberang Laut yang dikenali sebagai ‘ hua chiao’( Heng Pek Koon, 1988:19 ). Pada tahun 1906, CCC Singapura terbentuk dan ia disusuli dengan pembentukan CCC di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Ipoh dan Serembann. Antara CCC yang paling menonjol dan wujud sehingga ke hari ini ialah Dewan Perniagaan Cina Selangor dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia. Golongan ketiga yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan baba dan berorentasikan Tanah Melayu menunjukkan minat terhadap perkembangan di negara ini. Mereka merupakan golongan Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat yang melibatkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Golongan ini yang menjadi rakyat British telah melibatkan diri dalam perkembangan politik tempatan. Mereka telah menubuhkan Straits Born Chinese British Association ( SCBA ) di Singapura dan Melaka pada tahun 1900 dan dipimpin oleh Tan Jiak Kim, lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Ling Seah ( Heng Pek Koon, 1988 : 26 ). Tujuan SCBA ialah untuk memperkukuhkan kebudayaan Cina dan mengekalkan identiti Baba Peranakan. Antara tokoh-tokoh SCBA yang berkaliber adalah seperti Tan Cheng Lok, Dr. Lim Boon Keng, Song Ong Siang, Han Hoe Lim dan Lim Chong Ean yang telah dilantik oleh British bagi berkhidmat di dalm Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Kesempatan ini telah digunakan oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam memperjuangkan hak politik dan mendesak perubahan dalam sisitem pendidikan Cina. Di samping itu, Tan Cheng Lok, pemimpin SCBA Melaka turut memainkan peranan penting dalam penubuhan MCA dan telah menerajui dari tahun 1949-1958. Namun begitu, pengaruh SCBA ke atas masyarakat Cina agak terbatas di mana pada tahun 1931 ia hanya mempunyai keahlian seramai 1,060 orang sahaja. Parti Komunis Malaya ( PKM ) ditubuhkan pada 1930 dianggap sebagai bermulanya kegiatan politik berparti bagi masyarakat Cina di Semenanjung Malaysia. Ia berhasrat untuk mengguling kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Fahaman komunis
5

telah menyusup ke dalam pertubuhan-pertubuhan buruh, kesatuan sekerja dan sekolah malam. Ia telah melancarkan mogok dan kegiatan anti British dalam usahanya melumpuhkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu. Pada tahun 1937-1938, mogok secara berleluasa tercetus di negerinegeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Johor. Peristiwa pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang, Selangor yang melibatkan 6000 pekerja lombong. Peristiwa itu mengakibatkan ramai pemimpin kesatuan dan komunis ditangkap dan dihantar balik ke China. Serangan Jepun ke atas China pada 1937 telah meningkatkan lagi perasaan anti Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. PKM telah mengambil kesempatan ini untuk memperkuatkan dirinya dengan meniup semangat kecinaan. Ia telah mengumpul wang bagi membiayai peperangan di China di samping bekerjasama dengan British. Taktik PKM ternyata berjaya mendapat minat serta sokongan orang Cina dan menjelang tahun 1939, PKM mempunyai keahlian seramai 37,000 di Singapura dan Tanah Melayu. Era kegemilangan PKM muncul disekitar tahun 1942-1945, di mana ia bekerjasama dengan Inggeris bagi menentang Jepun. Kerajaan British telah menyediakan latihan yang berbentuk gerila di samping membekalkan PKM dengan bantuan senjata, makanan, perubatan serta kewangan. PKM telah berundur ke hutan dan membentuk MPAJA bagi menentang Jepun secara gerila. Melalui propandaganda yang berasaskan nasionalisme Cina, PKM berjaya mendapat sokongan daripada masyarakat Cina yang menderita di bawah pemerintahan Jepun. Ia merupakan satu kemenangan psikologi bagi perjuangan PKM. Pengorbanan PKM semasa Perang Dunia Kedua, dilihat berhasil apabila ia diiktiraf sebagai parti yang sah oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1945. Pada peringkat awal, PKM cuba mengambil alih kuasa melalui perlembagaan dengan membentuk perikatan dengan parti-parti politik yang berhaluan kiri. Di samping menyusup ke dalam persatuan sekerja dan menguatkan cengkamannya ke atas sekolah persendirian. Pada tahun 1947, PKM telah melancarkan kira-kira 300 pemogokan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dan Inggeris telah mengenalkan undang-undang baru bagi mengawal kegiatan kesatuan sekerja bagi menangani ancaman PKM. Tindakan ini menyekat pergerakan kegiatan PKM dan pertukaran pucuk pimpinan daripada Lai Teck ke Chin Peng pada Mac 1946, telah mengubah taktik perjuangan PKM yang melancarkan pemberontakan bersenjata

6

pada Jun 1948. Tindakan itu akhirnya membawa kepada pengharaman PKM dan darurat diisytiharkan pada 18 Jun 1948 di seluruh Tanah Melayu. Penubuhan The Malayan Chinese Association ( MCA ) pada 27 Februari 1949 merupakan detik peralihan ataupun ‘turning point ’ dalam perkembangan politik masyarakat Cina di Tanah Melayu sebelum merdeka. Di mana menurut Heng Peck Koon( 1988 ) The formation of MCA, bridged the divide between trational and modern modes of community organization in both ideological and structural terms. It also spanned the gap between the Laukeh and Baba political cultures to produce a synthesized Malayan-Centred Chinese world-view. Penubuhan MCA yang berhaluan kiri ini dialu-alukan oleh British. Di mana ia dilihat mampu meraih sokongan masyarakat Cina dan membantu British memerangi komunis. MCA diasaskan oleh beberapa tokoh Cina termasuklah H.S. Lee, Leong Yew Koh, Yong Shook Lim, Khoo Teik Ee dan Tan Siew Sin ( Heng Pek Koon, 1988: 55). Presiden pertama MCA ialah Tan Cheng Lok yang disifatkan oleh Sir Henry Gurney sebagai seorang tokoh Cina yang dihormati dan berpengalaman dalam politik di Tanah Melayu dan dianggap mempunyai pengaruh ke atas masyarakat Cina serta bersanggupan untuk terus menyokong dan bekerjasama dengan pihak kerajaan selagi beliau yakin kebajikan serta hak komuniti Cina terpelihara. MCA mempunyai objektif perjuangan yang jelas iaitu melindungi kepentingan orang Cina dalam aspek sosial, politik, kebudayaan dan ekonomi. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan kemesraan dan keharmonian antara kaum di Tanah Melayu. Satu lagi fungsi MCA yang tidak kurang pentingnya ialah keperluan untuk menentang komunis di mana anggota komunis majoritinya terdiri daripada orang Cina. Justeru itu, terdapat kepercayaan bahawa masyarakat Cina bersimpati dengan perjuangan PKM dan kemunculan MCA yang berhaluan kanan dapat memberi satu alternatif kepada komuniti Cina.

Ia jelas dalam surat Gurney kepada J D Higham yang bertarikh 10 Februari 1949 ( CO 537/4242, no.3) yang menyatakan bahawa : “ The association is likely to be widely supported by the Chinese and may become a powerful body in the future. It will be interesting to see how far it will be prepared to declare itself openly against Communism but we have not that stage yet and must
7

concentrate more on the short term problem of getting co-operation for the purposes of the emergency.” Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa salah satu faktor yang membawa kepada pembentukan MCA adalah untuk membantu British dalam menangani ancaman komunis. Ia turut bertujuan untuk membuktikan bahawa masyarakat Cina sanggup untuk bekerjasama dengan British dalam usaha menjaga keamanan Tanah Melayu. Perkara ini juga telah diberi penekanan oleh Yong Shook Lin, Setiausaha MCA ( CO 537/4242, no. 5 ) yang menyatakan:

“ The principal object of the Malayan Chinese Association is to assist and maintain peace and order in the whole of Malaya and to strive for advancement under this policy. All law abiding Chinese should have this as their object. All lover of peace and orderly progress must naturally stand on side of law and order. Therefore it is incumbent to every Malayan Chinese to join this Association”.

Pada peringkat awal perjuangannya, MCA dilihat lebih cenderung sebagai satu organisasi sosial yang bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat Cina. Ia terlibat dalam menjaga kebajikan penduduk Cina yang dipindahkan ke penempatan baru yang dikenali ‘kampung baru’( Ratnam dan Milne, 1967: 36 ). Namun begitu, menjelang tahun 1949, perubahan mula jelas dalam matlamat perjuangan MCA. Di mana dalam Mesyuarat Agung pada Jun 1949, parti itu telah menjelaskan bahawa objektif utamanya adalah menggalakkan muhibah antara kaum, menjaga kebajikan penduduk Cina dan turut bergerak ke arah mencapai ketenteraman di Tanah Melayu ( Vasil, 1980: 79 ). MCA telah memainkan peranan yang penting dalam politik negara dari tahun 1949-1957. Ia telah mengorak langkah pertama dengan membentuk pakatan UMNO-MCA menjelang pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Di mana Pengerusi MCA Selangor, Kolonel H.S. Lee dan Pengerusi Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur, Dato Yahya Razak telah sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya tersebut. Kerjasama itu mencapai kejayaan besar di Kuala Lumpur dan mendorong kepada kerjasama yang seterusnya dalam pilihan raya perbandaran yang lain. Di mana sepanjang tahun 1952-1953, kerjasama UMNOMCA telah memenangi 94 daripada 124 kerusi yang dipertandingkan. Kejayaan yang memberangsangkan itu telah membawa kepada kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat
8

sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954. Menjelang Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, parti Perikatan telah diperkukuhkan lagi dengan peryertaan parti Malayan Indian Congress ( MIC ). Oleh yang demikian, MCA dianggap sebagai parti tunggal yang mewakili orang Cina dan mandat itu jelas apabila ia memenangi kesemua 15 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Umum 1955. Walaupun begitu, bibit-bibit kemerosotan dan perpecahan dalam MCA mulai dikesan seawal tahun 50an lagi. MCA yang sering memperlihatkan sikap ambivalence di mana di satu pihak ia memberi jaminan bahawa parti itu akan memperjuangkan hak serta kepentingan masayarakat Cina tetapi di pihak yang lain pula, MCA banyak mengalah serta menyakinkan rakan utamanya UMNO bahawa tujuannya adalah untuk memupuk perpaduan kaum ( Ting.1984:8 ). Sikap itu jelas mengecewakan masyarakat Cina dan ia terpapar dalam sokongan mereka terhadap MCA sejak pilihan raya yang pertama lagi. Pemimpin-pemimpin MCA peringkat pusat dikecam kerana gagal menangani isu pendidikan dan bahasa dengan berkesan. Mereka yang kebanyakkannya berpendidikan Inggeris dilihat lebih mengutamakan soal kepentingan ekonomi daripada bahasa, pendidikan mahupun kebudayaan. Ini telah mengakibatkan kebangkitan golongan pemimpin ‘Laukeh’ yang berpendidikan Cina seperti Lau Pak Kuan dan Leong Chee Cheong, dan Cho Yew Fai. Pergeseran dalaman MCA telah mewujudkan dua kumpulan yang utama dan mempunyai matlamat perjuangan, kepentingan serta pandangan yang agak berbeza. Kumpulan Cina Peranakan yang berlatar pendidikan barat diketuai oleh Tan Cheng Lok, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin dan Leong Yew Koh dilihat lebih bersifat liberal dan mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin Melayu. Manakala kumpulan kedua pula yang merupakan “Laukeh” yang berpendidikan Cina dan merupakan pemimpin dewan perniagaan Cina, persatuan dialek dan huay tuan pula lebih menekankan kepentingan kebudayaan, bahasa, hak serta pendidikan Cina. Mereka merupakan pemimpin di peringkat cawangan seperti Lau Pak Kuan dan Leong Chee Cheong dari Perak, Cho Yew Fai dari Selangor dan Lim Lian Geok dari Persatuan Guru Cina Bersatu (Heng Pek Koon, 1988: 239). Konflik MCA semakin ketara apabila soal kemerdekaan dibincangkan dan Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Lau Pak Khuan
9

telah mendesak MCA agar memastikan soal kewarganegaraan, persamaan hak dan kebebasan pengunaan bahasa Cina dimasukkan ke dalam memorandum bersama Parti Perikatan yang akan diserahkan kepada Setiausaha Negara Tanah Jajahan di London( Vasil, 1980: 103 ). Kegagalan MCA peringkat pusat melaksanakan tuntutan ini menyebabkan Lau Pak Khuan memulakan gerakan pemisahan di dalam MCA yang diketuai beliau, Leong Chee Cheong, Cho Yew Fa dan Lim Lian Geok yang juga dikenali sebagai ‘The Big Four’( Heng Pek Koon, 1988: 239 ). Ianya kemudian menyaksikan Lau Pak Khuan mengetuai The Pan-Malayan Federation of Chinese Association ( PMFCA ) dalam mengemukakan memorandum yang berasingan kepada Setiausaha Tanah Jajahan di London. PMFCA yang mewakili 1,094 persatuan Cina dan dewan perniagaan telah membuat satu memorandum bersama dengan Parti Malaya Melaka yang diketuai oleh Encik Tan Kee Gak ( Oong Hak Ching, 1973:172 ). Namun begitu, memorandum tersebut tidak diterima oleh Setiausaha Tanah Jajahan, A.Lennox-Boyd yang telah mengadakan rundingan dengan perikatan UMNO-MCA-MIC. Pengisytiharan kemerdekaan telah berjaya meredakan desakan serta tuntutan masyarakat Cina tetapi ia gagal memuaskan hati masyarakat Cina. Ini telah menyaksikan kemunculan serta peningkatan pengaruh parti-parti orentasi Cina yang kebanyakkannya bertindak sebagai parti pembangkang. Sindrom itu jelas dalam Pilihan Raya Umum 1959. Malahan dalam pilihan raya tersebut ia telah memperlihatkan ketegangan hubungan UMNO-MCA sehinggalah memaksa presiden MCA, Lim Chong Eu untuk meletak jawatan dan menubuhkan parti Gerakan. Dalam pilihan raya 1959, MCA hanya mendapat 14.7% dan ia hanya mampu mendapat 13.5% undi dalam pilihan raya 1969 apabila parti tersebut hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi yang dimenanginya. Keputusan yang teruk itu mengakibatkan MCA dikritik teruk rakannya dalam Perikatan sehingga membawa kepada pengumuman bahawa MCA tidak lagi mewakili orang Cina dan ia tidak akan menyertai barisan Kabinet yang bakal ditubuhkan oleh Perikatan. Golongan nasionalis Melayu dalam UMNO telah mendesak agar MCA disingkirkan dari barisan kabinet Parti Perikatan dan Mahathir Mohamad ( Khoo Boo Teik, 1995: 22 ) menegaskan bahawa: “ The whole idea of having the MCA in the cabinet is that the MCA represents Chinese views. It can be seen from the last election that the MCA is not supported by the large majority of the Chinese, so having them in the cabinet does not serve the purpose of giving representation to the Chinese.”
10

Desakan itu dilihat sebagai satu percubaan oleh golongan nasionalis untuk mengubah struktur politik dalam Parti Perikatan dan lebih cenderung ke arah dasar yang pro-Melayu dan menjadikan UMNO sebagai tunjang kekuatan orang Melayu dalam usaha menyekat pengaruh parti PAS yang telah berjaya menawan kerajaan negeri Kelantan Pencapaian MCA yang buruk dalam Pilihan Raya 1969 telah mengakibatkan parti berkenaan kehilangan kuasa tawar-menawar dalam parti Perikatan. Penyertaan parti Gerakan dalam Barisan Nasional yang dasarnya memperkukuhkan kuasa politik masyarakat Cina dalam kerajaan ternyata gagal mengekang penularan hegemoni politik orang Melayu yang telah meletakkan kedudukan orang Melayu tidak mungkin dicabar oleh orang Cina. Lantaran itu, Vasil ( 1980 ) berpendapat tragedi 13 Mei 1969 telah menandakan bermulanya era pemerintahan orang Melayu dan berakhirnya sebuah perikatan. Ini kerana hegemoni UMNO dalam Barisan Nasional telah mengakibatkan kuasa politik MCA dan Gerakan merosot dan lemah (Vasil 1980: 206 ) Ini kerana kedudukan politik Cina dilihat bersifat subordinate dan dependent di mana sebarang keputusan politik perlu mendapat restu UMNO yang ternyata menguasai perwakilan dalam parlimen. Oleh yang demikian, ramai yang beranggapan bahawa kegagalan MCA dalam memperjuangkan tuntutan masyarakat Cina disebabkan oleh kedudukan parti tersebut yang lemah dalam kabinet. MCA hanya mempunyai empat perwakilan dalam kabinet negara sejak tahun 1962 sehingga 1981 gagal mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Pada masa yang sama, mereka juga tidak memegang portfolio yang penting selepas Pilihan Raya Umum 1969 apabila dua jawatan yang disandang oleh wakil MCA ditarik balik iaitu Menteri Kewangan serta Menteri Perdagangan. Selain itu, pemansuhan pilihan raya bagi kerajaan Majlis Bandaran dan kerajaan tempatan dilihat turut melemahkan kuasa politik masyarakat Cina. Ia jelas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang majoriti penduduknya berbangsa Cina tetapi pentabdirannya dibawah kuasa orang Melayu. 4.0 Dilema Masyarakat Cina Di Dalam Negara Bangsa Malaysia

Penstrukturan semula ekonomi, sosial mahupun politik di era pentabdiran Tun Abdul Razak telah membawa kepada pembentukan satu Malaysia Baru dan menyaksikan perubahan ketara dalam kehidupan masyarakat tionghua. Di mana ramai yang beranggapan ia merupakan titik tolak
11

kepada hegemoni Melayu dalam politik Malaysia. Kemunculan golongan elit politik Melayu khususnya dalam UMNO menampakkan dominasi politik ketuanan Melayu dan juga menandakan kemerosotan pengaruh MCA dalam masyarakat Cina. Kemunculan Gerakan serta PPP dalam Barisan Nasional telah mengakibatkan persaingan sesama sendiri parti-parti politik yang berlandaskan masyarakat Cina. Ia telah mengakibatkan masyarakat Cina berada dalam keadaan dilema. Dari aspek politik, kegagalan MCA dan Gerakan dalam memperjuangkan kehendak komuniti Cina mengakibatkan kedua-dua parti berkenaan gagal memainkan peranan yang penting dalam kerajaan. DAP yang sering menjadi juara masyarakat Cina pula sekadar berpengaruh di bandar-bandar besar serta mendapat sokongan yang terhad. Situasi ini mengakibatkan banyak tuntutan masyarakat Cina gagal dipenuhi. Penstrukturan semula negara di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak yang membawa kepada Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat dilihat gagal membantu masyarakat Cina. Ia dilihat lebih cenderung ke arah memajukan masyarakat Melayu dan dasar-dasar ekonomi kawalan yang diperkenalkan banyak membantutkan perkembangan perniagaan masyarakat tionghua. Ia dilihat menjejaskan penguasaan ekonomi masyarakat Cina dan terlalu memihak kepada orang Melayu. Pelaksanaan Akta Koordinasi Industri ( AKI ) pada tahun 1975 telah memberi impak yang begitu besar terhadap masyarakat Cina ( Thock 2005:95). Di bawah akta ini, syarikat yang mempunyai permodalan melebihi RM100,000 atau mempunyai pekerja tetap yang melebihi 25 orang wajib memperuntukkan 30% daripada sahamnya kepada bumiputera. Di samping itu, ia juga perlu memastikan corak penggunaan tenaga pekerja yang mencerminan komposisi rakyat di Malaysia. Di samping itu, syarat-syarat tambahan dalam pelantikan pengedar dan perkhidmatan profesional dari golongan bumiputera turut dikenakan apabila permohonan untuk mengembang atau mempelbagaikan keluaran dilakukan. Dari segi sosial pula, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diperkenalkan bagi melahirkan jati diri bangsa Malaysia gagal mendapat sokongan masyarakat Cina. Dasar yang dilihat bersifat asimilasi itu dikhuatiri bakal mengancam kebudayaan asal masyaraktat Cina yang berpegang kepada prinsip ’biar mati anak jangan mati adat’. Di samping itu, soal-soal seperti bilangan sekolah Cina, peranan bahasa Cina dalam pendidikan serta pentadbiran dan pemilikan harta dan tanah oleh penduduk kampung baru terus menghantui komuiti Cina.
12

5.0

Hala Tuju Politik Masyarakat Cina

Pilihan Raya Umum ke-12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008 telah menyaksikan satu perubahan ketara dalam senario politik negara. Pertama, ia menampakkan perubahan dalam pola pengundian rakyat Malaysia yang secara jelas menolak politik perkauman yang ditunjangi oleh Barisan Nasional. Kedua, Barisan Nasional yang memerintah sejak 51 tahun yang lalu tidak lagi mampu mengekalkan majoriti 2/3 dalam parlimen. Ketiga, buat kali pertama dalam sejarah , lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan dikuasai oleh parti pembangkang. Pakatan pembangkang yang ditunjangi tiga bauh parti utama iaitu Part Keadlilan, DAP dan PAS mencapai kejayaan yang besar dan seterusnya berjaya menafikan majority 2/3 Barisan Nasional. Parti Pakatan Rakyat ( PKR ) memenangi 31 kerusi parlimen dan 40 kerusi negeri . Ia diikuti Parti Tindakan Demokratik (DAP ) yang menawan 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi negeri. Parti Islam Semalaysia ( PAS ) turut cemerlang dengan memperolehi 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi negeri. Ketiga-tiga gabungan parti ini berjaya menawan empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor di samping mengekalkan kuasa di Kelantan. Selain itu, parti pembangkang turut menguasai Wilayah Persekutuan apabila menewaskan calon Barisan Nasional di 10 daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Pada masa yang sama, kubukubu kuat Barisan Nasional khususnya di Johor dan Pahang turut ditembusi pembangkang dan situasi yang mencemaskan berlaku di Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis apabila hanya memenangi 21 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan apabila pembangkang menguasai 15 kerusi yang lain. Kemenangan ahli-ahli anggota pembangkang bukan Melayu dalam Parti Keadilan dan DAP jelas mengubah senario politik negara. Di mana ia memperlihatkan kebangkitan kuasa politik orang Cina dan ia jelas di tiga buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Calon Cina dalam parti DAP berjaya memenangi 15 kerusi DUN di Pulau Pinang manakala di Perak pula ia menguasai 13 kerusi undangan negeri dan 11 kerusi negeri di Selangor. DAP menguasai jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang di samping menempatkan enam exco yang berbangsa Cina. Ia turut dilihat menguasai pentadbiran di Selangor dan Perak apabila ia berjaya menguasai jawatan Speaker di Selangor menerusi ADUN Sg. Pinang Teng Chang Kim manakala Teressa Kok pula menjawat Exco kanan negeri. Manakala
13

di Perak, Ngeh Khoo Ham turut dilantik sebagai exco kanan dan mempunyai tiga wakil DAP yang berbangsa Cina. Kebangkitan kuasa politik orang Cina turut berlaku di dalam parti PKR yang turut mempunyai exco berbangsa Cina di Pulau Pinang ( 1 ), Perak( 2 ) dan Selangor ( 1) . Ini membolehkan kaum Cina menguasai pentadbiran ketiga-tiga negeri tersebut apabila ia menguasai 8 daripada 11 kerusi exco di Pulau Pinang. Di Selangor, exco Cina menguasai 4 kerusi exco manakala di Perak ia mendapat 6 daripada 13 kerusi exco sebelum kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan dalam satu siri rampasan kuasa yang mencemarkan politik negara. Ia jelas membelakangkan amalan demokrasi dan bertentangan dengan gagasan Satu Malaysia yang memperjuangkan konsep rakyat didahulukan. Kehadiran begitu ramai wakil rakyat mahupun ahli parlimen bukan Melayu khususnya dari DAP dan PKR jelas mengundang kontroversi serta kegelisahan di kalangan pemimpin UMNO mahupun ahli akademik Melayu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhiyiddin Yassin menyifatkan fenomena tersebut sebagai kemunculan kuasa politik kaum Cina dan India dan beranggapan kedudukan serta hak serta keistimewaan orang Melayu sedang tercabar ( Mingguan Malaysia. 13 April 2008). Isu yang sama turut diulas Dr. Zainal Kling yang mendakwa orang Melayu kini hanya berfungsi sebagai pelengkap di beberapa buah negeri yang telah dikuasai oleh orang Cina. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu tetapi mereka tiada kuasa kerana barisan Exconya terdiri daripada bangsa lain ( Mingguan Malaysia. 4 Mei 2008 )

6.0

Kesimpulan

Walaupun pada dasarnya orang Cina menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai penanda kepada kesepakatan kaum di negara kita tetapi aspirasi mereka untuk menikmati hak politik, ekonomi serta sosial yang saksama sentiasa terpendam dalam sanubari mereka. Ia dicetuskan melalui beberapa tuntutan masyarakat Cina terhadap kerajaan. Perjuangan dan tuntutan masyarakat Cina dalam negara bangsa berkisarkan kepada beberapa persoalan yang penting iaitu persamaan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum, kedudukan serta peranan bahasa Cina
14

sebagai bahasa ibunda serta perkembangan sekolah-sekolah Cina. Kesemua tuntutan tersebut disuarakan melalui memorandum oleh parti-parti politik berlandaskan orang Cina serta dewandewan perniagaan Cina. Antara memorandum utama yang telah dikemukan termasuklah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1983) yang disuarakan oleh Pertubuhan Cina Malaysia. Perisytiharan Bersama ( 1985 ) telah dibentangkan oleh wakil masyarakat Cina dalam usaha untuk meraih undi orang Cina dalam pilihan raya 1986 dan tuntutan Suqiu ( 1999 ). Dasar kerajaan yang bertujuan untuk membentuk negara bangsa telah mendapat pandangan serta reaksi yang berbeza-beza daripada parti-parti berkenaan. DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian-Malaysia’ menekankan aspek persamaan hak politik, ekonomi serta sosial tanpa mengira kaum. Ia melihat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi serta politik sebagai satu penindasan kepada kaum yang lain. ( Ulangtahun ke 25 DAP, 1993:10.) MCA pula mempunyai pandangan yang agak terbuka terhadap konsep negara bangsa. Ia melihat kewujudan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia sebagai satu kekuatan bangsa. Oleh itu, ia akan memperjuangkan keadilan, kesaksamaan serta kemajuan bagi semua kaum di negara kita. ( MCA: The Future of Malaysia Chinese, 1988:5 ). Konsep negara bangsa bagi parti Gerakan pula memperlihatkan wujudnya unsur-unsur akomodasi. Di mana ia berpendapat proses pembentukan negara bangsa perlu berlaku secara sukarela tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan mahupun cubaan untuk asimilasikan budaya golongan minoriti. ( Gerakan : Its History and Strunggle, Cenderamata Ulang Tahun Gerakan ke 20, 1988:24-25). Lantaran itu, perjuangan masyarakat Cina dalam sebuah negara Malaysia milik semua dan selaras dengan ilham Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu ’ Satu Malaysia’ dilihat masih belum selesai. Namun begitu, sinar ke arah tersebut semakin cerah berikut pembaharuan yang telah dicanangkan oleh perdana menteri tersebut dan ia merupakan usaha yang berterusan dan bukan sekadar satu gagasan semata-mata yang akhirnya akan berkubur ditelan masa.

15

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->