P. 1
Lombong Bijih Timah Terdalam Di Dunia

Lombong Bijih Timah Terdalam Di Dunia

|Views: 3,102|Likes:
Published by FATIHAH DAMSIS

More info:

Published by: FATIHAH DAMSIS on Sep 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2013

pdf

text

original

Lombong Bijih Timah Terdalam Di Dunia Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing dibuka dalam tahun 1868 oleh

Lim Ah Sam (Baba Assam). Pada tahun 1887 ianya diusahakan secara intensif oleh Syarikat The Pahang Corporation Limited. Syarikat ini telah ditutup pada tahun 1896 dan digantikan pula oleh Syarikat Peterson Simon sehingga tahun 1901. Pada Julai 1906, pengurusan lombong ini diambil alih pula oleh Pahang Consolidated Co. Limited sehingga tahun 1942. Kemudiannya di kendalikan pula oleh Syarikat Pahang Investment Public Limited Co., yang kemudiannya ditutup pafa bulan September 1986 hinggalah ke hari ini. Ianya adalah merupakan lombong bijih timah yang terdalam di dunia dengan kedalaman mencecah ke 2,400 kaki dan pernah mempunyai pekerja seramai 4,000 orang pada satu ketika. Hasil bijih dari Sungai Lembing ini dibawa ke Pasir Kemudi dengan keretapi. Kemudian di angkut dengan kapal asap ke Kuantan untuk dieksport ke Singapura.

UMPAMA memasuki bilik kecil yang dipasang penghawa dingin 24 jam tanpa henti, begitulah sejuknya udara di dalam terowong bijih timah ketika memasuki bekas lombong di Sungai Lembing, Pahang, kira-kira 40 kilometer dari Kuantan. Tanggapan awal mungkin suhu di dalam lombong itu panas disebabkan kedudukannya jauh ke dalam bukit dan ke dalam tanah jauh meleset kerana kawasan perlombongan yang wujud sejak lebih 100 tahun dulu sebenarnya sudah dilengkapi sistem penghawa dingin menggunakan alam semula jadi. Beberapa lubang angin yang disalut konkrit di dalam terowong itu masih kukuh dan sama sejak dikorek lebih 100 tahun dulu. Saiznya yang boleh memuatkan badan orang dewasa menghala ke puncak bukit sudah membayangkan bagaimana sistem itu berfungsi. Lubang angin itu disambungkan ke terowong utama di permukaan sebelum disambungkan ke terowong menegak ke bawah tanah. Ia bertujuan memastikan udara panas di dalam terowong sentiasa bertukar ganti dengan udara baru yang masuk secara automatik melalui lubang di puncak bukit. Jika sistem pengudaraan di dalamnya teruk, sudah pasti beribu pelombong yang bekerja di situ akan sesak nafas. Situasi sekarang jauh berbeza kerana ada pelombong dibekalkan tabung oksigen bagi kes kecemasan tetapi kemudahan itu masih belum wujud pada ketika itu. Kayu yang digunakan sebagai penahan hakisan di terowong daripada jenis kayu cengal juga masih kukuh dan menurut beberapa bekas pelombong, kayu itu masih boleh bertahan hingga 50 tahun lagi.

Lokomotif membawa bijih keluar dari lombong. Satu fakta penting ialah Sungai Lembing adalah bekas lombong tertua, terpanjang dan paling dalam di dunia pada waktu itu, iaitu sedalam 971 meter (2,400 kaki). Sehingga tahun 1915, keseluruhan kawasan pembangunan meliputi kawasan seluas 40 batu dan lombong paling dalam iaitu ‘Nicholsons Shaft’ telah sampai ke aras 12,000 kaki dari permukaan. Mungkin ramai yang beranggapan hanya terdapat satu lombong bijih timah di Sungai Lembing yang dikendalikan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), hakikatnya dalam lingkungan lapan batu persegi Sungai Lembing terdapat sembilan lombong berasingan.

Jika diambil kira jarak perjalanan jalan darat dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang, dianggarkan lebih 300 kilometer (km). Ini bermakna, sejak lebih 100 tahun dulu, sudah ada laluan terowong bawah tanah yang sama panjangnya dengan laluan itu yang berpangkalan di Sungai Lembing. Ketika ini, jika memasuki bekas tapak lombong yang terletak di kawasan bukit, pengunjung akan menemui dua pintu masuk dipanggil Muka Lombong yang turut menempatkan bekas tapak rumah jurutera di atasnya tetapi laluan itu ditutup kerana dianggap tidak selamat. Bersebelahan dengannya terdapat bekas bilik kecil di dalam bukit yang menempatkan ruangan mengisi granit, sejenis bahan letupan memecahkan batuan. Bilik itu juga mempunyai satu sistem lubang angin dan mempunyai dua lapisan pintu bagi tujuan keselamatan. Agak menyedihkan, ketika ini, bekas lombong yang pernah menjadi lubuk rezeki kepada lebih 30,000 pekerja, penduduk tempatan dan sekitar kawasan itu boleh dikatakan tidak terjaga sepenuhnya. Cuma tinggal sebuah muzium, tinggalan bangunan lama, bekas tapak kilang yang hampir musnah dan rumah kongsi serta deretan kedai lama. Ketika zaman kegemilangan perlombongan bermula tahun 1886 selepas orang Eropah menguasai aktiviti di situ, British telah merancang bandar Sungai Lembing dengan sempurna termasuk menyediakan hospital muatan 85 katil pesakit, wad bersalin dan kanak-kanak. Pada 1966, kira-kira 85,000 pesakit luar mendapatkan rawatan di hospital itu termasuk bukan kakitangan syarikat. Rumah kongsi dibina untuk kakitangan dan bekalan air serta elektrik disediakan dengan sempurna dan percuma. Pada 1948, sebuah sekolah rendah Inggeris, sekolah menengah Inggeris dan sebuah sekolah persendirian Cina dibina oleh syarikat bagi menampung kira-kira 2,000 orang murid di situ, bahkan di era kemuncaknya sekitar 1950-an hingga awal 1980-an, pekan Sungai Lembing mempunyai lebih 40 deretan bangunan kedai yang sentiasa sibuk dengan kegiatan harian. Pekan itu menjadi pusat perdagangan dan perniagaan terpenting di Pahang ketika itu dengan menjual pelbagai barangan keperluan, termasuk barangan bebas cukai. Tinggalan sejarah menggambarkan kepentingan bandar ini di zaman kegemilangannya. Kepentingan bandar ini mewujudkan satu sistem pengangkutan yang baik dengan bandar Kuantan. Berdasarkan situasi sekarang, yang ada cuma deretan kedai lama yang masih dikekalkan sebagai tarikan sejarah manakala bekas tapak kilang langsung tidak terurus. Laluan masuk melalui ‘muka lombong’ disahkan tidak selamat dan pelawat terutama pengkaji dan pihak berkuasa tempatan hanya dibenarkan masuk melalui pintu belakang. Agak menyedihkan, tinggalan itu termasuk bekas generator menjana kuasa elektrik untuk seluruh bandar Sungai Lembing dibiarkan begitu saja, bangunan kilang masih kukuh tetapi tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun, ia akan terbenam dalam runtuhan kerana kedudukannya di lereng bukit terdedah kepada hakisan. Ia sepatutnya dijaga dan dijadikan tarikan pelancongan, bukan setakat melihat kesan tinggalan di muzium tetapi lebih menarik jika pengunjung dibawa masuk ke dalam terowong dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik disambung ke dalam laluan. Info: 9 lombong di Sungai Lembing. • • Lombong Willinks: paling besar dan penting, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: i. Willinks Kabang, ii. Willinks Simons dan iii. Willinks Myah Lombong Gunung.

• • • • • • • •

Lombong Pollocks. Lombong Teagues. Lombong Jeram Batang. Lombong Semeliang. Lombong Lama Gagak. Lombong Creek Gakak. Lombong Watet Fall. Lombong Hiltop.

Lombong ini dihubungkan dengan Sungai Lembing melalui jalan raya dan jalan kereta api. Lombong bijih tinggal nostalgia SELEPAS Perang Dunia Kedua, beberapa perkembangan drastik berlaku di Tanah Melayu termasuk pengisytiharan kemerdekaan pada 1957. Pajakan lombong di Sungai Lembing juga berakhir pada 1968. Satu perundingan dijalankan antara Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk mendapatkan satu pajakan baru dan PCCL berjaya mendapat satu konsesi baru selama 21 tahun bermula 1 Julai 1965. PCCL terus menjalankan operasinya dengan memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti pemodenan ‘rumah kuasa’, memperbaiki sistem aliran udara, menggunakan pam yang lebih baik dan kabel elektrik bertekanan tinggi. Bagaimanapun, pada 1987 operasi perlombongan diberhentikan secara rasmi akibat kejatuhan harga bijih timah dunia. Akibat penutupan itu, penduduk mula berhijrah dan bermulalah detik Sungai Lembing menjadi sebuah bandar yang sunyi. Ia banyak mengubah wajah dan suasana, daripada sebuah pekan yang sibuk kepada sebuah pekan yang sepi. Kemegahan Sungai Lembing yang dulunya dikenali sebagai pekan termoden hanya tinggal nostalgia dan menjadi kenangan kepada bekas pekerja lombong bijih timah dan penduduk asal kawasan ini. Kini, Kerajaan Pahang berusaha membangunkan kembali bandar Sungai Lembing menjadi Bandar Warisan yang bakal memberikan tarikan kepada pelancong. Ini disebabkan bandar ini banyak meninggalkan kesan sejarah dalam aktiviti perlombongan bijih timah. Ketua Unit Pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Sungai Lembing, Ishak Zaidin, berkata secara keseluruhannya, taraf perkhidmatan sosial, awam dan kemudahan infrastruktur agak rendah dan tiada pengurusan yang rapi sejak kegiatan perlombongan Sungai Lembing ditutup. “Semua kemudahan ini memerlukan peningkatan dan pembaikan semula supaya bandar Sungai Lembing boleh dijadikan sebagai satu kawasan kediaman selesa. Penutupan aktiviti perlombongan bukan saja membekukan pembangunan infrastruktur malah ia juga menjadi punca kawasan ini terabai.

“MPK menjadikan kawasan Sungai Lembing sebagai zon pelancongan yang berasaskan ‘Historical Park’ kerana terdapat banyak bekas lombong bijih timah dan terowong lama. Ia memang dalam perancangan kita menghidupkan semula bandar ini,” katanya. Ketika Berita Minggu memasuki kawasan itu, laluan utama ke bandar itu juga sedang dibina sebuah pintu gerbang sebagai mercu tanda pengunjung sebenarnya memasuki kawasan yang pernah tercatat dalam sejarah dunia. Selain itu, MPK juga merancang menjadikan Sungai Lembing sebagai kawasan Pusat Pertumbuhan Utara Pantai Timur menjelang 2020. Bekas pekerja lombong, Mohamad Sharif Mohamad, 60, dan rakannya, Mohamadd Din Ibrahim, 63, menyifatkan Sungai Lembing sebagai ‘Pekan Kecil Bertamadun’ dan menyimpan seribu kenangan kepada mereka dan penduduk tempatan. Mohammad Sharif berkata, terlalu berat membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain selepas lombong ditutup kerana hatinya sudah jatuh cinta dengan kenangan, kemeriahan, kebanggaan sebagai penghuni di situ. Info: Kaedah perlombongan Sungai Lembing • • • Melombong bawah tanah dijalankan secara menggerudi batuan menggunakan bahan letupan. Kaedah ‘cut and fill’ paling lazim digunakan. Lokomotif berkuasa bateri dan diesel digunakan menarik gerabak berisi ketulan batu ke kilang memproses terletak berhampiran kawasan lombong. Pusat stesen kuasa yang terletak berhampiran dengan Lombong Willinks mempunyai enam set jana kuasa enjin diesel dan setiap satu unit berkuasa 1,500 kuasa kuda. Kilang pemprosesan syarikat PCCL mempunyai lapan dandang stim berkuasa 1,515 kuasa kuda, enam peratus daripada kuasa elektrik digunakan untuk mengepam air dari lombong Willinks dan Myah. Stesen mengepam air mempunyai enam buah pam yang berkuasa 350 kuasa kuda yang mampu mengepam sebanyak 600 gelen air seminit pada paras setinggi 385.5 meter.

Sungai Lembing
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebar itu. Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau ditepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.

Isi kandungan
[sorok]
• • • • •

1 Sejarah ringkas 2 Muzium Sungai Lembing 3 Terowong bawah tanah 4 Ekonomi 5 Rujukan

[sunting] Sejarah ringkas
1920 - 1950 Sungai Lembing menjadi pengeluar bijih timah utama negeri Pahang Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan el Dorado yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Para pekerja Pahang Consolidated Company Ltd diberikan peluang membeli-belah barangan import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasut Clarks dan jauh lebih murah berbanding di Kuantan. Sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi dewan orang ramai. Antara yang pernah tinggal di sini ialah Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek .[1]

[sunting] Muzium Sungai Lembing
• 2001 mula dibuka kepada pengunjung. Luas kawasan muzium ini 2.235 hektar.


1906-1986 Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL). 1911 Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan senibina kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu. 1941-1945 pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun. Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya . Antara yang menarik ialah diorama dalam lombong bawah tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah. Pelombong ketika itu terpaksa menggunakan topi keselamatan, lampu kabaid dan lampu berkuasa bateri sahaja. Keberanian bekerja dalam terowong amat penting. Keselamatan menjadi perkara kedua.

• •

[sunting] Terowong bawah tanah
Terowong bawah tanah atau 'pengkang' dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi. Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter. Pengunjung biasa tidak dibenarkan mengunjungi terowong kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing itu tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan, ditenggelami air dan boleh runtuh pada bila-bila masa. Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang meninggal dunia ketika membina terowong dan mencari gali bijih.

[sunting] Ekonomi
Selain kemudahan asas, di kawasan Sungai Lembing terdapat ladang sawit yang menggantikan tanaman getah.

MENDULANG (MELANDA) Mendulang atau melanda merupakan satu daripada beberapa cara yang ulung untuk mendapatkan mineral-mineral dan bumi. Di Semenanjung Malaysia, lesen-lesen melanda hanya diberikan kepada kaum wanita. Kira-kira 350,000 kilogram timah pekat dapat dilanda oleh pelanda-pelanda setiap bulan. Dulang-dulang juga digunakan apabila menyelidiki tanah dalam usaha mencari timah bagi mengasingkan timah pekat dan lain-lain bahan dalam tanah yang sedang diselidiki untuk menentukan sama ada ekonomik untuk melombong timah di situ. Mendulang adalah cara terulung melombong timah pekat dan dasar-dasar pantai atau sungai dan kawasan-kawasan "tailings". Bijih timah (pekat) yang lebih berat tinggal di dalam dulang, sementara lumpur dan tanah berputar dengan air dan melimpah keluar dan pinggir dulang. GubukTimah Bijih timah yang digali dan lombong itu diangkut ke loji penapisan atau lebih dikenali sebagal gubuk timah di mana ia diproses dengan lebih lanjut lagi untuk meninggikan kepadatan timah. Bijih timah tersebut dibasuh dan diasingkan dan lain-lain mineral yang ada bersama seperti ilmenit, yang dikenali setempat sebagai amang, dan kolumbit, monazit dan zirkon sebelum diisi ke dalam beg-beg khasnya. Peleburan Melebur ialah satu proses di mana bijih timah yang sebenarnya Oksida Timah itu, dipanaskan dan timah bersihnya dipisahkan. Ini dilakukan di dalam relau dan proses melebur itu memerlukan bukan saja bijih timah tetapi juga bahan api dan arang batu serta batu kapur. Di Malaysia terdapat jumlah batu kapur yang secukupnya tetapi bukan bahanapi dan arang batu yang akhirnya harus diimport. Bijih timah dibawa dari lombong ke relau peleburan. Sebuah tempat peleburan seperti ini terdapat di Malaysia terletak amat berhampiran sekali dengan pelabuhan utama Pulau Pinang untuk mengurangkan kos pengangkutan. Selepas peleburan petak-petak besar timah pekat yang disebut jongkong itu dieksport ke bahagian-bahagian lain dunia terutamanya England dan Amerika Syarikat. Di sana kebanyakan dan timah itu diproses menjadi plat timah dan bekas-bekas untuk menyimpan buah-buahan dan sayur-mayur diperbuat. Mencarigali timah Sebelum sesuatu keputusan dicapai sama ada akan membuka lombong timah atau tidak kawasan berkenaan harus diselidik dulu dan kerja-kerja menggerudi tanah dilakukan untuk mengetahui kadar bijih timah dalam tanah di kawasan tersebut dan menganggarkan sama ada operasi-operasi melombong dijangka boleh menguntungkan. Contoh-contoh tanah yang di bawah permukaan bumi itu akan diperolehi di dalam sebuah tabung kosong yang berada di dalam alat menggerudi melalul injap satu-hala.

Alat menggerudi tanah itu dihentak jauh ke datam tanah dan dan contoh-contoh tanah yang dilintasi oleh alat menggerudi itu, peratus bijih timah dalam satu ela padu (0.76 meter padu) tanah dapat dihitung. Sekiranya terdapat bijih timah yang mencukupi yang boleh menguntungkan jika dilombong hash dan penggerudian awalan itu maka, kawasan berkenaan akan digerudi dengan lebih kerap dan secara sistematik lagi pada jarak-jarak yang Iebih dekat lagi, untuk menganggarkan isi timah di seluruh kawasan tersebut dan untuk mendapatkan satu penilaian yang tepat dan mana kos-kos dan keuntungan-keuntungan melombong kelak dapat dianggarkan pula. Ada dua cara mencarigari timah iaitu dengan menggerudi cara bank dan mekanik. Kegunaan utama timah Plat timah Kaleng Makanan Bekas tanpa tutup dan am; kaleng makanan binatang peliharaan. Untuk minyak, bahan kimia, cat, kosmetik dan keluaran lain yang bukan makanan. Tutup skru, tutup pulas, gabus penutup dan lain-lain. Kereta, penggunaan radio dan elektrik; meter gas; kejuruteraan ringan am dan kerja percetakan Kelengkapan dapur dan tenusu; papan tanda peragaan dan pengiklanan; barang mainan. Kelengkapan memproses makanan dan pengangkutan; ke!engkapan memanas air dan perkakas dapur; kelengkapan elektrik dan elektronik; tanda harga, mata kancing dan pengikat; wayer keluli dan tembaga, piston dan bahagian pam. Kelengkapan elektrik dan elektronik; pemadam api; kelengkapan gas dan tangki bahan api; plat sadur timah. Barang-barang kelontong; perkakas dapur dan perhiasan, salutan-dalam bagi salutansatutan logam lain. Komponen alatan dan radas; barang-barang kelontong; pemantul; litar tercetak. Kelengkapan hidraulik; kelengkapan elektrik; komponen kereta dan motorsikal; pemadam api. Keranjang; paip; tiub boleh kempes; fius; kaji logam serbuk. Industri elektrik dan elektronik; bekas logam; kerja paip; radiator kereta dan penukar haba; semua kerja menyambung logam. Kejuruteraan laut kimia dan am; bearing dan busy; pam; alatan muzik; sen bina; duit syiling.

Bearing dan busy; barang kemas tiruan; tuangan kejituan; paip organ; piuter dan kerja seni. Alat renjis; penggera dan keselamatan; alat pateri takat lebur rendah; tutup logam; industri tekstil; perkakas cetak; acuan. Bearing; tuangan pam. Perlitik; besi tahan haus dan haba. Logam percetakan dan tuangan acuan; abi pergigian, abi logam nadir. Kaca apung; sebatian kedap; sistem rintangan pengoksidaan. Mangkin dan agen penurunan; pelegap dan pewarna; elektro mendapan; ubat veterinar; penyaduran dengan perak; salutan kaca; ubat gig dan sabun. Mangkin ; penstabil; racun kulat; racun serangga; disinfektan; perantaraan kimia Keistimewaan timah kepada Ekonomi Malaysia kita Seperti yang telah disebut terdahulu , banyak dan pusat-pusat bandar di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung dapat membangun akibat dari industri pertombongan. Sehingga akhir-akhir in eksport mineral-mineral merupakan satu dari dua hasil pendapatan utama pertukaran wang asing bagi negara ini dan menjadi punca pendapatan yang amat mustahak bag Kerajaan, jauh melebihi dari agihan sejajarnya di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDN K). Industri timah sahaja menyumbangkan sejumlah $5,465.3 juta dari tahun 1898 hingga 1983 kepada Kerajaan Malaysia, melalui bayaran duti eksport ke atas timah padat. Hari ini, eksport mineral-mineral masih memainkan peranan penting walaupun kemajuan-kemajuan kebelakangan ini telah membolehkan industri-industri lain mendahului industri mineral dalam sumbangannya terhadap ekonomi negara. Oleh sebab industri perlombongan bukanlah satu industri yang memerlukan ramai buruh, maka sumbangannya terhadap arena pekerjaan agak kecil sedikit. Pada akhir tahun 1981, sejumlah kira-kira 35,198 orang adalah pekerja-pekerja Iangsung kepada syarikat-syarikat perlombongan timah berbanding dengan angka jumlah pekerjaan sebanyak kira-kira 5.3 juta bagi seluruh negara. Bagaimanapun, angka 35,198 ini tidak termasuk bilangan besar pekerja-pekerja yang diambil oleh kontraktor-kontraktor yang mengendalikan kerja-kerja pengautan tanah yang luas, pembinaan dan kerja-kerja mencarigali timah dalam industri perlombongan. Tambahan pula, ia tidak meliputi pekerjaan yang disediakan oleh syarikatsyarikat melebur timah, kilang-kilang penuangan besi, pusat-pusat pembilasan amang, pusat-pusat kerja kejuruteraan, perunding-perunding perlombongan, syarikat-syarikat pengurusan, pembekal-pembekal peralatan dan lain-lain pertubuhan yang memberi khidmat kepada industri ini. Maka adalah munasabah untuk menganggap bahawa jumlah pekerjaan yang disediakan secara langsung dan tidak langsung oleh industri perlombongan sahaja melebihi 100,000. Perlu dingat bahawa di samping kebanyakan daripada pekerja-pekerja tinggal di pusat-pusat perlombongan yang utama atau yang berhampiran dengannya, maka sebarang gangguan besar dalam industri perlombongan akan mengakibatkan masalahmasalah sosial dan ekonomi yang besar di kawasan-kawasan berkenaan.

Pekerjaan yang disediakan oleh industri perlombongan juga penting dalam erti kata ia merupakan satu-satunya dan hanya beberapa jenis pekerjaan berbentuk industri yang boleh membantu menyekat penghijrahan masyarakat luar bandar ke pusat-pusat bandar dalam usaha mereka untuk mendapat pekerjaan. Perlombongan kebiasaannya wujud di kawasankawasan luar bandar atau separuh luar bandar dan, oleh sebab itu memberikan sumbangan yang penting kepada pekerjaan luar bandar. Di samping menyediakan pertukaran wang asing dan pekerjaan kepada negara, industri perlombongan juga telah memajukan satu tahap teknologi yang agak besar di dalam negara mi. Pekerja-pekerja dalam industri mi dan lain-lain industri sampingannya seolah-olah menunjukkan satu tahap kemahiran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan industriindustri yang sama di kebanyakan negara-negara yang lain. Lagipun, Malaysia telah dan masih lagi berterusan diiktiraf sebagai jagoh di dunia in dalam bidang perlombongan timah aluvium dan industri perlombongan Malaysia masih kekal dalam kemampuan untuk mendapatkan timah dan muka buminya dengan tahap kos yang jauh lebih rendah dan apa yang dialami oleh rakan-rakan sejawatnya di negara-negara lain.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->