You are on page 1of 2

CONTOH 9-KARANGAN PENDAPAT

Kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan negara sering diperkatakan. Berikan


pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah
ini.

Kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan negara sering menjadi tajuk berita dalam
media massa. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam sukan permainan
dan juga olahraga. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia
kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Pihak yang berkenaan
haruslah mengambil inisiatif yang berkesan bagi meningkatkan mutu sukan negara dan
seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.

Antara langkah untuk meningkatkan kualiti sukan negara adalah dengan memberi
insentif kepada atlet yang memenangi sesuatu pertandingan.Hal ini berlaku demikian
kerana ganjaran yang diberikan kepada atlet negara tidak setimpal dengan usaha yang
dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, pemain dan atlet yang diberikan insentif tadi
akan lebih bersemangat untuk menempa kejayaan untuk negara. Tamsilnya, Majlis
Sukan Negara boleh menganugerahkan hartanah, wang atau saham kepada kepada
mereka yang berjaya. Selagi tiada insentif diberikan kepada mereka, sudah pasti
hasrat untuk melonjakkan mutu sukan negara akan terbantut.

Selain itu, bilangan jurulatih yang berkaliber hendaklah ditambah.Hal ini kerana
kebanyakan jurulatih yang sedia ada tidak menunjukkan komitmen yang yang tinggi
dan kurang berpengalaman dalam melatih atlet. Dengan penambahan jurulatih yang
berkaliber, atlet-atlet akan menjadi lebih mahir dalam bidang sukan yang diceburi
oleh mereka. Sebagai contoh, Misbun Sidek merupakan seorang jurulatih yang
berkaliber kerana telah melahirkan jaguh dunia dalam sukan badminton seperti Datuk
Lee Chong Wei. Jelaslah bahawa mutu sukan negara akan terus merosot sekiranya
bilangan jurulatih yang berkaliber tidak ditambah.

Langkah seterusnya adalah dengan menaik taraf prasarana sukan di seluruh negara
terutama di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku demikian kerana pada masa
sekarang kemudahan prasarana sukan kurang disediakan di kawasan tersebut.
Prasarana sukan yang lengkap dapat membantu atlet berlatih dengan selesa dan
efektif serta dapat mencungkil bakat dari kawasan tersebut. Sebagai contoh,
kemudahan sukan seperti gimnasium, kolam renang, stadium dan sebagainya tidak
disediakan di kawasan luar bandar. Selagi kemudahan sukan tidak disediakan secara
menyeluruh di semua kawasan, selagi itulah isu ini akan terus berlanjutan tanpa
penyelesaian yang konkrit.

Konklusinya, pelbagai usaha dapat dilakukan bagi mengatasi masalah kemerosotan


mutu sukan negara. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disiplin
diri dan bermotivasi tinggi semasa sesi latihan dijalankan. Jika semua pihak
berganding bahu untuk menangani masalah ini, sudah tentu kualiti sukan negara akan
dapat ditingkatkan.Jelaslah bahawa usaha yang proaktif perlu diambil segera demi
meningkatkan mutu sukan negara.

350 patah perkataan

Hasil penulisan pelajar-pelajar 3 Cempaka 2008

You might also like