P. 1
Modul Lab 2 Team Building

Modul Lab 2 Team Building

|Views: 5,514|Likes:
Published by ami15_sakura

More info:

Published by: ami15_sakura on Sep 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/06/2013

pdf

text

original

DINAMIKA KELOMPOK

(KKG 2013) MODUL : TEAM BUILDING
DISEDIAKAN OLEH : SITI HAMIZAH BT ROBIAN NURUL AINA BT MOHD YAAKUB DISEDIAKAN UNTUK : EN. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR
Masa: 08.00pm – 10.00pm Hari : Rabu Tempat : Makmal 2
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK

D20071028888 D20071028900

MODUL LATIHAN

1

DINAMIKA KELOMPOK BERSTRUKTUR TEMA : TEAM BUILDING

1.0 KUMPULAN SASARAN Aktiviti modul ini sesuai untuk semua golongan. Modul ini bertujuan untuk menguji peserta dalam memahami dan meningkatkan kemampuan diri dari segi membuat keputusan dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan untuk menyelesaikan setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan demi mencapai kejayaan. Ia juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri setiap ahli. Hal ini kerana aktiviti pertama melibatkan aras pemikiran yang agak tinggi untuk diselesaikan. Sementara itu, aktiviti kedua pula melibatkan pemikiran dan idea yang kreatif daripada setiap ahli dalam kumpulan. 2.0 SINOPSIS Mendedahkan para pelajar kepada sikap bekerjasama, toleransi dan bersatu dalam kumpulan. Mereka juga didedahkan untuk memegang rasa tanggungjawab dalam setiap keputusan yang diambil dengan sempurna dan mantap bagi mencapai sesuatu matlamat dalam kumpulannya. Hal ini juga dapat mencerminkan peristiwa sebenar kepada mereka semua apabila berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran dalam dunia yang sebenar. Hal ini kerana, sikap bekerjasama amat penting dalam mencapai sesuatu matlamat yang akan dirancang. Mereka juga akan didedahkan dengan kemahiran dalam membuat perancangan yang sempurna bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, kumpulan akan lebih kukuh dan sebarang aktiviti modul dapat berjalan dengan lebih lancar sekiranya terdapat kepercayaan dan rasa tanggungjawab yang ditanggung bersama dalam suasana sukar dan senang. Sokongan, galakan dan kata semangat di antara setiap ahli juga sangat penting dalam aktiviti. Kesemua faktor ini secara langsung menjadikan kumpulan itu lebih dinamik, produktif dan sentiasa bersaing untuk menempuh kejayaan demi kejayaan dalam sebarang aktiviti yang mereka lakukan. Di samping itu, modul ini bertujuan untuk menguji peserta dalam memahami dan meningkatkan kemampuan diri dari segi membuat keputusan dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan untuk menyelesaikan setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan

2

demi mencapai kejayaan. Ia juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri setiap ahli. 3.0 OBJEKTIF KESELURUHAN Dalam menjalankan modul bertemakan `kerjasama berpasukan”, kami telah menggariskan beberapa objektif yang mana ianya amat diperlukan bagi mengelakkan kami daripada lari atau terpesong dari matlamat modul kami. Antara objektif-objektif kami ialah: • • • • • Membina semangat `kekitaan” untuk saling bekerjasama bagi meningkatkan prestasi melalui sikap persaingan secara positif. Mengekalkan hubungan yang sedia ada dan seterusnya menjadikannya lebih erat. Menguji daya kreativiti peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Untuk mengukuhkan kejelikitan dalam kelompok dengan cara bertukar-tukar pendapat, idea, pengalaman dan kemahiran. Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama, percambahan fikiran, pemikiran kreatif dan konsep kendiri peserta. 4.0 Kaedah : 1. Perbincangan 2. Kerjasama dalam ahli kumpulan 3. Gerak langkah 4. Menyiapkan tugasan dan pelaksanaan Aktiviti Sampingan Pelaksanaan Aktiviti : Langkah 1: Fasilitator akan mengarahkan pelajar-pelajar untuk melakukan senaman ringan dan aktiviti memanaskan badan. • Menggunakan muzik iringan iaitu “Chicken Dance”.

3

Langkah 2: Fasilitator akan membahagikan pelajar-pelajar kepada tiga kumpulan dengan mengarahkan mereka bergerak ke dalam kumpulan masing-masing mengikut nama binatang yang diberikan: • • • Ayam, 4 orang Kambing, 4 orang Kucing, 5orang

Langkah 3: Fasilitator akan meminta setiap kumpulan terbabit membuat trademark kumpulan masing-masing mengikut bunyi dan gaya binatang tersebut. Langkah 4: Kemudian, setiap kumpulan akan mendemostrasikan trademark kumpulan masing-masing. 5.0 Alatan : 1. Bola 2. Moultine Board 3. Straw 4. Kerusi 5. Kertas A4 6. Masking Tape 7. Belon 8. Penanda Buku 9. Laptop 6.0 Masa : 1 jam 30 minit Aktiviti sampingan : 20 minit Aktiviti 1 Aktiviti 2 : 25 minit : 25 minit

4

7.0 Pelaksanaan aktiviti Tajuk Aktiviti 1 TAJUK SASARAN MASA ALAT / BAHAN : Perjalanan Mencapai Kemenangan : Semua ahli dalam kelompok : 25 Minit : Bola : Moultine board : Straw OBJEKTIF : • • • • • • • • • Ahli kumpulan dapat mempraktikkan kerja secara berkumpulan Ahli kumpulan dapat belajar bersaing secara sihat untuk menjayakan rancangan yang diatur. Ahli kumpulan dapat memupuk semangat toleransi dalam berkongsi idea dan cadangan yang dikemukan di dalam kumpulan. Ahli kumpulan dapat menghayati interaksi antara budaya atau latar belakang dalam kumpulan serta dapat memupuk nilai kemesraan sesama mereka. Mewujudkan budaya kerjasama dan bertolak ansur serta saling faham-memahami di antara satu sama lain dalam kalangan ahli kumpulan. Ahli kumpulan dapat meningkatkan lagi kerjasama sesama ahli di dalam kumpulan serta mengeratkan perpaduan sesama ahli. Menggalakkan proses komunikasi yang berkesan. Melahirkan pelajar yang berpandangan jauh dan berfikir secara matang, rasional dan tenang. Menjana minda pelajar supaya mampu berfikir secara kreatif dan inovatif dalam melihat sesuatu permasalahan. 5

Membantu pelajar untuk lebih berani dan berkeyakinan untuk melaksanakan sesuatu tugas yang mencabar dengan melihat sesuatu permasalahan dari perspektif yang berbeza.

Langkah-langkah : Langkah 1 : Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar mengambil sebuah kerusi dan membentuk satu bulatan U dengan jarak yang sama. Langkah 2 : Kemudian, fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berada dalam kumpulan masing-masing. Langkah 3 : Seterusnya, fasilitator akan menyediakan sebiji bola, moultine board dan straw kepada setiap kumpulan. Langkah 4 : Kemudian, semua ahli kumpulan diarahkan untuk mengangkat sebiji bola beramai-ramai menggunakan straw dan kemudian meletakkan bola tersebut di atas moultine board dengan syarat mereka tidak dibenarkan menyentuh bola tersebut dengan tangan. Langkah 5 : Setelah bola diletakkan di atas moultine board, mereka kemudiannya diarah supaya mengangkat bola yang diletakkan diatas moultine board tersebut dan membawanya dalam satu pusingan dengan jalan yang mempunyai beberapa halangan berliku sambil menyanyikan lagu “Fikirkan Boleh” secara beramai-ramai. Langkah 6 : Fasilitator diminta memerhatikan tingkah laku peserta secara terperinci dan melihat kerjasama antara mereka sama ada positif mahupun negatif. Falsafah : 1) Kerjasama amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan. 2) Perancangan yang teliti akan menghasilkan sesuatu kerja yang baik. 6

3) Daya kreativiti yang tinggi akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. 4) Perancangan aktiviti amat penting untuk memastikan matlamat tercapai. 5) Setiap perancangan dan kerja akan menghasilkan kejayaan apabila mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Tajuk Aktiviti 2 TAJUK SASARAN MASA ALAT / BAHAN : Menara Bata : Semua ahli dalam kelompok : 25 Minit : Kertas A4 : Masking Tape : Belon : 5 Bongkah Batu-bata OBJEKTIF : • • • • • Dapat mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli dalam kumpulan. Membina kumpulan, menguatkan fizikal, menggalakkan pencapahan minda dan keseronokkan. Menggalakkan persepakatan dan perpaduan sesama ahli dalam kumpulan. Mewujudkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap ahli untuk menyelesaikan tugasan

.

7

Arahan : 1. Setiap kumpulan diberi 4 keping kertas A4. 2. Dalam masa 10 minit, setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah binaan yang kukuh mengikut kreativiti mereka sendiri. 3. Syaratnya, kertas A4 tersebut tidak boleh direnyukkan. 4. Selain itu, binaan tersebut mestilah boleh menampung berat sekurang-kurangnya 5 bongkah batu-bata.. 5. Kumpulan yang gagal akan diberi dendaan sementara yang menang juga mendapat habuan. 6. Selesai melakukan aktiviti tersebut, ahli kumpulan diberi peluang untuk menyatakan pengalaman dan perasaan mereka sepanjang berada dalam kumpulan dan menjalani aktiviti tersebut. Tips :  Denda akan diberi kepada kumpulan yang kalah dengan meniup belon sehingga pecah setiap seorang satu biji belon.  Pemenang tidak dibiarkan menjadi penonton sebaliknya diminta untuk membuat sebarang bunyi atau bertepuk tangan sebagai sokongan kepada kumpulan yang kalah. Falsafah : 1) Kemampuan manusia mampu digembleng untuk mendapatkan yang terbaik. 2) Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. 3) Kehidupan manusia tidak semesti seperti yang diharapkan umpama " disangka hujan sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari ". 4) Sikap berjimat menjamin keberkesanan pengajaran.

8

________________________________________________________________________ “RENUNGAN” “Tidak ada orang yang berjaya dalam keadaan dirinya tidak pernah bersedia untuk berjaya, kalau dia ‘berjaya’ itu bukan kejayaan tapi kebetulan”. “Mempercayai diri kita lemah, sebelum betul-betul terbukti kita lemah adalah kelemahan kita yang paling lemah”.

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->