P. 1
Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

Penjagaan Dan Penuaian Tanaman.

|Views: 4,694|Likes:
pertanian- penjagaan dan cara menuai - abdul murad abd hamid -smk sri rahmat, johor bahru
pertanian- penjagaan dan cara menuai - abdul murad abd hamid -smk sri rahmat, johor bahru

More info:

Published by: abdul murad abd hamid on Sep 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/04/2013

pdf

text

original

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN ( Nota Guru

)
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM: Mempelajari dan memahami kerja-kerja
pengurusan dan penuaian tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS: Selepas mempelajari tajuk ini pelajar akan
dapat; Menyenarai jenis dan contoh-contoh serta kandungan nutrien bagi baja yang popular digunakan dalam pengurusan tanaman. Menerangkan kaedah-kaedah membaja tanaman Menyenarai dan menerangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis pemangkasan tanaman. Menerangkan cara-cara memangkas tanaman. Menerangkan tanda-tanda serangan perosak dan penyakit tanaman. Menerangkan cara-cara mengawal perosak dan penyakit.

1.0

PENGENALAN Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan

hasil yang lumayan dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu. Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat cukup keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi. Di samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari tanaman yang bebas dari serangan perosak dan penyakit serta tidak terdapat gangguan persekitaran dan sentiasa di pangkas bagi menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita fahamnya untuk

mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang di tanam itu perlu di jaga. Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman yang dilakukan selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut hasil. Kerja penjagaan tanaman ini umumnya sama untuk semua jenis tanaman, tetapi ada tanaman yang memerlukan kerja penjagaan yang agak spesifik seperti pokok kacang panjang perlu kepada panyediaan pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu kerja-kerja memancang.

2.0

PEMBAJAAN Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa

pembajaan.Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok. Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan

memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah. 2.1 Baja Terdapat dua jenis baja iaitu: a) Baja Organik Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya. b) Baja Kimia Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya. 2.2. CARA MEMBAJA

a) Cara taburan Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayursayuran. Siram dengan mencukupi. b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement) Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain. c) Baja permukaan(Top dressing) Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se

tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar. d) Pembajaan sisi (side dressing) Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja. e) Pembajaan berpoket (pocket placement) Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubanglubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm. f) Penyemburan daun (foliar application) Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuperum, zingkam, feram, boron, dan

molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

3.0 PEMANGKASAN

Pemangkasan ialah membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara yang teratur berasaskan pengetahuan mengenai pertumbuhan tanaman supaya pokok boleh tumbuh seperti yang dikehendaki. 3.1 Tujuan pemangkasan Tujuan pemangkasan ialah seperti berikut: • • • • • Mengawal saiz tumbuhan Mengurangkan transpirasi. Mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar. Mengalakkan pengeluaran bunga dan buah. Mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang rosak, mati dan berpenyakit. • • diingini. 3.2 Jenis Pemangkasan Terdapat tiga jenis pemangkasan yang biasa dilakukan iaitu : a. Pemangkasan membentuk Meninggikan nilai estetik. Membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang

bahagian yang

Ia dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok yang tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya mengekalkan tunas utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan dibiarkan tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki. b. Pemangkasan rutin atau biasa. Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti Bougainvillea, Jambul Merak atau Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun, pastikan tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak dipangkas, ia akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk yang liar. c. Pemangkasan pemulihan Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal atau batang utama. Ini bertujuan untuk mengalakkan batang/ dahan baru tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan pokok tersebut.

3.3

Cara Pemangkasan

Cara pemangkasan ialah seperti berikut: α) Dahan yang tua - Potongan dibuat hampir sama dengan tunas dan menyerong supaya air tidak bertakung. β) Dahan yang besar - Menggunakan kaedah 3 kali keratan.

Dilakukan dengan memotong dahan di bahagian bawah 25 cm dari pangkal batang diikuti dengan pemotongan kedua di bahagian atas dengan jarak 5 – 8 cm dari keratan pertama. Apabila dahan jatuh lakukan keratan yang ketiga di pangkal dahan. 3.4 Masa pemangkasan

Sebaik-baiknya dilakukan pada musim pertumbuhan aktif iaitu di akhir musim kemarau dan selepas musim bunga atau buah. Rawatan luka setelah melakukan pemangkasan, bahagian yang luka perlu disapu dengan ubat atau cat `coal tar`, `Santa SM` atau ubat-ubat lain untuk mengelakkan serangan kulat. 3.5 Langkah-langkah kerja memangkas: 1. Gunakan peralatan yang tajam. 2. Kenal pasti dahan yang akan dibuang. Sediakan peralatan pemangkasan seperti di senaraikan.

3. bawah

Pangkas di bahagian atas tunas baru dan condong ke berlawanan arah tunas. Pangkas dengan licin dan bersih

untuk mengelakkan air bertakung. 4. 5. kedua dan ketiga untuk mendapatkan dua atau tiga tunas seragam selepas pemangkasan. 6. Pangkas pucuk dan dahan untuk menghadkan mengekalkan saiz dan bentuk yang dikehendaki. 7. Beberapa contoh pemangkasan adalah seperti yang Dahan-dahan yang perlu di pangkas ialah dahan yang berpenyakit, dahan yang bersilang antara satu sama lain, dahan yang tumbuh menghala ke dalam, dahan yang tumbuh menghala ke bawah, sulur atau tunas air dan tangkai bunga serta buah. ditunjukkan. pertumbuhan serta Sapu cat atau Santa A pada tempat yang dipangkas. Buat takuk kecil di bawah tunas teratas, di atas tunas

4.0

KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK Kesuburan tanaman sering diancam oleh pelbagai jenis perosak.

Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan. 4.1 Jenis Perosak

Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa menyerang tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang, kumbang, ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama, mamalia seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga yang sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan jenis menghisap 4.2 Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah : • • • • • • Daun berlubang –lubang atau koyak. Najis serangga bertaburan. Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok. Akar terpotong atau menjadi pendek. Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk. Getah atau cecair kelihatan meleleh.

4.3

Tanda-tanda serangan perosak jenis menghisap : o Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati. o Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik. o Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun, buah atau batang.

4.4

Tanda-tanda serangan virus :

• • •

Pertumbuhan pokok terbantut. Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut. Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di permukaan daun.

4.5

Tanda-tanda serangan kulat : • • • • • • • • • Karat di daun. Layu di seluruh pokok. Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang. Busuk dan reput di batang, buah atau bunga. Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik. Tanda-tanda serangan bakteria : Keseluruhan pokok layu. Bahagian daun berbintik-bintik. Pokok kelihatan buruk dan reput.

4.6

Cara-cara mengawal perosak tanaman

Terdapat LIMA cara iaitu: •Kawalan Fizik Kaedah perosak di kawal secara fizik seperti menggunakan jaring, guna penutup buah, Sekatan tingkah laku seperti suara bising atau orang-orangan, mengutip dengan tangan dan menggunakan pancaran radioaktif. • Kawalan Kultura

Kaedah mengawal perosak dengan menggunakan amalan menanam yang betul. Contohnya seperti amalan giliran tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan varieti yang tahan dan mengamalkan kaedah penjagaan yang sempurna. • Kawalan biologi Kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa. Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan rembesan yang boleh memusnahkan nematod. • Kawalan kimia Kaedah mengawal perosak menggunakan racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan. Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl, Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama boleh menggunakan racun hamama Ortus. Penyemburan sesuai dilakukan dua minggu sekali. • Kawalan secara undang-undang Kaedah mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang di tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarantin, Pensijilan bebas dari punca merebaknya perosak seperti larangan menternak siput gondang di kawasan padi.

4. 7 Penyakit-penyakit

Penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat seperti penyakit Bintik, Layu, Reput dan mati rosot adalah di sebabkan oleh bakteria. Penyakit yang disebabkan oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok berdebu, Karat Kulapok Downy dan lain-lain. Cara-cara mengawal penyakit ialah sekiranya berpunca dari serangan kulat, boleh diatasi dengan menggunakan racun kulat seperti Captan atau Benlate. Penyemburan juga sesuai dilakukan dua minggu sekali. Lain-lain kaedah kawalan ialah dengan lebih kepada amalan pengurusan yang baik seperti tidak menyiram berlebihan, Jangan menyiram lewat petang, cabut dan bakar yang diserang dan lain-lain. Perosak seperti siput babi dan lintah bulan boleh dikawal dengan menggunakan umpan beracun seperti Metadex dan Siputox. Racun ditabur di tempat yang diserang. Bakteria dan virus boleh dikawal dengan cara sanitasi terutamanya kebersihan kawasan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->