You are on page 1of 4

SMK SRI RAHMAT

81200 JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA
PEMBINAAN KOLAM IKAN
TAMAN BOTANI PENDIDIKAN KHAS

Pengenalan

Keceriaan lanskap merupakan salah bidang yang menjadi keperluan utama bagi sesebuah
sekolah agar suasana yang indah, nyaman, bersih dan menyegarkan mata memandang
akan menghasilkan pembelajaran yang kondusif .
Di samping itu, kemahiran lanskap merupakan salah satu bahagian yang diberi
perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup atau
Mata Pelajaran Vokasional Pendidikan Khas yang baru diperkenalkan.
Sehubungan itu, Kelas Pendidikan Khas mencadangkan pembinaan kolam ikan
bagi melatih pelajar membela ikan air tawar di samping bagi mengindahkan keceriaan
taman .Kemahiran menternak ikan dalam akuariaum dan kolam air tawar merupakan
bahagian utama dalam Penilaian Kerja Kursus Elektif Pertanian PMR setiap tahun.

Objektif

• Menyiapkan kesedian pelajar bagi menternak ikan dalam kolam / akuarium


seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Elektif
Pertanian.

• Melatih para pelajar membersih dan menguruskan kolam dengan teratur

• Melatih para pelajar membela / menternak ikan dengan kaedah yang betul

• Melatih para pelajar agar dapat menguruskan jadual dan perbelanjaan pengurusan
penternakan ikan.

Anggaran Kos Pembinaan


Dianggarkan sebanyak RM 350.00 diperlukan bagi membeli bahan berikut iaitu:

Bahan

1. Simen 4 kampit
2. Jubin pelbagai warna 40 keping
3. Perekat simen
4. Batu – bata merah
5. Pasir -

Tenaga kerja

Memandangkan pembinaan tersebut memerlukan dan berkaitan dengan;

• Kepakaran

• Kemahiran

• Keselamatan

• Peralatan dan perkakasan pembinaan yang mencukupi

Oleh yang demikian, pihak Panitia Pendidikan Khas mencadangkan agar menggunakan
kontraktor berdaftar agar pemnbinaan tersebut akan;

• Berjalan lancar

• Menjimatkan kos

• Menjimatkan masa dan tenaga


Sebut Harga

Bersama ini dilampirkan beberapa sebut harga berkaitan:

Tarikh pembinaan

Pihak panitia mencadangkan pembinaan dibuat pada akhir Bulan Jun 2009.

Penutup

Besarlah harapan kami agar pembinaan tersebut akan dimulakan dan disiapkan seberapa
segera .

Disediakan oleh ,

…………………………………
(PN EE KAI POH)
Ketua Penyelaras,
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran,
SMK Sri Rahmat.
PELAN BINAAN

You might also like