You are on page 1of 15

KUBANG KERANJI,

16150 KOTA BHARU, KELANTAN


PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 1 2008

NAMA : MOHD ZUHAIRI B. NAZERI


TINGKATAN : 1 MUSZAPHAR
NAMA GURU PENASIHAT :ENCIK MOHD IZANI B. CHE
ISMAIL

BI TAJUK M/S
L
1 PENGENALAN
2 OBJEKTIF PROJEK
3 STRATEGI PERLAKSANAAN
4 LAMPIRAN A : SAJAK DAN POSTER
5 LAMPIRAN B : GAMBAR SEMASA PROJEK KHIDMAT
MASYARAKAT BERLANGSUNG
6 LOKASI PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
7 TANTETIF PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
8 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG PROJEK
KHIDMAT MASYARAKAT
9 ANGGARAN KOS TEMPOH PERLAKSANAAN
PENGHARGAAN
1 TEMPOH PERLAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT
0
1 PENGHARGAAN
1
1 SUDUT REFLEKSI DAN KESIMPULAN
2
1 LAMPIRAN C : SURAT KEBENARAN UBUBAPA/PENJAGA
3
1 LAMPIRAN D : SURAT PENGENALAN DIRI MURID
4
1 KOMEN GURU
5

Saya Mohamad Zuhairie B. Nazeri merupakan murid


tingkatan 1 Muszaphar dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Long Gafar 2008. Saya dan rakan-rakan telah melibatkan
diri dalam projek Khidmat Masyarakat yang diadakan di
dewan Datuk Seri Najib. Sebab saya dan rakan-rakan
melibatkan diri dalam projek ini kerana saya ingin tahu
sebab-sebab berlakunya HIV dan juga tentang pil-pil,
dadah-dadah dan ubat-ubatan yang digunakan oleh
penagih. Maka kami pelajar-pelajar tingkatan satu
melibatkan diri dalam aktiviti ini yang dilakukan di dalam
waktu sekolah.
Tajuk Projek Khidmat Masyarakat yang dijalankan ialah
Learning to Say No “to Dadah”. Tajuk ini dipilih
memandangkan dadah satu ancaman yang cukup besar
kepada masyarakat kita khususnya golongan remaja. Oleh
itu, projek ini menyedarkan kami supaya tidak mendekati
perkara-perkara yang negatif. Tajuk ini dipilih kerana kami
ingin mewujudkan imej yang sihat di SMKLG di samping
menjaga serangan wabak berbahaya. Setelah berbincang
dengan guru penasihat kami Encik Mohd Izani B. Che Ismail
membuat keputusan mengumpul pelajar-pelajar tingkatan
satu untuk menyebar luaskan maklumat, mendengar
ceramah dan melibatkan diri dalam aktiviti melukis poster
antidadah. Projek Khidmat Masyarakat yang disertai semua
pelajar tingkatan satu berjalan dengan lancar sebagaimana
yang dirancang perlaksanaan projek ini mengambil tempoh
masa selama 6 jam.

Saya dan rakan-rakan mengikuti projek ini kerana :


1. Ingin menyebar luaskan ancaman dadah kepada
masyarakat terutamanya golongan mudah.
2. Projek Khidmat Masyarakat ini juga membolehkan
para pelajar tahu cara-cara untuk bertindak
apabila masalah ini berlaku kepada kita.
3. Projek ini juga dapat mengelakkan pelajar sekolah
daripada mengambil dadah.
4. Saya dan rakan-rakan juga dapat menyebar
luaskan ancaman dadah serta bahayanya dadah
kepada masyarakat
5. Saya dan rakan-rakan juga dapat mengetahui
cara-cara mengatasi masalah ini sekiranya
seseorang itu terjebak dengan dadah.

Sebelum Projek Khidmat Masyarakat berlangsung pelajar-


pelajar kelas 1 Muszaphar telah mengadakan pembincangan dengan
guru penasihat kami. Kami telah berbincang tentang pertandingan
melukis poster antara kelas. Hasil dalam perbincangan dengan guru
penasihat kuputusannya seperti berikut:
1. Pertandingan poster antidadah akan diadakan didalam kelas
pada 1.4.2008 sewaktu matapelajaran PSK.
2. Guru penasihat berharap kelas kami menjadi juara dalam
pertandingan poster yang akan diadakan pada 6.5.2008 iaitu
pada hari selasa.
3. Setelah berbincang dengan guru penasihat kami telah
membuat keputusan agar semua peserta yang masuk
pertandingan melukis poster menyediakan sendiri bahan-
bahan yang ingin digunakan antaranya kertas, berus lukisan,
pensil warna dan alat tulis.
4. Markah pertandingan melukis poster akan diambil dari segi
kreatif pelajar, mesej yang diambil oleh pelajar serta
kecantikan dan kebersihan lukisan yang dilukis oleh pelajar.
5. Pihak sekolah turut mendapatkan kerjasama daripada Agensi
Antidadah Cawangan Kota Bharu untuk membantu pelajar
bagi menjayakan projek ini.
6. Sekolah juga turut dapat kebenaran dari Tuan Pengetua,
Pihak Sekolah, Guru-guru Sekolah dan Ibubapa.
7. Guru penasihat kami memberi arahan kepada kami agar kami
mengambil gambar sebagai bahan sokongan untuk Folio
Khidmat Masyarakat.
8. Ketua Kelas kami iaitu Nurul Sharmeen Adlina Binti Mohamad
dan penolong ketua tingkatan kelas kami Che Nur Afiqah
Bahirah binti Che Zamri telah ditugaskan mengambil
makanan dan minuman untuk kelas 1 Muszaphar seramai 30
orang.

Projek Khidmat Masyarakat ini berlangsung di


Dewan Datuk Seri Najib SMKLG kerana lokasi ini
dapat memenuhi murid-murid tingkatan satu, guru-
guru SMKLG dan tetamu-tetamu yang diundang pada
masa itu. Di dewan ini juga ada pelbagai kemudahan
yang disediakan antaranya ialah mempunyai elektrik
yang cukup supaya projek ini berjalan dengan lancar,
kerusi yang cukup untuk guru-guru dan tetamu-
tetamu yang hadir untuk duduk. Pentas yang kecil
agar para pelakon dapat berlakon dengan baik.
Minggu Kedua (29.4.2008)
Kami diberi tajuk oleh guru penasihat kami untuk
pertandingan ini seminggu lebih awal. Saya sendiri telah
mengambil bahagian dalam pertandigan melukis poster
dengan menggunakan tajuk yang telah ditetapkan. Lukisan
yang telah siap akan dihantar kepada guru PSK dan akan
disemak oleh guru pendidikan seni SMKLG.
Minggu Ketiga (6.5.2008)
Tepat pada pukul 8.00 pagi saya dan rakan-rakan dibawa ke
Dewan Datuk Seri Najib untuk menyusun atur tempat dan
membersihkan dewan yang terlalu kotor. Pada pukul 9.00
pagi pelajar-pelajar tingkatan satu masuk berduyung-
duyung mengambil tempat duduk di dewan. Pada pukul
9.30 pagi hingga 10.30 pagi pantonin antidadah telah
dilakon oleh pegawai-pegawai Agensi Antidadah Cawangan
Kota Bharu. Daripada persembahan itu saya telah dapat
tahu bagaimana penagih-penagih dadah mendapatkan
dadah, ditangkap oleh polis dan bagaimana hukuman
dijalankan. Saya dan rakan-rakan telah mencatat pelbagai
jenis dadah dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah
dadah. Poster antidadah telah diberikan kepada pelajar-
pelajar tingkatan satu. Dari pukul 12.30 hingga 4.00 petang
pameran besar-besaran telah diadakan. Sepanjang masa itu
juga diadakan pertandingan melukis poster bagi pelajar-
pelajar tingkatan satu. Tepat pukul 5.00 petang Projek
Khidmat Masyarakat telah tamat.

MASALAH-MASALAH
YANG DIHADAPI SEPANJANG
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

Saya sebenarnya tidak menghadapi sebarang


masalah kerana :
 Maklumat dengan jelas beberapa minggu sebelum
projek Khidmat Masyarakat berlangsung.
 Pengetua dan pihak sekolah banyak memberi
kerjasama sebaik mungkin untuk projek khidmat
masyarakat ini.
 Selain itu, pihak sekolah juga telah menyediakan
bahan yang baik seperti persediaan dewan,
makanan dan minuman, alat tulis dan sebagainya.
 Tetapi sedikit masalah sumber rujukan untuk saya
membuat folio.
 Masalah yang ditimbul oleh pelajar tingkatan 4 dan
5 sedikit menggangu semasa projek khidmat
masyarakat berlangsung.
 Malahan masalah pelajar-pelajar tingkatan satu
yang sukar dikawal oleh guru.
 Pelajar-pelajar tingkatan satu sesi pagi dan sesi
petang telah berkumpul bersama-sama. Ini
mengeratkan hubungan baik antara pelajar sesi
pagi dan petang dan dapat juga mereka dapat
berjumpa semula dengan rakan-rakan mereka
pada tahun lepas.

Sepanjang projek tingkatan satu tidak


sepatutnya kami mengeluarkan wang kerana
sepatutnya disediakan oleh pihak sekolah.
Walaubagaimana pun kami diberi kebebasan untuk
memilih menggunakan wang sendiri atau sekolah
untuk menyediakan folio PSK. Kesemua hadiah
kepada pelajar tingkatan satu yang berjaya
menjawab soalan berjumlah RM 250.00 adalah
ditanggung oleh guru-guru PSK SMKLG. Untuk
membuat folio Khidmat Masyarakat anggaran
kewangan adalah diantara RM10.00 hingga RM20.00.
Khidmat Masyarakat berlangsung dalam 6 jam. Dalam
masa 6 jam pelajar-pelajar tingkatan satu telah mendengar
ceramah dan juga menonton pentonin. Pelajar-pelajar
tingkatan satu juga telah melihat pameran yang telah
disediakan oleh pihak sekolah. Pertandingan melukis
berlangsung selama 2 jam 10 minit. Masa diberi begitu
lama supaya para pelajar dapat menghasilkan lukisan yang
cantik agar menang. Bagi pelajar-pelajar yang tidak
mengambil bahagian melukis poster mereka dikehendaki
memberi sokongan kepada pelajar yang menyertai
pertandingan melukis poster. Perjumpaan guru telah
diadakan untuk menentukan siapa yang akan menjadi
juara. Perjumpaan guru diadakan di bilik Pendidikan Seni
dan perjumpaan guru memakan masa selama 20 minit.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
pihak-pihak yang berikut kerana telah memberi sumbangan
dan kerjasama terhadap saya.
➢ Saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap
Tuan Pengetua SMKLG iaitu Tuan Haji Mohamad Bin
Yang yang telah banyak bekerjasama untuk
menjayakan Projek Khidmat Masyarakat tingkatan
satu. Kesemua kos Projek Khidmat Masyarakat
telah ditanggung oleh Tuan Pengetua. Terima kasih
saya ucapkan kepada beliau kerana bermurah hati
membenarkan kami menggunakan dewan sekolah
untuk Projek Khidmat Masyarakat.
➢ Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
guru penasihat PSK kelas kami iaitu Encik Mohd
Izani B. Che Ismail yang telah memberi bimbingan
terhadap kami untuk membuat folio ini dan
memberi tunjuk ajar agar kami dapat membuat
folio ini dengan cantik dan agar kami mendapat
markah yang cemerlang.
➢ Saya juga ucapkan terima kasih terhadap ibubapa
saya yang telah memberi sokongan dan bimbingan
supaya saya menyiapkan folio ini. Mereka juga
sanggup mengeluarkan wang untuk menyiapkan
folio ini.
➢ Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pihak sekolah iaitu PK HEM, guru-guru kanan,
pihak PIBG dan guru-guru SMKLG yang telah
memberi sokongan padu terhadap pelajar-pelajar
tingkatan satu untuk menjayakan Projek Khidmat
Masyarakat.
➢ Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak
antidadah Kelantan Cawangan Kota Bharu dan
sanggup berkorban waktu mengadakan ceramah
dan persembahan untuk para pelajar tingkatan
satu.
➢ Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan saya yang sudi memberikan bantuan
serta menyediakan folio dan sanggup bertukar-
tukar gambar.
Aktiviti SMKLG telah berjalan dengan lancar
dan sempurna. Bagi saya, saya berasa sangat
gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-
rakan sesi petang. Saya juga dapat mengenali diri
kawan-kawan saya pada sesi petang.
Saya juga berpuas hati dan berasa bangga
kerana dapat bersama-sama memberi
sumbangan kepada pihak sekolah untuk
menyampaikan maklumat tentang ancaman
dadah. Pengajaran yang saya dapat ialah usaha
saya dan rakan-rakan yang melukis poster dapat
dimafaatkan oleh warga SMKLG.

Nazeri B. Mamat
PT 161, Taman Desa Wangi,
Pasir Tumboh,
16450 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar,
Kubang Keranji,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan,

Kebenaran Untuk Mengikuti Projek Khidmat Masyarakat

Merujuk kepada perkara diatas saya Nazeri B. Mamat K/P : RF/T


11157 penjaga kepada Mohamad Zuhairie B. Nazeri K/P :
950108-03-5395 dari kelas 1 Muszaphar.
Saya membenarkan anak jagaan saya mengikuti Projek Khidmat
Masyarakat yang diadakan pada 6.5.2008 (selasa) bertempat di
Dewan Datuk Seri Najib.

2. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan jika terjadi


sesuatu kepada anak saya. Saya akan menasihati anak saya
agar menjaga diri dan berkelakuan baik semasa Projek Khidmat
Masyarakat berlangsung.

3. Saya akan berjanji akan membantu pihak sekolah untuk


menjayakan Projek Khidmat Masyarakat ini. Saya berjanji untuk
mengeluarkan sebanyak wang yang diminta oleh pihak.

4. Oleh sebab itu, saya doakan agar Projek Khidmat


Masyarakat akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Akhir
kata saya mengucapkan terima kasih kerana membuat Projek
Khidmat Masyarakat ini.
Sekian , terima kasih.

Yang benar ,

(NAZERI B. MAMAT)
PT 161, Taman Desa Wangi,
Pasir Tumboh,
16450 Kota Bharu,
Kelantan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar


Kubang Keranji,
16150 Kota Bharu,
Kelantan. Tel : 09-
7652837
Rujukan
Kami :

SMKLG/HM/06(1)
Tarikh :
03.Mei.2008

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

Projek Khidmat Masyarakat Tingkatan Satu

Dengan ini dimaklumkan pembawa surat, Mohamad Zuhairie B.


Nazeri ( No. K.P: 950108-03-5395) adalah seorang murid tingkatan
1 Muszaphar di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar. Pelajar
ini sedang menjalankan Projek Khidmat Masyarakat untuk
memenuhi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan satu.

2. Kerjasama Tuan/Puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian ,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya menurut perintah

(Tuan Haji Mohamad Bin Yang)


Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar
Kubang Keranji,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

You might also like