You are on page 1of 19

IntegrasI (LNM &

3033)
PERPADUAN NASIONAL

TAJUK 6: FAKTOR- FAKTOR YANG


MENGHALANG INTEGRASI DAN
PERPADUAN SERTA KAEDAH
PENYELESAIANNYA

KUMPULAN C
HARI: ISNIN
WAKTU: 8.00-11.00 MALAM

MOHAMAD AFIFFUDDIN BIN MOHAMAD


TAKIUDIN
D20071029673

PENSYARAH:
EN. MOHD SYARIEFUDDIN BIN
ABDULLAH

PENDAHULUAN
Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat

membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat

dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa.

Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang

bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti

terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal

tempat tumpah darah mereka.

Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada

tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan

fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi

idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang

bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan

antarabangsa.

Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai,

tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian

dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang

sama.

Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama

kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh
pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan

rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka

cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa

mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing.

Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar

yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis

hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk

membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya

hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam

di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu

dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti

bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara

untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran

pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara

ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan

membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja.

Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan

India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah

yang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk

tempatan.

Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun
terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orang

Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemu

mencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai

kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, ‘Bapa Kemerdekaan’ kita telah

melaungkan kalimah keramat ”MERDEKA” dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai bangsa

dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera ”Union Jack ” diturunkan dan berkibar

megah ”Jalur Gemilang” kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah

negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang

tersendiri.

Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan dan

memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam

rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum

dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang

tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi

kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional

adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia.
DEFINISI:

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara

sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama

secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh

masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan

banggakan negara.

Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah

tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan

agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni

masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu
perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020

yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat

yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,

berasaskan persamaan hak dan keadilan”

Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan

bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan

kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka

kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan

masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan

masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu

sahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI.

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.

Di antaranya ialah;

- Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang

berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai

yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap

mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang

pergaulan baik antara pelbagai kaum.


- Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang

menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri..

Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.

Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara

rakyat tempatan yang berbilang etnik.

- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut

bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih

gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-

masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek

moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi

jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman

dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang

berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

- Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu

dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak

seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan

ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial

dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti

sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya
memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang

berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya,

ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

- Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang

permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri

dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun

untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan

menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM

MENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi

menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum

dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang

sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah

menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti
parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti

pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam

kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah

13 Mei 1969.

Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan

keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna

serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang

perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat

pelbagai kaum.

Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis

ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara

hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah

bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara

pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan
keadaan yang tidak diingini.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah

dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan

warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu

dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan

penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem

peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang

dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat

berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan

perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran

Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan

Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-

sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati

sesama manusia.

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang

Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri

pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau

menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun

Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan

tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000

yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun

Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya

golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan

yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT

Program Pemuafakatan Masyarakat –


Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-

program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong,

majlis perkahwinan dan sebagainya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat –

Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan

melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan

tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih

sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan

tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi

yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat

memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.


Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali-

Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti

JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis

makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak

disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan,

disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan

perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah -

Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam

pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia

Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang

boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur

Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat

berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat

memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama

masyarakat.
KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Penyayang –

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku

Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama

ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan

pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan

menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan

hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) –

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu,

namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan
Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah

ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang,

mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok

dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program

ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan

mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum –

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian

seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan,

persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada

situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti

program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi

dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi

secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan

pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam

usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat

yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –


Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun

kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan

kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan,

Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan

PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan

dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan,

tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur

Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah,

pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik

kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di

peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan

program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa

Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan

kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah–

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah,

Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-

rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-

kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara

diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong,

persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari

program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri
pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat

berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah–

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan

sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan

sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri,

kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang

dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat

maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat

kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

PENUTUP:

Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai

tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak,

kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan
penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun

negara.

Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi

jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan

kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang,

penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi

dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga

negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat

yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang

diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip

Rukun Negara Malaysia.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi

menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun

terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih

dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan

bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional

akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

SENARAI RUJUKAN;
1. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd

2. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, JPN, 1991

3. Malaysia Kita, International law book Services, 2007.

4. Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, KPM, 2005.

5. Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, East View, 1997.

6. Pengajian Am Kertas 900/1, Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, Pustaka Sarjana, 2001.

7. Negara Kita, INTAN, Kuala Lumpur, 1986.

8. Perlembagaan Persekutuan, Pindaan 1987, Jabatan Percetakan Kerajaan, Kuala Lumpur,

1988.

9. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun Mohammad Suffian Hashim, DBP, 1984.

You might also like