You are on page 1of 22

MENGKAJI PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK AUTISME
NAMA NO.MATRIK

SITI HAMIZAH ROBIAN D20071028888

NURUL AINA MOHD D20071028900


YAAKUB
NOR AZIAN HAMID D20071028915

MASITAH AHMAD D20071028916


ZAINUDDIN
DEFINISI
Autisme berasal dari perkataan autos yang
bererti diri sendiri dan Isme yang bererti
aliran.
Autisme merupakan keadaan yang
menyebabkan kanak-kanak menumpukan
perhatian dalam dunianya sendiri.
Gangguan ini berkisar pada 3 perkara
utama iaitu gangguan interaksi sosial,
komunikasi dan tingkah laku berulangan
(American Psychiatric Association 1994)
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak Autisme.
Mengenal pasti perkembangan kognitif
kanak-kanak Austisme.
Mengenal pasti kemahiran komunikasi
kanak-kanak Autisme
Mengenal pasti keperluan pembelajaran
kanak-kanak Autisme.
Mengenal pasti keistemewaan kanak-kanak
Autisme.
Punca Penyakit Autisme
 Punca sebenar tidak diketahui dan
masih menjadi misteri.
 Terdapat teori yang mengatakan
punca utama adalah faktor genetik.
 Pengaruh virus semasa hamil spt
rubela, toxo, herpes dan pemakanan
ibu.
Ciri-ciri Kanak-kanak
Autisme
1. Komunikasi
 Lambat bertutur, seperti bermasalah pendengaran
dengan tidak mengendahkan kata-kata orang lain

2. Interaksi sosial
 Suka bersendirian dan tiada kontak mata

3. Gangguan deria
 Tidak suka dipeganag atau dipeluk, tidak tahu erti bahaya

4. Emosi
 Marah, menangis dan ketawa tanpa sebab serta
menyerang dan merosakkan apabila terganggu.
Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak Austisme
 Responden pertama, Athirah lebih menguasai
kemahiran kognitif berbanding responden kedua,
Khusyairi.
 Athirah dapat menjawab beberapa soalan mudah
berkaitan objek yang berada di sekelilingnya tetapi
Khusyairi langsung tidak memperlihatkan sebarang
kemahiran lisan.
 Contoh apabila ditanya “siapa nama adik?”, “adik
sudah makan ke belum?”, tiada sebarang tindak balas
yang diberikan oleh Khusyairi.
 Dari aspek bukan lisan, Khusyairi tidak memberi
tindak balas kontak mata, tiada memek muka dan
tiada respon sewaktu disentuh berbanding Athirah.
Keperluan Pembelajaran
Kanak-kanak Autisme
 Khusyairi  Athirah
 mengalami masalah  mengalami masalah
perkembangan pembelajaran pembelajaran yang
yang lambat. sederhana.
 Guru melibatkan kerjasama  Guru menerapkan
dari ibu bapa Khusyairi untuk pembelajaran
mengenal pasti pendekatan berstruktur dan galakan
yang sesuai. untuk bertutur.
 Khusyairi perlu diajar secara  Melibatkan peneguhan
individu. seperti pujian.
 Guru melatih komunikasi
dengan pergerakan dan
isyarat yang sesuai.
Keistimewaan
Kanak-kanak Autisme
 Membuat sesuatu perkara dengan baik dan
cepat
 Mempunyai tahap imaginasi yang tinggi
 Contohnya kanak-kanak Autisme berjaya
melukis sebuah peta negara Afrika yang
lengkap seperti dalam atlas.
 Meniru nyanyian tanpa mengerti
maksudnya dan bermain piano hanya
dengan menggunakan kemahiran
mendengar.
LATAR
BELAKANG
RESPONDEN
Pakar Autisme
Nama: En. Mohamed Fawzi Yusof
Umur: 52 tahun.
Alamat: 39, Jln Malim 9, Tmn. Malim 35900
Tanjong Malim Perak.
Pendidikan: Sarjana Pendidikan
(Pendidikan Khas)
Pengalaman: 28 tahun dalam bidang masalah
penglihatan dan masalah pembelajaran Autisma.
Sekarang bertugas sebagai pensyarah Pendidikan
Khas di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PANDANGAN PAKAR AUTISME
• Menunjukkan sikap obses terhadap sesuatu barang
yang sangat melampau “obsessed in animated
object”.
• Tidak boleh mengatakan sesuatu yang diinginkan
secara jelas contohnya jika hendak meminta
makanan dia akan menarik tangan seseorang ke
tempat terletaknya makanan tersebut.
• Menganggap bahawa kanak-kanak Autisme ini
merupakan kanak-kanak yang memiliki kebolehan
yang berbeza berbanding kanak-kanak normal yang
lain.
• Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai
perlu diterapkan oleh guru Pendidikan Khas dalam
mendidik mereka.
Guru Pendidikan Khas

Nama: Puan Fauziah Radin Salim.


Umur: 50 tahun.
Alamat: Kampung Padang, Behrang Stesen.
Pengalaman: Mengajar selama 23 tahun dan
mempunyai pengalaman 9 tahun dalam Pendidikan
Khas.
Beliau pernah mengajar di tiga buah sekolah iaitu di
Bukit Mertajam, Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim
dan sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan
Aminuddin Baki, Slim River.
Pendidikan: Setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) beliau melanjutkan pelajaran di
Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dalam
bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.
PANDANGAN
GURU PENDIDIKAN KHAS
• Kanak-kanak Autisme mengalami perkembangan
pembelajaran yang agak perlahan.
• Contohnya selepas 3 tahun ditempatkan di kelas
Pendidikan Khas, barulah kanak-kanak ini dapat bertutur
satu persatu namun masih tidak mampu membentuk
ayat yang lengkap.
• Terdapat juga kanak-kanak Autisme yang sebelum ini
tidak dapat memegang pensel dan mewarna boleh
belajar memegang pensel secara perlahan-lahan.
• Mendidik seorang kanak-kanak Autisme ia memerlukan
ciri-ciri kesabaran yang tinggi agar tidak mudah putus
asa dan berasa kecewa dengan kerenah mereka.
Ibu Pelajar
Autisme
Nama: Puan Sarimah Rosli iaitu ibu
kepada Khusyairi Bin Mohd Saad.
Umur: 38 tahun.
Mempunyai 2 orang anak, Khusyairi
merupakan anak ke 2.
Pekerjaan: Suri rumah tangga.
PANDANGAN IBU
KANAK-KANAK AUTISME
• Menolak bermain bersama adik-beradik
yang lain.
• Tidak memahami sesuatu perkara yang
dilakukan adalah salah atau betul.
• Antara cara yang digunakan untuk
mendidik agar tidak bersikap nakal adalah
dengan mengasingkannya dengan orang
lain.
Pelajar Autisme Tahap
Sederhana

• Nama: Nur Athirah Bt Mohamad.


• Umur: 12 tahun.
• Tahap: Boleh berkomunikasi dengan rakan dan
guru pada tahap sederhana.
Pelajar Autisme Tahap
Teruk

• Nama: Khusyairi Bin Mohd Saad.


• Umur: 10 tahun.
• Tahap: Interaksi dengan rakan dan
guru sangat rendah.
PERBINCANGAN
 Autisme ialah satu keadaan yang menyebabkan
seorang kanak-kanak itu menuju ke arah
perkembangan yang tidak menentu sepanjang
hayatnya.
 Keadaan ini menghalang kanak-kanak itu dari
memiliki pengetahuan tentang apa yang dilihat,
didengar ataupun yang melibatkan deria-deria
lain.
 Ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme
perlu menghantar anak mereka ke sekolah khas
semasa anak masih kecil lagi.
KESIMPULAN
 Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh
dikenalpasti dan keistimewaan yang ada
pada kanak-kanak Autisme.
 Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
Pendidikan Khas memerlukan latihan
yang mendalam untuk bertindak
profsional bagi menangani
permasalahan kanak-kanak Autisme dan
penerimaan ibu bapa mereka.
SEKIAN,

TERIMA KASIH.

You might also like