You are on page 1of 12

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 29

PENYELESAIAN MASALAH SECARA-BERKELOMPOK:


SEBAB-SEBAB PENGGUNAAN DAN CADANGAN
PENGENDALIAN KAUNSELING-KELOMPOK BERKESAN

Rafidah Aga Mohd Jaladin

Universiti Malaya

Noh Haji Amit

Universiti Malaysia Sabah

This article raises an issue pertaining to the lack of group counseling practice as
a means of solving problems in the Malaysian context. The article also discusses
several possible reasons in using and conducting effective group counseling for
problem solving. Firstly, it highlights the definition and group counseling's goals.
Secondly, it elaborates the reasons in using effective group counseling for
problem solving. These are: to allow members to share their experiences, elicit a
sense of belongingness among each other; have an opportunity to practise among
members .. accept varied feedback; and stimulate vicarious learning. Thirdly, it
discusses the potential factors contributing to the lack of group counseling
practice in Malaysia. Lastly, it discusses a proposed model in conducting effective
group counseling for problem solving in school setting.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Great Britain, kaunseling-kelompok


bukanlah sesuatu yang luar bias a di dalam komuniti kesihatan mental dan kaunseling.
Rata-rata penduduk di kedua-dua negara tersebut telah menjadikan kaunseling-kelompok
sebagai sebahagian daripada eara hidup mereka dalam menjamin kesejahteraan diri dan
kehidupan yang bermakna (Corey & Corey, 1997). Kaunseling-kelompok juga disama
tarafkan dengan kaunseling-individu yang mana ia mempunyai kepentingan tertentu yang
sesuai untuk sebahagian individu dalam menangani masalah. Ada klien yang lebih
mendapat manfaat daripada kaunseling-individu, dan ada juga yang mendapat lebih
manfaat daripada kaunseling-kelompok (Corey & Corey, 1997; Jacobs, Harvill, &
Masson, 2003). Apa yang lebih penting ialah kaunselor hams memiliki kemahiran tinggi
dalam menentukan intervensi kaunseling yang manakah lebih sesuai untuk seseorang
individu itu.

Bagaimana pun, senario yang berbeza berlaku di Malaysia di mana kaunseling-ke-


lompok kurang mendapat tempat di kalangan penduduknya. Kaunseling-kelompok hanya
popular di sekolah-seko1ah sahaja dan popularitinya tidaklah sehebat kaunseling-individu
(Suradi Salim, 1993) meskipun para penyelidik telah membuktikan keberkesanannya se-
bagai satu intervensi kaunseling yang terapeutik dalam menangani sesuatu masalah
(Borders & Drury, 1992; Jacobs et al., 2003). Tambahan pula, ia masih kurang dipraktik-
kan di institusi, agensi mahupun di badan-badan kerajaan atau swasta.

Adakah faktor kurang kefahaman dan kemahiran tentang kaunseling-kelompok yang


menjadi punca kurang sambutan terhadap intervensi ini? Atau pun mungkin faktor
kurang pendedahan maklumat mengenai keberkesanan intervensi kaunseling-kelompok
yang
30 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

menjadi salah satu punca utama. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan persoalan-
persoalan yang ada hubungannya dengan kaunseling-kelompok terutama sekali mengenai
sebab-sebab penggunaannya untuk menyelesaikan masalah; punca-punca kurang
pengamalannya di Malaysia; dan bagaimana ianya boleh dikendalikan melalui cadangan
pengendalian kaunseling-kelompok berkesan di sekolah.

Definisi, Pengertian dan Matlamat Kaunseling Kelompok

Kelompok boleh didefinisikan sebagai mengumpulkan beberapa orang individu yang ber-
interaksi serta mempunyai hubungan psikologi antara satu sarna lain (Be, 1997)
sementara kaunseling-ke1ompok merujuk kepada proses interpersonal yang
mementingkan fikiran, perasaan dan tingkah laku secara sedar (Corey, 1989). Menurut
Persatuan Pakar-pakar di dalam Kerja Kelompok (Association for Specialists in Group
Work, ASGW), kaunselingkelompok merujuk kepada proses menolong atau
penyempumaan tugas-tugas tertentu di dalam suasana berkelompok. Ia melibatkan
penggunaan teori dan proses kelompok oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dan
profesional untuk membantu sekelompok individu yang saling bergantung dalarn
mencapai matlamat bersama (Corey & Corey, 1997).
Pada dasarnya, kaunseling-kelompok adalah berorientasikan masalah, yang mana
kandungan dan fokusnya ditentukan oleh ahli-ahli kelompok itu sendiri, Fungsi terapinya
terletak dalam suasana yang mengalu-alukan, percaya-mempercayai, faham-memahami,
menerima dan memberi sokongan. Fungsi terapi ini wujud dalam satu kelompok kecil
yang biasanya terdiri daripada lapan hingga dua belas ahli yang rela berkongsi masalah
peribadi dengan lain-lain ahli dan juga kaunselor (Gazda, Duncan, & Meadoes, 1967
dIm. Ee, 1997). Ahli-ahli kelompok ini pada dasamya terdiri daripada individu-individu
yang bias a - masih boleh berfungsi dengan baik dan masalah-masalah mereka hanya
bersifat sementara dan tidak memerlukan perubahan besar personaliti. AhU boleh
menggunakan interaksi dan hubungan terapeutik antara lain-lain ahli untuk meningkatkan
kefahaman dan penerimaan nilai-nilai dan matlarnat-matlamat hidup atau membuat
perubahan tingkah laku yang tidak diingini (ZuraidahAbdul Rahman, 1996).
Sebaliknya, Ohlsen (1977 dIm. Ee, 1997) berpendapat kaunseling-kelompok
merupakan suatu perhubungan yang unik di mana klien berasa selamat dan selesa untuk
membincangkan apa sahaja yang mengganggu perasaan dan fikiran mereka, selain untuk
mengenal pasti tingkah laku barn yang diingini; mengamalkan kemahiran-kemahiran asas
antara individu; dan melakukan tingkah laku yang barn. Ada juga yang berpendapat ba-
hawa kaunseling-kelompok adalah suatu proses dinamik, interpersonal dan intrapersonal
yang pada mulanya adalah perasaan-perasaan dan tingkah laku ahli-ahli dalam kelompok
itu (Jacobs et al., 2003). Pemimpinnya adalah seorang kaunselor terlatih yang berupaya
mewujudkan suasana terapeutik iaitu saling percaya mempercayai; terbuka; bertanggung-
jawab; dan saling bergantung antara satu sarna lain melalui proses-proses terapi seperti
faham memahami, penerimaan dan pengurusan konflik. Kelompok ini terdiri daripada
ahli-ahli yang normal dan mereka berhajat meneari kefahaman yang lebih mendalam
mengenai diri sendiri dan juga orang lain supaya mereka dapat mengendalikan situasi-
situasi perkembangan (Durkin, 1995).
Hansen, Warner, dan Smith (1980) pula mengatakan kaunseling kelompok sebagai
suatu perhubungan di antara kaunselor atau pemimpin dengan beberapa orang klien atau
ahli-ahli. Fokusnya bertemakan pencegahan dan rawatan. Kaunseling yang berorientasi-
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 31

kan pencegahan membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit.


Sementara bagi individu yang sedang menghadapi masalah, kaunseling kelompok meng-
gerakkannya untuk berubah. Kelompok sebegini adalah lebih berkesan kerana seseorang
ahli akan merasa lebih selamat dan lebih rela menerima maklum balas daripada ahli-ahli
yang lain.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kaunseling-kelom-
pok merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk
memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu normal yang sedang
menghadapi masalah harian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Pendekatan
ini bukan sahaja berfokus kepada penyembuhan (penyelesaian masalah) malah
merangkumi aspek mencegah dan menggalakkan perkembangan (Zuraidah Abdul
Rahman, 1996). Ia berbeza dengan konsep kelompok bimbingan dan juga kelompok
terapi kerana pendekatan kelompok bimbingan tertumpu kepada pencegahan dan
penggalakan perkembangan semasa sementara kelompok terapi hanya tertumpu kepada
penyembuhan (Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Meskipun ada banyak pendapat yang
cuba menghuraikan konsep kaunseling kelompok ini, namun kesemuanya mempunyai
matlamat-matlamat, teknikteknik dan peranan pemimpin yang berbeza-beza mengikut
teori-teori kelompok yang dijadikan as as intervensi (Corey, 1989).

Sebab-sebab Menggunakan Kelompok untuk Menyelesaikan Masalah

Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat sesetengah individu mendapat
lebih manfaat daripada kaunseling individu, dan sebahagian yang lain mungkin mendapat
faedah selepas menjalani kaunseling-kelompok. Oleh itu, kaunselor haruslah mempunyai
kemahiran-kemahiran yang tinggi untuk mengenal pasti individu manakah dan jenis ma-
salah apakah yang boleh ditangani menggunakan intervensi tertentu - sama ada kaunsel-
ing individu ataupun kaunseling kelompok.
Zuraidah Abdul Rahman (1996) menggariskan lapan keperluan individu yang akan
mendapat lebih manfaat daripada kaunseling kelompok: 1) Individu yang perlu mempela-
jari dan memaharni pelbagai jenis manusia yang berbeza-beza dan bagaimana mereka
memandang sesuatu isu atau perkara; 2) Individu yang perlu mempelajari bagaimana
menghormati orang lain, terutama orang asing, atau berbeza dengan diri mereka; 3)
Individu yang perlu mempelajari kemahiran sosial seperti kemahiran berhubung dengan
orang lain dengan cara berkomunikasi yang berkesan; 4) Individu yang perlu berkongsi
sesuatu dengan orang lain untuk merasai dirinya dipunyai; 5) Individu yang boleh
berbincang mengenai kebimbangan mereka, nilai hidup, dan masalah-masalah yang
dihadapi; 6) Individu yang perlukan reaksi orang lain mengenai masalah dan
kebimbangan mereka; 7) Individu yang memerlukan sokongan rakan sebaya yang lebih
bererti kepadanya; dan 8) Individu yang suka me lib atkan diri dalam kaunseling dan
boleh memilih untuk menarik diri jika keadaan mengancam.
Secara amnya, hanya individu yang memiliki pemikiran yang terbuka, berkeinginan
untuk bersosial, dan tiada/kurang mempunyai kemahiran so sial sahaja yang sesuai diban-
tu melalui kaunseling kelompok. Sementara dari segi jenis permasalahan yang sesuai
dirujuk dan ditangani dalam kaunseling kelompok ialah: 1) Masalah yang berorientasikan
intelektual dan rasional berbanding dengan masalah yang melibatkan gangguan emosi
yang mendalam; 2) Masalah yang masih di dalam peringkat sedar dan bersifat semen-
32 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

tara; dan 3) Masalah yang tidak melibatkan perubahan personaliti yang meluas. Jacobs et
at. (2003) menghuraikan sebab-sebab atau faedah-faedah menggunakan kelompok untuk
menyelesaikan masalah. Antara sebab-sebab utama yang digariskan oleh mereka dalam
apa jua jenis kelompok merangkumi aspek keberkesanan dan kepelbagaian dalam sumber
maklumat dan pandangan. Ramai penyelidik telah membuktikan bahawa menggunakan
kelompok dalam menyelesaikan masalah adalah lebih berkesan daripada menggunakan
cara tradisi - bersemuka satu dengan satu di dalam kaunseling individu (Corey, 1989; Co-
rey & Corey, 1997; Ee, 1997; ZuraidahAbdul Rahman, 1996). Bukan sahaja penggunaan
ke1ompok dapat menjimatkan masa, tenaga dan sumber keperluan tetapi ia mampu men-
jadi wadah ke arah perkembangan kendiri, sosial dan interpersonal. Contohnya, seorang
kaunselor sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan dan perkem-
bangan pe1ajar-pelajar sekolah akan lebih mudah dan berkesan dalam membimbing dan
menolong hampir semua pelajar sekiranya melaksanakannya melalui intervensi kaun-
seling-kelompok berbanding dengan kaunseling individu.
Pendekatan kaunseling-kelompok yang banyak menitik beratkan perkongsian mak-
lumat, penyelesaian masalah, dan penjelajahan kendiri, mampu memberi manfaat kepada
ahli-ahli dalam mendapatkan pelbagai pandangan dan sumber maklumat rujukan. AWi-
ahli mempunyai kepelbagaian dalam idea, nilai, dan pandangan. Oleh itu, perkongsian
maklumat di dalam sesi akan membina suatu pengalaman menarik dan berguna dan
menggambarkan kehidupan yang sebenar. Maklum balas ahli-ahli terhadap masalah-
masalah yang dibincangkanjuga membina satu ruang rujuk untuk membantu ahli yang
bermasalah menyesuaikan diri dengan norma-norma kelompok yang merupakan
sebahagian daripada norma-norma masyarakat sekeliling (Zuraidah Abdul Rahman,
1996). Dengan ini, ahli-ahli akan lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan sebenar di
luar sesi tanpa perlu melalui perubahan personaliti yang mendadak.
Jacobs et al. (2003) juga telah mengenal pasti sebab-sebab umum ataupun kelebi-
han-kelebihan yang terdapat pada kelompok terapi; kelompok pertumbuhan; dan kelom-
pok sokongan yang mendorong individu untuk menggunakannya dalam menyelesaikan
masalah mereka. Sebab pertama, ahli dapat merasai perkongsian pengalaman yang agak
sarna, contohnya, kelompok yang dibina atas dasar homogeneity yang mana ahli-ahlinya
adalah sekumpulan ibu bapa yang pernah kehilangan anak, remaja-remaja yang sedang
mengandung luar nikah, wanita-wanita yang barn diceraikan, atau bekas-bekas perajurit
perang. Perasaan berkongsi pengalaman yang sama ini adalah sangat berguna dan tera-
peutik untuk semua ahli dan tidak mungkin dapat dirasai dalam kaunseling-individu.
Kedua, ahli dapat merasai pengalaman belongingness ataupun dipunyai yang mana
perasaan seperti ini merupakan salah satu keperluan as as psikologi individu yang amat
penting untuk disempurnakan (Maslow, 1970) bertujuan membantu perkembangan per-
sonaliti yang sihat.
Ketiga, ahli berpeluang melatih sesama ahli di dalam suasana kelompok yang se-
lamat. Dalam proses membantu seseorang individu, adalah sangat penting bagi individu
tersebut mempraktikkan lebih dahulu segala kemahiran dan perubahan sikap yang mereka
telah pelajari di dalam sesi yang mempunyai persekitaran yang selarnat dan membina, se-
belum mereka mengaplikasikannya di dalam persekitaran sebenar. Contohnya, pemimpin
kelompok boleh mengadakan main peranan, raptai, latihan-latihan kemahiran dan komu-
nikasi bagi tujuan persediaan.
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 33

Keempat, ahli berpeluang mendapat maklum balas yang berbagai-bagai dari lain-lain
ahli selepas sesuatu latihan dilakukan semasa sesi. Maklum balas sebegini amat penting
bagi ahli-ahli untuk tujuan memperbaiki did dari aspek persepsi dan tingkah laku sebelum
berhadapan dengan masyarakat (Jacobs et al., 2003; ZuraidahAbdul Rahman, 1996).
Kelima, penyelesaian masalah secara kelompok akan dapat mewujudkan pembela-
jaran secara langsung mahupun secara tidak langsung (pembelajaran vikarius). Ahli yang
melibatkan diri secara aktif di dalam sesi akan mendapat manfaat menerusi pembelajaran
secara langsung. Sementara ahli yang pendiam dan kurang berinteraksi masih juga
mendapat rnanfaat yang sarna tetapi menerusi pembelajaran yang dirasakan atau dialami
secara tidak langsung.
Keenam, kelompok merupakan refleksi kepada masyarakat sebenar yang akan
menguji tahap kesediaan ahli berhadapan dengan dunia sebenar. Kelompok juga menjadi
ruang rujuk yang selamat untuk ahli memantapkan lagi persediaan mereka untuk
menghadapi cabaran-cabaran di luar sesi kelompok.
Ketujuh, penyelesaian masalah secara kelompok menjadikan ahli lebih komited ter-
hadap perubahan yang dialaminya di dalam sesi kerana perubahan tersebut telah disak-
sikan oleh rakan-rakan sekelompoknya. Berkongsi matlamat, keazaman, sokongan dan
takut mengeeewakan rakan ahli yang lain akan menjadi faktor pendorong ke arah peruba-
han tingkah laku yang berkekalan.
Walaupun banyak kelebihan kaunseling-kelompok berbanding dengan kaunseling in-
dividu yang dibineangkan sebelum ini tetapi amat sedikit penggunaannya di Malaysia.
Mengapa perkara ini terjadi? Apakah faktor-faktor penyumbang yang boleh menjelaskan
punea kurangnya amalan kaunseling-kelompok di Malaysia?

Kurang Pengamalan Kaunseling-kelompok di Malaysia:


Faktor-faktor Penyumbang

Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada
kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di negara ini. Antara faktor-faktor yang
telah dikenal pasti adalah: 1) Isu pengenalan Akta Kaunselor 1998; 2) Kekurangan bi-
langan pakar kaunselor; 3) Sikap dan kurang kesedaran masyarakat Malaysia; dan 4)
Kurangnya us aha mempromosi kaunseling-kelompok di kalangan masyarakat tempatan.
Pertama, pada tahun 1998, kerajaan telah mernperkenalkan dan meluluskan Akta
Kaunselor 1998 (Akta 580) yang mernberi garis panduan dan peruntukan perundangan
berhubung dengan pendaftaran dan pengamalan kaunseling di Malaysia. Akta ini menjadi
amaran awal yang keras kepada pengamal kaunseling yang tidak berkelayakan yang
sebelum ini yang menggelar diri rnereka kaunselor berdaftar, kaunselor bertauliah atau
apa sahaja gelaran yang membawa maksud yang sama (Haji Mohd Mansor Abdullah,
2003). Oleh yang demikian, pelaksanaan undang-undang ini seeara tidak langsung
mengurangkan pengamalan kaunseling dan seterusnya mendorong kepada kurangnya
amalan kaunseling-kelompok di Malaysia.
Kedua, bilangan pakar kaunselor yang terhad di dalam perkhidmatan dan pengama-
lan kaunseling di Malaysia. Ini kerana bentuk-bentuk pendidikan dan latihan yang
mereka perolehi kurang menyediakan diri mereka sebagai pengamal kaunseling-
kelompok yang kompeten dan berkesan apabila mengadakan sesi kaunseling dengan
klien. Apatah lagi, untuk menjadi seorang pengamal kaunseling-kelornpok (group work)
yang berkesan se-
34 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

seorang itu memerlukan latihan dan penyeliaan yang bersesuaian daripada pakar yang
berkaitan dengan kaunseling-kelompok.
Selain dari itu, pendekatan-pendekatan kaunselor yang sedia ada juga kurang
menekankan pengamalan atau pemberian perkhidmatan kaunseling-kelompok. lni kerana
ada pengamal yang cenderung untuk menawarkan atau mengamalkan kaunseling individu
semata-mata. Sekiranya ada pengamal yang menawarkan perkhidmatan kaunseling-
kelompok, bentuk-bentuk bayaran yang disediakan pula mungkin terlalu mahal yang di
luar kemampuan orang awam selaku penerima perkhidmatan kaunseling.
Ketiga, masalah sikap dan kurangnya kesedaran masyarakat Malaysia terhadap
perkhidmatan kaunseling itu sendiri. lni kerana sikap masyarakat kita terhadap ke-
pentingan dan keperluan kaunseling masih di tahap kurang memuaskan. Perkara ini
menyebabkan masyarakat belum bersedia menerima perkhidmatan kaunseling kelompok.
Antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya kesediaan masyarakat terhadap
perkhidmatan kaunseling-kelompok adalah disebabkan: 1) Budaya atau psikologi
masyarakat Malaysia yang tidak terbuka di dalam menyelesaikan masalah melalui
perkongsian dengan orang lain; 2) Sikap ego sebilangan anggota masyarakat dan tang-
gapan bahawa masalah peribadi mereka adalah masalah mereka yang harus mereka
selesaikan sendiri; 3) Sikap masyarakat yang masih berahsia berhubung dengan ke-
hidupan dan masalah peribadi mereka - yang turut menyumbang kepada jurang sosial; 4)
Sikap masyarakat berhubung dengan kesediaan membayar caj atau yuran perkhidmatan
yang dikenakan oleh pengamal dan institusi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling;
dan 5) Masyarakat masih belum dipupuk berhubung dengan keperluan dan kepentingan
perkhidmatan kaunseling-kelompok terhadap kehidupan dan perkembangan peribadi
mereka.
Keempat, kurangnya usaha mempromosi dan mendidik kesedaran masyarakat ter-
hadap perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Sebenarnya, usaha-usaha mempromosi
keperluan dan kepentingan kaunseling untuk kesejahteraan masyarakat masih kurang di
Malaysia. Oleh itu, usaha-usaha promosi ini harus digembeling dan ditingkatkan oleh
badan-badan kerajaan, swasta dan sukarela serta individu yang terbabit dengan
kaunseling kelompok. Bahkan, kelompok sasaran promosi ini seharusnya menyeluruh
merangkumi golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Usaha-usaha menyemai dan
mendidik kesedaran ini penting di peringkat awal perkembangan kanak-kanak kerana ia
akan mendidik golongan muda untuk lebih melihat dan memahami rasional keperluan
dan kepentingan kaunseling amnya dan kaunseling-kelompok khasnya.
Jelas sekali keempat-empat faktor tersebut secara tidak langsung menyumbang ke-
pada kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di Malaysia. Perkara ini perlu diambil
ilia di dalam memahami senario kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di negara
kita, selain ia juga boleh dijadikan panduan dalam mempromosi dan mendidik kesedaran
masyarakat berhubung keperluan dan kepentingan kaunseling di Malaysia. Satu cara
yang boleh menyumbang ke arah peningkatan penggunaan dan pengamalan kaunseling-
kelompok di Malaysia ialah dengan memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengamalan
yang sedia ada di sekolah-sekolah.
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 35

Cadangan Pengendalian Kaunseling-kelompok Berkesan di Sekolah

Setelah mengenal pasti kelebihan-kelebihan penyelesaian masalah secara kelompok maka


satu cadangan bagaimana kaunseling kelompok patut dikendalikan menjadi fokus artikel
ini. Cadangan ini dikhususkan untuk mengendalikan kaunseling-kelompok di sekolah-
sekolah menengah di Malaysia. Sepertimana yang diketahui, kaunseling-kelompok di
sekolah membawa peranan yang lebih besar di dalam membantu pelajar berkembang ber-
banding dengan kaunseling-individu.·Bagaimanapun,masih terdapatkekurangan Guru
Bimbingan dan Kaunseling terlatih untuk melaksanakan tugas-tugas mernbimbing dan
membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka di sekolah-sekolah di Malaysia (Suradi
Salim, 1993). 01eh itu, untuk menjayakan kaunseling-kelompok yang berkesan, perse-
diaan yang teliti dan mantap harus dilaksanakan sebelum satu-satu kelompok kaunseling
itu ditubuhkan.
Bagi mengelakkan salah faham mengenai tujuan dan matlamat kaunseling-kelom-
pok dan juga bagi memastikan kaunseling kelompok memberi faedah kepada pelajar,
beberapa langkah awal patut diambil seperti berikut:
1. Mengumpulkan maklumat untuk mengenal pasti keperIuan-keperluan pelajar yang me-
merlukan pertolongan. Sumber-sumber maklumat boleh diperolehi daripada pengetua!
guru besar, guru-guru, ibu bapa, fail-fail peribadi pelajar, dan pelajar-pelajar sendiri;
2. Menjalankan aktiviti sebaran untuk menjelaskan mengenai tujuan dan matlamat kaun-
seling-kelompok serta faedah-faedah yang akan dinikmati secara lang sung oleh pelajar
dan secara tidak lang sung oleh sekolah; dan
3. Menyediakan kertas kerja dasar penubuhan kaunseling-kelompok bertujuan menunjuk-
kan bahawa kaunseling kelompok ini amat perIu dikendalikan bagi memenuhi keper-
luan pelajar, guru-guru, dan sekolah. Kertas kerja dasar ini mestilah lengkap dan ter-
perinci supaya tiada persoalan dan salah tanggapan timbul dari pelbagai pihak. Kertas
kerja projek tersebut harus dinilai oleh pengetua dan boleh dijadikan bahan bukti dalam
rekod pengendalian perkhidmatan.

Langkah-langkah Penubuhan Kelompok

Setelah langkah-langkah awal dilaksanakan, maka proses pengendalian beralih ke arah


penubuhan kelompok yang hendak dikelolakan. Sekali lagi, beberapa faktor penting ha-
rus diambil kira dalam menentukan jenis kelompok; membuat pernilihan ahli bagi satu-
satu kelompok; dan melaksanakan kaunseling-kelompok dengan berkesan.
Pakar-pakar kaunseling kelompok (Ee, 1997; Schmidt, 1999; Zuraidah Abdul Rah-
man, 1996) menyenaraikan perkara-perkara berikut sebagai asas dalam penubuhan ke-
lompok yang berkesan:

Memilih Ahli Kelompok


Dalam usaha mernilih ahli kaunseling-kelompok di sekolah, kerjasama dari pengetua,
guru-guru, dan ibu bapa adalah sangat penting. Kaunselor perIu mendapatkan pandangan,
reaksi, dan maklum balas pihak-pihak tersebut untuk mengenal pasti keperluan-keperluan
pelajar yang boleh dibantu dalam kaunseling-kelompok. Bagaimana pun, adalah lebih
baik sekiranya kaunselor iru sendiri menemu bual pelajar yang dirujuk atau yang datang
sendiri. Malah, menurut Zuraidah Abdul Rahman (1996) dalam etika kaunseling-kelom-
36 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

pok, faktor rnenemu bual sangat diutamakan kerana tujuannya untuk mernahami pelajar;
menilai sejauh mana faedah kaunseling-kelompok dapat dinikmati; dan menentukan ke-
lompok mana yang patut ia sertai, Matlamat kaunseling kelompokjuga dapat menentukan
kriteria-kriteria ahli yang akan dipilih. Untuk menjamin keberkesanan kelompok adalah
lebih baik sekiranya: 1) Ahli-ahli datang secara sukarela; 2) Ahli-ahli adalah homoge-
neous atau seimbang dari segi umur, tema masalah yang sarna tetapi berlainan peringkat
dan latar belakang; dan 3) Ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai rnasalah
yang berlainan tetapi bukanlah masalah yang rumit atau kompleks. Bagi masalah yang
rumit, kaunseling-individu merupakan jalan penyelesaian yang sesuai.

Saiz Kelompok
Penentuan saiz kelompok bergantung kepada faktor seperti jenis masalah; umur ahli;
pengalaman kaunselor; tempat pertemuan; dan matlamat kelompok. Biasanya, tujuh
hingga sepuluh orang ahli dianggap sesuai bagi satu-satu kelompok kerana lebih daripada
bilangan tersebut akan menyebabkan kaunseling-kelompok tidak berkesan. lni kerana ke-
lompok yang terlalu ramai akan sukar untuk dikendalikan se1ain mengurangkan interaksi
antara ahli.

Kekerapan Pertemuan
Bagi pelajar-pelajar di sekolah adalah memadai jika sesi kaunseling-kelompok diadakan
dua kali seminggu. Ini berujuan untuk mengekalkan minat dan semangat ahli-ahli, Tam-
bahan pula, perkara-perkara yang telah dipelajari pada sesi yang lalu masih boleh diingat
kembali. Ahli juga berpeluang mencuba perlakuan barn tersebut di luar kelompok dan
boleh memberi dan menerima maklum balas segera daIam sesi berikutnya.

Jangka Masa Setiap Sesi


Sekiranya keahlian kelompok terdiri daripada pelajar-pelajar remaja sekolah, adalah
dicadangkan supaya satu-satu sesi yang dijalankan tidak terlalu lama. Tempoh rnasa satu
jam untuk setiap sesi adalah sangat sesuai. Jangka masa yang terlaIu lama akan meletih-
kan, menghilangkan minat dan tumpuan ahli-ahli, selain mengganggu proses pembelaja-
ran akademik pelajar dan menimbulkan masaIah kepada guru.

Jangka Masa Kelompok


Kadang kala kaunselor perlu meletakkan bilangan sesi untuk satu-satu kelompok.
Bagaimanapun, faktor ini bergantung kepada betapa seriusnya satu-satu masalah yang
akan dibincangkan. Sekiranya ahli-ahli ingin belajar kemahiran berkomunikasi, mungkin
lima sesi sudah memadai. Bagi masalah yang lebih serius seperti menghadapi keretakan
rurnah tangga ibu bapa atau penyalahgunaan dadah, bilangan sesi mungkin meningkat
kepada sepuluh atau lebih.

Tempat Bertemu
Zuraidah Abdul Rahman (1996) mengatakan kaunseling kelompok boleh dijalankan di
mana-mana sahaja asalkan tempat itu jauh dari sebarang gangguan. Jika di sekolah, tem-
pat bertemu perlu selesa dan menarik. Biasanya, bilik kaunseling adalah tempat tumpuan
utama kerana bilik tersebut dihiasi dan diletakkan tikar atau permaidani. Ini
membolehkan ahli-ahli duduk bersila dan suasana tidak formal ini amat terapeutik bagi
ahli-ahli kelom-
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 37

pok. Tempat yang arnan dan tenteram akan menggalakkan penyertaan ahli dan
melicinkan lagi proses kaunseling-kelompok.

Lain-lain Faktor
Faktor lain yang perIu diarnbil kira ialah jenis kelompok yang hendak ditubuhkan sarna
ada kelornpok terbuka atau kelornpok tertutup. Kelompok terbuka merujuk kepada
keahlian bebas serta boleh bertukar-tukar yang dijalankan secara berterusan (Corey &
C6iey,I997). Semefitata kelompolctertutup merujuk kepadakeahlian tetap darimula sesi
hingga ke akhir sesi dan proses keahlian adalah sistematik iaitu ada pendaftaran dan temu
bual. Seterusnya, kornposisi kelompok juga haruslah seirnbang sarna ada keahlian
berdasarkan homogeneity atau heterogeneity. Kelornpok homogeneous rnerujuk kepada
kelompok berdasarkan peringkat umur sarna ada generasi rernaja atau warga tua; jenis
rnasalah seperti ketagihan arak. Sementara kelornpok heterogeneous menggabungkan
pelbagai populasi masyarakat dalam satu kelompok. Penentuan komposisi kelompok
amat bergantung kepada rnatlarnat asas kelornpok (Corey & Corey, 1997). Di sekolah,
adalah lebih baik untuk menggunakan kelompok homogeneous kerana akan menjadikan
kelompok lebih seimbang dan mudah dikendali.

Pelaksanaan Kaunseling-kelompok Berkesan


Sekiranya sernua persiapan dan langkah-langkah awal pengendalian kaunseling-kelom-
pok telah dijalankan, proses pengendalian seterusnya adalah untuk memulakan sesi
kaunseling kelompok yang dirancang. Keberkesanan satu-satu kelompok dapat dicapai
sekiranya kaunselor dan ahli memahami konsep dan tujuan kaunse1ing-kelompok; prin-
sip-prinsip kaunseling-kelompok: dan kejayaan rnereka melakukan peranan rnasing-
rnasing. Dalam soal ini, ZuraidahAbdul Rahman (1996) mengatakan keberkesanan
kaunseling-kelompok bergantung kepada keberkesanan proses terapeutik yang wujud di
dalam kelompok tersebut. Proses terapeutik ini ditentukan oleh prinsip-prinsip berikut:

1. Suasana demokratik hendaklah diwujudkan oleh kaunselor;


2. Objektif-objektif kaunseling-kelompok perlu diterangkan kepada bakal-bakal ahli;
3. Ahli-ahli yang dipilih harus bersedia berkongsi perasaan, pengalaman dan bersedia
untuk berubah;
4. Ahli-ahli hendaklah diingatkan bahawa rnereka adalah bertanggungjawab terhadap
kelakuan kelompok mereka;
5. Setiap ahli hendaklah mernelihara kerahsiaan rnaklumat yang dibincangkan di dalam
kelompok; dan
6. Matlamat-rnatlarnat jangka pendek (untuk rnembolehkan ahli rnernahami diri dan
orang lain) dan matlamat jangka panjang (untuk mernbolehkan ahli rnencapai
perkembangan so sial) perlu dijelaskan dan dicapai.
Tercapai atau tidak matlamat kaunseling-kelompok amat bergantung kepada kemahiran
dan keberkesanan seseorang pemirnpin ke1ompok. Ee (1997) menggariskan sepuluh
peranan kaunselor dalarn kaunseling-kelompok yang boleh membantu keberkesanan ke-
lompok antaranya: 1) Sebagai pemudah cara atau fasilitator yang memastikan kelicinan
perjalanan sesi kaunseling-kelompok; 2) Mernberi rangsangan serta penghargaan kepada
ahli yang sentiasa mencuba serta berusaha; 3) Untuk rnenarik perhatian terhadap peruba-
38 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

han-perubahan positif yang terdapat pada setengah-setengah abli; 4) Menggalakkan seba-


rang tanda positif yang menuju ke arab penyembuhan dan penyelesaian masalab; dan 5)
Menerima hakikat babawa emosi ahli yang dikongsi dapat menambahkan kerapatan dan
kesepaduan antara ahli-abli kelompok.
Kelompok juga akan berfungsi dengan lebih berkesan sekiranya setiap abli memain-
kan peranan masing-masing antaranya: 1) Aktif mengambil babagian dengan cara mem-
beri pendapat atau cadangan; 2) Hormat-menghormati sesama ahli; 3) Mematuhi norma-
norma kelompok seperti tidak datang lambat dan merahsiakan segala perbincangan yang
berlangsung di dalam kelompok itu; 4) Mendengar secara aktif masalah yang dikemu-
kakan oleh ahli lain di dalam kelompok dan turut berempati dengannya; dan 5) Bersedia
untuk berkongsi masalah dengan menceritakan kepada ahli-ahli lain.
Faktor-faktor terapeutik lain yang boleh meningkatkan keberkesanan pengendalian
dan perjalanan kaunseling-kelompok antaranya: 1) Suasana yang menolong; 2) Komit-
men untuk berubah; 3) Harapan (kepercayaan bahawa perubahan adalah mungkin); 4)
Mutu kesepaduan; 5) Kesediaan untuk menanggung risiko dan kepercayaan; 6) Ke-
akraban dan kesepaduan kelompok; 7) Kebebasan untuk mencuba; 8) Kemahiran antara
individu; dan 8) Kelucuan (Be, 1997; Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Faktor-faktor ini
amat penting dititik beratkan dalam kelompok untuk menjayakan kaunseling kelompok
yang dikendalikan.
Perlu diingat, kaunseling-kelompok yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah
menengah memerlukan bimbingan dan pimpinan yang aktif daripada kaunselor kerana
pelajar sedang melalui peringkat perkembangan remaja yang amat kritikal dalam pertum-
buhan diri terutama sekali dalam membentuk konsep kendiri (Durkin, 1995).
Oleh itu, kaunselor sekolah haruslah seorang individu yang telah mendapat latihan
yang secukupnya dalam bidang ini dan menyedari proses terapi yang berlaku dalam
kelompoknya. Kaunselor juga harus mengetahui dengan mendalam mengenai
perkembangan fizikal dan psikologikal pelajar-pelajar di alam remaja dengan itu ia akan
dapat memperkukuh dan merangsang perkembangan ahli-ahli kelompok kaunselingnya.
Tanpa pengetahuan yang mendalam, latihan yang cukup serta pengalaman yang luas,
pengendalian kaunseling-kelompok berkesan tidak akan dapat dijalankan dan mungkin
akan menimbulkan salah tanggap terhadap keseluruhan konsep kaunseling-kelompok.

RUMUSAN

Penyelesaian masalah secara kelompok bukanlah sesuatu yang baru. Banyak manfaat
boleh didapati daripada intervensi kaunseling-kelompok oleh setiap individu mahupun
sesuatu kelompok. Apa yang penting ialah kaunselor hams mempunyai kemahiran dalam
menentukan individu mana yang lebih sesuai dirujuk kepada kaunseling-kelompok; dan
dalam aspek mana keberkesanan kelompok akan membantu individu tersebut. Tiada cara
yang khusus untuk menjalankan kaunseling-kelompok kerana ia amat bergantung kepada
matlamat, teknik dan peranan pemimpin kelompok menurut teori yang dijadikan as as
intervensi. Oleh itu, pengendalian kaunseling-kelompok di sekolah dalam artikel ini
hanyalah sebagai cadangan penubuhannya, selain bagaimana kita hams mengendalikan
sesuatu kelompok itu dengan berkesan. Diharap cadangan yang telah diutarakan akan
menjadikan kaunseling-kelompok lebih difahami masyarakat dan seterusnya diaplikasi
sebagai langkah untuk memantapkan lagi pelaksanaan bimbingan dan kaunseling di seko-
Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 39

lah-sekolah menengah di Malaysia.

RUJUKAN

Borders, L. D., & Drury, S. M. (1992). Comprehensive school counseling programs: A


review for policymakers and practitioners. Journal of Counseling & Development.
70,487-498.
Corey, G. (1989). Theory and practice of group counseling (3rd ed.). Pacific Grove, CA:
Brooks/Cole.
Corey, M. S., & Corey, G. (1997). Groups: Process and practice (5th ed.). Pacific Grove,
CA: Books/Cole.
Durkin, K. (1995). Developmental social psychology: From infancy to old age. Oxford,
UK: Blackwell.
Ee, A. M. (1997). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Cet. 2). Shah Alam: Fajar
Bakti.
Haji Mohd Mansor Abdullah (2003). Profesionalisme dalam kaunseling menjana
kesejahteraan insan. Jurnal Kebajikan, 25(2). Dimuat turon Mac 24, 2006, daripada
http://www.jkm.gov.my/eng/jurnal
Hansen, 1., Warner, R., & Smith, E. J. (1980). Group counseling: Theory and practice.
Chicago, IL: Rand.
Jacobs, E. E., Harvill, R. L., & Masson, R. L. (2003). Group counseling: Strategies and
skills (4th ed.). Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.
Maslow, A. (1970). Motivational personality (2nd ed.). New York: Harper.
Schmidt, J. J. (1999). Counseling in schools: Essential services and comprehensive pro
grams. Boston, MA: Allyn.
Suradi Salim (1993). Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
sekolah menengah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Zuraidah Abdul Rahman (1996). Pengenalan kaunseling kelompok, Petaling Jaya, Se-
langor: IBS.

You might also like