You are on page 1of 12

Kemahiran Respons LisanJurnal

Kaunselor dalam26
Pendidikan Sesi Kaunseling
(2001) 53 - 64 53

Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling

AMLA SALLEH
MOHD. ARIF ISMAIL
SALLEH AMAT
ZURIA MAHMUD

ABSTRAK

Rencana ini melaporkan hasil kajian kemahiran kaunseling yang bertujuan


untuk melihat jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh pelatih-pelatih
kaunselor UKM. Kajian ini juga melihat kemampuan mereka mengenal pasti
respons-respons yang digunakan serta tahap kesesuaian kemahiran-
kemahiran tersebut. Data dipungut dengan memilih respons daripada sesi
kaunseling yang telah ditaip secara verbatim dan diambil selang semuka
daripada sejumlah 38 orang sesi oleh 38 pelatih. Sebanyak 1439 unit sampel
respons telah diperolehi. Analisis kekerapan dan peratusan dikira dengan
menggunakan borang Skala Kemahiran Respons Lisan Kaunselor (SKRLK).
Sementara analisis kesesuaian pula, menggunakan skala penilaian berbentuk
Likert 7 poin. Kemampuan pelatih mengenal pasti jenis respons dinilai oleh
sebuah panel pakar. Penilaian kesesuaian respons juga dibuat oleh panel
pakar. Keputusan kajian menunjukkan pelatih menggunakan kemahiran asas
seperti dorongan minima, soalan tertutup, soalan terbuka, refleksi isi, refleksi
emosi dan merumus. Dorongan minima, soalan terbuka dan tertutup
merupakan respons yang paling kerap digunakan berbanding dengan
respons-respons lain. Kebolehan pelatih mengenal pasti respons adalah tinggi.
Begitu juga dengan kesesuaian respons-respons yang diberikan dalam konteks
masalah klien juga tinggi. Akhirnya rencana ini turut membincangkan
implikasi kajian dari perspektif latihan dan perkembangan profesionalisme
kaunseling.

ABSTRACT

This article reports the results of a research on counseling skills which aimed
at identifying the types of oral response skills used by UKM counselor trainees.
Also, it was to find out the trainees’ ability in identifying the responses that
they used including the suitability of the skills. Data was gathered by choos-
ing an alternate page type written verbatim responses by 38 trainees from 38
counseling sessions. A total of 1439 response sample units were obtained.
Analysis of frequency and percentage was tabulated using the Counselor Oral
Response Skills Scale form. The suitability analysis used the evaluation scale
in the form of 7 point Likert. Trainees’ ability in identifying response types and
54 Jurnal Pendidikan 26

suitability of responses were evaluated by an expert panel. Results of the re-


search showed that trainees used basic skills such as minimal encouragement,
open-ended and close-ended questions, context and emotional reflections,
and summarization. Minimal encouragement, open-ended and close-ended
questions were the most frequent responses employed compared to other re-
sponses. The trainees’ ability in identifying responses was high. The suitabil-
ity of responses given in the context of client problem was high too. Finally,
this article discusses the implication of the research in the perspective of train-
ing and professional development of counseling.

PENDAHULUAN

Perkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia


pada masa kini. Kemuncak kepada perkembangan tersebut adalah dengan
lulusnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan dengan tertubuhnya sebuah
Lembaga Kaunselor Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia
amalan kaunseling di Malaysia. Perkembangan ini sekali gus telah meningkatkan
taraf profesional kaunseling di Malaysia. Justeru pemantapan program-program
latihan kaunseling pada masa kini perlu diberi fokus.
Isu mutu latihan kaunselor di Malaysia telah dibangkitkan oleh Abdul Halim
sejak 1990. Beliau telah menyarankan supaya program-program latihan kaunselor
mempunyai satu asas latihan yang seragam serta mempunyai kurikulum yang
tersusun rapi dan mengambil kira perkembangan ilmu pengetahuan mutakhir.
Saranan itu juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi terhadap aspek
latihan kemahiran kaunseling yang menjadi teras kepada proses kaunseling.
Kepentingan latihan yang disebutkan turut memberi implikasi terhadap
kepentingan penyelidikan dalam bidang kaunseling, khususnya pada aspek
kemahiran itu sendiri. Walaupun kurikulum latihan kaunseling tempatan memberi
peruntukan kepada kursus-kursus kemahiran, namun hingga kini kajian-kajian
yang berkaitan dengan kemahiran baik secara umum atau yang khusus masih
belum diterokai (Abdul Halim 1990 & Mizan Adiliah 1992).

KAJIAN KEMAHIRAN KAUNSELING

Egan (1982) telah mengutarakan bahawa kemahiran kaunseling penting. Menurut


Egan (1982) dalam setiap tahap intervensi menolong terdapat pelbagai jenis
kemahiran. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam menentukan matalat
kaunseling. Kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti masalah
termasuklah memberi perhatian, mendengar dengan aktif, dan merumus.
Kenyataan tentang pentingnya kemahiran kaunseling tersebut dikukuhkan lagi
oleh pandangan Abdul Halim Othman (1990) yang menyatakan bahawa salah
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 55

satu aspek yang harus diberi penekanan ialah kemahiran kaunseling yang
digunakan oleh kaunselor pelatih.
Ivey (1996) mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti
berikut:

1. Dorongan minima – respons kaunselor yang ditahap minima bagi meng-


galakkan klien bercakap. Ini mungkin dilakukan dengan cara anggukan kepala
dan respons-respons seperti menyebut ‚aha’, ‚teruskan’ yang menunjukkan
kaunselor ingin klien menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut.
2. Soalan terbuka – soalan terbuka adalah soalan yang mengkehendaki klien
menerangkan sesuatu pernyataan dengan lebih lanjut.
3. Soalan tertutup – soalan jenis ini hanya digunakan oleh kaunselor untuk
memeriksa sama ada tanggapan kaunselor itu benar atau salah.
4. Parafrasa – respons kaunselor dalam ayat sendiri yang dapat merumuskan
apa yang diperkatakan oleh klien.
5. Refleksi isi – yang merupakan respons kaunselor untuk menggambarkan isi
perbualan dengan klien bagi menunjukkan kefahaman kaunselor.
6. Refleksi emosi – Refleksi perasaan ialah respons kaunselor untuk
menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.

Kajian-kajian yang telah dijalankan melihat kemahiran kaunseling dari


pelbagai aspek. Antara faktor yang sering dikaji ialah pengalaman kaunselor,
jantina kaunselor, persepsi empati, dan tujuan kaunselor (Cummings 1987; Hills
1986; Lornborg 1991; Thompson 1986). Setelah diteliti didapati beberapa pengkaji
turut membuat kajian kaunseling secara khusus iaitu memberi fokus kepada
kemahiran-kemahiran seperti dorongan minima, refleksi, soalan terbuka, soalan
tertutup, parafrasa, merumus, dan lain-lain lagi menggunakan Hill Counselor
Verbal Response Category System (HCVRS) yang dibina oleh Hill (1986).
Kajian Thomson (1986) mendapati bahawa kaunselor-kaunselor pelatih sama
ada pada peringkat pascasiswazah dan prasiswazah kurang menggunakan
kemahiran dorongan minimum dan meningkatkan kemahiran-kemahiran lain
seperti pernyataan semula dan soalan-soalan setelah menjalani latihan akademik
selama setahun. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa pelajar
pascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka dan kemahiran
konfrantasi tetapi kurang membuat interpretasi berbanding dengan pelajar
prasiswazah.
Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Lonborg (1991) bagi mengetahui sama
ada kaunselor-kaunselor baru menggunakan lebih banyak respons lisan yang
asas berbanding dengan respons-respons yang lebih kompleks. Kajian Lonborg
mendapati bahawa penggunaan respon kemahiran asas seperti dorongan minima
bertambah dengan penambahan masa proses kaunseling. Menurut Lornborg
(1991) keadaan ini bersesuaian dengan keadaan sesi awal kaunseling yang
menitikberatkan pengumpulan maklumat.
56 Jurnal Pendidikan 26

Sementara Cummings (1987) pula telah mengkaji tentang jenis-jenis dan


jumlah respons yang digunakan oleh kaunselor baru melalui penggunaan HSVRCS.
Cummings juga telah melihat hubungan jantina dengan kekerapan dan kualiti
penggunaan kemahiran reflektif dan juga hubungan jantina dengan mode respons.
Cummings mendapati terdapat perbezaan di dalam penggunaan respons
berdasarkan jantina. Kaunselor lelaki lebih banyak menggunakan dorongan
minima berbanding kaunselor perempuan, sebaliknya kaunselor perempuan lebih
banyak menggunakan soalan tertutup, ulangan kata, refleksi, dan maklumat.
Walau bagaimanapun secara amnya, kajian ini mendapati bahawa tiga respons
kemahiran asas yang paling kerap digunakan oleh kaunselor baru ialah dorongan
minima, refleksi dan ulangan kata.

METODOLOGI

SUBJEK

Subjek kajian terdiri daripada 38 orang pelajar program pensiswazahan


pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Program ini adalah program khas yang dijalankan oleh
Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar-
pelajar yang mengikuti program ini mengikuti kursus Kaunseling pada tahun I di
maktab-maktab perguruan di Malaysia. Oleh yang demikian, mereka diterima
masuk ke Fakulti Pendidikan UKM pada tahun II.

KLIEN

Klien yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah di mana kaunselor


pelatih menjalani latihan praktikum mereka. Klien yang datang berjumpa dengan
kaunselor terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah (lelaki dan perempuan)
yang berumur di antara 14-17 tahun. Mereka yang datang menemui kaunselor
pelatih secara sukarela atau dirujuk oleh guru.

INSTRUMEN

Dua set instrumen telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen pertama ialah
Sistem Kategori Respons Lisan Kaunselor ( SKRLK ) yang dibina untuk
mengelaskan tujuh respons lisan kaunselor yang ekslusif iaitu: dorongan minima,
soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan lain-
lain. Sistem ini dibina berdasarkan Counselor Verbal Response Category System
(CVRCS) yang telah dibina oleh Hill (1986). Sistem ini digunakan untuk mengelas
jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling.
Instrumen kedua ialah Skala Penilaian Kualiti: Satu skala Likert untuk menilai
kualiti sesi kaunseling juga dibentuk untuk melihat tahap keberkesanan satu-
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 57

satu sesi kaunseling secara menyeluruh. Skala Likert 7 poin dibentuk dengan
julat nilai daripada sangat tidak berkesan (1) kepada yang sangat berkesan (7).
Skala disediakan dengan panduan penilaian yang menjelaskan kualiti sesuatu
sesi itu sama ada dapat dianggap sangat berkesan berkesan (7), berkesan (5
dan 6), sederhana berkesan (4), kurang berkesan (3 dan 2) serta sangat tidak
berkesan (1). Sesi yang dianggap berkesan memperlihatkan ciri temubual yang
tersusun, mempunyai kesinambungan jalan cerita, berjalan lancar, terdapat tema-
tema penerokaan masalah klien, menjelaskan, memberikan celik akal, mempunyai
pelan tindakan secara tentatif serta mempunyai unsur-unsur yang menyokong
klien. Sementara sesi yang dianggap tidak berkesan ialah yang tidak mem-
perlihatkan unsur kesinambungan, mempunyai tema-tema respons yang janggal,
ada unsur-unsur mengabaikan masalah klien, serta tidak mempunyai fokus.
Kajian Hill et al. (1988) mengkaji terapis berpengalaman dalam melihat kesan
jenis kemahiran yang digunakan terhadap rawatan. Kemahiran yang dikaji ialah
persetujuan, memberi maklumat, bimbingan langsung, soalan tertutup, soalan
terbuka, parafrasa (penyataan semula, refleksi, rumusan dan rujukan bukan lisan),
interprestasi, konfrontasi dan pendedahan kendiri. Hill, et al. mendapati secara
amnya, terapis telah menggunakan kemahiran memberi maklumat dengan paling
kerap diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, interpretasi,
persetujuan dan diikuti oleh bimbingan langsung dan pendedahan kendiri. Sampel
dalam kajian Hills ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, dianggap
terbaik dalam agensi-agensi, dan mereka mengaku menggunakan pendekatan
psikoanalisis lebih daripada pendekatan humanistik atau tingkah laku
(behavioral).
Kajian-kajian tentang kemahiran kaunseling seperti yang telah dibincangkan
di atas belum terdapat di Malaysia. Justeru terdapat keperluan untuk melihat
jenis respons kaunselor terutama di kalangan kaunselor pelatih di negara ini.
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan tersebut.

TUJUAN KAJIAN

Kajian dijalankan untuk melihat aspek-aspek berikut:

1. Jenis-jenis kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih


semasa menjalankan sesi kaunseling individu.
2. Kekerapan respons kemahiran-kemahiran asas yang telah digunakan oleh
kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu.
3. Kebolehan kaunselor mengenal pasti jenis-jenis respons yang mereka
berikan.
4. Menilai ketepatan respons kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi
kaunseling individu.
58 Jurnal Pendidikan 26

PROSEDUR

Tiga puluh lapan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor pelatih di-
rakamkan dalam pita audio dan kemudian disalintaipkan secara kata demi kata.
Salinan sesi yang ditaip disemak oleh kaunselor pelatih sendiri. Setiap satu
salinan sesi yang lengkap diberi nombor kod supaya identiti klien tidak dikenali.
Sesi kaunseling yang dipilih adalah sesi kaunseling yang dianggap terbaik oleh
pelatih di antara beberapa sesi kaunseling yang telah mereka jalankan sewaktu
latihan praktikum.
Setiap sesi yang dipilih sebagai sampel, panjangnya adalah di antara 35-60
minit. Setelah disalin dan ditaip dengan jarak baris dua langkau, panjang setiap
sesi didapati antara 20-25 muka surat. Untuk menganalisis semua unit respons
daripada kesemua 38 sesi, adalah suatu tugas yang tidak mungkin dapat
dijalankan dalam jangka masa yang singkat serta dengan sumber-sumber yang
diperuntukkan. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan kaedah yang
digunakan oleh Thompson (1986), iaitu dengan mengambil respons daripada
selang semuka sahaja. Dengan menggunakan kaedah persampelan Thompson
ini, sejumlah 1349 unit sampel respons telah diperolehi. Setiap unit respons yang
telah dipilih kemudian dikategorikan mengikut sistem yang telah dibina.
Analisis kategori dengan menggunakan borang SKRLK dijalankan pada dua
peringkat. Pertama dijalankan oleh sekumpulan pelatih (yang terlibat dalam kajian
ini) untuk melihat kemampuan mereka mengenal pasti jenis-jenis respons yang
telah digunakan. Tahap kedua, satu analisis dijalankan oleh panel yang terdiri
daripada lima orang pensyarah bidang kaunseling yang dilantik untuk menilai
semula pilihan kategori yang dibuat oleh kumpulan pelajar tersebut.

ANALISIS

Analisis diskriptif, kekerapan, peratusan dan ranking telah digunakan untuk


melihat kategori respons, pola-pola respons dan kualiti sesi yang dijalankan.
Kolerasi Spearman rank digunakan untuk melihat korelasi persetujuan antara
pilihan kategori jenis respons pelatih dengan kategori respons yang dinilai oleh
pakar.

HASIL KAJIAN

Tiga puluh lapan orang pelatih yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada
pelatih kaunselor Fakulti Pendidikan yang sedang menjalani latihan praktikum
kaunseling di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia. Mereka sedang
mengikuti program ijazah pertama pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling.
Pada masa kajian ini dijalankan mereka sedang berada dalam Tahun III pengajian
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 59

mereka. Subjek adalah bekas guru-guru sekolah rendah yang terlatih dan telah
mempunyai pengalaman mengajar antara 5-10 tahun, berumur antara 30-38 tahun
dan berketurunan Melayu (lelaki dan perempuan).

1. Secara keseluruhannya terdapat 1,439 respons yang dipilih sebagai sampel


kajian yang dianalisa. Mengikut analisis kumpulan pelatih sebanyak 1,120 respons
dapat dikenal pasti sebagai kemahiran asas kaunseling yang dapat dikategorikan
ke dalam tujuh jenis kemahiran yang disebut sebagai; dorongan minima, soalan
terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan merumus.
Sementara respons-respons lain yang dianggap tidak termasuk dalam jenis
kemahiran yang dikaji dikategorikan sebagai jenis lain-lain dan jumlahnya adalah
sebanyak 319 unit. Jadual 4.1 menunjukkan jumlah unit respons bagi setiap
kategori serta peratus bagi setiap kategori mengikut analisis kumpulan pelatih
kaunselor.
Mengikut analisis kumpulan pelatih, jumlah respons soalan terbuka
mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu 289 unit (26%), diikuti oleh
kemahiran dorongan minima 274 unit (24%), soalan tertutup 252 unit (23%),
parafrasa 107 unit (9.5%), refleksi isi 84 unit (7.5%), merumus 65 unit (6%) dan
yang paling sedikit ialah refleksi emosi 49 unit (4%).

JADUAL 1. Taburan jenis respons mengikut kekerapan dan peratus


mengikut penilaian pelatih

Bil. Jenis Respons Kekerapan Peratus Ranking

1. Dorongan Minimum 274 24 2


2. Soalan Tertutup 252 23 3
3. Soalan Tertutup 289 26 1
4. Parafrasa 1-7 9 4
5. Refleksi Isi 84 4 5
6. Refleksi Emosi 49 4 7
7. Merumus 65 6 6
Jumlah 1120 100
8. Lain-lain Kemahiran* 319 22.18

Jumlah Sampel Respons 1439 100

*Lain-lain kemahiran tidak diambil kira

2. Unit-unit respons yang dikenal pasti oleh pelatih kemudian dinilai oleh
kumpulan panel. Penilaian dibuat dengan melihat sejauh mana jenis-jenis
kemahiran yang dikenal pasti oleh pelatih dapat diterima oleh panel pakar. Dengan
menggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan borang SKRLK hasil
penilaian dapat dilihat sebagaimana dalam Jadual 2.
60 Jurnal Pendidikan 26

JADUAL 2. Darjah persetujuan panel dalam bentuk peratus dan ranking

Bil Jenis Respons Unit Ranking Pilihan Ranking


Persetujuan pilihan pelatih pilihan
Panel panel pelatih

1. Dorongan Minimum 246 1 274 2


(89.78%)
2. Soalan Tertutup 178 3 252 3
(70.63%)
3. Soalan Tertutup 223 2 289 1
(77.16%)
4. Parafrasa 70 4 107 4
(65.42%)
5. Refleksi Isi 51 5 84 5
(60.71%)
6. Refleksi Emosi 28 7 49 7
(57.14%)
7. Merumus 48 6 65 6
(73.84%)
844 (75.35) 1120

Spearman Rank 0.946 (<0.01)

Jadual 2 memperlihatkan kemampuan pelajar mengenal pasti jenis-jenis


respons yang mereka gunakan dalam sesi kaunseling. Kaedah yang digunakan
adalah dengan menilai semula pilihan respons yang dibuat oleh kumpulan pelajar
dan menganalisis unit-unit respons yang dipersetujui oleh panel. Jadual 2 juga
memperlihatkan tahap persetujuan ahli panel terhadap pilihan respons pelatih
mengenal pasti kemahiran-kemahiran dalam kajian ini. Umumnya, kemampuan
pelatih mengecam jenis-jenis respons adalah agak tinggi. Peratus persetujuan
panel dengan pilihan pelatih secara keseluruhannya adalah 79% dan peratus
persetujuan bagi setiap kategori mempunyai julat antara 57% hingga 90%. Jadual
2 menjelaskan bahawa daripada 274 unit respons yang dicam oleh pelajar 90%
daripadanya dipersetujui oleh panel. Bagi jenis kemahiran soalan tertutup,
daripada 252 unit soalan tertutup yang dikenal pasti, sejumlah 715 dipersetujui
oleh panel. Sementara 77% daripada 289 unit soalan terbuka mendapat persetujuan
panel. Manakala, daripada 107 unit parafrasa sebanyak 70% dipersetujui, daripada
84 unit refleksi isi 65% dipersetujui dan daripada 49 unit refleksi emosi yang
dikenal pasti oleh pelatih 61% daripadanya dipersetujui olah panel. Sementara
itu, 65 unit rumusan sebanyak 57% dipersetujui. Pada umumnya, sebanyak 1120
unit respons telah dikategorikan oleh pelatih ke dalam tujuh kategori kemahiran
asas dan secara keseluruhan kumpulan panel bersetuju sebanyak 844 unit respons
sahaja yang dapat dimasukkan ke dalam tujuh kategori tersebut atau sebanyak
75.35%.
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 61

Kolerasi Spearman rank telah dikira untuk melihat tahap korelasi kedudukan
yang terhasil daripada analisis antara pilihan pelatih dengan penilaian panel
korelasi yang didapati adalah 0.946 (<0.01).
Apabila dibuat perbandingan antara analisis pelatih dengan analisis panel
dari segi tahap persetujuan dan kedudukan, terdapat beberapa pola yang dapat
dilihat dalam setiap kategori kemahiran. Pertama, tahap persetujuan dapat
dianggap tinggi berdasarkan peratus persetujuan bagi setiap kategori. Kedua,
apabila ranking dibuat untuk kedua-dua set kategori respons kedudukan yang
berbeza hanya pada kategori dorongan minimum dengan soalan tertutup sahaja.
Bagaimanapun, perbezaan kedudukan tersebut amat sedikit. Kumpulan pelatih
meletakkan kategori dorongan minimum pada kedudukan nombor dua sementara
kumpulan panel meletakkannya pada kedudukan nombor satu. Kedudukan
kategori-kategori yang lain adalah sama. Ini dikukuhkan lagi dengan kiraan kolerasi
Spearman rank pada nilai 0.946 (<0.01). Ketiga, kedua-dua kumpulan bersetuju
terdapat dua set jenis respons, iaitu; set kategori yang kerap digunakan dan
yang kurang digunakan. Set yang kerap digunakan ialah kategori dorongan
minima, soalan tertutup, dan soalan terbuka. Sementara set yang kedua terdiri
daripada kategori refleksi isi, refleksi emosi, para frasa dan rumusan yang agak
jarang digunakan terutama refleksi emosi.
Fenomena adanya jenis-jenis respons yang lebih popular berbanding dengan
yang lain seperti dalam kajian ini dapat dijelaskan dengan memahami bahawa
respons refleksi emosi dan merumus adalah respons-respons yang khusus
sementara kemahiran menggunakan soalan terbuka dan tertutup serta dorongan
minimum adalah lebih umum dan perlu dilakukan oleh kaunselor terutamanya
dalam proses penerokaan.

3. Analisis keberkesanan respons pelatih yang dinilai dengan menggunakan


skala Likert tujuh poin. Penilaian kesesuaian respons-respons kaunselor pelatih
telah diukur dengan menggunakan skala Likert dari nilai satu (1) hingga tujuh
(7). Untuk tujuan laporan ini nilai skala itu telah dikelompokkan kepada kurang
sesuai (1-3) sesuai (4-5) dan sangat sesuai (6-7). (Lihat Jadual 3)
Jadual 3 di atas menunjukkan 20.26 peratus daripada respons kaunselor
tergolong dalam kategori kurang sesuai iaitu yang tergolong dalam skala 1-3
(3.12 %, 5.17% dan, 11.97%). Sementara 25 peratus pula dalam kategori sangat
sesuai iaitu respons-respons yang tergolong dalam skala 6-7 (24.38% dan .53%).
Hampir 55 peratus respons yang dilakukan oleh kaunselor pelatih tergolong
dalam kategori sesuai iaitu yang terletak pada skala 4-5 (24.49% dan 31.34%).
Secara keseluruhannya 80 peratus daripada jumlah respons yang dikenal pasti
oleh pelatih respons dalam sesi kaunseling yang dijalankan adalah sesuai dan
sangat sesuai. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah peratusan respons kaunselor
pelatih didapati sesuai adalah tinggi dan ini merupakan unsur yang sangat penting
bagi menentukan kejayaan satu-satu sesi kaunseling.
62 Jurnal Pendidikan 26

JADUAL 3. Taburan kesesuaian respons kaunselor pelatih mengikut


kekerapan dan peratus

Skala 1 2 3 4 5 6 7 Jumlah

Kekerapan 35 58 134 263 351 273 6 1,120


Peratus 3.12 5.17 11.97 23.49 31.34 24.38 0.53 100.00

PERBINCANGAN

RESPONS LISAN YANG DIGUNAKAN

Kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor pelatih menggunakan ketujuh-tujuh


jenis respons yang dikategorikan sebagai kemahiran asas, iaitu dorongan mini-
mum, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan,
dan merumus dalam proses kaunseling. Dapatan ini menyokong kajian Lornborg
(1991) yang mendapati kaunselor baru lebih selesa menggunakan kemahiran-
kemahiran asas dalam menjalankan proses kaunseling. Ini adalah petanda yang
baik kerana dapatan ini menujukkan bahawa kaunselor yang telah melalui latihan
kaunseling mampu menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang dipelajari
dalam latihan pendidikan kaunseling semasa menjalankan proses kaunseling.
Respons yang didapati paling kerap digunakan di dalam kajian ini ialah
respons soalan terbuka, diikuti oleh respons dorongan minimum, dan soalan
tertutup. Kajian yang dilakukan oleh Thompson (1986) menunjukkan bahawa
kaunselor-kaunselor di peringkat pascasiswazah lebih banyak menggunakan
soalan terbuka berbanding dengan kemahiran lain. Ini juga adalah petanda yang
baik di mana walaupun kaunselor pelatih yang dikaji dalam kajian ini terdiri
daripada pelajar prasiswazah, namun mereka mampu mempraktikkan kemahiran
setanding pelajar pasca siswazah, sekurang-kurangnya dari aspek pemilihan
kemahiran yang digunakan. Kemungkinan kebolehan kaunselor pelatih tersebut
memahirkan diri dalam proses kaunseling disebabkan oleh kematangan kaunselor-
kaunselor pelatih ini yang semuanya terdiri daripada guru berpengalaman.
Kajian ini memperjelaskan bahawa kesesuaian latihan untuk menjadikan
kaunselor sebagai pembantu yang berkesan. Respons lisan yang kedua paling
kerap digunakan ialah dorongan minimum. Mengikut Lornborg (1991) kaunselor
baru kerap menggunakan dorongan minima. Ini kerana dorongan minima adalah
kemahiran yang digunakan untuk menggalakkan klien bercerita dengan lebih
lanjut terutamanya pada awal sesi kaunseling. Kaunselor pelatih selalunya belum
mampu untuk terus kepada tahap menganalisis, menginterpretasi, mengkonfrontasi
atau membuat pendedahan kendiri seperti yang berlaku dalam tahap-tahap akhir
proses kaunseling. Sememangnya mereka dilatih untuk memfokus kepada mencari
maklumat sebanyak mungkin, mendengar, dan menggalakkan klien mencurah
perasaan. Kajian Hill (1988) menyatakan bahawa kaunselor yang lebih
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 63

berpengalaman juga paling kerap menggunakan kemahiran mendapatkan


maklumat, diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, dan paling
akhir pendedahan kendiri. Oleh itu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa
kaunselor pelatih menggunakan kemahiran dorongan minima untuk mendapatkan
maklumat adalah bersesuaian dengan latihan menuju kepada menjadi kaunselor
yang berkesan.
Walaupun begitu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kaunselor
amat kurang menggunakan refleksi emosi agak merunsingkan. Ini kerana sebagai
kaunselor baru, sepatutnya mereka lebih menggunakan kemahiran yang boleh
membantu klien mencurahkan perasaan, iaitu refleksi emosi. Refleksi emosi adalah
sesuatu yang penting dalam proses kaunseling, dan setiap kaunselor sepatutnya
memahirkan diri dengan kemahiran ini sebelum terus kepada proses menyelesaikan
masalah. Ketidakmampuan sampel kajian ini menggunakan kemahiran refleksi
perasaan dengan memuaskan mungkin disebabkan oleh dua faktor, iaitu pertama,
ketidaksabaran kaunselor-kaunselor pelatih ini untuk menyelesaikan masalah;
dan kedua, refleksi emosi adalah kemahiran yang agak sukar untuk dipraktikkan.

KEMAMPUAN KAUNSELOR PELATIH MENGECAM RESPONS

Kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya, kaunselor pelatih telah berjaya


mengecam nama-nama kemahiran yang mereka gunakan dengan baik. Pemilihan
dorongan minimum dan soalan terbuka sebagai kemahiran atau respons yang
paling senang dikenali adalah tepat dengan penggunaannya yang kerap oleh
kaunselor pelatih. Ketidakmampuan kaunselor pelatih mengenali refleksi emosi
juga menjawab soalan kenapa mereka paling jarang menggunakan kemahiran
tersebut. Dapatan ini tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana dapatan
kajian sebelumnya kerana masih belum terdapat kajian yang mengkaji aspek ini
sebelum ini.

KESESUAIAN RESPONS KAUNSELOR PELATIH

Kajian ini mendapati 80% daripada respons yang dibuat oleh kaunselor pelatih
dianggap sesuai oleh pakar, di mana 25% daripadanya adalah sangat sesuai.
Selebihnya, 20% daripada respons kaunselor pelatih ini dianggap tidak sesuai.
Dapatan ini menunjukkan bahawa kaunselor yang mempunyai latihan kaunseling
berkemampuan menjalankan proses kaunseling secara asas. Mereka masih
berkemungkinan melakukan kesilapan dengan memberi respons yang tidak sesuai,
tidak membantu dan tidak relevan dengan apa yang dikemukakan oleh klien.

KESIMPULAN

Kajian ini telah menunjukkan bahawa guru-guru terutamanya mereka yang matang
dan berpengalaman mampu menjalankan kegiatan memberi perkhidmatan
64 Jurnal Pendidikan 26

kaunseling setelah dilatih. Kaunselor pelatih prasiswazah yang dikaji telah


menunjukkan kebolehan menggunakan semua kemahiran asas yang dipelajari,
malah pada ketikanya mampu menggunakan kemahiran ini sebagaimana pelajar
pascasiswazah. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kemahiran kaunseling
boleh diamalkan jika seseorang mengikuti latihan.
Seterusnya kajian ini mendapati masih terdapat kemahiran-kemahiran asas
yang belum dapat digunakan dan dikenal pasti oleh kaunselor pelatih. Ini
menunjukkan bahawa bukan semua kemahiran asas kaunseling senang difahami
dan dilakukan tanpa latihan yang kukuh. Sehubungan itu disarankan bahawa
mereka yang terlibat dalam profesion kaunseling sebaiknya mendapat latihan
kaunseling hingga ke peringkat pascasiswazah. Pada peringkat pascasiswazah
latihan-latihan kaunseling sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada aspek
mengenali dan mengukuhkan kekuatan diri dalam mempraktikkan kemahiran-
kemahiran yang lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini, borang SKRLK telah
direkacipta. Borang ini boleh diperbaiki dan dikembangkan untuk penyelidikan
yang akan datang.

RUJUKAN

Abdul Halim Othman. 1990. Ke arah satu profesion kaunseling di Malaysia. Jurnal
Personalia 1: 3-12.
Cummings, A. L. 1987. The relationships of cognitive style to social problems solving
and emphaty counselor’s training. Doctoral Dissertation, University of Western
Ontario, Ontario, Canada.
Egan. G. 1982. The Skilled Helper. Monterey. CA: Brooks/Cole.
Hill, C. E. 1986. An overview of the Hill Counselor and Client Verbal Response Modes
Category System. In L. S. Greenberg and W. M. Pinsof (Eds.), The psychotherapeu-
tic process. A research handbook. NY: Gilford Press.
Hill, J. C., V. T. Helms, K. E. Spenegal & E. S. Perry. Effects of therapist responses
modes on brief psychotherapy. Journal of Counseling Psychology 35: 222-233.
Ivey, A. E. 1996. Intentional interviewing and counseling. California: Brooks/Cole
Publishing Company Pacific Grove.
Lonborg, S. D. 1991. Counselor and client verbal response mode changes during initial
counseling sessions. Journal of Counseling Psychology 38(4): 138-142.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 1992. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thompson, A. P. 1986. Changes in counseling skills during graduate and undergraduate
study. Journal of Counseling Psychology 33: 65-72.

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

You might also like