You are on page 1of 21

ALAT-ALAT

PENGUKURA
N

1
Alat-alat Pengukuran Elektrik

 Pengenalan

 Alat-alat Pengukuran Elektrik digunakan


untuk menyukat penggunaan kuantiti-
kuantiti elektrik di dalam sesuatu litar
elektrik.
 Unit-unit elektrik seperti Volt, Ampere, Ohm dan Watt adalah
diantara unit-unit bagi kuantiti elektrik yang ditentukan
dengan alat-alat ukuran tertentu.

2
Cara alat Pengukuran berfungsi
 Tiga cara alat-alat ukuran berfungsi iaitu dengan cara:

 1. Jenis Penunjuk - Menunjukkan kuantiti elektrik


yang sedang diukur melalui jarum
skala dan jarum penunjuk.
 2. Jenis Perakam - Menunjukkan kuantiti elektrik
yang diukur melalui carta atau
graf dengan pen penanda.
 3. Jenis Digital - Menunjukkan kuantiti elektrik
yang diukur melalui angka-angka
digit .

3
Jenis-jenis Meter Pengukuran

 Terdapat dua jenis meter pengukuran yang


selalu digunakan bagi tujuan mengukur kuantiti
elektrik, iaitu:
(1). Jenis Meter Gegelung Bergerak.
(2). Jenis Meter Besi Bergerak.

4
1. Meter Gegelung Bergerak
 Meter-meter yang menggunakan gegelung bergerak
ialah:
(a). Meter Volt - Menyukat nilai Voltan

(b). Meter Ampere - Menyukat nilai Arus

(c). Meter Ohm. - Menyukat nilai Rintangan

5
(a). Binaan Meter Gegelung Bergerak

 1. Satu magnet kekal berbentuk ladam kuda -


digunakan bagi menghasilkan medan magnet.
 2. Satu besi lembut - digunakan bagi
menumpukan medan magnet di dalam ruang
gegelung bergerak.
 3. Pengalir bertebat halus dililit di atas rangka
aluminium dan diletakkan bersama teras besi
lembut.
 4. Jarum penunjuk - dilekatkan bersama gegelung
bergerak dan kedua-duanya akan bergerak
bersama.

6
Binaan Meter Gegelung Bergerak ( sambungan )

 5. Pemberat imbangan - digunakan bagi


mendapatkan keseimbangan.
 6. Pegas rerambut - digunakan untuk menarik
semula jarum penunjuk kepada keadaan asal
/sifar.
 7. Skru pelaras - digunakan untuk melaraskan
jarum penunjuk kepada bacaan sifar apabila tiada
arus mengalir.
 8. Peranti Kawalan dan peranti Redaman – ( dua jenis
peranti di dalam meter bergerak ).

7
Binaan Meter Gegelung Bergerak ( sambungan )

 (i). Peranti Kawalan.


 Dua jenis peranti kawalan di dalam meter jenis ini, iaitu:
a). Peranti kawalan Pegas rerambut.
Digunakan untuk menarik semula jarum penunjuk ke
tempat asal / sifar apabila tiada arus mengalir.
Boleh juga digunakan untuk melaraskan kedudukan jarum
penunjuk dengan cara mengetatkan / melonggarkan ikatan.

b). Peranti Kawalan Graviti.


Digunakan untuk mengawal dan mengimbangkan
pergerakkan jarum penunjuk walaupun pada
kedudukan yang berlainan.

8
Binaan Meter Gegelung Bergerak (sambungan )

 (ii). Peranti Redaman.


 Redaman yang terdapat dalam meter ini ialah dengan
menggunakan arus pusar.
 Medan magnet yang disebabkan oleh arus pusar akan
melawan daya yang menghasilkannya. Dan kesan ini
digunakan sebagai sistem penahan magnet bagi
meredamkan pergerakan jarum penunjuk.

9
(b). Prinsip Kendalian Meter Gegelung
Bergerak
 Gegelung meter akan bergerak disebabkan pemotongan
medan magnet yang berlaku pada meter tersebut
apabila arus melalui gegelung bergerak tersebut.
 Jarum penunjuk yang diletakkan bersama gegelung juga
akan bergerak, jarum ini bergerak mengikut arah
pusingan jam melalui skala pembaca.
 Lebih banyak arus yang melalui gegelung bergerak ini,
lebih besar pesongan jarum penunjuk ( bacaan).

10
(c). Jenis-jenis Meter Gegelung Bergerak
 1. Meter Volt.
 Terdiri dari satu elemen
gegelung bergerak dengan
satu perintang yang tinggi.
 Perintang disambung sesiri
dengan gegelung bergerak.
 Meter Volt hendaklah
disambungkan secara selari
dengan beban yang hendak
diukur voltannya.

11
Jenis-jenis Meter Gegelung Bergerak
( sambungan )
 2. Meter Ampere.
 Terdiri dari satu elemen
gegelung bergerak dengan
satu perintang pirau.
 Perintang pirau
disambungkan secara selari
dengan gegelung bergerak.
 Meter Ampere mestilah
disambung secara siri
dengan litar yang hendak
diukur.

12
Jenis-jenis Meter Gegelung Bergerak
( sambungan )
 3. Meter Ohm.
 elemen gegelung bergerak
disambung sesiri dengan
perintang dan bateri
 Berfungsi berasaskan teori
asas elektrik dimana nilai
sesuatu perintang dapat
diketahui apabila nilai arus
dan voltan telah diketahui
terlebih dahulu.

13
Cara meningkatkan julat ukuran meter
gegelung bergerak.
 Meter gegelung bergerak bagi meter ampere
dan meter volt adalah peranti kawalan arus
 ……..
 Julat Meter Ampere boleh ditingkatkan dengan
meyambungkan satu perintang selari dengan
meter ampere.
 Peningkatan julat Meter Volt pula boleh
dilakukan dengan meningkatkan rintangannya
dan disambung secara sesiri dengan gegelung
bergerak.

14
(d). Kebaikan dan Kelemahan Meter
Gegelung Bergerak.
 Kebaikan
 a). Bacaannya sangat tepat.
 b). Skalanya sama rata.
 c). Bacaannya tidak terjejas dengan medan magnet

 Kelemahan:
 a). Mudah rosak.
 b). Harga Mahal.
 c). Tidak sesuai bagi AU.
15
2. Meter Besi Bergerak
 Meter besi bergerak banyak digunakan pada meter Volt
dan meter Ampere yang digunakan di dalam industri
seperti pada papan panel kawalan.
 Terdapat dua jenis meter besi bergerak, iaitu:

(a). Meter besi bergerak - Jenis Tarikan.


 Berfungsi dengan menarik sebatang besi lembut
ke dalam gegelung tetapnya.
(b). Meter besi bergerak – Jenis Tolakkan.
 Berkendali dengan mewujudkan kekutuban yang
sama pada dua batang besi lembut supaya
menolak di antara satu sama lain.

16
(a). Binaan Meter Besi Bergerak.

 Sebuah meter jenis besi bergerak mempunyai tiga


bahagian utama:
 i). Peranti kendalian.
Terdiri daripada gegelung pengalir yang dililitkan pada
sebuah rangka. Gegelung ini akan mewujudkan medan
magnet yang berkemampuan menarik besi lembut.
ii). Peranti Redaman.
Redaman cara arus pusar diperolehi daripada
pergerakan rangka besi lembut yang digunakan untuk
proses tolakan atau tarikan di dalam gegelung

17
Binaan Meter Besi Bergerak ( sambungan)

 iii). Peranti Kawalan.


 Peranti kawalan ini dapat mengimbangkan jarum
penunjuk walaupun ianya berada pada kedudukan yang
berlainan – Kawalan Graviti.
 Peranti ini juga akan membawa balik jarum penunjuk
kepada kedudukan asal ( sifar ) apabila tiada arus yang
mengalir dalam meter – Kawalan Pegas.
 Larasan sifar bagi jarum penunjuk juga dilakukan oleh
peranti kawalan.

18
(b). Prinsip Kendalian Meter Besi Bergerak

 Prisip Kendalian Meter Besi Bergerak – Jenis Tolakkan.


 1. Menggunakan prinsip kutub yang sama menolak
digunakan sebagai asas pergerakkan alat ukuran ini.
 2. Dua besi lembut diletakkan di dalam satu gegelung
yang mempunyai kutub yang sama.
 3. Tolakan berlaku di antara kedua-dua besi itu jika
arus mengalir melalui gegelung tersebut.
 4. Jarum penunjuk yang dilekatkan bersama-sama aci
akan turut bergerak bagi menunjukkan bacaan
tertentu pada skala bacaan.

19
Prinsip Kendalian Meter Besi Bergerak
(sambungan)
 Prisip Kendalian Meter Besi Bergerak – Jenis Tarikan.
 1. Kesan elektromagnet akan wujud disekeliling
gegelung apabila arus mengalir dalam gegelung itu.
 2. Kesan elektromagnet ini akan menarik besi lembut
yang diletakkan pada aci.
 3. Aci akan bergerak melawan arah pegas rerambut
dan jarum penunjuk yang diletakkan bersama-
sama aci akan turut bergerak bagi menunjukkan
bacaan tertentu.

20
(c ). Kebaikan & Kelemahan Meter Besi Bergerak

 Kebaikan:
 a). Tahan Lasak ( kesan getaran & gegaran )
 b). Murah
 c). Sesuai untuk AU & AT.
 Kelemahan:
 a). Skala bacaan tidak sama rata
 b). Tidak tahan pada suhu tinggi.
 c). Tidak tahan pada kesan magnet

21

You might also like