You are on page 1of 24

PENCAHAYAAN

1
PENCAHAYAAN

 Cahaya ialah satu bentuk tenaga sinaran dan


dapat dihasilkan dengan mengalirkan arus
elektrik melalui filamen karbon, rod karbon
atau tiub-tiub yang berisi gas.
 Tenaga elektrik yang dialirkan itu ditukarkan
kepada bentuk tenaga haba dan kemudiannya
menjadi cahaya yang menyinar keluar.

2
Jenis-jenis Pencahayaan
 Pencahayaan yang baik mestilah dapat
memenuhi kehendak pengguna dari segi fizikal
dan sosialnya.
 Sewaktu menentukan banyaknya cahaya yang
diperlukan oleh sesuatu tempat, faktor-faktor
berikut perlu diambil kira:
a). Jenis Lampu dan pemantulan.
b). Sudut pemasangan lampu.
c). Kedudukan lampu – jauh / dekat.
d). Warna / cat – Lantai, dinding, siling.

3
Jenis-jenis Pencahayaan
 Rekabentuk dan susunatur lampu dalam bangunan
memberikan peranan yang penting bagi mencapai
pencahayaan yang baik atau skim pencahayaan yang
dikehendaki bersesuaian dengan tempat dan tujuannya.
 Oleh itu, rekabentuk dan skim pencahayaan yang baik,
mestilah:
 a). Dapat memberikan cahaya yang mencukupi.
 b). Tidak menyilaukan / memberikan bayang.
 c). Cahaya dapat disebarkan secara seimbang.
 d). Sesuai dengan kehendak tugasnya.
 e). Mempunyai jenis lampu yang betul.

4
Pengenalan jenis Lampu
 Lampu-lampu elektrik boleh dikenali dan
dibezakan berdasarkan kepada yang berikut:

(a). Bentuk Mentol / Tiub


(b). Jenis kemasan.
(c). Warna cahaya.
(d). Lumen / Watt.
(e). Jenis Kepala.

5
Pengenalan jenis Lampu (sambungan )
 (a). Bentuk Mentol / Tiub.

Pengenalan sesuatu jenis lampu boleh dilihat


pada bentuk mentol atau tiub itu, contohnya:
i. Bentuk silinder panjang - Lampu
pendarflour.
ii. Bentuk silinder bulat-Lampu Pendarflour
iii. Bentuk bulat - Lampu pijar.
iv. Bentuk cendawan- Lampu pijar berfilamen

6
Pengenalan jenis Lampu (sambungan )
 (b). Jenis kemasan.

Lampu biasanya dibuat dalam tiga bentuk kemasan


iaitu;
i).Jernih - Digunakan apabila cahaya yang
terang diperlukan.
( Lampu menghias pintu kedai )
ii).Mutiara - Digunakan bagi mengelakkan bayang-
bayang wujud.
( Lampu pesta & perayaan )
iii).Argenta - Hasilkan cahaya putih kabut (putih )
dan tidak silau.
( Rumah kediaman )

7
Pengenalan jenis Lampu (sambungan )
 (c). Warna Cahaya Lampu.

Warna kemerahan - Lampu filamen.


Warna biru kehijauan - Lampu wap merkuri
Kuning keemasan - Wap natrium
Biru pucat - Lampu Pendarflour
Merah, jingga, biru,putih - Lampu neon

* Warna-warna lampu ini merujuk kepada warna cahaya


asal, bukan warna yang dicat atau diselaput dengan kertas.

8
Jenis-jenis Lampu
Umumnya lampu-lampu elektrik yang
digunakan pada hari ini jika
disenaraikan adalah terlalu banyak. Bagi
memudahkan penyenaraian, lampu-
lampu ini dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu:
1. Lampu Pijar dan
2. Lampu Nyahcas.

9
Jenis-jenis Lampu ( sambungan )
 1. Lampu Pijar.
 Cahaya lampu ini dipancarkan terus hasil pemanasan
unsurnya (dawai ) hingga ke suhu yang tinggi dan
habanya yang panas ditukarkan menjadi tenaga
cahaya dan menyinar keluar dalam warna putih
kemerahan.

 Filamen lampu pijar dibuat dalam bentuk pegas


(gegelung ) bagi menambah haba dan cahaya agar
lebih terang.

 Lampu pijar juga diisi dengan gas tertentu (argon,


nitrogen, kripton) bagi mengatasi masalah
pemeluwapan.
10
Jenis-jenis Lampu ( sambungan )

Diantara lampu-lampu yang termasuk dalam kumpulan


lampu pijar ialah:

 i. Lampu Berfilamen
( gegelung ).
ii. Lampu berfilamen arka
iii. Lampu berfilamen
karbon.
iv. Lampu berfilamen
tungsten.
v. Lampu berfilamen
bergas.

11
Jenis-jenis Lampu ( sambungan )
 2. Lampu Nyahcas.

 Lampu ini mengeluarkan


cahaya dengan cara
mengalirkan arus
(elektron ) melalui wap
atau gas tertentu.
Cahayanya tidak panas
dan keluar dalam bentuk
sinar lar.

12
Jenis-jenis Lampu ( sambungan )
 Diantara lampu-lampu
Nyahcas ialah:

i. Lampu pendarflour
ii. Lampu wap merkuri
tekanan tinggi
iii. Lampu wap natrium
tekanan rendah /
tinggi
iv. Lampu neon.
v. Lampu Xenon
13
Jenis-jenis Lampu Nyahcas
 2.1 Lampu Pendarflour.
 Lampu ini termasuk dalam kumpulan lampu nyahcas.
Cahaya yang dihasilkan oleh aliran elektron ini adalah
dalam bentuk cahaya ultraunggu. Cahaya ini lebih sejuk
berbanding dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu
pijar.
 Terdapat dua jenis lampu perdaflour, iaitu:

(a). jenis katod sejuk – lampu nyahcas yang


memerlukan voltan tinggi –
( lampu wap merkuri).
(b). Jenis katod panas - lampu nyahcas voltan
rendah ( lampu pendaflour
biasa).

14
Perbandingan Mutu Lampu
1. Lampu Pijar Biasa.

Kelebihan Kelemahan
1. Kecil ( padat ) 1. Usia pendek.
2. Tidak perlu pencekik 2. Kecekapan – rendah.
3. Kawalan cahaya yang
3. Kesan pancaran haba.
baik.
4. Lepasan warna - baik
5. Boleh dimalapkan.
5. Murah.

15
Perbandingan Mutu Lampu (sambungan)
2. Lampu Pendarflour.

Kelebihan Kelemahan
1. Kecekapan tinggi 1. Kos permulaan – mahal
2. Cahaya penyinaran 2. Menghasilkan kelip-
Sejuk padam
3. Cahayanya dipengaruhi
3. Kurang silauan
suhu sekeliling
4. Tahan lebih lama ( usia 4. Banyak gangguan / jenis
panjang ) kerosakkan
5. Dapat memberi banyak
5. Menyebabkan faktor
kuasa rendah.
warna 16
Faktor Pemilihan Jenis Lampu
 Diantara faktor-faktor yang perlu diambil kira
semasa membuat pemilihan jenis lampu, ialah:

1. Kemujaraban Fluks cahaya


2. Haba Lampu
3. Saiz Lampu
4. Hayat Lampu
5. Kesan Getaran
6. Warna Lampu
7. Kos penggunaan elektrik.

17
Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan )

1. Kemujaraban Fluks cahaya.

Nilai Kemujaraban lampu diperolehi dengan


membahagikan jumlah lumen yang
dapat dikeluarkan oleh lampu dengan kuasa
(watt) yang digunakan.
Pada amnya lampu Nyahcas memberikan
kemujaraban fluks cahaya yang lebih tinggi
berbanding dengan lampu pijar.

18
Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan )
1. Haba Lampu.

Lampu yang berkuasa rendah mempunyai jumlah


haba (bahang) yang rendah berbanding
dengan lampu yang berkuasa tinggi.
Bahangan lampu nyahcas adalah kurang dari
lampu pijar.

19
Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan )
3. Saiz Lampu.
Terdapat pelbagai jenis saiz bagi lampu-lampu
yang sama. Pemilihan yang sepadan dengan keluasan
tempat adalah lebih baik.

4. Hayat Lampu.
Pemilihan jenis lampu yang tahan lebih lama
adalah lebih baik berbanding yang sering rosak /
terbakar.

5. Kesan Getaran.
Lampu yang digunakan di tempat yang bergetar
dipilih dari jenis yang tahan getaran.

20
Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan )
6. Warna Lampu.
Warna yang dipilih mestilah yang sesuai, tidak
menyilaukan atau memberi bayang.

7. Kos penggunaan elektrik.


Pemilihan jenis lampu mestilah yang
berpatutan kadaran kuasanya (watt) agar
pengguna tidak menanggung kos bil yang
keterlaluan.

21
Istilah-istilah berkaitan
 1. Keamatan berkilau.
 Kekuatan cahaya yang keluar dari satu sumber cahaya
pada satu arah yang tertentu.
 Kekuatan cahaya ini disukat dalam unit kandela atau
lumen/watt dan diberi simbol (I).

 2. Fluks berkilau ( Fluks cahaya ).


 Ditakrifkan sebagai banyaknya cahaya yang menimpa di
sesuatu permukaan yang dipancarkan oleh suatu
sumber keamatan berkilau.
 Fluks berkilau diukur dalam unit lumen.

22
Istilah-istilah berkaitan (sambungan)
 3. Fotometer.
 Fotometer ialah alat yang digunakan bagi menyukat
pencahayaan di tempat-tempat yang pencahayaannya
hendak diketahui.

 4. Kaedah Lumen.
 Adalah satu cara pengiraan untuk menentukan bilangan
dan jenis lampu yang diperlukan

23
Peraturan IEE berkaitan
 1. Lampu Neon.
 i. Tiubnya yang mudah tersentuh – letakkan tanda
BAHAYA VOLTAN TINGGI
 ii. Pengubah sadap tengah yang digunakan –
belitan sekunder dibumikan
 iii. Voltan maksima ke bumi pengubah – tidak lebih
5000 V.
 iv. Litar akhir pengubahnya hendaklah diasingkan.
 v. Suis kawalannya – mestilah suis dua kutub
 vi. Kabel voltan tinggi yang digunakan – mesti
berperisai.
 vii. Penyambungan antara kabel dengan tiub –
dibuat daripada kaca berbentuk loceng bagi elak air
bertakung.

24

You might also like