P. 1
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1 2009

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1 2009

5.0

|Views: 26,125|Likes:
Published by CelesteLow

More info:

Published by: CelesteLow on Sep 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2015

pdf

text

original

Geografi 23/2 Kerja Kursus

Nama Calon: Tingkatan: 1 Berdikari Nombor Kad Pengenalan: Nama & Alamat Sekolah: Tajuk Kerja Kursus: kajian Tentang Pengaruh Cuaca & Iklim Terhadap Kegiatan Penduduk di Kawasan Kajian & Perbandingannya dengan Negara Lain Guru Penilai:

B il. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Aspek Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian Umum Aspek 1-7 Aspek 9-12 Aspek 8 Jumlah Markah Tahap Pencapaian

Markah Penuh 1 1 2 2 2 8 2 25 2 2 2 1 25 25 50

Markah Diperoleh

------------------(Tandatangan Guru)

Senarai Kandungan

Bi l. 1 2 3 4 6 7 8 9 1 0

Perkara TAJUK PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

Muka Surat

5 KAWASAN KAJIAN

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Puan Pengetua, Puan Kamariah kerana bersama-sama menjayakan Kerja Kursus Geografi ini. Saya juga menujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru mata pelajaran Geografi saya, yang banyak membimbing saya dalam segenap aspek penyelidikan saya pada kali ini.

Seterusnya, saya ingina mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua- dua ibu bapa saya yang sanggup memberikan idea dan melaburkan modal untuk saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi kerjasama supaya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dengan lebih mudah dan lancar.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para responden dan pihak luar yang sudi meluangkan masa untuk mengisi borang kajian soal selidik yang telah diedarkan kepada mereka.

Pendahuluan

Saya, pelajar tingkatan telah diarahkan untuk melaksanakan Kajian Geografi Tempatan. Kerja kursus ini telah diberikan untuk melatih kemahiran pengkajian dan penyelidikan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Tajuk tugas tahun ini adalah tentang “Kajian Tentang Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Penduduk di Kawasan Kajian dan Perbandingannya Dengan Negara Lain”.

Kawasan kajian yang telah saya pilih ini ialah Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. Saya memilih kawasan tersebut sebab ia amat berdektan dengan rumah saya. Ini pula akan mengakibatkan saya tidak mempunyai masalah untuk memperoleh maklumat, informasi dan menjalankan penyelidikan.

Negara yang saya pilih sebagai perbandingan ialah Bangkok, Thailand. Sebab saya memilih tempat tersebut adalah kerana ia mempunyai banyak persamaan dan merupakan negara jiran. Di samping itu, saya memilih tempat ini kerana dapat mencari maklumat daripada buku, Internet dan lain-lainnya dengan mudah. Tempoh masa kajian ini dijalankan adalah kira-kira 1 minggu.

Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif Kerja Kursus Geografi yang dijalankan adalah seperti:

1. Mengetahui ciri-ciri cuaca dan iklim antara dua buah tempat dengan mendalam. 2. Mengkaji faktor yang telah memperngaruhi cuaca dan iklim sebagai perbandingan. 3. Mengetahui tentang pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan yang dijalankan oleh penduduk. 4. Menyelidik tentang masalah cuaca dan iklim yang berlaku. 5. Mencari dan mengkaji langkah-langkah untuk mengurangkan masalah cuaca dan iklim. 6. Meluahkan rasa kesyukuran akan kawasan kajian yang terurus dan cekap dengan cara mempelajari dan mengenalinya.

Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan informasi ataupun maklumat tentang kawasan yang telah dikajikan atau diselidikan dalam kerja kursus ini. Salah satu kaedah adalah pemerhatian.

Kaedah ini telah dijalankan melalui cara membuat kesimpulan berdasar apa yang telah diteliti dengan mata. Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu bual . Kaedah ini telah dilakukan dengan menemu ramah dengan beberapa orang responden yang mengetahui tentang cuaca dan iklim untuk daptakan penjelasan ataupun pendapat mereka . Kaedah ketiga adalah melalui cara soal selidik. Saya telah mendapatkan pertolongan daripada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk kawasan kajian tersebut. Mereka telah diminta untuk mengisi boring tersebut berdasarkan apa yang telah dilihat atau dilalui. Terdapat beberapa rujukan yang telah dilakukan. Rujukan buku ilmiah adalah seperti: a) Siri Teks Referens PMR Geografi Tingkatan 1, 2 &3 2006 ditulis oleh Sabaruddin Abdul Rahman dan diterbit oleh Pearson, Longman. Manakala rujukan daripada Internet adalah seperti: a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Taman Shamelin Perkasa yang terletak di Cheras. Taman Shamelin Perkasa terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur iaitu tenggara. Jika ingin mengira dengan menggunakan jarak relatif, masa diambil untuk ke bandar dari Taman Shamelin Perkasa boleh mengambil masa 15 minit dan boleh menggunakan bas

atau komuter Rapid KL yang terletak di tempat tersebut. Kos untuk satu perjalanan adalah RM2.00. Jarak mutlak pula adalah 15 km untuk sampai ke bandar.Tempat kajian Taman Shameli Perkasa merupakan sebuah tempat yang penuh dengan pelbagai pusat dan bangunan awam seperti sekolah-sekolah yang dibina di situ, klinik, kedai perniagaan dan restoran juga. Bandar yang dipilih untuk dibandingkan ialah Bangkok, Thailand. Negeri tersebut merupakan negeri utama dalam aktiviti perdagangan serta terletak di garisan lintang lebih kurang 14° U. Bangkok adalah bandar utama di Thailand. Menam Chao Phraya sepanjang 372km iaitu sungai terpanjang di Thailand mengalir disebelah baratnya terkenal sebagai “Venice of the East”. Di dataran Bangkok, terdapat sistem klong atau terusan yang merupakan jalan utama penduduk sekitarnya.

Rumusan
Setelah menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini, saya telah banyak mempelajari daripadanya. Pengalaman ini amat berguna dan menarik. Kini, saya lebih memahami tentang cuaca dan iklim kedua-dua tempat yang telah dikaji. Saya lebih memahami bahawa di sini, Taman Shamelin Perkasa tidak mempunyai empat musim tetapi mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun. Selain itu, cuaca dan iklim mendatangkan beberapa perkara yang buruk seperti pencemaran ataupun penyakit yang

dapat menambahkan beban penduduk melakukan kerja seharian mereka. Oleh itu, kita tidak sememangnya mencemarkan udara dan sekeliling tempat kerana dapat mengakibatkan penyakit dan menyusahkan banyak orang. Akhirnya, saya amat gembira kerana dapat melakukan kerja kursus ini dan ini merupakan kali pertama yang dijalankan.

Rujukan
Buku Rujukan: a) Siri Teks Referens PMR Geografi Tingkatan 1, 2 &3 2006 ditulis oleh Sabaruddin Abdul Rahman dan diterbit oleh Pearson, Longman.

Buku Teks:

a) Geografi Tingkatan 1 2002 ditulis oleh Rape’Ah Bt. Ahamed, Khalijah Bt. Maimon, Azizah Bt. Ismail dan Foo Ho Loke. Diterbit oleh Arus Intelek Sdn. Bhd.

Internet: a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

Melawat Tempat Kajian: a) Taman Shamelin Perkasa, Cheras

Dapatan Kajian
8.1 Ciri-ciri Cuaca dan Iklim
Kawasan kajian yang telah dikaji ialah Taman Shamelin Perkasa yang terletak di Cheras. Cuaca yang telah dkaji di kawasan ini adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Purata minimum suhu pula adalah 27°C manakala julat suhu tahunan adalah amat kecil iaitu antara 1°C- 2°C. Selain itu, hujan tahunan adalah 2600 mm the situ. Kelajuan angina

maksimum adalah 19.3m/s dan kelajuan angin minimum adalah 12.6 m/s. Taman Shamelin Perkasa, cuacanya amat lembap, oleh itu udara persekitarannya agak lembap. Kawasan tersebut terletak di Zon Panas dan iklim ini dipanggil iklim Khatulistiwa. Negara perbandingan yang telah saya pilih adalah Bangkok, Thailand. Cuaca dan iklim di sana memang berbeza daripada Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Kawasan ini mengalami suhu antara 21°C- 31°C bersama hujan tahunan antara 1000 mm hingga 2000 mm. Bangkok terletak di kawasan Zon Panas tetapi iklim yang dialami oleh kawasan Bangkok adalah iklim Monsun Tropika serta kelajuan anginnya terletak di Zon Panas. Banggalah rakyat Malaysia dapat tinggal di sebuah Negara bebas daripada rebut taufan dan iklim empat musim tetapi tinggal di cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun.

8.2 Faktor yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim
Kawasan yang dikaji oleh saya adalah Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Kawasan ini terletak di garisan lintang antara 1°U sehingga 7°U yang terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa. Ini memungkinkan purata suhu tahunan adalah 27°C. Ini disebabkan kerana kawasan kajian yang dipilih menerima lebih pancaran matahari yang berdekat denngan matahari serta mengakibatkan banyak sejatan. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi cuaca dan iklim dan salah satunya adalah

bentuk muka bumi. Taman Shamelin Perkasa merupakan sebuah kawasan tanah pamah. Oleh sebab itu, memang banyak bangunan kilang, pusat beli-belah, kedai perniagaan, restoran dan juga rumah kediaman. Bangkok terletak di tengah Thailand yang berada pada kedudukan di antara garisan lintang 7˚U hingga 22˚U berhampiran garisan Khatulistiwa mengalami suhu tinggi. Keadaan ini menyebabkan Bangkok menerima pancaran cahaya matahari yang banyak. Ini menyebabkan kawasan Bangkok mengalami keadaan panas sepanjang tahun. Bentuk muka bumi Bangkok juga diluputi tanah rata dan sungai. Bandar Bangkok terletak di tebing Menam Chao Phraya dan telah berkembang pesat dari segi fungsi dan jumlah penduduk. Kebanyakan fungsi pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan Thailand bertumpu di Bangkok. Pertambahan pesat penduduk Bangkok dipengaruhi oleh migrasi dari kawasan lain dan pertambahan semula jadi. Bangkok juga merupakan tempat tarikan pelancongan.

8.3 Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim
Nama kawasan kajian saya ialah Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Tempat yang dipilih memang sesuai digunakan sebagain tempat untuk kegiatan manusia. Banyak aktiviti yang dilakukan untuk pusat perindustrian. Pencemaran juga berlaku akibat pelepasan asap dari kilang-kilang dan kenderaan serta pembakaran terbuka menyebabkan alam sekitar kita tercemar. Alam sekitar kini semakin kotor dan tercemar serta atmosfera juga tercemar. Fenomena pencemaran atmosfera adalah seperti hujan asid, jerebu, kesan

rumah hijau, penipisan ozon bumi dan peningkatan suhu. Jerebu yang berlaku disebabkan oleh bahan-bahan yang bertoksik terapung dalam atmosfera. Ini disebabkan oleh kenderaan di jalan raya, pembakaran terbuka dan pelepasan asap dari kilang juga. Mereka mengeluarkan pelbagai jenis bahan bertoksik seperti habuk, asap, sulfur monoksida, karbon monoksida dan sebagainya. Tetapi di Bangkok, jerebu dilanda dengan lebih teruk daripada Malaysia. Bangkok dilanda jerebu kerana Bangkok adalah suatu kawasan yang besar dan luas serta mempunyai masalah pencemaran udara yang amat teruk dan juga serius. Punca jerebu juga daripada kenderaan bermotor, kilang-kilang dan pembakaran secara terbuka. Saya bangga dan syukur kerana dapat tinggal di kawsan yang masalah jerebunya masih boleh dikawal dan tidak seberapa serius.

8.4 Masalah Cuaca dan Iklim
Terdapat banyak masalah cuaca dan iklim yang kini berlaku.Banyak kes penyakit and juga dilaporkan kini seperti penyakit kulit, penyakit aedes, penglihatan mata kabur dansepertinya. Apabila pencemaran mula berlaku seperti pencemaran udara dan bertambah teruk, udara dan kualiti hidupan penduduk setempat akan menjadi buruk. Pencemaran udara ini boleh membawa penyakit seperti sesak nafas, batuk, penyakit kulit

serta menjejaskan penglihatan mata. Walaupun, isu ini bertambah buruk, penduduk masih tidak mengendahkannya. Masalah pencemaran udara di Bangkok, Thailand pula lebih serius, teruk dan buruk. Ini telah pun disebabkan iklim dan cuaca serta peningkatan jumlah penduduk yang sedang meningkat. Kes-kes penyakit dan pencemaran mula meningkat. Ini telah menjejaskan aktiviti penduduk dan jumalh pendatang asing yang mengunjungi tempat tersebut. Masalahnya ini dipertingkatkan lagi oleh sebab iklim dan cuaca yang panas, kependudukan, perkembangan sosial ekonomi, industrialisasi serta peningkatan jumlah penduduk perkotaan yang teramat tinggi.

8.5 Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Cuaca dan Iklim
Terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan unutk mengurangkan masalah cuaca dan iklim di Taman Shamelin Perkasa, Cheras iaitu kawasan kajian yang telah dipilih. Salah satu cara adalah untuk dengan menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang di hutan agar banjir kilat tidak berlaku dan peningkatan suhu tidak akan berlaku. Penggunaan kenderaan awam juga merupakan salah satu langkah. Penduduk boleh

menggunakan bas, teksi awam yang disediakan kerajaan untuk mengurankan isu pencemaran udara ini. Manakala di Bangkok, Thailand juga boleh mengurangkan masalah jerebunya dengan mengruangkan aktiviti perindustrian dengan memajukan kawasan lain. Mereka juga boleh menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Bangkok juga boleh membina Bandar ataupun kawsan tempat yang lain untuk mengurangkannya. Walau bagaimanapun, masyarakat ataupun penduduk setempat perlulah bekerjasama untuk menjaga alam sekitar dan tidak mencemarnya untuk menjamin alam sekitar yang lebih cerah.

Kajian Tentang Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Penduduk di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur dan Perbandingannya dengan Bangkok, Thailand…

Tajuk

Penghargaan

Pendahulua n

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan

Lampiran
Kesan Negatif di Taman Shamelin Perkasa

Pencemaran Udara

Pencemaran Air

Banjir

Pemusnahan Hutan

Kesan Negatif Di Bangkok, Thailand

Kesesakan Lalu Lintas

Jerebu

BahanGrafik
28.5 28 27.5 27 26.5 26 25.5 25 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Taburan Suhu di Taman Shamelin

Taburan Suhu di Taman Shamelin Perkasa, Cheras

Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober

Suhu 26°C 27°C 27°C 26°C 26°C 27°C 26°C 28°C 28°C 26°C

Kegiatan Ekonomi Perindustrian Lain-lain Pertanian Perguruan

Jumlah 70% 20% 15% 5%

Kegiatan Ekonomi Perindustrian Lain-lain Pertanian Perdagangan

Jumlah 5% 15% 20% 60%

Peta Kawasan Kajian Taman Shamelin Perkasa, Cheras

Peta Kawasan Kajian

Peta Kawasan Kajian

Borang Temu Bual Nama: Umur: Jantina: 1. Apakah yang anda boleh menjelaskan tentang keadaan cuaca di Taman Shamelin? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

2. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah cuaca dan iklim? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 3. Apakah yang boleh dikaitakn tentang masalah cuaca dan iklim di Taman Shamelin? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. Keistimewaan kawasan Taman Shamelin Perkasa. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

Borang Temu Bual Nama: Umur: Jantina: 1. Apakah yang anda boleh menjelaskan tentang keadaan cuaca di Taman Shamelin? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

2. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah cuaca dan iklim? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 3. Apakah yang boleh dikaitakn tentang masalah cuaca dan iklim di Taman Shamelin? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. Keistimewaan kawasan Taman Shamelin Perkasa. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

Borang Temu Bual Nama: Umur: Jantina: 1. Apakah yang anda boleh menjelaskan tentang keadaan cuaca di Taman Shamelin? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

2. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah cuaca dan iklim? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 3. Apakah yang boleh dikaitakn tentang masalah cuaca dan iklim di Taman Shamelin? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. Keistimewaan kawasan Taman Shamelin Perkasa. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->