You are on page 1of 26

Bahagian C

1 (a) F1 Khalifah dilantik menerusi upacara mengangkat sumpah atau


“baiah”.
H1a Baiah membawa maksud taat setia dan kerelaan antara orang yang
memerintah dengan orang yang diiperintah.
F2 Setiap khalifah mestilah melaksanakan tanggungjawab dengan
betul dan sempurna berlandaskan hukum syariah.
F3 Menurut Islam, pemilihan khalifah mestilah dibuat menerusi
proses perundingan atau musyawarah setelah dirundingkan pada
peringkat tertinggi oleh ahli bijak pandai iaitu Ahli Syura.
F4 Antara syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang khalifah
adalah seperti berikut:
H4a Lelaki yang merdeka dan beragama Islam.
H4b Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap.
H4c Tubuh badan yang sihat dan tidak cacat.
H4d Adil dan mempunyai tingkah laku yang baik.
H4e Mempunyai fikiran yang cerdas dan pandai mentadbir urusan
negeri.
H4f Bersifat berani dan warak.
F5 Pelantikan khalifah Islam adalah berdasarkan empat kaedah
pemilihan iaitu musyawarah atau syura iaitu permesyuaratan atau
perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara.
H5a Pelantikan Khalifah Abu Bakar adalah menerusi keadah ini. Ia
berlaku ketika golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir
melantik khalifah daripada kalangan mereka di Saqifah.
H5b Atas cadangan Sayidina Umar al-Khattab, dan disertai dengan
persetujuan ramai, Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah.
F6 Kaedah yang kedua ialah menerusi cadangan satu nama sahaja,
contohnya sewaktu pelantikan Khalifah Umar al-Khattab.
H6a Namanya telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar sebelum
beliau wafat.
F7 Kaedah yang ketiga adalah menerusi pemilihan calon-calon yang
layak. Semasa pelantikan Sayidina Uthman bin Affan, enam calon
telah diusulkan dalam pemilihan tersebut.
H7a Sayidina Uthman bin Affan telah terpilih dalam pemilihan
tersebut.
F9 Kaedah yang keempat pula adalah menerusi pencalonan
sekelompok masyarakat seperti pelantikan Khalifah Ali bin Abu
Talib.
F10 Semua kaedah ini adalah menerusi proses syura atau musyawarah
dan telah diperkukuhkan dengan baiah iaitu perakuan sumpah taat
setia kepada orang yang dilantik sebagai khalifah.
[8 markah]

(b) F1 Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan


tugas untuk memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir
negara mengikut al-Quran dan hadis.
F2 Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik,
sosial, dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara
keperluan rohani dengan jasmani.
F3 Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran negara
berjalan dengan sempurna dan dapat mempertahankan negara
daripada musuh.
F4 Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh khalifah agar
kebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera di
dunia dan akhirat.
F5 Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran
Allah SWT.
F6 Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui
konsep musyawarah atau syura dan memantapkan perundangan
Islam.
F7 Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaan
negara, baitulmal dan pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.
F8 Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam
manakala jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadap
individu bukan Islam yang berselindung di negara Islam. Zakat
pula ialah pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orang
Islam dan adalah wajib untuk semua umat Islam yang
berkelayakan.
[4 markah]

(c) F1 Abu Bakar telah mentadbir negara Islam yang berpusat di Madinah
mengikut undang-undang dan syariat yang dilaksanakan oleh Nabi
Muhammad SAW.
F2 Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengalahkan gerakan al-Riddah
iaitu satu gerakan yang mengingkari ajaran Islam.
F3 Di sebelah luar pula, kerajaan Islam Madinah menghadapi
ancaman orang-orang Rom dan Parsi.
F4 Beberapa langkah juga telah diambil untuk menghadapi ancaman
tentera Rom dan Parsi.
F5 Khalifah Abu Bakar sendiri telah berjaya mengumpulkan ayat-ayat
al-Quran yang kemudiannya dimansafkan pada zaman pentadbiran
khalifah Uthman bin Affan.
F6 Bagi melincinkan pentadbirannya khalifah Abu Bakar telah
membahagikan pentadbiran kerajaan kepada sepuluh wilayah iaitu
Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid,
Hadhramaut, dan Nijran.
F7 Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera
melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan
hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.
F8 Abu Bakar al-Siddiq telah digelar sebagai “Penyelamat umat
Islam” kerana jasa-jasanya menyatupadukan umat Islam yang telah
berpecah-belah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dengan
menghapuskan gerakan al-Riddah. Sebelum Abu Bakar mangkat
beliau telah menamakan atau mencadangkan agar Umar bin al-
Khattab dilantik menjadi penggantinya.
[8 markah]

2 (a) F1 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun lain menerusi


kegiatan perdagangan dan perniagaan.
F2 Orang-orang Islam keturunan Arab memang terkenal dalam bidang
perniagaan. Semasa menjalankan perniagaan ini orang-orang Islam
akan dapat menyaksikan pelbagai kebudayaan dan tamadun
bangsa-bangsa lain.
F3 Penguasaan Islam ke atas kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan
Timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh
menjadi salah satu alat utama pertembungan tamadun Islam
dengan tamadun lain.
F4 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun China pada
awal abad ke-7 M lagi. Pada waktu itu orang-orang Islam telah
sampai ke China iaitu berdagang di bandar Canton.
F5 Hubungan diplomatik juga telah menyebabkan berlakunya
pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
F6 Orang-orang Islam telah mendapatkan pengetahuan tentang cara
hidup, cara berfikir, dan cara mentadbir daripada tamadun luar.
F7 Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, beberapa
kumpulan peneroka telah dihantar ke utara Selat Gibralta di
Selatan Sepanyol.
F8 Kumpulan peneroka tersebut telah bertembung dengan petempatan
bukan Islam di Cordova, Valencia, dan Rhonda.
F9 Pertembungan ini telah mewujudkan hubungan diplomatik antara
kawasan tersebut dengan tamadun Islam.
F10 Pertembungan tersebut telah membolehkan berlakunya
pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukan
Islam berkaitan cara hidup, pandangan politik, keagamaan,
ekonomi, dan pentadbiran.
F11 Pertembungan juga berlaku apabila menerusi cara penaklukan dan
ketenteraan.
F12 Usaha perluasan wilayah dan penyebaran agama Islam, Kerajaan
Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, dan Turki
Uthmaniyah telah membentuk ekspedisi ketenteraan.
F13 Penguasaan Islam ke atas Iran dan Iraq telah menyebabkan Islam
bertembung dengan tamadun Parsi.
F14 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Rom ataupun
Eropah apabila dapat menguasai kawasan Mesir dan Afrika Utara.
F15 Penguasaan Islam terhadap kawasan-kawasan baru terutamanya di
Eropah telah mewujudkan pertembungan tamadun dari segi
kebudayaan.
F16 Islam juga telah bertembung dengan tamadun lain menerusi
intelektual yang berlaku antara ahli sufi Islam dengan orang bukan
Islam.
[8 markah]

(b) F1 Antara sumbangan yang paling besar ialah dari segi keagamaan itu
sendiri.
F2 Islam telah mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga
mereka yang berada di bawah takluknya.
H2a Dalam Islam nilai akidah iaitu kepercayaan kepada Allah SWT
adalah perkara paling penting.
F3 Islam juga telah menyediakan sistem perundangan yang
berasaskan kitab al-Quran dan hadis.
H3a Akidah dan syariah Islam amat mudah diterima kerana ia adalah
bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum
dan kawasan geografi.
H3b Adat yang diamalkan selagi tidak bercanggah dengan Islam terus
dibenarkan tanpa apa-apa sekatan.
F4 Pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun lain
telah menyebabkan berlakunya pertambahan wilayah penyebaran
Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.
H4a Kerajaan-kerajaan Islam telah wujud di negeri-negeri India seperti
Kerajaan Mughal di India. Juga. wujudnya masyarakat Islam di
China sehingga ke hari ini.
F5 Pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, Abbasiyah, dan
Uthmaniyah walaupun berbeza dari segi institusi dan organisasi
tetapi telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat.
H5a Ketiga-tiga kerajaan tersebut juga telah mengamalkan sistem
pemerintahan yang berasaskan akidah dan syariah.
F6 Penguasaan Islam ke atas wilayah-wilayah tersebut telah
membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutamanya dari
segi perdagangan dengan lebih berkesan.
H6a Keselamatan di sepanjang laluan perdagangan amat dijaga bagi
membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan
dengan lebih licin.
C6a Contohnya semasa zaman Uthmaniyah, armada-armada laut telah
disediakan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di
kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut
Hindi.
H6b Kegiatan ekonomi umat Islam adalah berlangsung di banyak
kawasan. Antara pusat ekonomi Islam ialah meliputi kawasan
seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah, dan Istanbul.
H6c Islam juga telah menguasai kegiatan perdagangan di India, Ceylon,
Kepulauan Melayu, dan China di sebelah timur sejak abad ke-7 M
lagi.
F7 Pertembungan tamadun antara Islam dengan Eropah telah
mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar
dan kawasan sekitarnya.
H7a Undang-undang Islam telah mempengaruhi penyelarasan undang-
undang di kawasan Balkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah.
H7b Orang-orang Islam juga telah mempengaruhi perkembangan
pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan
penekanan bukan sahaja berbentuk agama tetapi juga pendidikan
yang merangkumi bidang sains, matematik, dan teknologi.
H7c Semasa zaman kerajaan Abbasiyah, pelajar telah diwajibkan untuk
mempelajari ilmu mantik (logik), matematik, geografi, sejarah,
sains fizikal, dan biologi.
F8 Islam juga telah mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti
cara
H8a berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang, dan berpolitik.
H8b Semasa zaman kerajaan Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam
telah mengamalkan cara hidup orang Islam.
F9 Mereka bercakap dalam bahasa Arab dan juga berpakaian seperti
orang Islam.
H9a Semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid, perpustakaan telah
ditubuhkan yang membolehkan bahan penulisan daripada tamadun
lain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam.
F10 Kajian tersebut telah menyebabkan munculnya satu budaya
keilmuan intelektual yang tinggi dalam kalangan orang Islam yang
bermula dengan proses memperterjemahkan karya-karya bukan
Islam.
F11 Pada abad ke-8 hingga keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun
1258 M adalah merupakan zaman kemuncak keilmuan Islam. Ia
berlangsung selama hampir lima abad dan merupakan satu-satunya
era sejarah Islam yang gemilang.
H11a Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah memberikan sumbangan yang
besar kepada perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan
pada waktu itu.Tokoh yang terkenal yang banyak memberikan
sumbangan kepada perkembangan Islam ialah Ibn Sina dan Ibn
Rushd.
F12 Islam juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam
perkembangan ketamadunan di dunia terutama dalam bidang seni
bina.
F13 Keindahan seni bina Islam dapat dilihat pada Masjid Cordova di
Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul, dan
Istana Alhambra di Granada.
H13a Seni bina ini melambangkan ketinggian nilai seni seni bina Islam.
H13b Seni bina dalam tamadun Islam adalah berasaskan kepada
kepercayaan tauhid dan akidah.
F14 Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam
bidang kesusasteraan.
H14a Terdapat penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratan
manusia termasuklah Omar Khayyam yang telah menulis
Ruba’iyah dan al-Jahiz terkenal dengan kitab al-Bayan.
H14b Jalal ad-Din. Rumi pula banyak menghasilkan puisi yang
bertemakan ketuhanan.
H14c Wanita juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan puisi iaitu
Rabi’ah al-Adawiah yang banyak menghasilkan puisi yang
bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan
Tuhan.
F15 Pertembungan tamadun juga telah memberikan kesan yang penting
kepada dunia pelayaran Islam kerana ia telah melahirkan ramai
tokoh-tokoh pelayaran Islam.
H15a Semasa zaman kemuncak keagungan Islam, ramai cendekiawan
Islam telah mengembara dan meneroka kawasan di luar naungan
Islam untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
H15b Salah seorang tokoh yang terkenal ialah Ibn Battuta yang telah
mengembara ke China, India, dan Afrika.
H15c Semasa mengembara, Ibn Battuta telah membuat catatan yang
tepat berkaitan dengan fakta kawasan yang dilawatinya.
H15d Catatan tesebut telah dihargai oleh sejarawan dan hasil karyanya
telah menjadi rujukan sejarawan hingga ke hari ini.
H15e Tokoh-tokoh pengembara yang lain ialah seperti al-Mascudi yang
mengembara ke China, Parsi, India, dan Timur Afrika. Manakala
Ibn Fadhlan pula telah mengembara ke Utara Eropah pada abad ke-
12.
[8 markah]

(c) F1 Pada waktu itu lahir golongan orang tempatan yang beragama
Kristian.
H1a mengamalkan kebudayaan Islam dan
H1b berbahasa Arab.Golongan ini dipanggil Mozarab.
F2 Golongan Mudejar ialah orang Islam setempat (minoriti)
H2a Yang tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian.
H2b Golongan Mudejar memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi cara kehidupan orang Eropah.
[4 markah]

3 (a) F1 Mengikut bukti catatan China yang mengatakan bahawa orang


Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan
di Canton atau Amoy sejak tahun 300 M.
H1a Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga dapat menguasai
perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke
China.
H1b Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama
setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ke-7 M.
H1c Mereka telah singgah di Melaka sebelum meneruskan pelayaran ke
China. Ini kerana Melaka merupakan tempat persinggahan sebelum
meneruskan pelayaran ke China, apabila musim angin monson
reda.
H1d Mereka telah menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan
perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah
membina perkampungan di situ.
H1e Perkampungan ini menjadi amat penting kerana menyediakan
tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul
barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang
datang dari China dan India. Mereka juga berkahwin dengan
wanita tempatan.
H1f Semasa berada di kawasan perkampungan tersebut orang-orang
Arab ini telah berbincang serta berinteraksi dengan pedagang
tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama.
F2 Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh
para pendakwah serta pedagang Islam ini telah menarik minat
orang tempatan untuk mendalami agama Islam.
H2a Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat
mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi merupakan
sesuatu yang menarik minat masyarakat dan pedagang tempatan
kepada Islam.
F3 Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam
catatan China yang mengatakan bahawa telah wujud sebuah
perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada
tahun 650 M.
F4 Ini berdasarkan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan
dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di
semenanjung Tanah Arab.
F5 Selain itu, perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah di
ambil daripada Bahasa Arab.
H5a Tambahan pula, adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak
yang dipengaruhi oleh budaya Arab.
C5a Contohnya, amalam menghormati tetamu dan muzik Melayu
seperti dabus dan tarian zapin.
F6 Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas juga mengatakan
bahawa kebanyakan karya tempatan menceritakan bahawa
pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari
Semenanjung Tanah Arab.
C6a Misalnya, Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa
mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah ufti
berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail.
H6a Beliau berjaya mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu yang
kemudiannya bergelar Malik al- Salih, manakala Raja Pattani
Phaya Tu Nakpa pula telah diislamkan oleh Syeikh Said.
F7 Terdapat juga bukti-bukti lain seperti banyak kitab agama yang
dikarang dalam bahasa Melayu pada awalnya menggunakan
bahasa dan gaya penulisan yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab.
Contohnya Hikayat Nabi Bercukur.
H7a Kitab-kitab yang dikarang itu juga tidak mempunyai unsur India
ataupun China.
F8 Bukti lain pula dapat dilihat menerusi kitab tempatan seperti
tauhid, tafsir al-Quran dan hadis adalah menggunakan bahasa Arab
yang bersumberkan Tanah Arab.
F9 Terdapat juga beberapa catatan karya tempatan yang berkaitan
dengan pengislaman raja di Asia Tenggara iaitu
H9a Hikayat Merong Mahawangsa yang mencatatkan bahawa Raja
Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani.
H9b Hikayat Acheh mencatatkan Syed Abdullah Arif telah berusaha
mengembangkan Islam Di Sumatera.
H9c Sejarah Kepulauan Sulu mencatatkan tentang mubaligh keturunan
Arab seperti Sharif Hassan dan Awlia telah menyebarkan Islam ke
Kepulauan Sulu.
[8 markah]

(b) F1 Faktor perdagangan merupakan faktor utama kemasukan Islam ke


Asia Tenggara. Ketika menjalankan aktiviti perdagangan,
pedagang dari Arab, China, dan India telah singgah ke Asia
Tenggara dan memperkenalkan ajaran agama Islam kepada
penduduk tempatan.
F2 Telah wujud jalinan perhubungan perdagangan dengan pelabuhan
utama di Asia Tenggara seperti pelabuhan di Selat Melaka, Teluk
Siam, Indo-China serta pelabuhan di Kepulauan Rempah seperti
Maluku, dan Makasar termasuk pelabuhan di Laut Jawa.
F3 Pelabuhan tersebut telah menjadi pusat kegiatan manusia dari
pelbagai tempat serta masyarakat tempatan.
F4 Sikap yang telah ditunjukkan oleh pedagang Islam seperti
kemurnian dan tingkah laku yang baik telah menjadi ikutan
penduduk setempat.
H4a Wujudnya ativiti perbincangan yang berkaitan tentang Islam dalam
kalangan pedagang yang tinggal di kawasan tersebut.
F5 Semangat dakwah dalam kalangan pedagang ini telah menarik
minat masyarakat Asia Tenggara yang berada di bandar-bandar
pelabuhan utama.
H5a Golongan pedagang Islam yang tinggal di kawasan tersebut telah
menjalankan aktiviti dakwah, di samping itu mereka juga
membawa ulama dan tinggal di kawasan tersebut untuk beberapa
bulan bagi tujuan untuk menyebarkan agama Islam.
F6 Sifat lemah lembut yang ditunjukkan oleh ketika menyampaikan
ajaran Islam telah menyebabkan Islam semakin mudah tersebar.
F7 Sifat mahmudah seperti bersopan santun, ikhlas, dan lemah lembut
yang ada pada pedagang Islam juga telah menarik lebih ramai
penduduk tempatan memeluk agama Islam.
F8 Agama Islam juga telah tersebar apabila wujudnya hubungan baik
antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.
H8a Layanan istimewa telah diberikan oleh pemerintahan tempatan
kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka.
H8b Ini telah memberikan peluang kepada pedagang Islam untuk
berdakwah kepada masyarakat setempat.
F9 Pemerintah tempatan juga telah melantik pedagang-pedagang
Islam sebagai syahbandar di beberapa bandar pelabuhan di Asia
Tenggara kerana tertarik degan kejujuran dan sifat amanah yang
ditunjukkan oleh pedagang Islam.
[8 markah]
(c) F1 Agama Islam di Asia Tenggara juga tersebar menerusi peranan
yang dimainkan oleh mubaligh, ulama, dan ahli sufi.
F2 Tokoh yang terawal menyebarkan Islam ke Asia Tenggara ialah
Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad.
F3 Terdapat ramai lagi pendakwah lain yang telah datang ke Asia
Tenggara untuk meneruskan penyebaran Islam.
F4 Tokoh-tokoh tersebut telah memainkan peranan yang penting
dalam kegiatan dakwah Islamiah.
F5 Keperibadian mereka yang lemah lembut, baik, dan jujur telah
berjaya menarik ramai penduduk Asia Tenggara untuk memeluk
agama Islam.
F6 Pada peringkat awal penyebaran Islam, ulama telah mengajar
perkara asas tentang Islam secara tidak formal, contohnya di
Melaka.
F7 Perkembangan Islam yang pesat telah membolehkan ajaran Islam
disampaikan secara formal.
F8 Masjid, istana, dan rumah mereka telah dijadikan sebagai tempat
untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.
F9 Institusi pendidikan awal itu kemudian telah berkembang menjadi
pusat pendidikan seperti pondok atau pesantren. Institusi pondok
di Acheh juga dikenali sebagai dayah.
F10 Kemunculan ulama-ulama seperti Hamzah Fansuri, Syamsudin al-
Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel adalah disebabkan adanya
institusi pendidikan tersebut.
F11 Di Jawa, terdapat Wali Songo iaitu sembilan orang wali atau
ulama yang hidup pada masa yang sama iaitu sekitar awal abad
ke-15 M hingga ke-16 M.
F12 Kebijaksanaan Wali Songo ini berdakwah telah menyebabkan
ramai masyarakat tempatan telah memeluk agama Islam.Wali
Songo ini berdakwah dengan menggunakan cara menimbulkan
kesedaran kepada masyarakat tentang maksud bekerja dan
beramal dalam erti kata yang sebenar.
F13 Mereka juga berusaha menghapuskan pengangguran dengan
mengikis sifat malas, mengelakkan hidup secara mewah dan
membazir.
[4 markah]

4 (a) F1 Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas aspek pemerintahan


dan pentadbiran di Asia Tenggara.
F2 Sebelum kedatangan Islam, pemerintahan menggunakan sistem
beraja. Berlaku pengubahsuaian setelah Islam datang ke Asia
Tenggara,
H2a iaitu institusi kesultanan telah diperkenalkan. Ia diambil daripada
kerajaan pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah dan Empayar
Turki Uthmaniyah. Perkataan sultan adalah berasaskan perkataan
bahasa Arab yang bermaksud kuasa, kewibawaan atau pemerintah.
F3 Sistem ini telah meletakkan sultan sebagai ketua negara dan
dibantu oleh mufti yang dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal
ehwal agama Islam dan pentadbiran negara.
H3a Terdapat juga jawatan-jawatan lain seperti kadi, khatib, pemungut
zakat, penyelia baitulmal, dan penjaga harta wakaf.
F4 Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan
kerajaan Islam di Alam Melayu dan ia menjamin kewibawaan
sultan yang memerintah.
F5 Ia telah meletakkan mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan
Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraan
dalam kalangan umat Islam.
F6 Dalam buku Hukum Kanun Melaka, telah dicatatkan bahawa Raja
Melaka telah diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud
pemimpin bagi orang-orang mukminin.
F7 Perkataan Khalifatul Mukminin juga terdapat pada mata wang
syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah,
Terengganu, dan Kelantan.
F8 Agama Islam juga telah dijadikan sebagai agama rasmi oleh
kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara, contohnya kerajaan Melayu
Melaka, Kerajaan Acheh, dan Kerajaan Brunei.
F9 Sultan merupakan ketua kerajaan yang merupakan khalifah Allah
atau wakil Allah di muka bumi dan harus menunaikan amanah
yang dikurniakan oleh Allah SWT.
H9a Sultan haruslah memerintah dengan adil sesuai dengan amanah
yang telah diberikan.
H9b Antara sultan-sultan yang berpegang teguh dengan ajaran Islam
ialah Sultan Malik al-Zahir dari Samudera Pasai, Sultan Ali
Mughayat Syah, dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh.
H9c Mereka telah menerapkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahan
mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang
menggunakan konsep dewa-raja.
F10 Terdapat juga unsur-unsur Islam yang telah diterapkan pada nama
negeri Acheh iaitu Acheh Darul Salam. Begitu juga dengan nama-
nama sultan yang memerintah seperti Sultan Mansur Syah yang
bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah dan Sultan
Mahmud Shah yang bermaksud sultan yang terpuji.
F11 Kerajaan yang terdapat di rantau Asia telah mengamalkan undang-
undang syariah walaupun tidak sepenuhnya, kerana masih terikat
dengan undang-undang adat.
H11a Peraturan-peraturan seperti kesalahan jenayah mencuri,
membunuh, berzina serta hal perkahwinan, jual beli dan
pembahagian harta pusaka adalah mengikut undang-undang
syariah Islam.
F12 Kerajaan Melayu Melaka telah mempunyai undang-undang awam
dan jenayahnya sendiri yang berdasarkan undang-undang syariah
dan undang-undang adat.
C12a Contoh undang-undang syariah ialah Hukum Kanun Melaka yang
digubal oleh Sultan Muzzafar Syah.
H12a Pada masa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang-
undang Islam telah dipratikkan dengan tegas di Melaka.
H12b Di Acheh, terdapat kanun undang-undang yang mempunyai ciri-
ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun
Mahkota Alam.
H12c Kanun tersebut menerangkan tentang tanggungjawab raja sebagai
pemerintah dan adat istiadat serta peraturan tradisi Acheh,
contohnya Balairung Seri dipimpin sultan, manakala Balai Majlis
Mahkamah Rakyat diketuai oleh Kadi Malik al-Adi.
F13 Islam telah melahirkan semangat jihad yang tinggi bagi menentang
penjajahan kafir. Semangat jihad ini telah menimbulkan semangat
kebangsaan Melayu bagi menentang penjajah Portugis, Belanda,
Sepanyol, dan Inggeris
H13a Di Acheh, sultan telah menggunakan semangat jihad untuk
melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis. Begitu juga
di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip-prinsip
Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda.
F14 Semangat jihad ini telah disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh
menerusi penulisan ulama dalam kitab tertentu.
H14a Contohnya kitab karangan Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul
Rauf Singkel yang menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi
setiap orang Islam.
H14b Mengikut tulisannya, sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa
besar.
H14c Syeikh Daud al-Pattani juga telah memuatkan penerangan tentang
kelebihan berjihad dalam kitab karangannya.
H14d Beliau juga sentiasa menyeru kepada pelajarnya di Pattani supaya
bangkit menentang penjajah Siam.
[8 markah]

(b) F1 Agama Islam juga telah mempengaruhi sistem ekonomi dalam


masyarakat di Asia Tenggara.
F2 Penubuhan institusi ekonomi seperti baitulmal yang
diperkenalkan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di
Acheh telah memperlihatkan pelaksanaan sistem ekonomi Islam
dalam masyarakat tempatan.
F3 Baitulmal ini juga berfungsi sebagai perbendaharaan negara.
H3a Hasilnya diperoleh daripada kutipan zakat dan sedekah.
F4 Islam juga telah mewajibkan umatnya supaya bekerja dengan
tekun dan mencari sumber rezeki yang halal dan melarang
perbuatan seperti mengemis, menipu, unsur riba, perjudian, dan
penindasan dalam sebarang urusan ekonomi dan pekerjaan.
F5 Amalan berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-
sungguh telah digalakkan kepada umat Islam
[4 markah]

(c) F1 Penggunaan tulisan Jawi telah membolehkan masyarakat Melayu


membaca dan menulis sehingga lahirnya tokoh-tokoh sastera
seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani, dan Abdul Rauf
Singkel.
F2 Melalui tulisan jawi, bahasa Melayu dikembangkan sehingga
menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di rantau ini dan
mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.
F3 Peningkatan bahasa Melayu ini telah membolehkan cerita-cerita
panji dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu.
F4 Unsur-unsur gaya dan tatabahasa Arab telah banyak
mempengaruhi kesusasteraan Melayu.
F5 Bentuk sastera Islam juga dipengaruhi oleh karya sastera Islam
seperti syair, gurindam, nazam, dan cerita hikayat.
F6 Fungsi sastera juga telah berubah daripada untuk tujuan hiburan
kepada tujuan mengkritik.
F7 Pada abad ke-17 bahasa Melayu telah digunakan secara meluas
sebagai:
F8 Bahasa istana,
F9 bahasa surat menyurat,
F10 bahasa perhubungan,
F11 bahasa ilmu pengetahuan,
F12 bahasa berdakwah, dan
F13 bahasa untuk pengajaran dan pembelajaran.
F14 Penggunaan bahasa Melayu juga merangkumi bidang perdagangan
kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah jalan
perdagangan.
F15 Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa perantaraan
kalangan pedagang dari Timur dan Barat.
F17 Kesusasteraan Melayu juga telah berkembang di Melaka dengan
adanya kegiatan menterjemahkan karya sastera Arab dan Parsi.
[8 markah]

5 (a) F1 Adat Perpatih berasal dari Palembang, dan telah disusun oleh
Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannya
di Pagar Ruyong.
F2 Ia merupakan satu peraturan atau undang-undang tidak bertulis
dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan
diperturunkan daripada satu genarasi kepada satu generasi.
F3 Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian
masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdapat di Negeri
Sembilan.
F4 Ahli dalam setiap suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku
yang sama.
F5 Setiap suku mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai
Lembaga.
F6 Jurai keturunan Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam
mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan
wanita.
F7 Ia adalah bersifat matrilineal yang mengutamakan jurai keturunan
ibu.
F8 Ia disesuaikan mengikut pihak ibu yang dianggap sebagai pengasas
keluarga kepada anak perempuan.
F9 Jika seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya
akan diwarisi kepada adik perempuannya, anak adik-adiknya, dan
cucu-cucunya.
F10 Adat Temenggung adalah berasal daripada Sumatera dan telah
diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjalankan
pemerintahannya di Palembang.
F11 Ia telah dibawa ke Melaka pada abad ke-15 dan kemudiannya disebarkan
ke negeri-negeri Melayu dengan berkembangnya empayar Melaka.
F12 Pada peringkat awal, Adat Temenggung banyak dipengaruhi oleh unsur-
unsur Hindu.
F13 Setelah orang Melayu menganut agama Islam, adat ini disesuaikan
dengan pengaruh Islam melalui hukum syarak mengikut mazhab Shafie.
F14 Undang-undang Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Tanah
Melayu kecuali Negeri Sembilan.
F15 Dalam Adat Temenggung, orang yang mahir dalam mentafsir dan
melaksanakan hukum ialah Tok Sidang, Tok Penghulu, dan Tok
Penggawa.
F16 Adat Temenggung adalah bersifat parilineal, iaitu mementingkan
jurai keturunan sebelah bapa.
F17 Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka yang
bertetapan dengan faraid Islam.
F18 Dalam hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan pula, seseorang
individu itu bebas untuk memilih pasangan hidupnya asalkan tidak
melanggar hukum Islam.
[10 markah]

(b)(i) F1 Tanggungjawab raja dan pembesar.


F2 Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat.
F3 Tanggungjawab raja dan pembesar.
F4 Hukuman terhadap kesalahan jenayah.
F5 Undang-undang keluarga.
F6 Permasalahan ibadah.
F7 Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan.
F8 Mengandungi 44 fasal.
[6 markah]
(ii) F1 Mengandungi 24 fasal.
F2 Hal-hal yang berkaitan perdagangan dan maritim.
F3 Tugas-tugas nakhoda yang diumpamakan sebagai imam.
F4 Anak buah kapal dianggap sebagai makmun.
[4 markah]

6 (a) F1 Perkembangan agama Islam di rantau ini juga adalah disebabkan


oleh faktor perdagangan yang membolehkan Melaka muncul
sebagai sebuah pusat perdagangan
H1a Juga, sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terpenting pada
abad ke-15.
H1b Kerajaan Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
yang penting walaupun tidak mempunyai hasil seperti rempah
ratus (lada, bunga cengkih, dan sebagainya) yang mendapat
permintaan yang tinggi dalam kalangan pedagang.
F2 Ini kerana, Melaka terletak di kedudukan yang strategik di tengah
jalan perdagangan yang telah membantu perkembangannya tanpa
perlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus.
F3 Melaka juga telah menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin
dan teratur agar segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
F4 Jawatan laksamana telah diwujudkan bagi menjaga urusan
kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
F5 Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal
iaitu Undang-Undang Laut Melaka.
H5a Dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda,
jurumudi, dan seumpamanya.
F6 Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa dipertuturkan yang
telah membuktikan kepesatan perdagangannya.
F7 Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan
wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.
F8 Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata
telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati.
F9 Manakala bahan rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga
cengkih, dan bunga lawang ditimbang menggunakan sistem bahara
iaitu satu bahara dikira bersamaan dengan 205 kati yang ditimbang
menggunakan timbangan dachim (dacing).
F10 Terdapat dua kaedah urusan perdagangan yang dijalankan di
Melaka iaitu kaedah pertukaran barangan dan kaedah jual beli.
[10 markah]

(b) F1 Cukai adalah merupakan satu aspek penting aktiviti perdagangan


di pelabuhan yang merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak
pemerintah terhadap aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut.
H1a Ia akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan
dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan negara.
F2 Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, cukai dibayar terhadap
barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan.
F3 Cukai tetap (cukai import) merupakan cukai yang paling asas dan
ditetapkan oleh pemerintah Melaka.
F4 Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan
Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah
barang yang dibawa.
F5 Pedagang dari Jepun dan China dikehendaki membayar cukai
sebanyak lima peratus.
F6 Barang makanan seperti beras tidak dikenakan cukai.
F7 Terdapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas orang asing
yang datang dari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka iaitu
sebanyak tiga peratus
F8 Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyak
enam peratus.
F9 Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah
mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka.
F10 Pengaruh Islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkan
kepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam.
F11 Walaupun begitu golongan ceti yang menjalankan kegiatan
ekonomi mereka telah dibenarkan.
[10 markah]

7 (a) F1 Desakan ekonomi dan semangat kebangsaan telah mendorong


orang Eropah untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan
penjelajahan.
F2 Barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari Timur amat
diminati dan diperlukan oleh orang-orang Eropah.
F3 Raja Sepanyol dan Portugal merupakan pemerintah yang telah
bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha penjelajahan
dan penerokaan.
F4 Sepanyol dibawah pemerintahan Ratu Isabela dan Ferdinand
Aragon telah menggalakkan orang-orangnya menumpukan
penerokaan ke Amerika Latin.
F5 Sementara itu, Raja Portugal iaitu Putera Henry yang terkenal
sebagai Henry Pelaut telah memberikan galakan kepada orang-
orang Portugis untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan
penjalajahan.
F6 Faktor penting yang menyebabkan kuasa Portugal dan Sepanyol
untuk menjelajah ke Timur ialah perdagangan rempah ratus dan
sutera.
F7 Kegiatan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada para
pedagang Eropah dan rajanya.
F8 Pihak gereja juga amat menekankan usaha untuk menyebarkan
Kristian ke seberang laut melalui kuasa Sepanyol dan Portugal
yang merupakan dua buah negara Katolik dan mempunyai
pengaruh gereja yang kuat.
F9 Kuasa Sepanyol yang dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam
begitu semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
F10 Kemunculan monarki baru di negara-negara Eropah yang lain
seperti England, Perancis, dan Belanda turut menggalakkan
kegiatan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
F11 Semangat kebanggaan juga telah mendorong orang Eropah
menjelajah.
[8 markah]

Dari segi politik


(b) F1 Pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan
wakil Eropah.
F2 Ia secara langsung mengiktiraf kekuasaan dan kekuatan kuasa
Eropah.
F3 Wakil-wakil ini adalah terdiri daripada syarikat berpiagam seperti
di Belanda, Great Britain, Perancis, dan Denmark.
H3a Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat
Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC)
merupakan syarikat berpiagam yang berjaya.
H3b Syarikat-syarikat Berpiagam Inggeris dan Belanda telah berdagang
dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India,
Asia Tenggara, dan Asia Timur.
Dari segi ekonomi
F1 Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan
masyarakat Eropah.
F2 Goa dan Melaka yang merupakan emporium dunia telah dikuasai
oleh Portugal.
F3 Barangan daripada Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya
hidup masyarakat Eropah.
F4 Jalan perdagangan antarabangsa juga telah dikuasai oleh oleh
Portugal termasuklah jalan perdagangan di Asia Tenggara, Lautan
Hindi, Laut China Selatan di China, dan Jepun.

Dari segi sosial


F1 Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup
orang Eropah.
F2 Masyarakat peribumi juga telah menerima ajaran agama Kristian
seperti di Filipina.
F3 Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan
kehidupan di dunia baru dan Asia.
F4 Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan
menakluki Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec, dan
menakluki Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
F5 Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin
telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah
tersebut.
F6 Kerajaan Sepanyol telah melihat daerah Amerika Latin sebagai
dunia baru yang banyak mempunyai emas dan perak.
F7 Manakala bagi golongan gereja Kristian Katolik pula, dunia baru
adalah sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
F8 Masyarakat peribumi di dunia baru telah menerima ajaran Kristian
tersebut secara berleluasa.
F9 Buruh-buruh peribumi pula telah dieksploitasi untuk bekerja di
lombong dan di ladang mereka.
F10 Istilah bahasa Sepanyol Conquista dan Conquistadores telah
diberikan kepada penjelajahan dan penaklukan sepanyol.
F11 Sementara Brazil pula telah ditakluki oleh Portugal. Di sebelah
kawasan Timur, tidak wujud petempatan orang Sepanyol dan
Portugal secara besar-besaran.
[8 markah]

(c) F1 Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani antara


Portugal dan Sepanyol.
F2 Dalam perjanjian tersebut, dunia dibahagikan kepada dua kawasan
pengaruh iaitu Timur untuk Portugal dan Barat untuk Sepanyol.
F3 Kawasan ke Timur Verder dan Hindia Barat di Lautan Atlantik
dianggap sebagai kawasan Portugal, manakala kawasan ke
Baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol.
[4 markah]
8 (a) F1 Sumbangan terpenting Revolusi Pertanian kepada Revolusi
Perindustrian ialah penyediaan modal.
F2 Akibat daripada Revolusi Pertanian wujud ramai peladang-
peladang yang kaya.
F3 Mereka telah melabur lebihan modal dalam sektor perindustrian.
F4 Kesediaan ini menandakan perubahan sikap dan sanggup
mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang
yang baru.
F5 Revolusi Pertanian juga menyediakan bahan makanan untuk
menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang
kian meningkat.
F6 Britain tidak lagi perlu bergantung kepada makanan yang diimport
kerana sudah mampu menyediakan makanan sendiri.
F7 Ini akan dapat membantu lagi pertumbuhan dan perkembangan
industri di dalam negara.
F8 Inilah yang dikatakan Revolusi Pertanian menyediakan asas
kepada Revolusi Perindustrian.
[8 markah]

(b) F1 Flaying Shuttle ciptaan John kay telah mempercepatkan kerja


menenun kain dan meningkatkan hasil tenunan berlipat kali ganda.
F2 Spenning Jenny, mesin pemintal benang ciptaan James Hargreave.
F3 Water Frame, alat pemintal benang ciptaan Sir Richard Arkwright.
F4 Mule, alat pemintal benang ciptaan Samuel Crompton.
[4 markah]

(c) F1 Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa


perubahan yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya di Britain.
F2 Perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian membolehkan ia
menjadi sumber pendapatan ekonomi yang penting untuk
pembangunan negara.
F3 Kemajuan dalam bidang perindustrian pula telah meningkatkan
kegiatan perdagangan antarabangsa, kemajuan, dan perubahan
besar dalam bidang pengangkutan.
F4 Ia juga memperlihatkan kemunculan buruh dan majikan serta
Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya. Kegiatan pertanian
telah dikomersialkan untuk tujuan keuntungan. Kegiatan utama
tanaman pada ketika itu ialah tanaman bijirin seperti gandum, rye,
jagung, dan sebagainya.
F5 Hasil pertanian telah dihasilkan secara besar-besaran untuk tujuan
eksport dan ini telah membolehkan para peladang menjadi
pedagang antarabangsa.
F6 Kegiatan pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat
Britain pada ketika itu.
F7 Ia telah menyediakan makanan yang mencukupi dan tenaga buruh
yang ramai untuk perkembangan perindustrian.
F8 Perubahan daripada pertanian kepada industri menyebabkan
berlaku perubahan dalam bidang sosial dan ekonomi.
F9 Kegiatan ekonomi utama telah mula berubah daripada daripada
pertanian kepada kegiatan pembuatan dan pengilangan.
F10 Ramai rakyat Britain telah mula terlibat sebagai pekerja atau buruh
kilang. Sektor industri telah mula mengambil tempat sebagai punca
ekonomi baru yang sangat penting kepada negara Britain.
F11 Barangan yang dihasilkan telah dapat dipasarkan di peringkat
antarabangsa kerana lebihan hasil pengeluaran.
F12 Ia dapat diperdagangkan untuk mendapatkan keuntungan yang
berlipat kali ganda.
F13 Kegiatan perdagangan antarabangsa dapat dijalankan dengan
lancar sesuai dengan status Britain sebagai sebuah negara yang
menjalankan dasar penjajahan dan kuasa maritim yang terulung
pada abad ke-18 dan ke-19.
F14 Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah berkait rapat dan saling
melengkapi iaitu eksport dan import.
F15 Kegiatan perdagangan ini membolehkan Britain berkembang
dengan maju.
F16 Untuk mengekalkan kemajuan tersebut, Britain terpaksa
mendapatkan bahan mentah yang banyak dan berterusan.
F17 Sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa telah
dipertingkatkan dan diperkembangkan.
F18 Negara Britain juga telah mengeksport modalnya ke seberang laut
untuk menambahkan lagi sumber ekonominya.
F19 Pengangkutan kereta kuda dan baj merupakan pengangkutan yang
lama bagi masyarakat Britain.
F20 Kilang-kilang banyak terletak berhampiran dengan sungai, kerana
pengangkutan baj hanya sesuai digunakan di kawasan sungai.
F21 Untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan perjalanan dan
pengangkutan darat, sistem pembikinan jalan raya telah diperbaiki
dari masa ke semasa.
F22 Perubahan besar telah berlaku akibat pengenalan kereta api
ditambah lagi dengan penggunaan kuasa wap, gerabak kereta api
boleh dipacu dengan lebih laju dan enjinnya juga boleh menarik
lebih banyak gerabak bagi
F23 memudahan pengangkutan barangan dan juga pekerja kilang.
F24 Para pemodal yang melabur dalam bidang ini telah mendapat
keuntungan yang besar.
F25 Kejayaan yang dicapai dalam sektor ini adalah hasil gabungan
ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan
dalam bidang pelaburan modal.
F26 Bagi pengangkutan laut, pengenalan kapal laut yang dikendalikan
dengan jentera berkuasa wap telah membolehkan kapal laut
bergerak dengan lebih laju.
F27 Kemunculan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah
menyebabkan pengeluaran barangan adalah secara besar-besaran.
F28 Bilangan rakyat yang bekerja sendiri semakin berkurangan kerana
ramai yang terpaksa bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah
dan bekerja sebagai buruh kilang untuk mengendalikan mesin-
mesin.
F29 Antara kilang yang terdapat pada ketika itu ialah kilang tekstil.
Golongan buruh yang terlibat dalam industri perkilangan tidak
mendapat layanan dan pembelaan yang sewajarnya.
F30 Golongan pekerja ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku.
F31 Golongan pekerja ini telah merusuh dengan memusnah-musnahkan
mesin di kilang tempat mereka bekerja.
F32 Salah satu kumpulan yang menjalankan kegiatan memprotes ialah
Pergerakan Luddite. Pada peringkat awal zaman Revolusi
perindustrian terdapat satu akta Antipenggabungan (Anti-
Combination Act) yang melarang para pekerja daripada bergabung
dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi
mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan
mereka.
F33 Pada masa itu terdapat pekerja kanak-kanak dibawah umur 10
tahun yang bekerja di kilang tekstil dan di lombong arang batu
melebihi 10 jam sehari. Mereka telah dieksploitasikan sepenuhnya
berasaskan kepada falsafah ekonomi bebas yang menjadi pegangan
majikan-majikan kilang pada waktu itu.
F34 Mereka juga tidak mahu kerajaan campur tangan dalam kegiatan
ekonomi yang mereka jalankan. Bagi mereka, kadar upah harus
ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata-mata.
F35 Kerajaan telah memansuhkan Akta Anti Penggabungan 1800 untuk
meredakan keadaan tersebut.
F36 Pekerja telah dibenarkan untuk menubuhkan kesatuan sekerja, ini
satu peluang yang baik untuk membela nasib golongan pekerja.
F37 Menjelang tahun 1830, telah muncul satu pergerakan yang
memperjuangkan had masa bekerja yang lebih berpatutan iaitu
maksimum 10 jam sehari.
F38 Hasilnya wujudlah Akta Kilang 1833 yang mengehadkan masa
bekerja kanak-kanak tidak melebihi 9 jam sehari.
F39 Kanak-kanak yang berumur sembilan tahun, dilarang bekerja dan
mereka dikehendaki pergi ke sekolah.
F40 Dalam akta ini juga terdapat syarat yang mesti dipatuhi oleh
majikan iaitu para majikan mestilah menjamin keselamatan pekerja
di kilang mereka.
F41 Pada tahun 1842 pula, wujud Akta Lombong, yang melarang
penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan
arang batu.
F42 Akta 10 jam pula telah diperkenalkan pada tahun 1847 yang
mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan tekstil
kepada 10 jam sehari.
F43 Akta-akta ini diluluskan oleh parlimen untuk memastikan
kesejahteraan pekerja.
F44 Para majikan juga tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya
demi memburu keuntungan semata-mata.
[8 markah]

9 (a) F1 Getah telah menjadi perusahaan yang terpenting kerana


peningkatan permintaan dunia terhadapnya.
F2 Ia merupakan bahan mentah yang penting bagi kilang-kilang di
Eropah berikutan perkembangan Revolusi perindustrian.
F3 Perkembangan perusahaan motokar telah meningkatkan lagi
permintaan terhadap getah dan ia telah menyebabkan harganya
meningkat.
F4 Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti
kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan lagi
permintaan untuk getah.
F5 Ia telah menyebabkan harganya melambung tinggi, dan
menyebabkan perusahaan getah menjadi perusahaan yang
terpenting di Tanah Melayu.
F6 Peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat perwakilan yang
ditubuhkan di Tanah Melayu dan Singapura bagi mendapatkan
modal dari London untuk penanaman dan pengurusan ladang
getah.
F7 Antara syarikat-syarikat yang penting ialah Harrison and
Crossfield, Guthrie, Sime Darby, dan Kumpulan Socfin.
F8 Perkembangan perusahaan getah juga adalah disebabkan oleh
dasar British yang telah memberikan sokongan dan galakan
kepada pelabur asing untuk melabur dalam sektor tanaman getah di
Tanah Melayu.
H8a Pengusaha ladang getah telah diberi tanah yang luas dengan
bayaran sewa yang amat rendah.
F9 Kemudahan asas seperti jalan raya dan landasan kereta api telah
dibina untuk membawa getah ke kawasan pelabuhan.
F10 Syarikat-syarikat getah kepunyaan orang Eropah juga telah diberi
keutamaan memperoleh pinjaman khas yang diperuntukkan oleh
kerajaan British.
F11 Peranan yang dimainkan oleh H.N Ridley telah memberikan
sumbangan yang penting terhadap perkembangan perusahaan getah
di Tanah Melayu
[8 markah]

(b) F1 Antara tahun 1929-1932, harga getah telah mengalami


kemerosotan semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia.
F2 Negara kita, Tanah Melayu telah menerima kesan akibat daripada
keadaan tersebut.
F3 Ini menunjukkan Tanah Melayu semasa zaman penjajah telah
terikat dalam satu jaringan ekonomi pada peringkat global.
F4 Pasaran ekonomi negara kita bergantung kepada perubahan
ekonomi dunia.
F5 Mulai tahun 1934, nilai eksport getah telah mula stabil akibat
daripada peningkatan permintaan dunia dan juga kawalan oleh
negara pengeluar.
F6 Antara kawalan yang dikenakan ialah memperkenalkan Rancangan
Sekatan Stevenson untuk menahan kejatuhan harga getah.
Rancangan ini telah dikuatkuasakan ke atas negara pengeluar
supaya mengurangkan pengeluaran getah masing-masing.
[6 markah]

(c) F1 Dilancarkan pada November 1922.


F2 Bertujuan untuk mengawal harga getah.
F3 Kuota pengeluaran dihadkan kepada 60% sahaja. Disertai Tanah
Melayu dan Sri Lanka yang mengeluarkan 70% getah dunia.
F4 Hadkan bilangan hari untuk menoreh getah.
F5 Sistem Kupon telah diperkenalkan untuk pekebun kecil.
F6 Pada tahun 1934, satu lagi rancangan telah diperkenalkan iaitu
Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa
F7 Mengikut rancangan ini pekebun-pekebun kecil getah telah diberi
kuota yang lebih rendah.
[6 markah]

10 (a) F1 Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah


menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di
kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah, dan kawasan
pertanian ladang.
F2 Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan
imigran.
H2a Ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang
dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
F3 Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor
penolak yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara
masing-masing seperti peperangan, kebuluran, dan lain-lain.
F4 Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini
berhijrah ke Tanah Melayu.
F5 Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum
imigran ini.
F6 Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu
sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa
dahulu. Ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah
Melayu.
F7 Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun
melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak
peluang pekerjaan.
F8 Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di
bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan
pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu.
[8 markah]

(b) F1 Ramai imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui Sistem
Tiket Kredit.
H1a Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan
dikumpulkan oleh kheh-thau (ketua), orang yang
bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China
sebelum dibawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar
sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh
mereka.
H1b Imigran yang datang ini dipanggil sin kheh dan diletakkan
dibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang
biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran
berkenaan.
H1c Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian
untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang
mereka dijelaskan.
H1d Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang
mereka suka.
H1e Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan
pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada
mereka bebas atau berhutang.
H1f Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh
dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.
F2 Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan
menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga
buruh.
H2a Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai
oleh majikan.
H2b Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk
mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di
tempat majikannya.
F3 Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh
pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah
kongsi.
H3a Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-
buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
H3b Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi
dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang
dibawanya.
F4 Di Sarawak, Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura
telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
H4a Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang
dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.
H4b Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan
antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan
Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah
Rajang.
H4c Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan
membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam
F5 Melalui sistem ini buruh bebas untuk datang sendiri ke Tanah
Melayu tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
H5a Biasanya kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan
tertentu kerana kepentingan ekonomi.
H5b Segala perbelanjaan mereka adalah tanggungan sendiri dan
mereka juga bebas untuk memlilih tempat dan pekerjaan yang
mereka kehendaki.
H5c Melalui sistem ini, majikan memainkan peranan yang penting
kerana mereka akan membiayai tambang buruh ke Tanah Melayu.
H5d Sebagai balasannya, buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk
jangka masa tertentu seperti satu atau tiga tahun.
F6 Melalui cara ini, penguasaha ladang telah menghantar seorang
ketua iaitu kangani atau mandur ke India untuk mengambil buruh.
H6a Mereka akan diberi lesen dan akan dihantar pulang ke India untuk
mencari tenaga buruh.
H6b Tambang pelayaran buruh ini telah dibayar oleh pihak majikan.
Sistem telah menjadikan seseorang kangani itu seperti pengurus
agensi yang membawa masuk pekerja asing.
[6 markah]
(c) F1 Peningkatan jumlah imigran ini telah menyebabkan wujudnya
masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
F2 Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu telah mewujudkan
perbezaan dan pembahagian sosial yang berbeza dalam kalangan
masyarakt majmuk.
F3 Kegiatan ekonomi yang berasingan rakyat Tanah Melayu telah
menyebabkan terpisahnya tempat kediaman.
F4 Kaum Melayu menjalan aktiviti bertani dan tinggal di kampung-
kampung yang berhampiran dengan kawasan pertanian dan pinggir
bandar.
F5 Kaum Cina yang berniaga dan bekerja di kawasan lombong,
tinggal di kawasan perlombongan dan di bandar-bandar yang
menjadi pusat perniagaan.
F6 Kaum India yang menjadi penoreh getah pula tinggal di kawasan
ladang-ladang getah atau estet getah.
F7 Mereka juga menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza antara
satu sama lain.
F8 Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu tidak wujud
perpaduan dan interaksi kaum kerana tiada usaha dijalankan oleh
penjajah British pada waktu itu.
F9 Ia telah menyebabkan pemimpin-pemimpin selepas era penjajahan
mengalami kesulitan untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah
Melayu.
F10 Apa yang kita ada pada hari ini adalah atas usaha pemimpin-
pemimpin kita yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk
menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi
kesejahteraan rakyat dan negara.
[6 markah]

You might also like