You are on page 1of 16

15.5.

2009

KONSEP PENDIDIKAN ANA K-ANA K DARI PERSP EKTI F I SL AM

1.0 MUQADDIMAH

Anak-anak yang dilahirkan merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana
yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :

Maksudnya “Dan ketahu ilah baha wa harta benda kam u dan anak -anak kamu itu
ha nyalah me njadi ujian dan se su nggu hn ya di sisi Alla h jualah paha la yang
besar .” (Al-Anfal : 28).

Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-
anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita
perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh
ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut
anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita
didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan
mereka.

1
15.5.2009

2.0 PENDORON G TABIA T MA NUSI A DAR I PER SPEKTIF I SL AM DAN BARA T

Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiat
manusia seperti berikut:

1. Teori Psik oanal isis yang diasaskan oleh Frued. Teori ini menyatakan tabiat
manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan
seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi
tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di
dalam diri manusia secara membabi buta (tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itu
dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan
menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.

2. Teori Ana lis is Tran saksi . Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil
daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akan
merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang
ditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka. Konflik akan berlaku apabila anak itu
cuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru
hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran.

3. Teori Beha viori sma . Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk
hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia
menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang
salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau
membentuk persekitaran.

4. Teori Pemusata n Kli en . Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia
semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai
kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa
dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti
gagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya.

5. Dari perspekti f Islam . Terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi


tabiat manusia iaitu:
a) Naf su Am mar ah : Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan
kejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan
antara yang baik dan jahat. Apabila melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan
sebaliknya juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.
b) Naf su La ww amah : Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai
tabiat masa lampau dan ingin keluar untuk memulakan kehidupan positif.
c) Naf su Mulha mah : Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta
merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
d) Naf su Mutmai nna h: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan.
Nafsu ini berusaha terus meningkatkan keimanan & ketaqwaan dalam dirinya.

Pada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu naluri
kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antara
dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.

Pandangan teori kaunseling barat tentang tabiat manusia adalah sebahagian dari
pandangan Islam. Mereka mengkaji tabiat manusia dari aspek luaran sahaja dengan
merujuk kepada faktor persekitaran, kemahiran keibubapaan dan keperluan jasmani tanpa
dibimbing oleh al-Quran serta kajian itu dibuat berdasarkan kehidupan masyarakat di barat.

2
15.5.2009

3.0 KE PEN TIN GA N PENDIDIKAN A WAL ANA K-ANAK

Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di
persekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya
dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun
sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif
Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani
mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-
Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan
beramal soleh.

Kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang
buruk dan perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Barat dan Islam mempunyai
perspektif yang sama dalam hal ini, Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi
pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan
jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di
aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, akibatnya
generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya
tetapi dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya.

Jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, dibimbangi sejarah lama
akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa
kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari
gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya
penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini
telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan
pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat
dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan
keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan
aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka
adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan
sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan
mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.

Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilai dolar
yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan
yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial
kehidupan masyarakat di negara tersebut. Manakala Jepun, negara yang suatu ketika
dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai
setengah abad mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia.

Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan
pemikiran masyarakat Jepun berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan
rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah
menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek
fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina
daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak
dari peringkat awal perkembangan. Justeru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian

3
15.5.2009

kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada
keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

4.0 TAN GG UN GJA WAB MENDIDIK ANAK MENU RUT I SL AM

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa,
seharusnya mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka
sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT. Falsafah pendidikan Islam sememangnya
menekankan aspek rohani dan jasmani sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yang
terdiri daripada roh dan jasad. Ia membabitkan beberapa peringkat bermula dari dalam
kandungan sehingga lahir dan menjadi dewasa.

Sekiranya setiap suami isteri menghayati dan mempraktikkan nilai keislaman dalam
kehidupan keluarganya, mudahlah mereka mendidik anak dengan benih ajaran Islam.
Sebaliknya, jika pasangan itu gagal menerapkan nilai Islam dan mengekalkan kerukunan
rumah tangga, amat sukar bagi mereka untuk mentarbiah anak mengikut acuan dan
budaya hidup Islam.

Satu hal yang amat penting dan wajar diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti
mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan
ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Memang
benar ibu bapa ada memberi didikan agama pada anak-anak mereka tetapi adakah didikan
itu mencukupi dan diberi secara menyeluruh?

Hari ini, rangkaian televisyen, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu
pengetahuan kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan. Adakah ini punca terjadi
peningkatan perbuatan negatif oleh generasi muda kita? Siapakah yang bersalah? Orang
tua, guru atau pelajar itu sendiri? Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini.
Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak
mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun
menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri.

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, seharusnya kita merenung dan mendalami punca
kerosakan dan kaedah penyelesaian melalui sistem pendidikan anak yang diajarkan dalam
Islam.

5.0 PU NCA KENAKAL AN AN AK


1. Faktor keluar ga
Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada
dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial
adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku
dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal
atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga
itu sendiri. Isu pembawaan keluarga itu ialah;
a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan daif di mana anak membesar dalam
keadaan terbiar.
b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat.
c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga
kebajikan keluarga.
d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai.
e. Syiar Islam tidak kukuh dalam rumahtangga.

4
15.5.2009

2. Faktor Peribadi Yang Kot or


Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau
mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki,
pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini
berlaku kerana individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional (nafsu
kehaiwanan), hasil daripada pengalaman yang diterima sejak kecil dan kemudian
diperkukuh pula bila anak itu melalui zaman remaja. Dengan lain perkataan peribadi
fitrah anak telah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya.

3. Faktor sek olah


Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak
selepas ibu bapa. Akhir-akhir ini ini dunia pendidikan kita pula tercabar melihat keadaan
pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan pelbagai aktiviti yang tidak mencerminkan
keperibadian yang baik. Dahulu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana
pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan.
Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang
anak kepada ayahnya. Akan tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula
dibakar oleh pelajarnya, guru yang semestinya dicontohi kini diburu. Daripada hati kecil
kita timbul persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di kalangan pelajar kita hari
ini?
Mengikut kajian, faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah:
a. Disiplin sekolah yang longgar.
b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah.
c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

4. Faktor Persekitar an
Dalam Islam, persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak
sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan
diduduki. Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu,
tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting
membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik. Persekitaran yang baik ini
bermakna bukan hanya baik dari segi keadaan fizikal tapi juga baik dari segi mental dan
kehidupan beragama.

5.0 TARBIA H (PENDIDIKAN) ANAK BERMUL A DA LAM KANDUN GA N

Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya bersabda, maksudnya:"Did iklah anak kam u 100
tah un sebel um dia dila hirkan ." Hadis ini amat singkat tetapi memiliki makna falsafah
yang dalam sebab ungkapan 'seratus tahun sebelum lahir' ini bermakna jauh sebelum anak
itu dilahirkan oleh ibunya ke dunia ini. Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa
keadaan orang tuanya mempengaruhi sifat serta perilaku anak-anak yang akan dilahirkan.
Ini bermakna pendapat pakar itu dengan hadis Rasulullah s.a.w. di atas sebenarnya
sealiran. Ini kerana makna hakikat mendidik anak dalam hadis Rasul itu adalah dengan
cara mendidik diri setiap orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-
aktiviti kebajikan dan meninggalkan semua bentuk maksiat.

Seorang ayah dan ibu kadang-kadang lupa dan leka dengan menganggap perbuatan dan
sikap mereka ketika ini tidak memiliki hubung kait dengan masa depan anak-anak mereka.
5
15.5.2009

Padahal setiap orang tua sebenarnya bukan hanya akan mewariskan harta kepada anak
mereka tetapi juga akan mewariskan sikap dan pandangan hidup.
Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam salah satu syair: "Kaifama takun yakun
abna'aka" yang bermakna “ bagai mana kamu har i ini , begit u pulala h anak -anakm u
pada masa hadapan ”.

Berdasarkan hal di atas, maka wajarlah Rasulullah s.a.w. mengingatkan setiap orang yang
akan bernikah supaya jangan salah memilih pasangan. Dan Rasulullah memberikan empat
alternatif bagi setiap muslim dalam memilih jodoh berdasarkan sabdanya;
"W anita dika hwi ni k er ana empat perkar a ia itu k er ana hartan ya,
ketur una nn ya, k ecant ikann ya dan agama nya. Maka pil ih lah y ang ber agama
ker ana ia lebi h meng unt ungka n kamu (l ebih uta ma) ." (HR Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Sebelum kelahiran anak itu lagi, ibu bapa perlu menyediakan tempat sesuai untuk
mengasuh dan membesarkan anak sebaik-baiknya. Ia memberi makna bahawa dunia
pertama bagi seorang kanak-kanak adalah rumah ibu bapanya sendiri. Bagi memastikan
kesempurnaan dalam pendidikan anak, ibu bapa perlu membentuk suasana yang harmoni
dan bercirikan keislaman dalam kehidupan berumahtangga. Ia boleh dilakukan sejak di
awal perkahwinan lagi.

Secara umumnya, proses pendidikan bermula ketika bayi berada dalam kandungan ibunya.
Tarbiah pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian iaitu:-
i. Bagi ibu yang sedang mengandung amat digalakkan supaya mem perban yakkan
bacaan al-Qur an terutama surah Yusuf, Maryam, Luqman dan At-Taubah. Ini
kerana, surah itu mengandungi pelbagai kelebihan dan maksud tersirat mempunyai
makna yang besar dalam pentarbiahan anak.
ii. Ibu turut disarankan sentiasa mem perban yakkan doa kepada Allah anak bakal
dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, berakhlak mulia dan
taat kepada kedua ibu bapanya. Ini penting untuk memastikan keluarga dibentuk
sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.
Kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda
berdoa dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang
maksudnya; “W ahai Tuha nku! Kurn iakanla h kepadaku anak yang
terh itu ng dari orang- or ang yang soleh! ” [As-Shafaat :100]. Dengan berkat
kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan
kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang
maksudnya;“Lal u Kami berikan kepadan ya be rita yang mengge mbir akan ,
bah awa dia akan ber ole h seor ang anak yang pen yaba r ” [As-Shafaat : 101]
Banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-
Quran yang merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang
soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan
utama jika bekehendakkan anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan
doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami
dan dalam semua pekerjaan.
iii. Ibu bapa juga mesti memastikan rezeki yang me reka per oleh datang
daripada su mber yang ha lal dan bersi h. Ini amat mustahak kepada
pembentukan dan pertumbuhan anak yang bakal dilahirkan supaya ianya datang
dari darah daging yang halal lagi berkat. Ia juga memberi kesan kepada
pembentukan peribadi anak apabila besar kelak.
iv. Ibu hamil juga perlu me makan maka nan berzat dan sentiasa menjaga kesihatan
tubuh badannya. Kebersihan diri perlu diutamakan demi menjamin kesihatan anak
dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam kepada ibu
berada dalam keadaan sedemikian yang sudah tentunya menghadapi pelbagai

6
15.5.2009

kesukaran dan kepayahan. Ini terbukti dengan kelonggaran yang diberikan Islam
untuk ibu mengandung untuk berbuka puasa (pada Ramadan) sekiranya berasakan
puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
v. Ketika tempoh masa mengandung juga, ibu perlu me nyes uaikan diri dengan
peruba han berlaku ke atas dirinya. Pada waktu sebegini juga sememangnya
keadaan ibu agak berbeza daripada waktu biasa. Antaranya mungkin kehilangan
selera makan dan mudah sensitif. Pada ketika ini suami he ndaklah mema ham i
keadaan isteri dengan sentiasa berada di sisi dan memberi dorongan kuat
kepadanya.

6.0 PENDIDIKAN SELEP AS KEL AHIR AN

6.1 AMAL AN -AMAL AN SUNA T


Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu
bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan
peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan
amalan-amalan sunat seperti berikut:
i. AZAN DAN IQAMA T
Selepas anak selamat dilahirkan, ia hendaklah segera diazankan ditelinga kanan
dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang baru melah irkan anakn ya lal u diaza nkan di teli nga
kana n dan diiqamat di tel inga kiri nya ne sca ya anak terseb ut akan
terh indar daripada pen yak it sa wan dan angkar a sy aitan ” (HR Abu Ya’la).
Dalam satu riwayat oleh Abu Rafi yang bermaksud: "Ak u mel ihat send iri
Ras ul ul lah me ngazanka n Hasan bi n Ali di teli ngan ya ketika dia ba ru
di lahirkan oleh Fati mah ”. (HR Bukhari dan Muslim)
Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar
kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar sebagai khalifah di bumi ini.
ii. MEMBEL AH MULUT (TAHN IK)
Tahnik mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah
Nabi SAW.
iii . PEN YUS UAN
Susu ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan
tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada
seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke
dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
iv. MEMBERI NAMA
Tanggungjawab ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama
yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tuga s dan
tangg ung ja wab bapa terhadap anakn ya ialah me mper elokkan na ma
anak nya dan j uga adabn ya” [Hadis Riwayat al-Baihaqi]
v. BERC UKUR
Menggunting rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan
ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan
wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut
berat timbangan rambut yang digunting tersebut.
vi . AQIQA H
Hukum Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW
mengenainya yang bermaksud : “ Setiap anak ter gadai denga n aqiqah nya
yang disembe li h untuk nya pada hari ke 7, dic ukur ramb utn ya dan
diberi na ma. ” [Hadis Riwayat Ahmad]
vii . BERKHA TAN
7
15.5.2009

Berkhatan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya


yang bermaksud: “B erkhatan itu su nat bagi kau m lelaki dan suat u
peng hormata n kepad a kaum wan ita. ” [Hadis Riwayat At- Tabrani]
6.2 PERI NGKA T PENDIDIKA N KANAK -KANAK MENUR UT RAS ULULL AH SA W

Rasulullah s.a.w. membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada


empat tingkatan, iaitu:

1. UMU R 1-7 T AH UN .

Pada masa ini, Rasulullah menyuruh kita untuk mema njakan , mengas ihi
dan men yayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang
tidak berbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

2. UMU R 7-14 TAH UN .

Kanak-kanak lazimnya akan belajar/mengikut berdasarkan pemerhatian iaitu apa


yang dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama dari ibu bapanya. Pada
masa ini Rasulullah memerintahkan kita untuk mula me nana mkan disip lin
kepada anak -anak dengan mengajar dan memerintahkan mereka untuk
mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah 10 tahun, seorang ayah
boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat. Rasulullah SAW
telah bersabda;
“S uruh lah anak kamu mengerjaka n sembah yang apabila berum ur 7
tahu n, dan puk ul lah me reka ( jika mer eka engga n) apabila berum ur
10 tah un , dan asingka n tempat tidur me reka” . (HR Ahmad & Ab Daud)

Berdasarkan kajian pakar-pakar ilmu jiwa anak, pada umur 7-14 tahun ini
adalah masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah
seorang anak. Seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya bahawa
setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibunyalah yang akan
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Pada tahap ini ajarilah dengan
sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran) kerana pada peringkat usia
kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Diriwayatkan
dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Apa yang dipela jari
oleh kanak -kanak iala h seperti me ngukir ses uatu pada batu” .

Oleh itu ibu bapa hendaklah:-


a) Menanamkan asas-asas keimanan
b) Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan,
makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
c) Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
d) Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
e) Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan
penuh kasih dan sayang.
f) Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
g) Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
h) Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk
didiami oleh anak-anak.
i) Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
j) Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan
menghantar mereka ke sekolah-sekolah.

8
15.5.2009

k) Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan


melatih anak-anak berpuasa.
l) Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi
memperkayakan ilmu Islamnya.
3. UMU R 14- 21 TAHU N.

Pada masa ini, orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang
agak keras kepada car a rasiona l. Orang tua perlu mendidik anak dengan cara
menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam
membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab
dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punya
tanggungjawab dan telah dewasa sehingga perlu mengambil berat hal-hal dalam
keluarga.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang
syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di
peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat
menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat
diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian
mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Ibu bapa pada masa kini dilihat seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan
membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlalu begitu sahaja tanpa
mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka dengan alasan
sibuk dengan tugasan di pejabat. Sebagai ibu bapa, mereka perlu mengetahui
bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak
menuju ke alam dewasa. Pada masa ini, anak-anak tidak lagi dianggap kanak-
kanak dan tidak juga orang dewasa. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju
alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa
ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu
proses menentukan konsep jati diri pada dirinya

4. UMU R LEBIH 21 TAH UN .

Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepa skan anak nya untuk belajar
me ne mpu h hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan
memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau
terlupa. Dalam kehidupan kita selaku Muslim, kadang-kadang pendidikan yang
diajarkan oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak
mengamalkannya sama sekali. Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak
sampai berumur 14 tahun dan baru mula mengajar/menyuruhnya solat pada
umur 15 tahun sehingga mereka bukan saja enggan melakukannya, bahkan
marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak
enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah
siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Pada hal hakikat solat mampu
mencegah seseorang. untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan oleh pelajar


muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman
dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca
daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang
menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa
melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa
9
15.5.2009

dizalimi oleh orang tuanya dari segi hak-hak tertentu. Natijah dari sikap seperti
ini akan menjadikan anak-anak jauh dari orang tua dan menganggap rumah
sebagai penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari ketenangan di luar
rumah.
6.3 KUR IKULUM IN TEG RA TI F UNT UK KANAK -KANAK

Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh


memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan
kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada tuhan.

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di


peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang
dididedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak, secara
langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang
proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya merangkumi
segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa,
segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah
juga bahasa/teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak2
menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah segala apa yang
mereka boleh lihat dan dengar dari persekitaran mereka.

Kadang-kala kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak
dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya
masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak
terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu
perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu. Inilah
konsep utama yang perlu difahami.

Masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat
kajian, pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam
hari ini. Mengapa ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek kanak-kanak Islam
selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-
kanak di negara-negara barat umpamanya? Mengapakah anak-anak ini meskipun
disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala sosial yang
memalukan? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam
atau mungkin kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini yang
kita katakan kita memerlukan perubahan? Mungkinkah pendidikan kanak-kanak di
peringkat awal berasaskan binaan kurikulum integratif boleh menjadi salah satu
cara penyelesaiannya?

Justeru itu, amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak
di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi
serba boleh, berketrampilan, berwawasan , tinggi daya keintelektualan dan utuh
imannya.

Tiga Aspek kur ikul um y ang i ntegr atif


1. Integr ati f da ri seg i kesepaduan mak lu mat yang disampaika n kepada
kanak -kanak .
Ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan
kepada kanak-kanak di peringkat awal usianya perlulah suatu yang
komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-pecah mengikut subjek kerana
ini akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan seolah-olah ada ‘batasan’

10
15.5.2009

dalam mendalami sesuatu ilmu atau pengetahuan yang didedahkan kepada


mereka. Sebaliknya, jika pendedahan pengalaman pembelajaran adalah
berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan
tahap dan kebolehan kanak-kanak, kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya
kemahiran berfikir yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan
masalah yang dapat membentuk semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi.
Pendidik kanak-kanak sepatutnya menggarap potensi kanak-kanak berasaskan
apa yang ia tahu kerana ini menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk
mendalami sesuatu perkara. “B erbicar alah denga n ma nu sia meng ikut
kadar kemamp uan akaln ya” Begitulah pesanan Rasul s.a.w. kepada
umatnya.

2. Integr ati f da ri seg i kesepaduan aspek -aspek perk emba ngan dan
poten si yang digar ap di peri ngkat awal.
Sememangnya pengalaman pembelajaran seseorang kanak-kanak di peringkat
awal usia mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada
perkembangannya di masa hadapan samada dari segi kognitif, emosi, sosial dan
aspek-aspek perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana
kanak-kanak mendapat pendedahan. Kalau dari awal perkembangan kerohanian
dan sosio-emosi mereka dititikberatkan, hasilnya akan lahirlah anak-anak yang
berwibawa, taqwa, cekal hati, tinggi nilai harga diri, berketrampilan dan mampu
menghadapi cabaran masa hadapan. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal
yang mereka dapat hanya menumpu kepada perkembangan akademik atau satu
aspek perkembangan semata-mata, maka akan pincanglah aspek
perkembangan yang lain malah boleh memberi kesan negatif pula kepada
perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak. Andai ia digarap dari segi
intelek tetapi emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga tidak
mantap dan sudah pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang
baik pada masa yang akan datang.

3. Integr ati f di sin i ber erti kita men yepad ukan antar a pendekatan
bar at dan Islam dala m mend idik anak -anak .
Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar
tentang amalan-amalan dan pendekatan-pendekatan mereka mendidik kanak-
kanak dan kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang kaya dengan teori
dan khazanah ilmu yang berbagai. Sesuatu program pendidikan awal kanak-
kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan
bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur.

Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan


integratif tersebut jika diteliti secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-
konsep berikut yang disepadukan antara dua pandangan:
i. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah
ii. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak
iii. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
iv. Rangsangan neurologi & deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap
aktiviti.
v. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa
yang mereka mahu dan mampu lakukan.
vi. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan
pembesaran fizikal kanak-kanak.
11
15.5.2009

vii.
Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat
viii.
Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat
dan bersih.
ix. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata
6.4 MENE RAPKAN NIL AI MU RNI DAL AM DIR I ANAK

Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat
yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-
anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah.

Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat
mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Kita
sebagai ibubapa perlu bersabar dan tanpa jemu berusaha untuk menerapkan nilai-
nilai murni dalam diri anak-anak seperti berikut:-

i. Mendidik anak supaya taat dan menghormati kedua ibu bapanya dengan
menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa
terhadapnya amat besar dan mereka perlu memahami dan menghormati kedua-
duanya.
ii. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang lebih tua
daripadanya. Mereka perlu disedarkan bahawa guru adalah orang
bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu, manakala orang lebih tua
adalah orang lebih berpengalaman daripadanya.
iii. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik iaitu dengan melatih mereka
supaya bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan kata yang baik. Ini
kerana, kanak-kanak begitu sensitif dan mudah terikut-ikut terhadap apa yang
didengarnya.
iv. Mendidik anak adab bergaul dengan rakan. Mereka harus diingatkan supaya
tidak meninggi diri dan jangan menyakiti atau mengambil hak orang lain.
v. Mengajar anak akan adab makan dan minum yang baik dan mengelakkan sikap
tidak sopan sebaliknya mereka perlu dilatih dengan adab makan seperti mencuci
tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.
vi. Mengajar mereka dengan adab berpakaian yang bertujuan menutup aurat dan
bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

12
15.5.2009

vii. Mengajar adab tidur dan bangun dari tidur iaitu sebaik-baiknya mengadap kiblat,
membersihkan diri sebelum tidur dan membaca doa sebelum/selepas bangun
tidur.
viii. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas iaitu cara membuang air dan cara
masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, membelakangkan kiblat dan
sebagainya.
7.0 SUMBAN GAN P ARA ILMU AN ISL AM

Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan
perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik
anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat & tidak releven dengan Islam.
Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya
dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita
melupakan Ibnu Sina yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya
sebelumnya. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang
dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun telah berabad lamanya
mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang
kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa
merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam
membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Ibnu Sina misalnya telah
membincangkan kepentingan hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini
adalah asas kepada pembentukan fizikal yang sihat. Kemampuan kanak-kanak
mendapatkan pengalaman adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain
telah diketengahkan oleh seorang lagi ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun. Manakala Ibn
Jamaah pula mengupas tanggungjawab pendidik dari segi memahami tingkahlaku kanak-
kanak dan menanganinya melalui kaedah pengukuhan.

Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan


bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian
dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang
sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori
mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Sebenarnya, banyak
hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak
yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran
kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan perhatian dan jarang
dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah
pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa,
telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya
Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”.

Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif
tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourisme, Social Learning Theory dan
sebagainya yang menekankan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan mudah meniru
apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang
kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi pengukuhan. Tokoh ilmuan Islam Imam
Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu terperinci persoalan sebegini dalam
kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-
kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model), Mulahazah wa
mutaba’ah (Observation and imitation), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al
iqab (Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaian. Beliau begitu
menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan
13
15.5.2009

yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah
kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi
kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan
seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian
yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk.
Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi
pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan
memberi nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.”
Seperti yang tertera dalam kitab karangannya “ayyuhaal-walad”.

Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi,
selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian
ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan
kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru. Realitinya,
inilah punca kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan
tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah.
Sungguh benarlah firman Allah;“Ses ungg uh nya Al lah tidak akan me nguba h nas ib
ses uatu kau m seh ingga me reka sendiri m eng ubah nya.. .”

8.0 KESIMPUL AN

Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl (‫لطفل‬١) yang berasal
dari perkataan tafula (‫ )طففل‬yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak
dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-
kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan
sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja
dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek
yang lain juga amat perlu diberikan perhatian. Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi
didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari
dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya” agar
anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa
terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.

Imam Al-Ghazali pernah menyebut, “se su nggu hn ya anak -anak kita adalah
permata” . Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu
kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus
dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang
keras dan peribadi yang kasar dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal.
Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat
yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya
kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut.

Apatah lagi bila yang di hadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan
belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru
dari contoh yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui
kebiasaan.

Ini juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak.
Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendikiawan Islam dalam
membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang
berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam
kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya:
14
15.5.2009

“… Ses ungg uh nya keker asa n dalam me ndidik me mberika n kesan yang buruk
kepada or ang yang did idik lebi h-leb ih lagi bagi kanak -kanak . Bar angsiapa
yang ditarbiah denga n car a k ek er asan dan paksaan , maka akan se mpit lah
pem ikir an dan jiw anya lalu jadi lah anak itu hila ng kecer dasan nya, mala s,
terba wa-ba wa kepada berbohong dan be rk elak uan jahat… ”
9.0 PENU TUP

Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka ke
arah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam
menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar.

Ibu bapa tidak boleh menyalahkan kerajaan, masyarakat dan sekolah semata-mata sebagai
helah membela diri apabila anak menjadi jahat tabiatnya. Ibu bapa perlu menyalahkan diri
sendiri kerana ini adalah langkah positif untuk menilai semula peranannya bagaimana untuk
menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat
membahagiakan hidup mereka. Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa
daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun
kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabi la me ni nggal dunia seseor ang anak Adam , maka terputu slah sem ua
ama lann ya kecuali tiga perkar a iait u: Sedekah jariah, il mu yang
di manf aatkan dan anak sole h yang sentiasa mendoakan kedua- dua ibu
bapan ya” . (HR al-Bukhari)

Wallahua’lam

15
15.5.2009

Ruj ukan
1. KENAKALAN REMAJA DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT, NOORZIHAN
MOHAMED YIN, 26 JUNE 2004

2. HAZIZAH BINTI YUSOFF (BERITA MINGGU 12 FEB 2006)

3. IBU SEJATI-KELAHIRAN, PENJAGAAN & PENDIDIKAN ANAK CEMERLANG,


ZANARIAH YAHYA, DARUL NU’MAN, 1998

4. AMALAN KETIKA MENGANDUNG & SETELAH BERSALIN, ABU AFIQAH, DARUL


NU’MAN, 1994

5. ERTI ANAK BAGI SEORANG MUSLIM, SYAHMINAN ZAINI

6. KEPERIBADIAN MUSLIMAH, ABU BAKAR JABIR AL JAZA’IRI

7. SUAMI TELADAN, MOHD ISA SELAMAT

8. ASAS DIDIKAN AGAMA TIDAK CUKUP, USTAZ SYUKRI, MAJALAH WANITA,


JANUARI 2004

16

You might also like