You are on page 1of 14

PUNCA-PUNCA

Dalam konteks sekarang, sebagaimana kata mantan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri dalam ucaptama pada
Persidangan Antarabangsa Ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul
antara dunia Islam dengan negara barat ( kristian ) bukan berpunca daripada kepercayaan
agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran
sempit atau secular. Mereka menganjurkan ‘kekerasan’ atas nama agama. Kekerasan yang
dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan yang mana mereka
merasakan tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang telah terdapat
dalam teks-teks kitab suci mereka.

Tambahan lagi, timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan oleh
kejahilan yang disertai dengan rasa kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lain
yang telah menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang berkekalan dan
berkembang maju. Contohnya, ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada
interaksi yang berasaskan sikap bahawa pihak masing-masinglah yang benar. Masing-
masing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk
menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan
menyukarkan kewujudan situasi yang saling memahami dan menghormati sesama Islam
dan Kristian.

Punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya konflik agama ialah kerana


didorong oleh kepentingan politik mahupun teologi dalam menentukan keputusan politik.
Faktor keputusan politik ini dapat menimbulkan konflik agama kerana terdapat satu
kumpulan politik yang bertindak hanya menyebelahi satu pihak sahaja. Tindakan ini
menyebabkan rasa ketidakpuashatian kepada pihak yang lain dan seterusnya
menyebabkan berlakunya konflik sesama mereka. Bahkan tindakan ini amat tidak adil
kepada semua masyarakat. Keputusan politik sering menjadi penentu dalam mewujudkan
kehidupan yang lebih kompleks. Pemimpin-pemimpin politik seolah-olah mempunyai
kuasa besar dalam menentukan cara hidup masyarakat dengan menentukan aliran agama
yang sepatutnya mereka anuti.

Percanggahan pendapat antara pemimpin juga menyebabkan konflik agama


terjadi kerana masing-masing akan mempertahankan nilai yang dipegang. Kewujudan
golongan yang berkedudukan tinggi dalam sosio-masyarakat hanya menambahkan
juarang perbezaan antara masyarakat. Kadang kala ada di antara golongan politik ini
memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam masalah konflik agama yang
timbul. Bagi golongan yang mempunyai motif atau agenda yang tersendiri, mereka akan
berusaha mencari jalan demi mencapai matlamat yang diingini. Keadaan ini
menyebabkan mereka sanggup mempergunakan pengikut mereka sendiri. Bagi mereka
yang fanatik terhadap sesuatu kumpulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja yang
disuruh oleh ketua mereka. Malah, ada antaranya sanggup menjalankan rusuhan,
membuat demostrasi, dan menimbulkan kekecohan tanpa menghiraukan keselamatan
orang awam.

Selain itu, faktor kemiskinan juga menyebabkan konflik agama berlaku. Hal ini
kerana, faktor kemiskinan merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk
mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat. Dalam keadaan kemiskinan, amat
susah dan sukar untuk dibicara mengenai agama kerana semua orang akan berfikiran
kritis terhadap apa jua yang diperkatakan. Faktor kemiskinan ini juga menjadikan jurang
perbezaan taraf antara masyarakat semakin meningkat. Keadaan ini juga menyebabkan
ada negara yang berkuasa besar cubamenindas negara yang lemah. Malah di Amerika,
pemerintahnya mula meletakkan tekanan dalam beragama. Golongan ini mula
menerapkan aturan-aturan dalam menindas dan mengeksplotasi golongan agama minoriti.

CARA MENGATASI
Adalah menjadi perkara biasa terdapatnya perbezaan pendapat di antara anggota
organisasi, malah ia dianggap sebagai satu ‘rahmat’ dari Allah SWT yang bertujuan untuk
membuka pintu-pintu kemudahan dan juga penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
demi kepentingan manusia sejagat. Tetapi yang membimbangkan ialah perbezaan
pendapat ini akan bertukar menjadi satu konflik yang tegar yang seterusnya membawa
implikasi yang negatif. Umat Islam perlu sentiasa di ingatkan bahawa perbezaan yang
wujud dari segi kelainan warna kulit, bahasa, bangsa dan sebagainya adalah bertujuan
untuk memperkayakan umat manusia dari segi pengetahuan mereka jua.Ia juga adalah
bertujuan untuk memberi peluang kepada manusia untuk mengamalkan konsep saling
hormat menghormati dan bekerjasama walaupun berbeza dari segi bangsa dan
sebagainya.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengawal konflik agama ialah melalui
mesyawarah atau syura antara kedua-dua belah pihak. Apa yang dimaksudkan dengan
konsep ini ialah ia meliputi proses perbincangan dan perundingan dan melalui kaedah ini
ia adalah merupakan satu institusi dan budaya pengurusan cara Islam yang berhemah lagi
bijaksana. Syura adalah satu proses perbincangan bertujuan mencari kebenaran dan
pembentukan consensus dalam perkara yang tertentu yang menyentuh kepentingan
seseorang individu dan juga masyarakat di mana syariah tidak juga memberikan
peruntukan yang jelas berkaitan dengannya. Dalam menyelesaikan konflik agama ini,
agama Islam juga turut menjalankan penyelesaian konflik dengan mengenakan tindakan
yang tegas yang sebenarnya masih lagi berlandaskan kepada kebenaran hakiki kepada
pihak yang dianggap bersalah tersebut. Sebagai contohnya ialah peperangan sama ada
dalam jalan Allah atau bagi membela pihak yang ditindas atau dizalimi.

Selain itu, Kepimpinan yang adil juga penting dalam penyelesaian konflik dalam
Islam. Jikalau seseorang pemimpin itu tidak mempunyai kewibawaan, adalah amat sukar
untuk menangani masalah percanggahan pendapat yang timbul dalam sesebuah organisasi
bahkan ia akan mengeruhkan lagi konflik yang sedia ada. Prinsip ini adalah penting dan
memerlukan juga tindakbalas dalam kalangan orang Mukmin yang menyarankan mereka
agar mentaati ketua mereka yang telah dipilih dengan sebulat suara dalam kalangan
mereka juga. Segala perintah yang disuruh oleh ketua hendaklah diikuti selagi ia tidak
melanggar perintah dan nilai Islam.
Disamping itu, bagi mengelak berlaku konflik ini, umat Islam dilarang keras
mengamalkan amalan fitnah kerana berita berunsurkan fitnah yang disampaikan boleh
memporak-perandakan umat Islam. Disebabkan itu adalah amat penting penentuan
kebenaran setiap berita yang disampaikan juga penapisan maklumat atau berita yang
disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti orang munafik yang
sentiasa ingin memecahbelahkan umat Islam. Konflik dalam Islam juga boleh diatasi
melalui peranan orang tengah yang adil dan berwibawa dalam menyelesaikan masalah
berkaitan dengan konflik agama ini. Seterusnya, penyelesaian konflik agama juga boleh
dibuat dalam bentuk ‘nasihat’ ‘irsyad’ dan ‘tawsiyah’. Nasihat ini adalah membawa erti
melaluinya seseorang individu akan lebih berasa tenang dalam melalui krisis tersebut
juga dapat mengelak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Irsyad pula bermaksud
mendapat tunjuk ajar dari individu atau dari negara yang berpengalaman luas dalam
aspek kenegaraan dan juga bagi menyelesaikan konflik antara agama ini.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya kita sebagai masyarakat yang hidup dalam dunia
globalisasi ini perlu bijak dalam menilai sesuatu keadaan supaya kita tidak mudah
membuat keputusan secara membabi-buta tanpa menerokai perkara sebenarnya yang
terjadi. Hal ini dapat ditunjukkan dengan masalah konflik Islam dengan barat. Kita tidak
boleh sesuka hati menuding jari kepada sesiapa tanpa mengkaji dahulu siapa sebenarnya
yang melakukan kesalahan tersebut. Apabila hal ini terjadi maka satu perbalahan akan
terjadi antara dua pihak. Kesannya masyarakat akan hidup menderita.

Maka sebagai umat Islam mahupun pengganut agama Kristian kita haruslah saling
menjaga hubungan sesama kita agar semua orang dapat hidup dengan aman. Konflik
antara dua agama ini terlalu serius sehingga menyebabkan peperangan berlaku. Hal ini
memberi kesan negatif kepada masyarakat dunia. Masa depan hubungan Islam-Barat
(kristian) adalah bergantung kepada pengganut agama itu masing-masing. Semuanya
bergantung kepada mereka samada untuk memperbaiki kecacatan tersebut pada masa lalu
dan memandang ke hadapan untuk kebaikan masyarakat juga.

Oleh itu, kedua-dua komuniti ini hendaklah mempunyai kesungguhan untuk


membangunkan sebuah komuniti yang memiliki kesedaran untuk menjaga keamanan
sejagat. Malah bukan sahaja kedua-dua komuniti tersebut tetapi agama-agama yang lain
juga perlu memainkan peranan dalam menjaga keharmonian dan keamanan dunia tanpa
ada lagi perbalahan antara agama yang boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat.
Satu kesefahaman perlu dicapai antara semua agama agar dunia ini menjadi aman. Tiada
lagi perbalahan, permusuhan mahupun peperangan yang ada hanya keamanan.

Kesimpulannya, semua pengganut agama di dunia ini perlu memainkan peranan


dalam menjaga hubungan antara agama. Saling menghormati dan bertolak ansur antara
agama itu penting untuk menjaga hubungan sesama pengganut agama. Sebagai
masyarakat yang hidup dalam dunia yang mempunyai pelbagai agama perlu mempunyai
pengetahuan yang tinggi mengenai agama sendiri dan juga agama yang lain. Hal ini
adalah kerana demi menjaga keharmonian sesama masyarakat yang mempunyai pelbagai
pengganut agama.
CONTOH – CONTOH KONFLIK AGAMA
BERBEZA AGAMA
Sebagai contoh, terdapat sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat, yang
menerapkan aturan yang mendiskriminasikan murid beragama Islam. Pada waktu
istirahat murid yang beragama lain dibenarkan membaca novel atau membuat aktiviti
lain, akan tetapi, murid beragama Islam dilarang menunaikan ibadah. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa aturan yang digunakan itu tidak memberikan hak, tetapi hanya
menjejaskan hak yang sepatutnya diberikan kepada semua masyarakat. Sedangkan semua
orang bebas melakukan ibadah anutan mereka. Namun, faktor kemiskinan dan perbezaan
taraf menjadi punca berlakunya konflik agama.

Contoh-contoh konflik agama yang berlaku ialah seperti konflik agama antara
Katolik dan protestan di Ireland Utara yang berlaku lebih kurang 70 tahun. Konflik ini
bermula apabila berlakunya penaklukan dan penguasaan tanah oleh british yang
merampas tanah daripada penduduk Irish ataupun Katolik dan kemudiannya diserahkan
kepada Protestan. Irish bangkit menentang penaklukan tersebut dan berlakunya
pembunuhan beramai-ramai. Askar-askar British merampas tanah dan membunuh
pengamal agama Katolik dan mengagihkannya kepada bangsa lain. Hal ini menimbulkan
rasa tidak puas hati bagi pengamal Katolik. Penekanan berterusan sehingga ke generasi
seterusnya menyebabkan pengamal Katolik tidak dibenarkan menjadi tentera atau
perkhidmatan awam atau profesion perundangan ataupun parlimen serta dinafikan hak
untuk mengundi.

Pengamal Katolik tidak dibenarkan memiliki tanah, namun hanya diberi pajakan
selama tidak melibihi 31 tahun. Selain itu, perkahwinan antara Katolik dan protestan
adalah dilarang sama sekali. Kesemua kekangan ini, berlangsung selama seratus tahun.
Negara Southern Ireland ataupun dikenali sebagai The Republic of Ireland, yang
mejoritinya mempunyai pengamal Katolik mencapai kemerdekaan pada tahun1921.
Northen Ireland pula kekal dikuasai oleh pihak British yag mejoritinya merupakan
penganut Protestan. Protestan berkuasa dalam menguasai tanah, kilang dan politik di
Northen Ireland, manakala pengamal Katolik hanya berpeluang untuk terlibat dalam
pendidikan dan jawatan yang bergaji tinggi. Pada tahun1960, Civil Rights movement
yang dibawa oleh Katolik mewujudkan peluang pendidikan dan penghapusan
diskriminasi. Walaubagaimanapun, tindakan ini disalahertikan oleh Protestan sebagai
gerakan menyatukan Northern Ireland dengan Ireland. Berlaku peperangan antara
Protestan dan Katolik pada tahun1970 di mana tentera British telah kembali ke Northern
Ireland.

SESAMA AGAMA

Contoh kedua yang dapat dilihat ialah konflik antara Ahlussunnah Waljamaah
dengan Syiah. Banyak orang yang menyangka bahawa perbezaan antara Ahlussunnah
Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) dianggap sekadar dalam
masalah khilafiyah Furu’iyah, seperti perbezaan antara NU dengan Muhammadiyah,
antara Madzhab Safi’i dengan Madzhab Maliki. Hal ini kerana dengan adanya masalah
Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbezaan pendapat tersebut tidak perlu
dibesar-besarkan. Selebihnya mereka berharap supaya antara NU dengan Muhammadiyah
sekarang boleh diadakan pendekatan-pendekatan demi Ukhuwah Islamiyah, lalu
mengapa antara Syiah dan Sunni tidak dilakukan ?. Hal ini kerana, ketika Muslimin
bangun melawan serangan Syiah, mereka menjadi penonton dan tidak ikut berjuang.

Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kurangnya pengetahuan
mengenai akidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sehingga apa yang
mereka sampaikan hanya terbatas pada apa yang mereka ketahui. Semua itu adalah
kerana kurangnya maklumat kepada mereka, akan hakikat sebenar ajaran Syiah
Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sedangkan apa yang mereka tahu, hanyalah
bersumberkan dari
tokoh-tokoh Syiah yang sering berkata bahawa perbezaan Sunni dengan Syiah seperti
perbezaan antara Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i. Padahal perbezaan antara
Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i, hanya dalam masalah Furu’iyah saja. Sedangkan
perbezaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah
(Ja’fariyah), adalah berbeza di dalam Furuu’ dan juga dalam Ushuul.

Rukun Iman mereka berbeza dengan rukun Iman kita,begitu juga dengan rukun
Islamnya juga berbeza. Selain itu, kitab-kitab serta hadisnya juga berbeza, bahkan
terdapat juga sumber mengatakan sebahagian besar ulama-ulama Syiah menyatakan,
bahawa Al-Qur'an mereka juga berbeza dengan Al-Qur'an kita (Ahlussunnah). Terdapat
juga dari ulama mereka yang pura-pura (taqiyah) mengatakan bahawa Al-Qur'annya
sama, maka dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut sangat berbeza dan berlainan. Amat
tepatlah apabila ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah mengatakan bahawa Syiah
Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) adalah satu agama tersendiri ’’. Melihat betapa
pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini kami jelaskan sebahagian daripada
perbezaan antara akidah Ahlussunnah Waljamaah dengan aqidah Syiah Imamiyah Itsna
Asyariyah (Ja’fariyah).

PERBEZAAN DARI SEGI RUKUN ISLAM


1. Ahlussunnah : Rukun Islam kita ada 5 (lima)
a) Syahadah
b) Solat 5 waktu
c) Puasa
d) Zakat
e) Menunaikan Haji

Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeza:


a) Solat
b) Puasa
c) Zakat
d) Menunaikan Haji
e) Al wilayah

PERBEZAAN DARI SEGI RUKUN IMAN


2. Ahlussunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :
a) Iman kepada Allah
b) Iman kepada Malaikat-malaikat Nya
c) Iman kepada Kitab-kitab Nya
d) Iman kepada Rasul Nya
e) Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
f) Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.

Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*


a) At-Tauhid
b) An Nubuwwah
c) Al Imamah
d) Al Adlu
e) Al Ma’ad

PERBEZAAN SYAHADAH

3. Ahlussunnah : Dua kalimat syahadat


Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha
illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut
dua belas imam-imam mereka.

PERBEZAAN TERHADAP KEPERCAYAAN KEPADA IMAM

4. Ahlussunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman.


Walaupun
jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas dan akan
muncul juga imam-imam, sampai hari kiamat. Dengan
membatasi imam-imam hanya kepada dua belas (12) atau
jumlah tertentu, tidak dibenarkan.

Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka adalah


termasukdalam rukun iman. Bagi orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas
imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap
kafir dan akan masuk neraka.

PANDANGAN TERHADAP KHULAFA AR-RASYIDDIN


5. Ahlussunnah : Khulafa Ar-Rasyidin yang diakui (sah) adalah :
a) Abu Bakar
b) Umar
c) Utsman
d) Ali Radhiallahu anhum

Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh
Syiah. Hal ini kerana mereka dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib
(padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka).

PERBEZAAN TERHADAP KELEBIHAN IMAM

6. Ahlussunnah : Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai


sifat
maksum. Ini bermakna mereka adalah manusia biasa yang
tetap akan
melakukan kesilapan, dosa dan lupa. Hal ini kerana sifat
maksum
hanya dimiliki oleh nabi.

Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai


sifat
Maksum seperti nabi.

AGAMA DAN MASYARAKAT

KONFLIK AGAMA

PERBEZAAN TERHADAP SAHABAT RASULULLAH SAW

7. Ahlussunnah : Dilarang mencaci-maki para sahabat.

Syiah : dibolehkan mencaci para sahabat bahkan Syiah berkeyakinan,


bahawa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal
beberapa orang saja. Alasannya kerana para sahabat membai'at Sayyidina Abu Bakar
sebagai Khalifah.

8. Ahlussunnah : Siti Aisyah isteri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai.


Beliau
adalah Ummul mukminin
Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.

PERBEZAAN DARI SEGI KITAB DAN HADIS


9. Ahlussunnah : Kitab-kitab hadits yang dipakai sebagai rujukan Ahlussunnah
adalah Kutubussittah :
a) Bukhari
b) Muslim
c) Abu Daud
d) Tarmidzi
e) Ibnu Majah
f) An Nasa’i
(kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia).

Syiah : Kitab-kitab Syiah ada empat :


a) Al Kaafi
b) Al Istibshor
c) Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih
d) Att Tahdziib
(Kitab-kitab tersebut tidak disebarkan kerana khuatir kebohongannya akan diketahui).

PERBEZAAN TERHADAP AL-QURAN

10. Ahlussunnah : Al-Qur'an adalah yang sebenar-benarnya


Syiah : Al-Qur'an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama
Syiah
bukan yang asalkerana sudah diubah oleh para sahabat
(dikurangkan dan ditambah )

KEPERCAYAAN PADA HARI PEMBALASAN

11. Ahlussunnah : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah
dan
RasulNya manakala Neraka diperuntukkan bagi orang-orang
yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.
Syiah : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam
Ali,
walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah manakala
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam
Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.

PERBEZAAN TERHADAP HARI KEBANGKITAN SEMULA

12. Ahlussunnah : Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah
adalah
diakhir zaman nanti sebelum kiamat, manusia akan hidup
kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan membalas dendam
kepada musuh-musuhnya.

Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan :


bahawa

diakhir zaman nanti, Imam Mahdi akan keluar dari


persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk
membangunkan Rasulullah,

AGAMA DAN MASYARAKAT


KONFLIK AGAMA

Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.Setelah


mereka
semuanya bai'at kepadanya, kemudiannya beliau akan
membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga
orang tersebut diseksa dan disalib sampai mati. Perbuatan
tersebut akan diulang ribuan kali sebagai balasan atas perbuatan
jahat mereka kepada Ahlul Bait.

Keterangan : Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan


Imam
Mahdi Ahlussunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.

You might also like