You are on page 1of 6

1

KONTROVERSI ISLAM HADHARI

Semenjak pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, pelbagai reaksi dan pentafsiran telah timbul
mengenai slogan Islam Hadhari terutamanya dari segi maksud dan cara-cara pelaksanaannya.
Perkataan Islam Hadhari telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat (ayat tesis),
ada yang mengkritik dan ada pula yang menyokong istilah Islam Hadhari ini. Ada juga
pengkritik yang menganggap Islam Hadhari ini sebagai suatu tambahan terhadap Islam itu
sendiri sedangkan Islam itu berdiri dengan sendirinya dan tidak perlu ditambah lagi dengan apa-
apa tambahan kerana ia telah sempurna. Terdapat juga pihak yang mempertikaikan istilah Islam
Hadhari sebagai satu penyelewengan dari segi sejarah dan terminologinya.

Antara pihak yang mempertikaikan penggunaan istilah Islam Hadhari ini ialah pihak
PAS. Menurut Dato’ Nik Abdul Aziz (2005) apabila ada pihak yang menyebut Islam Hadhari
secara langsung mereka menganggap bahawa di sana ada Islam yang tidak Hadhari. Sedangkan
Islam itu dari awal sampai akhir bersifat hadhari. Beliau juga mempersoalkan di mana perginya
Iman Hadhari sebagai regu Islam Hadhari. Menurut beliau regu adalah ciptaan Allah seperti
langit regunya bumi, pagi regunya petang, Islam regunya iman. Maka ke mana perginya Iman
Hadhari sehingga kini masih tiada. Pendekatan Islam Hadhari juga dianggap suatu pendekatan
palsu untuk mengelirukan rakyat (Nik Abdul Aziz 2008). Bagi Dato’ Abdul Hadi Awang pula
dalam bukunya Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari (2005) istilah yang sepatutnya
digunakan ialah Hadharah Islamiyyah bukanya Islam Hadhari bagi melambangkan tamadun
umat Islam. Konsep ini diibaratkan sebagai topeng untuk menyesatkan umat Islam di negara ini.
Islam hanya diambil namanya sahaja untuk dijadikan topeng bagi menipu dan menghalang
kebangkitan rakyat kembali kepada Islam. Ideologi yang diamalkan ditampal dengan jenama
Islam, lalu diperkenalkan istilah Sosialis Islam, Nasionalis Islam, Komunis Islam, Islam Liberal
dan lain-lain.

Pandangan tentang Islam Hadhari ini bukan sahaja dikritik oleh pihak PAS tetapi turut
dikritik Mufti Perlis. Dr Asri (2008) mengkritik Islam Hadhari kerana pemilihan nama itu sangat
2

mengelirukan malah akan meninggalkan prasangka dan pandangan tidak tepat orang ramai
terhadap Islam Hadhari itu sendiri. Hal ini menyebabkan masyarakat kabur dengan istilah Islam
Hadhari sehingga ada yang menyangka Islam Hadhari adalah seakan-akan seperti Islam Liberal.
Beliau secara tegas menolak Islam Hadhari dengan menegaskan yang sepatutnya diikut ialah
Islam yang dibawa Nabi bukannya Islam Hadhari. Pendapat yang mengatakan Islam Hadhari ini
mengelirukan juga disokong oleh ahli akademik iaitu penganalisis politik tanah air, Dr Mohamad
Agus Yusuf (2008) yang menyuarakan keraguannya tentang penerimaan rakyat masih kabur
tentang maksud sebenar Islam Hadhari. Rakyat umumnya tidak jelas dan masih meraba-raba
dengan konsep dan perlaksanaan Islam Hadhari. Malah Tun Mahathir (2008) sejak awal
mempertikaikan agenda Islam Hadhari, menyelar bahawa konsep dan ajaran Islam yang dibawa
oleh baginda Nabi Muhamad saw sudah lengkap dan tidak perlu diberi tafsiran baru. Apa yang
perlu diamalkan oleh umat Islam sebenarnya melaksanakan semua ajaran baginda dengan
bersungguh-sungguh.

Walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak tetapi UMNO dan sekutunya telah
mempertahankan istilah Islam Hadhari yang telah dicadangkan oleh Presiden UMNO
sehinggakan banyak buku telah dikeluarkan bagi menjelaskan pendekatan Islam Hadhari ini.
YADIM dan JAKIM umpamanya telah mempertahankan perkataan Islam Hadhari ini. Dalam
menghadapi kritikan berkenaan Islam Hadhari ini Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004)
cuba menjelaskan kekeliruan dalam ucapannya ketika perhimpunan Agung UMNO ke 55 di
PWTC. Beliau menjelaskan Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran
baru. Islam Hadhari bukanlah Mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan
umat Islam kepada asas fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Manakala
dalam perhimpunan yang sama Datuk Hishammuddin Hussein (2004) membidas kenyataan PAS
yang mengkritik Islam Hadhari, beliau menegaskan Islam Hadhari bukanlah suatu agama atau
aqidah baru. PAS mempertikaikan Islam Hadhari bukan kerana ia menyalahi al-Quran dan as-
Sunnah, tetapi semata-mata kerana ia menyedarkan rakyat bahawa ideologi politik PAS yang
memperlalatkan agama terlalu dangkal, beku dan tidak releven lagi. Manakala menurut Mashitah
(2006) penggunaan Islam Hadhari bukanlah bertujuan untuk mempebaharui agama. Oleh sebab
itu, tidaklah salah perkataan hadhari diletakkan di belakang perkataan Islam.
3

Apabila mendengar pendapat antara yang mengkritik slogan Islam Hadhari dan pendapat
yang menyokong Islam Hadhari ini dapatlah kita rumuskan Islam Hadhari ini mencetuskan
kontroversi dan perdebatan antara kedua-dua pihak. Penulis percaya kontroversi ini terjadi
kerana penggunaan perkataan Islam oleh pihak kerajaan. Andai kata perkataan Islam itu ditukar
kepada perkataan lain seperti ‘tamadun’, ‘masyarakat’ atau sebagainya pasti kontroversi ini tidak
berlaku. Hal ini demikian kerana masyarakat melayu sensitif dengan agamanya sejak dahulu lagi,
lebih-lebih lagi Islam ini suci dan sempurna dan tidak seharusnya ditambah lagi dengan
perkataan lain. Apabila melihat kepada pengkritik penggunaan Islam Hadhari ini, terutamanya
PAS memang mengkritik dengan alasan dan hujah yang tersendiri. Islam Hadhari bukan hanya
dikritik oleh pihak pembangkang sahaja tetapi daripada mufti, ahli akademik, dan daripada ahli
UMNO juga. Penulis ingin mengambil pandangan daripada Dr Yusuf Qardawi (2007) dalam
temuramah beliau oleh TV al-Jazeera, beliau telah disoal tentang istilah-istilah baru seperti
Islam Siasi, Islam Iktisodi dan Islam macam-macam. Beliau mengatakan ini adalah permainan
golongan sekular hendak memotong-motong Islam dalam aspek-aspek tertentu dan memaksa
Islam dengan pandangan mereka. Maka ada benarnya apa yang diperkatakan PAS ini. Mereka
mempunyai hujah dan sebab apatah lagi PAS lebih mahir dalam isu ini kerana mereka dipelopori
oleh golongan yang berpendidikan agama yang tinggi.
4

SKPD 1053 KETRAMPILAN BERBAHASA DAN BERKOMUNIKASI

1. Garis ayat tesis (dalam teks).

2. Gariskan ayat judul perenggan tiga dan perenggan empat. Bulatkan idea pengawal
(dalam teks)

3. Nyatakan kaedah perenggan pengenalan.


-Penyataan secara umum.

4. Nyatakan kaedah perenggan penutup.


-Merumuskan keseluruhan perbincangan.

5. Nyatakan kaedah pengembangan perenggan empat.


-Kaedah Penyenaraian.
5

RUJUKAN

Abdul Hadi Awang. 2005. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. Shah Alam: Nufair
Street Sdn Bhd.

Abdullah Ahmad Badawi. 2004. Ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada
23 September 2004. Dlm. http//www.islam.gov.my/islam hadhari.

Hishammuddin Hussein. 2004. Dipetik dalam. Hatta Al-Mukmin. 2005. UMNO Masa Depan.
Kuala Lumpur: Mukminin Publications.

Jaafar Salleh. 2008. Falsafah Hadhari dalam Islam: Releven Sepanjang Zaman. Batu Caves:
Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Mahathir Mohamad. 2008. Dlm. Siasah, 30 Mac- 5 April.

Mohamad Agus Yusuf. 2008. Dlm. Siasah, 30 Mac- 5 April.

Mohd Asri. 2008. ‘Kita ikut Islam Nabi bukanya Islam Hadhari’. Keluaran Khas Harakah,
1 Mei.

Nik Abdul Aziz. 2005. Di petik dalam Abdul Hadi Awang. Hadharah Islamiyyah bukan Islam
Hadhari. Shah Alam: Nufair Street Sdn Bhd.

Nik Abdul Aziz. 2008. Dlm. Manifesto BN Kelantan- Manhaj Islam Hadhari kelirukan rakyat.
Harakah, 16-31 Mac.

Wan Nik Wan Yussof dan Asma’ Husna Sulaiman. 2006. Pengantar. Wan Abdul Rahman.
Islam dalam politik Malaysia: Satu kritikan terhadap Islam Hadhari. Kota Bharu:
Centre for Political Analysis and Strategic Development PASD Enterprise.
6

Yusuf Qardawi. 2007. Dipetik dalam http://www.harakahdaily.net/

Dr. Hj. Syarifuddin Muhammad. 2005. Manhaj Islam Hadhari: Konsep & Metodologi. Kuala
Lumpur : Konsortium Warisan Maju Bersatu Sdn. Bhd.

You might also like