You are on page 1of 6

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ________________________________________________________________________ HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT JANUARI 2014 ________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalinsoalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online.Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 3hb 16hb Mac 2014. Serahan selepas 16hb Mac 2014 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN Wellness Wheel(Roda Kesejahteraan) yang diperkenalkan dalam artikel oleh Ballard (2012) memberi satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang. Untuk mencapai dan mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi perhatian kepada setiap enam dimensi kesejahteraan. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi kesejahteraan akan menyebabkan roda kesejahteraan yang tidak seimbang.

Berdasarkan Roda Kesejahteraan Ballard (2012) yang mengandungi ENAM dimensi di bawah, anda dikehendaki: memberi definisi yang anda faham tentang kesejahteraan dengan merujuk definisi dari sumber elektronik dan bercetak; menghuraikan enam dimensi tersebut beserta dengan ilustrasi yang relevan; kenal pastikan akibat sekiranya dimensi-dimensi tersebut tidak seimbang menjelaskan bagaimana anda mengamalkan gaya hidup anda berdasarkan Roda Kesejahteraan di bawah agar kesejahteraan anda seimbang; dan reka cipta Roda Kesejahteraan anda sendiri dengan menambahkan DUA lagi dimensi pada Roda Kesejahteraan yang asal, beserta dengan justifikasi anda.

Sumber: http://finishingitfitness.blogspot.com/2012/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html [Jumlah: 40 markah] _______________________________________________________________________


MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE

RUBRIK TUGASAN KOD KURSUS: HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT SEMESTER: JANUARI 2014

Lemah Kriteria Memberi definisi sendiri tentang kesejahteraan dengan merujuk definisi dari sumber elektronik dan bercetak (sekurang-kurangnya dari empat orang penulis) Huraikan enam dimensi tersebut beserta dengan ilustrasi yang relevan Markah Pemberatan 0 1
Kebanyakan definisi daripada rujukan adalah tidak relevan dan dapat tidak diparafrasa mengikut kefahaman sendiri dari sumber yang berlainan. Kebanyakan huraian dimensi tidak jelas Kebanyakan huraian tidak disokong dengan ilustrasi dan rujukan tidak relevan Kebanyakan dimensi kesejahteraan yang dibincangkan tidak relevan

Sederhana 2

Baik 3
Kebanyakan definisi daripada rujukan adalah relevan dan dapat diparafrasa mengikut kefahaman sendiri dari sumber yang berlainan. Kebanyakan huraian jelas Kebanyakan huraian disokong dengan ilustrasi dan rujukan yang relevan Kebanyakan akibat dimensi yang tak seimbang dikemukakan relevan Kebanyakan akibat disokong dengan rujukan yang berkaitan

Cemerlang 4
Semua definisi dari rujukan adalah relevan dan diparafrasa mengikut kefahaman sendiri dari sumber yang berlainan.

Markah Max

0.75

Tiada definisi

Beberapa definisi daripada rujukan adalah relevan dan dapat diparafrasa mengikut kefahaman sendiri dari sumber yang berlainan. Beberapa huraian yang jelas Beberapa huraian disokong dengan sedikit ilustrasi dan rujukan yang relevan

Tiada huraian Tiada ilustrasi dan rujukan

Semua huraian yang amat jelas Semua huraian disokong dengan ilustrasi dan rujukan yang amat relevan

Kenal pastikan akibat sekiranya dimensidimensi kesejahteraan tersebut tidak seimbang

Tiada akibat dimensi kesejahteraan dibincangkan

Beberapa akibat yang dikemukakan adalah relevan Beberapa akibat disokong dengan rujukan yang berkaitan

Akibat diterangkan dengan amat jelas Semua akibat disokong dengan rujukan yang amat berkaitan

12

Perbincangan tidak disokong dengan rujukan yang berkaitan

Amalan gaya hidup berdasarkan Roda Kesejahteraan agar kesejahteraan seimbang. Reka cipta Roda Kesejahteraan sendiri dengan menambahkan DUA lagi dimensi pada Roda Kesejahteraan yang asal, beserta dengan justifikasi. Senarai rujukan dalam Gaya APA (sekurang-kurangnya lima rujukan) Total

Tiada penjelasan Tiada rujukan

Tiada Roda Kesejahteraan

Tiada justifikasi

Kebanyakan penjelasan tidak menyakinkan. Kebanyakan rujukan tidak relevan. Dua cadangan dimensi bahagian Roda Kesejahteraan keseluruhannya tidak menarik dan tidak relevan Kebanyakan justifikasi yang diutarakan tidak menyakinkan.

Beberapa penjelasan menyakinkan Beberapa rujukan relevan dan terkini. Dua cadangan dimensi Roda Kesejahteraan sebahagiannya menarik dan relevan.

Kebanyakan penjelasan menyakinkan Kebanyakan rujukan relevan dan terkini. Dua cadangan dimensi Roda Kesejahteraan keseluruhannya menarik dan relevan. Kebanyakan justifikasi yang dikemukakan menyakinkan. Kebanyakan rujukan relevan dan kebanyakannya terkini dan mengikut Gaya APA.

Semua penjelasan menyakinkan Semua rujukan relevan dan terkini.

Dua cadangan dimensi Roda Kesejahteraan amat menarik dan amat relevan. Semua justifikasi yang dikemukakan amat menyakinkan.

Beberapa justifikasi dikemukakan menyakinkan. Beberapa rujukan relevan dan beberapa rujukan terkini mengikut Gaya APA

0.25

Tiada senarai rujukan

Kebanyakan rujukan tidak relevan dan tidak mengikut Gaya APA.

Semua rujukan yang amat relevan dan terkini mengikut Gaya APA.

40

PANDUAN PELAJAR Anda dinasihatkan: 1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Membincangkan dengan tutor bersemuka dan e-tutor bagi mendapatkan pandangan dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan kejituan penulisan. Menggunakan ilustrasi atau peta minda untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan. Sila rujuk kepada laman web berikut untuk Gaya APA: http://www.apastyle.org/

2. 3. 4.

PANDUAN TUTOR 1. 2. 3. 4. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap kriteria. Mencadangkan buku rujukan dan laman web yang berkaitan untuk panduan pelajar. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna Gaya APA.

You might also like