You are on page 1of 24

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENDAHULUAN 2

POLIGAMI MENURUT ISLAM 3-4

DALIL PENSYARIATAN POLIGAMI 5-6

SYARAT-SYARAT POLIGAMI DALAM ISLAM 7-15

IMPAK NEGATIF POLIGAMI 16

POLIGAMI ORANG-ORANG SOLEH 17-19

HIKMAH DIBOLEHKAN POLIGAMI 20-21

KESIMPULAN 22

RUJUKAN 23

LAMPIRAN 24-

1
PENDAHULUAN
Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan
manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan
perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang
dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia
dan akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simptom-simptom
ketidakteguhan peribadi yang membawa negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga
masyarakat .
Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang
utama iatu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan. Manakala poligami ialah seorang lelaki dengan
beberapa perempuan pada satu-satu masa. Islam.
Poligami merupakan salah satu isu yang disorot tajam dalam kalangan kaum
feminis.ianya tidak terkecuali dengan kaum wanita
Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulallah SAW, tentunya dengan
syarat suami memiliki kemampuan untuk adil diantara para isteri.
Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering
menimbulkan pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam.
Kaum lelaki mendabik dada mendakwa bahawa poligami hak mereka manakala kaum
wanita pula mendakwa berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan . lantaran
ini topik ini digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukum syarak.

2
POLIGAMI MENURUT ISLAM

Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak
manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam
membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak zaman
sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan poligami secara lebih adil dan
dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya. Islam telah menetapkan syarat-
syarat yang tertentu yang menghadkan
Amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih
wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih
wanita tetapi tidak melebihi empat orang.
Poligami bukan sekadar untuk menyalurkan syahwat tetapi ada tujuan-tujuan
mulia di sebaliknya yang perlu diperhatikan. Tetapi, memandang masalah poligami tidak
boleh lepas dari masalah perkawinan itu sendiri. Apa yang menjadi tujuan sebuah
perkawinan juga harus ada pada poligami. Memisahkan masalah poligami dari
perkawinan adalah awal terjerumusnya siapa saja yang ingin mengkaji masalah poligami.
Tujuan poligami tidak lepas dari tujuan perkawinan. Dan, perkawinan sebagai salah satu
perintah Allah tidak lepas dari tujuan penciptaan manusia.

Dengan seperti ini, tujuan penciptaan manusia adalah penyembahan kepada-Nya yang
akan berakhir pada liqa’ullah, maka salah satu elemen yang dapat menghantarkan
manusia mencapai tujuan penciptaannya adalah perkawinan. Ini adalah sebab mengapa
Nabi SAW, dalam hadis masyhurnya, perlu menekankan bahawa, “An Nikahu sunnati”,
“perkawinan adalah sunnahku” dan barang siapa yang membencinya bukan termasuk
ummatku.abila perkawinan merupakan sebuah unsur yang dapat membantu seorang
hamba mendekatkan diri kepada Allah maka poligami juga sama..

Perkawinan adalah jambatan bagi pasangan suami dan isteri untuk meraih ketenangan,
cinta dan kasih sayang maka poligami juga bertujuan untuk itu. Sebagaimana yang Allah
berfirman dalam Al-Quran Karim:

3
“Allah menjadikan pasangan untuk kalian dari jenis kalian sendiri; supaya kalian
merasakan ketenangan dan menjadikan diantara kalian cinta dan kasih sayang;
sesugguhnya yang demikian ini adalah tanda-tanda bagi orang-orang yang berpikir”.

Dalam poligami tidak ada masalah yang sulit sebagaimana yang dibayangkan
banyak orang. Masalah poligami kembali pada penerapannya. persiapan seorang suami
dituntut sebelum melakukan poligami, sama seperti persiapan calon suami isteri untuk
melakukan perkawinan. Semua perbezaan-perbezaan yang ada dibicarakan untuk
kesenagan di kemudian hari.
Dalam melakukan poligami paling sedikit ada tiga orang yang berperan penting.
Pertama, suami kemudian isteri pertama dan terakhir isteri kedua, begitu seterusnya
sampai isteri kempat. Namun yang paling berperanan adalah suami.
Berbicara mengenai penerapan poligami dapat ditinjau dari berbagai sudut, namun
dengan tidak melupakan tiga syarat di atas. Tanpa mengindahkan ketiga syarat di atas,
memang seseorang masih saja dapat melakukan poligami. Hal ini kerana tidak adanya
dlail-dalil agama yang mengharamkannya. Namun, hal itu akan memiliki impak negatif
yang terlalu luas.

4
DALIL PENSYARIATAN POLIGAMI

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami


ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :

‫سطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مّنَ النّسَاء مَثْنَى‬
ِ ْ‫وَإِنْ خِفْ ُتمْ أَلّ تُق‬
‫خفْتُمْ أَلّ َت ْعدِلُواْ َفوَاحِ َدةً أَوْ مَا َملَكَتْ أَيْمَانُكُمْ َذِلكَ َأدْنَى‬
ِ ْ‫وَثُلَثَ وَرُبَاعَ فَإِن‬
ْ‫أَلّ َتعُولُوا‬
Mafhumnya :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)
perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba hamba
perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)
supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.
Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa
Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib
dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika
tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu
rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa
yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa
kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa
kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak
berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang
dikahwini.

Berlaku adil dalam bermuamalah dengan isteri-isterinya, iatu dengan memberikan kepada
setiap isteri hak-haknya dalam hal ini adil adalah menyamakan hak yang ada pada para

5
isteri dalam perkara-perkara yang memungkinkan untuk disamakan di dalamnya. Jika
tidak mampu berlaku adil, maka sebagaimana ayat lainnya :

           

                

         

129. Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu
memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang
zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

             

           

             

    

3. Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.

SYARAT-SYARAT POLIGAMI DALAM ISLAM

6
Bahawa beberapa ulama, setelah meninjau ayat-ayat tentang poligami, mereka telah
menetapkan bahawa menurut asalnya, Islam sebenamya ialah monogami. Terdapat ayat
yang mengandungi ugutan serta peringatan agar tidak disalah gunakan poligami itu di
tempat-tempat yang tidak wajar. Ini semua bertujuan supaya tidak terjadinya kezaliman.
Tetapi, poligami diperbolehkan dengan syarat ia dilakukan pada masa-masa terdesak
untuk mengatasi perkara yang tidak dapat diatasi dengan jalan lain. Atau dengan kata lain
bahawa poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau
dikhuatirkan bahawa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.

Jadi, sebagaimana talaq, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan
kerana hendak mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya
berpoligami berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat. Ini bererti ia
tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi untuk mencapai kesejahteraan
masyarakat Islam, demi untuk menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai kaum Muslimin.

Oleh yang demikian, apabila seorang lelaki akan berpoligami, hendaklah dia memenuhi
syarat-syarat sebagai berikut;

Pertamanya,suami perlu membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini
telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;

            

           

             

    

3. Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki.

7
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.

Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang
itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak
beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.

Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan
perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat
orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada
pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua
orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan
lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.

Keduanya, diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada


tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan
anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.

Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota


keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan
memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini,
maksudnya;

Bahawa Urnmu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi


adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis
riwayat Bukhari dan Nasa'i)

Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau
memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik.
Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan

8
yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik
ini di dalam Islam.

Ketiganya, disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu),
maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan
yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisa’ ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan
berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri,
cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua
sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah
menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti
hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak.
Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.


Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari
rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap
berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian
adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri


Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan
hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara
yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-
Nisa’ ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

9
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di
antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia
akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat
Ahmad bin Hanbal)

i) Adil memberikan nafkah.


Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah
dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber
kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan
isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang
lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab
tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai
tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru,
isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang
berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat,
yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama
sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.


Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab
menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya
sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga
kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang
tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.


Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama
lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si
suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang.
Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam
keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan

10
perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks'
dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan
kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini
diterangkan Allah dengan firman-Nya;

           

          

        

21. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa
ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang Yang berfikir.

Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan
menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam
keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak
Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;

      

     

7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)!

8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)!

11
c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta
kasih sayang yang adil dari seorang ayah.

Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan
antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak
mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang
sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari
ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang
seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan
si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami
terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya,
diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta
menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.

Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan


antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan
keadilan itu dengan sewajarnya.

Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadap isteri-
isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk
perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam
soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak
berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.

Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisa’ ayat 129
yang berbunyi;

           

          

12
               

129. Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu
memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang
zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;

Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara
isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku
membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam
membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat
diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisa’. Kemudian pada ayat 129
Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau
dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang
dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu
merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya
saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada
salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti
tergantung-gantung."

Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang
boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit
pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."

"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk
dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya,

13
poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat
berlaku adil."

Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah


seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap
condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun
condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap
individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa
kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.

Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna
adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal
pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan
layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."

Keempatnya,tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak.


Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan
serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami
dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak
dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.

Kelimanya, berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di


sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;

"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah,
maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah
berpuasa."

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum


lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada
isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin
walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu
seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk

14
memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami.
Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan,
ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi
serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.

Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;

i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.

ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.

iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.

iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal
memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.

v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.

15
IMPAK NEGATIF AMALAN POLIGAMI

Poligami sememangnya terdapat dalil pensyariatannya dalam Al-Quran. Tetapi ia


juga mempunyai beberapa impak yang negatif.
Pertama, orang akan memandang Islam mensyariatkan sesuatu yang malah
memiliki akibat berbeza dari yang diinginkan. Inginnya memberi petunjuk namun malah
membuat banyak orang memandang negatif kepadanya. Kedua, wanita-wanita yang
menjadi “korban” poligami akhirnya membenci aturan syariat agama.
Kedua hal inilah yang paling mendasar bagi mereka yang tidak meyakini atau sekurang-
kurangnya tidak menerima hukum poligami. Benar, yang menanggungnya kedua-duanya
adalah wanita. Akhirnya, poligami bukan hanya tidak memiliki tujuan-tujuan mulia
bahkan isinya, kata sebagian orang, hanya mendikrimasikan wanita.

Satu hal yang sering dilupakan adalah penerapan yang akhirnya menimbulkan impak
negatif ini (baca: salah) dikira sebagai pandangan Islam juga. Padahal, penerapan yang
ada biasanya hanya mengambil halalnya saja, sementara syarat-syarat dan aturan
aturannya tidak pernah diperhatikan. Lebih dari itu, sebenarnya penerapan poligami lebih
didominasi oleh budaya masyarakat setempat. Islam memiliki tuntunan-tuntunan
berkaitan dengan poligami dan tidak hanya tiga syarat penting di atas. Namun ini tidak
pernah diperhatikan dengan baik oleh mereka yang akan melakukan poligami. Dan di sisi
lain, terdapat kelemahan ulama dalam mensosialisasikan masalah ini kepada masyarakat.
Akan tetapi, ini bukan menjadi bukti bahwa penyelewengan yang dilakukan atas nama
poligami semuanya bersumber dari Islam.

16
POLIGAMI ORANG-ORANG SOLEH

Jika kita merenung sekilas catatan emas sejarah Islam, kita akan dapati bahawa
orang-orang yang membuat catatan agung dalam sejarah pada masa Nabi atau pun
sesudahnya banyak yang melakukan pernikahan poligami. Mereka adalah orang-orang
yang dihormati dan diakui kehalusan akhlaknya serta kebesaran jiwanya. Sahabat dan
musuh sama-sama mengakui keagungannya. Dan mereka tidak menjadi buruk dengan
pernikahan poligami yang mereka lakukan. Justeru itu, kemuliaannya nampak dari
pernikahan poligaminya. Ini antara lain kerana banyak di antara pernikahan poligami
yang dilakukan oleh orang-orang saleh terdahulu jauh dari motif kehendak seksual.
Pernikahan poligami antara Umar bin Khaththab dengan Ummi Kaltsum Putri
Sayyidina ‘Ali misalnya, terjadi kerana didorong oleh keinginan yang sangat besar untuk
mempunyai hubungan pertalian darah dengan Rasulullah. Mengapa demikian? Kelak
pada hari kiamat semua pertalian darah akan putus kecuali hubungan pertalian darah
dengan Rasulullah. Karena itulah, Umar bin Khaththab berusaha keras agar dapat
menikah dengan cucu Rasulullah ini sehingga memiliki pertalian darah dengan
Rasulullah Saww. di akhirat.
Pernikahan Syaikh Ahmad bin Abu Al-Huwari lain lagi. Suami Rabi’ah Asy
Syamiyyah meninggal dengan mewariskan harta yangs angat besar jumlahnya; cukup
melimpah-limpah. Rabi’ah menginginkan agar sepeninggal suaminya, ada yang mampu
mentasharufkan (membelanjakan) harta untuk kepentingan agama. Maka ia mendatangi
Syaikh Ahmad dengan maksud menawarkan dirinya sebagai isteri. Mendapat penawaran
diri dari Rabi’ah, Syaikh Ahmad berkata, “Demi Allah, sesungguhnya aku tidak
berminatlagi untuk menikah. Sebab aku ingin berkonsentrasi dalam ibadah.”
Rabi’ah berkata, “Syaikh Ahmad, sesungguhnya konsentrasiku dalam beribadah lebih
tinggi daripada kamu. Aku sendiri sudah memutuskan keinginan untuk tidak menikah.
Tetapi, tujuanku menikah kali ini tidak lain supaya dapat mentasharufkan harta kekayaan
yang kumiliki kepada saudara saudara yang muslim, dan untuk kepentingan Islam
sendiri. Aku pun mengerti bahawa kamu adalah seorang yang saleh. Tetapi, justeru
dengan begitu aku akan memperoleh redha Allah Swt.”

17
Syaikh Ahmad berkata, “Baiklah, aku minta waktu. Aku hendak meminta izin kepada
guruku.”
Syaikh Ahmad menemui gurunya, Syaikh Sulaiman Ad-Darani. Kepadanya ia
menceritakan perihal penawaran diri dari Rabi’ah. Mendengar penjelasan itu, Syaikh
Sulaiman Ad-Darani berkata, “Baiklah, kalau begitu nikahilah dia, karena perempuan itu
adalah seorang wali.”
Pembahasan dalam bab ini tentu saja belum cukup. Masih banyak hal yang perlu
dicantumkan di sini agar hati kita lebih lapang memahami. Akan tetapi, sebagai
pembahasan awal, diharapkan topik ini dapatmembuka hati kita tentang satu hal:poligami
merupakan sebahagian daripada syari’at Islam, sehingga kita tidak boleh memberikan
label pro poligami kepada mereka yang menunjukkan kebaikannya atau kontra poligami
kepada mereka yang mengingatkan untuk berhati-hati.
Sebagai bahagian dari syari’at Islam, maka persoalannya bukanlah dalam hal
setuju atau tidak setuju dengan pelaksanaan pernikahan poligami.
Persoalannya lebih berkait dengan apakah kita punya persiapan atau tidak, dapat berbuat
adil atau tidak, memenuhi persyaratan atau tidak, dan termasuk soal ia tergerak untuk
melakukan pernikahan poligami saat ia dalam keadaan menikah poligami atau monogami
baginya sama saja.
Sebaliknya, tidak setiap pernikahan poligami yang dilakukan umat Islam dengan
sendirinya Islamik. Pernikahan poligami tidak dengan sendirinya sesuai dengan pesanan
Islam. Justeru bertentangan dengan Islam apabila pernikahan poligami tersebut dilakukan
dengan melanggar hak-hak kaum perempuan yang harus dihormati martabatnya, tidak
memenuhi persyaratan, dan berbuat aniaya melalui pernikahan poligaminya itu.
Sama halnya ketika Al-Qur’an banyak berbicara mengenai kaum mustadh’afun
(proletar) yang sering berhadapan dengan penindas dari kalangan mustakbirun
(penguasa), tidak dengan sendirinya berarti Al Qur’an sangat sejalan dengan Marxisme.
Kita tidak boleh berkata demikian.
Kesimpulan yang tergesa-gesa dengan menganggap Islam sangat Marxian terjadi
kerana kurang pengetahuan. Kita tahu-tahu menyimpulkan demikian. Bahasa mewahnya
orang psikologi, kita melakukan jump to the conclusion (lompatan ke kesimpulan). Atau
kalau bukan kerana lompatan ke kesimpulan, barangkali kita sedang “memasukkan nas

18
ke dalam kerangka fikir tertentu yang terlanjur kita sepakati” (damj annash ithar al-
khash).

19
HIKMAH DIBOLEHKAN POLIGAMI

Islam adalah hukum Allah yang terakhir yang dibawa oleh Nabi
yang terakhir pula.Oleh kerana itu layak kalau ia datang dengan
membawa undang-undang yang lengkapabadi dan universal. Berlaku
untuk semua perkara,masa dan semua manusia.islam tidak hanya
membuat hokum untuk orang kota dan melupakan orang desa untuk
daerah panas dan melupakan daerah sejuk,untuk satu masa tertentu
dan melupakan masa-masa lain serta generasi mendatang. Islam telah
menentukan keperluan individu dan masyarakat serta menentukan
ukuran kepentingan dan kemaslahatan kehidupan manusia seluruhnya.
Di antara manusia ada yang ingin mendapat keturunan tetapi
sayangnya isterinya mandul atau sakit sehingga tidak mempunyai
anak. Bukankah suatu kehormatan bagi si isteri dan keutamaan bagi
suami kalau dia kawin lagi dengan seorang wanita tanpa mencerai
isteri pertama dengan memenuhi hak-haknya?
Sementara ada juga lelaki yang mempunyai nafsu seks yang luar
biasa tetapi isterinya sakit atau dingin atau masa haid nya yang terlalu
panjang dan sebagainyasedangkan lelaki itu tidak dapat menahan
nafsunya yang lebih banyak seperti orang perempuan. Apakah dalam
situasi ini seperti itu si laki-laki tersebut tidak boleh kawin dengan
perempuan lain yang halal sebagai tempat mencari kawan tidur? Ini
lelaki tidak boleh kahwin lebih daripada satu?
Dan ada kalanya jumlah wanita yang lebih banyak daripada
lelaki lebih –lebih lagi akibat peperangan yang hanya diikuti oleh lelaki
dan pemuda, apakah dalam situasi seperti ini lelaki tidak boleh
berkahwin lebih?
Maka di sini poligami merupakan suatu kemaslahatan buat
masyarakat dan
perempuan itu sendiri, sehingga dengan demikian mereka akan
merupakan manusia

20
yang bergharizah yang tidak hidup sepanjang umur berdiam di rumah,
tidak kawin
dan tidak dapat melaksanakan hidup berumahtangga yang di
dalamnya terdapat suatu
ketenteraman, kecintaan, perlindungan, nikmatnya sebagai ibu dan
keibuan sesuai
pula dengan panggilan fitrah.

Ada tiga kemungkinan yang bakal terjadi sebagai akibat banyaknya


laki-laki yang
mampu kawin,iatu:
1. Mungkin orang-orang perempuan itu akan hidup sepanjang umur
dalam
kepahitan hidup.
2. Mungkin mereka akan melepaskan kendalinya dengan
menggunakan obat-obat
dan alat-alat kontrasepsi untuk dapat bermain-main dengan laki-laki
yang haram.
3. Atau mungkin mereka mau dikawini oleh laki-laki yang sudah
beristeri yang
kiranya mampu memberi nafkah dan dapat bergaul dengan baik.

Tidak diragukan lagi, bahwa kemungkinan ketiga adalah satu-


satunya jalan yang
paling bijaksana dan obat mujarrab. Dan inilah hukum yang dipakai
oleh Islam,
sedang "Siapakah hukumnya yang lebih baik selain hukum Allah untuk
orang-orang
yang mau beriman?" (al-Maidah: 50)
Inilah sistem poligami yang banyak ditentang oleh orang-orang
Kristen Barat yang dijadikan alat untuk menyerang kaum Muslimin, di

21
mana mereka sendiri membenarkan laki-lakinya untuk bermain dengan
perempuan-perempuan cabul, tanpa
suatu ikatan dan perhitungan, betapapun tidak dibenarkan oleh
undang-undang dan
moral. Poligami liar dan tidak bermoral ini akan menimbulkan
perempuan dan
keluarga yang liar dan tidak bermoral juga. Kalau begitu manakah dua
golongan
tersebut yang lebih kukuh dan lebih baik?1

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan topik poligami mengikut hukum syarak,


beberapa kesimpulan dapat dirumuskan daripada topik ini.
Pertamanya,poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami
diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran
tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini
menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan-minum, pakaian,

1
Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993

22
jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang
tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.
Keduanya,poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang
didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya telah
diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.
Seterusnya,kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih
kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari
landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu
yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak
langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian
pihak suami.
Keempat, syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam
bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman
rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia
juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan
merendahkan martabat agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut :

ِ‫حة‬
َ َ‫صل‬
ْ َ‫علَى الرّعِيّةِ َم ُنوْطٌ بِالْم‬
َ ِ‫َتصَرّفُ ْالِمَام‬
Maksudnya :
“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara
dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.
RUJUKAN

1. Al-Quranul Karim
2. EBook Poligami Dihujat,Jawapan Rasional Bagi Para Penghujat Syariat Dan
Sunnah Poligami,Abu Salma Al-Atsari
3. Jamilah Jones dan Abu Aminah Philips,Monogami dan Poligami dalam
Islam,Srigunting Jakarta 1996.
4. kado pernikahan,EBook downloading.
5. http://halimislam.multiply.com/reviews/item/18

23
6. http://www.dunia-maharani.blogspot.com/2006/12/poligami-merupakan-
salah-satu-isu-yang.html
7. ‫ دار العتصام‬, ‫ الشيخ محمد بن عمر الغروي‬, ‫حقوق المرأة في الزواج‬.
8. ‫ دار الفكر‬, ‫نظا م السرة وحل مشكلتها في ضوء السلم‬.
9. http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf
10. http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167

24

You might also like