You are on page 1of 8

Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri

Iman al Ghazali pernah mengungkapkan:

“Apabila menilai seseorang lihatlah pada kebersihan dirinya terlebih dahulu”

Kebersihan adalah keadaan bebas dari kotoran, termasuk di antaranya, debu,


sampah, dan bau. Di zaman modern, setelah Louis Pasteur menemukan proses
penularan penyakit atau infeksi disebabkan oleh mikroba, kebersihan juga berarti
bebas dari virus, bakteri patogen, dan bahan kimia berbahaya.

Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu
menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak bau, tidak
malu, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri
maupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti
mandi, menyikat gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.
Mencuci adalah salah satu cara menjaga kebersihan dengan memakai air dan
sejenis sabun atau deterjen. Mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan
produk kebersihan tangan merupakan cara terbaik dalam mencegah penularan
influenza dan batuk-pilek.

Kebersihan lingkungan adalah kebersihan tempat tinggal, tempat bekerja, dan


berbagai sarana umum. Kebersihan tempat tinggal dilakukan dengan cara melap
jendela dan perabot rumah tangga, menyapu dan mengepel lantai, mencuci
peralatan masak dan peralatan makan (misalnya dengan abu gosok),
membersihkan kamar mandi dan jamban, serta membuang sampah. Kebersihan
lingkungan dimulai dari menjaga kebersihan halaman dan selokan, dan
membersihkan jalan di depan rumah dari sampah.

Tingkat kebersihan berbeda-beda menurut tempat dan kegiatan yang dilakukan


manusia. Kebersihan di rumah berbeda dengan kebersihan kamar bedah di rumah
sakit, sedangkan kebersihan di pabrik makanan berbeda dengan kebersihan di
pabrik semikonduktor yang bebas debu.

MENJAGA kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana


kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasi
keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada
iman.”

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi


kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana
bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak
kesejahteraan kepada umum.

Dalam konteks kebersihan diri, bukan hanya setakat kebersihan luaran, tetapi
merangkumi kebersihan hati nurani daripada kekufuran dan segala perkara yang
boleh membawa kepada bahaya dan dosa termasuk perbuatan mensyirikkan Allah.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah mengabdikan diri kepadaNya dengan
mengerjakan segala perkara selagi tidak bercanggah dan mendatangkan
kemudaratan. Allah menyukai hamba-Nya yang sentiasa menyucikan diri.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang
banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan
diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat aspek


kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.
Mengabaikan kebersihan bermakna kita dengan sengaja mengundang pelbagai
penyakit seperti kolera, cirit-birit, denggi dan keracunan makanan.
Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan
menarik, perkara berikut perlulah kita hayati bersama:
• Kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan diri,
tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam
sebagai cermin kemurnian ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan
dalam semua bidang kehidupan.
• Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama memikul
tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara
berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa bagi menghindari
berlakunya kekotoran di merata tempat.
• Kita sama-sama mendisiplinkan diri bagi menjaga imej Islam yang
mementingkan kebersihan dengan melahirkan persekitaran yang sejahtera
dan selesa.
• Mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama
kita dalam hal menjaga kebersihan. Dengan demikian, ia akan melahirkan
perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran, di samping
memastikan tidak merebak penyakit berjangkit.

Menjaga Kebersihan Diri


Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih yang mencukupi

Gosok tapak tangan


Gosok setiap jari dan celah-celah jari

Gosok kuku pada tapak tangan


Gosok belakang tangan

Bilas dengan air bersih yangmencukupi dengan sempurna


Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau dengan
udara kering.

Amalan kebersihan yang perlu di amalkan semasa


mengendali makanan;

Basuh tangan sebelum dan selepas mengendali


makanan. Basuhlah tangan dengan sabun selalu.

Tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuh dengan makanan. Oleh
itu, ia perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-
kerja penyediaan makanan atau selepas:
1. Ke tandas.
2. Menyentuh muka terutamanya hidung, mulut atau telinga.
3. Mengendalikan makanan mentah.
4. Mengendalikan sampah sarap.
5. Rehat atau setiap kali kembali ke tempat penyediaan.
6. Membersih dan disinfeksi tempat kerja.

Semua tempat penyediaan makanan harus mempunyai sinki khas


untuk membasuh tangan dan dibekalkan dengan sabun, air paip dan tisu
yang bersih. (Penggunaan sabun cecair amat digalakkan kerana mungkin
sabun buku mengandungi kuman daripada penggunaan sebelum

You might also like