You are on page 1of 20

Topik

Pengenalan kepada Lukisan Teknik

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menjelaskan evolusi dan kepiawaian dalam lukisan teknik; Menerangkan kejuruteraan; kepentingan lukisan teknik dalam bidang

Mengenal pasti jenis-jenis lukisan teknik dalam bidang kejuruteraan; Mengenal pasti pelbagai jenis peralatan dalam lukisan teknik; dan Mengenal pasti penghurufan dan format penghurufan dalam lukisan teknik.

X PENGENALAN
Lukisan teknik adalah salah satu cara untuk berkomunikasi secara bahasa grafik, sama ada dalam persekitaran harian mahupun dalam bidang kejuruteraan. Ia merupakan suatu kaedah bagaimana penyampaian maklumat dalam bentuk grafik dapat diterima dengan mudah oleh individu tertentu atau kumpulan sasaran. Simbol-simbol atau logo tertentu akan dicipta bagi menyampaikan maksud yang jelas kepada kumpulan sasaran. Contohnya, logo 1Malaysia adalah jelas menunjukkan perlunya kesepaduan yang kukuh oleh seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dalam merealisasikan satu negara bangsa yang terbilang.

"

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Dalam bidang kejuruteraan pula, ia perlu jelas menunjukkan kepada individu tertentu tentang bentuk, saiz/skala, ruang dan segala spesifikasi projek. Dalam topik ini, tumpuan akan diberi kepada evolusi dan kepiawaian dalam lukisan teknik. Topik ini juga akan menjelaskan kepentingan dan jenis-jenis lukisan teknik dalam bidang kejuruteraan. Di samping itu, anda juga akan dijelaskan tentang peralatan asas dalam lukisan teknik.

1.1

EVOLUSI DAN KEPIAWAIAN LUKISAN

Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang topik ini, mari kita lihat evolusi bidang lukisan kejuruteraan, perkembangan CAD dan kepiawaian lukisan.

1.1.1

Evolusi Bidang Lukisan Kejuruteraan

Tamadun manusia dalam bidang lukisan telah berkembang dengan begitu pantas sejak zaman dahulu lagi. Manusia telah mencipta pelbagai lakaran dan simbol bagi memberikan makna yang tertentu seperti yang ditunjukan dalam Rajah 1.1.

(a)

(b)

Rajah 1.1: Antara simbol yang dijumpai di Mesir, (a) ditulis di atas kulit binatang dan (b) ditulis di atas batu Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Ancient_Egyptian

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

Secara jelas, lukisan merupakan luahan idea untuk berkomunikasi. Tahukah anda, bahawa lukisan dan simbol terawal telah dilukis dan diukir di atas batu dan dinding-dinding gua untuk menyampaikan maklumat tertentu sebelum wujudnya tulisan? Kepesatan perkembangan ketamadunan manusia telah melahirkan pelbagai reka cipta dalam bidang kejuruteraan, perubatan, pembinaan dan sebagainya. Oleh kerana peralatan lukisan begitu terhad pada zaman dahulu, para saintis dan jurutera hanya menggambarkan konsep ciptaan dalam bentuk lakaran. Kebanyakan lakaran ini telah dilakar dalam satu pandangan sahaja. Rajah 1.2 menunjukkan lakaran terawal oleh Leonardo da Vinci (1452 - 1519), Ibnu Sina (980 - 1037) dan Ibn Ismail Ibn al-Razzaz Al-Jazari (1136 - 1206).
(a) (b) (c)

Rajah 1.2: Lakaran (a) Leonardo da Vinci, (b) Ibnu Sina dan (c) Al Jazari Sumber: http://www.ibiblio.org/wm/paint/auth/vinci/sketch/, http://en.islamstory.com/historical-development-of-islamic-medicine.html, http://islamicvoice.com/January2007/Scholars&Renown/

1.1.2

Perkembangan CAD

Pembinaan lukisan teknik mula mengalami perubahan yang besar apabila terciptanya komputer. Pelbagai perisian Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Design (CAD) telah dicipta bagi memudahkan, memperkemaskan, mempercepatkan dan menghasilkan lukisan yang lebih tepat. Lukisan menggunakan CAD boleh dicipta dalam pelbagai pandangan sama ada dua dimensi atau tiga dimensi. Lukisan itu juga boleh disunting, dicetak dan diulang cetak dengan mudah. Di samping itu, ia boleh disimpan dalam pelbagai storan dan dikongsi ke serata dunia. Rajah 1.3 menunjukkan contoh lukisan menggunakan CAD dalam 3D.

"

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Rajah 1.3: Contoh lukisan CAD 3D solid

1.1.3 Kepiawaian Lukisan


Kepiawaian dalam sistem lukisan teknik adalah untuk menyeragamkan segala butiran dan simbol yang dilukis. Segala maklumat dan simbol yang digunakan mesti mengikut kepiawaian tertentu agar dapat ditafsir dengan jelas oleh orang yang menerima maklumat tersebut. Simbol yang digunakan perlulah seragam. Simbol-simbol atau maklumat akan digunakan sebagai alat komunikasi piawai sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Terdapat beberapa institusi kepiawaian antarabangsa. Antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) di peringkat kebangsaan dan

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM); Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI); Kepiawaian British (BS); Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO); Kepiawaian Australia (AS); Kepiawaian Industri Jerman (DIN); Kepiawaian Kanada (CS); dan Kepiawaian Antarabangsa Jepun (JIS).

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

Selain kepiawaian simbol, terdapat juga kepiawaian ukuran yang digunakan. Penggunaan sistem metrik telah digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa berbanding sistem imperial. Namun demikian, masih terdapat beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat yang masih menggunakan sistem imperial dalam pengukuran lukisan.

1.2

KEPENTINGAN LUKISAN TEKNIK

Lukisan teknik menjadi media komunikasi dalam bentuk grafik yang mengandungi maklumat lengkap, ringkas dan tepat. Lukisan dibentuk daripada pelbagai jenis garisan bagi menunjukkan permukaan, pinggir dan kontur sesuatu objek. Setiap garisan sama ada lurus, lengkung atau bulatan disambung mengikut kaedah binaan geometri. Simbol, dimensi dan butiran mestilah lengkap bagi mentafsir objek atau sesuatu binaan. Sebagai contoh, jika anda ingin memulakan sesuatu projek, ia haruslah bermula dengan lakaran idea, kemudian, perkembangan idea. Segala idea yang dikembangkan akan diterjemahkan dalam bentuk lakaran yang menunjukkan bentuk, saiz dan butiran yang jelas. Setelah itu, lukisan kerja akan dibuat sama ada dalam bentuk lukisan manual atau menggunakan CAD bagi kegunaan proses pembuatan dan pemasangan. Perkembangan teknologi akan mempercepatkan proses penghasilan produk kerana maklimat teknikal boleh diperoleh terus daripada lukisan teknik. Untuk makluman anda, sekarang ini terdapat pelbagai jenis mesin pembuatan yang boleh disambung terus ke komputer untuk menghasilkan produk yang direka bentuk.

1.2.1

Kerjaya dalam Bidang Lukisan Kejuruteraan

Lukisan teknik kerap digunakan dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik dan elektronik, nuklear, solar, petrokimia dan sebagainya. Kesemua bidang kejuruteraan memerlukan jurutera, juruteknik, pereka bentuk dan pelukis untuk mengembang dan mengemukakan idea bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Kategori dan bidang pekerjaan dalam bidang lukisan teknik boleh dilihat dalam Jadual 1.1 dan 1.2.

"

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Jadual 1.1: Kategori Pekerjaan dan Tanggungjawab Pekerja dalam Bidang Lukisan Kejuruteraan Kategori Pekerjaan Ketua jurutera Jurutera Pereka bentuk Pelukis pelan Mengurus projek. Menyedia konsep reka bentuk, idea, membuat pengiraan, menyemak, mengesahkan lukisan dan reka bentuk. Mereka bentuk idea, membentang susun atur dan fizikal. Menyedia lukisan asas, butiran, pendimensian, lukisan persembahan dan lukisan pemasangan akhir. Tanggungjawab

Jadual 1.2: Bidang Pekerjaan Khusus dalam Lukisan Kejuruteraan Bidang Kursus Mekanikal x x Elektrik dan elektronik x x Awam dan juru ukur x Bidang Lukisan Reka bentuk produk. Reka bentuk industri, pemasangan dan butiran. Litar, papan litar bercetak, komputer, aplikasi reka bentuk elektronik. Marin, pengangkutan, perlombongan dan aeroangkasa. Kemudahan awam, empangan, lapangan terbang, jalan raya dan pemetaan, struktur, loji, perpaipan, solar, nuklear, kimia dan elektrik hidro. Bangunan, landskap, reka bentuk dalaman.

Seni Bina

1.2.2

Perbezaan antara Lukisan Teknik, Ilustrasi dan Lukisan Seni

Lukisan pada dasarnya boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu lukisan teknik, lukisan ilustrasi dan lukisan seni. Terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga jenis lukisan tesebut. Lukisan teknik ialah lukisan standard yang mengandungi maklumat lengkap yang akan digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam proses pembinaan dan pembuatan produk. Lukisan teknik dilukis menggunakan peralatan tertentu atau komputer (seperti CAD). Bagi menghasilkan garisan, simbol dan segala maklumat yang terkandung kita mestilah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Rajah 1.4 menunjukkan contoh lukisan teknik yang dilukis menggunakan CAD.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

Rajah 1.4: Contoh lukisan teknik Sumber: http://www.mechanicalengineeringblog.com/tag/free-autocad-drawings/

Lukisan ilustrasi pula merupakan lukisan dua dimensi (2D) yang dilukis sama ada dengan menggunakan peralatan tertentu termasuk komputer atau lakaran bagi menggambarkan bentuk atau produk yang bakal dihasilkan. Rajah 1.5 menunjukkan contoh lukisan ilustrasi.

Rajah 1.5: Contoh lukisan ilustrasi Sumber: http://differentdrum.webs.com/design.htm

"

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Lukisan seni biasanya dilukis di atas kertas atau kanvas berdasarkan idea atau kreativiti pelukis itu sendiri. Lukisan jenis ini berbentuk bebas tanpa sebarang piawaian. Rajah 1.6 menunjukkan contoh lukisan seni iaitu Mona Lisa yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci.

Rajah 1.6: Contoh lukisan seni Source: http://www.drawingsofleonardo.org/

1.3

JENIS-JENIS LUKISAN TEKNIK DALAM KEJURUTERAAN

Pada amnya, lukisan teknik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lukisan geometri dan lukisan berkaitan. Lukisan geometri merupakan asas kepada lukisan kejuruteraan yang akan diaplikasikan dalam lukisan berkaitan. Carta aliran pecahan dalam lukisan teknik boleh dilihat pada Rajah 1.7.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

Rajah 1.7: Carta pecahan lukisan teknik

1.3.1

Lukisan Geometri

Pembinaan dalam lukisan geometri satah memerlukan peralatan melukis seperti sesiku T, sesiku set, jangka lukis, pembahagi dan beberapa peralatan lukisan lain. Bentuk lukisan pula adalah dalam dua dimensi iaitu sama ada mempunyai ukuran lebar dan tinggi, lebar dan kedalaman atau kedalaman dan tinggi. Selain menggunakan kaedah Matematik, lukisan geometri juga adalah sebagai kaedah alternatif yang digunakan untuk menyelesaikan masalah geometri serta kejuruteraan. Geometri bongkah pula ialah pelbagai bentuk lukisan yang dilukis dalam tiga dimensi yang dapat menunjukkan ukuran lebar, tinggi dan kedalaman dalam satu lukisan. Contoh lukisan geometri satah dan geometri bongkah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8.

10 X "

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

(a)

(b)

Rajah 1.8: Geometri satah (a) dan geometri bongkah (b)

1.3.2

Lukisan Berkaitan

Lukisan berkaitan dilukis berpandukan simbol-simbol piawai sesuatu bidang kejuruteraan. Simbol-simbol ini akan dihubungkan di antara satu sama lain dengan menggunakan garisan dan kaedah tertentu. Kesemua itu akan menghasilkan suatu lukisan yang mengandungi segala keterangan dan maklumat secara teknikal. Mari kita lihat jenis-jenis lukisan berkaitan ini. (a) Lukisan Bangunan Lukisan bangunan disediakan bagi menggambarkan dengan jelas reka bentuk sesebuah bangunan. Sesebuah bangunan akan diberikan segala perincian reka bentuk, kedudukan dan bahan yang akan digunakan. Rajah 1.9 menunjukkan salah satu pandangan dalam lukisan bangunan.

Rajah 1.9: Pandangan hadapan rumah satu tingkat

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

W 11

(b)

Lukisan Perpaipan Lukisan perpaipan menjelaskan kedudukan dan susun atur sistem paip sesebuah bangunan. Contohnya dapat dilihat dalam Rajah 1.10.

Rajah 1.10: Sistem perpaipan rumah kediaman

(c)

Lukisan Elektrik Lukisan elektrik menunjukkan cara pendawaian elektrik dan penempatan alat tambah elektrik mengikut sistem pendawaian tertentu. Rajah 1.11 menunjukkan sistem pendawaian elektrik sebuah rumah kediaman.

Rajah 1.11: Sistem pendawaian elektrik sebahagian rumah kediaman

12 X "
(d)

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Lukisan Elektronik Lukisan eletronik ialah lukisan yang menunjukkan penyambungan komponen elektronik yang disusun dalam satu litar lengkap mengikut kepiawaian yang dikenali sebagai litar skematik. Contohnya dapat dilihat dalam Rajah 1.12.

Rajah 1.12: Lukisan elektronik

(e)

Lukisan Mekanikal Lukisan mekanikal menjelaskan secara terperinci bentuk dan saiz sebuah komponen mesin. Rajah 1.13 menunjukkan pandangan hadapan dan keratan A-A sebuah komponen mesin.

Rajah 1.13: Lukisan mekanikal

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

W 13

1.4

PERALATAN DALAM LUKISAN TEKNIK

Dalam lukisan teknik, terdapat beberapa peralatan lukisan yang perlu disediakan. Alat-alat lukisan ini perlu disediakan oleh setiap orang pelajar. Alatalat ini ialah: (a) Papan Lukisan dan Sesiku T Rajah 1.14 menunjukkan sebuah papan lukisan dan sesiku.

Rajah 1.14: Sebuah papan lukisan dan sesiku Sumber: http://www.graphicsdirect.co.uk/products/37/Rotring-A3-Rapid-Board.htm

(b)

Pensel Biasanya pensel berkualiti tinggi akan digunakan dalam lukisan teknik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.15.

Rajah 1.15: Pensel yang digunakan untuk lukisan teknik

Adakalanya pensel mekanikal juga digalak untuk digunakan dalam lukisan teknik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.16.

Rajah 1.16: Pensil mekanikal Sumber: http://www.polykarbon.com/tutorials/materials/pencils.htm

Pensel yang digunakan untuk kerja lukisan teknik mempunyai pelbagai gred yang diperbuat daripada grafit dengan campuran pengikat polimer atau kaolin. Ia mempunyai 18 jenis gred iaitu daripada yang paling keras 9H kepada yang paling lembut iaitu 9B. Rajah 1.17 menunjukkan gred plumbum pensel.

14 X "

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Rajah 1.17: Gred plumbum pensel Sumber: http://www.polykarbon.com/tutorials/materials/pencils.htm

(c)

Jangka Lukis dan Pembahagi Jangka lukis digunakan untuk melukis garisan bulatan dan lengkok. Alat ini mempunyai pelbagai stail dan saiz. Pembahagi pula digunakan untuk memindahkan ukuran daripada pembaris kepada kertas lukisan. Rajah 1.18 menunjukkan jangka lukis dan pembahagi yang biasanya digunakan dalam lukisan teknik.

Rajah 1.18: Jangka lukis dan pembahagi Sumber: http://www.draftingsteals.com/20021.html

(d)

Sesiku Set Sesiku set juga disebut sebagai sesiku segi tiga. Alat ini biasanya digunakan bersama sesiku T bagi melukis garisan condong. Ia juga digunakan untuk melukis garisan tegak. Sesiku set ini diperbuat daripada bahan plastik lut sinar. Ia mempunyai bentuk yang biasa iaitu kedua-dua mempunyai sudut tegak 90. Satu dibentuk dengan sudut 90-45-45 dan satu lagi dibentuk dengan 90-60-30. Rajah 1.19 menunjukkan sesiku set yang biasanya digunakan dalam lukisan teknik.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

W 15

Rajah 1.19: Sesiku set

(e)

Lengkong Perancis Lengkok Perancis biasanya digunakan untuk melukis lengkok/lengkung yang bentuknya tidak tertentu. Alat ini juga diperbuat daripada bahan plastik lut sinar. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang tidak sama saiz. Rajah 1.20 menunjukkan beberapa contoh lengkong Perancis yang biasa diguna dalam lukisan.

Rajah 1.20: Lengkong Perancis

16 X "

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

AKTIVITI 1.1
1. Mengapakah anda memerlukan pelbagai gred pensel dalam lukisan teknik? Jelaskan kegunaan jangka lukis dan pembahagi. Apakah perbezaan antara sesiku T dan sesiku set?

2. 3.

1.5

PENGHURUFAN

Ciri utama penghurufan dalam lukisan teknik ialah mudah dibaca, seragam dan boleh dihasilkan dengan cepat. Penghurufan yang mudah dibaca dan seragam boleh dihasilkan dengan penulisan huruf cetak. Biasanya, kaedah penghurufan dalam lukisan teknik mempunyai dua gaya iaitu huruf tegak (upright) dan huruf condong (sloping) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.21.

Rajah 1.21: Penghurufan Sumber: Pickup & Parker (1978)

Dalam lukisan teknik, pelbagai format penulisan digunakan bagi memberikan input mengenai lukisan yang dibina. Setiap format yang diikuti biasanya mengikut piawaian tertentu atau amalan yang diterima umum pelukis setiap bidang. Format penulisan ini biasanya berbeza mengikut bidang seperti

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

W 17

Kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik dan elektronik. Rajah 1.22, 1.23 dan 1.24 adalah sebahagian kaedah penulisan yang digunakan dalam Lukisan Teknik atau Lukisan Kejuruteraan.

Rajah 1.22: Format penulisan lukisan teknik di sekolah

Rajah 1.23: Pelan cadangan membina rumah kediaman

18 X "

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Rajah 1.24: Perincian pintu dan tingkap pelan sebuah rumah kediaman

AKTIVITI 1.2
Tulis semula ayat-ayat berikut dengan huruf cetak, sama ada dalam gaya tegak atau condong: Lukisan teknik adalah satu cara untuk berkomunikasi dalam bidang kejuruteraan; ia adalah satu cara untuk mendapat idea, menyampaikan maklumat dan mengenal pasti bentuk/saiz suatu objek. Oleh itu, lukisan teknik adalah bahasa untuk jurutera.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

W 19

x x x x

Lukisan teknik mempunyai kepiawaian tertentu yang perlu dipatuhi dalam setiap lukisan yang dibuat. Lukisan teknik terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu lukisan geometri dan lukisan berkaitan/bidang. Bidang kejuruteraan utama ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik. Lukisan teknik yang dilukis secara manual perlu menggunakan alatan lukisan yang tertentu.

Lukisan berkaitan Lukisan geometri Lukisan ilustrasi Lukisan seni

Lukisan teknik Lukisan terbaru komputer (Computer Aided Design - CAD) Penghurufan

Abbott, W. (1972). Practical geometry and engineering graphics. London: Blackie & Son Ltd. Goetsch, D. L., Nelson, J. A., & Chalk, W. S. (1989). Technical drawing: Fundamental. New York: CAD & Design, Delmar Publishers, Inc. Hart, K. R. (1979). Engineering drawing with problem & solutions (2nd ed.). London: Oxford University Press. Mohd Noh & Md. Nasir. (2002). Lukisan kejuruteraan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mott, L. C. (1976). Engineering drawing and construction (2nd ed.). London: Oxford University Press.

20 X "

TOPIK 1

"

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIK

"

" ""

"

Pickup, F., & Parker, M. A. (1978). Engineering drawing with worked examples I (3rd ed.). London. Hutchinson.

You might also like