You are on page 1of 2

Konsep banjir Kilat

- Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja.
Akibat curahan hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat terutamanya di
kawasan yang tertutup dengan bitumen/aspalt seperti di kawasan bandar.

Punca-punca Banjir Kilat

1. Kegiatan ekonomi
-Pertanian, Pengangkutan, Perindustrian.
2. Proses Pembandaran/Urbanisasi- kawasan bandar diturap menyukarkan proses
resapan.
3. Pengurusan Peparitan yang tidak cekap.
4. Sungai yang cetek disebabkan bahan mendap/pembuangan sampah sarap.
5. Jumlah hujan yang lebat.
6. Aktiviti penyahhutanan untuk pembangunan seperti petempatan, pembandaran,
perindutsrian.
7. Pembalakan di kawasan tadahan hujan.

Kesan-kesan

1. Merosakkan harta benda: barang-barang perniagaan


2. Menjejaskan aktiviti harian: sekolah, perniagaan dll.
3. Menjejaskan sistem lalulintas: jalanraya dinaiki air.
4. Merosakan tanaman.
5. Pencemaran sampah sarap dan bau.

Langkah-langkah mencegah banjir kilat

1. Menguat kuasa undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974 seperti mengenakan
denda, kompaun, menarik lesen terhadap pihak yang membuang sampah ke dalam sungai,
menyebabkan hakisan tanah dll.

2. Mengawal proses pembandaran.

3. Menghadkan ativiti penyahutanan dan pembalakan.

4. Mengekalkan kawasan tadahan air dan kawasan yang mampumenakung air di bandar.

5. Memperdalamkan sungai dan meningkatkan aspek pengurusan sistem perparitan.

6. Kempen sayangilah sungai dan gotong royong membersihkan sungai.

7. Laporan EIA untuk projek-projek pembangunan.

Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila
udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika
kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di
hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

Taufan

Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:-


1. Gangguan tropika

Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan
angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat
ini.

2. Ribut tropika

Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin
maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata
taufan biasanya masih belum terbentuk.

3. Taufan

Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk,
memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

Kesan taufan

* Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang
serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh
menenggelamkan kapal.

* Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan
harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh.
Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.

* Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih
kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia

You might also like