You are on page 1of 24

Objektif

Memahami konsep asas Kajian Tindakan

Mengetahui ciri-ciri utama Kajian Tindakan

Mengetahui kepentingan Kajian Tindakan

Membezakan Kajian Tindakan dengan kajian konvensional

Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini

Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme
guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan
guru di bilik darjah.
(Elliot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang
menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-
amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri
penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif
(McNiff :1988)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru
atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan
cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan
memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam
profesion perguruan.
(Hanipah Hussin : 2001)

2 Prinsip Utama Kajian Tindakan

Prinsip 1

Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps)

Prinsip 2
Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk
membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.

Kepentingan Kajian Tindakan


1 Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran
murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

2 Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

3 Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan
dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

4 Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif;
5 Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima
perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

6 Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk
tindakan; dan

7 Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.
Berikut adalah soalan perbandingan antara Kajian Tindakan dengan kajian konvensional. Fikirkan
kemungkinan jawapan kepada soalan-soalan sebelum anda menyemak jawapannya.

Soalan 1.
Apakah tujuan menjalankan Kajian Tindakan?
Untuk para pendidik memperbaiki amalan mereka sendiri manakala kajian konvensional untuk membuat
generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip.
Soalan 2
Bagaimanakah rekabentuk Kajian Tindakan?
Berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah dan rekabentuknya boleh diubahsuai.
Manakala rekabentuk kajian konvensional ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan.
Soalan 3
Siapakah subjek Kajian Tindakan?
Penyelidik Kajian Tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian dan maklumat kajian diperolehi
secara langsung daripada subjek kajian. Manakala penyelidik kajian konvensional merupakan pengkaji
dari luar dan subjek kajian merupakan sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan
tertentu.
Soalan 4
Bagaimanakah metodologi Kajian Tindakan?
Kajian Tindakan dilakukan dalam situasi sebenar secara gelungan/kitaran dengan beberapa langkah
(merancang, bertindak, menilai dan mereflek) dan memadai analisis bersifat kualitatif dengan teknik dan
kaedah berbentuk diskripsi dan naratif. Manakala dalam kajian konvensional pula nilai penyelidikan
bergantung kepada teknik persampelan dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk
memperkukuhkan data yang dikutip.
Soalan 5
Bagaimanakah bentuk hasil laporan Kajian Tindakan?
Laporan hasil Kajian Tindakan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru. Manakala laporan
kajian konvensional bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk
memahaminya (analisis bagi statistik inferential seperti Ujian t, Anova dan sebagainya).

Latar Belakang Kajian Tindakan

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli


psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau
mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang
Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam
komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting
iaitu:

· Keputusan kumpulan
· Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang


menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan
meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia
University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project
di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.

Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan
sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).
Senario Kajian Tindakan di Malaysia

Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


(BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian Tindakan di sekolah melalui
aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai
'Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini
bermula pada tahun dari 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan
kepada guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian
Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan oleh
guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas dari Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains untuk membolehkan aktiviti Kajian
Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik
dan Sains di seluruh negara di bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak
20 kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh BPPDP/EPRD
sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama di kalangan guru untuk dikongsi
bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian
Tindakan mereka (Prosiding Seminar, BPPDP: 2000).

Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab


perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan memberi sokongan
kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah
dan sekolah. Di antaranya ialah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik
Lah: 1994) dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999)

Apakah kaitan antara perkataan di bawah dengan Kajian Tindakan?

Situasi Sosial

Hubungan antara perkataan situasi sosial dengan kajian tindakan dapat dilihat dengan jelas apabila guru
melihat dan meneroka perkara-perkara yang berlaku di sekitar bilik darjah, sekolah, masyarakat, daerah
dan hingga ke peringkat negara. Situasi sosial juga dilihat dari aspek aliran pemikiran yang berkembang
dalam masyarakat yang membawa kesan kepada tingkah laku pelajar, guru, pentadbir dan masyarakat
Situasi sosial yang kritikal biasanya mendapat perhatian guru. Kritikal di sini bermaksud masalah utama
yang harus diselesaikan segera . Guru perlu bertindak untuk memperbaiki situasi sosial di tempat kerja
mereka mengikut bidang tugas guru dan kemampuan guru. Cara paling berkesan ialah dengan
merancang tindakan, melaksanankan rancangan, menilai tindakan dan kesan tindakan dan membuat
renungan ke atas proses pendidikan yang telah berlaku. Jika guru berbuat demikian, maka guru telah
berada dalam gelungan kajian tindakan.

Kolaboratif

Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain,
antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan
sebagainya. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan dua
hala, konsep pengongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang
membawa kebaikan bersama. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelum
membina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan.

Inkuiri

Inkuiri dalam konteks kajian tindakan merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan menyoal, merenung dan
menaakul masalah, memerhati, menyelidik, meneroka alternatif mencari jawapan dan menyoal jawapan
semula dalam usaha mencari satu keputusan untuk bertindak menyelesaikan masalah. Inkuiri dalam
kajian tindakan merupakan proses penerokaan yang memberi peluang kepada pelajar dan pengkaji
menjalankan teknik cuba jaya, ansur maju dalam menjalankan apa sahaja cadangan untuk memperbaiki
masalah yang sedia ada.

Konvensional

Konvensional membawa gambaran amalan yang sedia ada, amalan yang telah biasa dilaksanakan.
Membawa erti biasa dan sudah lama diamalkan.

Kefahaman anda terhadap definisi dan konsep Kajian Tindakan dapat dibuktikan dengan
penulisan refleksi di bawah

1 Tulis satu perkara yang hendak diperbaiki dalam proses P&P di bilik darjah anda .

2. Mengapakah anda berpendapat perkara tersebut perlu diperbaiki ? Tuliskan rasional anda.

3. Tuliskan cadangan yang mungkin boleh diambil untuk menyelesaikan masalah di atas

4. Tuliskan tindakan awal yang anda akan ambil untuk mengatasi masalah tersebut.

(Bincangkan dengan rakan sejawat anda)

FAQ
Soalan 1:

Kenapa guru perlu membuat penyelidikan/Kajian Tindakan sedangkan pada pandangan guru tugas
tersebut adalah tugas Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jawapan 1:

Secara amnya penyelidikan pendidikan di Malaysia dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat makro
dan mikro. Di peringkat makro, penyelidikan dijalankan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian
Pendidikan dan universiti tempatan. Di peringkat mikro pula, penyelidikan dijalankan secara kecil-kecilan
oleh institusi pendidikan seperti sekolah, maktab perguruan atau universiti. Tujuan dan fokus penyelidikan
yang dijalankan adalah pelbagai. Di peringkat makro, penyelidikan kebanyakannya tertumpu kepada
penilaian dasar dan penilaian program-program pendidikan. Manakala di peringkat mikro, penyelidikan
yang dijalankan di sekolah, maktab perguruan atau universiti banyak bertumpu kepada pengajaran dan
pembelajaran. Pelbagai kaedah penyelidikan telah digunakan sama ada penyelidikan gunaan atau Kajian
Tindakan. Penyelidikan ini dijalankan secara kolaboratif atau sebagai latihan ilmiah untuk program pasca
siswazah di universiti dan juga sebagai sebahagian daripada keperluan program latihan dalam
perkhidmatan di maktab-maktab perguruan. Menurut Bennett (1993) guru menganggap penyelidikan
sebagai satu kegiatan tambahan atau sampingan yang lebih membebankan. Ini kerana guru tidak melihat
perkaitan yang rapat di antara pengajaran dan penyelidikan. Penyelidikan atau Kajian Tindakan perlu
dilakukan untuk melihat kesediaan guru dan pihak pentadbir melakukan perubahan berdasarkan
penyelidikan yang relevan dengan konteks dan pengalaman sendiri.

Soalan 2:

Bagaimana guru yang tidak begitu mahir dengan statistik hendak menjalankan penyelidikan/Kajian
Tindakan?

Jawapan 2:
Ramai di kalangan guru memikirkan bahawa penyelidikan/Kajian Tindakan yang dibuat tentang
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun sekolah perlu menggunakan soal selidik dan
datanya diproses menggunakan pakej pemprosesan data yang tertentu seperti "Statistical Package for
Social Sciences"(SPSS) atau SAS. Sebenarnya guru yang hendak menjalankan Kajian Tindakan di kelas
atau sekolah masing-masing tidak perlu mahir dengan statistik yang canggih terutama statistik inferential
(seperti Ujian t atau Anova), cukup dengan statistik yang mudah seperti peratusan, kekerapan atau min.
Untuk menjalankan Kajian Tindakan memadai dengan analisis bersifat kualitatif dengan teknik dan
kaedah berbentuk diskripsi dan naratif yangmana kaedah pengutipan data secara temubual ataupun
pemerhatian. Perlu diingat tujuan guru menjalankan Kajian Tindakan bukannya untuk membuat
generalisasi daripada dapatan kajian tetapi melalui Kajian Tindakan guru mendapat sumber maklumat
untuk memahami amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid supaya guru dapat
memperbaiki amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seven Stages in my First Action Research Project


by Michael Prendergast

Preface

The following is a collection of anecdotal comments taken from my writing folder as an M.Ed. student
engaged in Action Research (AR) for the first time. The purpose of the writing folder was to reflect upon
my experiences with Action Research as I struggled to work through a research project. These excerpts
focus on the process of the research and how it influenced and changed my practices as a grade 2
classroom teacher. The project focused on strategies to improve the self-confidence of children in read
ing and writing at the beginning developmental stages. It involved two other classroom teachers working
at the grade 1 level, and a recent graduate of teachers college who has been volunteering in my
classroom. The entries are in chronological order to reflect my experience, which began in September
and culminated in mid-November. The comments in brackets were added as afterthoughts as I compiled
these entries for this book.

In the Fog--Stage One


This leads me to my action research proposal dilemma. Initially, I wanted to involve parents in some type
of action research in the classroom. I wanted to see more parental involvement in the classroom and in
the home to improve the understanding of the learning of the child and increase the awareness of the
parents as to what is happening in our classroom. I thought by offering an "open door" concept to the
parents I would receive some support for this idea; however, this was not the case at all.

One of my main concerns with AR is identifying a theme. This has proven to be a very difficult task for me
as I have been considering several issues over the past two weeks. During discussions on AR with fellow
M.Ed. students I have been cautioned against a thematic concern that is too broad and would require
research into many areas of the classroom. "Start small and save it for your thesis," was their advice. I
had also been advised by a fellow teacher who has already undertaken an AR-type research pr oject in
her classroom to look for a small issue that is manageable and could be done with one other teacher.

She advised me to look for a curriculum issue and suggested I pose a question like "Which spelling
program works best, A or B?" This, she suggested, would be something that could be done on an
individual basis and then the results easily compared later. She warned me about the problems of time
management while doing AR and trying to teach all day. She also complained that her professor wanted
their research to publish and she felt as if she was being used for his own research purposes. I consider
her t o be an expert teacher in her field and it is unfortunate that she has not, since that first experience,
undertaken another AR-type project.

Another concern around identifying a theme is asking other teachers to become involved when many
already struggle with their workload. One of the M.Ed. students in our class who is in an administrative
role commented that he would not involve staff in his project for that exact reason. I also have concerns
about asking teachers to take time out of their day to do that extra work which an AR project requires. The
benefit of doing a reflective journal and being involved in group discussions around a commo n theme is
not something all teachers have experienced, and may be viewed as an extra burden in an already hectic
life in the classroom.

[I tried several other thematic concerns before I arrived at my project. It was a frustrating and difficult task
to identify one issue that was relevant and manageable. Many of my fellow M.Ed. students doing Action
Research for the first time also had difficulty identifying a thematic concern. My advice would be to start
small and focus on something you can complete in a few months.]

It Begins to Clear--Stage Two


My main concern with my practice is "How can I improve my teaching in the area of language arts so that
children learn to be confident readers and writers of language?" I feel that there is a negative influence at
work when children at the grade 2 level come to the classroom with an "I can't ..." attitude towards reading
and writing that needs to be changed. I want to examine the causes of this attitude and change it along
the way toward children becoming comfortable using language in the reading and wri ting activities of the
classroom.

The best approach to achieving this objective is to continue the reflective practices mentioned earlier that
Iím presently using. I want to work with other teachers to discover the most effective methods to teach
language arts. This goal will require seeking out and discovering others who share my concern and who
are also reflective practitioners. We need to examine the use of whole language, basal readers, phonics
and other current teaching methods. [This is what I did!]

The Project Begins--Stage Three


This brings me to Chapter V of the NSSE Yearbook, the chapter by Connelly and Clandinin, and to the
importance of collaboration in the process of doing research that allows "the potential to alter the
participants" understanding of each other as well as embedding the separate understandings of each in
the ethnography. Two people working together "change each other through the process." (p.88) This can
be true not only in a relationship between teacher and university researcher in creating change in the k
nowledge of one another, but also with teachers working in the same setting on an action research
project. The sharing of professional knowledge that has occurred amongst the participants of our
research group is limited because we are in the initial stages of the research; even so, I already feel we
have made progress in our personal and professional relationships because of the action research
process.

Being relatively new to teaching (five years of experience) causes me to question my knowledge in
relation to colleagues I am currently working with, teachers who have more experience and different
theories and practices in use in their classroom. Because my teacher training and methods are whole-
language-based and my colleagues experience also includes what I call "more traditional" types of
teaching practices, we can learn from each other. The ideas we discuss, and our common experience of
being in prim ary classrooms, lead to our better understanding each other as individuals. This has
enhanced my workplace because I am with a new staff this year and the shared inquiry has allowed us to
feel more comfortable with each other.

The Group--Stage Four


One of the positive aspects of doing Action Research has been the change in the relationship between
the colleagues with whom I have been collaborating on my project. This type of sharing between
interested professionals around a common theme seems not only to be benefiting the program and
methods in our classroom, but also to be helping us to develop our personal relationships with each other.

Teachers are among the most creative and dynamic individuals in regards to their practice, yet often they
close their doors to their peers. I have found in the past a noticeable reluctance on the part of many
"expert" teachers to become involved in group development activities. Many factors may cause this
reaction to the sharing of theories or practice amongst teachers. Time is probably the single most
negative influence, for there is simply not enough of it to go around. Administrators have not given t
eacher research consideration when scheduling planning time, nor have they allotted the extra
preparation time for staff to collaborate.

"Team teaching" is one of the "buzzwords" created by the theory-practice developers that has no practical
application in the system. The structure of the schools works against those who wish to collaborate.
Timetables, rotary systems, regimented curriculum, and even the latest Common Curriculum document
work against those who wish to experiment together to improve teaching methods when provincial
standards are being emphasized.

After considering all this I realize how great our Action Research group has been at my school. It requires
dedicated individuals to try to improve themselves, through the process of Action Research. What began
as a group of four who literally had just met in September is now a close-knit bunch who share much
more than ideas around our research. Although we contributed in different ways and to varying degrees to
the project, we have all found greater personal understanding and respect for each other. Fo r me this
could be more important than the result of my completed project.

What am I doing anyway?--Stage Five


During our last class, the issue of the validity of Action Research was raised. In her writings, Virginia
Richardson differentiates between Action Research and other forms of teacher research and "formal
research." She makes the distinction that practical inquiry is limited in its influence to the individuals who
are undertaking the research, while formal research has a greater impact on the larger communityís
knowledge base. (Richardson, "Conducting Research on Practice," 1994). During our class discus sion
and on the commute home, the question of validity in our own personal Action Research projects was
raised. Richardson seemed to imply that Action Research was on a lesser plane than formal research
because of the lack of a scientific method. She states, "The individual or group of practitioners involved in
practical inquiry need only respond to a personal sense of validity and further questioning." (p.7) I believe
she draws much of her argument from this statement that, because Action Research is not examined or
evaluated by outside researchers, it hasn't yet reached the level of "formal research" and cannot enhance
the knowledge base of the larger educational community to influence political or social change. She views
practical inquiry, then, as a stepping-stone that may lead to formal research and its structured
methodology.

This prompted me to examine what I was doing in my classroom:

• How was I measuring whether my methods were actually improving my practice in regards to the
thematic concern?
• Was I following the Action Research spiral?
• Is Action Research really a valid way of doing research?
• What data was I collecting?
• Have I been doing any type of formative, diagnostic, or summative evaluation on my research?

It was time to look at Action Research critically. I have kept anecdotal records in a reflective journal. It is
full of field notes (observations) on the subjective impressions and interpretations of what I am doing to
improve the confidence level of children who struggle with reading and writing. It describes the response
of particular students to lesson ideas, as well as strategies I have been experimenting with. I have tracked
progress in reading and writing through various forms of assessment requir ed for school evaluation
policies. I have started to do interviews with students to collect information on their assessment of me as
a teacher and my methods. This has proven to be difficult because of the grade level (2) of my students
and the newness of such an activity to them. They are not taught to be critical of their learning, nor are
they comfortable at this age with being critical of their teacher (at least not face-to-face). I also struggle
with my questions and techniques in eliciting a respo nse from them on a particular lesson or strategy. I
have kept records of conversations with my peers in the Action Research group with regard to our project,
and my reflections following these discussions.

Does all this make my Action Research valid? I would argue that it does in relation to the definition given
by Colin Henry and Stephen Kemmis in their article, "A Point-by-Point Guide to Action Research for
Teachers." It is self-reflective research that is being done in a social situation as a collaborative inquiry to
improve our practice. To better understand the children with initial low self-confidence in reading and
writing, our methods have been changing. This meets the criteria of Henry and Kemmi s. I have covered
most of Appendix B in The Action Research Planner. The Action Research spiral is being used. So
technically, I am doing Action Research in my classroom and with others. Is it a valid form of research in
the eyes of Virginia Richardson? Who cares! To me it has more than proven itself in its validity because
my teaching has improved. My collaborators and I benefit from our discussions and sharing of ideas. Our
students are exposed to new and varied practices in an attempt to help the m grow as individuals.
The End is Near--Stage Six
Earlier journal entries have already touched on the benefits of Action Research when done in
collaborative groups. I had spoken of the positive influences our research has had on the professional
and personal relationships (Oct. 18th folder) of my group of researchers. But what about the journal I write
in to reflect on my research? It is very much personal and will provide a large part of my final analysis and
reflection on our research. Is this in keeping with the collaborative nature of Action Resea rch? Lately, I
feel that the issue of isolation in Action Research has become very relevant to me. As we near the end of
our research project, we communicate less and the responsibility seems to fall heavily on me to bring this
to closure. Itís my sense that because I am the M.Ed. student, and the others feel I was the driving force
behind our work--after all, I was the one who approached them--I should be the one to finish it. I find this
disappointing because the group has adopted the view of the theo ry-practice relationship in our project. I
feel now that I am the researcher from the Ivory Tower and, although they all agree they have benefited
from our working together, the interest in further dialogue is declining rapidly.

Perhaps my expectations were too great in believing that my fellow researchers would see this through to
the end. I now have to collect data, take observations from the group, assess what we have done and
prepare a final report on our research. The others are not taking EDUC 801: should I then expect them to
participate in all of this? Professionally, Iím not comfortable in asking them to do so because they have
already contributed so much of their time and energy to the project. However, I feel they wou ld benefit
from preparing some type of final summative exercise to establish the validity of our research and see
how it has improved our teaching. Regardless of what happens, I will share my findings and observations
on the project with them.

I've Actually Done Something -- Stage Seven


In Colin's recent e-mail to Tom (Oct. 25), the criteria for evaluating AR projects helped to reaffirm my own
involvement in one. Colin stated that AR produces educational practices that are less irrational and less
unjust. Our project focused on how to improve the self-confidence of children who are in the beginning
developmental stages of reading and writing. As we tried various strategies, we were forced to examine
current practices, reexamine older practices, and experiment with new methods to help our students
grow. The process of AR causes you to ask yourself why you teach as you do and why method A works
better than B or C. This type of questioning does indeed help to rationalize our practice in the classroom
so that we can articulate what we are doing and justify our methods. Being able to tell a parent, an
administrator, fellow teachers and most importantly ourselves why we do things in our classroom in
particular ways (and not in others) is critical. If we do not know where our practice has come from as we
try to change, the improvement that may occur by doing Action Research cannot be recognized.

By attempting to make our practice more just, Action Research tries to identify an area of concern and
create a change in our teaching to address the issue. The children whom we focused on in our project
tended to come from backgrounds where reading and writing was not emphasized or valued at home.
Their past experience with schooling had also led to low self-confidence in their abilities. It was our job to
change this and, by working with the children at school and the parents at home, we tried differe nt
strategies to accomplish this end. We experienced some success, not only with the children we were
focusing on, but also with many others in the classroom who were further motivated by the methods we
used. Our project has produced new practices that meet the needs of many.

[Note: Much of the time I was doing my Action Research project I felt confused and unsure about the
process of doing this type of research. In the end I now realize that my research is valid and that my
practice has improved. However, and more importantly, the attitudes of my students towards reading and
writing and their levels of confidence in their abilities are changing. Like any new concept or theory, Action
Research can be difficult to grasp initially. The end result for me has proven to be worthwhile, from wading
through the fog in the beginning, reflecting along the way, constantly questioning our methods, and
spending time and energy in the process.]

Objektif

• Mengetahui cara bagi mengenalpasti masalah/isu pada peringkat tinjauan awal


• Mengetahui instrumen yang digunakan pada peringkat tinjauan awal
• Mengetahui cara bagi menganalisis data di peringkat tinjauan awal
• Menentukan fokus kajian
• Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini

Pengenalan
Sebelum sesuatu tindakan dapat dirancang atau diambil tindakan,
langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengenalpasti
masalah/isu pada peringkat tinjauan awal. Ini bertujuan bagi
menentukan fokus kajian. Fokus kajian adalah penting bagi
memudahkan pengkaji membuat perancangan tindakan.
• Mengenalpasti Masalah/Isu
Kajian Tindakan bertitik tolak dari keinginan untuk mengatasi atau menyelesaikan
masalah/isu (keprihatinan). Masalah/isu dalam konteks sekolah boleh timbul dalam
mana-mana aspek:

· Pengajaran dan pembelajaran


· Panitia mata pelajaran
· Pentadbiran
· Disiplin
· Kokurikulum
· Ibu bapa/penjaga

Masalah/isu ini boleh digambarkan melalui beberapa persoalan seperti: ·

· Apakah yang sedang berlaku? ·


· Bagaimana masalah/isu itu boleh wujud?
· Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengubah situasi/keadaan berkenaan?
· Saya ingin memperbaiki ………………….
· Apakah yang merupakan punca masalah/isu?
· Saya mempunyai idea baru dan ingin mencubanya.

Apabila anda mulai bertanya persoalan-persoalan ini dan menggambarkan idea


tertentu, kegiatan ini merupakan tanda permulaan anda berminat atau berprihatin
dan ingin mencari jalan untuk memahami masalah/isu berkenaan serta apa
tindakan atau langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah/isu tersebut.

• Garis Panduan Mengenalpasti Masalah/Isu:


1. Hanya melibatkan persoalan yang boleh diambil tindakan oleh pengkaji seperti
sebagai guru mata pelajaran, guru panitia mata pelajaran, guru kelas, Guru Besar,
Pengetua, guru disiplin dan sebagainya.
Contoh

2. Menghadkan kajian kepada persoalan yang kecil. Ini bermakna bagi sesuatu
mata pelajaran, hanya topik tertentu sahaja yang dikaji.
Contoh 1:
Contoh 2:

3. Pilih persoalan yang penting bagi pelajar dan pengkaji. Biasanya pengkaji
mempunyai banyak persoalan yang timbul. Bagi menjalankan Kajian Tindakan
pengkaji perlu memilih persoalan yang paling penting atau memberi keutamaan
berdasarkan persoalan mana yang perlu didahului.
Contoh:

4. Sebaik-baiknya kajian itu boleh atau dapat dilakukan secara kolaboratif iaitu
menjalankan kajian secara usahasama, pasukan, mempunyai hubungan dua hala
antara pengkaji dengan rakan sekerja yang lain.
Contoh:

Instrumen/alat Untuk Mengenalpasti Masalah/Isu


1. Temubual
Temubual adalah satu kaedah pungutan data yang penting kerana ia membantu
pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam dalam memahami sesuatu
situasi/masalah/isu dengan jelas. Temubual awal boleh dibuat secara temubual
berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang boleh dilaksanakan bersama:

• rakan-rakan sekerja dalam bidang yang sama


• ketua panitia mata pelajaran
• pelajar/ murid
• ibu bapa

• pentadbir
1.1 Temubual Berstruktur
Soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau
bidang yang tertentu sahaja dan telah ditentukan supaya pengkaji dapat
menyoal secara sistematik.
Contoh 1
Contoh 2
1.2 Temubual Tidak Berstruktur
Soaljawab yang mementingkan penerokaan idea ataupun perbincangan
terbuka. Dilakukan dalam situasi tidak formal. Kaedah ini memberi
peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan membuat interpretasi
mengenai perasaan dan ideanya sendiri.
Contoh
2 Ujian Kertas Pensil / Bertulis
Ujian kertas pensil / bertulis boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk
mengenalpasti masalah. Hasil ujian kertas pensil boleh dirujuk sebagai sumber.
Contohnya:

• ujian bulanan
• ujian percubaan
• ujian tahunan

• ujian semester
3 Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik yang
dibentuk mesti memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenalpasti. Hasil
soal selidik yang memberi fokus kepada item-item dalam sub-topik boleh dijadikan
indikator dalam menentukan fokus terhadap masalah/ isu.

Terdapat beberapa jenis soalan dalam soal selidik :


1. Dichotomous - bertujuan untuk mendapatkan pilihan sampel daripada 2
pilihan yang diberi.
Contoh

2. Likert scale - bertujuan untuk mendapatkan tingkat penilaian / persepsi /


persetujuan sampel.
Skala jawapan: 3-poin/4-poin/5-poin/7-poin
Contoh 1
Contoh 2

3. Rank Order - bertujuan untuk mendapatkan penilaian sample kepada semua


item yang disenaraikan dengan memberikan pemberatannya. Susunkan beberapa
item yang mempunyai ciri-ciri yang sama (mutually exclusive) mengikut
keutamaan
Contoh

4. Soalan Terbuka (Open-Ended) - bertujuan untuk mendapatkan pendapat


sample dengan menulis sendiri pendapatnya.
Contoh

5. Inventori Kendiri
Soalan inventori kendiri boleh dibentuk oleh penyelidik untuk memahami masalah
yang wujud dalam bidang tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.
Contoh

6. Borang Pemerhatian
Borang pemerhatian dibentuk bagi meneliti situasi/kejadian serta memikirkannya
secara kritikal.
Contoh

7. Catatan Harian Rancangan Mengajar Guru

• jurnal refleksi guru/ pelajar


• diari guru/ pelajar

• memo arahan kerja

Contoh

Refleksi Pedagogi Dalam Tinjauan Awal (Format yang digunakan ialah Refleksi Grid)

.Refleksi .Cadangan Tindakan


Teknik dapat tarik perhatian pelajar lemah Tajuk-tajuk lain dikaitkan dengan minat pelajar
Pelajar diberi peluang berkomunikasi antara satu Mesti peruntukan masa pelajar melahirkan secara
sama lain lisan apa yang telah diajar.
Tanamkan sikap jangan malu untuk menjawab Membuat borang semakan mengenai kekerapan
walaupun mungkin salah pelajar berani menjawab secara individu
Saya mesti lebih sistematik dalam penerangan Guna kapur yang berwarna-warni semasa
konsep digit dan nombor penerangan
Wujudkan struktur untuk kerja berpasangan
Galakkan 'peer tutoring' di kalangan pelajar
/kumpulan
Contoh-contoh lain harus didedahkan Adakan lembaran kerja berkaitan latihan ini
Membuat analisis soalan SPM 93-97 berkaitan
Syarat-syarat terhadap digit perlu ditekan
bentuk soalan ini.

Cara Menganalisis Data


Data perlu dianalisis selepas dikutip. Ini bertujuan untuk membantu mendalami data secara dekat
dan jelas serta untuk melihat perkara-perkara yang dalam jangkaan atau di luar jangkaan, sedar atau
tidak sedar berlaku.
Panduan untuk menganalisis data ialah:

• Baca dan ulang baca, lihat dan ulang lihat sehingga data tersebut difahami
sepenuhnya. Analisis data secara menyeluruh amatlah penting. Ini kerana
sesetengah data mempunyai kandungan yang lebih bermakna daripada data lain.
Jadi adalah lebih baik untuk mengutip paling kurang dua data yang berlainan jenis
seperti data dari temubual dan dari soal selidik atau pemerhatian, tetapi berkaitan di
antara satu sama lain dan boleh dibandingkan.
• Adalah baik jika proses analisis dan refleksi dari data dilakukan bersama rakan
sekerja atau secara kolaboratif. Kemungkinan besar pandangan yang berlainan dapat
dikemukakan dari data yang sama.

• Matlamat terakhir dari analisis dan refleksi ialah untuk membuahkan kemungkinan
sebab dan akibat yang boleh dijadikan asas untuk merancang langkah-langkah
tindakan.
1. Temu Bual
Contoh 1
Guru : Suka ke tidak tajuk Set?
Guru meneroka masalah P&P
Pelajar : Tak
Guru : Apa masalah awak dalam tajuk Set?
Susah, memeningkan. Kalau saya cubapun selalu Masalah pelajar dalam P&P
Pelajar :
dapat salah, jadi saya malas nak cuba lagi.
Apa cadangan awak supaya awak boleh jawab
Guru :
soalan Set dengan berjaya?
Cadangan perbaiki masalah
Cikgu cakap slow-slow sikit. Bagi contoh banyak
Pelajar :
sikit. Buatlah lawak.
Contoh 2
Guru : Mengapa kamu tidak minat untuk belajar tajuk pecahan?
Murid : Buat apa nak belajar tajuk pecahan?
Faktor Murid
Kenapa cikgu nak ajar tajuk ni?
Cikgu ajar cepat sangat.
Cikgu tak pakai banyak gambar macam dia selalu
Faktor Guru
buat.
Lepas tu banyak kerja rumah.
Saya buat sedikit sahaja sebab saya betul-betul
Faktor Murid
tak faham.
2. Data Diskriptif dari Penulisan Refleksi (content analysis)
Mengikut Strauss, A and Corbin, J (1990). Basic of Qualitative Research.
Sage: Newsbury Park, CA
Sila rujuk: http://citeseer.nj.nec.com/context/821466/0

Analisis isi kandungan sesuatu trankrip dari temubual, refleksi, catatan atau transkripsi boleh
dibuat dengan menganalisis elemen-elemen di bawah:

• morfem
• frasa
• ayat ( Contoh ) Cara Analitik

• perenggan
• keseluruhan artikel Cara Tema/ Holistik
Di bawah ini adalah jadual yang menunjukkan proses bagaimana menganalisis isi kandungan
refleksi di atas dengan menggunakan kaedah kualitatif yang dipanggil 'coding and categories
in grounded theory ' oleh Strauss & Corbin.

Lihat lajur (column) yang membahagikan ayat kepada peringkat-peringkat tertentu. Ayat
dipisahkan untuk menentukan contoh kenyataan, melebel kenyataan dan membentuk
beberapa sub-kategori. Dari beberapa sub-kategori yang sama akan membentuk kategori
yang lebih umum dan dari beberapa kategori yang umum akan membentuk sebuah konsep
terhadap pemikiran. Dengan kaedah 'grounded theory' ini, refleksi penulis boleh dianalisiskan.

Contoh: Analisis yang menggunakan 'grounded theory'


Teaching Knowledge by Student Teachers Derived From Weekly Reflective Journal Entries
Case 1: Journal, Week 8 (4/10/96) Cycle 1 of Practicum 2

'Contoh-contoh dalam jurnal 'Menyata dan melebel 'Membentuk Sub- 'Membentuk 'Membentuk
refleksi' kenyataan' kategori' Kategori' Konsep' Construct
References on Teaching Clarifying and Labeling the Sub-categories Categories the concept
Knowledge by Student Teacher statement
in Journal Entries
Now I have been step in the
Educational
eight week, it almost going to is on eight week in school. School
context
be two month.
There are a lot of changes in
Knowledge of self
my life, if I compared my first A lot of changes in my life Personal
as teacher
week and the 8th week Found that
In my case, I went through a lot Case 1 reflect more
of tasks and obstacles but I I managed to overcome the Seen aspect of self as Knowledge of self on knowledge of
manage to overcome all the obstacles in my teacher as teacher self as teacher.
obstacles.
The encouragement given Found that
I have encouragement from Educational
bymy family members lectures, community Case 1-also reflect
the school community context
my mentor and last my friends. on educational
These two days can say less perception on self as a Educational context
Lack of health
food and sleep. person context
I tried to plan because I need
do many things such as Preparation is the main Knowledge self
seen self as a teacher
teaching aids lesson plan and thing in teaching life as a teacher
ect.
Sumber:
Hanipah Hussin, 1999, Learning to be reflective. Unpublished Thesis PhD. Sydney University.

Peratusan (contoh)
Analisis Ujian Pra dan Pos
Gred Ujian 1 (Orang) Ujian 2 (Orang) Ujian 3 (Orang)
A 0 0 7
B 6 12 10
C 7 14 9
D 16 5 5
E 2 0 0
Peratus 42.0% 84.0% 96.1%

Sumber:
Mohammad bin Harun (1999)
SK Bukit Tembakau, Melaka

Kekerapan (contoh)
Jadual : Tingkahlaku Pelajar Semasa Intervensi Dilaksanakan
... Aktiviti Tingkahlaku Pelajar Kekerapan
Memperkenalkan Set dan konsep rajah
1. Ketawa ///// /// (8)
Venn sebagai sebuah padang bola
Tumpukan perhatian.
2. Analogi U nC, A' dan n Ternanti-nanti 'surprise' ///// ///// ///// ///// ///// // (23)
yang bakal diutarakan
Suka menjawab beramai-
3. Soal jawab lisan ///// /// (8)
ramai
Contoh soalan melibatkan gambarajah
4. Tekun mendengar /// (3)
Venn
5. Latihan melibatkan gambarajah Venn Suka tanya rakan ///// ///// ///// ///// // (22)
///// ///// ///// ///// ////////// ///// /////
Ramai tidak faham istilah
6. Penerangan soalan berbentuk ayat
digit dan nombor perdana
/// (43)
Selalu bertanya guru
7. Latihan melibatkan ayat ///// ///// ///// ///// // (22)
maksud soalan

Sumber:
Sharifah bt.Ahmad (1998). SMK Gelang Patah, Johor Bharu, Johor

Menentukan Fokus Kajian

Hasil penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu situasi
dan penyataan masalah yang sebenar. Bermula dari sini satu fokus kajian dapat dikemukakan atau dapat
dijadikan titik mula Kajian Tindakan.

Beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam menentukan fokus kajian:


· Masalah/isu itu perlu tindakan segera
· Sejauh manakah mustahaknya masalah/isu itu kepada pengkaji?
· Sejauh manakah mustahaknya masalah/isu itu kepada murid/pelajar?
· Siapa yang berminat untuk membantu dalam kajian tersebut?
· Penumpuan kepada satu bahagian yang penting.
· Peluang untuk mendalami masalah/isu tersebut.

Contoh

Rumusan Analisis Data


Kesimpulan yang boleh dibuat daripada analisis itu ialah pencapaian murid dalam menguasai Kemahiran
Proses Sains - inferens adalah rendah. Kelemahan itu merangkumi kegagalan murid mengaitkan maksud
inferens sebenar mengikut kehendak soalan Berdasarkan pandangan yang diterima daripada murid,
didapati amalan pengajaran guru vang kurang mendedahkan mereka dengan kepelbagaian bentuk
soalan telah mengekalkan prestasi rendah di kalangan murid.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima tersebut, langkah pengajaran yang seharusnya diutamakan
ialah membantu murid menguasai sepenuhnya maksud inferens yang mudah difahami dan
penggunaannya mengikut kehendak soalan. Di samping itu pendedahan yang lebih terhadap istilah-
istilah Sains perlu ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan murid dengan
lebih banyak soalan yang agak memerlukan tahap pemikiran yang tinggi.

Fokus Kajian
Kajian ini difokuskan kepada penguasaan murid terhadap Kemahiran Proses Sains - inferens melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang.

Sumber: SK Felda Jerangau Barat, Ajil, Terengganu.

Kefahaman

1. Dalam panitia mata pelajaran, bincangkan semua masalah/isu yang terdapat dalam mata
pelajaran yang diajar. Kemudian daripada semua masalah/isu tersebut, pilih satu masalah/isu
yang hendak dikaji berdasarkan keutamaan. Sila nyatakan sebab-sebab pemilihan pada
masalah/isu tersebut.
2. Sila buat satu instrument yang mudah untuk meninjau masalah yang telah dikenalpasti untuk
dikaji.

FAQ

Dalam membuat tinjauan awal, bolehkah digunakan data daripada keputusan peperiksaan semester yang
telah dianalisis?

Jawapan:
Sebenarnya terdapat banyak data di sekolah yang diperolehi melalui ujian bulanan, peperiksaan
semester, dari pemerhatian dan temubual secara tidak langsung yang boleh dianalisis serta ditentukan
fokus bagi tinjauan awal.

Adakah boleh dengan hanya menggunakan soal selidik untuk mengutip data bagi tinjauan awal?

Jawapan:
Pada peringkat tinjauan awal, data boleh dikutip dengan hanya menggunakan soal selidik. Sebaiknya
dalam soal selidik gunakan soalan terbuka (open-ended) supaya mendapat pelbagai respons. Ini kerana
responden dapat menyuarakan pendapat mereka. Melalui soalan terbuka dalam soal selidik peringkat
tinjauan awal dapat membantu menentukan fokus kajian serta merancang tindakan.

MERANCANG

Objektif

• Mengetahui bagaimana merancang langkah-langkah tindakan (action plan) dalam Kajian


Tindakan.
• Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini.

Dalam merancang tindakan, beberapa langkah perlu diambil kira supaya tindakan yang dirancang secara
sistematik dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Langkah 1: Refleksi awal sebelum kajian

Selepas menentukan fokus kajian, perancangan tindakan bermula dengan mengadakan perjumpaan bagi
membincangkan pelan tindakan (action plan). Ketua kumpulan pengkaji perlu meminta ahli-ahli membuat
refleksi awal dengan memberikan beberapa perkara penting yang perlu difikirkan oleh mereka, seperti
cabaran atau permasalahan yang dihadapi dalam bilik darjah, punca-punca terjadinya masalah tersebut,
perasaan mereka terhadap masalah tersebut, cadangan untuk mengatasinya dan tindakan segera yang
patut diambil oleh mereka. Seterusnya ketua kumpulan kajian akan merumuskan hasil perbincangan
refleksi dan mencatatkan rumusan perbincangan itu di atas kertas mahjung.

Contoh
Refleksi awal
1. Masalah yang dihadapi
Cabaran mengajar mata pelajaran matematik bagi tajuk-tajuk mudah yang masih belum
dikuasai oleh murid, khasnya tajuk membundarkan nombor bulat kepada ratus, ribu,dan
puluh ribu.
2. Punca terjadinya masalah
Puas juga saya mencari kelemahan pengajaran saya, mungkin pengajaran saya tidak
berkesan, atau saya tidak berpandukan buku panduan guru untuk mengajar sub-topik
tersebut. Mungkin juga ini disebabkan oleh kelemahan murid yang tidak memberikan
tumpuan semasa saya mengajar. Walau bagaimanapun saya masih gagal untuk mencapai
objektif saya agar semua murid boleh menguasai kemahiran tersebut.
3. Perasaan terhadap masalah
Apabila saya mendapati objektif pengajaran masih belum tercapai sepenuhnya, saya
merasa sungguh bersalah kerana masih ada murid yang belum boleh menguasai
kemahiran tersebut. Perkara ini seolah-olah menunjukkan bahawa saya sendiri tidak
melaksanakan tanggungjawab saya sepenuhnya semasa berada di bilik darjah.
4. Cadangan untuk mengatasi masalah
Mungkin saya boleh mengaplikasikan kaedah atau teknik yang baru untuk lebih
memudahkan pengajaran sub-topik tersebut. Saya juga mungkin boleh mengambilkira
teknik pengajaran guru-guru matematik yang lain sekiranya boleh diaplikasikan di bilik
darjah secara berkesan.
5. Tindakan segera yang boleh diambil
Saya akan mencuba teknik permainan matematik yang baru ini pada minggu hadapan. Jika
teknik ini berkesan, saya akan mencadangkan kepada ketua panitia matematik.
(Sumber: Ronny Yunus, SK Kiawayan, Tambunan, Sabah: Kursus Kajian Tindakan Zon
Sabah, Julai, 2001).

Langkah 2: Menyediakan portfolio / fail Kajian Tindakan

Salah satu cara yang berkesan untuk merekodkan data yang dikutip dalam Kajian Tindakan
adalah dengan mendokumentasikannya ke dalam portfolio. Portfolio merupakan satu himpunan
bukti-bukti atau data hasil daripada proses penyelidikan. Biasanya portfolio Kajian Tindakan
disediakan secara individu walaupun penyelidikan dijalankan secara berkumpulan. Perkara yang
perlu direkodkan meliputi:

• apa yang diperhatikan atau dengar


• apa yang telah berlaku dan akan berlaku
• apa yang difikirkan, dijangka, dibimbangkan atau dirumuskan
• apa yang dirasakan
• apa yang dirancang dan diharapkan

Susunan portfolio boleh dibahagikan seperti berikut:


Bahagian I (Butiran Peribadi Penyelidik)

Latar belakang/ butir peribadi penyelidik (termasuk CV, pernyataan professional tentang visi,
misi dalam penyelidikan).

Bahagian II (Projek Penyelidikan)

Bahan-bahan berkaitan penyelidikan (skedul kerja, cadangan penyelidikan, laporan penyelidikan,


kertas kerja, laporan eksekutif, dokumentasi data penyelidikan, dokumentasi persidangan/
perbincangan, surat-surat berkaitan dan sebagainya). Dokumentasi penglibatan dalam
penyelidikan (perundingan dengan pakar rujuk, tinjauan literature, artikel-artikel, abstrak dan
sebagainya).

Refleksi ( menyeluruh dan peringkat demi peringkat)

Bahagian III (Aktiviti berkaitan penyelidikan)

Dokumentasi penglibatan dalam aktiviti penyelidikan (kursus-kursus/ seminar yang pernah


dihadiri, kursus yang pernah diberi, kursus yang pernah dikelolakan, pembentangan kertas kerja
di seminar, khidmat pakar rujuk yang diberi dan sebagainya).

Refleksi (penglibatan secara menyeluruh dan perkembangan diri)

Langkah 3: Menentukan peranan ahli- ahli kumpulan

Kumpulan bertindak dalam Kajian Tindakan adalah kumpulan yang sama-sama bertanggung
jawab merancang dan melaksanakan kajian. Pengkaji boleh membuat ilustrasi terhadap spek
kerja masing-masing dalam bentuk jadual seperti dalam rajah berikut:

Bil. Nama Jawatan Peranan/Spek kerja


Ketua Kumpulan
1 Faridah Md.Rah Guru Panitia Sains
Penyelidik
2 Anthony Victor Guru Sains Penyelidik
3 M.Salim Masrah Guru Sains Penyelidik
4 Laurah Julius Guru Kelas Penyelidik
5 Elizaberth Abdullah Pegawai JPN Fasilitator
6 Jenifah Abdullah Pengetua Penasihat

Walaupun nama ahli kumpulan penyelidik telah dikenal pasti dalam perancangan, ahli baru boleh
dijemput menyertai kumpulan penyelidik bagi memantapkan organisasi kerja.

Langkah 4: Membuat kerangka konsep terhadap projek

Kerangka konsep merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara
kumpulan dan maklum balas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:
• peta konsep
• carta aliran
• carta tulang ikan (fishbone diagram)

terhadap cadangan projek Kajian Tindakan. Sesi sumbang saran perlu dijalankan untuk
mendapatkan input daripada ahli-ahli kumpulan penyelidik.

Contoh 1
Carta Tulang Ikan (fishbone diagram)

Langkah 5: Membuat objektif/ soalan kajian

Dalam projek Kajian Tindakan, biasanya terdapat dua objektif utama iaitu untuk merubah amalan
professional dan menambah ilmu pengetahuan baru. Dalam proses menentukan objektif/soalan kajian,
ketua kumpulan kajian boleh mengadakan sesi sumbang saran berpandukan kepada soalan berikut:

• Apakah persoalan yang hendak didalami ?


• Apakah yang telah diketahuai tentang topik tersebut?
• Apakah kesukaran yang dialami oleh murid?
• Mengapakah masalah ini terjadi?
• Apakah pengubahsuaian pada pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu?

Contoh
Tajuk Kajian:
Kajian meningkatkan kemahiran penggunaan alat muzik rekorder di kalangan murid Tahun
4B SK Seri Bayu.

Objektif :
Objektif kajian ini untuk :
1. menentukan kaedah pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran murid dalam penggunaan alat muzik rekorder
2. meningkatkan penguasaan teknik penjarian dalam penggunaan alat muzik rekorder
3. meningkatkan kemahiran membaca skor di kalangan murid dalam penggunaan alat
muzik rekorder

Soalan kajian:
1. Apakah kaedah pengajaran guru yang berkesan dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran murid bermain alat muzik rekorder?
2. Sejauhmanakah murid dapat meningkatkan penguasaan teknik penjarian dalam
penggunaan alat muzik rekorder?
3. Sejauhmanakah murid dapat meningkatkan kemahiran membaca skor dalam
penggunaan alat muzik rekorder?

Langkah 6: Menyediakan perancangan pelaksanaan intevensi/ tindakan

Intervensi dalam Kajian Tindakan adalah bahagian yang paling penting untuk mendapatkan
kesan perubahan ke atas sesuatu amalan dalam pendidikan atau memperolehi pengetahuan baru.
Jadual perancangan yang rapi perlu diatur supaya semua ahli kumpulan penyelidik/partisipan
mengetahui spek kerja dan tempoh masa yang diperuntukkan.

Contoh 1
Skedul Kerja dan Intervensi Dalam Projek Kajian Tindakan Bertajuk " Keberkesanan
Pendekatan Proses Dalam Kemahiran Menulis Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2

Tarikh Aktiviti/ Intervensi/Spek Kerja Yang dijangka Tindakan


20 - 28/2/01 Menulis Kertas Cadangan Kajian Tindakan Pensyarah
19 - 23/3/01 Mengumpul Karangan 1 Guru B.M T2
24 - 30/3/01 Memeriksa Karangan 1 Guru B.M T2
Merancang dan Melaksanakan Strategi

Pelaksanaan Tindakan Langkah 1:


3 - 5/4/01
Memberi pelbagai format untuk menulis karangan Pensyarah dan Guru B.M
yang pelbagai T2

Mentadbir format dan penulisan Karangan 2


9 - 20/4/01 Mengumpul Karangan 2 Guru B.M T2
23/4 - 18/5/01 Memeriksa Karangan 2 Guru B.M T2
Merancang dan Melaksanakan Strategi

Pelaksanaan Tindakan Langkah 2:


21/5 - 5/6/01 Guru B.M T2
Memberi pelbagai format untuk menulis karangan
yang pelbagai

Mentadbir format dan penulisan Karangan 3


6 -12/6/01 Mengumpul Karangan 3 Guru B.M T2
13 - 20/6/01 Memeriksa Karangan 3 Guru B.M T2
Merancang dan Melaksanakan Strategi

Pelaksanaan Tindakan Langkah 3:


27/6 - 11/7/01 Guru B.M T2
Memberi pelbagai format untuk menulis karangan
yang pelbagai

Mentadbir format dan penulisan Karangan 4


16 - 20/7/01 Mengumpul dan Memeriksa Karangan 4 Guru B.M T2

Contoh 2
Tajuk: Kajian Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Stoikiometri Kimia.

MERANCANG TINDAKAN
Bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam tinjauan awal, beberapa aktiviti telah dirancang
untuk dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Segala aktiviti ini adalah bertujuan memberikan
pendedahan dan latih-tubi bagi memantapkan kemahiran pelajar dalam aspek-aspek kecil. Antara aktiviti
yang dirancangkan ialah:

• Menguasai formula dan persamaan


· Meninjau keseluruhan sukatan Kimia Tingkatan 4 dan 5 dan menyenarai semua bahan kimia
yang disebut dalam sukatan pelajaran. (kerja berkumpulan)
· Memilih bahan-bahan yang formula-formula belum dikuasai oleh kumpulan.
· Menyediakan formula-formula bahan dalam kertas lukisan secara menarik.
· Memaparkan formula dalam makmal-makmal dan koridor untuk ditatap setiap hari.
· Mengulangkan semua aktiviti di atas bagi persamaan kimia.

• Menguasai nisbah mol


· Pelajar diminta menyalin persamaan kimia yang telah dijumpai dalam buku teks lalu merumus
dan menuliskan nisbah mol bagi setiap persamaan.
· Membandingkan keputusan yang diperolehi dengan rakan dalam kumpulan.
· Setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan sekurang-kurangnya 50 persamaan yang dirumus
nisbah molnya

• Menguasai pengiraan mol bahan tindak balas dan hasil tindak balas.
· Mengkaji contoh-contoh yang dibekalkan oleh guru.
- Membincang dalam kumpulan.
- Membina soalan sendiri dengan menggunakan angka berlainan daripada contoh guru bagi
setiap soalan yang diberi.

• Penilaian terhadap keberkesanan aktiviti


· Keberkesanan aktiviti penguasaan dan latih tubi ditinjau melalui aktiviti-aktiviti berikut:
· Mengadakan kuiz formula dan persamaan secara individu melalui Persatuan Sains dan
Matematik. Soalan yang dikemukakan adalah seperti dalam tinjauan awal. Bilangan penyertaan
pelajar bagi sesi kuiz individu dicatat. Ini memberi petunjuk kepada keyakinan
pelajar serta kemahuan pelajar menguji diri sendiri.
· Mengadakan ujian pengiraan bertulis berdasarkan persamaan.

(Sumber: Teng Chuan Wan:Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Stoikiometri Kimia. SMK Tun
Ismail, Parit Raja, Johor. 27 November 1999).

Contoh 3

PENGGUNAAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL

SUBJEK : Geografi
TINGKATAN : 1
MASA : 3 jam
TAJUK : Malaysia : Bentuk Muka Bumi
OBJEKTIF : Diakhir pelajaran pelajar akan dapat:
i. Mengelaskan keadaan bentuk muka bumi di Malaysia
ii. Menyenaraikan nama dan kedudukan banjaran gunung, kawasan tanah pamah dan
pinggir laut
iii. Membezakan antara kawasan tanah tinggi, kawasan tanah pamah dan pinggir laut.
iv. Membuat keputusan tentang kepentingan kawasan pergunungan, tanah pamah dan
pinggir laut.

AKTIVITI :
i. Pelajar dikehendaki menghuraikan pengetahuan sedia ada tentang keadaan bentuk muka
bumi di Malaysia.
ii. Pelajar mengelaskan keadaan bentuk muka bumi Malaysia
iii. Pelajar dikehendaki mengenal pasti dan menanda nama dan kedudukan rangkaian
banjaran gunung, kawasan tanah pamah dan pinggir laut negara berdasarkan peta
Malaysia.
iv. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tahap kemampuan mereka.
v. Bagi kumpulan 1, aktiviti pengayaan : kumpulan pelajar diminta mencari gambar-gambar
yang berkaitan keadaan bentuk muka bumi dan menerangkan kepentingan kawasan
tersebut dari laman web (http:// members. Tripod.com/zupie/bmmsia. Htm)
vi. Bagi kumpulan 2, aktiviti pemulihan: pelajar akan diberi keratan akhbar yang
mengandungi gambar-gambar berkaitan keadaan bentuk muka bumi di Malaysia dan
mencari gambar kepentingan kawasan tanah tinggi, pinggir laut dan tanah pamah.
Pelajar dikehendaki mengelaskan gambar tersebut berdasarkan kategorinya.
vii. Setiap dapatan yang diperolehi akan dibentangkan oleh wakil kumpulan pelajar.

PENILAIAN
i. Pelajar cemerlang dikehendaki menjawab soalan dari laman web
http://members.tripod.com.zupie/geografi.htm
ii.Pelajar lemah diberi lembaran kerja

BBM
i. Peta Malaysia
ii. Lembaran kerja
iii. Keratan akhbar dan gambar berkaitan
iv. Laman web

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (ICT) dalam P&P. KL

Contoh 4

PENGGUNAAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL

Subject: English

Form: Two

Topic: Prepositions

Duration: 4 x 35 minutes

Objectives: By the end of the lesson the student should be able to:
1) Identify 5 prepositions of time - at, by, on, before, after
2) Identify 9 prepositions of place or position - in, on, near, over, under, between, behind, in
front of
3) Use each preposition correctly in sentences

Procedures:
1. Students are to be divided into 3 groups of their language proficiency-weak, medioacre
and advance.
2. Teacher presents a hand-out or newspaper cutting with the underlined words of
prepositions for the first paragraph.
3. Students are asked to guess the underlined works.
4. Teacher explains on prepositions and their functions.
5. Students play the CD - Introduction to Prepositions
- preposition of time
- prepositons of place
- prepositions of position
* Weak group attemps question for Level 1
Medioacre group attempts questions for Level 2
Advanced group attempts questions for Level 3

6. Students do the exercise, quiz and enrichment according to each level.


7. Students underline prepositions in the rest of the paragraphs of the hand-out or
newspaper.

Teaching aids: courseware on Introduction to prepositions


An article in newspapers

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (ICT) dalam P&P. KL.

Langkah 7: Menyediakan rancangan alternatif

Menyediakan satu rancangan alternatif dalam proses merancang adalah satu perkara yang perlu. Ia
merupakan satu 'Plan B' bagi rancangan yang sedia ada. Perubahan dalam rancangan yang sedia ada
memang selalu terjadi kerana Kajian Tindakan sangat bergantung kepada faktor-faktor persekitaran,
pentadbiran dan aktiviti semasa. Menyediakan satu rancangan alternatif juga membawa implikasi kepada
kebolehlaksanaan kajian yang tinggi.

Langkah 8: Merancang kaedah mengutip data

Dalam merancang kaedah mengutip data, perkara yang perlu diambil kira ialah setiap kaedah yang dipilih
hendaklah dapat menjawab soalan kajian atau memenuhi objektif kajian.

Kaedah Mengutip data

• Jurnal dan diari


• Aktiviti kumpulan
• Temu bual
• Senarai semak inventori
• Data pencapaian pelajar
• Pemerhatian
• Penghuraian neratif
• Catatan peribadi
• Perbincangan kumpulan berfokus
• Bahan-bahan portfolio
• Soal selidik
Kutipan data pada peringkat ini merupakan kutipan data kali kedua setelah dilakukan di peringkat
mengenal pasti masalah atau tinjauan awal (tinjauan awal-instrument). Nyatakan semua instrument/alat
dan cara-cara yang dirancang untuk digunakan bagi mendapatkan data secara triangulasi. Semua
alat/instrument untuk pungutan data perlu jelas dan ada 'logical connections' antara data yang dipungut.

Perkara lain yang harus dipertimbangkan oleh pengkaji adalah isu-isu etika. Setiap data yang dikumpul
mesti mendapatkan kebenaran dari pihak yang terlibat (partisipan dan murid-murid). Prosedur ini adalah
sebagai menghormati hak-hak respondent.

Langkah 9: Merancang cara menganalisis data

Semasa merancang langkah ini, panduan berikut haruslah diambilkira:

1. Huraikan cara bagaimana data yang akan dikumpul boleh dianalisis untuk menjawab soalan-soalan
kajian. (cara deskriptif/kuantitatif atau kualitatif atau illustrasi bergambarajah)
(tinjauan awal-analisis data)

2. Huraikan bagaimana data dapat memberi sumbangan kepada tindakan yang akan diambil.

3. Jika projek Kajian Tindakan banyak menggunakan catatan dan melibatkan pemerhatian partisipan,
kedua-kedua kaedah kualitatif dan kuantitatif boleh digunakan.

4. Rujuk contoh dari pelbagai sumber untuk maklumat yang lebih terkini terhadap pemprosesan data
kualitatif.

5. Modifikasi cara menganalisis data mungkin harus dilakukan jika perlu untuk menjawab soalan kajian.

Glosari
Refleksi adalah satu proses kognitif yang membawa kepada aktiviti merenung menaakul
dan berfikir panjang dalam usaha seseorang mencari kelemahan dan kekuatan serta menganalisis
pengalaman dan tindakan.Refleksi juga merupakan satu usaha yang berterusan ke arah memperbaiki
amalan kerja, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk bertindak. Terdapat beberapa
jenis refleksi.
Contoh:

Reflection type Nature of reflection Possible content

“Reflection-in-action” 5. Contextualization of Dealing with on-the-spot


(Schon, 1983,1987) multiple viewpoints drawing professional problems as they
addressing IMPACT concerns on any ot the possibilities 1-4 arise (thinking can be recalled
after some experience in the below applied to situations as and then shared with others
profession they are actually taking place later)

4. Critical (social Thinking about the effects


reconstructionist), seeing as upon others or one’s actions,
problematic, according to taking account of social,
ethical criteria, the goals and political and / or cultural forces
practices of one’s profession (can be shared)

“Reflection-on-action” 3. Dialogic (deliberative, Hearing one’s own voice


(Schon, 1983; Smith & Lovat, cognitive, narrative) weighing (alone or with another)
1990; Smith & Hatton, 1992, competing claims and exploring alternative ways to
1993) addressing TASK and viewpoints, and then exploring solve problems in a
IMPACT concerns in the later alternative solutions professional situation
stages of a preservice
program 2. Descriptive (social
efficiency, developmental, Analysing one’s performance
personalistic, seeking what is in the professional role
seen as ‘best possible’ (probably alone), giving
practise reasons for action taken

Technical rationality 1. Technical (decision-making Beginning to examine (usually


(Scon, 1983; Shulman, 1988; about immediate behaviours with peers) one’s use of
Van Mannen, 1977) or skills), drawn from a given essential skills or generic
addressing SELF and TASK research / theory base, but competencies as often applied
concerns early in a program always interpreted in light of in controlled, small scale
which prepares individuals for personal worries and previous settings
entry into a profession experience

Types of reflection related to concerns (Fuller, 1970; Smith & Hatton, 1993; Valli, 1992)

Intervensi
Adalah satu usaha /treatment /langkah baru/ perkara yang dilaksanankan dengan tujuan untuk melihat
perubahan/ peningkatan pada seseorang individu/ kumpulan. Contohnya dalam Kajian Tindakan bagi
mata pelajaran Sains, penerapan konsep 'Kontruktivisme' di sekolah menengah rendah merupakan satu
intervensi untuk meningkatkan proses metakognisi, pengamatan dan penanggapan di kalangan pelajar.

You might also like