P. 1
Kata Alu-Aluan Pengarah

Kata Alu-Aluan Pengarah

|Views: 22|Likes:
Published by Fasihah Jamaludin
Kata Aluan Pengarah JPWPKL
Kata Aluan Pengarah JPWPKL

More info:

Published by: Fasihah Jamaludin on Jan 13, 2014
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/13/2014

pdf

text

original

JABATAN PELAJARAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

PERSIARAN DUTA, OFF JALAN DUTA 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-62037777 Laman Web: http://www.moe.gov.my/jpwpkl Faks : 03-62037788

-

~

JPN WlLAYAH PERSEKUTUAN

KAT A ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

Assa/amua/aikum

warahmatullahi

wabarakatuh dan sa/am sejahtera.

Saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga sekolah dan Sidang Redaksi Majalah Sekolah Tahun 2013. Syabas juga diucapkan kerana telah berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kerjasama yang jitu dalam memastikan majalah ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Sesungguhnya Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat komited memastikan prestasi dan cabaran semasa dalam transformasi sistem pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dapat dihayati dan dilaksanakan sebaik yang mungkin. Idea-idea baharu perlu dicerna dan budaya kerja yang lebih kreatif dan inovatif perlu dirangka dan diterapkan oleh semua warga pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar semua aspirasi yang dihasratkan dalam PPPM dapat direalisasikan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peribahasa Melayu ada menyebut, "keleu tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Justeru, sokongan padu yang positif daripada semua warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat amat diperlukan untuk memastikan kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan dan seterusnya mampu melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan, namun dengan kerjasama yang mantap dan semangat juang yang tinggi daripada semua pihak sama ada pihak pentadbiran, guru-guru, para pelajar atau ibu bapa, tidak mustahil kita mampu berdiri megah untuk menjadi peneraju terbaik dalam dunia pendidikan negara. Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang kita curahkan dalam memacu kecemerlangan para pelajar untuk menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara akan menjadi landasan yang kukuh untuk kita terus mengorak langkah dan berupaya bersaing di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih.

'GEMILANG DALAM KALANGAN YANG CEMERLANG'

CERTIFIED TO ISO 9001 :2008 CERT. NO.: AR4166

"GEMILANG DALAM KALANGAN

YANG CEMERLANG"

CERTIFIEDTO ISO 9001:2008 CERT. NO.: AR4166

(Sila catatkan no. Rujukan Jabatan ini apabila berurusan)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->