You are on page 1of 39

PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan


kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif
dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya
dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan
berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang
sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil
kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran


dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga
ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.

Dengan wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan


maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses
supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah
tertentu.

Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini
bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran.

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

1
• keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap individu untuk
membolehkannya:

KEPENTINGAN DAN FAEDAH KEMAHIRAN BELAJAR

PENGURUSAN DAN SUMBER MAKLUMAT

Terbahagi kepada:

➢ SUMBER MANUSIA
➢ MEDIA CETAK
➢ MEDIA TIGA DIMENSI
➢ MEDIA ELEKTRONIK
➢ SUMBER PERSEKITARAN

2
KRITERIA SUMBER YANG BAIK

Kriteria sumber yang baik:

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Definisi maklumat

Definisi kemahiran maklumat

Sumber maklumat

Mengenal pasti masalah dan maklumat yang diperlukan

3
KEMAHIRAN MENEMURAMAH

Persediaan menemuramah

 sebelum menemuramah
♠ tentukan maklumat yang diperlukan
♠ kenalpasti tokoh/ orang yang ditemuramah
♠ selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang
dikehendaki(latar belakang tokoh, bidang perkerjaan dan sebagainya)
♠ buat janji temu dengan tokoh(tarikh, masa dan tempat)
♠ sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang
dikehendaki)
♠ sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan

 semasa menemuramah
♠ tepati janji
♠ beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri
menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan
dan ucap terima kasih)
♠ bersikap ramah dan tunjuk minat ketika tokoh bercerita/ sampai maklumat
♠ adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti
♠ kemukan soalan yang disediakan

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

4
♥ dalam era ledakan maklumat, mengetahui cara mengesan maklumat dengan
cekap tanpa perlu mengingati semuanya.

Kaedah mengesan maklumat dan merujuk kepada bahan di PSS

Kemahiran merujuk kepada kamus

♥ 2 jenis kamus:

5
SENARAI EJEN PENCARIAN

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT

 Menganalisis
 Mentafsir
i. mendapatkan penjelasan, maksud dan ulasan
ii. mengenal pasti latar belakang isu
iii. mengenal pasti bahan rujukan sesuai
iv. memberi makna baru
 Mensintesis
i. membina semula bahan yang dipilih

6
ii. menggabung data
iii. menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu
iv. kemahiran mengolah
v. mencadangkan / pembaharuan / kefahaman baru

contoh-contoh persoalan sintesis

• apakah yang anda ramalkan selepas melihat pada bukti-bukti


• apakah idea yang boleh ditambah untuk melengkapkan
• Bagaimanakah anda mencipta sesuatu dari idea

 Menilai
i. meneliti bahan yang dikumpul dan ditafsirkan
ii. mempertimbangkan kesesuaian dari segi nilai dan idea
iii. menggunakan piawaian tertentu
iv. menimbangkan alternatif bahan yang sedia ada
v. menentukan ketetapan dan keperluan

KEMAHIRAN PELAPORAN

• Membuat pelaporan

kaedah popular

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

7
CONTOH PETA KONSEP

TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN (MEMORY AIDS)

ISU PENDIDIKAN: GANGSTERISME DI SEKOLAH MALAYSIA

DEFINISI GANGSTERISME

8
PENGENALAN

Fenomena gangsterisme yang kini hangat diperkatakan sebenarnya sudah lama


membarah di kalangan remaja Malaysia. Ia hanyalah merupakan rentetan daripada isu-
isu moral remaja yang lain seperti gejala lari dari rumah, buang bayi, penagihan dadah,
lepak dan pelbagai lagi gejala yang telah sekian lama menghantui remaja negara kita.
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)
bersetuju bahawa gejala ini perlu dipandang serius dan ditangani dengan sebaiknya
oleh pihak yang berwajib, terutama Kementerian Pendidikan. Namun,apa yang penting
ialah kita mencari faktor, ciri-ciri, aktiviti, langkah-langkah mengatasi, kesan dan
kesimpulan sebenar timbulnya fenomen gangsterisme seumpama ini. Kita tidak mahu
hanya sekadar mencantas pucuk-pucuk yang nampak tumbuh sedangkan akarnya kita
biarkan tumbuh subur.

Sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang


penglibatan generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan
keutuhan struktur masyarakat di negara ini iaitu:

9
♠ Utusan Malaysia,1998
Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian membakar bilik
guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah.

♠ Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian


Pendidikan,1999
menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah
-sekolah menengah seluruh negara sekarang.

♠ Berita harian,1997
Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah kita adalah
berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai kongsi gelap.

Pelajar yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah
dikenali sebagai disiplin dikategorikan sebagai:
1) Devian(mereka yang melanggar norma masyarakat setempat)
2) Delinkuen(mereka yang masih bersekolah atau remaja)

Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam
bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label Bagi kumpulan ini sebagai
samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan
sebagainya. Walaupun kadar jenayah yang melibatkan murid sekolah adalah kecil iaitu
hanya 0.03 peratus dan 2.03 peratus untuk salah laku disiplin dari tahun 2004 hingga
2008 namun kita tidak boleh pandang ringan kerana semua pelajar perlu datang ke
sekolah mengikut jadual dan ibu bapa perlu mengetahui apa yang dilakukan anak
mereka semasa berada di dalam atau luar sekolah. Sebanyak 6,477 buah Kelab
Pencegahan Jenayah (KPJ) telah ditubuhkan iaitu 2,052 di sekolah menengah dan
4,395 di sekolah rendah.Seramai 207,700 murid sekolah menengah dan 172,669 murid
sekolah rendah telah terlibat dalam KPJ. Kementerian Pelajaran memperluaskan Kor
Kadet Polis melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia. Tahun lalu, sejumlah
2,534 platun Kor Kadet Polis diwujudkan dengan keanggotaan seramai 88,690 orang.

10
CIRI-CIRI AHLI GANGSTERISME

AKTIVITI-AKTIVITI GANGSTERISME

11
LIMA SALAH LAKU LUCAH DI SEKOLAH

Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster dan Membakar Premis Sekolah

Jenis Kes 1997 1998 1999

Kes Samseng 107 77 85

Membakar Premis Sekolah 6 19 10

Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)


12
FAKTOR-FAKTOR GANGSTERISME

FAKTOR – FAKTOR GANGSTERISME

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Artwater (1998), rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan


dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan, sebantal atau rakan seperjuangan.
Menurut Erikscon (1993), rakan sebaya bermaksud suatu kelompok kanak -kanak atau
pun remaja yang sama umur atau peringkat perkembangan.
Mengikut kamus ensiklopedia (1997), mendefinisikan individu sebagai seseorang
remaja bermula akil baligh, cukup umur, orang yang berumur dalam lingkungan 12
hingga 21 tahun. Jangka masa di antara zaman kanak ke zaman dewasa. Hal ini
menyebabkan mereka mudah tertarik untuk melakukan sesuatu apabila diajak oleh
rakan-rakannya walhal mereka tahu perbuatan tersebut menyalahi undang-undang.

13
PENGARUH KELUARGA

Keluarga menurut takrif antrapologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri
daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula
merujuk keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih
anak.Pelajar-pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan jiran yang telah sedia menjadi
ahli kumpulan gengster dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk
pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan-kawasan kediaman di mana terdapat kumpulan
gengster dan samseng bergerak aktif.

 PENGARUH MEDIA MASSA

Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatu r persefahaman


antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa diucapkan. Perkembangan
teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu
sama lain tidak memerlukan ruang dan masa. Pembinaan Koridor Raya MultiMedia
(MSC), beberapa buah stesen televisyen memperlihatkan pentingnya media kepada
masyarakat (Haslina Hassan,(2000).

Pengaruh media massa dan arus perdana globalisasi serta tamadun materialistik masa
kini amat banyak mencetus kritis nilai. Majalah – majalah hiburan yang tidak bermoral
dan beretika berleluasa di pasaran. Filem – filem ganas dan unsur seks yang ditayang
di televisyen secara bebas memberi kesan ke atas pembentukan pelajar. Pelajar-
pelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina
kehidupan mereka. Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral
lantaran tidak memiliki daya spiritual. Menurut Prof. Dr Yusof al – Qardhawi(1999)
mengatakan bahawa kesan yang paling menonjol akibat dari tamadun dewasa ini ialah
terungkainya ikatan akhlak. Dengan ini lahirlah masyarakat yang tidak ada kepimpinan
diri dan akhlak. Keadaan ini akhirnya akan mendedahkan manusia kepada pelbagai
krisis dan gejala yang antaranya berlaku dan mempengaruhi remaja – remaja kita yang
cenderung untuk melakukan pelbagai kegiatan jenayah di sekolah yang akhirnya

14
kewujudan kumpulan – kumpulan gangster dalam pelbagai salah laku jenayah di
sekolah pada hari ini.

 INDIVIDU

Pelajar – pelajar berkemungkinan mempunyai sifat semula jadi yang suka


memberontak dan melanggar peraturan – peraturan sekolah dan lain – lain peraturan
termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya di kalangan rakan
sebaya. Selain itu, pelajar – pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam
bidang akademik dam gagal menjadikan diri mereka sebahagian daripada ahli
masyarakat sekolah masing-masing berkemungkinan cenderung untuk melakukan
jenayah.

 PENGARUH PERSEKITARAN

Pengaruh persekitaran seperti pusat – pusat hiburan, kafe siber, kedai – kedai video
game dan berbagai- bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa
penguatkuasaan undang – undang telah menambahkan lagi kemelut dan keruntuhan
akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan
aktiviti jenayah dan kumpulan samseng.

 PENDIDIKAN DI RUMAH

Pendidikan di rumah oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
membentuk generasi pelajar dan tingkah laku mereka sama ada di sekolah atau di
mana sahaja. Pendidikan agama dan akhlak perlu diberi oleh ibu bapa kepada anak –
anak terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk membina keperibadian dan
sahsiah individu berkenaan ke arah akhlak yang mulia.

 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

15
Ramai pada hari ini tidak lagi mementingkan pelajaran tulisan jawi, samada di peringkat
rendah atau menengah. Bukan sahaja kerana tulisan Jawi inilah satu-satunya warisan
tulisan Melayu yang agung dan ulung, malah yang lebih penting adalah kerana ianya
merupakan elemen terpenting di dalam mempelajari dan mendalami ajaran Islam. Tidak
dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai
aksara, namun oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan Islam, ianya lebih
berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith. Kita tidak
mahu kebutaan jawi generasi kini dan yang akan datang menyebabkan al-Quran dan
hadith dibaca di dalam tulisan rumi yang boleh memesongkan sebutan dan maknanya.
Kesannya kini, majoriti pelajar Muslim tidak tahu membaca dan menulis Jawi, dan
kejahilan inilah yang membawa mereka kepada gejala keruntuhan akhlak disebabkan
kegagalan menguasai dan menghayati al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri.

 KURANG DIDIKAN AGAMA

Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak dapat meluangkan masa
secukupnya untuk bermesra dan membimbing anak – anak dengan didikan agama
yang sewajarnya menyebabkan anak – anak kurang mendapat kasih sayang dan
belaian mesra daripada ibu bapa. Tanggungjawab tersebut diserahkan sepenuhnya
kepada guru – guru di sekolah. Dalam konteks ini, bukan sahaja terbatas kepada
pelajar-pelajar muslim sahaja bahkan juga pelajar-pelajar bukan muslim. Disebabkan
kekurangan asuhan dan bimbingan dari rumah maka anak-anak kurang mempunyai
daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah
terpengaruh dengan persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup
yang mengejar keseronokan dan hiburan, materialistik dan sebagainya. Keadaan ini
akhirnya menjuruskan kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah
wujudnya kumpulan-kumpulan samseng atau gangster yang sering melakukan jenayah
dan mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan.

Analisis Faktor-faktor Yang Paling Mempengaruhi Gejala gengsterisme Di


Sekolah Dari Aspek Rakan Sebaya, Keluarga, Pengaruh Media Dan Individu di
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor

16
Nilai faktor – faktor paling domain

1.00 – 2.33 Rendah


2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi

a. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala Gangsterisme di sekolah dari


aspek rakan sebaya

Jadual 1 : Taburan responden mengikut tahap gangsterisme dari aspek Pengaruh


rakan sebaya.

Tahap Gangsterisme dari aspek rakan Bilangan peratus (%)


sebaya
Rendah(147) 36.8
Sederhana(225) 56.2
Tinggi(28) 7.0
JUMLAH(400) 100.0

Jadual 1 menunjukkan tahap faktor -faktor dari aspek pengaruh rakan sebaya yang
diperoleh oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden
mempunyai tahap faktor gengsterisme dari aspek pengaruh rakan sebaya berada pada
tahap yang sederhana iaitu seramai 225 orang (56.2 peratus). Manakala 147 orang
(36.8 peratus) faktor -faktor dari aspek pengaruh rakan sebaya pada tahap yang
rendah. Selebihnya responden mempunyai tahap pengaruh rakan sebaya pada tahap
yang tinggi iaitu seramai 28 orang (7.0 peratus).

b. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala Gangsterisme di sekolah dari


aspek pengaruh keluarga.

17
Jadual 2 : taburan responden mengikut tahap Gangsterisme dari aspek Pengaruh
Keluarga.

Tahap gangsterisme dari aspek pengaruh Bilangan peratus (%)


keluarga

Rendah(43) 10.8
Sederhana(332) 83.0
Tinggi(25) 6.2
JUMLAH(400) 100.0

Jadual 2 menunjukkan tahap faktor -faktor dari aspek pengaruh keluarga yang
diperoleh oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden
mempunyai tahap faktor gengsterisme dari aspek pengaruh kel uarga berada pada
tahap yang sederhana iaitu seramai 332 orang (83.0 peratus). Manakala 43 orang (10.8
peratus) faktor -faktor dari aspek pengaruh rakan sebaya pada tahap yang rendah.
Selebihnya responden mempunyai tahap pengaruh keluarga pada tahap yang ti nggi
iaitu seramai 25 orang (6.2 peratus).

C. analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala di sekolah tahap taburan


gangsterisme dari aspek media massa

Jadual 3 : Taburan responden mengikut tahap gangsterlisme dari aspek media massa

Tahap Gangsterlisme dari aspek pengaruh Bilangan peratus (%)


media massa

Rendah(59) 14.8
Sederhana(299) 74.8
Tinggi(42) 10.4
JUMLAH(400) 100.0

18
Jadual 3 menunjukkan tahap gengsterisme dari aspek pengaruh media yang diperoleh
oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden mempunyai
tahap faktor gengsterisme dari aspek pengaruh media berada pada tahap yang
sederhana iaitu seramai 299 orang (74.8 peratus). Manakala 59 orang (14.8 peratus)
faktor-faktor dari aspek pengaruh media pada tahap yang rendah. Selebihnya
responden mempunyai tahap pengaruh keluarga pada tahap yang tinggi iaitu seramai
42 orang (10.4 peratus).

d. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala di sekolah tahap taburan


gangsterisme dari aspek individu

Jadual 4: Taburan responden mengikut tahap Gangsterisme dari aspek pengaruh


individu

Tahap gangsterisme dari aspek individu Bilangan peratus (%)

Rendah (31) 7.8


Sederhana(261) 65.2
Tinggi (108) 27.0
JUMLAH(400) 100.0

Jadual 4 menunjukkan tahap faktor -faktor dari aspek pengaruh individu yang diperoleh
oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden mempunyai
tahap faktor gangsterisme dari aspek individu berada pada tahap yang sederhana iaitu
seramai 261 orang (65.2 peratus). Manakala 108 orang (27.0 peratus) faktor -faktor dari
aspek pengaruh rakan sebaya pada tahap yang tinggi. Selebihnya responden
mempunyai tahap pengaruh keluarga pada tahap yang tinggi iaitu seramai 31 orang
(7.8 peratus).

19
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI GANGSTERISME

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI GANGSTERISME

1) Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memperluaskan penggunaan


tulisan jawi

Kementerian Pendidikan Malaysia sewajarnya melebarluaskan penggunaan tulisan jawi


di sekolah-sekolah menengah dan rendah serta institusi pengajian tinggi dan maktab-
maktab dan berusaha mencelikkan masyarakat tentang tulisan Jawi. Tulisan jawi tidak
sewajarnya hanya dipelajari oleh pelajar-pelajar pengajian Islam sahaja, malahan,
semua masyarakat Melayu sewajarnya mempelajarinya. Kita tidak mahu tulisan Jawi
hanya dimonopoli oleh golongan tua dan akhirnya pupus ditenggelami arus

20
kemodenan. Hakikat yang sedang berlaku di IPTA pengajian Islam sendiri menunjukkan
tulisan jawi tidak dipentingkan lagi.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tulisan jawi merupakan citra peradaban
bangsa melayu, sebagaimana yang diungkapkan oleh Wan Hamid Wan Teh "sewaktu
zaman kegemilangan Melayu dahulu, pihak berkuasa Inggeris sama ada wakil kerajaan
Inggeris atau pedagang, berutus surat dengan menggunakan bahasa Melayu dan
tulisan Melayu, iaitu tulisan jawi. Hakikat di sebalik tindakan pihak berkuasa Inggeris ini
merupakan suatu pengiktirafan terhadap tamadun sesuatu bangsa beserta dengan
wibawa citra budayanya. Namun pengiktirafan ini kian luntur apabila bangsa ini sendiri
tidak lagi mengiktiraf citra diri, ciri dan citra tamadun sendiri." (Dewan Budaya, Julai
1998)

2) Ibu bapa perlu memastikan anak – anak mendapat bimbingan, agama dan
moral yang secukupnya.

Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka.


Mereka pewaris kepada bangsa adan negara. Oleh yang demikian ibu bapa perlu
memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang
secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk
keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang
penuh dengan rintangan dan cabaran. Keimanan yang mantap akan mencegah diri
seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka dari terlibat
dengan aktiviti-aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana sahaja.
Firman Allah swt yang bermaksud bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah
daripada perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut : 45) adalah merupakan
menifestasi didikan dan bimbingan yang mantap dari rumah.

3) Faktor agama dan moral dalam membentuk keperibadian,akhlak dan moral


yang tinggi terhadap pelajar dan remaja

Faktor agama dan moral berkait rapat antara satu sama lain dalam membentuk
kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi di kalangan remaja. Kewujudan suatu
kod moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia. Dalam agama-agama
seperti Islam, Kristian, Hindu, nilai-nilai agama adalah terjalin begitu kuat sehingga
perbezaan di antara mereka menjadi tidak ketara dan tidak penting. Pendek kata

21
agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan
mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang individu. (W.P.Yong, 1989) Oleh yang
demikian penekanan kepada pendidikan agama amat penting untuk membentuk
individu yang seimbang sekali gus menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti
gangsterisme.

4) Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dan
pelajar

Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar
adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah
yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan
mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan
mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang
dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan
pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh
menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme.

5) Penguatkuasaan disiplin yang tegas dan berterusan

Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang
berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan
kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan
perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah
juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta
hukuman dan ganjaran.

6) Menghapuskan konsep ‘senior – junior’

Konsep 'senior-junior' di asrama perlu dihapuskan kerana ia menjadi antara


penyumbang kepada masalah gangsterisme di sekolah. Konsep berkenaan turut
menyumbang kepada gejala sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk
pengaruh luar ke kawasan sekolah, khususnya asrama. Penghapusan konsep ini
sebagai langkah bagi membanteras gangsterisme di sekolah yang kini dilihat semakin
berleluasa sehingga membabitkan kematian dan menimbulkan kegelisahan ibu bapa.

22
Walaupun Kementerian Pelajaran memandang serius gejala berkenaan dan pernah
dilapor mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang terbabit, hukuman seperti
dibuang sekolah dan tindakan disiplin tidak memberi kesan dan pengajaran kepada
mereka.Terbaru di Kuantan, Pahang, seorang pelajar Tingkatan Tiga ditendang empat
pelajar senior akibat enggan mengambil air minuman manakala di Kuching, Sarawak,
seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat, Sarawak disepak
dan dipukul sekumpulan pelajar lain. Konsep 'senior-junior' itu akan memburukkan lagi
keadaan apabila seseorang pelajar itu sudah berada lama di sesebuah sekolah atau
asrama berasa bahawa dia lebih berkuasa dan berhak membuat sesuka hatinya.
Seterusnya, selain konsep itu harus dihapuskan, warden di sekolah berasrama juga
perlu meningkatkan lagi rondaan di blok asrama tanpa mengira waktu. Warden
termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan PIBG memainkan peranan. Semua pihak perlu
peka mengenai sebarang perubahan tingkah laku pelajar manakala rondaan di blok
asrama juga perlu dilakukan tanpa mengira waktu. Kerjasama polis membuat rondaan
secara kerap di persekitaran kawasan sekolah juga dilihat mampu membendung
gangsterisme. Selain itu, menjatuhkan hukuman rotan secara tertutup diaktifkan bagi
menghukum pelajar yang terbabit dalam masalah gangsterisme. Dengan cara ini,
pelajar itu akan sedar dan tidak akan mengulanginya kerana dia tahu ibu bapanya juga
tidak berkompromi dengan kesalahan dilakukan. Kementerian Pelajaran juga harus
mengadakan pemantauan yang lebih kepada sekolah yang mempunyai kadar jenayah
tinggi.

7) Pengawalan kumpulan gangster/ samseng perlu dilakukan

Pengawalan kumpulan gengster dan samseng perlu dilakukan secara bersepadu atau
melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu
sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang.
Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai
aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatu kegiatan
gengster dan samseng yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak
pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam
bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan
kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di

23
kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus
aktiviti-aktiviti gangster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang
melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin.

8) Melemahkan dan menghapuskan faktor – faktor penarik dan penolak gejala


gangsterlisme

Melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang


mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan gengster dengan
menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar
agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai
tempat yang kondusif dan seronok untuk belajar.

9) Mengawal jaringan aktiviti gangsterlisme

mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang melibatkan pelajar dengan
menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar bersama melalui tindakan
berkesan. Antaranya pihak sekolah harus mentukan bahawa pelajar-pelajar tidak
melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana
ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak
pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli
kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa
dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu
selepas tamat sesi persekolahan harian.

24
PERBINCANGAN

Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin


dan gejala salah laku di kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan
umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan
untuk pengukuhan disiplin diperingkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara
yang sering dikaitkan dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah
kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini
pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah dianggap sebagai fenomena biasa. Berita
salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk
diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang
begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi dan yang penig kepala ialah
ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan
kewujudan kumpulan samseng ini antaranya pengaruh media massa, pengaruh
perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan luar bandar,
pengaruh meterialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu untuk
perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam

25
diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah
dan lain-lain lagi.

Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar bukan sahaja
berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga
di sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan felda, felcra serta
kawasan-kawasan perkampungan. Ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin di
kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan
pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan
pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah.

Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran
dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru
disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu
diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara gejala ini merupakan
suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya.Selain itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan
seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus -kursus berhubung dengan
masalah gengsterisme yang perlu dihadapi oleh guru. Dari aspek kekerapan perlakuan
gengsterisme juga menunjukkan di tahap sederhana dan memandangkan perlakuan
gengterisme tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama
pihak luar seperti komuniti, pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu
untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa dalam perjalanan ke
sekolah dan pulang dari sekolah. Ini mendorong kegiatan perlakuan gengsterisme di
sekolah berada di tahap sederhana sama ada di dalam sekolah, di luar sekolah dan
semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. Selain itu, tahap sikap responden untuk
mengelakkan sifat keganasan ketika berada di bangku persekolahan.ciri –ciri utama ahli
kumpulan gengterisme dikalangan pelajar sekolah dari aspek simbol, pakaian dan gaya
adalah berada pada tahap rendah kerana ciri -ciri gengsterisme sukar dilakukan kerana
mudah dikesan oleh pihak berwajib. aktiviti-aktiviti utama gangsterisme yang terdapat

26
disekolah dari aspek peras ugut, menconteng dinding, melawan guru, mencemuh dan
mencaci, ponteng sekolah di empat buah negeri adalah di tahap rendah.

KESAN – KESAN GANGSTERISME

Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

1) Negara
2) Masyarakat
3) Individu

27
KESIMPULAN
Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbnagkan semua pihak. Ia
merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini
telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan semua pihak adalah penting dalam
menangani isu ini supaya ia dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di
rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka
mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan
arus perdana globalisasi. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan
melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya
mencapai matlamat falsafah Pendidikan Negara kita.

28
REFLEKSI
Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan
kerja kursus mata pelajaran kemahiran belajar dengan jayanya.Daripada hasil kerja
kursus ini banyak perkara telah saya belajar dan dapat saya simpulkan bahawa segala
kepentingan,kebaikan,kelebihan serta pengalaman yang saya peroleh daripada
tugasan ini akan saya praktikkan dan akan membantu dalam kerjaya saya
nanti.Manakala perkara yang negatif juga saya ambil untuk dijadikan pedoman

Dalam menghasilkan tugasan ini saya menghadapi beberapa kesukaran antaranya


ialah dalam proses mendapatkan maklumat.Sumber rujukan di pusat sumber sangat
terhad dan mengambil masa untuk mendapatkan maklumat.Selain itu,saya juga sukar
mendapatkan maklumat melalui internet kerana masalah wireless sehingga saya
terpaksa meminta bantuan rakan-rakan lain.Tetapi pekara ini banyak mengajar saya erti
kesabaran dan pengorbanan dalam menghasilkan tugasan berkualiti.Segala
permasalahan yang timbul dapat saya atasi dengan baik.

Isu gangsterime semakin menjadi-jadi dan ianya memberi kesan kepada guru-guru.
Ianya mengeruhkan keadaan di sekolah, ianya menjadi cabaran kepada guru.

Setelah selesai menyempurnakan tugasan ini,saya sedar bahawa banyak


kekurangan dalam diri saya yang perlu dibaiki dan diatasi dengan segera.Tugasan ini
juga secara tidak langsung dapat mematangkan lagi diri saya dalam menghadapi
tugasan sebegini.Selain itu, tunjuk ajar yang berguna daripada pensyarah
matapelajaran Kemahiran Belajar, En. Abdul Hadi Bin Mohamad amat saya hargai
begitu juga kawan-kawan yang banyak memberi sokongan moral dan idea-idea.

29
Tuntasnya,saya amat berpuas hati dengan hasil kerja ini kerana dapat memberi saya
banyak pengalaman dan kebaikan untuk meningkatkan usaha serta mutu kerja saya.

Sekian,terima kasih.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA :MUHAMMAD SUYUTHI BIN ABDUL SAMAD

NO.KAD PENGENALAN : 910505-07-5327

UNIT : PPISMP PENGAJIAN ISLAM & AL-QURAN (SEMESTER 1)

KERJA KURSUS : KEMAHIRAN BELAJAR

NAMA PENSYARAH : EN. ABDUL HADI BIN MOHAMAD

30
TARIKH PERKARA YANG CATATAN TANDATANGAN
DIBINCANGKAN
PENSYARAH/PELAJAR

BIBLIOGRAFI

Dr.Yusof al-Qurdhawi, 1999, Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, Bangi : Maktabah
al-Qardhawi.

Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7 November


1979), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd Sulaiman Haji Yassin, 1992, Akhlak dan Tasauf, Bangi : Yayasan Salman.

31
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral, Bangi:
UKM.

Iheoma, E.O, “The Role of Religion in Moral Education”, Journal of Moral Education, Vol
15, no 2, May 1986.

Majalah Massa, 5-11 Ogos 2000

Berita Harian, 13 Julai 2000

1) Berita harian, 14 Ogos 2009


2) Berita harian, jumaat 6 mac 2009
3) Berita Harian, Sabtu 28 Feb 2009
4) Harian Metro, 11 Julai 2009
5) http//:Utusan.com.my
6) http// :eprints.utm.my/1483/1/faktor jurnal.pdf
7) www. Geocities. Com/pendislam/gangster.html

LAMPIRAN

32
LAMPIRAN

33
LAMPIRAN

34
LAMPIRAN

35
LAMPIRAN

36
8 September 2009

Oleh HAFIZ ABBAS

mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

TIGA pelajar memanjat pagar SMK Bukit Rangin, Kuantan untuk keluar merempit
semalam.

KUANTAN - Ketika pelajar lain meraikan sambutan Hari Guru, sekumpulan kira-kira 30
pelajar lelaki ponteng sekolah dan berkeliaran bagaikan pelesit dengan menunggang

37
motosikal ala mat rempit di sekitar kawasan perumahan di Permatang Badak dan Bukit
Rangin di sini semalam.

Mereka lengkap beruniform sekolah menengah dengan rambut serta wajah masing-
masing dicalit pelbagai warna. Dengan selamba mereka mempamerkan aksi-aksi
bahaya menunggang motosikal tanpa mempedulikan penduduk di situ.

Tinjauan wartawan Kosmo! pada pukul 9.30 pagi mendapati beberapa pelajar tersebut
memanjat pagar belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin untuk
menyusup keluar sebelum membonceng motosikal rakan yang menunggu di luar.

Ketika diekori, mereka didapati berkumpul di sebuah rumah penduduk di Rumah Murah
Permatang Badak di sini berdekatan SMK Sungai Isap sebelum keluar beramai-ramai
secara konvoi di jalan raya.

Beberapa penduduk memberitahu, pelajar terbabit dipercayai datang ke sekolah pada


awal pagi sebelum menyusup keluar pada waktu rehat melalui pintu pagar belakang
sekolah ketika sambutan Hari Guru diadakan.

SEBAHAGIAN daripada pelajar SMK Bukit Rangin, Kuantan yang ponteng berjalan
bagaikan samseng ketika ponteng sekolah semalam.

38
Menurut mereka, kumpulan pelajar terbabit dikatakan sering merempit pada waktu
sekolah di jalan-jalan di sekitar kawasan perumahan antara SMK Bukit Rangin dengan
SMK Sungai Isap.

"Pelajar ponteng dan menunggang ala mat rempit selalu ada di sini sejak dulu lagi,
sama ada di sebelah pagi pada waktu sekolah mahupun sebelah petang. Bilangan
mereka bukan seorang dua.

"Ada ketikanya keadaan macam pesta kerana di kiri kanan jalan ramai penonton yang
melihat aksi mereka seperti lumba haram di Kuala Lumpur," kata seorang penduduk
yang enggan dikenali.

KOSMO! Online.

39

You might also like