P. 1
Tuntutan Pendidikan Sepanjang Hayat

Tuntutan Pendidikan Sepanjang Hayat

|Views: 745|Likes:
Published by ps_da

More info:

Published by: ps_da on Sep 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2012

pdf

text

original

TUNTUTAN PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT 4 JANUARI 2008 / 25 ZULHIJJAH 1428 H

:

. .

.

.
MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA, Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian marilah kita meningkatkan takwa kepada Allah S.W.T. dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita semua menjadi manusia beriman yang memiliki kualiti modal insan salih.

Sempena dengan bermulanya sesi persekolahan tahun baru 2008, maka minbar yang mulia ini, ingin mengambil kesempatan untuk mengupas tentang tajuk ³Tuntutan Pendidikan Sepanjang Hayat´. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ayat 1 hingga 5 surah al-µalaq. Perintah iqra¶ yang bermaksud µbacalah¶ kepada Nabi S.A.W, adalah isyarat betapa Islam memberikan perhatian yang cukup besar tentang kepentingan ilmu dalam menentukan darjat manusia.

Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

Maksudnya: ³Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.´.

Ketika menggesa umat Islam mengambil perhatian mengenai peringatan Allah itu, Rasulullah SAW bersabda:

".

"
( Riwayat Imam Ibnu Majah)

Maksudnya: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam"

Selari dengan tuntutan Islam, maka kerajaan sedaya upaya berusaha menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat. Pada setiap tahun bidang pendidikan mendapat peruntukan yang kedua terbesar selepas Kementerian Pertahanan. Dalam bajet tahun 2008, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion perbelanjaan kepada Kementerian Pelajaran dan RM12 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Perbelanjaan itu adalah meliputi program pengajian yang berkaitan dengan program pengajian pengurusan dunia dan juga progran yang berkaitan dengan akhirat. Kedua-dua program pengajian ini adalah bermanfaat kepada masyarakat Islam bagi menghadapi persaingan dengan kaun yang lain samada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan agama kerajaan telah melancarkan program kemahiran Jawi, Al-Quran dan Bahasa Arab (J-Qaf) yang dijangka melibatkan 10,000 orang guru agama di samping mengekalkan program pendidikan Islam sedia ada. Di samping itu, kerajaan juga terus menyediakan Kelas Asas Pendidikan Fardhu Ain (KAFA) untuk pelajarpelajar sekolah rendah yang menelan belanja RM214 juta setahun. Apa yang nyata kerajaan

sentiasa berusaha memperseimbangkan kemajuan program pendidikan yang berasaskan pengurusan dunia dan juga akhirat. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH, Selari dengan permulaan musim persekolahan ini, maka Minbar yang mulia ingin mengingatkan bahawa pendidikan bukan hanya berlaku di sekolah. Pendidikan sebenarnya bermula segera setelah anak lahir dan akan berterusan sehingga manusia meninggal dunia. Pada dasarnya sebahagian besar masa anak-anak dihabiskan bersama dengan ibubapa. Ibubapa atau keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama bagi proses pembelajaran seorang individu sekaligus meletakkan dasar pembentukan keperibadian anak. Pendidikan anak diperolehi terutama melalui interaksi antara ibubapa dan anak. Ketika berinteraksi dengan anaknya, ibubapa akan menunjukkn sikap dan perlakuan tertentu terhadap anak-anaknya. Oleh itu bagi menentukan kesinambungan proses pembelajaran antara sekolah dengan pembelajaran di rumah, maka ibubapa perlu dari masa ke semasa menyemak dan menyiasat kemajuan pendidikan dan disiplin anak-anak.

Berdasarkan pemerhatian terdapat perkaitan yang kuat bahawa besar penglibatan ibubapa dalam memajukan pendidikan anak-anak, maka besar pulalah kejayaan anak-anak dalam pendidikan. Dengan demikian Ibubapa tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada sekolah dan guru-guru sahaja dalam menentukan kejayaaan anak-anak. Ibubapa hendaklah memainkan peranan dan kerjasama rapat dengan pihak pengurusan sekolah. MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKELIAN Satu lagi pihak yang turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti modal insan selepas ibu-bapa ialah guru-guru. Kadang kala berlaku ketegangan hebat antara guru-guru dengan ibubapa yang nyata menjejaskan kualiti pendidikan di sesebuah sekolah. Sebagai langkah positif, maka ibubapa dan masyarakat hendaklah memberi penghormatan dan kepercayaan besar kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan pelajar-pelajar mereka masing-masing.

Oleh itu kita berharap khususnya ibubapa jangan mudah melenting, jangan hilang kewarasan dan hendaklah bersifat lapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin keras ke atas pelajar. Kita yakin tindakan tegas guru dalam mendisiplinkan pelajar adalah untuk memberi pengajaran dan memulihkan akhlak pelajar agar sedia berubah menjadi insan yang berguna. Jika guru-guru bersikap sambil lewa dan tidak tegas dalam mengawal disiplin pelajar kerana takutkan ibu-bapa, maka ia akan merugikan ibu-bapa dan pelajar itu sendiri.

Apa yang nyata, Islam memberi pengiktirafan yang besar terhadap peranan guru-guru kerana guru memberi sumbangan yang besar dalam penyebaran ilmu kepada setiap jenerasi. Rasululah menyifatkan mereka yang menyebarkan ilmu itu adalah orang yang mewarisi tugastugas kenabian. Rasulullah bersabda:

".

"
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

Maksudnya: ´Para ulama itu adalah pewaris para Nabi.´

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH Pada hari ini kita melihat orang yang mengejar ilmu pengetahuan semakin bertambah hingga bilangannya amat mengejutkan terutama sekali muda mudi kita dan pelajar-pelajar dalam pelbagai peringkat. Ini menunjukkan wujud tanda positif bahawa kesedaran menuntut ilmu semakin meningkat samada mereka dari bandar atau luar bandar. Berdasarkan kesedaran meningkat ini, maka kita melihat wujud persaingan sengit untuk mendapat tempat di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat pertambahan orang mengejar ilmu dari masa ke semasa?. Allah SWT menciptakan alam dengan seluruh isinya penuh dengan rahsia yang perlu dibongkarkan demi kemanfaatan manusia. Lantaran itulah maka Allah menjadikan manusia yang dibekalkan akal menjadi khalifah di muka bumi ini. Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30 :

Ertinya: ³Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi ini´.

Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan bumi ini untuk manusia, untuk ditadbir dengan sebaik-baiknya sesuai dengan penciptaan manusia sebagai khalifah. Sebagai khalifah, kita bertanggungjawab dan berkewajipan menguruskan muka bumi untuk kebaikan kita sendiri, manusia, haiwan, alam sekitar dan planet-planet lain yang berkaitan. Ingatlah! Mentadbir muka bumi ini bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan penguasaan ilmu pengetahuan. Menguruskan alam merupakan amanah berat yang harus dipikul dan kelak akan

dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.

Di samping itu manusia adalah makhluk yang tumbuh dan berkembang. Ia ingin mencapai satu tahap kehidupan yang selesa. Selama manusia berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupannya, menambah ilmunya, memperhebatkan peribadinya, prestasi kerjanya,

penampilannya, maka selama itulah proses pendidikan berjalan terus. Ini bermakna proses pendidikan dalam kehidupan manusia tidak terhad pada zaman persekolahan dan universiti sahaja malah berlaku pada sepanjang hayat. Sebab itu kita melihat ramai tokoh-tokoh politik, pemimpin kerajaan, ulama dan mereka yang telah berjaya dalam kerjaya terus membaca dan menjadi ulat buku bagi memenuhi keperluan tuntutan agama, organisasi, masyarakat dan negara. MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA, Sesungguhnya banyak kelebihan bagi orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Antaranya dapat menghindarkan diri dari kejahilan, dapat membezakan antara yang benar dan tidak tidak benar. Selain itu segala kerja dan amalan yang dilaksanakannya tidak sia-sia malah beroleh keredhaan Allah S.W.T serta memberi faedah kepada dirinya dan manfaat kepada orang lain. Dalam hubungan ini, Nabi junjungan kita pernah bersabda mengenai tiga amalan yang sentiasa berterusan. Sabda Rasulullah S.A.W:

:

".

"

Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang ditinggalkannya atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannnya". (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini memberi peringatan besar kepada umat Islam khususnya ibubapa bahawa membekalkan atau mewariskan ilmu pengetahuan menjadi saham terpenting dan amat bernilai kepada anak-anak untuk meneruskan survival mereka pada masa akan datang di dunia global yang penuh mencabar.

Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini menyeru, marilah sama-sama kita berusaha menambah ilmu pengetahuan dalam segala bidang. Jadikanlah ia sebagai warisan generasi kita. Berbanggalah kita dengan menjadikan ilmu sebagai tuntutan sepanjang hayat. Jadikan ia sebagai matlamat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan berilmu insyaAllah kita menjadi umat yang cemerlang di mata dunia dan juga di akhirat nanti.

Kepentingan ilmu dalam kehidupan bermasyarakat Ustaz Zainudin Hashim Fri | Apr 25, 08 | 12:08:07 pm MYT

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak bercakap dari mulut ke mulut mengenai kebaikan para pemimpin di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat yang belum sampai pemerintahannya menjangkau tiga bulan. Iklan

Namun kepimpinannya sudah terserlah melalui pelbagai keputusan kabinet yang memberangsangkan dari sudut dasar yang diperjuangkan. Pulau Pinang sebagai contoh, walaupun diketuai oleh Ketua Menteri bukan Islam, namun kesungguhannya untuk mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara, dibuktikan dengan kenaikan elaun guru-guru Kafa, di samping ketegasannya agar semua masjid di negeri itu diaktifkan semula dengan program-program ceramah agama, dengan harapan apabila semakin ramai orang belajar agama, maka kadar jenayah dan perkara-perkara negatif berjaya dikurangkan kalau tidak pun dihapuskan sama sekali. Begitu juga dengan negeri-negeri lain selain Kelantan, yang bersungguh untuk menaikkan elaun guru-guru Kafa dan sekolah agama rakyat (SAR). Ini bermakna, para pemimpin di lima negeri berkenaan mahukan agar bidang pendidikan agama diberi keutamaan supaya rakyat semakin celik dengan agama mereka, selaras dengan hasrat pimpinan PAS Pusat untuk menjadikan ahli-ahlinya individu yang berilmu. Kenapa perlu kepada ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama? Menurut tokoh ulamak kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin berkenaan. Begitulah juga dengan masalah agama, kebanyakan manusia bernama Islam hari ini semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, ada yang tidak sembahyang, puasa, mengucap, memakan riba, rasuah, membunuh orang tanpa sebab yang dibenarkan dan lain-lain, akibat tidak memperdalami ataupun duduk dalam majlis-majlis ilmu agama. Merekalah sasaran kita, bagaimana mungkin kita mampu untuk memperkata sesuatu mengenai agama bagi menasihatkan mereka jika kita sedniri tidak menguasai ilmu-ilmu alat. Malah yang bukan Islam juga semakin menunjukkan minat untuk tahu, apakah sebenarnya Islam, adakah ia satu agama yang menyuruh penganutnya supaya bertindak ganas, ataupun agama yang mendidik mereka ke jalan kebenaran. Apabila dilihat kepada situasi selepas pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, ia memperlihatkan kesungguhan bangsa-bangsa lain bukan Islam menyokong Islam, persoalannya di sini,

bagaimana kita mampu menghadapi situasi di mana mereka mahukan kita membimbing mereka, tidak mungkin kita boleh menyampaikan sesuatu terbaik kepada mereka jika kita sendiri kosong daripada ilmu-ilmu alat. Ilmu tersangat penting dalam agenda harian hidup muslim Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Mana mungkin baginda nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu. Sesunggunnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya. Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep Usul Fiqh , bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya. Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t. Apa sebenarnya ilmu-ilmu alat itu? Kita mesti bertindak segera, masa untuk tidur dan berhibur sudah berlalu, yang penting kita kena belajar ilmu-ilmu alat tersebut yang terdiri daripada ilmu-ilmu Syariah Islam dan Usuluddin . Ilmu Syariah Islam yang menitik-beratkan persoalan ilmu fiqh, Usul fiqh, ayat-ayat hukum, sama ada yang ada dalam al-Quran atau hadis-hadis hukum yang membicarakan persoalan harian khususnya dalam konteks ibadat dan amalan, masalah kenegaraan, kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara, dasar-dasar hukum Islam dan lain-lain. Ia boleh dijelmakan secara praktikal dengan mempelajari ilmu fiqh, ilmu akhlak Islam termasuk ilmu-ilmu Usululddin seperti tafsir, hadis, Sirah, ilmu akidah-tauhid, tasauf dan lain-lain yang dilihat penting yang menjadi alat kepada kita untuk menyelesaikan banyak perkara, terutamanya ketika menghadapi isu-isu semasa yang melibatkan peroslan hukum agama seperti penternakan babi, masyarakat majmuk, pelaksanaan hukum hudud, tahaluf siasi (percantuman) parti-parti politik yang terbentuk daripada pelbagai fahaman dan agama. Kesemua itu perlu digarap dengan serius jika kita mengaku bukan sahaja sebagai ahli parti Islam, malah sebagai orang Islam yang menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.

Dengannya kita akan menjadi ummah yang kuat yang mampu menghadapi sebarang kemungkinan, kerana kita sudah bersedia dari peringkat awal lagi bahawa Islam mampu menguasai dan memerintah bumi ini dengan segala kebaikan yang hanya datang daripada Allah s.w.t. - mns_

Kenapa perlu kepada ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama? Menurut tokoh ulamak kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin berkenaan. Begitulah juga dengan masalah agama, kebanyakan manusia bernama Islam hari ini semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, ada yang tidak sembahyang, puasa, mengucap, memakan riba, rasuah, membunuh orang tanpa sebab yang dibenarkan dan lain-lain, akibat tidak memperdalami ataupun duduk dalam majlis-majlis ilmu agama. Merekalah sasaran kita, bagaimana mungkin kita mampu untuk memperkata sesuatu mengenai agama bagi menasihatkan mereka jika kita sedniri tidak menguasai ilmu-ilmu alat. Malah yang bukan Islam juga semakin menunjukkan minat untuk tahu, apakah sebenarnya Islam, adakah ia satu agama yang menyuruh penganutnya supaya bertindak ganas, ataupun agama yang mendidik mereka ke jalan kebenaran. Apabila dilihat kepada situasi selepas pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, ia memperlihatkan kesungguhan bangsa-bangsa lain bukan Islam menyokong Islam, persoalannya di sini, bagaimana kita mampu menghadapi situasi di mana mereka mahukan kita membimbing mereka, tidak mungkin kita boleh menyampaikan sesuatu terbaik kepada mereka jika kita sendiri kosong daripada ilmu-ilmu alat. Ilmu tersangat penting dalam agenda harian hidup muslim Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Mana mungkin baginda nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu. Sesunggunnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya. Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep Usul Fiqh , bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya. Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t. Apa sebenarnya ilmu-ilmu alat itu? Kita mesti bertindak segera, masa untuk tidur dan berhibur sudah berlalu, yang penting kita kena belajar ilmu-ilmu alat tersebut yang terdiri daripada ilmu-ilmu Syariah Islam dan Usuluddin . Ilmu Syariah Islam yang menitik-beratkan persoalan ilmu fiqh, Usul fiqh, ayat-ayat hukum, sama ada yang ada dalam al-Quran atau hadis-hadis hukum yang membicarakan persoalan harian khususnya dalam konteks ibadat dan amalan, masalah kenegaraan, kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara, dasar-dasar hukum Islam dan lain-lain. Ia boleh dijelmakan secara praktikal dengan mempelajari ilmu fiqh, ilmu akhlak Islam termasuk ilmu-ilmu Usululddin seperti tafsir, hadis, Sirah, ilmu akidah-tauhid, tasauf dan lain-lain yang dilihat penting yang menjadi alat kepada kita untuk menyelesaikan banyak perkara, terutamanya ketika menghadapi isu-isu semasa yang melibatkan peroslan hukum agama seperti penternakan babi, masyarakat majmuk, pelaksanaan hukum hudud, tahaluf siasi (percantuman) parti-parti politik yang terbentuk daripada pelbagai fahaman dan agama. Kesemua itu perlu digarap dengan serius jika kita mengaku bukan sahaja sebagai ahli parti Islam, malah sebagai orang Islam yang menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Dengannya kita akan menjadi ummah yang kuat yang mampu menghadapi sebarang kemungkinan, kerana kita sudah bersedia dari peringkat awal lagi bahawa Islam mampu menguasai dan memerintah bumi ini dengan segala kebaikan yang hanya datang daripada Allah s.w.t. ± mns

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->