You are on page 1of 6

Pengertian Dan Hukum Solat Tahajjud

Oleh Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Solat Tahajjud (Qiyaamul Lail) adalah solat sunnah yang dilakukan seseorang setelah bangun
dari tidurnya pada malam hari meskipun tidurnya hanya sebentar. Sangat ditekankan apabila
solat ini dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir kerana pada saat itulah waktu doa
dimakbulkan.

Hukum solat Tahajjud adalah sunnah muakkadah (sunnah yang sangat ditekankan). Solat
sunnah ini telah tetap berdasarkan dalil dari al-Qur-an, Sunnah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wa sallam, dan ijma’ kaum Muslimin.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

[17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

[18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada
Allah (memohon ampun). [Adz-Dzaariyaat: 17-18]

Allah Ta’ala berfirman:

[16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan
sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka
dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi
(keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri
kepada mereka.

[17] Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah
dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan
menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. [As-
Sajdah: 16-17]

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman.

[9] (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam
dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat
Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil
pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. [Az-Zumar: 9]

Dan Allah Tabaaraka wa Ta’ala berfirman:

[79] Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud
padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [Al-Israa’: 79]

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Solat yang paling utama setelah solat yang fardu adalah solat pada waktu tengah malam.” [1]
Keistimewaan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud memiliki sekian banyak keutamaan dan keistimewaan sehingga seorang
penuntut ilmu sangat ditekankan untuk mengerjakannya. Di antara keistimewaannya adalah:

1. Solat Tahajjud adalah sebaik-baik solat setelah solat fardu. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wa sallam bersabda:

“Sebaik-baik puasa setelah (puasa) Ramadan adalah puasa di bulan Allah, Muharram, dan
sebaik-baik solat setelah solat yang fardu adalah solat malam.” [2]

2. Solat Tahajjud merupakan kemuliaan bagi seorang Mukmin.Rasulullah shallallaahu ‘alaihi


wa sallam bersabda:

“Malaikat Jibril mendatangiku, lalu berkata, ‘Wahai Muhammad, hiduplah sekehendakmu


kerana kamu akan mati, cintailah seseorang sekehendakmu kerana kamu akan berpisah
dengannya, dan beramallah sekehendakmu kerana kamu akan diberi balasan, dan ketahuilah
bahawa kemuliaan seorang Mukmin itu ada pada solat malamnya dan tidak merasa perlu
terhadap manusia.” [3]

3. Kebiasaan orang yang salih.


4. Pendekatan diri kepada Allah Ta’ala.
5. Menjauhkan dosa.
6. Penghapus kesalahan.

Keempat keutamaan ini (bilangan 3-6) terangkum dalam sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wa sallam:

“Hendaklah kalian melakukan solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang salih
sebelum kalian, ia sebagai amal taqarrub bagi kalian kepada Allah, menjauhkan dosa, dan
penghapus kesalahan.” [4]

7. Solat malam adalah wasiat yang pertama kali Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam
sampaikan kepada penduduk Madinah ketika beliau memasukinya. Beliau shallallaahu ‘alaihi
wa sallam bersabda:

“Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturahim, dan solatlah
pada malam hari ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk Syurga dengan
selamat.” [5]

8. Solat malam sebagai sebab diangkatnya darjat seseorang. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa
sallam bersabda, ketika ditanya tentang tingkatan dalam darjat:

“Memberi makan, ucapan yang sopan-santun, dan solat pada malam hari ketika orang lain
tidur.” [6]

9. Dapat menguatkan hafalan al-Qur-an, membantu bangun untuk solat Subuh, mencontoh
generasi terdahulu, dan lainnya.

Solat Tahajjud Rasulullah


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkan solat Tahajjud, baik
ketika beliau sedang mukim maupun sedang safar. ‘Aisyah radhiyaallahu ‘anha pernah
berkata, “Apabila Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melakukan solat (malam), beliau
berdiri hingga telapak kakinya merekah.” Lalu ‘Aisyah radiyallaahu ‘anha berkata, “Kenapa
engkau melakukan semua ini. Padahal Allah Ta’ala telah mengampuni dosa-dosamu yang
telah lalu dan yang akan datang?” Lalu beliau menjawab,

“Wahai ‘Aisyah, apakah tidak layak aku menjadi hamba yang banyak bersyukur.” [7]

Solat Tahajjud Para Salafush Shalih

Diriwayatkan dari Abu Qatadah (wafat th. 54 H) radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah keluar pada suatu malam, tiba-tiba beliau bertemu
dengan Abu Bakar radhiyallaahu ‘anhu yang sedang mengerjakan solat dengan melirihkan
suaranya.” Abu Qatadah berkata, “Kemudian beliau bertemu dengan ‘Umar yang sedang
mengerjakan solat dengan mengeraskan suaranya. “

Abu Qatadah berkata, “Tatkala keduanya berkumpul di sisi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam, beliau berkata kepada keduanya, ‘Wahai Abu Bakar, aku lalu ketika engkau sedang
solat dan engkau melirihkan suaramu.’ Abu Bakar berkata, ‘Sesungguhnya aku telah
memperdengarkan kepada Rabb yang aku bermunajat kepada-Nya, wahai Rasulullah.’” Abu
Qatadah berkata, “Kemudian beliau bertanya kepada ‘Umar, ‘Aku telah lalu, ketika itu
engkau sedang mengerjakan solat dengan mengeraskan suaramu.’” Abu Qatadah berkata,
“Lalu ‘Umar menjawab, ‘Wahai Rasulullah, aku telah membangunkan orang-orang yang
sedang tidur terlelap dan mengusir syaitan.’ Lalu Nabi bersabda, ‘Wahai Abu Bakar, keraskan
suaramu sedikit.’ Dan berkata kepada ‘Umar, ‘Wahai ‘Umar, lirihkan suaramu sedikit.”[8]

Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam (wafat th. 136 H) rahimahullaah bahwa ‘Umar radiyallaahu
‘anhu melakukan solat malam dalam waktu yang cukup lama hingga di akhir malam beliau
membangunkan keluarganya untuk melakukan solat. Beliau berkata, “Solatlah kalian!
Solatlah kalian!” Kemudian beliau membaca ayat berikut:

[132] Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah
engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan)
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertakwa. [Thaahaa: 132]” [9]

Diriwayatkan dari Ibnu Sirin rahimahullaah, dia berkata, “Isteri ‘Usman berkata ketika beliau
terbunuh, ‘Sungguh kalian telah membunuhnya. Sesungguhnya dia (‘Utsman bin ‘Affan,
wafat th. 35 H) selalu menghidupkan malamnya dengan al-Qur-an (dalam solat malam).’”
[10]

Diriwayatkan bahawa Dhirar bin Dhamrah al-Kinani rahimahullaah mensifati ‘Ali bin ‘Abi
Talib radiyallaahu ‘anhu ketika dia dipanggil oleh Amirul Mukminin Mu’awiyah bin Abi
Sufyan radiyallaahu ‘anhuma, ia mengatakan, “Beliau (‘Ali) tidak merasa gembira dengan
dunia dan gemerlapnya dan beliau merasa gembira dengan malam dan kegelapannya. Aku
bersaksi kepada Allah, sesungguhnya aku pernah melihatnya pada beberapa kesempatan
ketika malam telah gelap dan bintang telah tenggelam, beliau telah berdiri miring di tempat
solatnya sambil meraba janggutnya dan menangis seperti orang yang ditimpa kesedihan.
Maka seakan-akan aku mendengarnya mengatakan, ‘Wahai Rabb, wahai Rabb,’ dengan
penuh permohonan kepada-Nya.” [11]

Abu Usman an-Nahdi rahimahullaah mengatakan, “Aku pernah bertamu pada Abu Hurairah
radiyallaahu ‘anhu selama tujuh hari. Ternyata dia, isterinya, dan pembantunya membahagi
malam menjadi tiga.

Apabila yang satu telah solat, lalu membangunkan yang lain.” [12]

Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda mengenai diri ‘Abdullah bin ‘Umar
radhiyallaahu ‘anhuma. “Sebaik-baik orang adalah ‘Abdullah, seandainya ia mahu solat
malam.” [13]

Sesudah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda demikian, dia tidak banyak tidur
di waktu malam. Sebagian besar malamnya digunakan untuk solat dan memohon ampun
kepada Allah Ta’ala. Kadang-kadang dia melakukannya hingga menjelang sahur. Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada isteri beliau, Hafsah, “Sesungguhnya saudaramu
(Ibnu ‘Umar) seorang yang salih.” [14]

Ibnu ‘Abbas radiyallaahu ‘anhuma mengatakan, “Aku pernah solat (malam) di belakang
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam di akhir malam, lalu beliau mengarahkan diriku
sejajar dengannya.

Tatkala selesai aku berkata, “Apakah patut bagi seseorang jika dia melakukan solat sejajar
denganmu, padahal engkau adalah utusan Allah.’ Lalu beliau berdoa kepada Allah agar Dia
memberikan kepadaku tambahan pemahaman dan ilmu.” [15]

Mengenai firman Allah Ta’ala, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.” Al-Hasan al-
Basri rahimahullaah berkata, “Mereka hanya sebentar tidur di waktu malam.” Dan mengenai
firman-Nya, “Dan di akhir malam mereka memohon ampun.” [Adz-Dzaariyaat: 17-18] Al-
Hasan berkata, “Mereka memanjangkan solat hingga waktu sahur, kemudian mereka berdoa
dan merendahkan diri.” [16]

‘Ali bin al-Husain bin Syaqiq rahimahullaah mengatakan, “Tidak pernah kulihat orang yang
lebih tepatbacaannya daripada Ibnul Mubarak. Tidak ada yang lebih baik bacaannya dan lebih
banyak solatnya daripada dia. Dia solat sepanjang malam, baik dalam perjalanan (safar)
mahupun yang lainnya. Dia mentartilkan bacaan dan memanjangkannya, dia sengaja
meninggalkan tidur agar orang lain tidak mengetahui bilamana dia bersolat.” [17]

Yahya bin Ma’in rahimahullaah mengatakan, “Aku belum pernah melihat seorang pun yang
lebih utama daripada Waki’ bin al-Jarrah rahimahullaah, dia tekun melakukan solat,
menghafalkan banyak hadis, sering solat malam, dan banyak berpuasa.” Puteranya, Ibrahim,
berkata, “Ayahku solat malam dan semua penghuni rumah, sampai pembantu kami, juga ikut
solat.” [18]
__________
Catatan kaki
[1]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1163 (203)), dari Shahabat Abu Hurairah
radhiyallaahu ‘anhu.
[2]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam Muslim (no. 1163 (203)), dari Shahabat Abu
Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.
[3] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh al-Hakim (IV/325), dishahihkannya dan disepakati adz-
Dzahabi, sanadnya dihasankan oleh al-Mundziri dalam at-Targhiib wat Tarhiib (I/640). Beliau
menisbatkan hadits ini kepada ath-Thabrani dalam al-Ausath, dan Imam al-Haitsami memberi
isyarat tetapnya sanad ini dalam kitabnya Majma’uz Zawaa-id (II/253) dan menisbatkannya
kepada ath-Thabrani dalam al-Ausath. Hadits ini dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam
Silsilah ash-Shahiihah (no. 831) dan beliau menyebutkan tiga jalan periwayatan: dari ‘Ali,
Sahl, dan Jabir radhiyallaahu ‘anhum.
[4]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi (no. 3549), al-Hakim (I/308), dan al-
Baihaqi (II/502), lafazh ini milik al-Hakim, dari Shahabat Abu Umamah al-Bahili
radhiyallaahu ‘anhu.
[5]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (V/451), at-Tirmidzi (no. 2485), Ibnu
Majah (no. 1334, 3251), al-Hakim (III/13), ad-Darimi (I/340), dan selainnya, dari Shahabat
‘Abdullah bin Salam radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (no. 569).
[6]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (V/243), at-Tirmidzi (no. 3235), dan al-
Hakim (I/521), dari Shahabat Mu’adz bin Jabal radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Shahiih Sunan at-
Tirmidzi (III/99, no. 2582).
[7]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 4837) dan Muslim (no. 2820), lafazh ini
milik Muslim [8]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 1329), at-Tirmidzi (no.
447), dan al-Hakim (I/310), lafazh ini milik Abu Dawud.
[9]. Muwaththa’ Imam Malik (I/117, no. 5), Tafsiir ath-Thabari (III/840, no. 24461), dan
Tafsiir Ibni Katsir (III/189).
[10]. Kitab az-Zuhd (no. 671), karya Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullaah.
[11]. Hilyatul Auliyaa’ (I/126, no. 261).
[12]. Al-Ishaabah fii Tamyiizish Shahaabah (IV/209).
[13]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1122, 1157), Muslim (no. 2479),
Ahmad (II/146), dan ad-Darimi (II/127).
[14]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2478) dan at-Tirmidzi (no. 3825).
[15]. Siyar A’laamin Nubalaa’ (III/338).
[16]. Kitab az-Zuhd (no. 1487), karya Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullaah.
[17]. Kitaab Jarh wat Ta’diil (I/266).
[18]. Shifatush Shafwah (II/723, no. 453).

Artikel ini diterbitkan semula oleh Majalah.Dompas.net dari Almanhaj.or.id disalin dari buku
Menuntut Ilmu Jalan Menuju Surga “Panduan Menuntut Ilmu”, Penulis Yazid bin Abdul
Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa, PO BOX 264 – Bogor 16001 Jawa Barat –
Indonesia, Cetakan Pertama Rabi’uts Tsani 1428H/April 2007M Majalah.Dompas.net
dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia
juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber
Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, dan lain-lain.

Dipetik oleh:
Ahmad Sanusi Husain: www.ahmad-sanusi-husain.blogspot.com
CEO, GlobalPro Consulting: www.globalpro.com.my

You might also like