You are on page 1of 3

Terjemahan Teks Ucapan

PENGERUSI PELAKSANA KIBAR

Mukaddimah:
Dengan
BismilLah
AlhamdulilLah (Tahmid) dan Selawat.

Pembukan:
Terima kasih kepada Pengacara Majlis.
Yang dimuliakan Tuan Pengetua SMAIP Al-Fadhil Us. Zainuddin Mahmud.
Penolong Kanan Pentadbiran Al-Fadhil Us. Hj. Jasri Bin Hj. Juhor.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Maskupah Ag. Limuddin.
Penolong Kanan Bahagian Kurikulum Al-Fadhil Us. Fuad Imamu Wahdan Syamsul Hadi.
Penolong Kanan Bahagian Ko-Kurikulum Al-Fadhil Us. Akbar Bin Husain.
Penasihat Kelab Bahasa Arab Al-Fadhil Us. Hj. Abd. Kadir Bin Abdullah.
Semua Tenaga Pengajar SMAIP.
Anak-anakku Putera dan Puteri yang sangat di kasihi sekelian.

Isi Ucapan:
Pertama sekali saya mengambil peluang keemasan ini untuk menglu-alukan kedatangan
yang mulia tuan pengetua yang baru balik dari negara Amman Jordan yang jauhnya
mengambil masa kira-kira 18 jam dengan menaiki pesawat (ballon kata orang Sarawak).
Kita ucapkan: Selamat datang (Seribu AlhamduliLah kerana selamat kata orang Arab).
Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh beliau terhadap AJK Pelaksana KIBAR, anak-
anak para peserta kepada “Kursus yang masih SUNTI ini”. Sekalipun beliau masih terlalu
penat dan letih serta sakit-sakit setelah kembali dari negara Amman Jordan dengan
mengharungi berbagai kepayahan dan kerumitan sepanjang penerbangan pulang. Beliau
terus sahaja ke mari dari KLIA dan belumpun sempat kembali menemui anak-anak dan
isteri beliau yang dirindui di negara Brunei Darus Salam. Beliau telah memaksa diri
untuk datang menemui kita dan seterusnya akan menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan perasmian penangguhan kursus KIBAR. Kita ucapkan selamat datang
tuan pengetua yang dikasihi.
Semua ini menunjukkan bahawa beliau begitu prihatin dan kometed dengan kerja
(kursus) yang besar ini. Ini amat sesuai sekali dengan menamakan kursus ini dengan
singkatan “KIBAR” (membawa makna DEWASA) sebagai kata jamak kepada perkataan
“KABIR” (yang bermakna BESAR). Bermakna di dalam pengendalian kursus ini
terdapat banyak perkara yang dianggap cabaran BESAR. Seperti kemusykilan yang
besar, masalah yang besar, kesabran yang besar dan perjuangan yang besar. Samada
dirasai oleh AJK Pelaksana mahupun oleh anak-anak peserta kursus Kibar. Kita telah
menempuh berbagai masalah seperti kerosakan mesin potostat misalnya. Kerana
peranannya yang begitu besar dalam melakukan kerja-kerjanya memotostat kertas kerja
dan bahan berkaitan kursus. Kerosakan akibat beban tugasnya yang berat dan besar itu
menyebabkan tertangguhnya penyedian sebahagian dari kertas kerja yang disediakan
untuk kursus ini.
Demikian pula pelbagai masalah yang ditanggung oleh AJK Pelaksana seperti masalah
yang dihadapi oleh Us. Fuad apabila ahli keluarga beliau memerlukan khidmat beliau
dalam pengurusan perkahwinan ahli keluarga beliau di Sandakan dengan pasangannya di
Beaufort. Beliau telah mengadukan hal tersebut kepada saya ketika sedang mengawas
peperiksaan apabila beliau terpaksa bertarung perasaan antara “Kibar yang penting atau
Keluarga”. Saya telah menasihatkan supaya beliau memilih kepentingan keluarga dengan
berkata “Serahkanlah kepada Allah, pilihlah kepentingan keluarga selesai masalahmu”.
Pada hakikatnya saya merasa begitu bimbang dan takut dengan ketiadaan beliau kerana
menganggap beliau lebih utama dan penting berbanding dengan keupayaan dua tangan
saya (untuk mengendalikan Kibar).
Saya pujuk hati saya dengan berkata: “berserahlah kepada Allah, jangan takut dan jangan
gentar Allah bersama kita”. Demikian pula apa yang menimpa Us. Akbar apabila salah
seorang dari ahli keluarga isterinya meninggal dunia saya kata “Eloklah dibawa bersabar”
sedangkan saya merasakan ketiadaan beliau bersama bagaikan kehilangan dua biji mata
kerana beliaulah yang memberi semangat dan dorongan untuk saya terus melaksanakan
Kibar. Demikian juga yang berlaku terhadap “Pengacara Majlis” kita yang popular juga
menghadapi masalah apabila isteri kepada bapa saudara beliau (Us. Shahrin Imran) telah
kembali kerahmatullah dihari-hari terakhir peperiksaan. Kami telah pergi menziarahi
kawan karib kami Al-Hafis itu dan mengucapkan takziah. Saya melihat mata beliau
merah dan bengkak kerana banyak menangis lalu saya katakan “Semoga Allah
merahmatinya dan memasukkan beliau dalam golongan wali-wali dan mereka yang
soleh, sabarlah terhadap apa yang menimpa, bersabar itu amat elok”. Saya tidak sedar
bila kedua mata saya bergenang air mata sehingga kami sama-sama menyembahyangkan
jenazah isterinya. Beliau sendiri yang menjadi iman walaupun terpaksa mengambil masa
untuk memulakan solat jenazah kerana terlalu sebak. Setelah selesai dia meminta Us. Hj.
Jasri untuk membacakan doa kerana dia sudah tidak larat meneruskannya kerana ketika
itu kedua matanya mencucurkan air mata bagaikan hujan yang turun lebat.
Ketika itu saya berkata di dalam hati: “Bilakah pula sampainya giliran aku? Sekiranya dia
kembali kepada Allah akibat derita penyakit “Kencing Manis” aku juga salah seorang
dari pengidap penyakit yang bahaya yang dikatakan sebagai pembunuh yang nombor satu
di negara kita. Kejadian ini mendorong saya bertekad untuk meneruskan kursus KIBAR.
Sekalipun syaitan sering kali membisikan perkataan “Tengoklah keupayaan kamu untuk
melaksanakan kursus ini, siapa nak tolong kamu? Kamu sendiri? Apa sebenarnya yang
kamu mahu? Minta dipuji atau….? Ketika itu saya hampir-hampir mengangkat ke atas
kedua belah tangan saya dan “surrander” menyerah kalah terhadap hasutan yang
menyesatkan itu.
Akhirnya saya berserah bulat-bulat kepada Yang Hidup lagi Tiada Mati (Allah) dengan
menguatkan azam dan tekad. AlhamdulilLah dengan berkat taufiq dan hidayah dari Allah
serta bantuan semua AJK Pelaksana akhirnya kursus KIBAR berjaya juga dilancarkan
sehinggalah tiba masa menuai pada hari yang penuh gemilang dan bercahaya dari cahaya
yang datang bersama tuan pengetua yang dikasihi.
Antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah mengujudkan suasana perbincangan dan
membuat kajian pada setiap peserta mengenai kertas kerja dan bahan yang disediakan.
Antaranya ialah perbualan harian ketika bangun pagi, ketika sarapan, kudapan mararau
dan megabi. Semua bahan ini adalah hasil usaha pelajar tingkata 6, lalu dengan bersusah
payah (kerana kurang mampu) saya terjemahkan ke Bahasa Arab Fasih. Oleh itu saya
dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dari segi
kaedah nahu berkaitan dengan gaya bahasa dan pembarisan ayat aatau dari segi kesalahan
tulisan samada disedari ataupun tidak. Demikian juga dengan kertas kerja yang bertajuk
“Kehadiran Pelawat” yang menunjukkan bagaimana cara berbahasa dengan orang yang
kita hormati dengan mengunakan gaya bahasa yang khusus hormat dan bersopan ketika
bercakap. Saya membuat kertas kerja ini kerana khuatir kalau ada pelawat luar datang
bertutur dalam bahasa arab sedangkan anak didik kita masih menamalkan perbualan yang
hanya layak dituturkan dengan sesama pelajar. Terdapat banyak lagi bahan dan kertas
kerja tidak sempat dicetak kerana kerosakkan mesin potostat seperti perbualan murid
perempuan dengan ketua kelas kerana masalah matematik yang gagal difahami dan ingin
berjumpa cikgu Sazali. Perbualan yang dimuatkan ialah perbualan yang bersopan di
antara murid dan guru dengan menggunakan gaya bahasa yang elok dn bersopan. Saya
berharap keretas kerja tersebut akan boleh diedarkan kepada murid satu hari nanti.

Jemaah guru dan pelajar yang dikasihi sekelian.


Kedua : saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada
semua peserta Kibar atas kesungguhan dan kometmen yang ditunjukkan demi
menghidupkan Kibar. Mudah-mudahan anda semua diberkati Allah mendapat taufiq dan
hidayah sehingga mampu meningkatkan prestasi seterusnya berjaya meraik kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi Amin!
Saya juga ingun mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar terbaik Kibar dan juga
kumpulan terbaik Kibar yang akan diumumkan oleh pengetua sebentar nanti. Demikian
juga kepada para pemenang acara pertandingan sempena kibar seperti pertandingan
membaca, melukis, pengucapan syaer, membuat nota dan hafazan. Demikian juga kepada
semua pegawai polis serta perisik Kibar. Kesemua peserta akan menerima sijil penyertaan
atau sijil penghargaan kerana memenangi tempat pertama kedua dan ketiga.

Akhir sekali mari kita sebutkan kalimat perangsang Kibar iaitu:


“Peserta Kibar Boleh!!-kejayaan dalam peperiksaan boleh- keputusan Mumtaz boleh-
keputusan 10 Mumtaz STAM boleh.

Sekian.

You might also like