You are on page 1of 222

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AMALAN TERBAIK GURU

Kementerian Pendidikan Malaysia


2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ii

CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

iii Isi Kandungan KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN) vi

vii

Kandungan

Muka Surat

1 2 3 4 5 6

Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah Mohd Jamil Bin Rosli SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan(Bidang Pembelajaran: Pilih atur dan Gabungan) Suhaimi bin Mohd Tabiee SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang Memelihara Masa InstruksionalMata Pelajaran: Biologi, Strategi : Guru Muda Roziah Ayub SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak Blog Modul Pembelajaran Kendiri Gempurbio.Blogspot:Alternatif kepada Pengajaran dan Pembelajaran Tanpa Guru Mahadiah binti Muda SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

20

26

33

Intergrasi Idea Kreatif, Inovatif Melindungi Masa Instruksional di Sekolah


Muhamad Shahlyme binAbd Wahid Haryani binti Ismail SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan 47

iv

7 8 9 10 11 12 13

Pengurusan Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) Yang Berkesan di Sekolah Katherine Tan Teck Neo SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka Guru Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus(2)Unik dan Cemerlang Hamimah binti Hamid Jamilah binti Osman Norrehan binti Mohamad Nuur Hidayah binti Ab Hamid SK Convent Infant Jesus 2, Melaka Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Geografi PMRBerdasarkan Peta dengan Menggunakan Teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta Rohani binti Hamzah SMK Durian Daun,Melaka Kepimpinan Instruksional: Melindungi Masa Pembelajaran Miracle Fingers (Matematik Sekolah Rendah Tahap 2) Shahril bin Othman Azmi bin Abd Rahim Rahim bin Hassan SK Maran, Maran, Pahang Team Teaching Sebagai Langkah Instruksional Noraini binti Ibrahim SK Tengku Mahmud Nurul Syafinaz binti Ishak SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut Melindungi Masa

67

76

94

111

129

Pengajaran Berkesan Penggunaan Wazan Board dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab Andi Kaswia binti Abdul Kadir SMKA Kota Kinabalu, Sabah HUBAGAM: Pendekatan Kontekstual Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Iqra Farida binti Abdul Rahman SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan Visual dalam

148

158

v Pengajaran Dan Pembelajaran YangBerkesan Di Sekolah Untuk MeningkatkanKeberhasilan Pembelajaran Murid Mohd Fauzi bin Hashim SK Paya, Beseri, Perlis Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Di Bilik Darjah Dapat Menjana Modal InsanYang Berpengetahuan, Berkemahiran, Dan Menghayati Nilai-Nilai Murni Ab. Aziz bin Omar SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan

14 15 16 17

169

182

Glosari

208

Penyumbang

211

vi

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 yang melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang 1 (2013 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan menentukan program pembangunan profesionalisme guru. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

vii

Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025. Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran dalam kalangan murid. Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 2025. Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah. HAJI SUFAAT BIN TUMIN

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Muka Surat

| 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara. Di negara kita, isu kemenjadian murid menjadi perhatian di semua peringkat lapisan masyarakat dan menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai, maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan.

Pemerhatian oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM mendapati berlaku penurunan masa instruksional di sekolah atas sebab ketidakhadiran guru kerana tugasan rasmi dan tidak rasmi di luar. Kebarangkalian ini akan menjejaskan pengurusan sekolah, kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Maka, amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian bagi membangunkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mengasah potensi murid menjadi kritis, kreatif dan inovatif. Senario ini akan memberikan impak positif kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sehubungan dengan itu, penerbitan buku ini diharapkandapat membantu guru dan semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan masa

instruksional di sekolah, memastikan pengamalan MMI terlaksana seperti yang dikehendaki. Perkongsiankepakaran guru-guru yang terhimpun ini semestinya menjadi rujukan, panduan, serta berupaya meningkatkan motivasi kepada
Muka Surat

| 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

semua pengamal MMI. Keberkesanan pengamalan MMI akan memantapkan kualiti penyampaian dan penyaluran ilmu pendidik kepada anak-anak didik mereka merentasi semua aspek di sekolah masing-masing.

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,

b)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,

c)

semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d)

memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesandalam kalangan murid di semua sekolah, dan

e)

memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.

Keseluruhannya, adalah penting bagi semua guru membudayakan MMIbagi memastikan pendidikan berkualiti dicapai dengan berkesan di peringkat sekolah demi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Faktor keberadaan guru di sekolah perlu diutamakan supaya semua murid memperoleh pendidikan yang terbaik dan berkualiti. Penyediaan pendidikan yang berkualiti

Muka Surat

| 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

akan melahirkan modal insan yang berpotensi untuk memajukan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara pada masa akan datang.

Muka Surat

| 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUK KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID FORMULA SEJARAH

Muka Surat

| 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUK KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID FORMULA SEJARAH

oleh MOHD JAMIL BIN ROSLI SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Jalan Besar, Arau, Perlis

Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran guru dalam melindungi masa instruksional (protecting instruksional time)khususnya berkaitan dengan kaedah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah SPM. Berdasarkan analisis daripada peperiksaan pertengahan tahun dan latihan yang dibuat, murid didapati belum menguasai beberapa kemahiran khususnya berkaitan dengan kefahaman sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Hal ini seterusnya, menyukarkan mereka mengingati peristiwa tersebut. Isu ini menyebabkan guru sejarah kesuntukan masa menyelesaikan sukatan pelajaran. Bagi menangani masalah ini dan pada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional kaedah newnomek (yang berasaskan pencarian kata kunci bagi setiap ayat diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik) telah digunakan. Kaedah ini gelarkan sebagai Formula Sejarah. Modul pembelajaran dan penilaian kendiri dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran pada akhir tiap-tiap sesi pembelajaran. Langkah yang diambil telah membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah serta menarik minat mereka untuk terus mempelajari mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, penguasaan dan kefahaman murid tentang kandungan tajuk yang dipelajari turut meningkat.

Muka Surat

| 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Selaras dengan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2013, Formula Sejarah dicipta bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Sejarah terutamanya di peringkat SPM dan formula ini juga dapat melindungi masa instruksional mata pelajaran ini serta sukatan pelajaran dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi mata pelajaran Sejarah, murid sering merungut bahawa mata pelajaran ini membosankan kerana banyak yang perlu dibaca dan banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini akan menyukarkan mereka untuk menghafal dan menjadikan mata pelajaran Sejarah kurang diminati. Hal ini juga menyebabkan peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah merosot setiap tahun. Justeru, satu teknik dalam mengingat fakta sejarah dicipta berdasarkan kaedah newnomek, iaitu pencarian kata kunci bagi setiap ayat dan diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik. Kaedah ini digelarkan sebagai Formula Sejarah.

Pendekatan Formula Sejarah

Terdapat 4 Pendekatan dalam mengingat fakta sejarah iaitu: i. Menggunakan huruf awal dalam ejaan Raja Berpelembagaan = Ramli Burger ii. Menggunakan sebutan awal dalam perkataan Singapura = Singa iii. Menggunakan sebutan akhir dalam perkataan Raja = Kerja Menggunakan perkataan lain yang hampir sama sebutannya / sama maksudnya Harold = Herot
Muka Surat

| 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Huruf awal

SAYA
Sebutan awal

Sebutan akhir

Contoh 1

Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5) 1. Ciri-ciri Malayan Union i. Semua NNS, NMB, dan NMTB disatukan ii. Singapura diasingkan sebagai tanah jajahan Mahkota British iii. Pemerintah tertinggi Malayan Union (MU) ialah Gabenor British iv. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu dan boleh berbincang berkaitan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu v. Negeri ditadbir oleh Pesuruhjaya British vi. Kerakyatan Jus Soli diwujudkan. Formula: Semua Singa Malu Kerja Curi Cili
Kata Kunci Semua = Semua Singapura = Singa MU = Malu Raja = Kerja Negeri = Curi Soli = Cili

Contoh 2 Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5) 1. Ciri-ciri PTM 1948
Kata Kunci 11 Buah = 11 Bulan Senarai = Se 11 buah negeri Persekutuan = Puluh = Hari ii. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk Negeri Pesuruhjaya = Berjaya = Melahirkan iii. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Melayu Raja = Ramli Tanah Melayu Berpelembagaan = Burger

i. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan

iv. Pesuruhjaya Tinggi British memelihara kedudukan istimewa orang Melayu v. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan

Formula: 11 bulan Sepuluh Hari Berjaya Melahirkan Ramli Burger


Muka Surat

| 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebelum diperkenalkan
Tahun 2006 1A 1 2A 7 3B 10 4B 8 5C 9 6C 7 7D 10 8E 10 9G 2 Peratus Lulus 97 GPK 4.81 Jumlah Murid 69

2007

12

11

17

95

5.15

74

2008

10

11

11

94

63

Analisis Keputusan SPM 2006 Hingga 2008

Bil. Pelajar

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2006

Gred

Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2006 dilihat lebih dalam gred 3B, 7D, dan 8E serta tidak ramai yang mendapat gred 1A dan 2A.

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2007


Bil. Pelajar

Gred

Keputusan Sejarah dalam SPM 2007 pula dilihat lebih dalam gred 3B, 4B, 5C, dan 6C berbanding dengan gred 1A dan 2A yang paling sedikit.
Muka Surat

| 9

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2008


Bil. Pelajar

Gred

Manakala keputusan Sejarah dalam SPM 2008 dilihat lebih dalam gred 4B, 5C, 6C, dan 7D berbanding dengan gred 1A dan 2A.

GRAF GPK SEJARAH SPM 2006 2008


GPK

Tahun

GRAF PERATUS KELULUSAN SEJARAH SPM 2006 - 2008


Peratus

Tahun

Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2006 hingga 2008 tidak memuaskan
Muka Surat

| 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kerana keputusan semakin menurun dari tahun ke tahun. Malahan banyak gred tertumpu kepada gred 5C hingga 8E dan bukannya di gred 1A dan 2A. Hal ini, menunjukkan bahawa murid-murid tidak berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

STRATEGI PELAKSANAAN Dalam proses PdP, Formula Sejarah digunakan melalui tiga langkah yang mudah:

Langkah 1 Murid-murid diajar dan diberikan nota terlebih dahulu berkenaan dengan sesuatu tajuk. Contoh Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka 1. Cadangan Suruhanjaya Reid i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu iii. Hak istimewa orang Melayu iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu v. Membentuk satu bangsa PTM vi. Kerakyatan Jus Soli vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

2. Kandungan PTM 1957 i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
Muka Surat

| 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan v. Kerakyatan dibahagikan kepada 3, iaitu permohonan, kuat kuasa undangundang, dan naturalisasi vi. Kerakyatan Jus Soli diterima vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Langkah 2 Formula Sejarah diberikan untuk memudahkan murid mengingat peristiwa / fakta dalam tajuk tadi. 1. Isu / cadangan Suruhanjaya Reid i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu iii. Hak istimewa orang Melayu iv. Kedudukan Raja-raja Melayu v. Membentuk satu bangsa PTM vi. Kerakyatan Jus Soli vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Formula: Satu Hari Isteri Ramli Basuh Cili Dalam Mesin)
Kata Kunci Persekutuan = Satu Negeri = Hari Istimewa = Isteri Raja = Ramli Bangsa = Basuh Soli = Cili Islam = Dalam Melayu = Mesin

2. Kandungan PTM 1957 i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan ix. Kerakyatan dibahagikan kepada tiga iaitu
Muka Surat

| 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kata Kunci Persekutuan = Satu naturalisasi Negeri = Hari Istimewa = Isteri v. Kerakyatan Jus Soli diterima Raja = Ramli Kerakyatan = Keringkan vi. Agama Islam sebagai agama rasmi Tiga = Tiga vii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Soli = Cili Islam = Dalam Melayu = (Formula: Satu Hari Isteri Ramli Keringkan Tiga Cili Dalam MesinMesin)

permohonan, kuat kuasa undang-undang dan

Langkah 3 Soalan berbentuk SPM sebenar dan skema jawapan: Contoh: Percubaan SPM SBP 2011 7. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh RajaRaja Melayu dengan pihak British pada 15 Ogos 1957.

(a) Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. [6 markah] (b) Jelaskan isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. [8 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaan yang telah kita capai selama ini ? [6 markah] Selepas Diperkenalkan
Peratus Lulus 100 100 100 Jumlah Murid 105 78 81

Tahun 2009 2010 2011

A+ 0 3 8

A 9 12 25

A21 10 21

B+ 27 19 17

B 21 13 6

C+ 11 11 3

C 12 5 1

D 3 4 0

E 1 1 0

G 0 0 0

GPK 3.81 3.36 2.01

Muka Surat

| 13

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Analisis Keputusan SPM 2009 Hingga 2011

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2009


Bil. Pelajar

Gred

Pada tahun 2009 didapati tidak ada murid yang gagal dalam keputusan Sejarah peringkat SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2009 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B, dan C+.

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2010

Bil. Pelajar

Gred

Pada tahun 2010 juga tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Malah terdapat 3 orang murid yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Sejarah. Tumpuan

Muka Surat

| 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

keputusan Sejarah dalam SPM 2010 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B, dan C+.

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2011


Bil. Pelajar

Gred

Pada tahun 2011 tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dilihat lebih dalam gred A+, A, A-, dan B+.

GRAF GPK SEJARAH SPM 2009 - 2011

GPK

Tahun

Muka Surat

| 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GRAF GPK SEJARAH SPM DARI TAHUN 2006 - 2011

GPK

Tahun

Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2009 hingga 2011 adalah baik kerana keputusan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Malah banyak tumpuan kepada gred A+ hingga B bukannya di gred C+ hingga G. Hal ini, menunjukkan bahawa murid-murid berminat terhadap mata pelajaran Sejarah dan memperoleh skor yang baik dalam SPM. Formula Sejarah di Sekolah Lain Formula sejarah di SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis diperkenalkan pada tahun 2011
Peratus Jumlah 51 48 Tahun A+ A AB+ B C+ C D E G Murid Lulus GPK 6.29 5.31

2010 2011

0 1

0 6

2 4

4 5

5 3

6 1

8 6

9 10

4 5

13 7

75 85

Muka Surat

| 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan pencapaian murid banyak kepada gred A, B, dan C pada tahun 2011 berbanding pada tahun 2010 yang tertumpu di gred D, E, dan G. Hal ini, menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan.

2. Formula Sejarah di SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka diperkenalkan pada tahun 2011

Peratus Lulus

Tahun

A+

A-

B+

C+

2010 2011

0 1

2 4

2 6

3 10

11 7

9 5

3 5

9 2

7 1

0 0

100 100

5.24 3.71

Muka Surat

Jumlah Murid 46 41

GPK

| 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan pencapaian murid banyak kepada gred A dan B pada tahun 2011 berbanding pada tahun 2010 yang tertumpu di gred C, D, dan E. Hal ini juga, turut menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan.

CADANGAN

Antara cadangan ialah: 1. Memperkenalkan Formula Sejarah di semua Sekolah Menengah negeri Perlis untuk meningkatkan pencapaian subjek Sejarah dalam SPM negeri Perlis. 2. Pendekatan Formula Sejarah juga dapat digunakan untuk subjek lain seperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Geografi, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiah, dan lain-lain lagi.

Muka Surat

| 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Memperkenalkan Formula Sejarah kepada KPM untuk diuar-uarkan kepada semua sekolah berkaitan dengan pendekatan Formula Sejarah ini yang berkesan kepada PdP dalam meningkatkan prestasi murid.

PENUTUP

Pendekatan

Formula

Sejarah

yang

diperkenalkan

ternyata

berjaya

meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam matapelajaran Sejarah SPM dan pada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional (protecting instructional time) dengan berkesan. Hal ini demikian kerana masa yang diperuntukkan bagi PdP Sejarah berjaya dioptimumkan, sukatan dapat diselesaikan lebih awal dan guru ada waktu untuk mengulang kaji malahan dapat menarik minat dan menambah keyakinan murid untuk menghadapi SPM. Diharap pendekatan Formula Sejarah ini dapat diperkenalkan di semua sekolah terutamanya di negeri Perlis seterusnya dapat meningkatkan pencapaian SPM bagi negeri tersebut.

Rujukan Formula Sejarah, Pertandingan Inovasi Konvensyen Kebangsaan 2011, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, pada 30 Oktober hingga 2 November 2011 di AFamosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Yasmi Yahya, Setiausaha Peperiksaan, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Jalan Besar, 02600 Arau, Perlis. Nor Suzila Sarmani, Guru Sejarah, SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka Kairul Fahmey Hashim, Guru Sejarah, SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis

Muka Surat

| 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN (Bidang Pembelajaran : Pilih Atur dan Gabungan)

Muka Surat

| 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN (Bidang Pembelajaran: Pilih Atur dan Gabungan)

oleh SUHAIMI BIN MOHD TABIEE SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang

Abstrak Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ( KPBMT ) ini merupakan set bahan bantu mengajar yang akan digunakan oleh murid-murid secara individu ataupun berkumpulan dengan bimbingan guru untuk mempelajari konsep Pilih Atur dan Gabungan (Permutation and Combination) yang dijalankan secara penerokaan kendiri (hands on). Kit Pembelajaran ini mengandungi satu kotak terbuka, satu kotak peti terbuka lima ruang sebaris, lima keping kad bertanda A, B, C, D, dan E, Modul Aktiviti Murid dan Lampiran Aktiviti Murid. Murid-murid akan menjalani aktiviti penerokaan untuk mencari dan memahami konsep Pilih Atur dan Gabungan dengan cara menyusun kad-kad yang disediakan mengikut arahan berpandukan Modul Aktiviti Murid yang disediakan. Hasil susunan yang dibuat disenaraikan dalam Lampiran Aktiviti. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, murid-murid akan membuat perbandingan antara Pilih Atur dan Gabungan. Akhirnya, murid-murid akan cuba menerbitkan sendiri definisi Pilih Atur dan Gabungan. Aktiviti diteruskan lagi dengan mencari bilangan susunan pilih atur yang melibatkan bilangan kad yang lebih banyak. Murid akan diberikan cabaran untuk memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih mudah. Kaedah-kaedah lain akan ditemukan setelah menjalani aktiviti-aktiviti yang seterusnya. Aktiviti akan diteruskan di peringkat yang lebih mencabar iaitu dengan meneroka masalah yang diberikan dalam pelbagai situasi. Murid akan mula cuba mengaplikasi konsep yang telah ditemukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada peringkat lanjutan, aktiviti dijalankan tanpa perlu lagi menggunakan kit pembelajaran. Diharapkan pada peringkat ini, konsep pilih atur itu telah pun dikuasai. Isi pendidikan di peringkat ini lebih berfokus kepada penyelesaian masalah yang berkaitan. Aktiviti penerokaan yang sama dijalankan untuk konsep gabungan.

Muka Surat

| 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Kaedah pembelajaran secara penerokaan kendiri agak sukar diamalkan khususnya untuk subjek Matematik Tambahan. Kekurangan bahan bantu mengajar yang khusus untuk topik-topik dalam mata pelajaran ini menyebabkan guru-guru ketandusan idea untuk mengamalkan kaedah tersebut. Atas sebab itulah, maka Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini direka cipta untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan. Penggunaan Kit Pembelajaran Bijak yang dijalankan secara penerokaan kendiri ini diharapkan akan memberikan impak yang positif ke arah meningkatkan kefahaman murid dalam tempoh yang lebih cepat dan berkesan sejajar dengan matlamat program Melindungi Masa Instruksional (MMI).

PERNYATAN ISU / CADANGAN

Tidak mudah untuk mengajarkan konsep Pilih Atur dan Gabungan. Penerangan guru menggunakan bahan bantu mengajar yang hanya boleh dilihat dan ditonton oleh murid boleh menyebabkan murid membuat tanggapan yang salah. Masalah utama semasa mengajarkan topik ini ialah murid-murid tidak dapat membezakan sama ada suatu masalah yang diberikan itu suatu masalah pilih atur ataupun masalah gabungan. Murid-murid akan mencari kata kunci bagi menyatakan pendirian mereka. Kesilapan dalam menentukannya akan menyebabkan kesalahan yang besar.

Menyedari situasi ini, maka kit pembelajaran bijak ini direka cipta supaya pembelajaran murid dapat dibuat secara penerokaan kendiri (hands on). Diharapkan dengan menggunakannya, murid akan dapat berfikir dengan lebih matang dan bijak dalam membuat tanggapan yang tepat supaya masalah yang dinyatakan tidak berlaku lagi.
Muka Surat

| 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian: (a) (b) kaedah belajar secara penerokaan kendiri perlu diamalkan, kit Pembelajaran Bijak perlu dijadikan bahan bantu mengajar ke arah penerokaan ilmu yang lebih efektif, dan (c) mengamalkan pembelajaran secara berfikir bukan belajar secara menghafal.

KESIMPULAN

Pembelajaran secara penerokaan kendiri ialah satu amalan pembelajaran yang perlu diamalkan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat terkini. Sumber ilmu pengetahuan sudah semakin luas dan konsep-konsep yang dipelajari sudah tidak lagi terbatas. Kini, Sukatan pelajaran perlu dilihat sebagai panduan dan bukan sebagai acuan. Murid-murid perlu digalakkan untuk mendalami sesuatu ilmu itu lebih daripada jangkauan mereka.

CADANGAN

Dicadangkan supaya Kit Pembelajaran Bijak ini disebarluaskan kepada semua murid di seluruh negara. Ciptaan dan rekaan baharu perlu dihasilkan ke arah memperkaya khazanah bahan bantu mengajar yang lebih efektif dari semasa ke semasa.

Muka Surat

| 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini ialah rekaan asli oleh : SUHAIMI BIN MOHD TABIEE Guru Cemerlang Matematik Tambahan SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Muka Surat

| 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN ( Pilih Atur dan Gabungan )

Kotak peti terbuka 5 ruang sebaris

Satu kotak kosong

5 keping kad bertanda A, B, C, D, dan E

Kalkulator Saintifik 570

Modul Aktiviti Murid

Muka Surat

| 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL MATA PELAJARAN BIOLOGI STRATEGI : GURU MUDA

Muka Surat

| 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL MATA PELAJARAN BIOLOGI STRATEGI : GURU MUDA

oleh ROZIAH BINTI AYUB SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

Abstrak

Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dalam rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, memelihara masa instruksional ialah aspek penting yang perlu diambil kira. Bagi mata pelajaran Biologi, konsep Guru Muda didapati berjaya meningkatkan kualiti dalam kalangan calon SPM di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kaedah ini berfokus kepada penyelesaian masalah murid yang tidak dapat mempamerkan jawapan berkualiti dalam menjawab soalan berbentuk esei kerana tidak ada keyakinan diri untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran yang telah diterima. Tiga kategori murid diambil kira iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah. Konsep Guru Muda melibatkan semua murid secara aktif kerana mereka berada dalam kalangan rakan sebaya dan bebas memberikan pendapat dalam isu yang dibincangkan. Kumpulan guru muda ini akan dapat memperkukuh kefahaman mereka dan memperoleh keyakinan diri yang tinggi lantas memantapkan pencapaian kumpulan cemerlang mata pelajaran. Kumpulan sederhana dan lemah pula dapat memanfaatkan guru muda untuk menghasilkan pembelajaran berkesan melalui komunikasi yang baik dengan pemantauan berterusan daripada pihak guru. Konsep kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir menjadi tunjang kepada strategi ini.

Muka Surat

| 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Hakikatnya, masa instruksional mempunyai status saintifik yang sama seperti Konsep Homeostasis dalam biologi, pengukuhan dalam psikologi atau graviti dalam fizik. Seperti konsep yang lebih digemari ini, masa instruksional juga membenarkan ruang untuk kefahaman, ramalan dan kawalan, lantas menjadikan ia konsep yang berbaloi untuk diambil perhatian secara serius dalam pendidikan. (Berliner, 1990).

Masa instruksional ialah masa konteks guru dengan murid dalam persekitaran instruksional semasa hari persekolahan, sebagai contoh, semua kelas yang dihadiri dalam satu hari persekolahan. Waktu rehat murid dan masa peralihan mata pelajaran terkecuali daripada masa instruksional.

Guru perlulah ada perancangan yang mantap untuk mewujudkan masa instruksional yang berkualiti supaya semua murid mendapat peluang yang sama untuk mempertingkatkan pembelajaran. Terdapat dua elemen yang penting dalam PdP yang berkesan iaitu guru mesti mempunyai idea yang jelas tentang objektif pembelajaran dan guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang kreatif untuk mencapai objektif berkenaan. Murid yang telah didedahkan kepada masa instruksional yang berkualiti akan dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan PdP yang digunakan oleh guru haruslah meliputi berbagai-bagai strategi yang menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam suatu pembelajaran yang aktif dan konstruktif. Murid perlu mengalami perubahan pemikiran, kebolehandan sikap, kesan daripada proses pengajaran (Gagne, 1974).

Muka Surat

| 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

Guru sering berpuas hati apabila isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan kepada murid tanpa mengambil kira sama ada pengajarannya memberikan impak kepada penguasaan murid atau tidak. Hakikatnya, murid sering berasa bosan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat chalk and talk dan sudah pasti hasil pembelajaran yang diperoleh tidak mencapai matlamat. Tidak banyak berlaku perubahan pemikiran, kebolehan, dan sikap yang dialami oleh murid. Keputusan peperiksaan tidak menunjukkan peningkatan. Keputusan peperiksaan ialah fokus utama kerana keberkesanan pengajaran guru sentiasa diukur berdasarkan tahap kejayaan yang dicapai oleh murid dalam peperiksaan.

CADANGAN TINDAKAN DAN PENYELESAIAN

Pendekatan Kaedah Guru Muda merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran Biologi terhadap calon mata pelajaran Biologi SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Fokusnya ialah menjawab soalan esei Kertas 2 dengan peruntukan markah 40% daripada markah keseluruhan kertas tersebut dengan berkesan. Soalan yang dipilih ialah soalan-soalan sebenar peperiksaan SPM yang terdahulu dan soalan-soalan lain yang dikenal pasti oleh guru sebagai soalan popular dan kekerapan dalam peperiksaan SPM. Keupayaan menjawab soalan esei juga akan membantu dan meningkatkan kemampuan murid menjawab Kertas 1 dan Bahagian A bagi Kertas 2.

Persediaan awal untuk mengklasifikasi murid mengambil kira tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah yang boleh ditentukan melalui keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOVMuka Surat

| 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Take off value). Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan cemerlang akan dilatih sebagai Guru Muda. Sekiranya ada murid lain yang menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan, mereka juga akan dilantik menjadi Guru Muda. Secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka. Di samping itu, Guru Muda dapat memantapkan dan perlu menguasai isi kandungan mata pelajaran apabila sesi pengajaran dilaksanakan. Murid dalam kumpulan sederhana dan lemah akan menjadi anak didik Guru Muda ini dan didapati mereka lebih bersemangat mengemukakan soalan dan memberikan pendapat dalam kalangan rakan sebaya semasa sesi ini dilaksanakan. Guru bertindak sebagai fasilitator sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Guru Muda.

Prosedur strategi adalah seperti yang berikut :

1.

Soalan-soalan yang telah dipilih ditaip semula oleh guru berserta jawapannya sekali dan diperbanyak untuk setiap murid. Guru perlu mengambil inisiatif untuk mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan cemerlang dan berbincang terlebih dahulu tentang soalan dan jawapan untuk kefahaman. Seterusnya, perbincangan berkaitan strategi

penyampaian kepada rakan-rakan kumpulan sederhana dan lemah dilakukan. Mereka haruslah diberi motivasi untuk memperoleh keyakinan yang tinggi sebelum diberi mandat untuk mengajar rakan-rakan yang lain.

2.

Selepas membaca soalan dan jawapan serta memperoleh kefahaman, Guru Muda diminta mengenal pasti kata kunci yang mesti dipamerkan oleh murid untuk mendapat markah. Daripada kata kunci ini, mereka diminta untuk membina peta minda atau carta alir yang ringkas berkaitan jawapan. Langkah ini dapat membina kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis berkaitan isu yang telah ditimbulkan dalam soalan. Guru boleh
Muka Surat

| 30

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memberikan contoh penggunaan peta minda dan carta alir menggunakan ICT.

3.

Semua soalan yang telah disediakan oleh guru perlu diselesaikan.

4.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya dalam kumpulan kecil, Guru Muda ini melaksanakan kaedah yang sama seperti yang telah didedahkan kepada mereka.

5.

Guru akan sentiasa memantau pelaksanaan aktiviti supaya matlamat tercapai. Dalam tempoh masa yang diperuntukkan, guru haruslah menetapkan jumlah soalan esei yang dapat diselesaikan oleh kumpulan murid ini.

KESIMPULAN

Guru Muda ialah modal insan yang dapat membantu dalam melindungi masa instruksional dalam PdP sekiranya mereka ini dilatih secara sistematik oleh guru. Guru Muda juga dapat menggantikan guru sekiranya berlaku keadaan yang memang tidak dapat dielakkan apabila guru terpaksa meninggalkan kelas. Murid yang memainkan peranan sebagai Guru Muda ini, sudah dilengkapkan dengan kemahiran komunikasi berkesan, ciri-ciri kepimpinan berwibawa dan kebolehan menggunakan teknologi maklumat. Berbekalan kemahiran

tersebutGuru Muda boleh bertindak sebagai pengajar dan pembantu untuk rakan-rakan mereka yang masih bercelaru mindanya dalam PdP yang sebenarnya.

Di samping itu, diharapkan dalam membangunkan negara, Guru Muda ini boleh dibentuk sebagai pemimpin masa depan bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai bidang dan kepakaran yang tinggi. Sokongan padu daripada
Muka Surat

| 31

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pihak pengurusan sekolah merupakan faktor utama bagi menjayakan program Guru Muda ini.

CADANGAN

Untuk melindungi masa instruksional, pihak pengurusan sekolah haruslah merencanakan pelbagai program dalam membantu keberhasilan murid sama ada dalam PdP ataupun menjadi modal insan yang memenuhi hasrat negara. Program Guru Muda boleh dijadikan program yang utama dalam mengatasi salah satu masalah yang dijelmakan dalam masa instruksional. Pengurusan sekolah dan guru mestilah menjadi agen utama dalam pengendalian program Guru Muda. Di samping itu, Guru Muda ini perlu diberi latihan secara berterusan bagi meningkatkan kefasihan dalam penyampaian kepada rakanrakan sebayanya. Pelaksanaan program ini mestilah dijalankan pada masa yang relevan dalam melindungi masa instruksional supaya PdP Guru Muda ini tidak terganggu. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlu merangsang dan menggerakkan guru dalam menyesuaikan kaedah-kaedah terkini dalam PdP supaya keberhasilan murid dapat ditingkatkan dan gangguan untuk masa instruksional dapat dikurangkan.

Rujukan Berliner. (1990). What's all the fuss about instructional time? Gagne. (1974). Implikasi PdP Teori Pemprosesan Maklumat oleh Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini

Muka Surat

| 32

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI gempurbio.blogspot: ALTERNATIF KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TANPA GURU

Muka Surat

| 33

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI gempurbio.blogspot: ALTERNATIF KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TANPA GURU

oleh MAHADIAH BINTI MUDA SM Sains Seri Puteri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Abstrak Penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan ialah satu alternatif menarik dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan blog, Google Docs, Twitter dan Skype telah mula mengambil tempat dan menjadi popular dalam bidang pendidikan era kini. Dalam kajian ini, inovasi blog pendidikan iaitu gempurbio.blogspot telah membuktikan bahawa kaedah alternatif ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Biologi. Penggunaan blog ini amat praktikal kerana percuma, mudah dibina kerana tapaknya sedia ada, bersifat global, mudah digunakan, mudah diselenggara serta mudah diakses kerana tidak terikat kepada masa dan tempat. Kaedah ini bukan sahaja boleh diaplikasikan semasa PdP secara formal di dalam bilik darjah, malah juga boleh digunakan sebagai sumber gantian semasa ketiadaan guru sebagai satu alat PdP pada bila-bila masa dengan syarat terdapat keperluan kemudahan ICT. Hasil soal selidik mendapati bahawa murid seronok dan teruja belajar menggunakan laman blog kerana di dalam blog ini terdapat banyak gambar foto, bahan-bahan animasi, dan video yang interaktif. Hal ini, memudahkan murid mevisualisasikan konsep abstrak yang sukar digambarkan dalam mata pelajaran Biologi. Penggunaan blog dalam proses PdP juga didapati berjaya melindungi masa instruksional dan meningkatkan masa pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, kaedah PdP lebih santai dan lebih selesa, lantas mengukuhkan kefahaman mereka tentang konsep Biologi.

Muka Surat

| 34

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam bidang pendidikan. Hal inikerana, masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat kini sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan. Pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif adalah sangat penting dalam PdP. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi ICT. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi teknologi maklumat dan komunikasi sebagai teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996), menyatakan bahawa penggunaan teknologi dalam proses PdP mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Pengajaran berasaskan teknologi lebih interaktif dan mampu menjadikan murid lebih berfikiran kreatif dan inovatif.

Pada hari ini, banyak bahan PdP dapat diperoleh daripada internet sama ada untuk diguna pakai dalam PdP ataupun untuk dijadikan rujukan bagi menambah maklumat kita sendiri. Semua bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Antara aplikasi ICT tersebut ialah blog. Blog ialah sejenis laman web yang dikendalikan oleh individu dengan entri yang kerap dan sentiasa dikemas kini oleh pemilik blog. Entri blog selalunya berbentuk komentar, penerangan mengenai sesuatu peristiwa, bahan-bahan grafik atau video. Kebanyakan entri disusun mengikut urutan masa. Kebanyakan blog bersifat interaktif, membenarkan pelawat meninggalkan komen dan boleh juga berbalas pesanan melalui widgets yang ada pada blog. Sifatnya yang interaktif membezakannya daripada laman web statik yang lain. Perkongsian maklumat
Muka Surat

| 35

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

paling berguna untuk pengguna blog. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan pemilik blog yang memberikan maklumat melalui teks, gambar, dan video serta cara interaktif yang lain. Banyak blog menyediakan komentar atau berita mengenai sesuatu perkara yang lebih berfungsi sebagai catatan peribadi di atas talian. Umumnya, blog menggabungkan teks, imej, dan pautan kepada blog yang lain. Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu murid berhubung secara atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Murid juga boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain.

ISI KANDUNGAN

Blog pendidikan gempurbio ini dibina berdasarkan keperluan bahan bantu mengajar (BBM) yang bercirikan ICT. Hal sedemikian ini, selaras dengan keperluan sekolah yang memberikan keutamaan kepada penggunaan ICT dalam PdP. Blog ini juga merupakan bahan sokongan untuk kegunaan guru dalam PdP serta bahan rujukan para murid untuk memperkukuh pengetahuan Biologi mereka. Oleh sebab mudah penggunaannya dan bersifat mesra pengguna, blog ini menjadi pilihan murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran Biologi. Kelebihan blog ini ialah perbincangan boleh dibuat dalam ruang komen atau chat box/shout box di seluruh dunia secara atas talian dan merupakan tempat untuk menyampaikan idea serta berkongsi maklumat. Perkataan gempur yang digunakan sebagai nama blog ini bermaksud menggerakkan segala daya usaha untuk menguasai isi kandungan mata pelajaran Biologi sebagai persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan, khususnya peperiksaan SPM. Bahan yang terdapat dalam blog ini bukan hanya tertumpu kepada murid-murid tetapi boleh juga digunakan oleh para guru.
Muka Surat

| 36

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pengisian laman blog ini antaranya, contoh soalan topikal berserta skema pemarkahan yang dipilih khas oleh pemilik blog, nota mata pelajaran yang ringkas dan padat berserta gambar foto, dan gambar rajah. Blog ini dilengkapi dengan sokongan imej dan animasi yang menarik dan dipetik daripada sumbersumber yang boleh dipercayai dari internet dan dikemukakan supaya dapat membantu proses PdP agar menjadi lebih berkesan dan interaktif.

Seterusnya, blog ini turut mengandungi panduan untuk menjawab soalansoalan peperiksaan Biologi. Pengunjung dalam kalangan murid juga dapat berinteraksi dengan guru melalui kotak sembang yang disediakan. Soalansoalan yang dikemukakan melalui kotak sembang akan dijawab oleh guru melalui posting blog. Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan interaksi antara guru dan juga pengunjung untuk menyelesaikan atau menjawab sebarang soalan khususnya berkaitan mata pelajaran Biologi. Blog

gempurbio.blogspot.com ini telah disebar luas melalui guru-guru, ceramahceramah di sekolah, dan laman sosial Facebook.

Blog ini sentiasa dikemas kini setiap minggu dengan bahan-bahan PdP yang disusun mengikut label semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Respon melalui live traffic dan statistik menunjukkan ramai pengunjung mengunjungi blog ini dan memuat turun bahan-bahan untuk kegunaan persediaan peperiksaan masing-masing. Selaras dengan perkembangan ICT yang pesat dalam bidang pendidikan, kewujudan blog ini sedikit sebanyak menambah BBM untuk kegunaan guru manakala bagi murid pula sebagai sumber bahan rujukan dan pembelajaran dalam mata pelajaran Biologi.

Muka Surat

| 37

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU & CADANGAN

Sesungguhnya sukar untuk mencari satu laman web atau laman blog Biologi yang mudah difahami, menarik, kaya maklumat, dan aktiviti serta mesra pengguna. Laman blog ini dapat membantu murid untuk memahami konsep Biologi malah turut memberikan panduan dan bimbingan bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan murid terutamanya dalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat. Penggunaan blog dalam pendidikan memberikan faedah kepada murid. Kehadiran blog merupakan satu revolusi yang muncul apabila ramai pembangun teknologi berasaskan web merasakan maklumat terkini perlu dikemas kini secara berkala dan disusun mengikut sisipan terkini. Justeru, inovasi ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan blog sebagai alternatif dalam proses PdP.

1.

Pengisian Blog

(a)

Pengenalan kepada blog dan sinopsis mengenai kepentingan blog ini ditulis pada bahagian paling atas untuk memperkenalkan blog kepada pengunjung. Pilihan warna latar blog iaitu hijau

menggambarkan konsep alam semula jadi iaitu sesuai dengan mata pelajaran Biologi atau kaji hayat. (b) Isi kandungan mata pelajaran dilabelkan mengikut bab-bab dalam silibus Biologi sekolah-sekolah di Malaysia iaitu terdiri daripada 15 bab. (c) Pengunjung boleh memilih bab untuk mengulang kaji dengan menekan ikon yang menunjukkan tajuk bab dan seterusnya masuk ke bab yang dikehendaki.

Muka Surat

| 38

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(d)

Beberapa label tambahan disediakan seperti Bio Books, Bio CD, Bio Lesson, Bio SPM, Bio Talk yang mempamerkan pelbagai maklumat tambahan yang berkaitan.

(e)

Bahan-bahan yang ada dalam setiap label bab ialah nota ringkas dan padat dengan ilustrasi yang pelbagai seperti gambar rajah, gambar foto, video animasi, dan video interaktif. Bahan-bahan ini dipetik daripada pelbagai sumber atas talian bertujuan untuk menjadikan blog lebih menarik dan bermaklumat. Terdapat ikon link yang disediakan untuk pengunjung supaya dapat terus ke pautan yang dicadangkan . Link ke tapak-tapak berguna dan berkaitan dengan pendidikan seperti, Eduweb TV, GCBio Malaysia, Koleksi soalan, MGC Malaysia, dan laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terdapat pelbagai tambahan gajet seperti: SPM countdown untuk memberikan peringatan kepada calon SPM tentang hari peperiksaan mereka; Time waits for no man, iaitu jam dan kalendar untuk rujukan masa; Owner introduction, untuk memperkenalkan pemilik blog; What do you think of Gempurbio blogspot, untuk meminta pendapat melalui undian; muzik untuk latar belakang blog; Bio chapters, untuk memudahkan pencarian bab; Contact me, untuk berinteraksi dengan pemilik blog; Blog counter, untuk mengetahui bilangan pelawat yang mengunjungi blog ini; Followers, merekod bilangan pengunjung yang mengikuti blog yang bertambah dari semasa ke semasa; Whos here, untuk mengetahui dari manakah datangnya pengunjung blog; Reminder, untuk memberi peringatan kepada pengunjung; chat box yang dinamakan Get connected, untuk memberikan ruang kepada

(f)

(g)

pengunjung berinteraksi dengan pemilik blog. Maklum balas dan cadangan juga dapat dicapai melalui chat box ini.

Muka Surat

| 39

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(h)

Di bahagian bawah setiap posting, pula terdapat label, tarikh bahan disiarkan, dan terdapat ruang untuk mencatat komen.

2.

Pengendalian Blog

Blog ini dikendalikan oleh pemilik blog sepenuhnya. Bahan-bahan dipilih dengan teliti, sama ada daripada sumber buku rujukan, majalah, akhbar ataupun dari internet. Sumber laman web pendidikan dari seluruh dunia banyak didapati dengan percuma. Ucapan penghargaan disertakan, jika dipetik daripada sumber yang mempunyai hak cipta. Blog dikemas kini dari semasa ke semasa. Apabila terdapat soalan daripada pengunjung, pemilik akan memberikan jawapan dengan segera dan menyediakan posting yang khusus bagi menjawab persoalan yang diberikan.

3.

Pengurangan Kos Operasi

Tiada perbelanjaan diperlukan untuk membina blog ini kerana pemilik blog menggunakan tapak blog secara percuma yang lazim disediakan oleh beberapa organisasi blog seperti, http://blogspot.com/,

http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/ . Penyediaan blog ini tidak melibatkan kos kerana pemilik blog telah mengekploitasi kemudahan internet berwayar dan juga tanpa wayar yang disediakan di sekolah. Para guru dan murid bebas mencapai laman blog ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada di kawasan sekolah. Di samping itu, mereka boleh membaca terus untuk mendapat bahan tanpa perlu mencetaknya. Mereka juga boleh memuat turun bahan yang dikehendaki daripada blog dan disimpan di dalam pen drive bagi kegunaan seterusnya. Hal ini, dapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Petikan bahan daripada internet pula diperoleh daripada sumber-sumber yang dipilih secara percuma.
Muka Surat

| 40

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Penjimatan Masa

Kewujudan tiga buah makmal komputer di sekolah juga membolehkan murid-murid mengunjungi blog ini pada masa PdP dan juga di luar waktu persekolahan. Masa PdP juga dapat dijimatkan kerana murid lebih cepat memahami sesuatu konsep selepas melayari blog ini.

5.

Ulasan Hasil Dapatan

Secara keseluruhan, 23 responden yang terdiri daripada murid-murid Tingkatan Lima di sekolah pengkaji menunjukkan kecenderungan untuk memilih skala memuaskan dan sangat memuaskan. Tiada responden yang memilih skala 1-3. (Sila rujuk kepada ulasan hasil daripada soal selidik).

(a)

Cakupan Isi Kandungan

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 96%daripada responden bersetuju memilih skala sangat memuaskan iaitu, Blog ini menambah minat saya untuk belajar Biologi. Sebanyak 83% daripada responden memilih skala sangat memuaskan bagi item, Blog ini membantu saya untuk mengulang kaji tajuk-tajukdalam Biologi.Sebanyak 78%daripada responden memilih skala sangat memuaskan, bagi item-item:Saya seronok belajar Biologi menggunakan blog, Sampel soalan dan jawapan yang

disediakanmembantu saya dalam peperiksaan dan bahan-bahan dalam blog adalah sesuai dan berguna untuk saya.Sebanyak 74%daripada responden memilih skala sangat memuaskan, bagi item-item:Secara keseluruhannya, blog ini merangkumi semua bab
Muka Surat

| 41

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

yang dipelajari secara seimbang dan menyeluruh. Banyak bahan pembelajaran yang berguna diperoleh dari blog ini, dan Blog ini padat dengan maklumat Biologi yang saya perlukan. Kesimpulannya, cakupan isi kandungan blog ini merangkumi semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Blog ini membantu responden untuk mengulang kaji bab-bab dalam Biologi dengan adanya nota dan sampel soalan serta jawapan yang telah disediakan sebagai persediaan peperiksaan.

(b)

Reka Bentuk Blog

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 87% daripada responden bersetuju memilih skala sangat memuaskan, iaitu Bahan animasi dan video dalam blog ini membantu saya memahami sesuatu proses dengan lebih jelas, dan Petikan rajah dan gambar foto dalam blog ini membantu sayamemahami dengan mudah sesuatu perkara. Sebanyak 83% daripada responden memilih skala, sangat memuaskan bagi item, Pautan/link yang disediakan membantu saya mencapai blog-blog laindengan lebih cepat. Hal sedemikian ini sedikit sebanyak telah membantu responden untuk melawat pautan-pautan lain secara terus dengan cepat dan mudah. Kesimpulannya, secara keseluruhan responden telah berpuas hati dengan reka bentuk blog ini. Ada beberapa penambahbaikan yang dicadangkan seperti menambah video dan bahan-bahan yang bersifat interaktif.

(c)

Pendapat Responden

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 91% daripada responden bersetuju memilih skala, sangat memuaskan iaitu, Saya akan
Muka Surat

| 42

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini untuk pembelajaran mereka. Sebanyak 87%daripada responden memilih skala sangat memuaskan bagi item-item, Penggunaan blog ini sebagai tambahan yang baik kepada kaedah lain dalam pembelajaran,dan Sila nyatakan skala kepuashatian anda selepas melawat blog ini. Kesimpulannya, secara keseluruhan responden berpuas hati dengan penggunaan blog ini sebagai satu kaedah alternatif kepada kaedahkaedah pembelajaran yang sedia ada. Responden bersetuju untuk mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini dalam pembelajaran mereka.

KESIMPULAN

Oleh sebab blog ini merupakan satu aplikasi ICT, didapati murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakannya dalam pembelajaran mereka. Penggunaannya yang meluas menyebabkan terdapat peningkatan dalam penguasaan isi kandungan dalam bidang Biologi. Bukan itu sahaja, malah dapat juga meningkatkan prestasi penulisan dalam kalangan murid. Selain itu, penggunaan blog banyak memberikan faedah lain seperti mampu menjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif tentang pembelajaran, membangunkan kemahiran sosial, dan menggalakkan

perkongsian idea di samping meningkatkan tahap motivasi murid-murid .

Para guru pula mendapati lebih mudah untuk menerangkan sesuatu konsep dengan adanya sokongan bahan-bahan interaktif dan animasi yang diperoleh daripada blog ini. Blog kini telah menjadi dimensi baharu untuk para guru dan murid-murid bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog juga boleh menjadi medium yang membolehkan kerja murid
Muka Surat

| 43

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dikutip, disunting, ditaksir dan seterusnya diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya. Dari chat box dan comment box yang terdapat pada blog, didapati ramai yang bersetuju bahawa blogspot ini sangat berguna kepada mereka. Antara faedah lain ialah blog ini membantu para guru dalam penyediaan sampel-sampel soalan berserta skema pemarkahan untuk mata pelajaran Biologi, memperkembang dan memperkaya isi kandungan mata pelajaran Biologi secara meluas, bukan sekadar skop silibus Biologi sekolahsekolah di Malaysia sahaja, mewujudkan jalinan dan jaringan dalam kalangan guru Biologi seluruh negara khususnya, dan seluruh dunia amnya. Penggunaan kemahiran ICT pula didapati dibuat secara maksimum untuk memperoleh bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran daripada sumber blog ini bersama pautan yang dicadangkan. Pautan-pautan yang berguna yang dicadangkan dapat digunakan terus oleh pengguna dengan hanya menekan ikon pautan. Situasi ini membolehkan mereka membuat penerokaan seterusnya melepasi dunia tanpa sempadan.

CADANGAN

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa terdapat perubahan yang positif atas mata pelajaran Biologi dengan penggunaan kaedah belajar menggunakan blog. Kaedah ini didapati menambah minat murid kepada mata pelajaran ini. Murid seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan animasi, video dan gambar foto. Di samping itu juga, mereka dapat berinteraksi dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan mata pelajaran melalui blog. Murid juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat maklumat mata pelajaran Biologi yang selaras dengan keperluan peperiksaan. Sesi PdP menggunakan blog agak menarik kerana sesi tersebut bukan sahaja boleh dijalankan dalam waktu PdP secara formal. Penggunaan blog ini juga dapat menyelesaikan masalah, Kelas Tanpa Guru kerana pembelajaran
Muka Surat

| 44

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kendiri dapat dijalankan pada setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan ICT.

Bagi pihak guru pula, keberkesanan kaedah ini bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menyesuaikannya dengan murid yang dihadapi setiap hari. Pihak guru dicadangkan untuk memiliki blog mata pelajaran masing-masing sebagai usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pihak sekolah pula hendaklah memberikan sokongan penuh dengan menyediakan keperluan asas kemudahan ICT supaya PdP alternatif melalui penggunaan blog ini menjadi lebih mudah. Penggunaan blog dilihat mampu menyelesaikan masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid dan guru dalam komunikasi dua hala yang interaktif berbanding dengan forum maya yang lain.

Dengan peningkatan minat murid-murid dalam mata pelajaran Biologi menerusi kaedah penggunaan blog pendidikan ini, diharapkan dapat meningkatkan tahap kecemerlangan murid dalam peperiksaan sekali gus melonjakkan prestasi peperiksaan SPM di sekolah khususnya, dan prestasi negara amnya.

Rujukan Khalili, A., & Shashoani, L. (1994). The effectiveness of computer applications: a meta-analysis. Journal of Research on Computing in Education, 27, 48-61. Moore, M. G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A systems view. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company. http://en.wikipedia.org/wiki/Edublog Top 100 Education Blog : http://oedb.org/library/features/top-100-educationblogs
| 45

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

http://educational-blogging.wikispaces.com/ http://edublogs.org/10-ways-to-use-your-edublog-to-teach/ http://www.onlineclasses.org/2010/12/08/100-seriously-cool-classroom-blogsfor-teaching- ideas-inspiration/

Muka Surat

| 46

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

INTEGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Muka Surat

| 47

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

INTERGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

oleh MUHAMAD SHAHLYME BIN ABD WAHID HARYANI BINTI ISMAIL SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan kepentingan melindungi masa instruksional di setiap sekolah yang juga merupakan komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Di samping itu, keberhasilan pembelajaran murid bukan hanya dinilai dari segi output iaitu mendapatkan A tetapi murid yang boleh memberikan faedah kepada negara dengan mengutamakan sahsiah murid. Oleh itu, sekolah boleh merangka masa instruksional yang ideal (jadual waktu dan perancangan) namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh dua faktor gangguan iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru itu sendiri. Impak daripada masalah ini, pendekatan melalui kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi sekolah perlu diterapkan sebagai pencetus kepada lonjakan perubahan sistem pendidikan di negara kita, seterusnya menjadi pemangkin dalam mencapai status negara maju.

Muka Surat

| 48

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaraan Malaysia. Justeru, pihak kementerian memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh itu, kepentingan melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna di setiap sekolah memerlukan suatu wadah baharu dalam dunia pendidikan negara supaya segala masalah dan isu yang diperkatakan dapat dibendung secara optimum dan bermatlamat. Sedia dimaklumi pendidikan negara merupakan tonggak perkembangan ekonomi negara. Pelbagai dasar dan program telah direncanakan serta dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tercapai seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Namun, dalam mengorak langkah mencipta dan mencorak sistem pendidikan yang mampan dan holistik, banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi terutamanya dalam organisasi sebuah sekolah, guru-guru dan murid-murid serta komuniti setempat yang merupakan elemen penting dalam membangunkan modal insan yang berdaya maju. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan semua pihak supaya melaksanakan inovasi dalam semua bidang utama termasuklah PdP di sekolah bagi tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini.

Muka Surat

| 49

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

1.

Beban Tugas dan Tanggungjawab Guru Isu keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugasan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah telah dipandang serius oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia yang menegaskan, Kualiti guru perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemas, prasarana sekolah perlu ditambah baik serta sumber penyampaian pendidikan perlu diurus dengan cekap. Pendek kata, keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan kualitinya secara bersepadu.

Menurut kajian beban tugas guru, terdapat Pekeliling berkaitan tugas dan tanggungjawab guru iaitu bagi kategori guru kelulusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang

menyenaraikan ringkasan tugas guru PPPLD berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2007 merangkumi 7 aspek iaitu: (a) (b) (c) PdP (Kurikulum) Kokurikulum ( Sukan/Kelab/Persatuan/Badan Beruniform) Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan / Kebajikan / Kesihatan / Bina Insan / Sistem Maklumat Murid / Koperasi/Lawatan) (d) (e) (f) (g) Pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan Pembangunan Fizikal Pembangunan Staf Hubungan Komuniti

Muka Surat

| 50

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Faktor Gangguan di sekolah

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan terdapat 2 faktor yang menyumbang kepada pengurangan masa instruksional bagi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

(a) Faktor Pengurusan Sekolah i. Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru menghadiri kursus atau tugas luar, guru menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum/ sukantara, ii. Gangguan fizikal seperti pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran, iii. Gangguan luar jangkaan seperti guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan guru mengajar, melaksana tugas sampingan, dan iv. Gangguan Adhoc seperti menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.

(b) Faktor Instruksional Guru i. Kualiti pembelajaran murid seperti kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses pembelajaran dan pengajaran berkesan, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru dan kesediaan guru mengajar, dan ii. Kualiti pengajaran guru seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan, strategi, kaedah serta pendekatan.
Muka Surat

| 51

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Cadangan Intervensi Beban Tugas Guru

Hasil dapatan awal daripada isu beban tugas guru yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Masalah Beban Tugas Guru (MMBTG) dalam menangani isu ini merupakan satu langkah penambahbaikan dalam membantu guru-guru dan murid-murid di sekolah agar lebih komited dan berdedikasi terutamanya dalam melindungi masa instruksional di dalam bilik darjah. Antara pendekatan awal yang diambil kira bagi melindungi masa instruksional adalah seperti yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) ujian amali diadakan sekali sahaja semasa peperiksaan, kecilkan saiz kelas, tambah bilangan guru, wujudkan jawatan pembantu bengkel/makmal, kurangkan masa mengajar guru (termasuk guru disiplin), adil dalam agihan tugas, utamakan kebajikan guru, sediakan kemudahan penjawat awam lain, (i) (j) (k) (l) (m) kurangkan aktiviti hari Sabtu/dikecualikan hari Sabtu, jadikan Cuti Rehat Khas hak guru, wujudkan jawatan khas untuk kokurikulum, tingkatkan kerjasama komuniti/PIBG/Perkongsian Pintar, dan wujudkan jawatan pembantu guru. yang sesuai mengikut spesifikasi

Namun begitu, sejauh mana intervensi ini dapat memastikan masa instruksional guru dan murid dapat dioptimumkan secara berkesan bagi mengelakkan situasai yang menyebabkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang serta memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna.
Muka Surat

| 52

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Kolerasi Kreativiti dan Inovasi dalam Sistem Pendidikan Merujuk topik kertas kerja yang dibincangkan, Integrasi Idea Kreatif, Inovatif untuk melindungi Masa Instruksional amat bertepatan dengan dasar negara pada tahun 2012 yang bertemakan Inovasi bagi tujuan memperkasakan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan di Malaysia. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia, kualiti guru merupakan aspek penting dalam Kajian Semula Pendidikan Negara. Berteraskan ilmu dan inovasi, maka guru yang berkualiti ialah guru yang berinovasi, iaitu mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baharu seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Selain itu, guru yang berinovasi juga memberikan tumpuan kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang boleh merangsang daya fikir dan kreativiti murid agar kemampuan mereka standing dengan penilaian murid-murid di negara maju.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya, pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan, inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fugsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau pasaran tertentu.

Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, inovasi memainkan peranan yang amat penting kepada keberhasilan pembelajaran murid kerana inovasi merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam rancangan pembangunan pendidikan sesebuah negara termasuklah di Malaysia. Oleh yang demikian, kerangka masa instruksional ideal yang telah diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang dikatakan tidak sepenuhnya menjanjikan
Muka Surat

| 53

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah kini boleh dibendung secara berkesan dengan adanya penerapan unsur inovasi dan kreativiti kepimpinan, pengurusan organisasi, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah, dan komunikasi terbuka.

Oleh hal yang sedemikian, guru perlulah sedar bahawa untuk melindungi masa instruksional itu berlangsung secara optimum (memastikan murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru dan berkesan) di sekolah ataupun di bilik darjah dan haruslah bermula daripada peringkat individu. Sebagai contoh, organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional, dan mempunyai semangat kerja yang tinggi serta berdaya maju. Mereka ini dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. Keutamaanya, keberhasilan pengajaran mereka mendorong murid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahami pelajaran.

Menurut Majaro (1992), kreativiti didefinisikan sebagai proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasikan idea baharu. Mumford dan Gustafson (1998), menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959), pula membuat analisis atas seratus definisi kreativiti dan mengkalsifikasikannya kepada 5 peringkat iaitu peringkat ekspresif, produktif, inventif, inovatif, dan imaginatif.

Muka Surat

| 54

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Secara am, dapat diringkaskan bahawa kreativiti ialah kombinasi antara idea baharu dan idea lama. Idea baharu diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Hal ini juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baharu, dan kemahiran. Dalam organisasi sesebuah sekolah, integrasi idea kreatif, dan inovasi dilihat sebagai suatu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan dalam pengurusan sekolah. Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah sebagai

organisasi PdP yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baharu, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan kEkonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif dan inovatif bagi menjadikan sekolah pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999).

Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan, (a) Kreativiti kurikulum - ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk, dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum. (b) Kreativiti pengajaran - menyentuh kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan, dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah. (c) Kreativiti profesional - mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baharu, pemikiran baharu,

Muka Surat

| 55

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku, dan dilaksanakan dalam profesion ini. (d) Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, berfikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baharu yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya. (e) Kreativiti persekitaran pembelajaran - iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran. (f) Kreativiti pengurusan - cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan, dan perkhidmatan yang ditawarkan. (g) Kreativiti teknologi - bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran, dan pengurusan sekolah disamping inovasi teknologi maklumat yang menyumbangkan kreativiti dan inovasi sekolah. (h) Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong perubahan dan kemajuan kekreatifan perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah.
Muka Surat

| 56

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5.

Perkembangan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif dalam Organisasi Sekolah.

Terdapat beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi seperti mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti, menggalakkan

perkembangan idea dan pendapat, pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti, membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti, dan membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah serta perkembangan pemikiran kepada tindakan. Namun begitu, kreativiti dan inovasi hanya boleh

dikembangkan dalam organisasi pembelajaran di sekolah melalui proses perubahan seperti pengurusan berkesan, komunikasi terbuka, teknologi, penyelesaian masalah, iklim budaya di sekolah, strategi dalam PdP, kepimpinan, dan pemikiran. Perubahan atas elemen-elemen ini mampu membawa kepada perkembangan organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif seterusnya mencapai keberhasilan pembelajaran murid. Terdapat beberapa jenis kreativiti yang boleh diterapkan dalam sesebuah organisasi sekolah, antaranya (a) Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak). (b) Kreativiti Teknikal- kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola). (c) Kreativiti Inventif - reka cipta baharu yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel. (d) Kreativiti Inovatif - kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif.

Muka Surat

| 57

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(e)

Kreativiti imaginatif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.

Tambahan lagi, kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah juga boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, malahan dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi

pembelajaran melibatkan: (a) Perancangan perubahan Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru. (b) Pengetahuan Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar,
Muka Surat

| 58

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. (c) Strategi PdP yang berkesan adalah apabila strategi tersebut dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan di samping dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan murid untuk terus belajar serta dapat menambah baik apa yang sedia ada pada murid. (d) Kaedah dan pendekatan PdP yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif murid. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan, dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid dan guru daripada stress, bimbang, dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel, dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.
Muka Surat

| 59

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Strategi PdP yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Iklim sekolah yang mengutamakan kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif, dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan, kecekapan mereka.

Sebagai

contoh

strategi

pembelajaran

kontekstual

ialah

kaedah

pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Secara khususnya, pembelajaran kontekstual melibatkan aktiviti menghubungkan,

mengalami, mengaplikasi, berkoperasi, dan pemindahan. Pengalaman pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun murid-murid boleh dimotivasikan dengan strategi PdP seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi situasi tersebut masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya murid-murid dapat memanipulasi alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. (seperti dalam lampiran).

Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baharu. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan, dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid boleh dinilai melalui cara pelaksanaannya di sekolah. Kurikulum yang
Muka Surat

| 60

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau murid. Kurikulum tersebut juga dapat menyediakan murid dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan murid.

Situasi ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi, dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan murid dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasi pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga mestilah komited dan berdedikasi untuk menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baharu dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan dalam kalangan murid supaya murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif, dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dibentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.

KESIMPULAN

Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan dalam melindungi masa instruksional guru dan juga murid di sekolah, seterusnya merangsang pembangunan yang efektif dalam sebuah organisasi dalam bidang pendidikan khususnya. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah, dan juga komunikasi terbuka.

Muka Surat

| 61

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak guru, murid, dan ibu bapa. Kreativiti dan inovasi juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan prasyarat untuk mengembangkan potensi murid yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif serta berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diberikan ganjaran supaya bakat yang ada tidak dipersiakan.

Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka perlulah sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Refleksi terhadap diri setiap guru perlu ada bagi menjamin kualiti PdP di dalam bilik darjah seterusnya, membentuk modal insan yang cemerlang serta bersahsiah terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

1.

Aplikasi Teknologi

Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to manage, innovate and implement change. Oleh yang demikian,teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh

mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan ICT dapat membina imej baharu organisasi inovatif. Di samping menjadikan organisasi
Muka Surat

| 62

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan lebih produktif.

Penggunaan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubahan teknologi memberikan kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur

pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai, disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah, terutamanya disekolah luar bandar berbanding dengan sekolah bandar yang lebih terdedah kepada kemudahan ini. ICT telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan dan organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana ICT dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi.

2.

Kepimpinan

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan kepada sekolah melalui pengamalan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.
Muka Surat

| 63

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi

pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.

Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan, dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepada kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai-bagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual, dan kualiti prestasi pelajar di samping berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.

3.

Budaya

Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong semangat murid untuk belajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi, dan perkembangan
Muka Surat

| 64

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

potensi murid. Murid juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih, dan profesional.

Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, ceria dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi. Perasaan dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini.

Rujukan Mohamad Kamil bin Abd Rahman. (1997). Inovasi dan Kreativiti dalam Pendidikan. Ibrahim Bin Abd.Rahman. (1992). Penggunaan Media Pendidikan dalam Mempertingkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah-sekolah, Jurnal Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan. Laman sesawang: i. http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/bagaimana-memupukpemikiran-kreatif.html ii. http://www.mudahbelajar.com/?p=154 iii. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasaKerjatang aniisubebangurusedanglaksana28perakuan_Muhyiddin/Article iv. http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120523/fo_04/Guruberinovasi-wajar-diberi-keutamaan v. http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/05/TeksUcapan-YAB-Timbalan-Perdana-Menteri.pdf

Muka Surat

| 65

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 INOVASI LITERASI & NUMERASI DALAM PdP

Muka Surat

| 66

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN DI SEKOLAH

Muka Surat

| 67

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN DI SEKOLAH

oleh KATHERINE TAN TECK NEO SK Convent Infant Jesus 1, Melaka

ABSTRAK Melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah amat penting untuk meningkatkan keberhasilan PdP. Bagi menjayakan program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peranan sebagai Guru Besar Cemerlang yang menerajui Sekolah Kluster Kecemerlangan merangkumi penyeliaan dan penilaian aktiviti sokongan pengajaran, pemantauan pengajaran dan juga amalanamalan di dalam bilik darjah. Usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya matlamat ini tidak difahami dan disokong oleh semua guru. Tiga fokus utama pendidikan akan terlaksana dan berkesan ialah pembelajaran murid, guru, dan kemenjadian murid. Beberapa cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini antaranya, PdP dijalankan secara optimum, guru boleh jual beli waktu pengajaran dan pembelajaran, menyediakan latihan untuk murid sekiranya guru berkursus, kelas tambahan intensif, murid perlu sentiasa berada di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran, guru bantuan LINUS, peranan ketua darjah, dan penolong ketua darjah. Sehubungan dengan itu, peranan sebagai pentadbir perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan atau kekangan bagi mencapai objektif melindungi masa intruksional (MMI) yang disasarkan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran murid.

Muka Surat

| 68

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Selaku Guru Besar Cemerlang yang melalui fasa-fasa berbeza dan MMI merupakan satu komponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Justeru, pelaksanaan berkesan dan optimum

memang menjadi satu tugasan yang mencabar.

Pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau academic learning time memberikan kesan yang mendalam kepada murid-murid.

PERNYATAAN ISU

Profesion keguruan, antara profesion utama dalam pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Dalam hal ini, tidak disangkal lagi profesion ini merupakan satu-satunya profesion yang penting dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada individu dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan Misi Nasional ke arah negara maju, pelbagai usaha dilaksanakan dan perubahan demi perubahan drastik telah memberikan tamparan hebat kepada para pendidik di seluruh negara. Sikap amanah seorang guru terhadap muridnya telah terhakis dengan kelalaian guru dalam mengejar arus perubahan. Nilainilai kemanusiaan seorang guru iaitu kepimpinan dan amanah bekerja terhadap profesion mula berubah.

Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan seperti : (a) (b) menghadiri mesyuarat/taklimat/bengkel, berkursus,
Muka Surat

| 69

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c) (d)

menghadiri majlis rasmi, mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permainan,dan

(e)

Cuti sakit/cuti kecemasan/cuti bersalin/cuti belajar.

Selain itu, bidang tugas guru sudah semakin luas sehingga tugas utamanya (core duty) iaitu menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Guru Besar bertanggungjawab memperuntukkan dan melindungi masa pengajaran dengan memastikan guru berada di dalam bilik darjah, berfungsi, dan menjalankan peranan sebagai sebagai seorang pendidik dengan berkesan. PdP mestilah terlaksana kerana itu ialah tugas utama(core duty) guru di sekolah.

Beberapa cadangan tindakan atau penyelesaian dapat dihuraikan seperti yang berikut :

PdP dijalankan secara optimum

Guru-guru dikehendaki menjalankan PdP dengan menggunakan masa pengajaran secara optimum. Kerja-kerja atau latihan bertulis tidak digalakkan di dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut harus dilakukan sebagai kerja rumah murid. Dengan itu, guru-guru akan menggunakan masa sepenuhnya untuk proses PdP di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif agar aktiviti PdP dapat dipenuhi sepenuhnya dengan
Muka Surat

| 70

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berkesan. Murid tidak akan berasa bosan. Secara tidak langsungnya, waktu instruksional berlaku sepenuhnya.

Jual beli masa pengajaran

Guru-guru yang mengetahui bahawa mereka perlu menghadiri kursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi dan tidak dapat mematuhi jadual pengajaran asalnya akan menjual waktunya dan membeli waktu pengajaran guru lain yang mengajarkan kelas yang sama. Guru ini akan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran bahawa jual beli masa pengajaran telah dilakukan sebelum guru tersebut pergi berkursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi. Masalah untuk membuat jadual ganti tidak berlaku dan proses PdP dijalankan seperti biasa.

Guru menghadiri kursus/taklimat secara adhoc

Ada kalanya guru-guru menghadiri kursus atau taklimat secara adhoc dan tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tertentu. Guru tersebut

memaklumkan kepada pihak pentadbir melalui telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) seberapa segera yang mungkin. Dengan itu, pengurusan jadual waktu ganti guru dapat disusun dengan teratur dan cekap.

Guru-guru yang tidak berada di sekolah pada hari itu juga diminta menghantar buku rancangan hariannya berserta latihan yang dirancang perlu dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, guru ganti akan mengajar murid seperti dirancang dan memberikan latihan yang dibekalkan.

Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk memastikan kelas tersebut tidak terabai.
Muka Surat

| 71

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru cuti bersalin/bercuti panjang

Guru yang akan cuti bersalin atau bercuti panjang seharusnya merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan topik-topik mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan.

Kelas gantian perlu dijalankan selepas masa persekolahan, cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai dan tidak mengganggu waktu PdP rasmi. Hal sedemikian ini, bagi memastikan masa instruksional dilindungi dan jika sekolah tidak mendapat guru ganti ketika guru cuti tersebut bersalin.

Kelas

gantian

khas

untuk

murid

yang

lemah/masalah

pembelajaran/selalu tidak hadir ke sekolah

Guru-guru digalakkan untuk mengadakan kelas gantian khas untuk membantu murid-murid yang lemah atau bermasalah pembelajaran dan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Kelas gantian tersebut boleh dilakukan selepas waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan.

Kelas gantian ini untuk memberikan bantuan dan bimbingan kepada murid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, murid-murid tidak akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang perlu dipelajari oleh mereka.

Muka Surat

| 72

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kelas bantu LINUS

Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kelas bantu LINUS bagi muridmurid LINUS tegar bermula dari Tahun 1. Murid-murid ini dikenal pasti oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Murid-murid LINUS tegar ini akan dibantu secara personal coaching oleh guru yang tiada waktu mengajar (free-period) semasa waktu pembelajaran murid-murid arus perdana. Kemahiran yang diajar juga bersesuaian dengan kemahiran sedia ada mereka.

Kelas bantu LINUS dapat merapatkan jurang penguasaan kemahiran murid-murid ini dengan murid-murid di arus perdana dan secara tidak langsung waktu instruksional berlaku. Hal ini selari dengan hasrat KPM di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) 4 fokus subNKRA iaitu literasi dan numerasi iaitu semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa PdP

Semasa PdP dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan keluar kecuali dalam keadaan yang amat memerlukan atau terdesak. Tumpuan muridmurid diperlukan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diterima dengan sepenuhnya tanpa gangguan. Jika murid kerap keluar seperti ke tandas atau urusan lain maka akan mengganggu masa pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, dijadikan budaya supaya murid-murid berada di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Urusan peribadi seperti ke kedai buku atau ke bilik air, cuma dibenarkan pada waktu pagi sebelum kelas bermula dan pada waktu rehat.
Muka Surat

| 73

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Peranan ketua darjah dan penolong ketua darjah

Peranan ketua darjah atau penolong ketua darjah juga amat penting dalam pelaksanaan MMI di sekolah. Ketua darjah atau penolong

dipertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir jika tiada guru masuk ke kelas (atas urusan yang tidak dapat dielakkan) selepas 5 minit bermulanya mata pelajaran.

Tindakan segera daripada ketua darjah dan penolong dapat membantu pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.

KESIMPULAN

Pengurusan MMI yang berkesan dapat mencapai matlamat sekolah dan prestasi akademik murid akan meningkat. Usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada semua pihak. Kerja berpasukan yang mantap dapat menjayakan pengurusan MMI.

SYOR

Disyorkan agar pengurusan MMI akan menjadi lebih berkesan sekiranya pihak sekolah menyediakan buku catatan kehadiran guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas. Guru yang masuk ke dalam kelas mestilah menandangtangani buku catatan kehadiran guru bagi mata pelajaran tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Hal sedemikian ini, membuktikan guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas mengikut masa yang tepat dan waktu instruksional berlaku sepenuhnya.
Muka Surat

| 74

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Amalan-amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan, 2010. Melindungi Masa Instruksional (Proctecting Instruktional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.

Muka Surat

| 75

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (2) UNIK DAN CEMERLANG

Muka Surat

| 76

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (2) UNIK DAN CEMERLANG

Oleh HAMIMAH HAMID JAMILAH OSMAN NORREHAN MOHAMAD NUUR HIDAYAH AB HAMID SK Convent Infant Jesus 2

Abstrak Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2 telah menunjukkan prestasi cemerlang yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telah disokong oleh barisan guru yang unik dan cemerlang. Sekolah ini terdiri daripada 40 orang guru dan 480 orang murid perempuan pada tahun 2012. Penulisan ini membincangkan keunikan guru-guru sekolah ini dalam memacu kejayaan yang gemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Situasi yang memungkinkan guru-guru Tahap 1 mampu mengajar dengan baik kelas-kelas Tahap 2 menjadikan guru-guru sekolah ini unik. Ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi, dapat diatasi dengan adanya barisan guru yang versatil. Pengurusan sekolah berkesan menyediakan pelbagai program dan perancangan akademik yang menjamin kejayaan murid. Selain kualiti pengajaran dan akademik yang cemerlang, program dan perancangan akademik disesuaikan dengan kurikulum mata pelajaran di sekolah. Penggunaan modul khas pembelajaran bagi semua mata pelajaran teras telah dapat membantu mengatasi masalah ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi. Begitu juga dengan pelaksanaan jadual ganti terancang sebagai persediaan untuk menempatkan guru ganti yang mengajarkan mata pelajaran yang sama. Hasil daripada keunikan yang ada di sekolah ini, telah dapat melonjakkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pengurusan sekolah yang berkesan ialah usaha berterusan bagi meningkatkan komitmen guru atas tugas pendidikan, kepimpinan, dan pengurusan pendidikan dalam konteks sekolah.

Muka Surat

| 77

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2, Melaka, Malaysia telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal yang terdiri daripada 40 orang guru dan 480 orang murid berdasarkan statistik terkini. Terdapat sebanyak 18 buah bilik darjah dengan purata 30 orang murid setiap kelas. Kejayaan anak didik didokong oleh guru-guru di sekolah ini yang menjadi tulang belakang kepada peningkatan prestasi akademik dan koakademik.

Menurut Sufean Hussin (2005 : 293), guru berkesan di sekolah digambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran, memiliki kesedaran belajar sebagai proses sepanjang hayat, berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingini dan memiliki motivasi personaliti yang tinggi sebagai seorang guru.

Transformasi dalam bidang pendidikan merupakan satu proses yang pantas dan berterusan selari dengan perkembangan semasa. Selain kemajuan dan perubahan yang dicapai, profesion perguruan ini juga sentiasa berhadapan dengan pelbagai krisis. Justeru, amatlah penting bagi guru-guru untuk beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku agar segala kekangan tidak menjadi satu isu besar dalam mengekalkan kecemerlangan.

Keunikan guru-guru di sekolah ini yang mempunyai ilmu pedagogi dan metodologi yang luas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Justeru, penyusunan jadual waktu mengajar tidak menjadi masalah utama kerana guru-guru berkebolehan ditempatkan di kelas-kelas Tahap Satu dan Tahap Dua. Selain itu, kredibiliti guru yang unik ini dapat mengisi waktu

Muka Surat

| 78

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengajaran dan pembelajaran bagi kelas yang ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi.

Komitmen ini ditunjukkan dengan daya usaha, inisiatif, dan usaha positif guru untuk melaksanakan wawasan sekolah dan menyokong agenda pembaharuan sekolah. Sifat rajin, dedikasi dan dorongan yang tinggi guru atas usaha memajukan murid meningkatkan lagi kejayaan sekolah. Guru yang komited dengan tugas juga menyebabkan guru mengambil tanggungjawab memimpin dan menunjukkan semangat berkorban untuk murid dan sekolah.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

1.

Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut kesesuaian bidang khusus. Ketiadaan guru kerana menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.

2.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut kesesuaian bidang khusus. Penyusunan dan pengagihan mata pelajaran oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam merancang dan membina jadual waktu guru amat penting bagi memastikan perjalanan proses PdP berkesan dan dapat menjamin peningkatan pencapaian akademik sekolah yang cemerlang. Asasnya guru di sekolah ini berpotensi mengajar dengan cemerlang dan efisien.

Menurut Bajuri Babu (2010), dalam Strategi Pengajaran Guru Cemerlang, pengajaran dan pembelajaran didorong oleh guru yang
Muka Surat

| 79

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berdedikasi atas tanggungjawabnya. Guru yang mempunyai komitmen yang tinggi atas tugas dan kesediaannya untuk memberikan

perkhidmatan yang cekap, berkualiti, setia, dan jujur terhadap sekolah dapat mencorakkan kejayaan sekolah.

Berdasarkan kesedaran tentang tanggungjawab dan iltizam sebagai seorang pendidik, maka guru-guru di sekolah ini sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, tidak menjadi masalah kepada guru-guru untuk mengajarkan sebarang mata pelajaran dan kelas yang ditetapkan. Keunikan guru-guru di sekolah ini ialah berkebolehan dan berpengetahuan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada kedua-dua tahap secara kreatif dan inovatif.

Jadual 1 menunjukkan contoh jadual waktu mengajar bagi beberapa orang guru sekolah ini yang diberi tugas mengajar Tahap 1 dan Tahap 2 bagi tahun 2012. Guru-guru ini telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang pada kedua-dua tahap. Hasilnya, kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 6 telah mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Ujian UPSR 2012.

Kesanggupan

pihak

pentadbir

menggalas

tanggungjawab

tambahan mengajarkan mata pelajaran teras Tahap 1 dan Tahap 2 telah menjadikan guru sekolah ini unik.

Muka Surat

| 80

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 1 : Jadual Waktu Mengajar Guru

2.

Guru-guru menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.

Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan, guru-guru di sekolah ini sering terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. Maka tidak hairanlah
Muka Surat

| 81

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekiranya isu ketiadaan guru menjadi salah satu faktor proses PdP terganggu. Walau bagaimanapun, isu ini tidak menjadi masalah utama di sekolah ini memandangkan semua guru mempunyai sikap bertoleransi yang tinggi dan setiakawan dalam melaksanakan tanggungjawab serta sentiasa mengamalkan sikap bekerja dalam satu kumpulan. Situasi ini dapat dilihat melalui kesanggupan guru-guru di sekolah ini untuk menggantikan rakan guru dalam panitia yang sama secara sukarela.

Melalui kerja berpasukan, penstrukturan sumber manusia dapat dilakukan untuk menjadikan pekerjaan yang dilakukan itu lebih cekap dan terkawal. Kerjasama dan perkongsian kerja serta kepakaran dapat dilakukan. Begitu juga untuk tujuan mengembangkan konsep learning organization dalam sekolah bagi mengembangkan profesionalisme keguruan.

Proses PdP dapat dijalankan seperti yang dirancang dengan adanya penggunaan modul-modul pembelajaran. Panitia-panitia mata pelajaran teras sekolah ini telah menyediakan modul-modul mengikut sukatan mata pelajaran tersebut. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat dalam kelas ganti akan menggunakan modul yang dibekalkan. Oleh itu, tiada wujud masalah kelas terabai. Lampiran A menunjukkan contoh muka depan modul pembelajaran mata pelajaran teras yang digunakan oleh murid-murid di sekolah ini.

Guru-guru sekolah ini juga mengambil berat soal kebajikan dan masalah pembelajaran yang dihadapi murid dan sentiasa berusaha untuk membantu muridnya mencapai kejayaan. Dedikasi dan keikhlasan guru untuk membantu membimbing dan memimpin anak didik menjadi salah satu faktor kecemerlangan sekolah ini.

Muka Surat

| 82

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kepimpinan yang berkarisma tinggi dan berterampilan yang wujud dalam kalangan guru di sekolah ini seperti kehebatan intelektual, idealisme yang tinggi, berhemah dan berjiwa besar, bijaksana, kecekapan berkomunikasi, pemikiran strategik serta daya imaginasi yang tinggi dapat diaplikasikan dalam kelas ganti. Justeru, masalah ketiadaan guru yang menjalankan tugas luar tidak akan menjejaskan proses PdP di dalam bilik darjah. Hal ini, akan mengekalkan kecemerlangan prestasi sekolah.

KESIMPULAN

Berdasarkan kebolehan dan integriti yang ada pada semua guru di sekolah ini, segala isu yang wujud dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum dapat ditangani dengan mudah dan efisien. Permuafakatan antara guru di sekolah ini juga membentuk satu keluarga besar yang berjuang menuju satu matlamat yang sama, selari dengan slogan, CIJ 2 Always No. 1 dan Be The Best and Beat The Rest.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan bukan sahaja memikirkan aspek kecemerlangan akademik, tetapi juga kemahiran, sikap dan keterampilan diri guru. Hal tersebut dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah pengajaran yang terancang dan strategik. Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Julai 1995 berkata, Sumber yang paling utama bagi sesebuah negara selain pengeluaran bahan mentah ialah bakat, kemahiran, daya cipta, dan daya usaha rakyatnya sendiri. Kekuatan guru jauh lebih hebat dan berharga daripada sumber alam yang ada.

Muka Surat

| 83

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru berkualiti mampu melahirkan murid-murid yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan dan berupaya menangani cabaran negara dan arus globalisasi bagi merealisasikan wawasan pendidikan negara.

CADANGAN

Sekolah ini sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan prestasi sekolah sentiasa berada di kemuncak kegemilangan. Di sini dinyatakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh membantu meningkatkan kelancaran perjalanan pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

1.

Semua guru didedahkan kepada semua bidang pembelajaran memandangkan semua guru perlu bersedia mengajarkan semua mata pelajaran pada Tahap 1 dan Tahap 2.

Dalam ruangan temu bual Utusan Pendidikanbulan Mei 2003, mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa akan pentingnya guru sentiasa bersedia menguasai ilmu baharu untuk menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Menurut Abd. Rahim (2005), guru yang mempunyai kombinasi beberapa mata pelajaran yang boleh diajar, lebih berwibawa, dan lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus pada satu bidang sahaja.

Guru harus mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti arus transformasi pendidikan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dari semasa ke semasa, kepakaran guru dalam mengajarkan suatu mata pelajaran perlu dipertingkatkan melalui pelbagai cara seperti mengikuti kursus
| 84

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengajaran, menjadi pemeriksa kertas peperiksaan sebelum diiktiraf sebagai guru pakar. Selain itu, pengetahuan guru dalam pelbagai mata pelajaran dapat dipertingkatkan melalui pembacaan buku, kajian, penyediaan modul pembelajaran, dan penggubalan soalan berasaskan sekolah.

2.

Jawatankuasa Jadual Waktu Mengajar menyediakan jadual ganti terancang untuk kemudahan guru-guru ganti.

Setiap panitia menyenaraikan ahli panitia masing-masing dan merancang satu jadual waktu senggang yang fleksibel bagi memudahkan pengisian guru untuk kelas ganti. Selain itu, pembinaan jadual waktu anjal bagi guru-guru yang mengikuti kursus jangka panjang perlu dirancang lebih awal.

Penggunaan jadual anjal, guru tidak hanya tertakluk kepada penetapan masa 30 minit bagi satu slot pengajaran seperti amalan sekarang, sebaliknya menetapkan beberapa masa diperlukan bagi mengajarkan sesuatu topik hingga semua murid memahami konsep berkaitan.

Oleh itu semua guru mestilah sentiasa bersedia untuk memperuntukkan lebih masa PdP di luar waktu mengajar yang telah ditetapkan dalam jadual waktu induk.

3.

Semua panitia mata pelajaran elektif juga perlu menyediakan modulmodul pembelajaran sama seperti mata pelajaran teras supaya pengisian masa PdP berjalan dengan lancar.

Muka Surat

| 85

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh T. Komate (2008), tahap penerimaan murid lebih tinggi apabila menggunakan modul pembelajaran kendiri.

Justeru, penggunaan modul bukan sahaja tertumpu pada mata pelajaran teras, tetapi melibatkan mata pelajaran elektif juga. Di samping itu, penggunaan modul juga membantu guru melaksanakan aktiviti dan memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara berkesan melalui perbincangan dan bimbingan.

Rujukan Abd. Rahim A. R. (2005). Professionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizul Rahman, A. R. dan Mohamad Saleeh, R. (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sufean Hussin. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. T. Komate. (2008). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Rekabentuk Teori Beban Kognitif. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Zaidatol Akmalia Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2003). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Bajuri Babu. (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti : Pendidikan Seni Visual Mampu Melahirkan Insan Kreatif. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan Publication Distributor Sdn. Bhd.

Muka Surat

| 86

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 87

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 88

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 89

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 90

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 91

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 92

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 93

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI PMR BERDASARKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK, TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Muka Surat

| 94

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI PMR BERDASARKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK TAK KENAL MAKA TAK CINTA

oleh PUAN ROHANI BINTI HAMZAH SMK Durian Daun,Melaka

Abstrak Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan amat penting dalam usaha guru membangunkan modal insan anak didik di dalam bilik darjah. PdP yang berkesan secara tidak langsung dapat membantu pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) warga pendidik di bilik darjah. Apabila seseorang guru itu mengamalkan dan menghasilkan suatu kaedah baharu dalam PdP, sudah pasti masa guru dan murid dapat dijimatkan. Justeru, guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pencapaian objektif dalam masa yang singkat dan murid pula dengan cepat dapat menguasai sesuatu tajuk, bab atau topik. Hal ini sudah tentu akan menjimatkan masa guru dan murid. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengaitkan teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta dengan MMI. Dalam peperiksaan Geografi PMR, terdapat lebih kurang 12 soalan (22%) Geografi fizikal dan manusia berasaskan peta dan 23 soalan (44%) memerlukan pengetahuan lokasi yang berasaskan peta. Walau bagaimanapun, terdapat ramai murid yang gagal menjawab soalan tersebut dengan betul. Kegagalan murid menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan lokasi di atas peta telah menyebabkan murid tidak berminat akan mata pelajaran Geografi. Berdasarkan keadaan ini, pengkaji telah menggunakan teknik. Tak Kenal Maka Tak Cinta bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Geografi. Teknik ini berjaya meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta di atas peta dan seterusnya mampu menjawab soalan peta dengan lebih baik. Hal ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus lulus dan kualiti keputusan peperiksaan PMR.Teknik tersebut juga digunakan untuk membantu guru Geografi yang bukan opsyen, guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru ganti di negeri Melaka. Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia dan membuat kajian yang terperinci. Maka pengkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan menandakan lokasi kawasan tertentu. Teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang.
Muka Surat

| 95

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kajian bermula dari bulan Februari hingga Mei 2009 terhadap 30 orang murid kelas 3 Merah. Kajian meliputi minat, masalah pembelajaran, dan kekerapan ulang kaji pelajaran Geografi. Murid seiring kali diuji dengan menggunakan peta kosong. Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya. Murid juga menjadi semakin seronok untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan peta apabila diberikan sebagai latihan. Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah.Teknik ini banyak membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Oleh itu, secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dianggap membosankandan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingati.

Muka Surat

| 96

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Mengapakah pengkaji menggunakan teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta? Melalui pemerhatian pengkaji, didapati murid suka menampal gambar yang di sukai pada fail dan meja mereka. Mereka dapat melihat setiap masa gambar tersebut sewaktu persekolahan. Oleh itu, pengkaji mendapat idea untuk menggantikan gambar tersebut dengan peta yang lengkap mengandungi maklumat. Murid dapat melihat peta tersebut setiap hari persekolahan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan mereka tentang lokasi dan maklumat di atas peta.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan oleh pengkaji bermula pada tahun 2005, didapati bahawa murid yang tidak minat mata pelajaran ini boleh dibantu. Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Setelah membuat kajian yang terperinci, maka pengkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Pengkaji telah mengedarkan bahan tersebut ke semua sekolah di negeri Melaka. Kelemahan bahan tersebut ialah pengkaji tidak menandakan lokasinya.

Oleh itu, pengkaji telah membuat penambahbaikan pada tahun 2006 dengan menandakan lokasi. Pada tahun 2007 pengkaji terus menghasilkan peta Asia Tenggara dan peta Dunia yang juga mengandungi fakta yang disediakan oleh murid Tingkatan 1-3. Jumlah peta yang mengandungi fakta Geografi ialah 4 helai. Dengan menggunakan peta tersebut telah memudahkan murid mengulang kaji pelajaran. Kelemahannya ialah murid hanya melihat peta
Muka Surat

| 97

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tersebut jika ingin mengulang kaji pelajaran atau diminta oleh guru. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang. Pada tahun 2012, pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan mewarnakan peta tersebut untuk menarik lebih perhatian murid.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

Kajian ini dijalankan bermula dari Februari hingga Mei 2009, melibatkan seramai 30 orang murid Tingkatan 3M telah dijadikan sampel kajian. Muridmurid ini dipilih berdasarkan prestasi pencapaian Geografi yang rendah semasa di Tingkatan 2 tahun 2008.

Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat atas sampel kajian untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Dalam tempoh kajian dijalankan, murid telah ditemu bual dan diajukan dengan soalan. Antara soalan ialah :

(a) (b)

minat mereka terhadap mata pelajaran Geografi, masalah pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran Geografi, dan

(c)

kekerapan mereka mengulang kaji mata pelajaran Geografi dalam tempoh seminggu.

Pemerhatian diteruskan selepas meja setiap murid ditampal dengan empat keping peta yang mengandungi fakta Geografi. Saiz peta berukuran 64sm x 46sm. Peta tersebut sentiasa ada di atas meja dan murid dapat melihat setiap masa sewaktu berada di dalam kelas. Melalui pemerhatian juga pengkaji, murid

Muka Surat

| 98

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Tingkatan 3M selalu melihat peta di atas meja tersebut sewaktu menunggu kehadiran guru.

Murid sering kali diuji dengan dipamerkan peta kosong di hadapan kelas dan diminta murid menanda sendiri kawasan tertentu di atas peta serta menjelaskan lokasi yang ditanda. Murid diberikan kebebasan menandakan lokasi yang diingati. Pada peringkat awal didapati murid agak malu untuk ke hadapan kelas dan menanda peta tetapi selepas seminggu, iaitu 3 kali proses PdP, murid menjadi berani ke hadapan dan berlakon seperti guru untuk menanda dan menjelaskan lokasi yang ditanda di atas peta. Murid juga menjadi semakin teruja untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan peta apabila diberikan sebagai latihan. Teknik. Tak Kenal Maka Tak Cinta terhasil daripada tindak balas perlakuan murid tersebut.

Jadual 1, menunjukkan beberapa aspek yang telah diperhatikan oleh guru dan pengkelasan yang dibuat berdasarkan pendapat peribadi guru.

Jadual 1 : Pemerhatian guru atas sampel kajian


Bilangan murid Bil Aspek yang diperhatikan Baik 1 2 3 Minat Geografi Pengetahuan peta Sikap terhadap Geografi 2 2 3 Sebelum kajian Sederhana 5 3 9 Lemah 23 25 18 Baik 20 19 20 Selepas kajian Sederhana 10 8 10 Lemah 0 3 0

Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan bahawa sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya.
Muka Surat

| 99

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Murid didapati terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menguji tahap penguasaan murid mengingati fakta yang terdapat dalam peta, pengkaji telah menanggalkan peta yang ditampal di atas meja dan menyimpannya selama seminggu. Pengkaji terus menguji murid pada minggu tersebut tanpa peta di atas meja mereka. Kesannya amat positif kerana mereka masih dapat mengingati tempat dan fakta yang berkaitan dengan peta berkenaan. Malahan murid semakin seronok belajar kerana berlumba-lumba untuk menanda peta dan menjawab apabila diberikan peluang. Suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan murid sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran pengkaji ke dalam kelas dan juga meminta pengkaji menjadi guru ganti jika ada guru yang tidak hadir ke sekolah.

Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah. Teknik ini dapat membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dikatakan

membosankan dan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingat.

Untuk melihat keberkesanan teknik tersebut dalam peperiksaan PMR tahun 2009, pengkaji telah mengumpulkan kertas soalan yang telah ditanda oleh sampel kajian pengkaji dan membuat analisis. Hasilnya dapat dilihat dalam Jadual 2 yang menunjukkan bilangan soalan peta dan pengetahuan fakta berkaitan peta yang berjaya dijawab oleh sampel kajian pengkaji.

Jadual 2:Bilangan Murid Menjawab Tepat Soalan Berasas Peta PMR 2009
Bilangan Soalan Peta bertanda/fakta peta 26 Skala ketepatan bilangan murid menjawab 1-10 2 11-20 10 21-26 18

Muka Surat

| 100

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta telah banyak membantu sampel kajian pengkaji menjawab soalan peperiksaan PMR tahun 2010 dengan tepat. Berdasarkan keberkesanan teknik tersebut, maka pada tahun 2010, teknik ini telah diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 sekolah pengkaji juga oleh murid di SMKA Sultan Mohamad, Melaka. Pada tahun 2011, penggunaan peta menggunakan kaedah, Tak Kenal Maka Tak Cinta turut diguna pakai oleh guru dan murid :

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l)

MRSM Alor Gajah, Melaka SMJK Katholik, Melaka SMK Tinggi, Melaka SMK Tinggi Perempuan, Melaka SMK Dato Hamzah,Kelang, Selangor SMK Mahmud,Raub, Pahang SMKA As-Syaiidah Khatijah, Melaka SMK Dang Anum, Melaka SMK Methodist, Melaka SMK Infant Jesus, Melaka SMK Canoss Convent, Melaka dan sekolah-sekolah lain di negeri Melaka.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil dapatan, terdapat peningkatan dalam kemahiran murid menjawab soalan Geografi berasaskan peta yang telah disediakan. Penggunaan peta yang mengandungi fakta/maklumat telah banyak membantu peningkatan
Muka Surat

| 101

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

prestasi Geografi sekolah-sekolah di negeri Melaka dan peratus pencapaian negeri Melaka mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Jadual 3 menunjukkan rekod pencapaian PMR tahun 2008-2009 untuk 20 buah sekolah di negeri Melaka yang mengguna pakai empat helaian peta bermaklumat tersebut.

Jadual 3 : Analisis PMR 2008-2009 Mata Pelajaran Geografi Sekolah-Sekolah Negeri Melaka
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Nama Sekolah SBP Integrasi Selandar SM Muzaffar Shah SMKA Sharifah Rodziah SMKA Sultan Mohamad SMK Tinggi Perempuan SMK Infant Jesus SMK St.Francis SMK Ayer keroh SMK Katholik SMK Selandar SMK Durian Daun SMK Lubuk China SMK Nyalas SMK Klebang Besar SMK Bemban SMK Dato Bendahara SMK Seri Tanjung SMK Rahmat SMK Tun Tijah SMK Sungai Udang 2008 (%) 100 100 100 100 100 95.9 91.7 94.5 83.4 89.0 86.2 91.0 90.2 88.6 93.4 90.2 87.0 80.8 84.3 93.2 2009 (%) 100 100 100 100 100 96.7 97.3 95.5 93.9 94.1 92.4 92.4 90.5 91.1 94.3 90.7 87.2 90.3 92.4 94.7 Beza % +0.8 +5.6 +1.0 +10.5 +5.1 +6.2 +1.4 +0.3 +2.5 +0.9 +0.5 +0.2 +9.5 +8.1 +1.5

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan peningkatan prestasi mata pelajaran Geografi untuk 20 buah sekolah yang menggunakan peta bermaklumat tersebut secara terbimbing. Bahan telah diedarkan untuk semua
Muka Surat

| 102

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekolah di negeri Melaka pada bulan Mac tahun 2008 semasa kursus anjuran JPN Melaka di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Guru-guru juga telah dibimbing tentang cara menggunakan peta tersebut. Bahan juga telah diguna pakai oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Selatan khasnya MRSM Terendak, MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Alor Gajah, MRSM Serting dan MRSM Kuala Kelawang. Bahan juga digunakan oleh anak-anak Petronas, Felcra, dan anak-anak orang asli Zon Selatan. Bahan juga diedarkan semasa Konvensyen Guru Cemerlang Malaysia di Akademi Kenegaraaan Biro Tatanegara, Kuala Lumpur. Peta bermaklumat ini juga diguna pakai oleh Dr. Faris Dzaudin, Pensyarah Geografi di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, di Universiti Perguruan Sultan Idris untuk pelatih UPSI.

Teknik ini juga telah diguna pakai oleh guru mata pelajaran Matematik di sekolah pengkaji, Guru Cemerlang Perdagangan Negeri Sembilan, Guru Besar SK Mahmud, Raub, Pahang dan sekolah lain.

Menurut kajian temu bual yang dijalankan oleh Tuan Hj. Baharuddin bin Husin selaku GPK HEM SBP Integrasi Selandar, Melaka yang juga merupakan guru Geografi di sekolah tersebut, murid beliau memberitahu bahawa mereka dapat menjawab 54 soalan Geografi PMR pada tahun 2007 dengan hanya mengingati peta bermaklumat tersebut. Bahan ini juga telah dipamerkan semasa Pameran Karnival Malaysia Inovatif Zon Tengah di MITC, Melaka pada 13-14 November 2011. Bahan ini juga telah menerima Anugerah Emas Guru Inovatif di Konvensyen Persidangan Kebangsaan Guru anjuran BPG dan IPG, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan ini mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa yang mengetahui tentang bahan ini bagi membantu meningkatkan prestasi Geografi anak-anak mereka.

Penambahbaikan telah dilakukan atas peta tersebut dengan mewarnakan dan menggunakan simbol untuk menarik perhatianmurid sederhana dan lemah.

Muka Surat

| 103

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Bahan ini mempunyai potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain kerana bahan ini amat membantu guru dan murid dalam melaksanakan MMI. Bahan ini patut diguna pakai oleh semua sekolah di Malaysia untuk:

1. 2. 3.

Meningkatkan daya ingatan murid tentang lokasi kawasan tertentu. Meningkatkan daya tarikan terhadap murid kerana peta berwarna. Menambah keceriaan kelas dan meja murid yang sebelum ini meja telah diconteng dengan pen marker atau liquid paper. Apabila meja mereka ditampal peta, keadaan ini telah membantu mengatasi masalah meja yang tidak ceria.

4.

Menjimatkan kos kerana bahan hanya dibuat sekali sahaja dan tahan untuk jangka masa yang lama kerana telah digunakan laminate. Bahan boleh digunakan untuk tahun berikutnya. Sebelum peta menggunakan laminate murid selalu menghilangkan peta yang diberikan oleh guru atau dikoyak. Keadaan ini menyebabkan pembaziran kertas dan kos.

5.

Memudahkan PdP guru kerana semua maklumat yang hendak dipelajari berkaitan peta ada di atas meja murid dan guru tidak perlu meminta murid melihat buku yang mempunyai terlalu banyak peta hingga menyebabkan murid tidak menggemari Geografi, tetapi dengan peta yang ringkas ini, telah menimbulkan tanggapan positif bahawa Geografi amat senang.

6.

Murid dapat memanfaatkan masa yang terluang sewaktu pertukaran guru dengan melihat sebentar peta bermaklumat yang ditampal di atas meja. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang ciri-ciri keunikan Geografi Malaysia selaras dengan hasrat Sukatan Pelajaran Geografi Sekolah Menengah.

Muka Surat

| 104

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

7.

Meningkatkan peratus lulus dan peningkatan kualiti keputusan peperiksaan PMR sekolah-sekolah negeri Melaka kerana sebelum inovasi ini didapati murid sering kali silap menjawab soalan yang berkaitan dengan peta atau pengetahuan am tentang ciri-ciri

keistimewaan sesebuah negara atau negeri. 8. Guru juga dapat menghayati MMI dalam PdP di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan teknik ini, masa PdP yang digunakan dapat dijimatkan kerana teknik ini akan menyebabkan murid mudah faham.

Muka Surat

| 105

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran A

Proses mewarnakan gambar menggunakan laminate Peta 1 Peta 2

Peta 3

Peta 4

Peta 1,2,3 dan 4menggunakan laminate

Muka Surat

| 106

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran B Keadaan meja murid sebelum ditampal peta, Tak Kenal Maka Tak Cinta dan selepas ditampal peta yang tidak berwarna. Sebelum Selepas

Keadaan meja murid yang ditampal dengan peta tidak berwarna dan peta berwarna. Sebelum warna Selepas warna

Muka Surat

| 107

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran C

Contoh borang soal selidik tahap kepuasan hati murid dalam Program Suntikan A+ anjuran JPM dan Petronas.

Muka Surat

| 108

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran D

Komen Pelawat dalam Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 di Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah

Komen Pelawat di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 di A Famosa Resort, Melaka

Muka Surat

| 109

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 110

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

10

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : MELINDUNGI MASA PEMBELAJARAN MIRACLE FINGERS (MATEMATIK SEKOLAH RENDFAH TAHAP 2)

Muka Surat

| 111

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : MELINDUNGI MASA PEMBELAJARAN MIRACLE FINGERS (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAHAP 2)

oleh SHAHRIL BIN OTHMAN AZMI BIN ABD RAHIM RAHIM BIN HASSAN SK Maran, Maran, Pahang

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan bahan inovasi yang dapat membantu Melindungi Masa Instruksional (MMI) guru-guru Matematik. Perkaitan kaedah menjawab soalan dengan cara yang mudah dan cepat bagi topik yang melibatkan timbangan berat, ukuran panjang, isipadu cecair, Peratus serta masa dan waktu mengelakkan para guru menghabiskan masa menerangkan konsep dan kaedah yang sama berulang kali. Selain itu, murid akan dapat menjawab soalan Matematik melibatkan pecahan bagi topik yang dinyatakan dengan lebih cepat berbanding kaedah konvensional. Kaedah inovasi yang diperkenalkan ini menepati konsep Melindungi Masa Instruksional (MMI). Melalui bahan inovasi ini, para guru dapat menerapkan kaedah pengiraan secara pantas dalam salah satu topik berkaitan selepas pengenalan konsep. Seterusnya, bagi topik yang berikutnya penerangan kaedah tidak diperlukan lagi. Oleh itu, kaedah ini dapat melindungi MMI guru dan murid. Penghasilan bahan inovasi ini berkait rapat dengan masalah yang berlaku terhadap murid iaitu tidak dapat menjawab soalan Matematik Kertas 1 UPSR dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang telah menguasai kaedah biasa adakalanya cuai ketika melakukan proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkan pecahan dengan teknik yang lebih pantas dan tepat. Enam puluh orang murid daripada tiga buah sekolah yang berbeza telah dipilih menjadi responden bagi kajian ini. Dalam sesi pengajaran, responden telah diajar teknik inovasi dan diuji dengan soalan-soalan ujian. Kajian ini menggunakan pra dan pascaujian bagi memastikan keberkesanan bahan inovasi. Hasil kajian didapati bahawa lebih 95% responden berjaya menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding sebelum inovasi diperkenalkan. Berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada responden, kesemua mereka bersetuju bahawa teknik inovasi yang diperkenalkan lebih mudah dan menarik serta senang difahami.

Muka Surat

| 112

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penerangan konsep dan kaedah menjawab soalan secara konvensional oleh guru-guru Matematik menjadi salah satu faktor berlakunya ketidakcukupan masa menghabiskan silibus dan berlaku masalah pencapaian yang kurang memberangsangkan oleh murid-murid dalam Matematik. Berdasarkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah, didapati bahawa masih terdapat banyak kelemahan tentang penukaran unit secara pantas melibatkan pecahan dan seterusnya menjejaskan masa menjawab soalan. Sehubungan dengan itu, ketidakcukupan masa sering kali diutarakan oleh murid-murid terutamanya ketika menjawab soalan Matematik Kertas 1. Berdasarkan pengalaman kumpulan penyelidik sebagai guru Matematik sekolah rendah, didapati hampir 90% murid di dalam setiap kelas akan menghadapi masalah ketidakcukupan masa menjawab soalan berkaitan penukaran unit bagi tajuk Peratus, Masa dan Waktu, Ukuran Panjang, Timbangan Berat, dan Isipadu cecair. Walaupun kebanyakan murid memahami konsep dan kaedah bagi menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan bagi tajuk-tajuk berikut, namun kaedah penyelesaian yang lebih mudah dan cepat perlu diketahui oleh semua murid supaya masalah yang dihadapi ini dapat diatasi.

Sehubungan dengan itu, satu penyelidikan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Menurut Ee Ah Meng (1997), setiap guru perlu berusaha meningkatkan mutu pengajarannya melalui penyelidikan tindakan atau kajian tindakan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, suatu refleksi perlu dilakukan dan berusaha ke arah penyelesaian masalah tersebut.

Melalui kajian tindakan ini, suatu inovasi dan pembaharuan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di Malaysia,
Muka Surat

| 113

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peka tentang kualiti PdP di dalam bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu PdP Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah

memperkenalkan dan menggalakkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik. Sehubungan dengan itu, perlu ada daya usaha untuk membuat kajian serta penghasilan teknik yang inovatif serta lebih berkesan supaya perubahan ini dapat memberikan impak yang positif kepada murid-murid. Selain itu, usaha untuk mengurangkan tanggapan negatif berkaitan mata pelajaran Matematik sebagai mata pelajaran yang dianggap sukar dan membosankan akan dapat diatasi.

PENYATAAN ISU/CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian kumpulan penyelidik, didapati antara masalah utama yang menyebabkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik tidak cemerlang ialahketidakcukupan masa untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Purata masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan; Kertas 1(90 saat) dan Kertas 2 (120 saat), semua murid perlu mengetahui dan menguasai apa sahaja kaedah untuk menjawab dengan seberapa segera. Namun begitu, masalah yang timbul ialah keseluruhan murid akan menjawab soalan dengan cara mengira langkah demi langkah. Oleh itu, masa yang diambil untuk menjawab soalan tersebut agak lama dan menyebabkan ramai murid yang tidak dapat menyiapkan soalan pada masa yang telah ditetapkan.
Muka Surat

| 114

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sehubungan dengan itu, sasaran untuk mendapatkan pencapaian cemerlang dalam Matematik akan sukar dicapai sekiranya tiada suatu tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah ini dijalankan. Oleh yang demikian, kaedah yang lebih mudah perlu dihasilkan supaya kaedah tersebut akan dapat membantu murid menjawab soalan dengan tepat berkaitan dengan penukaran unit dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik.

Masalah yang wujud ini telah memberikan idea kepada penyelidik untuk membina satu bahan inovasi yang dipanggil Miracle Fingers yang menggunakan jari-jari tangan untuk menjawab secara pantas tanpa perlu mengira menggunakan kaedah pengiraan biasa.

Walaupun kaedah penyelesaian secara kaedah biasa telah diketahui dan dikuasai tetapi masih belum dimantapkan dalam bentuk penyelesaian secara pantas menggunakan jari serta pemetaan dalam minda murid. Oleh itu, Miracle Fingers ialah satu inovasi bagi membantu murid untuk menjawab soalan penukaran unit secara pantas dan mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik.

Miracle Fingers merupakan inovasi yang menggunakan peranan jari-jari tangan untuk mendapatkan jawapan penukaran unit yang melibatkan pecahan secara pantas. Secara tidak langsung kaedah ini dapat menyelesaikan masalah bagi 5 topik utama Matematik sekolah rendah iaitu Peratus , Masa dan Waktu , Ukuran Panjang , Timbangan Berat, dan Isipadu cecair.

Dalam PdP yang berkaitan topik berkenaan, bahan inovasi ini boleh digunakan sebagai bahan untuk penerangan konsep dan seterusnya

menggunakannya untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan:


Muka Surat

| 115

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

penukaran unit penambahan penolakan pendaraban pembahagian penyelesaian masalah

(Conversion) (Addition) (Subtraction) (Multiplication) (Division) (Problem Solving)

CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN

Kebanyakan murid di sekolah mampu menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan menggunakan kaedah biasa tetapi tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang menguasai kaedah biasa pula adakalanya cuai ketika proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkan pecahan, dengan teknik yang lebih pantas dan tepat.

Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid lebih mudah mengingati sesuatu kaedah melibatkan bahan maujud. Oleh itu, penggunaan jari ialah suatu penemuan baharu dan terkini yang boleh digunakan untuk memudahkan muridmurid menukar unit dengan lebih pantas dan tepat. Jari-jari lebih praktikal digunakan berbanding bahan maujud yang lain sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Sehubungan dengan itu, idea untuk membantu murid dengan cara menghasilkan satu inovasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ini supaya tidak terus berpanjangan. Melalui penemuan ini, didapati minat dan keupayaan murid menjawab soalan semakin bertambah. Ironinya, apabila soalan yang sukar tetapi dapat dijawab dengan mudah akan menambah minat murid untuk belajar.
Muka Surat

| 116

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Oleh yang demikian, mempraktik kaedah yang begitu efektif ini oleh guru-guru di dalam kelas amat digalakkan. Penguasaan kaedah ini oleh muridmurid secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk belajar dan seterusnya menghilangkan tanggapan negatif atas mata pelajaran Matematik.

KESIMPULAN

Bahan inovasi ini amat membantu guru ketika sesi PdP. Masa yang diperuntukkan dalam sesuatu sesi pengajaran tidak memadai sekiranya masa instruksional guru tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Melalui pembinaan bahan inovasi ini, selain dapat membantu para guru meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik, bahan ini juga dapat

melindungi masa instruksional. Guru tidak memerlukan masa yang panjang untuk memberikan penerangan dan murid akan lebih memahami kaedah inovasi berbanding kaedah konvensional. Guru hanya perlu menggunakan sarung jari yang direka oleh penyelidik untuk menerangkan konsep serta kaedah menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding kaedah biasa.

Berdasarkan maklum balas melalui temu bual dan soal selidik, kebanyakan guru berminat menggunakan kaedah Miracle Fingers dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Para guru kebanyakannya berpuas hati serta mengakui murid-murid mereka lebih cepat menguasai kemahiran penukaran unit menggunakan Miracle Fingers serta dapat menjawab soalansoalan dengan lebih pantas.

Kesimpulannya, berdasarkan pembinaan bahan ini, setelah diaplikasi di dalam PdP, didapati, bahawa: (a) murid dapat memahami dan menguasai kaedah menjawab soalan
Muka Surat

| 117

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dengan lebih pantas dan berkesan, (b) pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik bagi topik-topik tersebut semakin baik, (c) (d) murid lebih meminati pembelajaran secara santai, dan murid hanya memerlukan kurang daripada 10 saat untuk menukar unit melibatkan pecahan seterusnya melibatkan operasi asas yang lain.

HASIL DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik didapati inovasi yang dibina ini bermanfaat seperti pernyataan berikut: Memendekkan masa menjawab soalan Kaedah ini dapat mengatasi masalah ketidakcukupan masa ketika menjawab soalan peperiksaan yang menjadi asas kepada penghasilan bahan inovasi. Pencapaian ujian meningkat Murid yang menjadi responden kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian ujian bagi tajuk-tajuk yang berkaitan. Pengendalian bahan dalam PdP lebih mudah dan berkesan Bentuk bahan inovasi yang ringkas dan ringan memudahkan guru -guru untuk mengendalikannya dalam sesi PdP berbanding BBM yang lain. Selain itu, penggunaan bahan ini lebih berkesan dan menarik. Menjimatkan masa topik pengajaran Penggunaan bahan ini telah menjimatkan masa pengajaran guru kerana
Muka Surat

1.

2.

3.

4.

| 118

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melalui satu sesi pengajaran tersebut yang telah merangkumi 5 topik sekaligus.

5.

Penjimatan kos penghasilan bahan inovasi

Bahan inovasi yang dibina ini memerlukan perbelanjaan yang amat minimum. Jumlah keseluruhan bagi bahan ini hanya RM25.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Sahaja). Jumlah perbelanjaan yang digunakan adalah untuk membina set PdP yang terdiri daripada Rajah Tangan dan Set Sarung Jari. Jumlah RM25.00 adalah bagi membina satu set lengkap bahan inovasi ini. Oleh yang demikian, pembinaan bahan inovasi ini amat murah tetapi begitu efisien dalam PdP.

Setelah bahan inovasi ini dibina dan dilihat efektif dalam PdP bagi mata pelajaran Matematik, penyebaran di peringkat sekolah penyelidik iaitu Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang telah dilakukan. Selain itu, penyebaran di sekolah-sekolah lain turut dijalankan melalui ceramah-ceramah yang dihadiri oleh pengkaji yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Kecemerlangan UPSR di peringkat Daerah Maran dan Negeri Pahang.

Disyorkan agar teknik ini disebarluaskan melalui mediummedium yang bersesuaian supaya diterima pakai dan dipraktikkan di semua sekolah seluruh negara kerana terbukti teknik ini telah menerima respon yang baik serta memberikan impak kepada guru dan murid. Teknik ini akan dapat menambahkan kemahiran murid-murid

menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih pantas serta secara tidak langsung akan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.

Muka Surat

| 119

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

6.

Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Bahan inovasi yang direka cipta amat mudah diaplikasi dalam PdP oleh semua guru. Kit pengajaran yang mengandungi manual pengajaran dan alat bantu mengajar yang dikenali sarung jari memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mengguna pakai dalam pengajaran. Sarung jari yang menggunakan bahan boleh laras (zap on) memudahkan guru yang menggunakannya mengikut saiz jari guru tersebut dan dengan kata lain tidak akan membataskan penggunaan bahan tersebut.

Bahan yang mesra pengguna ini akan mengelakkan berlakunya pembaziran masa oleh guru dalam pengajaran topik berkaitan. Secara tidak langsung dapat melindungi masa instruksional guru. Selain itu, bagi guru yang menggantikan kelas juga dapat mengajar murid dengan berkesan kerana bahan ini mudah digunakan. Kelaziman yang berlaku di sekolah, guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain tidak dapat melangsungkan pengajaran kerana tiada perancangan serta tiada kemahiran. Bahan inovasi ini akan dapat melindungi masa instruksional bagi guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain.

CADANGAN

Berdasarkan kejayaan kajian dan kelebihan penggunaan bahan inovasi Miracle Fingers dalam PdP mata pelajaran Matematik sekolah rendah Tahap 2, dicadangkan supaya semua guru Matematik mengaplikasikan kaedah ini secara lebih meluas di semua sekolah. Kaedah ini lebih efektif dan membantu MMI guru. Guru baharu atau yang menggantikan kelas guru lain akan dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan kerana bahan pengajaran ini mudah difahami melalui manual pengguna. Bahan inovasi yang mesra pengguna dan
Muka Surat

| 120

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menarik akan dapat meningkatkan minat murid-murid kepada mata pelajaran Matematik serta meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan terutamanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Rujukan Noor Azlan Ahmad Zanzali. (1995). History of Mathematics Education in Malaysia: Coping With The Demands Of Curriculum Change. Paper Presented At The International Seminar On Education And Change, University Of South Africa, Pretoria, September 1995. EE, Ah Meng. (1997). Pedagogi II : pelaksanaan pengajaran, : Shah Alam : Fajar Bakti. Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2001). Satu kajian mengenai penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah.

Muka Surat

| 121

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 TOPIK BERKAITAN ( kg - g ), ( km - m ), ( l - ml )

Muka Surat

| 122

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2 KAEDAH PENGGUNAAN MIRACLE FINGERS

Kaedah biasa

Kaedah Inovasi

Penyebut (denominator) bagi soalan ini ialah angka 5. Oleh itu, 5 jari perlu digunakan. Setiap jari membawa nilai 200.

Seterusnya, lihat pada pengangka (numerator). Pengangka menunjukkan angka 3. Dengan itu, hanya gunakan 3 jari sahaja dan jumlahkan nilai bagi setiap jari. 200 + 200 + 200 = 600 Jawapan : 600 g

Muka Surat

| 123

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), ( peratus )

Muka Surat

| 124

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

SOAL SELIDIK (MURID) Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik. Nama : ___________________________________________________ Sekolah i) : ___________________________________________________ Jantina Lelaki ii) Tahun Tahun 4 iii) Tahun 5 Tahun 6 Perempuan

Pernahkah anda didedahkan dengan Miracle Fingers sebelum ini? Pernah Tidak Pernah

iv)

Setelah diajar, adakah ia mudah difahami ? Mudah Sukar

vi) Adakah ia membantu anda menjawab soalan-soalan berkaitan time, money, length, mass, volume of liquid & percentage? Membantu Kurang membantu Tidak membantu

vii)

Nyatakan faedah-faedah yang anda peroleh setelah menggunakan Miracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik. ___________________________________________________ ___________________________________________________

Tandatangan murid, . ( )
Muka Surat

| 125

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5

SOAL SELIDIK (GURU) Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik.

Nama Guru : ________________________________________________ Sekolah i) : ______________________________________ Jantina Lelaki Perempuan

ii)

Umur 20 30 tahun 31 40 tahun 41 50 tahun

iii)

Pengalaman Mengajarkan Mata Pelajaran Matematik kurang daripada 5 tahun lebih daripada 5 tahun

iv)

Pernahkah anda didedahkan dengan Miracle Fingers sebelum ini? Pernah Tidak Pernah

v)

Adakah ia mudah difahami ? Mudah Sukar

Muka Surat

| 126

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

v)

Adakah ia lebih efisien berbanding dengan kaedah lain ? Ya Tidak

vi)

Adakah ia membantu anda dalam PdP melibatkan soalansoalan berkaitan time, money, length, mass & volume of liquid & percentage ? Membantu Kurang membantu Tidak membantu

vii)

Adakah anda akan terus menggunakan kaedah Miracle Fingers dalam PdP?

Ya vii)

Tidak

Nyatakan faedah-faedah lain yang anda peroleh setelah mengaplikasikan Miracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

Tandatangan guru, . ( )

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN.


| 127

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 6 Soalan Pra dan Pasca

Nama Tahun Sekolah

: ______________________________________ : ______________________________________ : _____________________________________

Sila jawab semua soalan a) Percentage (Peratus) 1. 2. Nyatakan


3 5

Jawapan _________________ __________________

kepada peratus.

Tukarkan 2

5 kepada peratus. 10

b) Time (Masa & Waktu) 1. 2. abad = ___________ tahun Tukarkan abad kepada tahun. __________________

c) Length (Ukuran Panjang) 1. 2. km = ______________ m 4 m = _____________ cm __________________ __________________

d) Mass (Timbangan Berat) 1. 2. 6 kg = ______ kg _________ g __________________ __________________

Tukarkan 4 kg kepada gram.

e) Volume of Liquid (Isipadu Cecair) 1. 2. 3 l = ____________ ml Tukarkan 5 l kepada l dan ml ___________________ ___________________

Muka Surat

| 128

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

11

TEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Muka Surat

| 129

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

TEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

oleh NORAINI BINTI IBRAHIM SK Tengku Mahmud

NURUL SYAFINAZ BINTI ISHAK SM Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut

Abstrak MMI merupakan tanggungjawab penting pengurusan sekolah dan para guru dalam memastikan setiap murid mendapat hak instruksional mereka. Namun begitu, perubahan besar dalam senario pendidikan hari ini memperlihatkan beban tugas guru yang semakin meruncing hingga hampir mengorbankan tugas asal seorang guru iaitu mengajar di dalam kelas. Justeru, team teaching dilihat sebagai pendekatan bijak untuk mengatasi masalah MMI. Gabungan dua atau lebih guru dalam satu pada masa yang sama akan dapat mengekang pembaziran masa instruksional akibat ketiadaan guru mata pelajaran di dalam kelas. Selain itu, pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna dengan kehadiran dua orang guru dalam satu masa pengajaran. Kajian kes yang dibentangkan berdasarkan pengalaman penulis kedua di SM Imtiaz Besut hasil daripada pengimplemantasian selama tiga tahun strategi Team Teaching bagi calon PMR dan tahun pertama untuk calon SPM. Walaupun kekangan ketiadaan guru di SM Imtiaz begitu mendesak, namun strategi Team Teaching telah memperlihatkan hasil yang signifikan dengan pengekalan prestasi cemerlang calon PMR selama tiga tahun berturut-turut.

Muka Surat

| 130

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penulisan ini disediakan bertujuan untuk membincangkan strategi pengajaran Team Teaching yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi Melindungi Masa Instruksional (MMI). Masa instruksional didefinisikan sebagai jumlah masa yang sebenarnya digunakan oleh guru untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Masa pengajaran tidak termasuk masa yang digunakan oleh guru untuk menguruskan bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Manakala MMI pula membawa maksud mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak dilaksanakan seperti yang dirancang serta memastikan kualiti masa intruksional yang menjamin pembelajaran bermakna dan berkesan dalam kalangan murid dapat dilaksanakan oleh guru. Situasi ini boleh dilakukan dengan memastikan kawalan displin dan polisi sekolah berkaitan dengan penggunaan masa dilaksanakan. Hal sedemikian ini, perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan kreatif, kritis, dan inovatif.

Masa yang digunakan oleh seorang murid seharian dalam sesi persekolahan boleh dikategorikan seperti jadual berikut:

Jadual 1: Kategori Masa Murid


Kategori Masa Masa persekolahan Masa bilik darjah Penjelasan Jumlah masa murid hadir ke sekolah. Jumlah masa murid berada di dalam kelas tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain. Masa ini merupakan subkategori masa persekolahan. Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional tidak termasuk gangguan dan pengurusan rekod.

Masa instruksional

Masa pembelajaran Jumlah masa instruksional berdasarkan murid memberikan akademik perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran bermakna dan berkesan.

Muka Surat

| 131

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pihak pengurusan sekolah akan merangka masa instruksional yang ideal merangkumi jadual waktu, perancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan. Namun begitu, masa yang telah diperuntukkan tidak semestinya menjanjikan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Hal ini, disebabkan faktorfaktor gangguan yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, ketiadaan guru di sekolah kerana mengikuti kursus atau bercuti, guru ada di sekolah tetapi bukan atas urusan PdP dan guru ada di sekolah tetapi PdP tidak berlaku.

Jadual 2 berikut mengkategorikan faktor gangguan masa instruksional.

Jadual 2: Kategori Faktor Gangguan


Kategori faktor gangguan Faktor pengurusan sekolah Kelompok Guru tiada Contoh gangguan Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, guru tidak mencukupi, guru menghadiri kursus atau tugasan luar, guru menduduki peperiksaan, dan aktiviti kokurikulum. Gangguan dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran. luar Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar dan melaksanakan tugas sampingan. Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.

Gangguan fizikal

Gangguan jangka

Gangguan adhoc

Faktor instruksional guru

Kualiti pembelajaran Kesediaan murid belajar, kualiti guru, murid proses pengajaran dan pembelajaran, Kualiti pengajaran sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru guru mengajar.

Proses MMI memerlukan kerjasama erat antara pengurusan sekolah dengan guru dan antara guru dengan guru. Ybhg. Dato Haji Sufaat bin Tumin,
Muka Surat

| 132

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mencadangkan beberapa strategi jangka panjang dan jangka pendek semasa menyampaikan ucaptama, Melindungi Masa Intruksional di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Beliau telah mencadangkan beberapa program khas bagi melindungi masa intruksional, antaranya:

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Pengajaran rakan sebaya, Program Guru Muda, Modul guru ganti, Kelas Gantian, Jual beli jadual waktu pengajaran, dan Pemantauan dan penilaian pengajaran guru secara berterusan.

Satu analisis-meta yang melibatkan 10,000 hasil statistik oleh Wang, Haertal dan Walberg (1993;1997) telah menunjukkan pengaruh langsung mempunyai impak yang lebih besar atas pembelajaran murid jika dibandingkan dengan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung di sini ialah sikap dan karakter guru-guru yang mampu membawa perbezaan yang signifikan. Hal ini boleh dilakukan dengan membina budaya sekolah yang menggalakkan amalan PdP yang penting dan berkualiti. Oleh itu, kertas kerja ini mencadangkan amalan team teaching dijadikan budaya di sekolah bagi melindungi masa instruksional dan seterusnya memainkan peranan dalam peningkatan prestasi murid di dalam bilik darjah.

Muka Surat

| 133

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

TEAM TEACHING

1.

Konsep Pengajaran Team Teaching

Dalam literasi, team teaching selalunya dijalankan di dalam kelas inklusif untuk mengajar murid kurang upaya (Tannock, 2009). Menurut Goetz (2000), dua kategori team teaching telah dikenal pasti iaitu: Kategori A : Dua atau lebih guru mengajar murid yang sama pada masa yang sama dan di dalam kelas yang sama. Kategori B : Dua orang guru saling bekerjasama tetapi tidak semestinya mengajar kumpulan murid yang sama atau pada masa yang sama.

2.

Model Pengajaran Team Teaching

Penulisan ini lebih berfokus kepada team teaching mengikut kategori A. Dalam kategori A terdapat beberapa model yang berbeza iaitu: Traditional Team Teaching guru dengan secara aktif berkongsi kandungan pengajaran dan kemahiran dengan semua murid. Sebagai contoh, seorang guru mempersembahkan kandungan pelajaran yang baharu kepada murid manakala seorang guru lagi membina peta minda ataupun menulis nota penting pada papan putih sewaktu murid mendengar penjelasan guru yang pertama. (b) Complementary / Supportive Team Teaching Model ini berbeza dengan model Traditional Team Teaching kerana guru

(a)

bertanggungjawab akan mengajarkan kandungan pelajaran manakala seorang guru lagi menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut.
Muka Surat

| 134

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c)

Collaborative Team Teaching Model ini hampir sama dengan Traditional Team Teaching kerana kedua-dua guru terlibat dalam mereka bentuk pengajaran. Perbezaannya pada proses pengajaran apabila kedua-dua orang guru mengendalikan pengajaran bersamasama dengan bertukar-tukar idea dan teori di hadapan murid. Aktiviti seperti teknik pembelajaran berkumpulan, kerja dalam kumpulan kecil, dan perbincangan berpusatkan murid, adalah antara beberapa aktiviti yang biasa digunakan dalam model ini. Parallel Instruction kelas dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan mengikut bilangan guru yang terlibat. Setiap guru memberikan arahan secara individu tentang kandungan, bahan, dan kemahiran yang sama untuk setiap kumpulan. Differentiated Split Class Model ini melibatkan pembahagian kelas kepada kumpulan kecil mengikut keperluan murid. Setiap guru mengajar mengikut keperluan murid. Monitoring Teacher Model Seorang guru memberikan arahan untuk keseluruhan kelas manakala seorang lagi guru bergerak di sekitar bilik darjah memantau kefahaman dan sikap murid, mengekalkan displin dan pengurusan kelas.

(d)

(e)

(f)

(g)

Guru boleh menggunakan satu atau menggabungkan lebih daripada satu model di atas dalam satu kelas yang sama. Berikut ialah

beberapa keadaan yang tidak sepatutnya dipraktiskan sewaktu team teahing: i. ii. iii. Guru masuk ke kelas tanpa persediaan awal. Guru hanya berdiri sewaktu seorang lagi guru mengajar. Guru bergerak di dalam kelas untuk membantu aktiviti kumpulan berdasarkan penjelasan sendiri tanpa merujuk pengajaran dengan rakan guru yang lain. iv. Guru hanya membantu mengagihkan lembaran kerja.

Muka Surat

| 135

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

v.

Guru keluar dan masuk ke kelas sesuka hati dan membiarkan rakan guru menangani kelas sendirian.

PERNYATAAN ISU

Sesuatu tindakan yang praktis untuk MMI perlulah dipastikan pengamalannya bagi membolehkan guru terus mendampingi murid secara bermakna agar instruksional boleh berlangsung dengan efektif dan matlamat pencapaian murid yang dihasratkan tercapai.

Dr Shirley (2011) dan Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai sekumpulan yang terdiri daripada dua orang guru atau lebih yang bekerjasama dalam merangka pelan, melaksanakan dan membuat penilaian aktiviti pembelajaran bagi sekumpulan murid yang sama. Manakala, Quinn and Kanter (1984) dipetik oleh Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai kerja berkumpulan antara dua orang guru terlatih, bersama-sama membuat satu pengajaran kepada sekelompok audien.

Untuk itu, penulisan ini disediakan bagi membincangkan bagaimana MMI melalui strategi Team Teaching di SM Imtiaz Besut berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas.

Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan berkaitan Team Teaching:

(a)

Adakah Team Teaching dilaksanakan secara sukarela atau diwajibkan oleh pengurusan sekolah ? Team Teaching dilaporkan boleh dilaksanakan dengan jayanya apabila guru-guru sendiri yang menginisiatifkan strategi ini.
Muka Surat

| 136

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Terdapat sebahagian guru yang tidak yakin dengan pelaksanaan Team Teaching seterusnya tidak berpuas hati sekiranya pihak pengurusan mewajibkan pelaksanaan strategi ini untuk diguna pakai di sekolah mereka. (b) Adakah guru diberi kebebasan memilih pasangan mengajar ? Memetik dapatan (Dr.Shirley, 2011) daripada sumber (Costin, 2002; Rea and Connel, 2005; Murawski, 2010) Guru yang memilih pasangan mengajar sendiri iaitu seseorang yang dikenali mereka atau senang untuk bekerja, lazimnya tidak akan menimbulkan banyak masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak pengurusan yang membentuk pasangan dan menggariskan peraturan tanpa sebarang pandangan, atau pun tanpa sebarang makluman akan

menimbulkan masalah untuk mengendalikan masa instruksional bersama. (c) Adakah guru-guru tersebut memahami dengan mendalam tugas dan tanggungjawab mereka dalam masa instruksional? Kebanyakan guru yang terlibat dalam Team Teaching tidak memahami peranan khusus mereka semasa sesi tersebut dijalankan. Akhirnya mereka berasa tidak berminat untuk meneruskan strategi pengajaran ini. (d) Adakah guru mempunyai masa yang cukup untuk sesi perancangan dan persediaan ? Masa merupakan faktor yang penting kepada setiap guru untuk merancang masa instruksional yang berkesan (Anonymous, 1997). Oleh itu, para guru terikat dengan arahan tugas rasmi di luar seperti kursus, seminar dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga tugas mengiring murid mengikuti pertandingan dan juga program. Menurut Dr Shirley (2011), satu dapatan kajian oleh WaltherThomas and Christine S (1997) juga membincangkan permasalahan masa, perancangan, dan persediaan kedua-dua guru yang akan
Muka Surat

| 137

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menjalankan team teaching. Masa yang diperlukan untuk merancang persediaan pengajaran bersama-sama amat sukar dilaksanakan terutamanya pada waktu persekolahan. Malahan akan menjadi masalah yang serius di kebanyakan sekolah kerana masa perancangan dan persediaan guru tidak boleh diselaraskan dengan mudah berdasarkan faktor-faktor di atas.

(e)

Adakah

persoalan

interpersonal

pasangan

mengajar

dititikberatkan? Isu interpersonal individu amat serius apabila dikaitkan dengan Team Teaching. Hal ini sedemikian, kerana setiap individu mempunyai idea, cara penyampaian dan kemahiran tersendiri dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Menurut kajian Schamber (1999) pasangan mengajar kadangkala akan menemui jalan yang rumit dan sukar memandangkan setiap mereka mempunyai professional preferences tersendiri berbanding

pasangannya yang lain. Guru seharusnya mempunyai nilai menghormati yang tinggi antara satu sama lain dalam menggerakkan sesuatu aktiviti terutamanya pelaksanaan masa instruksional ke arah satu matlamat yang sama. Selain itu, Goezt (2000) turut menyatakan bahawa pasangan Team Teaching mestilah saling mempercayai antara satu sama lain untuk menjadikan mereka jelas tentang tanggungjawab dan peranan mereka.

TEAM TEACHING DI SM IMTIAZ BESUT - PENGENALAN

Senario pendidikan di Malaysia menuntut pengurusan sekolah merangka satu program yang berkesan bagi MMI murid. Sehubungan dengan itu, setiap warga sekolah diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan
Muka Surat

| 138

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

matlamat tersebut dapat dicapai. Tempiasnya turut dirasai oleh pihak pengurusan SM Imtiaz, Besut tatkala buat pertama kalinya sekolah ini dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik PMR 2009 kategori Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan dan diikuti Anugerah Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu, Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Kohort 2.

Bersandar kepada moto ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia, pihak pengurusan, guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SM Imtiaz cuba menggarap kecemerlangan dari pelbagai sudut dengan amanah dan kepercayaan yang telah dianugerahkan. Merujuk Direktori 1 Sekolah Berprestasi Tinggi, 60% markah pengiktirafan SBT ini berdasarkan pencapaian akademik terutamanya peperiksaan awam. Namun, bilangan keluar masuk guru ke sekolah juga meningkat apabila pelbagai kursus bagi sekolah-sekolah SBT di bawah penganjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK). Selain itu, pihak pengurusan juga turut didedahkan dengan sesi percambahan ilmu dan pengukuhan pengurusan sekolah di bawah anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB). Terdapat antara mereka ini turut mengajarkan kelas peperiksaan PMR dan SPM.

Senario yang merisaukan ini agak menjejaskan prestasi murid untuk seketika apatah lagi untuk sekolah mengekalkan prestasi PMR bagi melestarikan status SBT. Harapan para ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menggenggam kejayaan cemerlang dalam peperiksaan turut menambah tekanan kepada guru-guru. Melihatkan situasi ini dan juga moto yang disasarkan, guru-guru di SM Imtiaz mula melaksanakan beberapa strategi dalam masa instruksional bagi membolehkan sesi itu berjalan dengan lancar dan murid mendapat bimbingan guru secara langsung. Team Teaching dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini.

Muka Surat

| 139

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1.

Pelaksanaan

Pada tahun 2011, guru-guru SM Imtiaz memberikan cadangan awal kepada pihak pengurusan untuk mencuba strategi Team Teaching ini bagi murid-murid Tingkatan 3yang akan menduduki peperiksaan awam. Dengan mengadakan beberapa sesi percambahan idea, pada semester kedua tahun 2011, strategi Team Teaching mula diperkenalkan untuk masa instruksional kelas Tingkatan 3. Berikut langkah-langkah awal

yang telah diambil oleh pemimpin sekolah dalam melaksanakan team teaching:

(a)

Jawatankuasa jadual waktu mengambil tanggungjawab ini sebagai memulakan langkah pertama dengan mengatur jadual guru-guru supaya jadual tersebut lebih bersifat fair and square dan tidak terlalu membebankan serta bertindan. Guru-guru juga perlu berkorban untuk menerima penambahan masa instruksional antara 3 5 masa setiap orang. Jadual waktu di bawah menunjukkan deskripsi bagaimana team teaching diaturkan dalam jadual. Pihak sekolah boleh menggunakan Team Teaching Kategori A atau Kategori B.

i.

Kategori A : Dua orang guru dalam satu masa instruksional. Dalam satu masa instruksional dapat dilihat dua nama guru dicatatkan dalam jadual waktu.

Muka Surat

| 140

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 3: Contoh Jadual Waktu 1

Jadual 4: Contoh Jadual Waktu 2

ii.

Kategori B: Kelompok dipecahkan kepada yang lebih kecil dan ditempatkan secara berasingan serta melaksanakan

instruksional yang berbeza.

Jadual 5: Contoh Jadual Waktu 3

Muka Surat

| 141

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 6: Contoh Jadual Waktu 4

(b)

Pemilihan mata pelajaran untuk dijalankan secara team teaching dibuat mengikut kesesuaian sekolah. Sebagai langkah rintis, strategi ini diguna pakai untuk beberapa mata pelajaran memandangkan SM Imtiaz, menghadapi kekangan guru.

Jadual 7: Rangka Jadual Masa Instruksional bagi Tingkatan 3 dan 5.


Bil. 1.

J a d

Tingkatan 5 Ibn Amir/ 5 Ibn Kathir

Mata pelajaran B.Inggeris

Guru 1. Guru J 2. Guru K 1. Guru L 2. Guru M 1. Guru N 2. Guru O 1. Guru P 2. Guru Q 3. Guru R 1. Guru S 2. Guru T 1. Guru U 2. Guru V 3. Guru W 1. Guru X 2. Guru Y 3. Guru Z

2.

u 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir a


5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir

B.Melayu

3. l

B. Arab

4. J

a
5.

3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang

Matematik

d u

Sains K.Hidup

6. a

l
7.

Geografi

Muka Surat

| 142

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Pendedahan model-model team teaching kepada guru-guru. Bagi memudahkan team teaching dilaksanakan, setiap guru perlu didedahkan kepada model-model pengajaran secara team teaching. Di SM Imtiaz, pelbagai model yang digunakan oleh guru-guru di setiap kelas dalam memastikan objektif masa instruksional tercapai. Contohnya:

(a)

Kesemua kelas yang melaksanakan Team Teaching dikendalikan oleh dua orang guru yang masing-masing memainkan peranan saling melengkapi antara satu sama lain dan juga memberikan sokongan kepada pasangan mereka.

(b)

Kelas lazimnya dimulakan dengan seorang guru memulakan set induksi serta memulakan konsep yang kemudiannya bersambung dengan aktiviti, arahan, dan kesinambungan daripada konsep awal secara bergilir-gilir antara dua orang guru.

(c)

Seterusnya, guru membahagikan murid kepada kelompok bagi aktiviti pengukuhan dan pengayaan secara pengendalian bersama melalui kaedah Enrichment Cluster mengikut minat murid atau kaedah Differentiating iaitu mengikut pencapaian dan prestasi murid. Proses ini dilaksanakan melalui beberapa model pengajaran yang diperkenalkan seperti traditional team teaching,

complimentary or supportive, collaborative, parallel instruction, dan differentiated split class.

(d)

Model-model ini boleh dipilih oleh guru mengikut kesesuaian isi kandungan, masa instruksional dan kumpulan murid. Dalam kebanyakan waktu, murid akan berada dalam kelompok yang lebih kecil daripada biasa. Situasi ini membuka peluang yang luas untuk murid bertanya kepada guru kerana segelintir murid mempunyai low
Muka Surat

| 143

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

self-esteem untuk mengemukakan soalan dalam kelas yang rata-rata bilangan muridnya antara 28-30 orang.

(e)

Hubungan rapat dan jarak yang dekat menyebabkan murid berkecendurungan untuk menyertai aktiviti dalam masa

instruksional sama ada secara individu, berpasangan mahupun berkumpulan bagi mendapatkan jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan atau perbincangan dalam tempoh yang singkat.

Ironinya,

peningkatan kuantiti dan kualiti dicatat bagi dua tahun ini

bermula daripada TOV, OTI 1, OTI 2, Gerak Gempur, Tambah Nilai, percubaan, dan juga peperiksaan awam sebenar iaitu PMR. Hal ini menjadi satu penanda aras yang baik kepada SM Imtiaz, Besut untuk melestarikan strategi instruksional kerana pendekatan ini menimbulkan suasana pembelajaran bermakna. Walaupun sekolah masih menghadapi kadar keluar masuk guru dan pengurusan atas urusan rasmi yang masih kerap namun dapat dibuktikan bahawa Team Teaching telah banyak membantu guru-guru mengatasi masa instruksional yang terbuang begitu sahaja.

KESIMPULAN

Kejayaan dari sudut akademik yang dicatatkan di SM Imtiaz, Besut dalam peperiksaan umum merupakan bukti bahawa strategi Team Teaching adalah antara cadangan terbaik untuk MMI di sekolah. Hal ini, tidak akan berlaku sekiranya pihak pengurusan, guru-guru, dan murid tidak bergerak ke arah itu; apatah lagi tidak memahami kenapa strategi ini dipilih. Pihak Pengurusan juga bersedia untuk menambah masa instruksional dan berusaha untuk mengatur jadual waktu agar tidak terlalu membebankan, tiada pertindanan dan adil
Muka Surat

| 144

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kepada semua. Guru-guru dengan ikhlas menerima tambahan masa instruksional mereka dan berusaha menginovasikan pendekatan, teknik, dan kaedah instruksional dengan peluang ini. Murid-murid pula sanggup mencuba satu strategi baharu dan bersedia diasing-asingkan walau pada mulanya berasa rendah diri kerana berpendapat kelompok mereka ialah kelompok yang tercorot.

SYOR

Dicadangkan agar strategi pengajaran Team Teaching dapat diperkasakan di semua sekolah. Pelaksanaanya diharap dapat memastikan Tiga Idea Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja berpasukan), dan fokus kepada hasil atau kemenjadian murid.

Gambar - gambar pelaksanaan Team Teaching di SM Imtiaz

Gambar 1:

Sudut guru-guru membuat persediaan pengajaran secara Team Teaching.

Muka Surat

| 145

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Gambar 2:

Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching.

Gambar 3:

Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching.

Rujukan Shirley T.S.H. (2011). Building Succesful Teams in a Challenging Environment. Courage Leadership for Positive Change. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Nasional ke-18, Julai 2011. IAB, Genting Highlands. Goetz. (2000). Instructional Leadership of Team Teaching.

Muka Surat

| 146

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Ashley N.Y.M. (2012). Kepimpinan Instruksional dan Peningkatan Sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepimpinan Instruksional. Hallinger, P.(1982). Resource Manual : The Principal Instructional Management Scale. Center for the Advance Study of Educational Leadership, Vanderbilt University, Nasville, USA. Pengurus Strategik SM IMTIAZ BESUT : Bab Pengurusan Kurikulum, 2011. Direktori 1 SBT, Dr. Haji Zahari bin Aziz, TKKP Sektor Operasi Pendidikan, Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM.

Muka Surat

| 147

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

12

PENGAJARAN BERKESAN PENGGUNAAN WAZAN BOARD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Muka Surat

| 148

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN BERKESAN PENGGUNAAN WAZAN BOARD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

oleh ANDI KASWIA BINTI ABDUL KADIR SMKA Kota Kinabalu, Sabah

Abstrak Kertas kerja ini menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab menggunakan bahan inovasi Wazan Board dalam tajuk wazan yang telah berjaya memaksimumkan masa PdP di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan mewujudkan budaya bekerjasama antara satu sama lain. Hasilnya, murid dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sejurus selepas pengajaran, sekaligus menunjukkan bahawa penggunaan bahan inovasi ini mudah, menarik dan berkesan.

Muka Surat

| 149

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Proses PdP merupakan elemen penting dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Proses pengajaran hendaklah melibatkan hubungan dua hala antara guru dengan muridnya melalui aktiviti dan tugasan pembelajaran. Pengajaran pula hendaklah sesuai dan dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti dengan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, setiap guru hendaklah menentukan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan muridnya. Kajian Ab. Halim (2003) terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Hal ini ditambah lagi dengan adanya bahan bantu mengajar dan belajar yang sesuai bagi mendekatkan murid kepada konsep yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, dalam kertas kerja ini, pengkaji ingin memfokuskan penggunaan bahan inovasi Wazan Board ke arah meningkatkan keberkesanan proses PdP Bahasa Arab dalam tajuk wazan.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

1.

Situasi Murid

Terdapat 3 situasi utama yang dihadapi dalam tajuk ini: murid yang lemah mengecam kata dasar sesuatu perkataan, murid yang tahu kata dasar tetapi masih tidak dapat menentukan wazan perkataan, dan kekeliruan dalam menentukan wazan perkataan yang ada

pembuangan huruf.
Muka Surat

| 150

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Situasi Guru bahan bantu mengajar (BBM) tajuk ini kurang, kaedah yang digunakan ialah kaedah konvensional ,dan kesedaran untuk mengubah kaedah pengajaran supaya lebih baik.

CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan inovasi Wazan Board

1.

Apakah itu Wazan Board ?

Wazan Board ialah gabungan kalimah Arab (Wazan) dan Inggeris (Board). Wazan berasal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu al-waznu yang bermaksud neraca atau acuan dan merupakan salah satu daripada subtopik dalam sukatan Bahasa Arab Tingkatan 4 & 5 dalam topik al ( wazannya fa a la) Mizan as-Sorfi. Contohnya, kalimah kataba) ( . ( wazannya fa i lun) Katibun) (. Board pula ialah papan kertas. 1 set Wazan Board mengandungi papan wazan, marker pen dan pemadam. Wazan Board digunakan sebagai satu bahan bantu dalam pembelajaran untuk memudahkan murid membuat latihan dalam tajuk wazan dengan lebih mudah dan efisyen.

Muka Surat

| 151

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Langkah pengajaran dan pembelajaran 2 masa (70 minit)

Langkah Set Induksi 5 minit

Proses Guru menerangkan topik pengajaran serta isi pengajaran yang perlu dikuasai Soal jawab antara guru dan murid tentang beberapa perkataan dalam bahasa Arab

Catatan

Langkah 1 Guru menerangkan kaedah baharu dalam pembelajaran tajuk wazan iaitu penggunaan 10 minit Wazan Board Maksud Wazan Board Fungsi item yang ada dalam Wazan Board

Guru memberikan 2 contoh penggunaan diikuti oleh 2 orang murid Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan Pembetulan dan peneguhan oleh guru Aktiviti pengukuhan

Langkah 2 Guru memberikan lembaran kerja dan satu set Wazan Board kepada setiap kumpulan. Setiap 20 minit kumpulan diberikan 5 soalan untuk diselesaikan. Langkah 3 Setiap kumpulan membentangkan hasil jawapan menggunakan Wazan Board 15 minit

Langkah 4 Setiap kumpulan menyediakan 3 soalan spontan untuk ditanya kepada kumpulan lain. Kumpulan 15 minit yang berjaya menjawab soalan yang paling banyak menjadi pemenang. Penutup 5 minit Guru membuat kesimpulan dan maklum balas daripada murid berkenaan kaedah baharu.

Muka Surat

| 152

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Perbezaan pembelajaran sebelum dan selepas

Sebelum Inovasi 1. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5 hanya menggariskan tajuk-tajuk sarf yang perlu diajar kepada murid. Kaedah pengajaran bergantung kepada guru .

Selepas Inovasi

Murid-murid menggunakan bahan inovasi secara kendiri untuk mencari wazan kalimah yang dikehendaki tanpa perlu Guru biasanya menggunakan kaedah hafalan wazan dan teknik pengajaran lebih menghafal wazan. berpusatkan guru (teknik penerangan) tanpa menggunakan alat bantu (BBM). 2.Murid perlu mengetahui kata dasar terlebih dahulu sebelum mencari wazan kalimah.

Murid boleh mencari wazan kalimah tanpa perlu mengetahui kata dasar terlebih dahulu. Dengan menggunakan WazanBoard, masa untuk mendapatkan wazan kalimah lebih mudah dan cepat. Murid dapat mencari wazanfeil mutal dengan mudah menggunakan Wazan Board dan meleraikan kekeliruan yang dihadapi.

3. Apabila menggunakan kaedah hafalan, biasanya murid akan mengambil masa yang lama. Begitu juga ketika menjawab soalan berkaitan wazan.

4.Murid biasanya sukar dan keliru untuk wazan feil mutal khususnya apabila feil tersebut berlaku pembuangan huruf illah.

4.

Bentuk Kejayaan

(a)

Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

i.

pengajaran menjadi lebih menarik, mudah, dan penguasaan murid lebih menyeluruh,
Muka Surat

| 153

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii.

suasana PdP menjadi lebih ceria, dan

iii. tahap pencapaian murid dapat diukur dengan mudah sebaik selesai pembelajaran.

Berdasarkan Graf 1, terdapat tiga orang murid mendapat markah penuh dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan Board

Graf 1 : Taburan markah 10 Murid Tingkatan 5 (set 1) 2011

Berdasarkan Graf 2, terdapat lima orang murid mendapat markah penuh dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan Board

Graf 2 : Markah 16 Murid Tingkatan 5 Bukhari 2012

Muka Surat

| 154

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Peningkatan dalam Tahap Kepuasan Hati Guru dan Murid

i. ii. iii.

Guru berpuas hati dengan pencapaian murid dalam ujian pasca. Murid lebih mahir dalam penguasaan wazan, Berikut ialah analisis penilaian penggunaan Wazan Board oleh 16 orang murid Tingkatan 5 Bukhari dan Guru Bahasa Arab:

Skala Likert : 1= Sangat tidak setuju 2= Tidak setuju 3= Kurang setuju 4= Setuju 5= Sangat setuju

1 SKALA BIL Item 1 Wazan Board sebagai bahan bantu yang praktikal dalam Pengajaran & Pembelajaran. Wazan Board boleh digunakan di manamana sahaja. P G P

Bilangan Murid dan Guru G P G P 1 0 (6.25 %) 1 0 (6. 25 %) 0 G 2 (33.3 %) P 15 (93.7 5%) G 4 (66. 7% ) 2 (33. 3% )

2 (12.5 %)

4 (66.7 %)

13 (81.2 5%)

Wazan Board membantu murid menguasai kemahiran mewazankan kalimah dengan mudah dan cepat.

4 0 (25% )

4 (66. %)

12 (75% )

4 (25 %)

Muka Surat

| 155

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1 SKALA BIL Item 4 Wazan Board menjimatkan masapenerangan guru . P G P

Bilangan Murid dan Guru G P G P 3 0 (18.7 5%) G 5 (83.3 %) P 13 (81.2 5%) G 1 (16. 7% ) 6 (10 0% ) 5 (83. 3% ) 5 (83. 3% ) 2 (33. 3% ) 3 (50 %)

Wazan Board ialah bahan bantu PdP yang mempunyai daya kreativiti yang menarik. Wazan Board ialah bahan bantu PdP yang menyeronokkan.

2 0 (12.5 %) 0

14 (87.5 %)

3 0 (18.7 5%)

1 (16.7 %)

13 (81.2 5%)

Wazan Board dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam mewazankan kalimah. Wazan Board dapat menambah minat murid untuk belajar Bahasa Arab. Wazan Board dapat merungkai 2 isu utama dalam wazan (lemah kata dasar & tahu kata dasar). Pengkaji berpuas hati dengan markah yang diperolehi melalui penggunaan Wazan Board dalam ujian pasca.

2 0 (12.5 %) 1 0 (6. 25 %) 1 0 (6. 25 %) 0 0

1 (16.7 %)

14 (87.5 %)

1 (6.25 %)

4 (66.7 %)

14 (87.5 %)

1 (6.25 %)

3 (50% )

14 (87.5 %)

10

1 0 (6. 25 %) 0

1 (6.25 %)

4 (66.7 %)

14 (87.5 %)

2 (33. 3% )

Muka Surat

| 156

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Kaedah pembelajaran menggunakan BBM memang sangat berkesan bagi meningkatkan kualiti PdP dan hasilnya sangat memberangsangkan. Buktinya, penggunaan bahan inovasi Wazan Board telah meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk ini.

SYOR

Diharapkan agar semua guru dapat menyediakan BBM yang sesuai dalam PdP. Murid akan lebih mudah untuk menerima ilmu melalui medium pengajaran yang menarik . Pengajaran yang cemerlang mestilah mempunyai kepelbagaian dalam penggunaan BBM (Esah Sulaiman, 2004).

Rujukan Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah PdP. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Penerbit : Universiti Teknologi Malaysia.
Journal of Islamic & Arabic Education 3(1), 2011 59-74 ,KAmarul Azmi JAsmi, UTM, Mohd Faeez Ilias, UTM, Abd Halim Tamuri, UKM, Mohd Izham Mohd Hamzah, UKM

Muka Surat

| 157

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

13

HUBAGAM : Pendekatan Kontekstual Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Iqra

Muka Surat

| 158

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

HUBAGAM : Pendekatan Kontekstual Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Iqra

oleh FARIDA BINTI ABDUL RAHMAN SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan

Abstrak

HUBAGAM akronim HUruf, BAris dan GAMbar merupakan inovasi PdP untuk meningkatkan kemahiran membaca Iqra dalam kalangan murid Tahap 1. Kaedah HUBAGAM yang menggunakan prinsip kecerdasan pelbagai menfokuskan hurufhuruf hijaiyah tunggal yang berbaris di atas ( khasnya Iqra 1) bagi memudahkan murid-murid mengingat bunyi huruf yang berbaris di atas. Penggunaan bahan-bahan dan gambar-gambar dalam persekitaran serta pengalaman sedia ada murid menjadikan HUBAGAM satu alternatif dalam penyampaian kandungan pelajaran yang mampu meningkatkan penggunaan waktu pengajaran dan pembelajaran secara maksimum, mempercepat proses pembelajaran, serta mengukuhkan daya ingatan murid. Selain itu, HUBAGAM mengupayakan murid agar mampu belajar sendiri di samping memangkinkan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid di rumah.

Muka Surat

| 159

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Guru disarankan agar sentiasa mencari kaedah pengajaran yang sentiasa relevan dengan keperluan murid. Setiap murid pula mempunyai kapasiti berlainan dalam menyerapkan kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Cabaran ini menuntut guru sentiasa meneroka dimensi kreativiti dan inovasi dalam ilmu pedagogi. Justeru, HUBAGAM diasaskan kepada masalah penguasaan membaca Iqra 1 dalam kalangan murid Tahun Satu. Inovasi ini memberikan penekanan tentang cara mengingat huruf hijaiyah tunggal yang berbaris di atas. Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam jangka masa yang singkat sahaja dan mudah lupa huruf-huruf yang telah dipelajari. Masalah ini menyebabkan guru-guru terpaksa mengulangi pelajaran yang sama berulang kali. Menyedari masalah ini, murid-murid tahun satu diajar dengan menggunakan teknik membaca cepat dan berkesan berasaskan HUBAGAM supaya murid dapat menguasai bacaan Iqra 1 dengan lebih cepat daripada masa yang ditetapkan. Inovasi ini berfokus kepada aspek : (a) (b) (c) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan bunyi. Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan guru. Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan gambar.

PENYATAAN ISU

Murid-murid Iqra 1 menghadapi masalah mudah lupa dan sukar untuk mengingat huruf-huruf yang berbaris dan sering keliru dengan bunyi antara satu huruf dengan satu huruf yang lain. Hal ini menyebabkan guru menghabiskan banyak masa mengulangi pelajaran yang sama sehingga muridmurid mampu menguasai kandungan pembelajaran.

Muka Surat

| 160

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bilangan murid belum menguasai yang ramai menyukarkan guru-guru melaksanakan pengajaran Al-Quran pada semester kedua persekolahan kerana masa pengajaran yang diperuntukkan hanya satu jam sahaja untuk pengajaran Al-Quran. Ini menyebabkan murid-murid ini hanya akan belajar Iqra di dalam kelas tasmik (di luar masa sekolah).

Pemerhatian guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) juga mendapati murid-murid cepat bosan dan kurang fokus kepada pembelajaran Iqra 1. Buku Iqra yang hanya mempunyai huruf hijaiyah tunggal dan baris membuatkan murid kurang berminat untuk menguasainya dengan cepat. Selain itu, kegagalan murid mengingat bunyi huruf hijaiyah tunggal berbaris di atas dengan cepat juga menyumbang kepada punca masalah. Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam masa yang singkat sahaja. Keadaan ini akan menjadi lebih parah jika menjelang cuti hujung minggu dan cuti persekolahan. Akhirnya guru terpaksa mengulang kembali tajuk pelajaran lalu yang menyebabkan banyak waktu PdP perlu digunakan.

Ramai murid mudah keliru dengan bunyi huruf yang hampir sama bentuknya. Sebagai contoh, bunyi do dan so, fa dan ko, da dan za. Memandangkan sukatan kurikulum Tahun Satu ialah asas kepada sukatan pelajaran peringkat yang lebih tinggi maka masalah ini menyebabkan berlakunya defisit pembelajaran jika tidak ditangani di peringkat awal. Muridmurid juga akan mengalami kesukaran untuk menghafal dan menyebut bunyi huruf dengan betul.

Sebahagian ibu bapa atau penjaga tidak berbuat apa-apa dalam membantu anak-anak belajar di rumah. Situasi ini menyukarkan tugas guru untuk membantu murid-murid yang lemah. Akibatnya, ramai murid yang tidak melepasi Iqra 1 walaupun telah melepasi Tahun Satu.
Muka Surat

| 161

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sehubungan dengan itu, inovasi HUBAGAM dihasilkan dan wajar dipraktikkan agar murid-murid dapat menguasai kandungan pelajaran dengan cepat dan berkesan serta menjimatkan waktu PdP.

CADANGAN / TINDAKAN PENYELESAIAN

1.

Guru mengenal pasti murid-murid yang lemah melalui pemerhatian semasa sesi PdP. Hal ini dicatat dalam Rekod Kelompok Guru.

2.

Proses pemulihan dijalankan semasa waktu PdP dan kelas tasmik. Selepas 6 bulan pertama berakhir, guru memilih 15 orang murid dalam kalangan murid yang lemah secara rawak untuk dipulihkan melalui tiga kaedah seperti di bawah : (a) Kaedah Bunyi : i. Sebagai permulaan, guru menggunakan kaedah bunyi. Kaedah ini sangat mudah kerana bunyi yang

diperdengarkan oleh guru akan membantu murid-murid yang tersebut untuk mengingati kembali bunyi huruf tersebut. ii. Sebagai contohnya, huruf za berbaris di atas, guru akan membunyikan zzzz dan murid secara spontan akan menyebut za. iii. Walau bagaimanapun, hanya huruf-huruf za, sa, sya, so, zo, gho, fa, ma, dan na sesuai dengan menggunakan kaedah ini.

Muka Surat

| 162

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Kaedah Lakonan Guru : i. Menyedari kekurangan kaedah bunyi, guru menggunakan kaedah baharu iaitu Kaedah Lakonan Guru. Kaedah ini dilakukan dengan bantuan lakonan mulut guru, contohnya, huruf alif berbaris di atas dibunyikan A dan guru membuka mulut dan murid menyebut aaaa. Begitu juga dengan huruf ha berbaris di atas dilakonkan dengan gaya menarik nafas sambil membuka mulut dan murid dengan pantas menyebut haaaaa. Huruf yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah alif, ha, kho, a, dan gho. ii. Kaedah ini telah banyak membantu guru dan murid dalam sesi PdP sepanjang kajian dijalankan. Walau

bagaimanapun, masih terdapat beberapa huruf yang tidak dapat menggunakan kedua-dua kaedah tersebut.

Seterusnya kaedah bantuan gambar digunakan.

(c)

Kaedah Bantuan Gambar : i. Melalui kaedah ini, setiap huruf tunggal yang berbaris di atas akan disertakan dengan gambar yang bersesuaian dengan persekitaran murid itu sendiri. Gambar-gambar di bawah ialah contoh bahan bantu yang boleh digunakan.

Muka Surat

| 163

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru menyebut DODoremon sambil menunjukkan gambar doremon.

Guru

menyebut

TOTomato.

sambil menunjukkan gambar tomato Gambar 1 : Contoh kad gambar yang digunakan dalam HUBAGAM 3. Langkah-langkap penggunaan HUBAGAM

(a) (b)

Guru memperkenalkan huruf hijaiyah tunggal dan bentuknya. Kad HUBAGAM ditunjukkan kepada murid mengikut huruf satu persatu.

(c)

Kad HUBAGAM digunakan untuk memudahkan murid mengingat bunyi huruf berbaris di atas.

(d)

Guru menyebut bunyi huruf berbaris tadi dan sebutan suku kata pertama gambar itu sebagai bayangan bagi bunyi huruf tersebut.

(e)

Murid diminta menyebutkan bunyi huruf berbaris di atas berserta gambar yang diberikan.

Muka Surat

| 164

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(f)

Latih tubi dilakukan oleh guru dengan mengulang huruf-huruf yang lalu.

(g)

Guru menayangkan huruf tanpa gambar dan menyuruh murid meneka.

(h)

Guru menayangkan gambar tanpa huruf dan menyuruh murid menyebut huruf bagi gambar tersebut.

(i)

Guru

menjalankan

aktiviti

tasmik

dan

meletakkan

buku

HUBAGAM bersebelahan murid sebagai rujukan semasa tasmik. (j) Guru memperbanyak buku HUBAGAM dan diberikan kepada setiap murid sebagai rujukan dan latih tubi sebelum membaca Iqra di hadapan guru.

4.

Kesan Penggunaan HUBAGAM

Kajian yang dilakukan sepanjang Februari hingga Ogos 2011 mendapati HUBAGAM berjaya mengurangkan jumlah murid yang belum menguasai Iqra seramai 86 orang iaitu daripada 94 orang kepada 8 orang sahaja. Senario ini dapat digambarkan melalui graf 1 seperti di bawah :
Graf 1 : Tahap Penguasaan IQRA 1
IQRA 1, FEB, 94 IQRA 1, MAC, 82

JUM MURID

IQRA 1, APR, 68

IQRA 1, MEI, 53

FEB MAC APR

IQRA 1, JUN, 36

IQRA 1, JUL, 21 IQRA 1, OGS, 15 IQRA 1, SEPT, 13 IQRA 1, OKT, 10 IQRA 1, NOV, 8

BULAN

Muka Surat

| 165

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Kanak-kanak sangat berminat dan tertarik kepada gambar terutamanya gambar yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Kajian juga menunjukkan bahawa otak kanak-kanak lebih mudah mengingat dalam bentuk visual. Oleh itu, selain teknik bunyi yang digunakan oleh guru, teknik visual juga mampu menarik minat murid untuk lebih mengingati huruf-huruf berbaris yang berkenaan.

HUBAGAM mampu merangsang dan menarik minat murid dalam PdP terutamanya untuk membaca Iqra. Selain itu, HUBAGAM mempunyai pelbagai kelebihan seperti berikut :

(a)

HUBAGAM menggunakan bahan yang jimat, murah, mudah disediakan dan mudah dibawa.

(b)

HUBAGAM mudah diurus dan dikendalikan oleh guru dan ibu bapa.

(c)

HUBAGAM berupaya merentas kurikulum kepada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Sains, Matematik, Bahasa Melayu, dan sebagainya. HUBAGAM juga boleh berperanan sebagai guru pengganti jika ketiadaan guru dan secara tidak langsung membolehkan PdP berlangsung walaupun tanpa kehadiran guru.

(d)

(e)

HUBAGAM sesuai digunakan kepada semua tahap kebolehan murid. HUBAGAM terbukti berjaya meningkatkan prestasi Iqra murid dalam jangka masa yang singkat.

(f)

(g)

HUBAGAM mengurangkan penggunakan waktu PdP kerana muridmurid menguasai kandungan pelajaran dengan cepat.

Muka Surat

| 166

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Gerakan Melindungi Masa Instruksional (MMI) menuntut komitmen pelbagai pihak bergerak sederap bagi menjamin hak murid-murid mendapat pendidikan berkualiti di dalam bilik darjah dapat dipenuhi. Guru-guru dituntut menghasilkan pelbagai pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-murid serta menjadi harapan agar apa jua pendekatan yang diperkenalkan mampu dimanfaat oleh warga pendidik di pelbagai peringkat termasuk ibu bapa. Justeru, HUBAGAM amat sesuai digunakan dalam PdP Iqra 1 dan wajar diperluas penggunaannya kerana ternyata memberikan kesan positif untuk peningkatan penguasaan pelajaran dalam kalangan murid dan mempercepat proses PdP. Selain itu, pendekatan yang berteraskan kontekstual visual ini dapat meminimumkan waktu PdP guru kerana murid dapat menguasai kemahiran tersebut lebih awal dan mengurangkan waktu pengulangan pelajaran. Guru-guru pula dapat

menumpukan kepada penyampaian kandungan pelajaran yang baharu sebanyak mungkin tanpa banyak halangan. Jika pendekatan HUBAGAM dapat diaplikasikan dengan baik maka matlamat kita untuk MMI dan meningkatkan keberhasilan murid akan beroleh kejayaan.

Rujukan Farida Abdul Rahman. (2012). HUBAGAM (Teknik Meningkatkan Kemahiran Membaca Iqra 1 Dengan Cepat dan Berkesan). Jabatan Pelajaran W.P Labuan. Suzanne F. Peregroy & Owen F. Boyle. (2008). Reading, Writing and Learning in ESL. United States of America: Pearson Education Inc. Suzanne Stokes. Visual Literacy in Teaching and Learning: A Literature Perspective. Troy State University.
| 167

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

http://ejite.isu.edu/Volume1No1/pdfs/stokes.pdf, 10 Feb, 2011. http://www.sciencedaily.com/releases/2009/03/090304091326.htm, 2011. 10 Feb,

Visual Cues Help People Understand Spoken Words. Science Daily (Mar. 6, 2009).

Muka Surat

| 168

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

14

PENGAJRAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

Muka Surat

| 169

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh MOHD. FAUZI BIN HASHIM SK. Paya, Beseri, Perlis.

Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah Pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam Melindungi Masa Instruksional (MMI) supaya proses PdP menjadi lebih sistematik, terancang, dan teratur. Guru juga dapat menentukan terlebih dahulu apakah teknik yang mahu digunakan dalam pengajaran supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Kepelbagaian kaedah pengajaran akan mewujudkan tahap motivasi kendiri yang tinggi kepada murid.

Muka Surat

| 170

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN
PdP merupakan aktiviti yang saling berkait dan berlaku secara bersama dalam satu ruang masa. Pemisah antara dua konsep ini sukar dilakukan secara praktisnya kerana proses berlaku secara serentak. Konsep pengajaran itu diwakili oleh individu yang bergelar guru, manakala pembelajaran diwakili oleh murid. Tanpa guru maka tiada murid (dan sebaliknya) maka tiadalah aktiviti PdP.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid-muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga mestilah mencipta pengajaran yang berkesan. Hal ini bermakna, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini, memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP. Situasi ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang murid untuk belajar secara aktif, sstrategi tersebut haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea serta berupaya menarik hati murid bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Muka Surat

| 171

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bagi menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Semua aktiviti diharapkan dapat mempengaruhi intelek, emosi, dan minat murid secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Persedian perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya, aktiviti yang dipilih itu ialah gerak kerja yang mampu memberikan sepenuh pengaruh tentang perhatian, berupaya meningkatkan kesan bagi intelek, ingatan, emosi, minat, dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

pengajarannya. Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri sepunya learning is fun berlaku. Sehubungan dengan itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan proses pembelajaran murid. Secara umumnya, sesuatu proses PdP akan merangkumi 3 fasa iaitu: Fasa sebelum pengajaran Fasa semasa pengajaran Fasa selepas pengajaran

Rajah di bawah menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam proses PdP.

Muka Surat

| 172

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebelum Pengajaran

Penentuan kemahiran atau isi pelajaran Penelitian kebolehan sedia ada murid Penentuan objektif PdP Penentuan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik Pd P Pemilihan bahan sumber

Semasa Pengajaran

Pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik Pengurusan kelas Penggunaan bahan bantu Penilaian

Selepas Pengajaran

Penilaian pencapaian Penganalisisan maklum balas Refleksi/Impak

Muka Surat

| 173

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Panduan untuk Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan.

Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Berikut antara yang boleh difikirkan oleh guru untuk dilaksanakan. Rancang aktiviti PdP. Fikirkan pelbagai strategi PdP. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid. Gunakan bahasa yang dapat difahami dan didengari murid dengan jelas. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid. Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat dan tumpuan murid. Kerap memberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian. Memberikan peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka.

Muka Surat

| 174

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Apakah Kaedah, Pendekatan dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Digunakan?

Dalam KSSR, pelaksanaan pengajaran melibatkan strategi pemusatan guru, murid, pemusatan bahan dan berasaskan aktiviti / tugasan. Strategi PdP merujuk kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan merancang kaedah serta teknik yang umumnya terdapat tiga mod pembelajaran dan boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti PdP di sekolah iaitu: Pembelajaran secara kelas. Pembelajaran secara kumpulan. Pembelajaran secara individu.

Pembelajaran Secara Kelas

Kaedah ini paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti PdP. Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas manakala interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid. Kebiasaannya, BBM juga sama kepada semua murid. Kadangkala penggunaan papan putih lebih tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat. Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering berlaku. Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set induksi, perkembangan, dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah memberikan pengenalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baharu bagi menyediakan murid untuk pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas sesuatu prinsip,

diskripsi, dan rumusan tentang isi pelajaran.

Muka Surat

| 175

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pembelajaran Secara Kumpulan

Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti PdP secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks KBSR murid-murid boleh disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut: Kebolehan Pencapaian Minat Jantina

Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan berlaku interaksi antara murid dengan murid yang berkebolehan merangsang ahli sekumpulan yang lain.

Pembelajaran Secara Individu.

Pembelajaran secara individu dalam proses PdP merupakan cetusan pemikir moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap individu murid unik, pelbagai, dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan

perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui sistem pendidikan.

Pendekatan individu ini sangat fleksibel kerana setiap murid mempunyai kebebasan untuk menentukan arah tuju pembelajaran mereka. Murid dituntut mempunyai sifat kendiri dan motivasi yang tinggi kerana segala aspek

Muka Surat

| 176

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pembelajaran mereka ditentukan oleh murid sendiri. Penggunaan BBM dalam melaksanakan kaedah individu berbagai-bagai dan perlu disediakan oleh guru.

Kaedah lain yang sesuai dalam konteks masa, murid dan masa pembelajaran ialah Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Inkuri Penemuan, Pembelajaran Secara Konstruktivisme dan Pembelajaran Secara Kontekstual.

Pembelanjaran Masteri

Suatu pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Pembelajaran Inkuiri-Penemuan melibatkan penyiasatan. Dalam penyiasatan ini proses-proses yang berlaku ialah membuat pemerhatian, membuat hipotesis, merancang dan melaksanakan penyiasatan, menterjemah dapatan dan membuat kesimpulan, dan berkomunikasi.

Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

Muka Surat

| 177

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on.

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan ICT / TMK

YAB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada bulan September yang lalu. Pelan ini menyatakan hasrat dan tekad Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia.

Sehubungan dengan itu, sudah semestinya inovasi dalam PdP berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Transformasi ini penting dalam usaha melengkapkan anak didik kita dengan pengetahuan, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Prinsip Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Menjana Inovasi

Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam PdP. Pertama, murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan memperoleh
Muka Surat

| 178

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran ini, murid dapat mengaplikasi dan mengintegrasi TMK dalam pembelajaran mereka. Bagi menjayakan perkara ini, murid perlu mempelajari TMK secara kaedah amali (hands-on) dan memperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks PdP untuk menjana inovasi.

Penggunaan TMK Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

TMK tidak semestinya diguna pakai sepanjang proses PdP. Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan PdP mereka. Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid mengukuhkan lagi pembelajaran dan pembelajaran serta mencapai standard kurikulum. Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

RUMUSAN

Dalam konteks penggunaan TMK dalam PdP, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan TMK sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan. Penggunaan TMK dalam PdP dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu aspek pengajaran (Guru menggunakan TMK) dan aspek pembelajaran (Murid menggunakan TMK). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam PdP boleh dikategori sebagai: Tutorial, Penerokaan (eksploratori), Aplikasi, dan Komunikasi.
Muka Surat

| 179

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Perancangan PdP yang berkesan diharapkan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Keberkesanan PdP ini juga akan mengubah minda, pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran bagi meningkatkan kualiti instruksional dalam kalangan guru di samping meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah.

SYOR

1. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran muri-murid dengan mewujudkan situasi pengajaran yang berkesan.

2. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

3. Guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Situasi ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP dan menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknikteknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.

4. Guru perlu menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran dengan merancang pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid.
Muka Surat

| 180

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mak Soon Sang. (2008). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred DGA34, DG44 & DG48. Kuala Lumpur : Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd. Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : DBP. Raiff, J.C. (1992). Learning Style. Washington Dc: National Education Association Yufiza binti Mohd. Yusof. (2005). Gaya Pembelajaran dan Hubungan dengan Pencapaian Pelajar Perakaunan. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Muka Surat

| 181

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

15

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESA DI BILIK DARJAH DAPAT MENJANA MODAL INSAN YANG BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN, DAN MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI

Muka Surat

| 182

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DI BILIK DARJAH DAPAT MENJANA MODAL INSAN YANG BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN, DAN MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI

oleh AB. AZIZ BIN OMAR SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan.

Abstrak Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai murni sejagat, sekolah merupakan institusi sosial yang paling relevan. Sekolah amat berkait rapat dengan pentadbir, guru, murid dan ibu bapa termasuklah PdP di bilik darjah. PdP di bilik darjah ialah suatu proses melentur dan membina tamadun murid ke arah yang lebih sempurna dalam semua aspek kehidupan untuk masa hadapan. Bahagian pengenalan tulisan ini, menghuraikan konsep dan rupa bentuk modal insan berpengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni diikuti konsep bilik darjah dan PdP yang berkesan. Bahagian isi pula, akan menyingkap isu-isu PdP berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Bahagian kesimpulan, dikemukakan beberapa cadangan yang konstruktif serta syorsyor yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Muka Surat

| 183

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Berlandaskan Wawasan 2020, ditegaskan bahawa dalam usaha kita untuk

maju, tidak ada yang lebih penting daripada pembangunan sumber manusia (Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, 1991). Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-9 telah menetapkan, Pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP, 2006-2010).Ciri-ciri modal insan yang hendak dilahirkan oleh Kementerian Pendidikan melalui PIPP 2006-2010, antara lain ialah modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani, emosi, kepercayaan kepada Tuhan, berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia, berpegang kepada nilai-nilai murni, berkeyakinan tinggi,

berketerampilan, dan mengamalkan gaya hidup sihat (Perutusan Tahun Baru 2008, Menteri Pendidikan Malaysia).

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), menjana bermaksud berkembang dan meningkat maju, membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, dan memajukan. Dengan erti kata lain menjana modal insan ialah sumber tenaga atau manusia iaitu rakyat perlu dimajukan, dibina, dikembangkan dan diberi nilai tambah. Dalam konteks PIPP, rupa bentuk modal insan yang hendak dibangunkan ialah modal insan yang dapat membina negara ini, yang dapat mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, yang dapat memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara (Dato Hishammudin Tun Hussein, Menteri Pendidikan, PIPP 2006-2010). Dalam PIPP, telah ditegaskan bahawa dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni (PIPP, 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat 2007 (DBP, hal.1571) mentakrifkan berpengetahuan ialah mempunyai pengetahuan, berilmu, dan terpelajar. Oleh
Muka Surat

| 184

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

itu, modal insan yang berpengetahuan ialah sumber manusia, rakyat atau warga negara dan sumber tenaga yang mempunyai ilmu dan terpelajar.Ilmu ialah maklumat, data, dan keterangan daripada pelbagai disiplin umpamanya, bidang sains, sejarah, kemasyarakatan, dan sebagainya (Sukatan Pelajaran

Kesusasteraan Melayu, KBSM, 1991 Semakan Semula 2002, PPK, KPM).

Merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), konsep ilmu atau intelek mengambil kira aspek-aspek hikmat iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran, daya pemikiran yang lojik, analitis, kreatif, inovatif, dan ilmu yang bermanfaat (KBSM, PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Dalam aspek ilmu dan impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri telah meletakkannya sebagai cabaran keenam dalam Dasar Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Beliau menambah, apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting daripada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan sekeliling kita (Wawasan 2020, 1991). Dalam PIPP telah ditegaskan bahawa modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah (PIPP 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mendefiniskan berkemahiran ialah mempunyai kemahiran, terlatih untuk mengerjakan sesuatu, mempunyai kecekapan, kelancaran, dan kepandaian. Jadi modal insan yang berkemahiran ialah sumber tenaga, rakyat, warga negara atau tenaga kerja yang mempunyai
Muka Surat

| 185

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran, kecekapan, kepandaian serta mampu melakukan, dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Konsep berkemahiran ini ada ditegaskan dalam Dasar Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju, bahawa kita tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling tinggi dari segi kemahiran rakyat kita (Dr. Mahathir bin Mohamad, Wawasan 2020, 1991). Untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran, PIPP 2006-2010 telah menegaskan bahawa bagi meningkatkan kualiti murid dari segi bina upaya insan human capacity building perlu adanya sistem pentaksiran peringkat sekolah. Sistem pentaksiran holistik ini memberikan tumpuan kepada pemupukan nilai-nilai yang menyeluruh seperti nilai kreatif, inovatif, kritis, berdisiplin, dan berakhlak mulia dalam kalangan pelajar ( Kad Laporan Kedua PIPP 2006-2010, KPM ).

Mok Soon Sang (2007), mentakrifkan nilai sebagai kepercayaan dan sikap yang mendorong seseorang atau institusi untuk melakukan sesuatu tindakan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (2005)

mendefinisikan nilai sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap sesuatu perkara, darjah, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kurikulum Semakan Semula Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 2002 (KBSM), mentakrifkan nilai kemanusiaan yang dikenali juga sebagai nilai murni atau nilai moral bermaksud sesuatu perbuatan atau tingkah laku positif yang diamalkan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Konsep penghayatan nilai murni ini akan lebih terserlah jika dirujuk kepada Falfasah Pendidikan Kebangsaan (KBSM 1988) yang menggariskan bahawa dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja diorientasikan kepada masyarakat tetapi dituju ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan, dan kebersihan dalam masyarakat. Demikianlah nilai-nilai hidup yang harus
Muka Surat

| 186

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dibina menerusi pendidikan andainya kita benar-benar mahu membina manusia. Ilmu yang disampaikan, sekiranya tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni yang boleh diserapkan dalam diri pelajar, maka ilmu tersebut tidak memanfaatkan malah jauh daripada membawa kebenaran. Unsur nilai merupakan komponen bersepadu yang penting dan dilaksanakan merentasi kurikulum selain yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral (PPK, KPM, 1988). Kementerian Pendidikan Malaysia melalui dasar KBSM telah menggariskan enam belas senarai nilai murni guru perlu diterapkan kepada pelajar di sekolah. Antaranya, baik hati, berdikari, hormatmenghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, rasional, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, dan semangat

kesyukuran,

semangat

bermasyarakat,

kewarganegaraan. Dalam konteks PIPP 2006-2010, ditegaskan bahawa kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangun satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem ini perlu membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, dan beretika tinggi (Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP 2006-2010). Kesimpulannya, modal insan yang menghayati nilai-nilai murni ialah rakyat, warganegara, sumber tenaga dan murid yang betul-betul dapat memahami dan mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan seharian mereka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan bilik darjah ialah tempat yang merumahkan murid buat sementara waktu, iaitu selama lima hingga enam jam dalam satu hari, dan untuk lima hari dalam seminggu. Bilik ini merupakan persekitaran pembelajaran yang paling penting kerana ketika murid berada di sekolah, hampir semua daripada masanya dihabiskan di bilik ini.

Muka Surat

| 187

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pengkaji kertas kerja ini mentakrifkan bilik darjah ialah tempat khas di sekolah yang disediakan oleh KPM untuk guru mengajar dan murid belajar. Dengan erti kata lain, tempat berlakunya PdP secara formal. Untuk mencapai tahap PdP berkesan, sesebuah bilik darjah mestilah berada dalam keadaan ceria dan mempunyai tampalan-tampalan bahan yang berkaitan dengan PdP. Bilik darjah yang kondusif dan ceria akan menimbulkan rangsangan belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar .

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan penyampaian ialah perihal menyampaikan sesuatu. Pengajaran ialah perihal mengajar serta segala sesuatu yang berkaitan dengan pengajaran seperti cara atau sistem mengajar. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Berkesan ialah menimbulkan hasil yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan serta

mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran seseorang atau sesuatu golongan seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan.

Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Pengajaran juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid. Beliau mengatakan pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran.

Daripada definisi dan takrifan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyampaian pengajaran dan pembelajaran berkesan ialah suatu proses pemelajaran di bilik darjah yang menyeronokkan, menimbulkan rangsangan, dan menarik minat murid-murid. PdP juga suatu proses pemelajaran yang berakhir dengan kepuasan dan meninggalkan kesan perubahan minda, kemahiran dan tingkah laku positif kepada murid.

Muka Surat

| 188

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Untuk mencapai taraf PdP berkesan di bilik darjah, guru perlulah memainkan peranan utama selain memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan ceria. Sikap guru yang berpakaian kemas (SPI Bil.13, 1969: SPI Bil. 6, 1985), berdisiplin, yakin diri, adil, dan bersungguh-sungguh merupakan asas utama ke arah pengajaran dan pembelajaran berkesan di kelas. Guru juga mestilah menguasai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid di samping menguasai kurikulum,sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini. Guru juga mestilah menguasai pedagogi (pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti, aplikasi kemahiran bernilai tambah, sistem penilaian, aspek pengisian kurikulum dan sebagainya). Guru mesti mampu merancang dan menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian yang memenuhi spesifikasi KBSM sesuai dengan tajuk, aspek, objektif, HPU, HPK, dan HHP yang hendak dicapai. Di samping itu, guru juga harus memiliki dokumen-dokumen rasmi PdP seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran terkini dan buku rekod mengajar. Guru seharusnya boleh mencipta teknik-teknik PdP baharu atau paling kurang mengadaptasi teknik-teknik yang sedia ada, misalnya Teknik Pemaduan Seni Wayang Kulit untuk PdP prosa tradisional. Untuk lebih memantapkan lagi proses PdP berkesan di bilik darjah, guru seharusnya mampu membina sendiri alat bantu mengajar sama ada dalam bentuk dokumen bertulis, audio visual seperti pita rakaman, cakera padat CD atau DVD.

Sebagai kesimpulan, dalam rangka untuk menzahirkan PdP berkesan di bilik darjah, guru tidak boleh mengabaikan beberapa strategi PdP yang telah ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum, KPM (2002), yakni pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik, kepelbagaian sumber, dan pembacaan luas.

Muka Surat

| 189

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berpengetahuan

Aspek ilmu yang hendak diajar ialah teknik plot dan gaya bahasa dalam genre novel Restu, (Ismail Kassan, 2000). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan pemahaman, membaca, dan melakonkan adegan. Teknik pula ialah lakonan dan main peranan menggunakan aplikasi kemahiran berfikir. Aktiviti yang dirancang ialah teknik aktiviti membaca petikan dalam teks novel Restu (hal. 235-241) dan penilaian dibuat secara formatif (lisan, pemerhatian, dan penulisan). Guru berperanan untuk

menyediakan petikan novel dalam bentuk dialog (Lampiran 1) dan mengawal situasi pembelajaran.

Selepas sesi set induksi berkaitan pembelajaran terdahulu, murid diminta membuka dan membaca teks novel Restu di halaman 235-241 dengan memberikan penekanan tentang peristiwa menggunakan teknik plot (suspen dan kejutan) dan jenis-jenis gaya bahasa yang ada dalam petikan tersebut. Selepas itu, guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid. Guru memanggil lima orang murid ke hadapan kelas dan memberikan salinan petikan yang telah diubah ke dalam bentuk dialog kepada setiap murid. Guru meminta murid membaca perenggan dialog dalam bentuk lakonan yang memperlihatkan adanya unsur suspen dan kejutan (Lampiran 2). Selepas dialog dibaca, guru bertanya beberapa soalan mengenai teknik plot dan gaya bahasa. Guru memberikan sedikit penjelasan dan meminta murid merumuskannya.

Muka Surat

| 190

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kaedah, teknik dan aktiviti seperti ini sangat menarik,berkesan, dan menyeronokkan murid kerana 70% perkembangan PdP di bilik darjah berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai pemudah cara untuk membimbing situasi PdP. Penilaian dibuat berdasarkan keaktifan murid seperti menjawab soalan, membaca petikan, membaca dialog dalam bentuk lakonan, dan merumuskan nota. Sehubungan dengan itu, ilmu yang boleh dibina dan dipupuk secara langsung kepada murid di sini ialah ilmu sastera dalam aspek teknik plot dan jenis-jenis gaya bahasa. Sementara ilmu atau pengetahuan lain yang terserap secara tidak langsung ialah ilmu psikologi, kemasyarakatan dan ilmu seni mempertahankan diri.Strategi PdP yang dicadangkan ini sangat berkesan untuk menjana modal insan yang proaktif, kreatif, kritis, inovatif,dan berkualiti untuk masa depan negara.

Daripada amalan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah seperti di atas, kesannya amat membanggakan. Keadaan ini dapat dilihat dengan peningkatan pencapaian kualiti mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan SPM di SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, selama enam tahun secara berturut (20062011). Data lengkap pencapaian dapat dilihat dalam carta di bawah.

JUMLAH

TAHUN

CALON

LULUS

LULUS

A+

A-

B+

C+

2006 2007 2008 2009 2010 2011

101 106 103 82 98 95 1 1 2

0 2 4 8 13 19

1 4 12 17 18 27

2 16 15 14 15 17

9 15 15 10 17 5

14 16 12 15 10 5

17 20 9 4 9 3

16 12 16 6 5 6

24 11 9 3 6 3

18 10 11 04 4 8

83 96 92 78 94 87

82.2 90.6 89.3 95.1 95.9 91.6

6.95 5.69 4.95 3.96 3.93 3.42

Muka Surat

| 191

GPMP

JUM

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebagai rumusan, PdP berkesan di bilik darjah dengan mengamalkan strategi berpusatkan murid dapat menghasilkan modal insan yang mantap dari segi pengetahuan dan pemikiran.

2.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berkemahiran

Melalui mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, banyak aspek kemahiran yang boleh dibina untuk pembangunan murid atau modal insan. Antaranya ialah kemahiran membaca, bercakap, berdialog, mendengar, menghayati, mendeklamasi sajak, melagukan syair, berpantun, berlakon, mencipta puisi (sajak, pantun, syair, dan seloka), menghasilkan skrip drama, membuat projek sastera, dan sebagainya.

Salah satu daripada kemahiran yang perlu diajar kepada murid Tingkatan Empat dan Lima seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM (Sukatan Semakan Semula 2002 ialah menghasilkan dan mempersembahkan puisi (KBSM, PPK, KPM). Aspek menghasilkan dan mempersembahkan puisi (sajak, pantun,syair, gurindam, dan seloka) merupakan perkara asas yang perlu diajar kepada murid. Untuk mengaplikasi dan merealisasikan aspek kemahiran membina dan mendeklamasi puisi, memerlukan kepakaran guru (PdP berkesan). Misalnya, selepas tajuk dan objektif PdP telah ditetapkan, iaitu murid boleh membina dan mempersembahkan sajak dengan baik. Proses PdP seterusnya ialah

aktiviti guru dan murid mencipta dan mendeklamasi sajak. Tema sajak yang hendak dibina dan dipersembahkan ialah, Kebesaran Tuhan. Aspek pedagogi yang digunakan ialah pendekatan berfokus, kaedah mendengar pita rakaman, soal jawab, teknik penerangan, latihan, menggunakan lembaran kerja, kemahiran bernilai tambah (aplikasi
Muka Surat

| 192

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar), aktiviti melengkapkan lembaran peta grafik, mencipta, dan mendeklamasikan sajak. Penilaian dibuat secara formatif (lisan,

pemerhatian, dan penulisan). Kerja pengukuhan ialah menjelaskan tema dan persoalan-persoalan sajak yang dibina.

Set induksi dimulakan dengan guru menyoal murid tentang tajuk dan jumlah rangkap sajak yang dipelajari pada pelajaran lepas.

Perkembangan PdP diteruskan dengan guru memperdengarkan pita rakaman deklamasi sajak berjudul, Ibadat karya Sabar Bohari (1995) yang dideklamasikan oleh R. Azmi (guru dari SMK Machang). Beberapa soalan seperti nada dan unsur agama yang terdapat dalam sajak tersebut dikemukakan kepada pelajar. Seterusnya guru

mengedarkan kepada setiap pelajar LPG (carta pai) yang tercatat tema dan kata kunci untuk pembinaan setiap rangkap sajak seperti di bawah.

Tema Sajak Kebesaran Tuhan

Manusia

Bumi
.

Matahari
.

Mati

Muka Surat

| 193

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan kata kunci dalam setiap petak di atas, murid diminta membina baris-baris ayat dengan bahasa yang puitis dalam masa tiga puluh minit. Selepas setiap petak siap dibina dengan bimbingan guru, dan sajak siap dicipta, satu atau dua orang murid diminta mendeklamasikannya. Guru akan menegur aspek kelemahan deklamasi murid seperti gaya, nada, suara, kelancaran, dan penghayatan.

Kesimpulannya, potensi dan kemahiran murid boleh dipupuk dengan bimbingan guru di bilik darjah secara berkesan dan bijaksana. Apabila murid sudah terbiasa dengan teori dan konsep kemahiran mencipta sesuatu, maka dengan mudah projek-projek tugasan lain di luar bilik darjah boleh dilaksanakan dengan baik. Misalnya, tugasan projek folio sastera SPM yang mempunyai lima puluh tajuk yang diberi kepada murid-murid telah dapat diselesaikan dengan sempurna (Rujuk kepada Lampiran 3). Kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang seperti inilah yang hendak dipupuk dan dibina dalam PIPP 2006-2010, iaitu modal insan sebagai penyumbang dan bukan lagi sekadar pengguna.

3.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang menghayati nilai-nilai murni

PdP nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu boleh dilaksanakan dengan dua cara, iaitu secara langsung dan tidak langsung.

Dalam penyampaian PdP berkesan di bilik darjah, pengkaji cuba menghuraikan aplikasi dan penghayatan nilai murni atas pelajar atau modal insan melalui kedua-dua cara ini sebagai contoh, PdP aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam cerpen, Pawana karya Zaharah Nawawi (1997). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus dan
Muka Surat

| 194

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

analitik manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan pemahaman, membaca teks dan perbincangan, dan kerja kumpulan. Teknik yang digunakan ialah, menggunakan lembaran kerja dan sumbang saran manakala kemahiran bernilai tambah (Aplikasi kemahiran berfikir), aktiviti perbincangan dalam kumpulan (Rujuk kepada Lampiran 4), membaca teks, mengisi carta, dan pembentangan.

Set induksi dimulakan dengan guru bertanya murid maksud nilai kemanusiaan atau nilai murni dan jenis-jenisnya sebagai mengulang kaji pelajaran lepas. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan iaitu lapan orang setiap kumpulan. Guru meminta murid membuka teks Bacalah dalam Bahasamu, Siri A halaman 54-64. Guru menentukan halaman mengikut kumpulan, iaitu kumpulan 1 (halaman 54-55), kumpulan 2 (halaman 56-57), kumpulan 3 (halaman 58-59), kumpulan 4 (halaman 60-61), dan kumpulan 5 (halaman 62-64). Guru meminta setiap kumpulan meneliti nilai kemanusiaan atau nilai murni dan pengajaran beserta contoh peristiwa yang terdapat di halaman teks seperti yang telah ditetapkan dan mengisi carta yang diedarkan kepada setiap kumpulan dalam masa 40 minit seperti di bawah.

Senarai nilai murni 1) 2) 3) 4) 5)

Contoh peristiwa

Senarai pengajaran

Contoh peristiwa

Muka Surat

| 195

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru menyarankan setiap kumpulan tampil ke hadapan bilik darjah untuk membentangkan hasil penemuan masing-masing. Guru membuat rumusan dan meminta murid mencatatkannya di dalam buku catatan.

Daripada pelaksanaan penyampaian PdP di bilik darjah seperti di atas, aplikasi penghayatan dan pelaksanaan nilai-nilai murni telah pun berlaku. Aplikasi penghayatan nilai-nilai murni secara tidak langsung ialah melalui aktiviti kerja kumpulan dan pembentangan hasil penemuan. Dalam aktiviti kerja kumpulan, penerapan nilai-nilai murni yang berlaku ialah nilai kerjasama, ketekunan, ketelitian, berdisiplin, menepati masa, semangat persaingan yang sihat, berbahasa sopan santun, menghormati pandangan rakan sebaya, akur kepada arahan, dan sebagainya. Dalam aktiviti pembentangan hasil penemuan kumpulan di depan kelas, nilai-nilai murni yang terserlah dan dapat dibina dalam kalangan murid atau modal insan ialah nilai keberanian, yakin diri, tidak segan, berbahasa sopan santun, dan menghormati guru.

Penilaian penghayatan nilai-nilai murni dibuat melalui lisan, penulisan, dan pemerhatian atas tingkah laku, sikap, dan tindak tanduk murid sepanjang masa PdP. Penyampaian PdP seperti di atas, amat menarik kesannya. Kesannya dapat dilihat berlaku perubahan sikap, amalan, tindakan, dan tingkah laku murid ke arah yang lebih positif. Misalnya, kelas lebih terkawal dan tidak bising dan tugasan yang diberi kepada pelajar dapat disiapkan dengan baik. Apabila dikemukakan soalan mengenai pelajaran, murid berdiri dan menjawab dengan sopan. Ketika mula melangkah kaki ke kelas, murid berdiri dan memberikan salam. Selepas tamat masa pengajaran, murid berdiri dan mengucapkan terima kasih.

Muka Surat

| 196

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kesan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah dalam aspek penghayatan nilai-nilai murni terbukti apabila Raja Fadhilah binti Raja Ahmad, murid Tingkatan 5P3, telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah sesi 2007, di SMK.Sultan Ibrahim Satu. Dari segi akademik, murid ini hanya mendapat 4B mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (SPM 2006), tetapi dengan kekuatan nilai-nilai murni yang dimilikinya menyebabkan beliau dipilih sebagai Ketua Pengawas Sekolah. Dengan nilai yakin diri yang tinggi, beliau telah dapat berucap dengan baik sebagai pengerusi majlis, dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Guru dan Murid, di Dewan Besar, SMK. Sultan Ibrahim Satu, pada 4 April, 2008 ( Rujuk Lampiran 5).

Kesimpulannya, melalui penyampaian PdP berkesan di bilik darjah secara terancang dan penuh komited, saya yakin, kita mampu membina, memupuk dan menghasilkan modal insan yang memiliki sahsiah cemerlang, gemilang, dan terbilang.

KESIMPULAN

Penyampaian PdP berkesan di bilik darjah merupakan satu strategi penting pendidikan yang perlu diberi perhatian serius oleh semua guru. Untuk mencapai tahap PdP berkesan, guru merupakan terasnya. Guru harus terlebih dahulu menyediakan dirinya dengan segala unsur yang melibatkan

profesionalismenya. Dengan kekuatan dalaman dan luaran guru, di samping elemen-elemen lain yang menyokong sistem pendidikan yang sedia ada pada hari ini, modal insan yang hendak dijana dan dilahirkan sebagaimana yang terkandung dalam PIPP 2006-2010 diharap akan dapat dicapai.

Muka Surat

| 197

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Untuk memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada, khususnya ke arah menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai murni, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu hendaklah dijadikan sebagai mata pelajaran teras di peringkat SPM, kerana mata pelajaran ini mempunyai banyak ilmu, kemahiran dan nilai murni yang boleh membentuk seseorang insan. Pelaksanaan sistem penilaian dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti membuat projek dan slot persembahan bagi mata pelajaran ini akan meningkatkan potensi diri yang ada dalam kalangan murid. KPM juga harus memikirkan satu penandaarasan khusus tentang cara mentaksir penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan murid kerana pencapaian akademik semata-mata belum pasti menjamin kesejahteraan masa depan mereka.

SYOR

1.

KPM hendaklah menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil dan lulus oleh semua murid di peringkat peperiksaan SPM kerana dalam mata pelajaran ini terdapat banyak amalan nilai murni yang sangat untuk menjana modal insan yang berjiwa kemanusiaan.

2.

Untuk mencapai tahap PdP berkesan di bilik darjah, guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan dalam bidang pendidikan dari semasa ke samasa. Guru-guru haruslah menguasai keseluruhan aspek bahan PdP sebelum memasuki sesuatu kelas. Guru-guru hendaklah menguasai dan memahami Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Pedagogi terkini (KBSM 2002 yang diubahsuai). Guru-guru harus menguasai pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, teknik, kemahiran bernilai tambah, dan aspek pengisian kurikulum. Guru-guru harus mampu menggunakan
Muka Surat

| 198

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BBM yang sesuai dan terkini. Guru-guru juga dicadangkan agar boleh mencipta inovasi dan kaedah PdP yang menarik. Tidak hanya tertakluk dan terkongkong dengan apa yang sedia ada. 3. Guru-guru hendaklah mempunyai visi dan misi serta bersemangat dan bermotivasi tinggi sepanjang masa. Guru-guru juga mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek pembinaan soalan ujian atau peperiksaan di samping berpengalaman dalam pemeriksaan kertas di peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia dan sebagainya. 4. Disiplin dan sahsiah diri merupakan tonggak penting yang perlu dijaga oleh setiap guru. Disiplin dari segi masa, pakaian, tutur bicara, dan perilaku merupakan unsur yang tidak boleh diabaikan.

Rujukan

PIPP 2006-2010. Laman Web. KPM: www.moe.gov.my Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. (2007). Penilaian Tahap Kecekapan Kompetensi Umum untuk Pegawai Perkhidmatan Awam. Selangor: Multimedia-ES Resourses Sdn Bhd. Mok Soon Sang. (2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Pengajaran & Pembelajaran (PdP). Selangor : Multimedia-Es Resourses Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Edisi Kedua. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Dr. Mahathir Bin Mohamad. (1991). Wawasan 2020. Biro Tatanegara: Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Muka Surat

| 199

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Budi Bahasa Budaya Kita. (2005). Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Selangor : MBH Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur : Vinlin Sdn. Bhd. Ismail Kassan. (2000). Novel Restu. Kuala Lumpur : Gapeniaga Sdn. Bhd. Bacalah Dalam Bahasamu, Jilid A. (2000). DBP, KPM. Kuala Lumpur : Rina Sdn. Bhd. KBSM. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM. (1991) (Semakan Semula 2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Muka Surat

| 200

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

Petikan novel Restu ( Bab 24 ) yang diubahsuai dalam bentuk dialog Ikram : Tuan-tuan lebih ramai dan lengkap bersenjata. Saya Cuma seorang. Bagaimana kalau kita berunding saja? Rozali : Berunding? Hei, kau ingat ni mesyuarat? Kau takut mati ya, tuan A.D.O.? Ha! Ha! Ha! ( Ketawa kuat ) Ikram : Ya, berunding! Tuan-tuan mau apa? Wang? Kereta ini atau apa saja barang dalam stor itu. Ambillah! Tolonglah jangan ganggu saya. Rozali : Tuan A.D.O. kita ni penakut rupanya! Aku ingat dia ayam jantan Penarik Hulu! Rupa-rupanya cuma kucing kurap! Hei, dengar sini! Aku mau semuanya, wang, kereta kau, barangbarang dalam stor itu dan tambah satu lagi nyawa engkau. Ikram : Apa tujuan tuan-tuan buat macam ini? Siapa sebenarnya tuan-tuan semua? Saya tak ada salah apapun kepada tuantuan. Rozali : Hei, Dol! Dia panggil aku tuan. Muka penjahat antarabangsa macam aku ini dipanggil tuan oleh tuan A.D.O. Rupanya tuan A.D.O. ini memang betul-betul pengecut. (Ketawa beramai-ramai). Dol/Abdullah : Li, entah-entah seluar dia dah basah tak? Ha! Ha! Ha! Aku sukalah kalau dapat tengok dia merangkak atas jalan tanah merah yang cantik ini melalui celah kelangkang aku. Apa macam, Li? Rozali : Din, Dol, dia nak kenal siapa akulah. Macam mana? Boleh tak aku perkenalkan diri aku yang mulia ini? Ha! Ha! Ha! Tuan A.D.O. kita sibuk benar nampaknya. Malam-malam hari begini masih lagi merayap dari rumah ke rumah, berkempen.
Muka Surat

| 201

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Hei, engkau betullah tak berhati perut! Kalau kunci air ini siap, jalan pun siap jugak. Bila jalan dah siap, lori enam roda dari bandar boleh terus masuk ke hulu. Kami semua nak makan apa? Bodoh? Tolol! Ikram : Li, Rozali! Aku tau engkau Rozali. Ini bukan cara yang baik untuk selesaikan masalah. Kita boleh berunding. Kita boleh adakan peraturan melarang lori besar masuk ke dalam kampung. Lori-lori milik engkau masih boleh terus mengangkut hasil macam biasa. Rozali : Ya, aku Rozali (sambil merenggut kain hitam yang membungkus mukanya). Rozali yang telah engkau malukan dalam gelanggang silat beberapa bulan lalu. Takkan tuan A.D.O. dah lupa! Ikram : Jadi, selama ini engkaulah orang yang mencuri barangbarang dari stor itu? Rozali : Ya, akulah yang mencuri barang-barang itu! : Ah, aku tak peduli! Sekejap lagi tuan A.D.O. ini bersekali penjaga stor itu akan hangus jadi abu. Hei, tuan A.D.O.! Kalau kau hendak tau, akulah jugak yang menikam Tok Leman dulu, sampai dia jadi separuh mati. Dan abang kau, Yazid yang tolol itu yang kena tuduh. Sekarang engkau adiknya pulak akan menerima nasib macam si bahlul itu. Cukup bertuah aku malam ini. (Ketawa berdekah-dekah). Mengingatkan nasib malang abangnya Yazid, kepada tanahnya yang telah bertukar milik akibat undian dan sikap biadap Rozali, Ikram semakin hilang kesabaran. Dengan pergerakan yang cukup pantas Ikram mengayun satu tendangan tepat ke arah perut si kekar dan pergaduhan yang mencemaskan terus berlaku...
Muka Surat

Dol/Abdullah : Li, apa yang kau buat ini? Rozali

| 202

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dari arah belakang kereta tiba-tiba muncul satu lembaga manusia. Lembaga itu kelihatan memegang sepotong kayu. Dengan kayu di tangan, lembaga itu menghentam mudah dua daripada musuh yang sedang bersedia untuk menyerang Ikram. Pak Usop : Cukup! Jangan dipukul lagi. Buka ikatan penjaga stor itu.

Muka Surat

| 203

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

Kaedah membaca dialog menggunakan petikan novel Restu, Bab 24

Muka Surat

| 204

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

Projek tugasan folio mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Murid Tingkatan Lima, 2007

Muka Surat

| 205

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

Kaedah perbincangan dalam kumpulan

Muka Surat

| 206

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5

Raja Fadhilah binti Raja Ahmad ( Pelajar 5P3, SPM 2006: Ketua Pengawas SMK. Sultan Ibrahim Satu, sesi 2008 )

Muka Surat

| 207

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

16

GLOSARI

Muka Surat

| 208

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GLOSARI
KPM JPN PPD JPA BPG IAB JNJK BKK BPSH PPK LP PdP MMI SOP LDP SIP PLC RPH RPT NILAM HIV AIDS - Kementerian Pendidikan Malaysia - Jabatan Pendidikan Negeri - Pejabat Pendidikan Daerah - Jabatan Perkhidmatan Awam - Bahagian Pendidikan Guru - Institut Aminuddin Baki - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian - Pusat Perkembangan Kurikulum - Lembaga Peperiksaan - Pengajaran dan Pembelajaran - Melindungi Masa Instruksional - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi) - Latihan Dalam Perkhidmatan - School Improvement Programme (Program Peningkatan Sekolah) - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional) - Rancangan Pengajaran Harian - Rancangan Pengajaran Tahunan - Nadi Ilmu Amalan Membaca - Human Immunodeficiency Viirus - Acquired Immuno Deficiency Syndrome
Muka Surat

| 209

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AJK JK PK HEM PIBG BBM VRC NKRA SPPK TALIS ALT SK SPI TOV OTI ETR OKU PBS PS PPsi PAJSK KSSR

- Ahli Jawatankuasa - Jawatankuasa - Penolong Kanan - Hal Ehwal Murid - Persatuan Ibu Bapa - Guru - Bahan Bantu Mengajar - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya) - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara) - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan - Teaching and Learning International Survey (Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran) - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik) - Sekolah Kebangsaan - Surat Pekeliling Ikhtisas - Take-Off Value - Operational Target Increase - Expected Target Result - Orang Kurang Upaya - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Pentaksiran Sekolah - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

SPPBS

- Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)


Muka Surat

| 210

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

17

PENYUMBANG

Muka Surat

| 211

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYUMBANG
Penasihat Dato Haji Sufaat bin Tumin

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan)

Ketua Pasukan Dr. Jafri bin Abu Setiausaha Ahmad Faris bin Johan Penolong Setiausaha Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Editorial Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Anuar Adnan bin Ismail Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Azlina binti Yusoff Ummul Aemma binti Murtedza Mohd. Mustafa Amin bin Sidek Zulkiifli bin Yaacob Zulkafly bin Othman Zulkifli bin Mohd Surin Azmi bin Misron Wan Zamri bin Wan Ali Radziah binti Abdul Manap Nasri bin Ramli

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Sekolah Kebangsaan Kajang Utama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Jabatan Pendidikan Perlis Jabatan Pendidikan Kedah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Jabatan Pendidikan Perak Jabatan Pendidikan Selangor Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Muka Surat

| 212

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Mat Hassan bin Abdullah Siti Hajar binti Mahrol Rohana binti Moin Muhamad bin Tawan Zainon bin Jusoh Haji Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah Haji Harith bin Haji Ideris Nordin bin Haji Abd. Rashid Nur Muhd Aiman bin Abdullah Mohd Nizam bin Yasim Zorkarnini bin A. Ghani Melek bin Arbi Pembaca Proof Saruchi bin Sawal Dr. Nazirah binti Mohd Nordin Dr. Noor Hayati binti Che Mat Nor Salina binti Mohd. Zainudin Penulis Mohd Jamil Bin Rosli Suhaimi bin Mohd Tabiee Roziah binti Ayub Mahadiah binti Muda Muhamad Shahlyme Bin Abd Wahid Haryani Binti Ismail Katherine Tan Teck Neo Hamimah binti Hamid Jamilah binti Osman Norrehan binti Mohamad Nuur Hidayah binti Ab Hamid Rohani Binti Hamzah Shahril bin Othman Azmi bin Abd Rahim Rahim bin Hassan

Jabatan PendidikanMelaka Jabatan Pendidikan Johor Jabatan Pendidikan Pahang Jabatan Pendidikan Terengganu Jabatan Pendidikan Kelantan Jabatan Pendidikan Sabah Jabatan Pendidikan Sarawak Jabatan Pendidikan WP Labuan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Pejabat Pendidikan Daerah Mukah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian SK Sungai Serai, Kajang, Selangor SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor

SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau, Perlis SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur SK Yamtuan Lenggong, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka SK Convent Infant Jesus 2, Melaka

SMK Durian Daun, Melaka SK Maran, Maran, Pahang

Muka Surat

| 213

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Noraini Binti Ibrahim Puan Nurul Syafinaz Binti Ishak Andi Kaswia binti Abdul Kadir Farida binti Abdul Rahman Mohd Fauzi bin Hashim Ab Aziz bin Omar

SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu SMK Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut, Terengganu SMKA Kota Kinabalu, Sabah SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan SK Paya, Beseri, Perlis SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan

Reka Bentuk dan Susun Atur Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Reka Bentuk Kulit Ahmad Faris bin Johan Urus Setia Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Anuar Adnan bin Ismail Abrar bin Idris Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Hasliza binti Md Ali

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Islam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Muka Surat

| 214

You might also like